jiwo kelate |
Ya, Negara Pernah Dijajah – TPM Posted: 11 Oct 2011 03:22 PM PDT Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 5 Oktober 2011 Akan tetapi apakah Yang Berhormat setuju bahawa sejarah itu juga harus dilihat dalam konteks falsafahnya ataupun under lying issues ataupun ideas. Oleh sebab itu peranan tokoh-tokoh sejarah hari ini ialah bukan sekadar memberikan kefahaman kepada generasi selepas kemerdekaan tentang fakta sejarah, tetapi apakah kementerian bersetuju bahawa tokoh-tokoh sejarah juga bertanggungjawab untuk memberi makna yang lebih tepat terhadap prinsip dan falsafah sejarah itu sendiri. Oleh sebab Lord Acton pernah menyatakan bahawa – ini sejarahlah sebab tidak tahu sejarah itu yang tidak tahu apa fakta yang saya hendak berikan. Lord Acton pernah menyebut bahawa sejarah itu adalah untuk membebaskan masyarakat. Bukan sekadar merujuk kepada fakta sejarah yang berkenaan. Kedua saya ingin memohon penjelasan dan pendirian daripada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional apakah negara Malaysia ini pernah dijajah atau tidak? Kerana ini masyarakat hari ini confused. Anak-anak di sekolah di ajar Malaysia merdeka pada 31 Ogos. Ada tokoh sejarah menyatakan Malaysia tidak pernah dijajah. Bulan depan anak-anak ini akan menduduki peperiksaan SPM. Sekiranya soalan ini dilontarkan kepada anak-anak, maka anak-anak akan celaru. Maka sekiranya anak-anak ini gagal… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Soalan Yang Berhormat. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sejarah adalah sejarah. Itu pokoknya. Kita sebagai rakyat mahu memahami sejarah dalam konteks falsafah dan juga latar belakang negara kita. Pastinya tujuan tidak lain adalah untuk, pertama bukan sahaja mengenali sejarah dan negara kita, akan tetapi apakah hasil daripada pengenalan sejarah itu dapat menyedarkan kita. Dasar perjuangan kita, patriotisme kita, semangat kebangsaan kita dan bukan mempelajari sejarah setakat untuk mengetahui sejarah. Kalau tidak, tidak guna kita membimbing anak-anak kita untuk memahami secara terperinci maksud perkembangan yang berlaku dalam sejarah negara kita. Jadi sebab itu bagi kita di Kementerian Pelajaran Malaysia, kita hendak membimbing dan mendidik anak-anak kita berasaskan kepada falsafah tadi. Falsafah ini dalam konteks yang lebih luas dan bagaimana yang mungkin Yang Berhormat sebutkan saya tidak ada halangan untuk bersetuju tentang soal itu. Itu penting bagi kita. Sebab itu dalam content pembelajaran sejarah itu yang hendak di isi ialah satu ketepatan sejarah dan kedua ialah tafsirannya. Tafsiran mungkin boleh dibuat oleh pelbagai pihak. Macam contoh kes yang baru-baru ini berlaku debat yang begitu luas sampai tidak habis-habis cerita sekarang ini ya. Pasal dilihat dalam konteks berbeza dan mungkin kelainan lagi kalau ditokok dengan elemen-elemen politik di dalamnya. Sampai hendak pertahankan itu kerana pendirian politik, bukan kerana content sejarah yang sebenar. Ini bagi saya bukan asas yang betul. Jadi sebab itu bagi saya yang telah pun kita didik dan kita bimbing anak-anak kita dalam sistem pembelajaran sejarah di sekolah, saya fikir tepat. Cuma sekarang ini ada pandangan baru supaya selepas tempoh agak lama kita harus melihat semula. Apa yang kita telah laksanakan hari ini supaya bukan setakat difahami, akan tetapi dalam konteks Malaysia moden bagaimana sejarah dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat dan rakyat jelata khususnya anak muda tentang sejarah dan masa depan kita. Oleh sebab itu saya telah jelaskan tadi kita bentuk jawatankuasa dan jawatankuasa ini masih lagi menjalankan tugas. Kita telah meminta supaya mereka boleh buat proses engagement dengan sesiapa sahaja yang berminat untuk memberikan pandangan dan pendapat. Kita mengambil kira tentang situasi di Sabah dan juga Sarawak. Kita ambil kira perjuangan dan sumbangan kumpulan-kumpulan etnik dalam masyarakat kita yang mana ada signifikan dari segi sejarah. Kalau hendak dicatatkan kesemuanya mungkin orang kata ini adalah sejarah. Akan tetapi sejarah ada pertimbangan dan prinsip-prinsip asas. Kalau tujuan pembelajaran sejarah itu yang biasa digunakan. Soal kedua sama ada negara kita dijajah ataupun tidak. Jawapannya ya. Saya mengambil pendirian begitu walaupun ada beberapa pihak yang memberikan pandangan bahawa kita tidak dijajah kerana kita ini adalah sebuah negara di mana ada Sultan dan sebagainya di waktu itu. Akan tetapi jikalau kita kaji dalam sejarah dan saya pun mengambil sejarah sampai tingkatan enam. Yang Berhormat pun ambil juga. Mempelajari sejarah boleh kata jauh sikit daripada mungkin setengah-setengah pihaklah. Kita tahu bahawa macam contoh kita menyambut kemerdekaan tiap-tiap tahun. Takkan ini sia-sia. Sebabnya ialah kerana kita tahu bahawa kita dijajah. Dalam pembelajaran sejarah dulu, British Resident atau penasihat-penasihat waktu itu sebenarnya memberikan nasihat kepada Raja. Dalam konteks ini the advice of the Commissioner, the Resident must be accepted. Bermakna bahawa walaupun ada itu tetapi dia tidak bebas. Dia terpaksa mengikut apa yang dianjurkan oleh pihak itu… [Tepuk] Atas konteks itulah kita kata, kita harus berjuang untuk memerdekakan negara. Oleh sebab itu saya hendak sebutkan di sini sumbangan seperti Tunku Abdul Rahman dan lain-lain pemimpin-pemimpin, baik Dato' Onn Jaafar tidak harus kita ketepikan. Pasal itu faktor sejarahnya. Kalau tidak apa guna perjuangan kita. Jadi sebab itu – ini pendirian kerajaan. Bagi saya tidak perlu kita debat dan bahaskan panjang lebar. Itu sudah jadi satu perkara yang sudah diterima rakyat. Selama 54 tahun kita sambut perayaan ini, tentulah ia ada signifikan dan maknanya. Tuan Mohamed Azmin Ali [Gombak]: Tahniah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Berani, tahniah. Alhamdulillah… [Tepuk] Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ya, boleh. Saya pun terkejut juga ini. [ Rujuk: Di Sini ] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebentar tadi penjelasan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Tentulah bagi saya bahawa isunya sekarang ini bagi saya melihat bahawa perbahasan berkenaan dengan sejarah ini memperlihatkan bahawa kita ada masalah kepada soal ketepatan fakta sejarah. Itu isu yang harus dilihat. Sehingga hari ini pun kita lihat bahawa persoalan bahawa apa yang disebut oleh Majlis Profesor Negara, walaupun dijelaskan tadi oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Akan tetapi penjelasan-penjelasan untuk menafikan pendapat dan pandangan Majlis Profesor Negara itu tidak dibuat dengan teliti sehingga menyebabkan masyarakat makin keliru. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi apabila beliau dalam satu kenyataan akhbar selepas daripada pelancaran buku yang ditulis oleh Profesor Syed Najib Al-Attas berkaitan dengan sejarah. Beliau mengarahkan supaya pakar-pakar sejarah di universiti melihat kembali ketepatan fakta sejarah, ketepatan fakta sejarah ekoran daripada pendedahan yang dibuat oleh Syed Najib yang menyatakan bahawa ada fakta-fakta sejarah yang berkaitan dengan soal kedatangan Islam ke Tanah Melayu itu disembunyikan oleh penulis sejarah daripada barat. Sebabnya memang arkib sejarah kita banyak ada di London dan sebagainya yang menunjukkan bagi saya bahawa kita ada masalah dari sudut ketepatan fakta sejarah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat… Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ya, ya. Jadi sebab itu saya katakan bahawa apa salahnya, apa salahnya kerajaan dalam isu sejarah ini termasuk isu Mat Indera, isu Mat Indera sendiri bagi saya bahawa dibuat satu panel khas untuk melihat secara menyeluruh bukan hanya dilihat dalam konteks kurikulum akan tetapi dalam konteks ketepatan dari sudut argument yang disebut oleh Majlis Profesor Negara dan juga argument disebut oleh saudara Mohamad Sabu dan argument yang disebut oleh Syed Najib Al-Attas. Ini supaya kita memperbetulkan kembali kalau ada fakta sejarah yang cuba disembunyikan oleh pihak daripada Barat. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat. Cuma yang biasa kita berbangkit ialah tafsiran tentang sejarah tadi. Macam yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, mungkin wakil daripada PAS pun Mohamad Sabu menjelaskan itu dari segi perspektif pandangan beliau. Akan tetapi itu tidak tepat. Eloklah soalan datang daripada wakil PAS, supaya kita perjelaskan supaya memang betul mesti ada ketepatan. Kalau tafsiran kita tidak betul, timbullah macam masalah yang kita hadapi pada hari ini. Debat yang tidak berhenti-henti yang boleh menimbulkan mungkin salah faham di kalangan masyarakat atau disebutkan mengelirukan rakyat terutama pelajar-pelajar kita. Bagi saya biar kita serahkan sejarah pada tokoh-tokoh dan pakar-pakar sejarah. Oleh sebab itu bagi saya di peringkat kementerian, walaupun kita tahu segala-galanya telah pun kita susun dan sediakan mungkin ada keperluan untuk kita melihat semula. Bukan melihat sejarah dari segi soal sejarah, tapi apakah content yang boleh ditambah lagi supaya pemahaman kita dengan sejarah pun lebih meluas lagi, tidak terbatas. Taksiran itu mesti dibuat oleh pakar. Saya baru membaca beberapa kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim hari ini, yang menawarkan supaya diadakan satu persidangan khas untuk membincangkan soal sejarah dan menawarkan sejarawan dan pihak-pihak lain untuk terlibat bersama-sama. Itu satu forum yang saya fikir baik dan mungkin akhirnya kalau dapat diadakan, dapatlah kita penjelasan yang sebenarnya. Akan tetapi, bagi saya soal fakta tidak harus kita perdebatkan ataupun soal ketepatan tentang soal sejarah itu harus kita timbulkan masalah sehingga kita tidak faham keadaan yang sebenarnya. Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi sendiri menyebut soal fakta. Soalan asal No. 1. Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong] minta Menteri Pelajaran menyatakan:- |
You are subscribed to email updates from jiwo kelate To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan