Selasa, 11 Oktober 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Penyanyi Vateran "Datuk Ahmad Jais", Meninggal Dunia Di Hospital DEMC Shah Alam 9.20 Pagi Tadi

Posted: 10 Oct 2011 10:43 PM PDT

SHAH ALAM 11 Okt - Penyanyi popular era 60-an, Datuk Ahmad Jais (foto) meninggal dunia di hospital pakar DEMC di sini pagi ini. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.20 pagi di hadapan dua daripada lima orang anaknya. Menurut anak keempat Allahyarham, Maimunah, 31, ayahnya telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 15 hari. "Ayah meninggal kerana kompilasi paru-paru," katanya.Allahyarham Ahmad Jais berusia 75 tahun. Menantunya, Amirul Izwan Razak, 28, berkata jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, hari ini. Penyanyi yang popular dengan lagu "Selamat Hari Raya" dan "Budi Setahun Segunung Intan" yang dinyanyikan bersama Kartina Dahari itu dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua minggu lalu kerana kesukaran bernafas. Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009. Penyanyi yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam 20 September lalu sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di sini. Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC untuk rawatan lanjut. Persembahan terakhir Allahyarham ialah pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Al-Fatihah buat roh Allahyarham. Amin


Kenangan, inilah dia lagu "Budi Setahun Segunung Intan" yang popular itu


Sedih, mungkin ini Lambaran Terakhir dari Datuk Ahmad Jais buat peminat

[Ahmad Jais merupakan seorang penyanyi Malaysia yang mencipta namanya sejak 1960-an. Ketika itu pengaruh kelompok The Beatles dari Inggris telah memunculkan genre musik baru yang dinamakan pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah pop yeh-yeh telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh. Selain Malaysia, Singapura dan Brunei, ia juga terkenal di Sumatra, khususnya di Riau. hmad Jais merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an dan 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 1936. Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin. Album pertama Ahmad Jais muncul pada 1965. Album itu tidak lain daripada Kucupan Azimat. Sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP. Ahmad Jais turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Ke-63 - 2006].

Panas: Kontroversi Terbaru Video Seks Anwar Di Bangkok Pula Di Dedah Oleh Blogger Papa Gomo!

Posted: 10 Oct 2011 09:19 PM PDT

Nampaknya, kes video seks yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin dipanaskan apabila satu lagi rakaman terbaru didedahkan oleh Blogger Sensasi pro-UMNO iaitu Papa Gomo (foto) didedahkan semalam. Paling mengejutkan adengannya tetap sama iaitu gambar dalam sebuah bilik yang dikatakan dirakam di Bangkok, Thailand. Menurut blogger terbabit, video seks terbaru pendedahannya itu rakaman tulen dan sahih 100% ketulenannya. Pelaku didalam video ini juga adalah Anwar Ibrahim yang mana beliau tahu dan pasti beliau adalah pelakunya. Video itu kata beliau merupakan sedutan klip rakaman video Seks yang melibatkan Anwar itu dikatakan berlaku pada 13 Januari 2011 dan waktu yang dicatatkan pula adalah pada jam 1.54 pagi dan jam 8.30 pagi. Beliau turut mendedahkan bahawa pada tarikh 12 dan 13 hb Januari 2011 Anwar berada di Bangkok dan hanya kembali ke Kuala Lumpur pada sebelah petang yang mana beliau tiba pada jam 2.15 pm dan kemudiannya ke Ibu Pejabat PAS pada jam 5.30 pm. Pada tarikh 12 dan 13 Januari Anwar didapati berada di Bangkok, Thailand. Anwar katanya berlepas ke Bangkok pada 12 Januari 2011 gunakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH 782 dan berlepas jam 3.15 petang dari KLIA.


Sedutan video terbaru Papa Gomo yang dikatakan libatkan Anwar Ibrahim

Menurut beliau, Anwar dikatakan tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia. Setelah lebih kurang 19 jam berada di Bangkok untuk 'aktiviti-aktiviti' tertentu dan 'tugas-tugas rasmi' tertentu Anwar berangkat pulang ke tanahair pada jam 11.05 pagi dengan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 785 dan tiba di KLIA pada jam 2.15 petang. Dengan bukti nyata ini jelas beliau mendakwa sebagai bukti buat rakyat Malaysi bahawa beliau Anwar Ibrahim kononnya cukup sinonim dengan aktiviti maksiat melanggan pelacur ini. Video terdahulu yang menyaksikan rakaman berkenaan terbukti sahih dan benar dan sehingga ke hari ini juga Anwar masih lagi enggan menjawap lima soalan dari Datuk Eskay yang berhubungkait dengan video tersebut katanya. Ikuti seterusnya di SINI.

[Pendedahan terbaru Papa Gomo ini, mungkin benar bagi dirinya tetapi sukar untuk dipercayai oleh rakyat secara keselurunnya. Inilah yang memsuykilkan kita. Tambahan pula, banyak kelemahan yang didapati pada setiap video yang didedahkan itu. Malah, paling mengejutkan kenapa pula Papa Gomo dedahkan video seks tersebut, sedangkan dia sepatutnya membuat laporan polis terhadap video berkenaan atau membuat "tayangan perdana" di Carcosa Seri Negara seperti yang dibuat oleh "Trio Datuk T" sebelum ini. Bila terlalu kerap Papa Gomo dedahkan sendiri video berkenaan, maka rakyat akan melihat seolah-olah video yang didedahkan oleh Datuk T itu juga adalah "ciptaan beliau" sendiri sebenarnya. Malah, kemungkinan besar juga segala pendedahan video seks berkenaan di Youtube selepas itu juga adalah kerja tangan Papa Gomo. Buktinya, kini dia mempunyai terlalu banyak video-video panas yang melibatkan pemimpin Pembangkang (Anwar) itu. Inilah masalahnya yang sepatutnya diakui oleh Papa Gomo. Tidak perlu dia terus mendedah dan mendedah hingga mengelirukan rakyat dalam "cerita video seks" ini. Malah, ramai juga yang musykil kenapa hingga sekarang kes video seks Datuk T masih belum dibicarakan lagi?. Sedangkan pihak polis telah mengesahkan ia 99.9% terbukti ketulenannya?. Lama-lama semua orang akan anggap isu "video seks" ini adalah mainan ciptaan UMNO dalam usaha untuk menjatuhkan maruah Ketua Pembangkang itu pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang sebenarnya. Tambahan pula, ketika video Datuk T itu didedahkan ia jatuh sehari menjelang Hari Pencalonan Pilihanraya Negeri Sarawak. Kini, nampaknya agenda Pilihanraya Umum pula digunakan. Rakyat perlu bijak menilai dan menerima maklumat isu sebegini supaya mereka tidak terus diperbodoh oleh pihak tertentu].

Isu Rakyat: Pengunjung 'Bangunan Centre Point' Kecewa Staff MPK Monopoli Tapak Parkir Awam !

Posted: 10 Oct 2011 08:18 AM PDT

KUANTAN, 11 Okt - Orang ramai yang berkunjung dan berurusan dengan pejabat kerajaan di bangunan Centre Point, Jalan Abd Rahman dekat sini kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membiarkan kakitangan mereka memonopoli tapak "parkir" di kawasan terbabit. Tindakan tersebut menyebabkan mereka gagal untuk meletakkan kenderaan masing-masing berhampiran kawasan itu, akibat jumlah "parkir" yang tidak mencukupi. Menurut seorang pengunjung beliau hairan kenapa majoriti kawasan parkir disitu dimonopoli oleh kakitangan jabatan terbabit. Malah difahamkan, kenderaaan peribadi kakitangan MPK dipercayai menggunakan kawasan parkir awam itu sepanjang masa dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Akibatnya, ramai pengguna yang ingin berurusan dengan jabatan kerajaan disitu terpaksa meletakkan kenderaan masing-masing di kawasan lain yang agak jauh dengan lokasi terbabit. Soalnya, kenapa mereka bertindak begitu sedangkan pihak MPK dipercayai telah menyediakan kawasan parkir khas untuk kakitangan mereka di kawasan berhampiran sebenarnya. "Saya kecewa, bayangkan saya telah membeli kupon parkir bulanan dengan harga RM52.50. MPK sudah dapat untung duit dulu, tapi saya tak boleh parking kereta di kawasan itu. Malah, bila ajukan kepada pihak berkenaan saya pula diarahkan parking di kawasan parking berbayar (swasta) berhampiran bangunan terbabit. Saya dah ada kupon bulanan, tapi dipaksa pulak bayar lain untuk letak kenderaan. Ini tidak adil. Semua parkir diguna oleh staf MPK", kata seorang kakitangan awam yang ditemui.


Bukti, dua buah kenderaan "kakitangan MPK" yang diletakkan di situ

Deretan kereta kakitangan MPK memonopoli kawasan parkir yang disediakan
Difahamkan, Jabatan Letak Kereta MPK terdapat di kawasan itu. Maka itulah, ramai kakitangan yang menggunakan parkir awam terbabit. Ia menyusahkan orang awam, kerana ketiadan parkir menyebabkan mereka terpaksa meletakkan kenderaan dikawasan yang tidak dibenarkan. "Ramai yang disaman gara-gara terpaksa letak kereta di kawasan larangan. Semuanya kerana parkir yang disediakan digunakan oleh staff MPK. Mereka sepatutnya gunakan parkir yang disediakan di belakang bangunan ini. Bukannya menyusahkan orang ramai. Kami disaman, mereka yang untung", kata seorang pengunjung dengan nada kecewa. Tinjauan krew PDO mendapati, bangunan terbabit menempatkan jabatan kerajaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) disamping beberapa pejabat swasta yang lainnya.

[Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) perlu menyediakan parkir awam yang mencukupi bagi kemudahan rakyat. Tindakan menyaman kenderaan sesuka hati tanpa pertimbangan, sedangkan parkir yang ada digunakan oleh mereka sememangnya amat tidak wajar sebenarnya. Malah, mereka sudah ada parkir khas maka kenapa perlu gunakan parkir awam terbabit. Ramai warga Kuantan sememangnya "bengang" dan semakin "kecewa" dengan tindakan MPK yang dilihat kini semakin kemaruk mengumpul wang rakyat dengan "saman parking" untuk mengisi kantung mereka. Malah, kami juga ada bukti-bukti kukuh yang MPK mengarahkan kakitangan mereka dibahagian Penguatkuasa menjalankan operasi pada Hari Kemerdekaan dan juga Hari Cuti Hujung Minggu. Ini adalah tidak wajar dan jelas sengaja mahu mendera rakyat sebenarnya. Jangan jadikan isu sebegini sebagai ruang untuk rakyat jadi benci kepada kerajaan sendiri].

Tiada ulasan: