Pahang Daily Online |
- Himpunan Hijau 109 Dekat Taman Gelora Berjaya Biar Pun Terdapat Tindakan 'Provokasi' Daripada Pihak Tertentu Yang Berusaha Menggagalkannya!
- Himpunan Hijau 109: Rakyat Kuantan Di Jemput Hadir Ke 'Taman Gelora' Mulai Jam 6.00 Pagi Ini !
- Panas: Pendedahan PDO Tentang Pemuda UMNO Buat Ketetapan Mahu 'Kerajaan Batalkan' Lesen Lynas Buatkan Penyokong Mereka 'Gila Meroyan'
Posted: 09 Oct 2011 04:13 AM PDT KUANTAN, 9 Okt - Orang ramai yang hadir ke Himpunan Hijau 109 di Taman Gelora dekat sini terkejut bila hampir 100 orang anggota polis dikerahkan berkawal pada program itu pagi tadi. Ramai yang tidak menyangka pihak polis begitu prihatin mengawal keadaan yang langsung tidak mencemaskan dan mengganggu keselamatan itu sebenarnya. "Saya datang sejak awal pagi untuk sokong program ini. Pada awalnya keadaan terkawal dan acara dapat berjalan dengan lancar. Cuma sekitar jam 7.30 pagi, anggota polis dilihat menghampiri kawasan ini. Ia menakutkan kami yang datang ke sini untuk berhimpun secara aman. Apapun saya ucapkan tahniah kepada pihak polis kerana tidak melakukan apa-apa tindakan yang memudaratkan. Mereka hanya berkawal sahaja", kata seorang peserta himpunan dari Indera Mahkota. Tinjauan PDO mendapati, hampir dua ribu rakyat Kuantan telah hadir menyokong program tersebut. Difahamkan perhimpunan terbabit pada mulanya mendapat permit kelulusan daripada pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Namun ia ditarik balik atas arahan seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang lewat malam tadi. Malah, ditapak terbabit juga turut diarahkan program yang melibatkan ratusan pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) berhimpun. Kesemuanya bertujuan untuk mengganggu kelancaran Himpunan Hijau 109. Ia terbukti dengan tindakan mereka mengguna alat pembesar suara yang bersaiz besar dengan bunyi yang kuat bagi tujuan demikian. Ditambah lagi dengan kehadiran beberapa orang pemimpin dan penyokong UMNO serta ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) ke lokasi terbabit. Tindakan berkenaan jelas sekali mengecewakan orang ramai, malah mereka hairan kenapa senario seperti ini boleh berlaku. Persembahan senamrobik dan hiburan dilakukan pada dua tempat di kawasan berkenaan dari awal pagi sehinggalah ke tengahari. Anggota polis 'diarahkan berkawal' pada tempat yang tidak sepatutnya Pelatih PLKN Kem Hijrah Pekan diangkut bagi menganggu program itu Pemimpin UMNO Serta Perkasa Hadir Memantau Tidak cukup dengan gangguan mengadakan program "Khidmat Komuniti PLKN Bersama Masyarakat Kuantan" secara mengejut di kawasan terbabit, pihak berkenaan juga telah menghantar beberapa orang pemimpin UMNO dan Perkasa serta NGO lain ke kawasan itu. Antara pemimpin yang dilihat kelihatan ialah Dato' Hazmi Yusof (Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota), Dato' Ahmad Tajuddin Sulaiman (Ketua UMNO Bahagian Paya Besar), Wan Emril Nizm Wan Embong (Yang Di Pertua GPMS Pahang), YM Dato' Tengku Zul bin Tengku Ahmad (Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Pahang) serta lain-lain yang berkenaan. Semua yang hadir jelas cuba melakukan sesuatu untuk menggagalkan perhimpunan aman berkenaan. Namun segalanya tidak menjadi dan mereka hanya menyaksikan ia dari jauh sahaja. Mungkin dek kerana melihat begitu ramai kehadiran media antarabangsa termasuk Astro Awani yang berada di situ agaknya. Ramai pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO dilihat hadir beramai-ramai memberikan sokongan. Antara mereka ialah YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Tan Bun Teat (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas), Andansura Rabu (Pengerusi BADAR), Dato' Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersih 2.0) termasuk juga wakil Ahli Parlimen Australia (Green) iaitu Robin Chapple, Wong Tat, See Ping (SEPA's) dan lain-lain pemimpin rakyat. Pengerusi Bersih 2.0, Dato' S. Ambiga juga turut hadir memberi sokongan Pengerusi JKKK Kg.Tanjung Api, Mohamad Amir Hussin juga turut hadir Tindakan pihak polis mendapat bantahan daripada orang ramai yang hadir Kelihatan OCPD Tuan Jasmani arahkan tan Bun Teat berhenti berucap Perhimpunan yang sepatutnya berakhir pada jam 9.00 pagi itu terpaksa disuraikan akibat tindakan pihak polis mengarahkan pemimpin tertentu berucap degunakan alat pembesar suara. orang ramai pada awalnya, enggan berganjak dan membina perisai manusia untuk menghalang tindakan tersebut. Namun akibat ditolak oleh beberapa orang anggota polis yang merempuh akhirnya mereka terpaksa akur. Sebelum bersurau laungan "Hidup Rakyat" disuarakan beberapa kali oleh orang ramai yang kecewa dengan sikap pihak polis itu. Arahan bersurai telah dibuat oleh Ketua Polis Daerah Kuantan sendiri, ACP Mohd Jasmani Yusof. Tidak cukup dengan itu pasukan polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga diarahkan berjaga-jaga untuk menggelakkan sebarang kemungkinan yang lebih buruk berlaku. Masalahnya, semua peserta hadir secara aman dan tidak ada sesiapa pun yang membawa alatan berbahaya termasuk senjata atau pun benda tajam bagi tujuan mencetuskan huru-hara di situ. Tindakan Menghalakan Speaker Box Tidak Wajar Tindakan paling biadap dilakukan oleh pihak berkenaan ialah menghalakan alat pembesar suara jenis "speaker box" yang begitu kuat bunyinya ke arah peserta Himpunan Hijau 109. Sudahlah sebelum itu, pihak polis mengarahkan supaya sebuah speaker bersaiz 16 inci dan disambungkan ke "generator" yang dibawa itu dimatikan. Malah, mereka juga cuba untuk merampas speaker berkenaan. Mujurlah tindakan segera, anak muda AMK yang turut hadir berjaya melarikannya. Tindakan menghalakan speaker itu adalah satu tindakan yang tidak wajar sama sekali, dan ia jelas bertujuan untuk mengganggu perhimpunan amat tersebut. Akhirnya ceramah terpaksa dibuat dengan menggunakan set pembesar suara tangan yang bunyinya terlalu perlahan serta tenggelam dek kekuatan speaker box. Bukti, speaker box yang sepatutnya dihalakan ke bahagian hadapan pentas Tambahan pula jarak antara lokasi itu dengan pentas hiburan yang disediakan begitu dekat sekitar 50 meter sahaja. Tindakan ini sungguh memalukan dan mencerminkan betapa takutnya mereka dengan suara rakyat. Ramai pihak yang tertanya-tanya apakah ini caranya amalan hidup demokrasi yang mahu diamalkan di Malaysia agaknya. Mereka juga membawa penyanyi dan artis-artis tempatan untuk "terkinja-kinja" di atas pentas, sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu menonton persembahan tersebut. Semua itu jelas hanya untuk mengganggu peserta himpunan dengan bunyi bising yang "maha dasyat" itu sebenarnya.telah dipusingkan ke arah peserta himpunan untuk tujuan mengganggu Selepas program berakhir di Taman Gelora, satu sidang media khas telah diadakan di Restoran Mexica, Seri Dagangan Kuantan (berhadapan dengan Megamall Kuantan) selepas itu. Antara pimpinan yang hadir ialah YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Tan Bun Teat (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas), Andansura Rabu (Pengerusi BADAR), Dato' Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersih 2.0) termasuk juga wakil Ahli Parlimen Australia (Green) iaitu Robin Chapple, Wong Tat, See Ping (SEPA's) dan lain-lain lagi. Media antarabangsa turut hadir. Kehadiran Ahli Parlimen Australia Mr.Robin Chapple mendapat perhatian Sidang media yang diadakan di Restoran Mexica selepas program tersebut Orang asal juga turut hadir sokong dan tuntut pembelaan nasib mereka [Apa yang jelas dapat disaksikan Himpunan Hijau 109 yang diadakan hari ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Biar pun ada gangguan dan tidakan provokasi pihak-pihak tertentu, namun kebijaksanaan anggota polis dibawah pimpinan OCPD Kuantan, ACP Jasmani Yusof haruslah dipuji. Rakyat perlu tahu, mereka mendapat arahan dan tekanan daripada pihak atasan yang takut gelombang suara rakyat terus bergema menentang projek berisiko tinggi termasuk Lynas di negeri ini. Sokongan rakyat dari pelbagai bangsa dan agama jelas membayangkan Kerajaan Negeri Pahang masih gagal mendapat sokongan penuh rakyat dalam isu Lynas sebenarnya. Langkah menghantar beberapa orang pemimpin UMNO dan NGO terbabit dengan membawa bersama acara hiburan yang melibatkan pelatih PLKN jelas sekali sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Kerajaan boleh gunakan Stadium Darul Makmur jika mereka mahu mengadakan program yang serupa dengan mengajak rakyat menyokong Lynas. Kenapa perlu gunakan pasukan polis untuk menghalang suara rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Bantahan rakyat kini semakin memuncak menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Jika tersilap langkah UMNO Barisan Nasional pasti akan kecundang di Pahang kali ini]. |
Himpunan Hijau 109: Rakyat Kuantan Di Jemput Hadir Ke 'Taman Gelora' Mulai Jam 6.00 Pagi Ini ! Posted: 08 Oct 2011 09:00 AM PDT KUANTAN, 9 Okt - Orang ramai terutamanya rakyat Kuantan dan sekitarnya dijemput hadir beramai-ramai ke Himpunan Hijau 109 yang akan diadakan di Taman Gelora pagi ini. Mengikut risalah dan poster yang diedarkan tertera kenyataan berbunyi "Tragedi radioaktif Bukit Merah (Perak), isu penggunaan Cyanide dalam perlombongan emas di Bukit Koman (Raub) dan kini tambahan pula kilang memproses nadir bumi di Gebeng (Kuantan) dan mungkinhkan loji janakuasa nuklear di Temerloh serta di Johor "Guoguang Petrokimia" kilang akan datang. Di masa hadapan, mungkinkah kanak-kanak bertanya tentang sejarah tersebut... Di mana ayah, ibu, datuk, nenek berada? Adakah anda turut berjuang mempertahankan masa depan kami. Adakah anda bersedia untuk mempertahankan masa depan mereka. Pilihan ditangan kita", kata kenyataan itu. Acara kemuncak program ini nanti ialah "Mencipta Rekod Dunia Cap Tangan Terbanyak" sempena Earth Charter (Piagam Bumi). Program yang bermula pada jam 6.00 pagi itu akan diikuti dengan menikmati panorama "Matahari Terbit" yang diiringi dengan paluan kompang dan dram. Sekitar jam 7.30 pagi pula, upacara mengecap tangan diatas kain secara beramai-ramai akan diadakan. Lagu kebangsaan "Negaraku" turut akan dinyanyikan berserta dengan ikrar mengikhtiraf "Piagam Bumi". Acara dijangka akan berakhir sekitar jam 9.00 pagi dimana kain bercap tangan akan diberi kepada tuan rumah acara itu pada tahun 2012 nanti. [PDO akan menghantar beberapa orang wakil dan krew kami untuk memantau program ini nanti. Semua pihak diminta bertenang dan berhati-hati. Kerjasama yang terbaik amat diperlukan daripada semua pihak bagi melancarkan program ini nanti. Kami juga difahamkan program ini telah mendapat permit daripada pihak polis. Disamping acara yang ditetapkan, banyak lagi acara lain akan turut diadakan sebenarnya. Oleh itu, nyatakan sokongan anda dan bersiap sedialah untuk bersama-sama menyatakan bantahan terhadap pembinaan beberapa projek berisiko demi masa depan generasi akan datang. Info lanjut program ini, sila hubungi 012-9823302]. |
Posted: 08 Oct 2011 08:06 AM PDT Selepas pendedahan PDO tentang keputusan panas Exco Pergerakan Pemuda UMNO dalam mesyuaratnya pada 11 Mac 2011 lalu yang secara jelas mahu kerajaan membatalkan projek pembinaan kilang memproses rare-earth milik Lynas Corporation di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini, maka ramailah penyokongLynas yang mengelabah dan "gila meroyan". Masing-masing terkejut dengan pendedahan yang disertakan dengan "bukti video" sidang media rasmi tentang isu ini. Namun, anehnya ada yang cuba menghentam PDO dengan mengatakan kami membuat "fitnah" tentang perkara ini. Malah ada juga yang masih memberi komen kononnya Lynas itu memang masih didalangi oleh orang Cina, padahal kami sudah membuktikan sebaliknya. Dalam banyak-banyak komen yang diluahkan PDO amat tertarik dengan satu komen daripada individu yang menggelarkan dirinya "Mark Parking" berkaitan artikel terdahulu kami di SINI . Antara komen beliau ialah "Akhirnya PDO terpaksa membongkar gerakan SMSL ditabung oleh tanah besar china walaupun dalam bentuk persoalan. Ini memang kerja biasa editor PDO yang membuat persoalan, agakan dan lambungan ke udara...Kita boleh kata beginilah.. Persoalanya bagaimana PDO dengan mudah boleh menafikan Stop Lynas save malaysia ini tidak disokong oleh Tokey besar. Ayat "daif" digunakan untuk mengelirukan kita Mungkin PDO telah dibayar sekali SMSL untuk menyelamatkan kantung mereka... kalau setakat nak buat fitnah dalam bentuk qwerty ni, sapa-sapa pun boleh karang.Script di atas adalah menyatakan bagaimana bentuk fitnah boleh dibuat dengan mudah sekali.. tak sampai lima minit, tapi kena bakar bertahun-tahun. Orang kafir cina tak apalah memang confirm kena bakar kat sana nanti.. Aku cuma memerhatikan bentuk skrip yang dihantar dan buat kajian tentang berita-berita palsu ni.. Yang bodohnya kamu semua yang terpedaya dengan suapan berita palsu sebegini", kata beliau dalam komennya ke atas artikel berkenaan. Mereka diminta dengar baik-baik keputusan yang dibuat pasal Lynas Bukti, dalam bulatan ialah Suffian Awang Exco Pemuda yang membawa usul pasal Lynas pada mesyuarat exco pemuda pada 11 Mac 2011 yang lalu [PDO hairan dengan sikap mereka ini, yang masih mahu membutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran. Malah, paling melucukan ada yang menuduh kononnya kenyataan Khairy Jamaluddin tidak boleh dipakai kerana UMNO sendiri menolak beliau. Tolaka atau tidak, Khairy tetap Ketua Pemuda UMNO dan jika beliau keluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kerajaan maka pucuk pimpinan tertinggi perlu mengambil tindakan ke atas beliau. Masalahnya, isu itu dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kuantan yang juga Exco Pemuda UMNO sendiri iaitu Suffian Awang (kini Septol PM). Makanya, Khairy hanya mengeluarkan kenyataan berlandaskan kepada keputusan sebulat suara mesyuarat exco yang telah diadakan. Maknanya, keputusan itu bukanlah kenyataan peribadi Khairy tetapi Pemuda UMNO. Justeru itu, mereka yang masih tidak yakin dengan bantahan Lynas ini digesa "cerminkan muka" terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang sungguh memalukan ini. Berani kerana benar, jangan asyik "menjilat dan mengampu" biarkan tahu kebenaran itu. Mereka masih tidak mahu terima hakikat yang sebenarnya]. |
You are subscribed to email updates from PDO :: Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan