Muslimeen United |
- Demo Mahasiswa Untuk Mahasiswa Jika UiTM Gantung Mahasiswa
- Bandingkan Pakatan, BN urus kerajaan negeri
- Gambar Saat-Saat Kemenangan Parti Islam......Allahuakbar
- Najib Diberikan Sambutan "Hangat" Oleh BERSIH Di Australia
- SPR perluas undi pos
Demo Mahasiswa Untuk Mahasiswa Jika UiTM Gantung Mahasiswa Posted: 28 Oct 2011 09:49 PM PDT Kenyataan Media 28 Oktober 2011 Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan amaran penggantungan pengajian oleh Universiti Teknologi Mara(UiTM) Shah Alam terhadap saudara Khalid Mohd Ismath berkaitan tulisan beliau dalam blognya yang "menghentam" pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari dan terlibat dengan Demonstrasi Aman Kebebasan Akademik di UIAM, jumaat lalu. Sedangkan pihak pentadbiran UIA sendiri sudah melepaskan Professor Dr Aziz Bari membuktikan tindakkan UIA tidak berlandas kepada peraturan, di manakah silapnya jika mahasiswa mengkritik universiti tersebut secara ilmiah dan terbuka? Kekangan pihak UiTM terhadap mahasiswa yang mempunyai pandangan dari sudut berbeza akan merealisasikan apa yang dipanggil 'pembonsaian minda' terhadap mahasiswa. SAMM Segmentasi Mahasiswa berpendapat tindakan amaran penggantungan yang dikenakan kepada saudara Khalid Mohd Ismath adalah satu tindakan yang zalim dan tidak relevan kerana ia melanggar hak kebebasan bersuara dan berhimpun seperti yang terkandung dalam perlembagaan perkara 10(1)(B). Khalid adalah mahasiswa tahun satu Fakulti Undang-undang dan merupakan timbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI). Menurut sumber tertentu melalui tulisan di blognya, Khalid menyifatkan penggantungan tugas pakar perlembagaan itu sebagai tidak patut memandangkan Prof Abdul Aziz digantung sebelum dibicarakan lantas Khalid mengajak semua pihak turun berdemonstrasi membantah keputusan pentadbiran UIA Selasa lalu. Perkara ini membuktikan, Hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan jelas telah dilacurkan oleh pihak Universiti atas tindakan memanggil Saudara Khalid dan mengarahkan beliau memadamkan tulisan di blognya. Atas desakan pihak universiti Khalid terpaksa Akur dan memadamkan tulisan yang ditulis diblognya. Jika sebelum ini ada pihak yang cuba membangkitkan bahawa kuasa mahasiswa atau kehebatan mahasiswa tidak sehebat seperti era 70-an, namun sebenarnya yang "membisukan" suara mahasiswa adalah sikap pentadbiran seperti yang ditunjukkan UiTM dan juga Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang jelas masih mencengkam suara mahasiswa. Amaran keras buat pihak pentadbiran UiTM sekiranya mengambil tindakan terhadap saudara Khalid, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk melancarkan demonstrasi besar-besaran dan akan bekerjasama dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk mendesak keadilan kepada saudara Khalid. Wan Farel Penyelaras Segmentasi Mahasiswa SAMM www.anakmudamalaysia.com |
Bandingkan Pakatan, BN urus kerajaan negeri Posted: 28 Oct 2011 09:37 PM PDT KUALA LUMPUR, 29 Okt: Bagaimana Pakatan Rakyat menguruskan kerajaan negeri dan bagaimana pula Barisan Nasional menguruskan kerajaan negeri. "Cuba bandingkan dengan menggunakan akal yang waras," tulis Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui twitter. |
Gambar Saat-Saat Kemenangan Parti Islam......Allahuakbar Posted: 28 Oct 2011 07:50 PM PDT hangpa tengok!!Tu celup-celup dakwat.... Alhamdulillah.Umat Islam Tunisia berasa puas sekarang setelah parti islam Tunisia telah memenangi pilihanraya negara itu baru-baru ini.Kita sudah ketahui bahawasanya Tunisia sebelum ini diperintah oleh seorang pemimpin korup dan sekular seperti Umno@apco.Kini rakyat Tunisia patut bersyukur kerana syiar islam akan tertegak dibumi mereka insyallah.Parti Islam Tunisia iaitu Parti Nahdhoh dilaporkan telah memenangi pilihanraya negara itu baru-baru ini. Alhamdulillah dengan kemenangan ini,Ia akan membuka ruang kemenangan kepada parti-parti islam diseluruh dunia setelah selama ini dipadamkan kemenangan oleh penipuan-penipuan pilihanraya yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti sekular yang memerintah negara. Dengan kemenangan parti islam ini mungkin akan memberi kemenangan kepada parti-parti islam di negara lain seperti parti ikhwanul muslimin mesir dan Parti Islam Semalaysia yang masing-masing akan menjalani pilihanraya dalam masa terdekat ini.Insyallah Allahuakbar.......... |
Najib Diberikan Sambutan "Hangat" Oleh BERSIH Di Australia Posted: 28 Oct 2011 07:48 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Perth Rabu lepas bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM) dan mesyuarat berkaitan. Delegasi dari 54 negara Komanwel menghadiri persidangan 3-hari di Pusat Konvensyen Perth pada Okt 28 dan kesempatan tersebut diambil oleh, Rangkaian Tindakan CHOGM (CAN), untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa terhadap situasi politik di Malaysia. CAN dianggotai oleh serangkaian besar gerakan sosial termasuklah Bersih. Najib yang mengetuai delegasi Malaysia ke CHOGM yang disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Mustapa Mohamed serta pegawai kementerian berkenaan telah diberikan sambutan hangat oleh rakyat Malaysia yang berada di Australia yang berpakaian kuning berhampiran pusat konvensyen berkenaan. "CHOGM adalah satu persidangan antarabangsa dan ini merupakan masa terbaik untuk memberitahu dunia apa yang sebenarnya yang berlaku Malaysia," kata Chom Lee told FMT, jurucakap CAN. "Masyarakat luarnegara telah terpedaya dengan penipuan kerajaan dan ramai beranggapan Malaysia mengamalkan demokrasi yang sebenarnya, sedangkan kikatnya adalah disebaliknya." Beliau berkata CAN berharap agar ketua-ketua Komawel menyoal Najib mengenai tuntutan Bersih 2.0 mengenai 8 perkara dan juga mengenai rasuah dan isu pengasingan kuasa di Malaysia. Beliau memberikan beberapa contoh penyalahgunaan kuasa dan rasuah termasuk kematian mereka yang disoalsiasat SPRM dan polis, pembelian kapalselam Scorpene dan kekayaan luarbiasa Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud. Lee, yang kini menetap di Perth sejak 10 tahun lalu, menyatakan keluarganya menghantar beliau keluar dari Malaysia kerana mendakwa beliau menjadi mangsa kepada sistem yang korup. "Saya kini telah bekerja sepenuh masa di sini disamping memperjuangkan hak generasi yang akan datang kembali ke tanahair," he said. Lebih seribu orang beratur dan membuat demonstrasi aman dengan mendapat kerjasama baik dari polis Australia. kredit gambar: Facebook Bersihkan Malaysia |
Posted: 28 Oct 2011 07:46 PM PDT IPOH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang membenarkan pemilih yang berkhidmat dalam beberapa sektor pekerjaan seperti media, perubatan, penerbangan dan cari gali minyak mengundi secara pos atau mengundi awal bersama polis dan tentera pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang sebelum ini turut menilai beberapa cadangan lain seperti pengunaan dakwat kekal atau biometrik. "Jika cadangan dipersetujui, rang undang-undang pindaan peraturan dan undang-undang berkaitan termasuk membolehkan pengundian awal akan dibentangkan di Parlimen," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program taklimat PRU-13 kepada 24 pegawai pengurus dan 105 penolong pegawai pengurus pilihan raya negeri ini di sini semalam. Abdul Aziz berkata, jika sempat kesemua cadangan itu boleh dilaksanakan pada PRU-13. "Kita faham ada beberapa kumpulan media yang tidak dapat pergi mengundi kerana tugas, jadi adakah kita nak biarkan begini? Oleh itu, kita fikir patut buat perubahan supaya mereka ini mengundi pos atau mengundi awal dan cadangan ini akan dibawa ke dalam jawatankuasa berkenaan nanti. "Sebenarnya, bukan saja media tetapi juga petugas di pesawat seperti pramugari dan pramugara, jururawat dan petugas di pelantar minyak," katanya. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan