Muslimeen United |
- Menara Jam Di Mekah Rekaan Anak Malaysia
- Sampai bila Malaysia akan diperintah oleh pemimpin yang gagal??
- Kecelakaan Babitkan 15 Kereta Lumba IndyCar, Seorang Maut
- DS Anwar cabar Najib debat Belanjawan 2012 secara terbuka
- 'Apa salah saya' - Aziz Bari
- PAS Mula Mengibar Panjinya Di Terengganu.
- Manifesto PAS; berita baik untuk seluruh rakyat Terengganu
- Umno Kelantan berebut kerusi
Menara Jam Di Mekah Rekaan Anak Malaysia Posted: 17 Oct 2011 02:46 AM PDT Makkah: Rakyat Malaysia boleh berbangga melihat struktur menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram di sini, Menara Hotel Jam Diraja Makkah atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait, kerana ia sebenarnya mempunyai 'sentuhan anak Malaysia'. Wan Nazri Wan Aria, 31, adalah jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu. Katanya, menara itu memerlukan 'struktur keluli tidak berat' untuk menyokong jam gergasi itu, dan kejituan teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar Syarikat Premier Composite Technology dari Dubai, diperlukan untuk menyempurnakan tanggungjawab berkenaan. Uniknya, 14 tenaga pakar Premier Composite Technology itu juga adalah daripada kumpulan anak muda Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk memasang jam gergasi yang memukau perhatian jutaan jemaah dari serata dunia mengerjakan haji dan umrah. Dengan ketinggian 601 meter, ia adalah menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan struktur menara jam lain yang terkenal di seluruh dunia seperti Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat. "Ia tiga kali lebih besar daripada Menara Big Ben di London," kata pemuda kelahiran Melaka, yang menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Mara pada 2002 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Stuttgart, Jerman. Nazri (gambar) bersama beberapa jurutera Premier Composite Technology ditemui kumpulan media Tabung Haji yang menikmati teh tarik di Restoran Felda D'saji di Safwa Tower berhampiran Masjidil Haram di sini. Katanya, beliau amat berbangga dapat menjadi sebahagian tenaga pakar yang melakar sejarah di Makkah, apabila dibabitkan dalam kerja membina mercu tanda terbaru yang dapat membantu jemaah mengenal pasti kedudukan Masjidil Haram dari jauh lagi, di tengah kota di Tanah Suci itu. Jam gergasi yang dihias replika bulan sabit itu dikatakan boleh dilihat dari jarak sehingga 17 kilometer pada waktu malam dan 12 kilometer pada waktu siang, manakala cahaya daripada dua juta lampu LED yang menghiasinya berkerlipan setiap kali azan berkumandang pula boleh dilihat dari jarak sehingga 28 kilometer pada waktu malam. Selain itu, 90 juta kaca mozek keemasan digunakan menghiasi keempat-empat permukaan jam berkenaan. Nazri berkata, menara jam yang dilaporkan bernilai RM9 bilion itu dijangka siap sepenuhnya pada Februari depan sebelum diserahkan kepada pemaju dan kontraktornya, Kumpulan Binladin pada Mei, dan beliau bersama kumpulan pakar Premier Composite Technology akan terus berada di Makkah bagi memantau dan menyelia kerja akhir pembinaan menara jam itu. Sementara itu, menceritakan pengalaman kerja di sebuah syarikat Jerman, Nazri berkata, beliau mengambil masa lama sebelum kepakarannya mendapat perhatian, pengiktirafan dan diberi peluang menerajui projek itu. Rakannya, jurutera Premier Composite Technology, Armazizul Arifin pula berkata, bahan komposit adalah satu bidang baru dan tidak banyak syarikat dunia mempunyai kepakaran serta teknologi berkaitan bahan itu. Beliau berkata, bekerja dalam satu kumpulan tenaga pakar dari negara sama menjadi satu kelebihan, dan menurutnya, beliau bersama kumpulannya turut terbabit dalam beberapa projek besar membabitkan pemasangan struktur binaan logam yang kukuh tetapi ringan itu. Beliau bersama kumpulan rakannya juga terbabit dalam pemasangan kubah bergerak di Masjid Al-Nabawi di Madinah dan juga kubah di Masjid Putrajaya. – BERNAMA |
Sampai bila Malaysia akan diperintah oleh pemimpin yang gagal?? Posted: 17 Oct 2011 02:40 AM PDT Datuk Seri Najib Razak menyindir Belanjawan Pakatan Rakyat sebagai bajet yang 'menjanjikan bulan dan bintang' yang bunyinya sama seperti ejekan budak-budak sekolah yang masih berhingus. Mungkin, ia bukanlah sesuatu terjangkau oleh fikiran mereka di pihak Barisan Nasional kerana Pakatan Rakyat bukan sekadar menjanjikan urus tadbir ekonomi yang baik malah menawarkan pentadbiran yang berintegriti dan telus seperti mana terbukti di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Sebagai contoh, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang tidak berasaskan perkauman dan politik kronisme berjaya mencatatkan lebihan bajet untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2008 mellaui urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT). Kejayaan ini yang disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara juga mendapat pujian Tranparency International di Malaysia kerana berjaya memerangi rasuah. Pentadbiran yang bersih itu telah menghasilkan "dividen anti-rasuah" yang dikumpulkan bagi mengadakan program untuk membantu warga emas, orang kurang upaya dan banyak lagi yang mana kebanyakan penerimanya adalah kalangan orang Melayu dan umat Islam negeri. Kerajaan Pakatan Selangor pula mengadakan banyak program membantu warga emas dan golongan miskin serta menghidupkan kembali projek perumahan rakyat yang terbengkalai sewaktu pemerintahan BN dahulu. Yang terbaru, statistik Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) mengenai pelaburan di Malaysia bagi separuh penggal tahun ini menunjukkan Selangor sebagai negeri paling banyak mempunyai projek yang diluluskan. Sebanyak 158 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor dan ini merupakan 31 peratus daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia, menurut Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok. Kerajaan negeri Pakatan Kedah yang juga bebas rasuah telah berjaya mengamalkannya melalui cara kepimpinan melalui teladan di mana pimpinan negeri tidak menggunakan jet kerajaan, tidak tinggal di hotel mewah, malah membuat potongan gaji dan elaun yang dapat menjimatkan pentadbiran daripada pembaziran. Begitu juga kerajaan negeri Pakatan Kelantan yang telah sekian lama diterima oleh anak negeri kerana cara hidup sederhana dan anti-rasuah yang diamalkan sejak lebih 20 tahun lalu. Ini bererti Pakatan Rakyat mampu mentadbir negeri dengan baik, telus dan serius menangani masalah rakyat. Memang benar Pakatan menawarkan pemberian tunai dan pelbagai program kebajikan kepada rakyat sebagaimana yang ditiru oleh BN tetapi ada satu perbezaan besar yang tidak ditawarkan oleh BN – pentadbiran yang adil, bersih, telus dan anti-rasuah. Melihat Bajet BN 2012, ternyata bajet yang dibentangkan oleh Najib baru-baru ini bukan sekadar bajet pilihan raya tetapi memperlihatkan ketandusan idea pentadbiran BN, malah sebahagian daripadanya dicedok dari idea Belanjawan Pakatan Rakyat sendiri. BN terdesak sehingga terpaksa mengulangi berapa banyak subsidi yang telah diberikan kerajaan kepada rakyat sedangkan perkara ini telah pun kita ketahui. Malah, lebih memalukan apabila BN yang sebelum ini bermati-matian mengatakan subsidi akan menjadikan negara bankrap terpaksa menelan ludah sendiri apabila terpaksa mengekalkannya. Sudah tentu ia bukan kerana BN sayangkan rakyat tetapi semata-mata mahu memancing undi dalam pilihan raya umum akan datang. Jika tidak, mengapa perlu lidah bercabang? Bukanlah Pakatan Rakyat lebih konsisten dalam membuat tawaran ikhlas kepada rakyat? Rakyat berhak mendapat subsidi yang lebih banyak dari sekarang memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sumber ekonomi. Jika kerajaan BN kesempitan wang, ia adalah berpunca daripada pentadbirannya yang penuh dengan ketirisan, kebocoran dan tidak telus. Ini menunjukkan bahawa BN gagal menangani masalah ekonomi dengan baik apatah lagi bergelut dengan pelbagai isu ketirisan wang negara yang parah. Kalangan rakyat yang tinggal di bandar terutamanya telah lama dihimpit masalah ekonomi yang kian mendesak. Apa yang Najib lakukan untuk membela nasib golongan ini? Menurunkan cukai, mengurankan harga petrol? Jauh sama sekali. Malah, diskaun tambang LRT dan monorel yang amat diperlukan oleh pelajar, pekerja awam serta kakitangan swasta tidak dipedulikan; sebaliknya mahu diberikan kepada warga emas yang amat jarang menggunakan perkhidmatan pengangkutan itu. Apakah pengecualian yuran sekolah yang sememangnya hanya beberapa ringgit itu sudah cukup untuk memperbaiki status ekonomi rakyat? Apakah pemberian bonus untuk kakitangan awam sahaja mampu menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat terbanyak? Sedangkan jumlah pekerja yang ramai adalah dari sector swasta. Jadi di mana pelaksanaan gaji minima untuk mereka? Mengapa pula Akta Pekerjaan mahu dipinda untuk member lebih kuasa kepada majikan? Siapa sebenarnya yang dibela oleh kerajaan BN? Najib dan BN bukan sahaja gagal menangani masalah ekonomi rakyat malah gagal mengangkat martabat insan untuk mendapat keadilan dan kesaksamaan yang sewajarnya. Apakah kita sebagai rakyat wajar mendapat layanan sebegini dari sebuah kerajaan yang telah diberikan amanah? Dan sampai bilakah kita harus membiarkan negara ini ditadbir oleh orang-orang yang gagal? - dipetik dari roketkini.com |
Kecelakaan Babitkan 15 Kereta Lumba IndyCar, Seorang Maut Posted: 17 Oct 2011 02:34 AM PDT Las Vegas: Pemandu kelahiran Britain, Dan Wheldon terbunuh dalam kemalangan buruk pada siri akhir perlumbaan Las Vegas 300 IndyCar, pagi tadi. Gambar: PEMANDU Will Power (kiri) melayang ke udara dalam Kejohanan Dunia IZOD IndyCar di Las Vegas, hari ini. Dalam perlumbaan siri akhir itu juga, pemandu Dan Wheldon terbunuh apabila keretanya melambung ke atas sebuah kereta lain dan merempuh pagar ketika kemalangan membabitkan 15 buah kereta. - Foto Reuters Wheldon (gambar kanan), 33, pemenang Indianapolis 500 pada Mei lalu, mati akibat kecederaan parah selepas keretanya melambung ke atas sebuah kereta lain dan merempuh pagar ketika kemalangan membabitkan 15 kereta. Kereta yang dipandu oleh pelumba itu terbang ke udara dan terbakar. Akibat kecelakaan ini, keretanya hancur musnah dan meninggalkan serpihan-serpihan bertaburan di litar. Beberapa kereta lain turut melambung manakala selebihnya terbabas akibat terbakar. Ketua Eksekutif IndyCar, Randy Bernard, berkata pihaknya amat sedih apabila mengumumkan bahawa Wheldon mati kerana kecederaan parah. "Ingatan dan doa kami untuk keluarganya hari ini. Pemandu-pemandu lain sudah dimaklumkan mengenai kematian mendiang sebelum Bernard membuat pengumuman rasmi," katanya. - AFP |
DS Anwar cabar Najib debat Belanjawan 2012 secara terbuka Posted: 17 Oct 2011 02:27 AM PDT KUALA LUMPUR 17 Okt : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri berdebat secara terbuka berhubung kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012. Ia berikutan kenyataan Datuk Seri Najib Razak semalam mengkritik belanjawan Pakatan Rakyat dengan menyifatkannya 'Belanjawan Republikan aliran kanan' yang gagal memahami kehendak rakyat. "Ini membuktikan Dato' Seri Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni""Justeru saya mengambil peluang ini untuk mempelawa Dato' Seri Najib Razak berdebat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan," kata Anwar ketika mengadakan sidang media di parlimen hari ini. Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, debat tersebut seharusnya disiarkan secara langsung dan ditayangkan melalui televisyen ke seluruh negara. Kerajaan juga katanya, perlu memberi peluang supaya debat terbuka itu diadakan kerana perbahasan Belanjawan di Parlimen tidak mendapat liputan yang meluas dan rakyat tidak mendapat maklumat mengenainya. "Ya, memang kita boleh bahaskan dalam Parlimen tetapi ia tertutup dan seolah-olah berbahas dengan orang pekak (tidak didengari)," katanya. Katanya lagi, Najib selaku menteri kewangan perlu menerima debat tersebut dan tidak ada alasan untuk tidak melakukannya. "Saya akan bertanggungjawab untuk membahaskan Belanjawan 2012 di atas kapasiti Ketua Pembangkang," "Tapi kalau dia hantar Pemuda Umno untuk berdebat, kita hantar pemuda kita lah," Sindir Anwar ketika ditanya wartawan sekiranya Najib menghantar individu lain bagi tujuan itu. Anwar dalam sidang media itu berkata, sejak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga setahun lalu, beliau telah pun mempelawa perdana menteri untuk berdebat mengenainya, namun ditolak. "Sewajarnya Najib perihatin terhadap kebimbangan meluas berkaitan kenaikan kadar hutang negara, bukannya mengejek kekhuatiran tersebut (berdebat isu Buku Jingga)," ujarnya. sumber |
Posted: 17 Oct 2011 02:25 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 Okt: Prof Dr Abdul Aziz Bari berasa hairan dengan serangan bertubi-tubi yang dibuat ke atas beliau oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. "Hari ini sudah lebih seminggu saya diserang oleh akhbar itu. Dan semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pun ikut mengutuk saya. Sedangkan apa yang saya komen begitu ringkas dan tak lari dari peruntukan perlembagaan. Sekurang-kurangnya kalau dibandingkan dengan apa bekas Perdana Menteri itu buat masa beliau berkuasa. "Kita semua tahu bagaimana dia mengutuk dan menelanjangkan Raja-Raja. Utusan pun dua kali masa itu. Selain menyiarkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan imej Raja-Raja mereka kata negeri-negeri yang tidak beraja - seperti Pulau Pinang - lebih maju dari negeri-negeri yang ada Raja," kata Aziz. Hari ini profesor undang-undang UIAM dikunjungi oleh pegawai SKMM. Secara kebetulan dalam kolumnya semalam Awang Selamat mengkritik badan tersebut yang dikatakan tidak peka dengan usaha pihak-pihak tertentu seperti Malaysiakini melalui individu seperti Aziz dalam soal memurtadkan umat Islam. Aziz berasa kesal kerana kedudukannya dikutuk dan dipertikaikan. "Ibarat permainan bola mereka bukan nak rebut bola dari kaki saya. Sebaliknya kaki saya pula yang disepak. Dan orang-orang lama seperti mantan Perdana Menteri itu pun ikut sama. Mereka keroyok saya ramai-ramai. "Kalau tak setuju dengan hujah saya berilah hujah mereka pula. Saya pun nak belajar juga; mungkin mereka lebih betul. Menuduh saya derhaka, biadab, keliru dan ada agenda politik adalah tidak adil. Saya orang kecil, tak ada pengaruh. Apa yang mereka takutkan? Sebab itu saya nak saman mereka," ujarnya. Bagaimanapun pakar perlembagaan negara itu amat terharu dengan sokongan masyarakat termasuk bekas-bekas pelajar beliau. "Mereka bersusah payah menelefon menyatakan sokongan dan menyeru saya jangan undur. Itu tidak termasuk yang menulis dalam ruang maya untuk memberi semangat. Saya cukup berterima kasih kepada mereka," tambahnya. Aziz berkata beliau sekadar mahu berkongsi dengan masyarakat apa yang beliau kaji selama ini. "Dengan perkembangan terbaru ini saya sendiri terpaksa melihat semula teori saya mengenai kedudukan dan peranan Raja-Raja. Ini sangat berguna dan menarik bagi saya. Sebab itu saya tak minat hendak berpolitik sebab dunia akademik ini sangat mengujakan," ujarnya. -Hrkh |
PAS Mula Mengibar Panjinya Di Terengganu. Posted: 16 Oct 2011 05:52 PM PDT Inilah pertama kali gua menyertai satu perhimpanan besar yang dianjurkan oleh PAS pada Himpunan Kebangkitan Rakyat dengan temanya 'Terengganu Maju Islam Berdaulat Negeri Kebanjikan' pada 14&15 Oct 2011 di Pantai Pandak, Cendering, Terengganu. Ianya hanya kebetulan kerana pada tika itu gua mempunyai urusan di Negeri Terengganu. Gua hanya berkesempatan melihat program yang dianjurkan oleh PAS pada hari ke 5, iaitu 15 Okt yang mana pada malam tersebut PAS melancarkan 5 daripada sebahagian manifestonya,gua tidak langsung membawa peralatan gua dan yang hanya gua bawa ialah hp gua aje. Di bawah lu baca sendiri ler manifesto PAS Terengganu.....
Apa gua dimaklumkan inilah program kali ke 3 dan terakhir dengan slogan 'PAS Ganti Umno' yang mana poster, banner, signboard telah dipacak sepanjang perjalanan gua di Negeri Terengganu Darul Iman. Gua malas nak ulas perkembangan politik di Terengganu walau pun banyak maklumat yang gua dapat dari pihak PAS dan Umno celaka. Gua akan tulis apabila waktu mengizinkan kerana ia amat menyeronokkan dalam senario politik Terengganu yang gua nampak cukup hebat ini. Gua selitkan sikit video 'PAS Ganti Umno celaka' Inilah kerja barua umno celaka dalam usaha mereka untuk menyekat kebangkitan PAS di Terengganu. Hello bro, Apa lu tengok, ada nampak gunung Rosmah puaka ker...!!!! Apakhabar Mat Said???. Gua belum sempat jumpa lu lagi nanti gua call lu, kita jumpa di tempat biasa. Gua tak sempat merasai air Zam-Zam yang lu agihkan kat rakyat Terengganu tetapi berkotak-kotak masih berada dirumah JKKKKKK lu, Sumber |
Manifesto PAS; berita baik untuk seluruh rakyat Terengganu Posted: 16 Oct 2011 05:40 PM PDT KUALA TERENGGANU - Seramai 17,000 rakyat Trengganu yang penganggur dijanjikan dengan peluang pekerjaan sekiranya PAS diberi peluang dan mandat untuk memerintah negeri Terengganu selepas pilihanraya umum yang akan datang. Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata berdasarkan kajian yang dibuat sebanyak 4% atau 17,000 belia di negeri Terengganu tidak memiliki sebarang pekerjaan. [Gambar - Tiga tonggak utama kepimpinan PAS Terengganu dari kanan, Pesuruhjaya Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Timbalan Pesuruhjaya 1 Ustaz Satiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya 2 Haji Muhyiddin Abdul Rashid] Katanya, walaupun kadar pengangguran tersebut merupakan kadar yang tertinggi diseluruh negara, namun kerajaan Umno dan Barisan Nasional tidak melakukan apa-apa bagi mneyelesaikan masalah tersebut. "Orang Terengganu, 4% (atau) 17,000 anak-anak muda tidak ada kerja, kerajaan yang ada sekarang ini tidak buat apa-apa, (bekas Menteri Besar) Dato' Seri Idris Jusoh berjanji 30,000 pekerjaan baru nak diwujudkan, tapi sampai sekarang tak berjaya,"ujarnya. Menurutnya, sejak Umno/BN merampas kerajaan dari PAS pada tahun , banyak kilang-kilang yang ditutup diantaranya kilang papan lapis Permint Plywood dan Metro Pacific. Oleh sebab itu, katanya, ramai rakyat Terengganu yang berhijrah ke negeri lain bagi mencari pekerjaan. Oleh itu, menurutnya, dalam masa tiga tahun pemerintahan PAS berjanji akan mengujudkan 17,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, Terengganu kini terus dibelenggu dengan masalah kemiskinan dengan 15.4% penduduknya masih di bawah paras kemiskinan. Ia merupakan, jelasnya, kadar kedua 'tercorot' diantara negeri-negeri diseluruh negara. Katanya, kadar tersebut berbeza, meningkat dua anak tangga kepada nombor empat daripada bawah, ketika PAS memerintah negeri Terengganu diantara tahun 1999 hingga tahun 2004. "Masa kita (PAS) memerintah pada tahun 1999 hingga 2004, nombor dua tercorot (ketika itu) naik dua anak tangga Kita berjaya meningkatkan (mengurangkan) kadar keminskin tidak seteruk seperti sebelumnya ketika Umno memerintah,"jelas Haji Wahid. Menurutnya, dengan hasil negeri yang banyak melalui wang royalti, PAS akan memperbetulkan 'masalah sosial' itu sekiranya diberi mandat memerintah negeri Terengganu. Sehubungan itu, katanya, antara usaha yang dijanjikan dalam manifesto PAS adalah, cukai pintu rumah kediaman akan dikecualikan sebegaimana yang dilaksna pada zaman pemerintahan lalu. Selain itu, menurut Haji Wahid, menggantikan tanah tapak rumah yang diambil oleh kerajaan merupakan pembelaan terhadap rakyat teraniaya juga merupakan agenda yang dijanjikan PAS termasuk dalam 'ngeri berkebajikan'. Katanya, rakyat menjadi bertambah miskin apabila tanahnya diambil untuk projek-projek pembangunan oleh kerajaan sekiranya tidak diganti semula. "Pasal isu tanah ini, kita tengok rakyat miskin, dia sudh tidak ada harta (apabila tanahnya diambil) saya beri contoh, di Kampung Gelugor Raja, dia dah janda, suami tak ada, anak ada empat, lima orang, "apabila kerajaan ambil tanah, walaupun dibayar pampasan, dia (janda itu) nak cari tanah lain (untuk tapak rumah) tak ada (tidak cukup untuk membeli),"katanya. Oleh yang demikian, menurutnya, PAS akan membuat perancangan suapaya setiap tanah tapak rumah rakyat yang diambil akan diganti semula, di kawasan yang sama. -BO |
Posted: 16 Oct 2011 05:35 PM PDT Oleh M FAQIH Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali yang menang atas tiket PAS pada pilihan raya umum lalu kini heboh dikatakan ingin bertanding atas tiket BN pula.Jika desas-desus itu menjadi kenyataan, bekas pemimpin Semangat 46, Berjasa, Umno dan kini 'Bebas mesra BN' itu menjadi pemimpin paling kerap beralih parti. Biarpun dicanangkan sebagai calon mesra BN, namun kehadirannya membuatkan barisan kepimpinan Umno yang ada sekarang tergugat. "Bagi membolehkan Ibrahim bertanding menggunakan tiket BN di kerusi parlimen Pasir Mas, Ketua Bahagian, Dato' Hanafi Mamat perlu dipindahkan ke Dun Tendong. "Sedangkan pada pilihan raya umum lalu Hanafi bertanding di kerusi Dun Pengkalan Pasir. Ketika itu Ahmad Rosdi Mahamad menjadi calon BN berdepan dengan Ibrahim di kerusi parlimen," kata satu sumber di sini. Menurutnya Timbalan Ketua Bahagian, Che Johan Che Pa pula mengintai peluang di Dun Chetok. Namun, kerusi itu juga sudah diintai Ketua Pemuda, Najib Rusdan Abdul Rahman. Medan perebutan di Chetok sedang hangat diperkatakan sekarang apabila Che Johan dan Najib Rusdan masingmasing tidak mahu mengalah. Malah, pertelingkahan kedua-dua pemimpin Umno terbabit difahamkan tidak mampu diselesaikan lagi apabila seorang daripada mereka dikait dengan kes bakar kenderaan di Pasir Mas pertengahan September lalu. Manakala Dun Pengkalan Pasir pula lebih terbuka kepada Naib Ketua Bahagian, Abdul Aziz Muhamad. "Mengapa Hanafi yang pernah menang seketika di Pengkalan Pasir memilih Dun Tendong. Ini kerana baginya BN boleh menang di situ dengan lebih mudah memandangkan ada sisasisa pengaruh Ibrahim. "Jadi laluan diberi Hanafi untuk membolehkan Ibrahim bertanding menggunakan tiket BN di kerusi parlimen," kata seorang pemerhati politik dari Tendong. Kelibat Ibrahim untuk terus mempertahankan kerusi parlimen jelas kelihatan pada Ramadan lalu apabila cuba memancing orang ramai dengan sumbangan raya. Ramai melihat Ibrahim mahu mengulangi taktik 2008 meraih simpati PAS, kini mempamerkan sikap mesra BN, selepas keahlian Umnonya dilucut kerana bertanding tiket Bebas pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005. Hujah mereka, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), NGO fanatik Melayu hanya mengharapkan umpan wang ringgit bagi menarik simpati rakyat. "Rakyat di Pasir Mas sudah lama kenal siapa Ibrahim, cuma beliau bernasib baik pada pilihan raya umum lalu kerana bertanding di atas lambang bulan, kalau parti lain usah harap untuk bergelar wakil rakyat," kata Azmin Md Yusof, 45 dari Kubang Bemban. Pilihan raya umum ke-13 akan menjawab siapa Ibrahim selepas ini. Porak peranda rumah tangga Umno juga sudah merebak ke tempat-tempat lain termasuk Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Rantau Panjang. Di Gua Musang Ketua Bahagian Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semakin tergugat apabila kumpulan Umno Baru diketuai Dato' Bazlan Baharuddin difahamkan mulai berkerat rotan dengan bekas Presiden Semangat 46 itu. Beliau kini dikatakan berganding erat dengan bekas Adun Galas, Mohd Saupi Deraman dan Ketua Wanita, Senator Wan Hazani Wan Mohd Nor. Krisis kepimpinan Umno Gua Musang sekarang memperlihatkan semula pertembungan pemimpin bekas Semangat 46 dan Umno Baru. Kemenangan Bazlan sebagai Ketua Pemuda Umno Gua Musang pada pemilihan lalu dikatakan tidak diiktiraf Ku Li. Di Tanah Merah pula Ketua Bahagian, Ikmal Hisham Abdul Aziz tidak mungkin mendapat laluan mudah di kerusi parlimen memandangkan bekas anggota parlimen penggal lalu, Dato' Shaari Hassan dikatakan sudah keluar masuk kampung. Shaari bersama beberapa penyokongnya digantung Lembaga Disiplin Umno. Ia dilihat ada kaitan dengan usaha Ikmal menghalang kehadirannya di Tanah Merah. Shaari juga tidak keseorangan apabila abangnya, seorang korporat, Dato' Ismail juga dikatakan berganding bahu bagi menentang Ikmal. Di Kuala Krai pula, Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Dato' Nik Sapeia Nik Yusof turut mengintai peluang kerusi parlimen memandangkan bekas calon BN di situ, Prof Dato' Dr Che Musa Che Omar difahamkan tidak lagi berminat dengan Umno. Pertembungan juga berlaku di Pasir Puteh apabila tindak tanduk Ketua Bahagian, Zawawi Othman tidak disenangi pemimpin Umno lain. Di Rantau Panjang kudis lama di bahagian itu kembali bernanah semula apabila beberapa bekas anggota jawatankuasa bahagian disingkir ketua bahagian, Abdullah Mat Yassin. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan