Sabtu, 15 Oktober 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Ampunilah aku kerana ketidaksempuranaan diriku

Posted: 15 Oct 2011 03:02 AM PDT


N3 ini aku ambil daripada FB anak buah dan aku nak share bersama para pembaca blog ini. Bukan apa.... untuk aku cermin diri. Dan... kaum wanita di luar sana pun, patut juga cermin diri. Jom.... sama-sama kita cermin dan muhasabah diri.

Sesungguhnya kita insan yang tidak sempurna.... Maka marilah kita bersama-sama memperbetul segala kelemahan-kelemahan diri, baik yang kita sedari mau pun yang tidak kita sedari. Semoga kita tidak tergolong dan terkeluar daripada kategori wanita yang 6 ini. Nauzubillah....

Kepada suamiku F3M... aku mintak ampun dan maaf. Kekadang kerana ketidaksempurnaan diriku telah membuat aku berdosa padamu.

Aha.... layaannn.

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki :

"Jangan engkau kahwini wanita yang en...am, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin

BANGANG jer yang pilih ORANG TUUU

Posted: 15 Oct 2011 12:20 AM PDT


Menurut Blogger ManjungMari.... ORANG TUUUU ialah bakal MB baru Perak. Mungkin ManjungMari beranggapan sedemikian kerana ORANG TUUUU begitu kuat mempromosikan dirinya. Maklum ler nak jadi MB....

Hahahaha.... mana tidaknya. Kalau dekat DUN Sg Rapat ni, di mana-mana juga terpampang gambar ORANG TUUUU. Di sana ada muka dia. Di sini ada muka dia. Naik jelak orang melihatnya. Kalau dah terlalu over-exposed.... ROSAK. Barang rosak orang TAK NAK!!

Sebenarnya... rakyat Sg Rapat yang dah tahu sangat kelaku ORANG TUUU memang getik nengoknya. Sapa tak kenal dia. Lantaran itu.... rakyat banyak yang menjauhkan diri daripada dia. Lebih tepat lagi.... mereka tak sior nak ber-ADUN-kan dia. Dia hanya dikelilingi oleh para pembodek yang diberi sedikit habuan setelah membaruakan diri membuat kerja-kerja yang diarahkannya.

Kehebatan ORANG TUUUU yang tak dapat kita sangkal ialah.... dia hebat memperkaya diri dan keluarga serta adik-beradiknya. Kedua.... dia hebat dalam memperguna dan membaruakan mereka yang bangang dan rela diperbaruakan. Ketiga.... dia hebat membodek especially laki-bini di Putrajaya. Kehebatan itulah kelemahan dan kejelekkan dia.

Orang yang cerdik dan 'celik mata' dia tak boleh makan. Dalam kalangan ini.... ramai yang berkempen secara langsung mau pun tak langsung, menolaknya. In fact, rasanya.... dia pun dapat rasa yang orang dah tak sokong dia. Sebab itu.... dia ligan mempromosikan diri dengan harapan akan terpilih menjadi calon sekali lagi.

Dengar citer.... dia mungkin lari mencari kawasan lain untuk bertanding, jika terpilih menjadi calon sekali lagi. Sebenarnya, ORANG TUUUU mempromosi diri untuk menjadi calon ADUN bukan untuk menjadi MB. Tapi, mungkin juga untuk kedua-duanya sekali. But let me say this.... untuk jadi MB, you usah mimpi ler!!

Bertanding jadi ADUN pun mungkin kalah.... inikan pulak nak jadi MB. Jangan perasan ler!!

Apa-apa pun.... jika betoi ler Najib ada simpan hasrat nak pilih ORANG TUUUU jadi MB, jika deme berjaya dapatkan Perak..... maka Najib memang bangang!! Bangang kerana pilih bahan REJECT yang ROSAK!!

Pulak tu, jika difikir-fikirkan .... Najib ni bukan ke pengutip bahan reject. Tengok saja dalam Kabinet Dapurnya, bersepah bahan-bahan REJECT. Bahan reject ni.... tak lepas kualiti kontrol. Haprakk!!

Oleh sebab, Najib pengemar hat yang kena reject dan dalam kabinetnya pun banyak yang kena reject, apa kata.... dengan dia-dia kita REJECT!! Kita pilih pulak yang lebih berkualiti.

Melayu Mudah Lupa

Posted: 14 Oct 2011 09:29 PM PDT


Puak-puak UMNGOK ni memang jenis 'Melayu Mudah Lupa' especially para pemimpinnya yang dok di atas. Sudahlah mudah lupa....bongkak, angkuh dan ngok pulak tu!!

Ater... mana tidaknya, mengkalor deme lupa siapa yang menjadikan demer dan demer lupa yang DIA-lah pencipta yang maha berkuasa lagi maha bijaksana. Memang deme ni jenis tak mengasi. Sudah diberi kuasa.... nak tunjuk langsi pulak pada penciptaNYA. Puak pendehaka deme ni!! Derhaka pada Allah dan derhaka pada rakyat.... termasuk rakyat dari golongan yang bergelar 'Raja'

Fuuhh.... !! Mereka tunjuk langsi dengan menolak hukum Allah SWT iaitu Hudud. Sebaliknya, mereka pulak nak tunjuk bijak dan nak tunjuk pandai dengan mendakwa kononnya Hudud tak sesuai di Malaysia ler... Hudud belum boleh dilaksanakan lagi ler.... Hudud menzalimi orang Islam ler.... orang Islam takkan maju jika Hudud dilaksanakan ler....

Woit....!! Hotak lu orang!!

Apa..... lu orang nak kata, Allah itu bangang?? Allah itu zalim?? Allah itu tak adil??

Weh.... sapa lu orang nak tunjuk pandai dan berlagak sombong dengan Allah SWT??

Haprak dan laknat betoi puak-puak ni!! Itu bab puak-puak UMNGOK yang sememangnya ngok. Yang si MCA pulak sibuk nak berkempen menolak HUDUD, apa ke jadahnya?? Tak paham-paham.... Bangang betoi!! Orang dah kata... hudud hanya untuk orang Islam jer bukan non-muslim. Yang depa nak sibuk tu apasal??

Tapi kan... elok jugak MCA berkokok macam ayam gile tak bertelor. Deme ingat, deme boleh meraih sokongan dengan menggunakan hudud sebagai senjata. Tapi deme silap. Senjata tu akan makan tuan. Sebabnya.... rakyat tak bodoh macam demer. Demer tu, puak yang hidup dalam denial, tak nak terima kenyataan yang rakyat dah cerdik dan bijak menilai.

Orang bukan-Melayu paham benor yang ada kuasa untuk menjadikan Hudud realiti di bumi Malaysia ialah UMNO selaku pemegang kuasa. Tergedik-gedik sekali pun PAS nakkan Hudud tetapi kalau UMNO@Putrajaya tak bagi green light, bermakna..... NO HUDUD ler di Malaysia.

On top of that, mereka juga sedar dan telah diberi jaminan tegas oleh PAS, bahawa Hudud hanya akan diimplementkan ke atas orang Islam sahaja. No non-muslim akan dipaksa untuk menerima hudud tanpa kerelaan mereka. Malaysians non -muslims are very well informed regarding this matter. Sebab tu.... ukhuwah PAS-PKR-DAP dalam Pakatan rakyat masih POWER!! Sikap saling menghormati antara mereka masih JITU!! Yang goyah dan nak pecah ialah UMNO@BN!!

Pada rakyat bukan-Melayu@non-Muslim di Malaysia..... Hudud is not a big issue anymore. Isu utama yang mesti diberi fokus ialah menjatuhkan UMNO@BN dan merampas kuasa pemerintahan daripada mereka bagi mewujudkan Malaysia yang lebih sejahtera. Dan, alhmadulillah.... rakyat sedang bergerak dan berusaha ke arah itu.

So.... pada aku kempen menolak Hudud yang war-war dan nak digerakkan oleh MCA, adalah retorik politik bangang.... yang di TV3-kan serta di Utusan Melayu-kan, semata-mata untuk mencari publisiti. Kesian.... MCA macam jugak UMNO dah semakin malap. Hahaha... dah nak masuk kubor.

Selain itu, dengan mengadakan kempen bangang ini, MCA juga akan dibenci oleh orang-orang Melayu-Islam. Di mata orang Melayu-Islam, MCA parti Cina yang anti-Islam!! Orang Melayu ni, especially di kampung-kampung.... masih kuat sentimen agama mereka. Pada mereka.... menentang Hudud bermakna menentang Allah SWT, pencipta mereka. Menentang Allah SWT.... bermakna menentang Islam.

Hahahha.... senjata akan makan tuan. Bukan-Melayu, tolak MCA dan Melayu pun akan tawar hati dan tolak MCA juga. Semoga MCA dan UMNO akan terkubor dalam satu liang lahad, isyaAllah. Jom kita berdoa ini beramai-ramai. Amin.... amin... amin....

Seperkara lagi yang menge-syok-an hati ini, adalah apabila Sultan Brunei bertitah tentang wajibnya disegerakan pelaksanaan hukum Hudud di Brunei. Alhamdulillah..... seronok hati mendengar titah raja ini. Gua tabik spring sama raja ini. Beruntung rakyat Brunei berajakan hamba Allah seumpama itu. Semoga Allah SWT merahmati mereka.

Hahahaha.... ramai berpendapat secara tak langsung Sultan Brunei bagi 'penambar Arab' pada Najib. Gua amat setuju. Sultan Brunei ni bukan ke bijak orangnya. Dan dia..... tak takut bini. Dia takut dengan Allah SWT.

Itu citer di Brunei. Malangnya, di bumi 1Malaysia tidak begitu. Rajanya dilihat.... lebih tunduk pada tekanan orang politik. Mereka.... samada diam atau akur saja dengan pengkhianatan UMNO terhadap agama Islam. So... salahkah rakyat, sekiranya mereka mengkritik tindak tanduk raja yang dilihat tidak selari dengan Islam. Weh.... mengkritik bukan bermakna menghina atau menderhaka. Tolong jangan sempitkan pemikiran dan menjadi batu api untuk menganaiaya orang.

Dan, raja-raja juga mesti bersikap terbuka terhadap kritikan rakyat, selagi mereka tidak bersikap biadap atau menghina. Raja yang terbuka mindanya.... raja yang rakyat sentiasa berada di hati mereka..... raja yang menjaga amanah Allah SWT kepada mereka.... itulah raja yang akan dihormati dan disayangi oleh rakyatnya. Oleh demikian, jadilah hamba yang takutkan Allah SWT dan jangan jadi Raja Melayu yang mudah lupa seperti para pemimpin UMNO yang durjana.

As for UMNO@ BN, yang terang lagi bersuluh... menderhaka kepada Pencita alam semesta iaitu Allah SWT.... they can go to HELL. YES.... let them rot in hell!! Ameen....

Di mana kedudukan anda??

Posted: 14 Oct 2011 06:20 PM PDT


Darjat seorang isteri.

1. Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-ap...a dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah.

Halangan yang tak jadi kudis

Posted: 14 Oct 2011 09:18 AM PDT

[sumber gambar dari sini]

Kesian... rata-rata Melayu Johor berfahaman UMNO masih bangang kerana terus bersama kapal yang sarat dengan taik dan yang dah nak karam, sedangkan kaum Cina di sana mula mengorak langkah meninggalkan BN.

Begitulah bijaknya kaum Cina di Johor berpolitik. Mereka mengikut perubahan arus perdana dan tidak menentang arus. Sebaliknya.... Melayu Johor masih kuno dalam cara berpolitik mereka dan masih nak mempertahankan ketuanan Melayu mereka. Weh.... sedor ler yang Melayu dah layu dikerjakan UMNO, parti yang korang pertahankan tu. Bumi dan kedaulatan Johor pun sedikit demi sedikit sudah tergadai. Siapa punya angkara??

Hahahaha.... UMNO@BN!! Esok-esok.... takut Johor, ibarat hanya tinggal seluar dalam jer. Habis kedaulatan Johor digadai dan tergadai ke tangan kuasa asing.

Siapa punya kerja tu???

Tak lain dan tak bukan, UMNO@BN. Walau pun, masih ramai Melayu Johor yang totok dengan UMNO tetapi ramai juga yang telah sedar dan mula mengikut kebijaksaan kaum Cina dengan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Cina dan Melayu sudah mula meninggalkan UMNO@BN

Tengok saja bagaimana Lim Guan Eng disambut di Segamat Johor. Fuuhhh.... !! Hebat sekali sambutan yang diberikan, walaupun terdapat bantahan daripada puak-puak UMNO yang mula terdesak dan sesak nafas kerana semakin menghampiri kiamat kecil mereka.

Kebijaksaan Guan Eng mentadbir Pulau Pinang telah menarik perhatian rakyat. Pentabdirannya jauh lebih baik daripada negeri-negeri yang ditadbir UMNO@BN. Negerinya semakin makmur dan rakyatnya semakin sejahtera. Kesejahteraan inilah yang hendak kita perluaskan ke seluruh Malaysia, insyaAllah.

Dan... negeri Johor tidak terkecuali. Kita mahu hasil negeri dirasai semua rakyat dan bukan masuk ke poket para lanun daripada UMNO@BN. Mereka kaya raya.... rakyat terbanyak Johor apa ada??

Tapi, apa nak dikatakan... masih ramai rakyat Johor yang tak sedar dan berasa cukup dengan apa yang ada. Mereka... rakyat yang pesimis dan tidak dinamik untuk bergerak ke depan bersama-sama kita meneroka cara politik baru. Kesian.... Mental state mereka masih ditakuk lama. Mata mereka hanya nampak UMNO@BN saja.

Namun.... kita berharap kunjungan Guan Eng ke sana akan membuka mata mereka untuk melihat betapa corak politik Malaysia sudah mula berubah. Berubah untuk membentuk satu Malaysia yang baru. Ya... Malaysia yang lebih sejahtera untuk semua.

Pun begitu, semuanya terletak pada kebijaksanaan rakyat Johor membuat pilihan, antara permata dan kaca.Well.... sesungguhnya pertama itu Pakatan Rakyat dan kaca itu UMNO@BN.

Tiada ulasan: