Sabtu, 15 Oktober 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


DIPAKSA LAWAN GUAN ENG:JADI KAMBING HITAM?

Posted: 15 Oct 2011 08:42 AM PDT

Tiga perwakilan Gerakan hari ini menggesa presiden parti itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertanding di Pulau Pinang kerana ia berkaitan dengan maruah parti tersebut.

Berucap di Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-40 tengah hari ini, wakil Johor Teng Koh Keng menggesa presiden parti itu berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di kerusi Parlimen Bagan dalam pilihan raya umum akan datang.

tan lian hoe gerakan wanita chief agm 2011 4"Yang terbaik ialah untuk presiden kita untuk kembali ke Pulau Pinang dan berdepan dengan Lim Guan Eng," katanya dengan disambut sorakan dan tepukan hadirin.

Menurutnya, jika Koh bertanding di bekas kubu kuat parti itu, maka ia akan menaikkan semangat mereka dan menyatukan parti.

"Menang atau kalah adalah perkara lain, sekurang-kurangnya kita akan mengembalikan maruah kita."

Ia ekoran spekulasi sengit bahawa Dr Koh akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak, Kuala Lumpur atau Johor.

Gerakan telah memerintah kubu kuatnya Pulau Pinang selama hampir 39 tahun tetapi tumbang dalam pilihan raya umum lepas selepas ia kalah semua kerusi di negeri itu.

gerakan press conference koh tsu koon 2Perwakilan Kedah, Ngooi Ah Fatt juga bersetuju bahawa Koh harus kekal di Pulau Pinang jika beliau memilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Ngooi berkata: "Saya berharap beliau kembali ke Pulau Pinang untuk bertanding, ia akan meningkatkan motivasi Gerakan dan akan meningkatkan peluang kita untuk menang."

Turut bersetuju ialah wakil Terengganu, Feng Swee Heng yang berkata terdapat perdebatan hangat sama ada Koh patut bertanding di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau secara berseloroh berkata nama Koh bermaksud "anak Jantan" dalam bahasa Melayu, bagi menangkis kritikan bahawa dr Koh tidak berani berdepan dengan musuh politiknya.

Bagaimanapun, perwakilan Pulau Pinang Lee Boon Tien mengingatkan hadirin "jika Koh boleh menang di Pulau Pinang, ia adalah baik, tetapi bagaimana jika beliau kalah?"

Bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu, Dr Koh berkata beliau mengambil maklum sentimen para perwakilan parti.

"Saya dengar apa yang mereka katakan, tetapi di mana saya akan bertanding, saya akan membuat pengumuman tidak lama lagi.

pemimpin lemah cap ayam?

Posted: 15 Oct 2011 05:37 AM PDT

Dalam satu serangan  yang berlapik tetapi menyengat terhadap Presiden Gerakan, Tan Sr Dr Koh Tsu Koon, ketua Wanitanya, Datuk Tan Lian Hoe berkata sayap itu malu dengan kepimpinan parti itu yang lemah.
NONEKatanya, mereka malu menjadi bahan teguran dan dipandang rendah kerananya.

Tan menegaskan demikian dalam ucapan dasarnya di
persidangan perwakilan kebangsaan Gerakan hari ini.

Tanpa menamakan Koh (kanan), beliau berkata, "tulisan sudah terpampang di dinding" dan pucuk pimpinan tidak boleh menafikannya.

"Jika anda perlu berundur, maka berundurlah," katanya sambil menambah, sekiranya rakyat telah menolak seseorang pemimpin, maka akurlah dengan kehendak mereka.

PEKERJA LADANG YG TERLAMPAU?

Posted: 15 Oct 2011 01:23 AM PDT

AS Johor mempersoalkan mengenai "layanan kelas pertama" kepada sekumpulan pekerja asing untuk menghadiri "kursus keusahawanan" sedangkan permit kerja pertanian tidak membenarkan mereka menjalankan perniagaan di negara ini.

NONE"Tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan,
sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara kita," kata ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

"Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita?

"Sejak bila pulak kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh  daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?" kata Suhaizan dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mendakwa, pada peringkat awal, pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri(JPM).

Bagaimanapun, dakwanya, di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju sebuah pusat peranginan di Bangi.

 "Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang," tambahnya.

bangi resort foreigners citizenship 121011Suhaizan mendakwa, perjanjian dengan pemandu bas ialah perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari
Rabu 12 Oktober 2011, yang menurutnya menunjukkan kursus itu adalah selama lima jam - dari 8 pagi hingga 1 tengahari - sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama.

"Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik dari Johor Bahru ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Bahru sahaja.

"Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini," tambahnya.

brosur cincin RM24j KAITKAN ROSMAH AKAN TERBIT?

Posted: 14 Oct 2011 11:18 PM PDT

Tidak puas hati dengan penjelasan mengenai kontroversi cincin berlian bernilai RM24 juta, aktivis akar umbi, Badrul Hisham Shaharin memutuskan untuk menerbitkan brosur 16 muka bagi mendedahkan kebenaran di sebalik perkara tersebut.

badrul hisham shaharin altantuya police questioning 290509 03Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, menerajui kumpulan anak muda yang dikenali sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Katanya, selain menerbitkan bukti asal mengenai cincin
tersebut, brosur itu juga akan turut memuatkan jumlah pembaziran dan gaya hidup mewah orang yang didakwanya "bergaya sebagai wanita pertama Malaysia."
Majlis pelancaran brosur tersebut akan diadakan di pejabat PKR di Rantau, Negeri Sembilan dan akan dihadiri pemimpin tinggi PKR, termasuk naib presiden Datuk Chua Jui Meng dan Fuziah Salleh serta setiausaha Pemuda DAP kebangsaan, Anthony Loke .

Julai lalu, Badrul mendakwa cincin itu - 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond' berharga RM24,458,400 - diterbangkan ke negara ini melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang pada 13 Julai, mendakwa cincin tersebut dibeli oleh isteri perdana menteri - Datin Seri Rosmah Mansor.

MB KELANTAN WAJAR JADI IKUTAN

Posted: 14 Oct 2011 09:22 PM PDT

Terharu Tulang Besi melihat gambar di bawah. Sebelum menonton perlawanan bola, penyokong2 Kelantan beramai-ramai bersolat dahulu.

Ini adalah tanda-tanda berjayanya Tok Guru mentarbiah rakyat Kelantan untuk mengamalkan Islam. Kalau UMNO perintah Kelantan, jgn harap lah nak tengok peristiwa macam ni.

TAKBIRR!!!!!


http://www.malaysiawaves.com/2011/10/solat-jemaah-sewaktu-menonton-bola-tok.html

road show’ Umno perkecil Raja-Raja

Posted: 14 Oct 2011 09:17 AM PDT

Tidak mustahil Umno Barisan Nasional (BN) mencari jalan muslihat dan penipuan bagi memastikan kuasa yang ada tidak hilang.
Ini termasuklah penipuan dalam undi pos, sepertimana yang dibangkitkan acap kali.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata demikian ketika menyampaikan ceramah beliau di Kampung Berapit, Tikam Batu, Sungei Petani, malam tadi.
Menurut beliau lagi, BN menyedari undi popular yang berjaya diraih mereka di Semenanjung hanyalah sebanyak 46 peratus jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat (PR) yang mendapat sokongan sebanyak 52 peratus.
"Berdasarkan kepada kenyataan ini, BN terpaksa melakukan apa jua tindakan bagi memastikan kemenangan mereka berulang. Isu rasis dan agama akan menjadi topik penting untuk dipermainkan bagi meraih sokongan.
"Kita jangan lupa pada fakta dan sejarah 1993, di mana Umno membuat 'road show' dengan memperkecilkan kedudukan Raja-Raja. Begitu juga dengan fakta sejarah yang menyatakan Dr Burhanuddin Al Helmy adalah pejuang.
"Mat Indera yang mereka nafikan perjuangan beliau juga adalah antara fakta sejarah yang harus menjadi sandaran dan pemerhatian rakyat. Sejarah tidak harus dilupakan bagi membuktikan kebenaran, " ujarnya lagi.
Dalam majlis tersebut juga, beliau turut menyampaikan sumbangan skim kafalah sebanyak RM500 setiap waris keluarga warga emas yang meninggal dunia di negeri Kedah.
Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard serta kepimpinan PAS kawasan Sungei Petani.

Tiada ulasan: