Jumaat, 7 Oktober 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Hancuuss KPI Muhyiddin!!

Posted: 06 Oct 2011 11:30 PM PDT


Ater, kalau dah ditadbir oleh kongkang-kongkang kangkung yang hanya asyik menjilat-bodek orang politik jer, inilah akibatnya.

Pelik... kalau standardnyer hampeh, ngapa ada jugak orang asing yang datang belajar kat universiti-universiti kita, ekk...??

Oooo.... ya tak ya jugak. Derang datang bukan nak belajar sangat. Derang moonlighting.... Jual dadah. Gasak anak-anak dara, mak-mak janda dan bebini orang-orang 1Malaysia. Selain itu, derang buat kerja-kerja cari makan seperti merompak dan mencuri.... Bikin kacau dan lain-lain lagi.

Dan.... universiti di Malaysia pulak ambil derang kerana nak cari makan buat mengurus universiti. Itu sepasal. Sepasal lagi.... kongkang-kongkang kangkung yang urus universiti tu bukan kesah nak jaga standard dan kualiti pengurusan dan pentadbiran. Itu semua.... derang tolak ke tepi. Derang hanya sibuk berpolitiking dan sibuk menjilat-bodek ahli politik terutama sekali yang in power untuk kepentingan diri.

Last-last..... akibatnya, universiti kita tak masuk senarai ranking Universiti Terbaik Dunia

Bravo!!! Malaysia Boleh!! Boleh corot beb!!

Malaysia terkeluar dari senarai 400 universiti terbaik

9:55AM Okt 7

Tiada universiti di Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam majalah Times Higher Education (THE) yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia.

Sehubungan itu, supremo DAP Lim Kit Siang berkata adalah sia-sia bagi kerajaan yang begitu bangga dengan prestasi Malaysia dalam ranking dunia QS 200 World University 2011/12.

Penarafan QS itu telah meletakkan Universiti Malaya di tangga 167, - naik 40 tempat berbanding tahun 2010.

Empat universiti Malaysia lain yang disenaraikan oleh QS - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) - semuanya mencatatkan kemerosotan.

Malas nak paste banyak-banyak. Layan berita fullnya di Malaysiakini

UMNO mati lorr....

Posted: 06 Oct 2011 09:30 PM PDT


Apabila Cina kata... "Berambuslah MCA!!", itu petanda.... UMNO nak MAMPOOOSSS!!!

Ho yeh!! Ho yeh!! Ho yeh!!

Orang Cina pun sudah sangat menyampah pada MCA maa. Menyampah dan meluat tahap gaban beb. Hmmmm.... dan menyampah mereka pada UMNO, usah cakap ler, berkali ganda lagi... Gua tarak tipu punya. Lu olang baca ini sedutan gua angkat dali Merdeka Review.

Hahaha.... Suara hati marhaen Cina.

Saya, sebagai warga Malaysia kaum Cina, tiada Roket mahupun Keadilan bertanding di kawasan pengundian saya, hanya pertembungan terus antara UMNO dengan PAS. Sekarang, secara rasminya saya mengumumkan di sini, bahawa pada PRU yang akan datang, saya akan mengundi PAS!

Melihat kepada pemimpin MCA yang haprak berucap menyerang Hukum Hudud Islam dalam perhimpunan agung tahunannya, kononnya mempertahankan kepelbagaian budaya Malaysia, saya teringin nak berkata, MCA, pergi mampuslah!

XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, sekarang saya ingin berkata kepada MCA, pada pilihan raya umum yang akan datang, saya pasti akan mengundi PAS! Malas saya nak layan kau!

Hahahahaha...

Haiyoooo.... Cina malah, UMNO gelabah.... Takut kalah!!

PAS ganti UMNO???

Haiyooo.... UMNO mati lorrr.

Lembu Melayu Otak layu

Posted: 06 Oct 2011 07:33 PM PDT


Sekumpulan lembu telah cuba menyodol ceramah Mat Sabu di Negeri Sembilan. Mereka cuba bikin kacau dan mahu hantar memorandum bantahan kepada Mat Sabu.

Gilerr lu bang Mat. Fenomena baru lu.... Hebat... hebat.... Sejak dua menjak ni, Mat Sabu sudah jadi very pupular mengalahkan Piem hinggakan bersondol-sondol lelembu ke tapak ceramah, semata-mata nak kasik memorandum. Kalau ini macam... kalahlah populariti Piem 1Malaysia.

Apake jadahnya nak bagi memorandum kepada Mat Sabu?? Buang masa jer... Baikler korang pergi buat demo menyokong saranan Harussani agar Putrajaya benarkan Kelantan melaksanakan Hudud... ada juga pahalanyer. Ini tak.... Asyik nak mangacau orang jer. Korang ingat Mat Sabu takut?? Korang ingat dia akan tutup mulut dia?? Korang fikir... dia akan berhenti daripada mengatakan yang benar.

Weh... lu orang silap orang ler!! Korang ingat Mat Sabu macam Najib Piem 1Malaysia tu....?? Flip-flop nak mampuss....!! Penakut nak mampus!! Cakap tak serupa bikin!!

Uisyy.... nak menjilat pun berpada-pada ler. Over menjilat kalu.... tak der paedahnyer!!

So, udah-udah ler tu. Korang pergi balik main layang-layang.... lagi bagus.

Bergasak lagi di ceramah NS

Darwish Zainal
11:58PM Okt 6

Satu kumpulan yang mendakwa mewakili veteran tentera yang cuba mengadakan protes berhampiran tempat ceramah pembangkang di Rembau, Negeri Sembilan malam ini telah dihalang oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Ianya bermula apabila sekumpulan 200 orang - yang dikenali sebagai Bergasak lagi di ceramah NS di Kampung Pulau Bintongan.

Menurut laporan Harian Sinar hari ini, kumpulan itu mahu mengadakan demonstrasi terhadap timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, yang merupakan penceramah utama malam ini.

Tetapi ketika menghampiri tempat itu, mereka berdepan dengan para penyokong Pakatan Rakyat yang cuba menghalang mereka.

Kedengaran salah seorang penyokong Pakatan melaung meminta mereka jangan datang dan membuat kacau di situ.

Kira-kira jam 9.30 malam, suasana menjadi panas dan beberapa individu dari kedua-dua pihak mula bergasak.

Keadaan itu berlaku selama kira-kira 30 minit sebelum ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin berunding dengan kumpulan tersebut.

Kumpulan tersebut tetap bertegas untuk dibenarkan menemui Mohamad bagi menyerahkan nota bantahan mereka.

Akhirnya, penyokong Pakatan bersetuju membenarkan dua wakil kumpulan itu masuk dan menyerahkan nota tersebut.

Kumpulan itu mendakwa mereka mewakili bekas anggota pasukan keselamatan yang tidak berpuas hati dengan ucapan Mohamad di Pulau Pinang pada 21 Ogos.

Dalam ucapannya, Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, telah mempersoalkan catatan rasmi mengenai peranan Mohammed Indera dalam serangan ke atas balai polis BUkit Kepong pada 1950.-Mkini

Terlentok beb..

Posted: 06 Oct 2011 09:40 AM PDT


Itu bukan terlelap seketika
tapi...
sudah terlentok habeh, beb!!

Kah kah kah kah kah....

[sini]

Tiada ulasan: