Addin |
- Dedahkan Siasatan Kes Bunuh Kekasih Polis
- Profesor Kangkung Punca Ranking Universiti Kita Merudum
- Parlimen Akan Di Bubar Isnin Ini?
- Intipati Bajet 'Morfin' BN
- Jabatan Hutan Khianati Anak Negeri Sabah?
- Profesor Kangkung Dakwa Muhyiddin Tak Faham Undang-Undang
- Gempar!! Najib Bebaskan 125 Penjenayah..
Dedahkan Siasatan Kes Bunuh Kekasih Polis Posted: 07 Oct 2011 05:00 PM PDT PAS Sabah merakamkan ucapan takziah kepada ibubapa serta keluarga Almarhumah Kartini Borhan, serta turut bersimpati di atas kehilangan anak yang dikasihi berpunca daripada kes bunuh yang tidak berperikemanusiaan, yang hanya tergamak dilakukan oleh puak yang telah jauh tersesat daripada hidayah Allah. PAS Sabah berdoa semoga roh Almarhumah ditempatkan di kalangan roh-roh mereka yang mendapat rahmat serta keampunan dari Allah s.w.t dan menyeru keluarga Almarhumah supaya bersabar dalam menghadapi ujian yang amat getir ini. Kes bunuh secara kejam yang dilakukan ke atas Kartini adalah rentetan daripada beberapa kes-kes bunuh secara misteri bermula seawal tragedi menimpa Mustakizah, Norietta dan tentunya banyak lagi. Dalam semua kes bunuh secara kejam yang dilakukan oleh syaitan bertopengkan manusia ini mencapai kemuncaknya dengan letupan menggunakan bom C4 ke atas seorang model Monggolia, Altantuya Shaaribu. Mengamati berita yang terpampang di dada akhbar tempatan pada 30 September lalu berkaitan kes bunuh ini, saya sendiri terpaksa membaca berulang kali dan cuba memahami jalan cerita yang ditulis oleh pemberita akhbar berkenaan. Saya terkesan semacam ada sesuatu yang cuba diselindung, sehingga jalan cerita yang disiarkan berita yang saya baca memang tidak masuk akal. Akhirnya, keraguan saya tentang kesahihan berita tersebut terlerai apabila Sabahkini.net mendedahkan beberapa penemuan yang ada hubungkait dengan pembunuhan ke atas Kartini dilakukan oleh orang yang telah didedahkan oleh ayah Almarhumah Kartini dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Keningau. PDRM sering mecanangkan kepada rakyat, bahawa tahap kecekapan menyelesaikan kes-kes jenayah di negara ini adalah antara yang terbaik di dunia. Kita mengakui fakta ini kerana banyak kes-kes jenayah, sama ada melibatkan jenayah perdagangan seperti penangkapan beberapa warga Taiwan dan China baru-baru ini; termasuk kes memalsukan kad-kad kredit, serta kes bunuh yang dilakukan di sesuatu negeri tetapi pelakunya berjaya ditangkap di negeri lain. Kita kagumi kehebatan PDRM dan menghargai jasa serta komitmen institusi keselamatan negara yang dianggotai oleh anggota professional dan berpengalaman. Tetapi, dalam kes melibatkan pembunuhan Kartini Borhan, saya pasti ramai daripada kita meragui kecekapan pihak polis, khususnya pasukan polis Daerah Keningau. Bolehkah diterima akal yang rasional bahawa Inspektor Ahmad Rizal Omar yang kononnya dimaklumkan melalui telefon bimbit bahawa Kartini untuk meminta bantuan beliau, terpaksa bergelut dengan penceroboh yang dikatakan mempunyai pisau serta benda tajam sehingga mencederakan beliau? Boleh tolong jawab secara jujur, apakah polis berpangkat Inspektor tidak dibekalkan dengan pistol? Kemudian, adakah boleh diterima logik akal bahawa Inspektor Ahmad Rizal mampu datang dengan sekelip mata sahaja ke rumah Kartini setelah mendapat panggilan daripada Kartini, serta terserampak pula dengan penceroboh yang sedang menikam Kartini dan kemudiannya menikam Inspektor Ahmad Rizal beberapa kali? Bolehkah diterima teori ini oleh akal yang waras? Jawapan semua ini hanya ada pada PDRM Keningau dan IPK Negeri Sabah. Bagi pihak rakyat yang cintakan keadilan dan ketelusan, seiring dengan iltizam yang kononnya mahu merealisasikan urus tadbir yang baik (Good Governance) oleh Kerajaan 1Malaysia yang diterajui Najib, PAS Sabah menuntut agar melakukan Inkues dan hasil siasatan kes pembunuhan kejam ini didedahkan kepada umum; serta pelakunya didakwa di mahkamah. PAS Sabah juga mengingatkan kepada pihak-pihak tertentu yang sering menyalahgunakan kuasa mereka, bahawa setiap perilaku jahat, kezaliman dan penganiayaan yang ditimpakan keatas makhluk Allah, akan pasti mendapat balasan yang setimpal, baik didunia mahupun diakhirat. Ingatlah akan firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar-balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan." (an-Nisa:135)./sabahkini | ||
Profesor Kangkung Punca Ranking Universiti Kita Merudum Posted: 07 Oct 2011 08:21 AM PDT Pengerusi Biro pendidikan Pusat KEADILAN, Abas Awang menyifatkan kegagalan universiti di Malaysia disenarai 400 universiti terbaik dalam majalah Times Higher Education (THE) disebabkan akar umbi universiti itu sendiri. Ini berikutan, katanya, Naib Canselor sesebuah universiti hanya menjadi 'pak angguk' sekali gus mendorong golongan pensyarah terkongkong dan tidak berfikiran terbuka. "Tenaga pengajar memainkan peranan penting. Pelajar akan bagus kalau pensyarahnya bagus. Ini yang kita ada profesor kangkung yang membodek. Dan untuk lebih memajukan pendidikan negara profesor kangkung seperti ini mesti di'hapus'. "Naib Canselor dilantik oleh kerajaan. Ini tidak patut berlaku. Pelantikan Naib Canselor harus berdasarkan kelayakan, bukannya 'kesungguhan' mereka mematuhi kata-kata pemerintah," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini. Tiada universiti di Malaysia disenarai dalam majalahTHE yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia sedangkan universiti jiran serantau termasuk enam di Hong Kong dan dua dari Singapura disenarai. Universiti Mahidol di Thailand juga disenarai dalam kategori 351-400. Mengulas lanjut, Abas berkata, kongkongan terhadap sesebuah universiti terutama darisegi penglibatan dalam politik menyebab pelajar tidak berfikiran terbuka. "Pelajar tidak dapat mengembangkan pemikiran. Kebebasan perlu diberi sama ada dari segi pemilihan fakta pembelajaran dan pemilihan penyelidikan perlu lebih terbuka." Abas turut membidas sesetengah universiti yang terlalu fokus kepada pembelajaran teori semata-mata dan mutu pensyarahnya yang tidak mempunyai ilmu dikehendaki pasaran semasa. "Pelajar dibebankan banyak teori sehingga tidak seimbang dan gagal mempraktikal di alam pekerjaan. Pensyarah janganlah guna nota lama yang tidak lagi relevan. Ia membuatkan pelajar tidak dapat manfaat ilmu dalam kerjaya," katanya./kd | ||
Parlimen Akan Di Bubar Isnin Ini? Posted: 07 Oct 2011 08:07 AM PDT Ada desas-desus yang mengatakan pada hari Isnin, 10 Oktober nanti, Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya akan diumumkan. Langkah itu mengekori pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Najib Razak, perancangan perbelanjaan yang dikatakan ramai dicipta untuk menarik kembali undi kepada BN. Dan sudah pasti, untuk mengesahkan mandat rakyat ke atas dirinya untuk meneruskan jawatannya sebagai Perdana Menteri keenam itu. Secara jujurnya, permainan teka-teki waktu pilihanraya umum ke-13 ini sudah menjadi hangat semenjak permulaan tahun ini lagi. Ramai yang meneka Mac, Julai, November dan juga Mac 2012. Tetapi walaupun tekaan yang tepat itu mungkin pada Mac tahun depan, masih ada kemungkinan besar yang Najib akan mengorak langkahnya itu pada bulan depan. Jika begitu, maka beliau 'haruslah' membubarkan Parlimen pada hari Isnin. Sudah tentu beliau boleh lakukannya selepas pembentangan belanjawan petang ini, ataupun pada hujung minggu, tetapi ramai ahli-ahli politik berkata ia akan berlaku pada hari Isnin, sekiranya PRU-13 jatuh pada November. Kenapa Isnin Alasannya mudah, sekiranya Najib tidak membubarkan Parlimen menjelang Isnin, Belanjawan 2012 haruslah dibahas pada Isnin itu jufa, yang akan membazirkan waktu kerana pilihanraya hanya sebulan sahaja lagi. Kedua, kenapa beri peluang untuk pihak pembangkang untuk mengacau rencana besarnya itu yang sudah pasti akan dipuji-puji di media semasa, radio dan televisi, yang semuanya dikawal kerajaan. Ya, langkah itu membenarkan BN untuk melontarkan 'imbuhan' sementara meninggalkan Pakatan Rakyat terkontang-kanting mencari area perdebatan. Ia adalah jalan pintas untuk mendiamkan rakyat. Dan apabila Belanjawan itu dibentang semula, sekiranya BN menang, Najib masih boleh mencari jalan untuk perlahan-lahan mengelak daripada mengotakan janjinya. Dua kem Di dalam UMNO, jelas kelihatan adanya pertembungan di antara dua pihak yang tidak dapat dinafikan lagi oleh penyokong tegarnya pun. Kem Najib mahukan pilihanraya awal sebelum perjumpaan tahunan parti itu pada Disember untuk mengelakkan daripada dipaksa mengumum rencana pertukaran kuasa kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin. Jelaslah Muhyiddin, dan lebih-lebih lagi Mahathir Mohamad, bekas pemimpin yang masih berpengaruh itu, mahukan PRU-13 berlaku pada tahun hadapan. Mereka bimbang skanda-skandal Najib akan melemahkan peluang BN untuk menang dan mahu untuk bertanding dalam PRU-13 dengan persoalan kepimpinan sudah selesai, suaya rakyat akan merasa selesa untuk kembali mengundi BN. Ya, PRU-13 amatlah bergantung kepada perjumpaan agung UMNO yang akan datang. Terdapat banyak tanda-tanda peperangan dan perebutan kuasa sedang berlaku dan keributan untuk majlis tertinggi UMNO mencalonkan pengganti pucuk kepimpinan. Samalah seperti apa yang dilalui Abdullah Badawi pada tahun 2008. Inilah rasional yang dibangkitkan oleh mereka yang meramalkan PRU-13 akan berlangsung pada bulan November. Mereka meneka Najib akan mencantas pergolakan dalam UMNO dengan mendapatkan mandat rakyat, dan sekiranya dia berjaya mengekalkan status quo atau malah berjaya merampas semula Selangor daripada genggaman Pakatan, maka dia telah memastikan kedudukannya untuk satu terma lagi. Dan dalam terma keduanya, Najib dan isterinya Rosmah Mansor tidak akan bermain-main lagi. Dan ini adalah sesuatu yang Mahathir dan Muhyiddin harus beri perhatian. Faktor Anwar Terdapat juga isu Anwar Ibrahim, yang pada waktu ini terjebak dengan tuduhan Liwat II. Perbicaraan sedang berlangsung dan sekiranya pilihanraya berlaku sekarang, adalah sukar untuk Anwar berkempen bermati-matian. Ini adalah mata tambahan untuk Najib, di mana dia berhasrat untuk menyingkirkan Anwar daripada dunia politik dan meraih sokongan ketua-ketua UMNO yang tidak mahu Pakatan Rakyat berlegar-legar lagi mengganggu urusniaga mereka. Membubarkan Parlimen sejurus selepas Belanjawan dibentangkan juga boleh dilihat sebagai langkah untuk manyelesaikan perkara. Terpengaruh oleh hubungan awamnya yang positif dan selesa dengan delusi yang rakyat di luar kota akan tetap mengundi BN, Najib kelihatan akan mengorak langkah pada bulan November. Mahathir masih 'tulang belakang' Walau bagaimanapun, dengan mengamati tanda-tanda terkini yang semakin jelas selepas Pakatan Rakyat melancarkan Belanjawan Bayangan 2012 Prosperity For All, kemungkinan untuk berlangsungnya PRU pada tahun ini semakin nipis. Dengan insiden Bukit Kepong dan isu hudud yang makan tuan, sebagai mana taktik licik itu terbaca oleh rakyat Malaysia, lebih berkemingkinan untuk Najib mengalah kepada Mahathir. Walau demikian sekali pun, untuk pengesahan dan sehinggalah Najib sendiri menafikan PRU-13 akan berlaku tahun ini, seluruh perhatian akan diberikan kepada Najib selepas dia membentangkan Belanjawan 2012 hari ini. Sekiranya dia berdiam diri, maka Isnin lah yang akan menjadi hari keputusan bilakah PRU-13 akan berlangsung. Sudah pasti, ini akan membawa kepada teka-teki 2012, dan sebenarnya, PRU-13 tidak semestinya berlaku pada Mac/April 2012!/mc | ||
Posted: 07 Oct 2011 04:53 AM PDT Berpakaian baju Melayu serba merah hati, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan mula berucap pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat dengan tema "Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara".Ucapan Perdana Menteri itu disiarkan secara langsung melalui stesen-stesen utama radio dan televisyen. Kerajaan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan menyediakan gaji sebaris dengan pembaharuan lebih radikal. "Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan menggantikan sistem lama SSM. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum tiap gred," kata Perdana Menteri pada Jumaat. Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred. Umur persaraan kakitangan awam juga dilanjutkan daripada 58 kepada 60 tahun."Kerajaan bersetuju lanjutkan umur persaraan wajib kepada 60 tahun daripada 58 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam," katanya. Pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan peringkat rendah dan menengah akan disediakan secara percuma — bermakna tidak akan dikenakan sebarang bayaran, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini. "Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah-sekolah kerajaan," kata beliau. Antara intipati-intipati belanjawan hari ini ialah: Polis RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan. Keluarga tentera RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang. Subsidi Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen. Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen. Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50 Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35 Skim rumah pertama Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun. Subsidi rumah Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini. Teksi persendirian Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan. Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik. Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian. Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan. Perlindungan kepada gelandangan Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur. Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah. Simpanan persaraan – KWSP Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP. Pinjaman TEKUN Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta. Penjawat Awam Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Meringankan Kos Sara Hidup Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos; Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara. Rancangan Tebatan Banjir Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit. Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan. Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah. Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat. | ||
Jabatan Hutan Khianati Anak Negeri Sabah? Posted: 07 Oct 2011 02:45 AM PDT Jabatan Perhutanan Sabah disaran agar tidak mengkhianti Anak Negeri Sabah yang terperangkap di dalam Hutan Simpan yang terletak di bawah jurisdiksi mereka kerana dari segi undang-undang mereka tidak mempunyai locus-standi untuk mendakwa 'Tanah Adat' yang diwartakan sebagai Hutan Simpan dan diletak hak sebagai milik kerajaan. "Dari segi pentadbiran memang benar mereka dipertanggung jawabkan menjaga hutan simpan, tetapi tanah adat bukanlah hutan simpan, sekalipun diwartakan sebagai Hutan Simpan. Mereka sewajarnya merujuk kepada keputusan mahkamah dalam kes Imahit dan jangan lagi menjadikan rakyat sebagai sasaran KPI mereka," ujar Ahli Parlimen Malaysia (Tenom), Datuk Raime Unggi dalam pertemuan khas dengan Sabahkini.net di Ruang Legar Parlimen. Menurut Raime, beliau terkilan kerana Jabatan Perhutanan Sabah telah mengeluarkan notis kepada penduduk kampung yang dituduh menceroboh Hutan Simpan melalui surat JPHTN/TNM/ 700-2/1/2/Klt.2 (38) bertarikh 3 Oktober 2011. Tegas Raime, melalui notis tersebut, Jabatan Perhutanan memberi amaran keras bahawa sesiapa yang memasuki Hutan Simpan Sipitang dan telah bercucuk tanam serta mendirikan bangunan/sulap, diberi notis 14 hari berkuatkuasa dari tarikh surat tersebut dikeluarkan untuk memusnahkan segala tanaman dan bangunan/sulap yang telah didirikan dan mengarahkan penduduk keluar dari kawasan Hutan Simpan Sipitang. Melalui notis berkenaan juga, Jabatan Perhutanan mendakwa bahawa perbuatan memasuki Hutan Simpan Sipitang dan bercucuk tanam serta mendirikan bangunan (sulap) adalah terlibat dalam kesalahan di bawah Seksyen 20 (1) (b) (i) (ii) dan 20 (1) (c) (i) Enakmen Hutan 1968 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi Limpa Puluh Ribu Ringgit (RM50,000) atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-dua sekali.
Kata Raime lagi, Jabatan Perhutanan memberi ingatan bahawa sesiapa yang didapati gagal mematuhi arahan notis ini selepas tempoh notis 14 hari berakhir, laporan polis akan dibuat dan tindakan diambil bersesuaian dengan Enakmen Hutan 1968. "Sewajarnya sebelum Pegawai Perhutanan Daerah Tenom, Clarice V.Alliun mengeluarkan notis tersebut, mereka harus memanggil Wakil Rakyat dan Pegawai Daerah untuk taklimat atau mesyuarat kerana yang akan dihalau keluar dari hutan simpan itu ialah pengundi dan pembayar cukai, bukan makhluk perosak," kata Raime yang mempersoalkan cara tindakan tidak bermoral Jabatan Perhutanan Sabah mengeluarkan notis ketika beliau terpaksa menghadiri Sidang Parlimen, sehingga rakyat hidup di dalam ketakutan. Raime menarik perhatian, hanya Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah yang diberi kuasa menurut Enakmen Hutan 1968 dan sepanjang pengetahuan beliau tidak ada sebarang perwakilan kuasa diberikan kepada Pegawai Perhutanan Daerah untuk melaksanakan perintah evakuasi. "Jabatan Perhutanan tidak wajar mengambil tindakan di luar enakmen dan mentafsir undang-undang mengikut fahaman mereka sendiri kerana Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan bahawa seseorang warga negara seharusnya dianggap tidak bersalah, melainkan dibuktikan bersalah di mahkamah," kata Raime yang menyifatkan notis yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Daerah tidak sah kerana bercanggah dengan 'delagatus non potest delagare'. Kata Raime, kini tiba masanya agar Jabatan Perhutanan Sabah memahami makna Tanah Adat kerana bukan terletak di bawah sebarang enakmen atau undang-undang bertulis kerana lebih menjurus kepada undang-undang adat atau sejarah. "Jika penduduk yang dituduh sebagai penceroboh, dakwa mereka di mahkamah. Bukannya tangkap mereka, bakar rumah mereka, musnahkan tanaman mereka atau halau mereka seperti haiwan. Bertimbang rasalah sedikit," kata Raime yang kesal kerana pegawai yang diarah melakukan pengusiran tidak bermoral dan bersikap barbarian. Namun kata Raime, setelah mahkamah berpuas hati bahawa penduduk di Tanah Adat ini melakukan pencerobohan di Hutan Simpan dan setelah perintah evakuasi dikeluarkan mahkamah, barulah Jabatan Perhutanan bertindak. Jika tidak kata Raime, mereka telah menyalahgunakan kuasa dan meremehkan undang-undang serta menderhaka kepada DYMM Yang di Pertuan Agong kerana Anak Negeri Sabah mempunyai hak-hak istimewa dan dilindungi di bawah Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan. "Saya berharap agar Jabatan Perhutanan Sabah tidak lagi melakukan sabotaj terhadap Kerajaan BN seperti di masa lalu. Kami terpaksa berhadapan dengan pengundi setiap kali pilihanraya umum. Rakyat yang sudah sakit hati kerana diusir, sudah pasti akan membenci kerajaan BN. Dalam hal ini pembangkang akan mendapat hadiah istimewa. Saya tidak fikir Jabatan Perhutanan agen pembangkang di Sabah?," kata Raime yang meminta campurtangan Ketua Menteri Sabah bagi menyelesaikan isu yang menjadi punca utama Anak Negeri menyokong pembangkang./sabahkini | ||
Profesor Kangkung Dakwa Muhyiddin Tak Faham Undang-Undang Posted: 07 Oct 2011 01:17 AM PDT Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim tetap mempertahankan pendirian bahawa Malaysia tidak pernah dijajah sambil menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam seperti "orang kebanyakan yang tidak faham undang-undang."Kata beliau, hanya negeri-negeri Selat yang pernah menjadi tanah jajahan British sementara negeri-negeri Melayu yang lain telah berada di bawah naungan British. "Saya sebut dari segi undang-undang yang mana negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) pernah dijajah, negeri-negeri Selat ini dipanggil Tanah Jajahan Mahkota British dan sesiapa yang lahir di negeri-negeri ini akan menjadi rakyat Britain dan kerajaan negeri-negeri Melayu dipanggil negeri-negeri Melayu naungan British dan sesiapa yang lahir di negeri-negeri naungan British ini tidak akan menjadi rakyat Britain. "Dari segi undang-undang nampak perbezaan, malah wakil British di negeri-negeri Selat dipanggil gabenor dan orang yang sama kedudukan rasminya di kerajaan negeri-negeri Melayu ialah pesuruhjaya tinggi. Jadi lihat dalam undang-undang, banyak perbezaan dan yang paling penting mereka yang lahir di negeri-negeri Selat termasuk orang Melayu akan jadi rakyat Britain dan orang bukan Melayu di kerajaan negeri-negeri Melayu sebelum 1948 akan menjadi rakyat tanpa negara," katanya kepada The Malaysian Insider. Mengenai kenyataan Muhyiddin semalam, Khoo berkata Timbalan Presiden Umno itu bercakap mengikut bahasa orang kebanyakan dan bukan undang-undang. "Beliau (Muhyiddin) bercakap sebagai seorang biasa dan bukan lihat dari segi undang-undang, dalam undang-undang memang ada bahasa khas undang-undang atau bahasa teknikal tapi bahasa orang kebanyakan biasanya kelam-kabut, tidak teratur dan tidak tepat. "Beliau guna bahasa orang kebanyakan yang tidak faham undang-undang dan bukan bahasa teknikal undang-undang. Kalau ikut undang-undang, kerajaan negeri-negeri Melayu bukan tanah jajahan British dan tak pernah dipanggil tapi bila British cuba kuat kuasakan Malayan Union dan kalau British berjaya memang, kerajaan negeri-negeri Melayu akan jadi tanah jajahan British," katanya. Tambah Khoo: "Tentang Malayan Union, kalau orang Melayu ketika itu tidak menentang sudah pasti kerajaan negeri-negeri Melayu dah jadi tanah jajahan British, tapi bila orang Melayu bangkit menentang, British terpaksa batalkan rancangan itu." Dalam satu kenyataan di Dewan Rakyat semalam, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengakui bahawa Malaysia pernah dijajah — bertentangan dengan penegasan beberapa profesor termasuk Khoo bulan lalu bahawa negara hanya menjadi naungan British. Muhyiddin menyatakan pendirian tersebut sekali gus menafikan pandangan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa Malaysia tidak pernah dijajah."Sama ada negara kita dijajah atau tidak, jawapannya, ya. "Saya mengambil pendirian begitu walaupun ada beberapa pihak yang memberikan pandangan bahawa kita tidak dijajah," katanya. Menurut Khoo, sekiranya British serius mahu menjajah negara sudah tentu negeri-negeri Melayu akan dipaksa menjadi tanah jajahan kuasa asing itu. Beliau menambah terdapat banyak bukti bahawa negara tidak pernah dijajah. "Saya boleh buktikan, pertama macam mana dua tempat mempunyai nama yang tidak sama? Satu Tanah Jajahan Mahkota British dan satu lagi negeri-negeri Melayu naungan British… kalau British dah jajah Tanah Melayu, mengapa British tidak menyatukan negeri-negeri Melayu bersekutu dengan negeri-negeri Melayu tidak bersekutu? "British mahu negeri-negeri Melayu tidak bersekutu menjadi sebahagian daripada negeri-negeri Melayu bersekutu tapi raja di negeri-negeri Melayu tidak bersekutu tak setuju dan British tak boleh bergerak… kalau British nak jajah, dia boleh paksa tapi dia cuma nak pujuk," katanya. Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Budaya, Majlis Profesor Negara Profesor Datuk Dr Zainal Kling hari ini juga menjelaskan bahawa negara kita lebih banyak menerima kesan penjajahan meskipun negeri-negeri Melayu mempunyai status negeri naungan."Saya tidak kata negara kita tak pernah jadi negeri koloni atau negeri jajahan. Ciri-ciri kemelayuan dikekalkan di negeri naungan. Kesan penjajahan tetap berlaku kerana pengaruh British yang meluas," kata Dr Zainal. Menurutnya, negeri naungan merujuk kepada negeri yang mempunyai sistem residen dan penasihat dan beliau mengakui bahawa kenyataan asal beliau bahawa Malaya tidak pernah dijajah dilaporkan tanpa mengikut konteks sebenar. | ||
Gempar!! Najib Bebaskan 125 Penjenayah.. Posted: 06 Oct 2011 09:30 PM PDT Tajuk akhbar hari (6 Okt 2011) ini iaitu pembebasan semua tahanan Akta Kediaman Terhad yang merangkumi 125 orang penjenayah kategori penagihan dan pengedaran dadah, ceti haram, kongsi gelap, pergaduhan, pelacuran, pengutip wang lindungan dan perjudian, di lihat sebagai titik kelemahan Najib yang paling ketara. Najib pula seolah-olah berbangga dengan keputusannya yang 'bijak' ini dan benar-benar menyangka yang rakyat akan gembira dan menyambut baik keputusannya untuk membebaskan penjenayah ke dalam masyarakat. Jika Najib tidak terjangkit sindrom 'kabur' Abdullah Badawi maka pastinya dia telah tunduk atas desakan undi. Tindakan Najib ini mudah ditafsir melalui satu soalan mudah: Siapakah yang banyak terlibat dalam jenis-jenis jenayah di atas? Ceti haram, kongsi gelap, pergaduhan, pelacuran, pengutip wang lindungan dan perjudian? Siapa? Tentulah kaum Cina. Apa yang dapat kita lihat sekarang ialah tidak mustahil Najib telah diperdaya atau didesak secara diam-diam oleh mana-mana pihak yang mempunyai hubungan dengan rangkaian jenayah di atas. Bukan sesuatu yang menghairankan jika ada ahli-ahli politik dari mana-mana parti jua yang hidup atas wang dari rangkaian jenayah sebegini. Apakah Najib telah terperangkap dengan permainan licik ahli-ahli politik sebegini sehingga membuat keputusan ini? Tidak mungkin secara tidak semena-mena, setelah bangun pagi, Najib tiba-tiba merasa ingin membebaskan beberapa penjenayah atas dasar 'hak asasi dan kemanusiaan' tanpa tekanan, tanpa dimanipulasi atau diperdaya oleh sesiapa. 125 orang penjenayah mungkin tidak ramai di mata Najib, tetapi bayangkan rangkaian yang mereka ada dan kemusnahan yang mampu mereka lakukan dengan wang yang tidak pernah putus dari kegiatan jenayah sebegini. Kita percaya, keyakinan yang cuba diterap oleh Ketua Polis Negara bahawa pembebasan ini tidak akan menjejaskan keselamatan rakyat adalah kenyataan politik semata-mata. Hakikatnya, pembebasan ini pastinya memeningkan lagi kepala pihak polis. Jika Najib bercakap tentang hak asasi dan kemanusiaan, bagaimana dengan hak asasi rakyat untuk merasa selamat? Apakah rakyat bukan manusia? Di manakah nilai kemanusiaan apabila pengedar dadah menjadi kaya manakala hidup penagih (yang rata-ratanya Melayu) hancur? Bukan itu saja, melalui dadah, judi dan pelacuran, keluarga dan masyarakat juga menjadi musnah. Kes-kes bunuh selalunya berpunca dari masalah yang sama, maka di manakah kemanusiaannya apabila penagih dadah, kaki judi atau kaki pelacur mendera anak isteri, membunuh ibu bapa, dipenggal Along dan sebagainya? Di manakah hak asasi keluarga mereka untuk hidup? Entah apa yang difikirkan Najib ketika mengumumkan perkara ini dan dengan bangga pula mengambil kredit pula ke atasnya. Pastinya, negara akan semakin hari semakin parah di bawahnya. Apapun, kita harus berterima kasih kepada Najib kerana memberi servis percuma kepada Pakatan Rakyat untuk membuat serangan. Mungkin ini adalah musim UMNO/BN pula menembak diri sendiri. Pilihanraya semakin dekat, rakyat sedang memerhati. Kerana Najib, semakin tinggilah harapan PR untuk mengalahkan BN di saat-saat akhir ini./suaraPR |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan