Ahad, 30 Oktober 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Banner "TERIMA KASIH FAM NATANG!" dipasang di stadium

Posted: 29 Oct 2011 11:31 PM PDT



DILIHAT sebagai menunjukkan bantahan terhadap kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2011, para penyokong yang tidak berpuas hati memasang banner "Terima kasih FAM Natang!" di Stadium Shah Alam malam tadi.

Ramai penyokong yang membantah tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM menaikkan lebih 70% harga tiket perlawanan akhir Terengganu menentang Negeri Sembilan yang dilihat begitu membebankan rakyat.

Tindakan Negeri masing-masing memberikan subsidi harga tiket juga dilihat hanya sebagai taktik untuk menguntungkan FAM. Ini kerana, duit kedua-dua kerajaan negeri merupakan duit rakyat juga.

Sebuah banner dengan logo kelab penyokong bola sepak Negeri Sembilan juga turut kelihatan meminta sokongan orang ramai menurunkan tandatangan membantah kenaikan harga tiket oleh FAM.




ReJaM© "Inilah taktik orang atas, curi duit rakyat depan mata rakyat..."

Lelaki dibelasah kerana bakar bendera Terengganu di Stadium

Posted: 29 Oct 2011 01:15 PM PDT

SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.


Sumber:[Free Malays]

ReJaM© "Ini namanya cari penyakit..."


Artikel sebelum ini:

Panas! Chua Soi Lek hina Hukum Hudud sepuas-puasnya!

Panas! Chua Soi Lek hina Hukum Hudud sepuas-puasnya!

Posted: 29 Oct 2011 08:05 AM PDT

JAMINAN Perdana Menteri, Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional tidak akan melaksanakan Hukum Hudud meskipun mengakuinya sebagai "hukum tuhan" membuka ruang kepada Chua Soi Lek untuk menyerang dan menghina Hukum Allah sesuka hatinya.

Kenyataan Najib itu dilihat membuka ruang seluas-luasnya untuk Chua Soi Lek yang sememangnya anti Islam ini untuk menghina Hukum Hudud yang tercatat di dalam Al-Quran.

Berikut petikan penghinaan beliau terhadap Hukum Hudud yang disiarkan di dalam akhbar miliknya sendiri The Star. Memang nak mampos Chua Soi Lek! [The Star]


Sebelum ini pelakon lucah celaka ni pernah menghina Ajaran Islam yang melarang lelaki dan perempuan daripada bersentuhan kulit. Cikgu Mala dan Wan Azizah yang memakai sarung tangan saat bersalaman dengan lelaki bukan Mahram dihina oleh si bangsat ni!

Penghinaan ini benar-benar mengguris hati umat Islam di negara ini. I am really in very bad bad temper!

ReJaM© "Chua Soi Lek pelakon video lucah yang celaka!"

Tiada ulasan: