Ahad, 30 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Persembahan Wayang Kulit Babi Dari Naib Presiden Perkasa

Posted: 30 Oct 2011 12:13 AM PDT


MAHASISWA TEGUR SULTAN JANGAN LUPA DIRI

Posted: 29 Oct 2011 09:52 PM PDT


Baca di sini

Ibrahim Ali: ‘PAS jangan terlalu angkuh, sama-sama kita tengok siapa terbujur’

Posted: 29 Oct 2011 06:04 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Ahli Parlimen Datuk Ibrahim Ali menasihatkan PAS tidak terlalu "angkuh dan takbur" kononnya ia boleh menang di bahagian Parlimen Pasir Mas yang menjadi rebutan antara tiga parti termasuk calon bebas sejak beberapa pilihan raya umum lalu.

"PAS makin bongkak . . . takbur . . . mana mereka tahu siapa menang siapa kalah? PAS ini sudah ganti Tuhan ke?" kata wakil rakyat ini ketika diminta mengulas mengenai kenyataan kepimpinan PAS kawasan Pasir Mas bahawa parti Islam itu pasti Ibrahim, yang pada pilihan raya umum 2008 menang atas tiketnya tetapi mengiytiharkan dirinya sebagai wakil bebas dan seterusnya menyerang mereka, akan kalah jika bertanding semula di kerusi tersebut.

Justeru kata Ibrahim (gambar), pada pilihan raya umum 2004, PAS mendakwa akan menang besar di Kelantan tetapi hanya dapat mengekalkan kerajaan negeri dengan perbezaan dua kerusi hasil bantuannya.

"Tapi nyawa ikan dengan majoriti dua kerusi (Dewan Undangan Negeri) DUN . . . nasib baik saya bantu dengan bertanding bebas... pilihan raya umum 2008, PAS tidak tahu akan berlaku tsunami politik. Kalau PAS tahu, pasti PAS tidak beri laluan kepada saya," kata beliau lagi.

Ibrahim memberitahu, "puak PAS ini kepala besar, cuma otak kurang dan lebih jijik, takbur."

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa menambah, beliau tidak kisah menang atau kalah, tetapi kalau satu lawan satu pasti PAS akan kalah teruk kali ini.

"Nasihat saya, jangan terlalu bongkak, angkuh dan takbur. Sama-sama kita tengok, kalau panjang umur, siapa yang terbujur," katanya lagi.

Ibrahim menambah, PAS sememangnya berharap Barisan Nasional (BN) tidak memberi laluan kepadanya pada pilihan raya umum kali ini.

"PAS tahu, jika satu lawan satu, dengan saya, insya-Allah, kita tengok siapa berputih mata. Sebab itu, PAS harap bukan (saya) Tok Him calon.

"Maka PAS lancar perang saraf. Tapi perang saraf yang mengelabah," katanya lagi sambil menambah, "PAS Kelantan (seolah-olah) sakit tenat dengan pelbagai penyakit."

Dalam satu laporan dibawa Harakahdaily semalam, Yang Dipertua PAS Pasir Mas Hanipa Ahmad berkata, Ibrahim akan kalah jika bertanding semula di bahagian tersebut pada pilihan raya umum ke-13.

Hanipa berkata, jentera pilihan raya parti kawasan tersebut tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional (BN) di bahagian Parlimen Pasir Mas.

Katanya, pihaknya yakin kerana pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah 'kubu' parti itu.

Ibrahim tewas pada 2004 tetapi menang empat tahun kemudian apabila bertanding atas tiket PAS.

Selepas pilihan raya umum 2008 Ibrahim mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Hanipa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir berkata, isu kerusi Pasir Mas ditandingi Ibrahim dengan menggunakan tiket PAS pada 2008 "itu kira (sudah) selesai."

"Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam pilihan raya umum ke-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan 'dacing' (lambang BN). Itu kemungkinan besar. Jadi kita sudah bersip sedia untuk menghadapi segala kemungkinan," katanya lagi.

Pada Mac 2008, Ibrahim memenangi kerusi Pasir Mas dengan majoriti 8,991 undi dengan menewaskan calon BN Ahmad Rosdi Mahmad.

Pada 2004, kerusi Pasir Mas dimenangi oleh Ismail Noh dari PAS dengan memperoleh 17,526 undi, Abd Rahim Abd Rahman yang mewakili BN mendapat 16,275 undi dan Ibrahim pula 6,198.

Hudud Bawa Kemunduran

Posted: 29 Oct 2011 04:56 PM PDT

Serang!

Woi! MCA hina Islam. MCA kata Hukum Islam ketinggalan zaman. Penghinaan! Mana Zul Nordin dan Ibrahim Ali? Mana PERKASA dan ABIM? Serang! Jangan kita biarkan orang Kafir bebas hina Islam. Orang Melayu, pulau Barisan Nasional. Umno izinkan rakan Cina mereka menyerang Islam.

Hudud Bawa Kemunduran

(Sumber The Star) Niat PAS laksana hukum hudud akan menyebab Negara mundur dan menakutkan pelabur, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Kesannya berat terhadap FDI dan pelancong yang tidak akan berkunjung, katanya, dan menambah beberapa negara yang melaksanakannya mundur kecuali kekayaan hasil buminya sahaja.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis di Tokong Hock Lin Gong semalam, Dr. Chua Soi Lek menekankan bahawa masyarakat bukan-Islam di negara ini akan terjejas terutamanya di bidang ekonomi & pendidikan.


Bantuan perubatan: Dr. Chua memeriksa Ng Dee Eng, 47, selepas menyerahkan kepadanya chek Yayasan Perubatan 1MCA di Batu Pahat hari Khamis.

"Ia mengelirukan dan satu pembohongan jika mengatakan hukum hudud tidak menjejaskan bukan-Islam.", katanya.

Beliau mengkritik DAP kerana tidak konsisten kerana parti itu tidak sokong hukum hudud tetapi sanggup membantu PAS memenangi pilihanraya dengan menyeru kaum Cina menyokong PAS.

Di majlis itu, Dr. Chua berjanji memperuntukkan RM30,000 untuk Tokong yang menyambut ulangtahun ke-20.

Di Batu Pahat, Dr. Chua berkata sistem pentadbiran kewangan di negeri-negeri Kerajaan Pakatan Rakyat serba kurang.

Merujuk kepada Laporan Audit Negara 2010, beliau nampak sebuah GLC milik Kerajaan Selangor mengalami kerugian sebanyak RM200juta sementara Kerajaan Pulau Pinang masih belum membina rumah mampu milik untuk rakyatnya.

Polisi mesra rakyat Kerajaan Pakatan Rakyat nampaknya tidak menyelesaikan apa-apa, katanya.

"Mereka memberi RM100 kepada warga emas sekali setahun dan RM100 lagi untuk membeli belah. Ini tidak menyelesaikan masalah tetapi hanya sekadar menyeronokkan hati rakyat dan sangat mengelirukan," katanya di jamuan makan Yayasan Perubatan 1MCA pada hari Khamis.

Beliau juga berkata rakyat ingin melihat perubahan dan Kerajaan mendengar maklum balas mereka.

"Perubahan yang belum berlaku ialah pada Pakatan Rakyat," katanya.

Di bawah program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, rakyat akan menyaksikan perubahan, katanya.

"Suasana ekonomi, sosial dan politik di Malaysia sedang berubah. Kita telah menarik banyak FDI untuk negara mencapai status negara berpendapatan tinggi dan lebih demokratik," katanya.



NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin



Sultan lepas jawatan canselor jika pelajar terbabit dalam perhimpunan haram

Posted: 29 Oct 2011 05:49 AM PDT

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan penuntut dan graduan agar tidak terjebak dengan gejala tidak sihat seperti menyertai perhimpunan haram sehingga menggugat kestabilan negara.

Sultan Ibrahim, yang juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bertitah sebaliknya mereka perlu bersyukur dengan peluang diberikan untuk menuntut ilmu dan tidak terlibat dengan aktiviti politik, atau menjadi pengikut kumpulan politik jalanan yang antikerajaan.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya gejala sebegini berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar universiti ini, pada masa akan datang saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan saya sebagai Canselor universiti ini.


"Adalah lebih baik untuk saya mengundurkan diri daripada nama saya turut tercemar dengan perbuatan yang akan memburukkan nama dan imej universiti ini," titah baginda semasa menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-11 UTHM hari ini.

Seramai 2,245 graduan menerima sijil masing-masing di konvokesyen tersebut, yang merangkumi Ijazah Doktor Falsafah seramai sembilan orang , Sarjana (164), Sarjana Muda (1,832) dan Diploma (240).

Sultan Ibrahim juga bertitah antara gejala sosial yang sering dipaparkan akhbar melibatkan segelintir penuntut perempuan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti menjual maruah diri semata-mata untuk memperoleh kemewahan dengan cara mudah.

Sehubungan itu, baginda berpesan kepada penuntut dan graduan agar menjadi manusia yang berpegang teguh kepada ajaran agama, serta berusaha mengharumkan nama universiti selain membalas pengorbanan dan jasa kedua ibu bapa tercinta.

Baginda turut mengingatkan pihak pentadbiran UTHM agar mempercepatkan pembinaan kampus bidang aeronautik di Tanjung Labuh.

"Kelewatan projek ini hanya akan menjejaskan pelaksanaan pengajian bidang aeronautik dan melibatkan kos sampingan," titah baginda.

- Bernama

Audit Negara - Kerajaan Kedah terus melangkah gagah!

Posted: 29 Oct 2011 04:25 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) amat berbangga dengan Laporan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah untuk tahun 2010. Walaupun Ketua Audit Negara mengatakan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Kedah memuaskan, namun bagi DPPNK, dengan usia "setahun jagung" iaitu baru tiga tahun memerintah, pencapaian tersebut adalah sangat cemerlang.

Berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan; pengalaman pentadbiran, kewangan, penyaluran peruntukan kerajaan pusat yang tidak melalui negeri, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Azizan Abdul Razak terus melangkah gagah. DPPNK mempunyai alasan kukuh untuk terus mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.


PERTAMA: Kerajaan Negeri Kedah telah mengalami peningkatan hasil sejumlah 23.9% atau RM87.94 juta pada tahun 2010 berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus RM2.55 juta atau 0.6%. Hasil kerajaan negeri pada tahun 2010 berjumlah RM456.21 juta berbanding tahun 2009 sebanyak RM368.27 juta. Pencapaian ini adalah yang terbaik di dalam masa lima tahun!

KEDUA: Kerajaan Negeri Kedah telah mencatatkan surplus atau lebihan pada tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta! Peningkatan ini sangat ketara dan sangat membanggakan. Ia adalah defisit tertinggi dalam masa lima tahun dan merupakan surplus kali kedua dalam tempoh tersebut. Berbanding dengan defisit tahun 2009 yang berjumlah RM62.89 juta, ia menjadikan peningkatan sejumlah RM85.39 juta iaitu sebanyak 135.8%!

KETIGA: Ketua Audit Negara juga telah memperakui pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri telah bertambah baik berbanding 2009. Pihak Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti di 17 Jabatan/Agensi Negeri. Tahniah kepada para pegawai.

KEEMPAT: Laporan ini telah memperakui peningkatan penerimaan hasil Cukai Tanah sebanyak RM18.69 juta iaitu peningkatan sebanyak 21.9%. Kerajaan negeri telah berjaya mengutip RM104.06 juta berbanding tahun 2009 hanya RM85.37 juta. Walaupun dasar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang menurunkan cukai sebanyak 25 hingga 75% di awal usia pemerintahan, namun bagi DPPNK telah berlaku kecekapan di dalam kutipan hasil tanah walaupun berlaku penurunan selama dua tahun berturut-turut. Kutipan ini adalah yang kedua tertinggi di dalam tempoh lima tahun!!

KELIMA: Peningkatan ketara iaitu 125.2% atau RM19.71 juta juga berlaku dalam pungutan tunggakan cukai tanah. Hasil kutipan berjumlah RM35.45 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya RM15.74 juta. Kutipan ini adalah tertinggi dalam masa lima tahun!

KEENAM: Sekali lagi premium hutan berjaya ditingkatkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Peningkatan sejumlah 46.9% atau RM15.49 juta. Berbanding tahun 2009 sebanyak RM33.05 juta, kerajaan berjaya memungut RM48.54 juta! Jumlah ini adalah yang tertinggi dalam masa lima tahun! Sebagai catatan juga peningkatan jika dibandingkan dengan tahun 2007, hampir 400% !

KETUJUH: Kerajaan juga berjaya membuat kutipan premium tanah tertinggi dalam masa lima tahun terakhir! Berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak RM 26.63 juta, sebanyak RM58.12 juta atau peningkatan sebanyak 118.3%!

DPPNK berpandangan bahawa dengan laporan ini, Ketua Audit Negara terus memperakui keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat. Ini membuktikan secara fakta bahawa segala tohmahan bahkan keraguan yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan adalah tidak berasas. DPPNK akan terus bekerja keras bagi terus mempertahankan dan mengajak seluruh rakyat terus menyokong dan mendokong pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Azizan Abdul Razak. Di sebalik segala kepincangan Laporan Ketua Audit Negara terhadap Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional, DPPNK menyeru seluruh rakyat Negeri Kedah untuk membuat perbandingan dan membuat pilihan yang tepat.

Mohd Nasir Zakaria

*Kenyataan media oleh Mohd Nasir Zakaria (gambar kiri) selaku ahli parlimen Padang Terap merangkap Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Idea Haram Jadah Dari SPR

Posted: 29 Oct 2011 01:20 AM PDT

IPOH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang membenarkan pemilih yang berkhidmat dalam beberapa sektor pekerjaan seperti media, perubatan, penerbangan dan cari gali minyak mengundi secara pos atau mengundi awal bersama polis dan tentera pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang sebelum ini turut menilai beberapa cadangan lain seperti pengunaan dakwat kekal atau biometrik.

"Jika cadangan dipersetujui, rang undang-undang pindaan peraturan dan undang-undang berkaitan termasuk membolehkan pengundian awal akan dibentangkan di Parlimen," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program taklimat PRU-13 kepada 24 pegawai pengurus dan 105 penolong pegawai pengurus pilihan raya negeri ini di sini semalam.

Abdul Aziz berkata, jika sempat kesemua cadangan itu boleh dilaksanakan pada PRU-13.

"Kita faham ada beberapa kumpulan media yang tidak dapat pergi mengundi kerana tugas, jadi adakah kita nak biarkan begini? Oleh itu, kita fikir patut buat perubahan supaya mereka ini mengundi pos atau mengundi awal dan cadangan ini akan dibawa ke dalam jawatankuasa berkenaan nanti.

"Sebenarnya, bukan saja media tetapi juga petugas di pesawat seperti pramugari dan pramugara, jururawat dan petugas di pelantar minyak," katanya.

Beliau berkata, SPR sedang menjalankan kajian berkenaan cadangan-cadangan itu sama ada sesuai dilaksanakan tetapi ia bergantung kepada pindaan peraturan dan undang-undang. [Kosmo]

Tiada ulasan: