Sabtu, 29 Oktober 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Laporan Audit, kadar royalti Kayu Jaras Selangor rugi!

Posted: 29 Oct 2011 12:49 AM PDT

SELEPAS pendedahan di MiLo SuaM tentang kerugian teruk syarikat milik Kerajaan Negeri Johor yang berterusan rugi sejak 2007, rujuk sini [YWJ Citra Holding].

ReJaM© telah menerima 13 email meminta MiLo SuaM agar menyiarkan juga kerugian Kerajaan Negeri Selangor supaya pembaca dapat membuat perbandingan prestasi negeri di bawah Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional.

Sebagai memenuhi permintaan itu, kali ini ReJaM© siarkan juga laporan Audit Negara tentang kerugian Kerajaan Negeri Selangor. Di bawah ini petikan Laporan audit Negara muka surat 17 terhadap Negeri Selangor.


Semakan Audit terhadap rekod JPNS mendapati kadar royalti tidak pernah disemak semula sejak tahun 1988 iaitu melebihi 20 tahun. Kadar ini sangat rendah berbanding dengan harga pasaran kayu jaras yang semakin meningkat.

Maka Kerajaan Negeri Selangor mengalami kerugian besar kerana hanya menerima royalti yang sama sejak 20 tahun dahulu sedangkan harga Kayu Jaras sudah jauh meningkat.

Kalau dilihat ini peluang Kerajaan Negeri untuk menggandakan lagi pendapatan negeri supaya hasilnya nanti lebih mudah dan lebih banyak untuk dikembalikan semula kepada Rakyat Selangor.

Laporan Audit turut mendedahkan bahawa JPNS telah mengemukakan Kertas MMKN kepada Exco Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor bertujuan memohon kepada MMKN untuk menerima cadangan pelarasan kadar royalti baru.

Maka selepas kenaikan royalti ini (Sekiranya diluluskan oleh MMKN) nanti kerajaan negeri tentu sekali akan menerima keuntungan yang lebih besar.

ReJaM© "Jangan ikut perangai kerajaan negeri lama..."

Laporan Audit 2010, Syarikat Kerajaan Johor alami kerugian sejak 2007

Posted: 28 Oct 2011 10:17 PM PDT

BERDASARKAN Laporan Audit Negara 2010, Tiga syarikat milik kerajaan negeri Johor didedahkan sebagai diurus dalam keadaan tidak memuaskan dan dua mengalami kerugian.

Antara syarikat yang didedahkan ialah syarikat milik Yayasan Warisan Johor, iaitu YWJ Citra Holding yang mengalami kerugian sejak tahun 2007 sehingga 2009.

Berikut petikan Laporan Audit Negara 2010 muka surat xxiii berkenaan tadbir urus Syarikat YWJ Citra yang diurus begitu teruk.


Kedudukan aset dan liabiliti juga tidak memuaskan kerana modal kerja pada tempoh sama semakin kurang nilainya. Duit rakyat yang dijadikan modal semakin susut dan rugi.

Syarikat juga tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap atau konsisten serta belum mendapat pulangan dari aktiviti perladangan dan hartanah yang diceburi.

"Bangunan rumah kedai miliknya masih belum ada penyewa, sejak ia dibeli selain kelemahan pengurusan dan pekeliling tidak dipatuhi," menurut laporan audit berkenaan.

ReJaM© "Laporan yang mereka tak mahu rakyat tahu..."

TV Selangor sahkan wartawannya diserang semalam!

Posted: 28 Oct 2011 03:21 AM PDT

DALAM artikel lalu di MiLo SuaM, telah didedahkan bagaimana team Jingga 13 dan wartawan TV Selangor telah diserang oleh sekumpulan samseng di sebuah Resort sewaktu tinjauan terhadap dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing rujuk sini [Jingga 13 diserang].

Tinjauan di portal berita TV Selangor mengesahkan cerita tersebut. Di bawah ini printscreen dari [TV Selangor]. Portal berita itu turut menyiarkan gambar lelaki yang menyerang kami.


Di bawah ini pula laporan berita TV Selangor terhadap serangan tersebut dalam versi video. Pelik tapi benar, ada juga kursus keusahawanan untuk warga asing. Tambah menghairankan siap guna samseng sebagai "Security Guard".



Sehingga sekarang kami masih "blur", apa salah kami sehingga diserang sebegitu rupa di sebuah kawasan awam. Kami memasuki kawasan resort yang lazimnya menjadi tempat orang ramai untuk menyewa bilik. Tetapi diserang oleh sekumpulan samseng.

ReJaM© "Kalau tak buat salah kenapa serang kami?"

Tiada ulasan: