MiLo SuaM |
- Wajah lelaki yang menyerang kereta team Jingga 13!
- Warga asing dapat IC, Jingga 13 dan TV Selangor diserang!
- Laman web FAM digodam gara-gara harga tiket RM50!
Wajah lelaki yang menyerang kereta team Jingga 13! Posted: 27 Oct 2011 11:34 PM PDT SAMBUNGAN dari laporan pada artikel lalu rujuk sini [Jingga 13 diserang]. Oleh kerana kami sedar lelaki berbadan besar berkepala botak tersebut ingin menutup pintu pagar resort bagi menghalang kami keluar, kami segera menggerakkan kenderaan keluar dari kawasan resort tersebut perlahan-lahan. Tiba-tiba, kenderaan yang dinaiki oleh wartawan TV Selangor di belakang kami sudah mula diserang ditendang, ditumbuk dan ditepuk oleh sekumpulan lelaki. Mereka berteriak mahu wartawan TV Selangor keluar dari kenderaan. Saat itu kami berada di sebelah lelaki botak yang dilihat belum sempat sampai ke pagar untuk menutupnya. Lelaki itu menjerit sambil menghentak-hentak cermin kereta menjerit mahu kami keluar dari kereta Naza Citra yang kami naiki. Saat cemas tersebut sempat dirakamkan melalui iPad2. Di bawah ini wajah lelaki botak itu yang sedang menghentak-hentak cermin kereta dan cuba membuka pintu. Mujur kami segera beredar dan sempat keluar dari Resort tersebut sebelum pagar ditutup. Kami terus meluncur laju, dan kami dapati kereta kelisa wartawan TV Selangor juga sempat keluar dari Resort tersebut sebelum sebarang perkara buruk berlaku. Kami terus menuju ke Shah Alam kerana bimbang diekori oleh samseng tersebut. Sampai di Shah Alam kami singgah di pejabat TV Selangor di Batu Tiga Shah Alam dengan harapan ada gambar atau video sempat dirakam oleh mereka saat diserang oleh samseng-samseng itu. Malangnya mereka kata tak sempat rakam. Kami dapati kereta wartawan TV Selangor tersebut kemik di bahagian tepi hadapan dipercayai akibat ditendang. Di bawah ini gambar keadaan kereta tersebut. Kenapa warga asing diberikan kursus keusahawanan? Apa perlunya kursus keusahawanan untuk warga asing dikawal oleh sekumpulan samseng-samseng ini? Laporan Polis tentang hal ini telah dibuat oleh pihak kami malam semalam. |
Warga asing dapat IC, Jingga 13 dan TV Selangor diserang! Posted: 27 Oct 2011 06:38 PM PDT SEMALAM Jingga 13 telah ke daerah Sepang, Selangor. Kami mendapat maklumat 4 bas pendatang asing dibawa ke sebuah Resort untuk diberikan kad pengenalan dan bakal diberikan hak mengundi. Kami dapati 3 buah bas berada di jalan masuk Resort yang dimaksudkan berhampiran sebuah cafe (Coffee Village). Difahamkan sebuah bas lagi sudah beredar. Wartawan TV Selangor turut sama membuat liputan di lokasi tersebut. Tiga orang pemandu bas yang ditemuramah mengesahkan bahawa memang benar mereka membawa warga asing, yang kebanyakkannya warga Indonesia. Di bawah ini gambar pemandu bas yang dimaksudkan ketika ditemuramah. Beberapa orang Angkatan Muda Keadilan dan seorang ahli Jingga 13 telah pergi ke Resort tersebut untuk menyiasat, dengan alasan mahu menempah bilik malangnya dihalang untuk masuk. Kononnya Resort tidak beroperasi. Mereka dihampiri oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka sebagai urusetia program keusahawanan yang memaklumkan satu program keusahawanan sedang berlangsung dan mengarahkan pihak kami supaya beredar. Selepas kira-kira setengah jam di cafe tersebut, kami Jingga 13 membuat keputusan untuk pergi sendiri ke Resort yang dimaksudkan bersama wartawan TV Selangor menaiki dua buah kereta. Resort tersebut terletak kira-kira 1 km dari cafe tempat kami menunggu. Sebaik sahaja memasuki kawasan Resort tersebut kami memberhetikan kereta. Pada waktu itu keadaan hujan renyai-renyai. Kami lihat kira-kira 50 orang berkumpul di bahagian kiri resort, rupa mereka kelihatan seperti warga asing. Saat kami ingin keluar dari kenderaan tiba-tiba seorang lelaki kepala botak berbadan besar berbaju putih meluru ke arah pintu pagar. Kami faham dia ingin menutup pintu tersebut supaya kami tidak dapat keluar. Dalam masa yang sama, kereta kami telah diserang dipukul ditumbuk dan diterajang oleh beberapa orang yang berada di situ mereka mahu kami keluar dari kereta. Dalam keadaan panik tersebut sekeping gambar berjaya dirakamkan memaparkan wajah salah seorang penyerang. Sambungan artikel ini klik sini [Wajah penyerang] |
Laman web FAM digodam gara-gara harga tiket RM50! Posted: 27 Oct 2011 11:27 AM PDT LANTARAN kenaikan harga tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang melampau oleh FAM, laman sesawang rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia itu telah digodam "hacked" oleh individu tidak dikenali. Gambar harimau pada logo rasmi FAM, ditukar kepada gambar seekor babi berwarna merah jambu (pink) digabungkan dengan logo lambang duit. "Persatuan Bola Sepak Malaysia" ditukar kepada "Tuan Bola Sepak Malaysia" dengan cara memangkah tulisan "persa". Petikan berita dari laporan Harian Metro bertajuk "Harga Tiket RM50 Wajar" yang melaporkan keengganan FAM menurunkan harga tiket RM50 tersebut turut dimasukkan di laman sesawang tersebut. Anda boleh melihat sendiri keadaan Laman Sesawang Rasmi FAM, rujuk sini [FAM]. Bagi yang tak sempat melihat, di bawah ini printscreen laman web tersebut. Selain itu, penuh kata-kata makian yang dilemparkan kepada FAM. Penggodam menggelarkan FAM sebagai "si kapitalis anjink" dan makian-makian lain seperti "fuck FAM", dan "FAM Anjink" sambil menyatakan bantahan terhadap harga tiket RM50 yang dikenakan. ReJaM© "Memang patut perompak wang rakyat diajar..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan