Jumaat, 28 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kerja untuk Najib? Bull****, kata Campbell

Posted: 28 Oct 2011 12:59 AM PDT

Bekas ketua komunikasi Perdana Menteri British Tony Blair - Alastair Campbell keras menafikan dakwaan penglibatannya dengan Datuk Seri Najib Razak untuk membantu kerajaan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Campbell menulis dua kali di Twitter dalam tempoh 16 jam bahawa dakwaan itu adalah "Bull****" (mengarut), sebagai menjawab soalan tiga pengguna, dipercayai rakyat Malaysia.

Menurut portal Sarawak Report, Campbell baru-baru ini dilihat di ibu negeri Kazakhstan dan Malaysia bagi menjalankan kerja-kerja perundingan.


Memetik sumber, portal itu melaporkan beliau sebagai orang di sebalik Najib sejak beberapa bulan lalu untuk menampilkan imej lebih mesra, seperti janji untuk reformasi undang-undang tahanan dan konsep 'Najib Cool'.

Semalam, Campbell menulis di Twitter berkata beliau tidak pernah melawat Malaysia atau bekerja untuk Najib.

Tulisan itu ekoran dakwaan pengguna Twitter bahawa beliau bekerja untuk kerajaan yang "korup".

Campbell pernah menerajui kempen 'Cool Britannia' untuk Blair (kanan) pada sekitar 1990an.

Beliau juga terkenal kerana menyakinkan rakyat Britain melalui usaha perhubungan awam untuk menyokong pencerobohan ke atas Iraq.

Malaysiakini

Ingat Muhyiddin, ikan busuk bermula dari kepala

Posted: 28 Oct 2011 12:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menyedari bahawa kerajaaan yang dipimpin oleh Umno BN sekarang sudah pun gagal menguruskan hasil mahsul negara dengan berkesan.

"Umno digesa melihat kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain. TPM mestilah sedar bahawa busuk ikan itu sebenarnya bermula daripada kepala," kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din.

Beliau mengulas arahan Muhyiddin agar tindakan disiplin atau hukuman setimpal diambil terhadap pihak yang terbukti melakukan pembaziran atau salah guna kuasa seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 seperti mana yang dilaporkan dalam salah sebuah akhbar arus perdana hari ini.


Katanya, itulah akibatnya apabila negara dipandu oleh Umno, apabila Islam tidak dijadikan asas utama dalam kehidupan, maka perasaan takut kepada Allah dalam menguruskan harta orang ramai akan hilang.

"Hadis ada menyebut bahawa anggota badan (perbuatan manusia) kita akan jadi rosak kalau hati sudah rosak, dan sebaliknya kehidupan kita akan jadi sejahtera kalai hati kita sejahtera, persoalannya ialah sejauhmana perjuangan Umno dalam mendidik hati rakyat," kata beliau.

Beliau berkata, ia amat berbeza dengan pemerintahan PAS sepertimana yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan yang senantiasa menitik beratkan tentang hati.

Sebab itulah, katanya kepimpinan kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS bersih dari rasuah dan seumpamanya.

"Satu-satu cara untuk menyelesaikan masalah ini bukannya menghukum pembazir tetapi ialah dengan menghukum Umno BN yang merupakan 'kepala ikan' dalam masalah ini," ujar beliau lagi.

Hudud - Profesor Abdul Aziz Bari Bidas Ridhuan Tee Abdullah

Posted: 27 Oct 2011 07:42 PM PDT

Pakar undang-undang Profesor Abdul Aziz Bari hari ini membidas Profesor Madya Ridhuan Tee Abdullah yang berkata bahawa undang-undang hudud harus dilaksanakan oleh "kekerasan".

Menurut Abdul Aziz, yang merupakan seorang pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, kenyataan Ridhuan tidak disokong dari sudut pandangan undang-undang mahupun agama.

Beliau yang digantung oleh UIA tetapi ditarik balik Isnin lalu, berkata pandangan alim ulama Islam berpendapat hukum hudud hanya boleh dilaksanakan ke atas umat Islam sahaja.


Oleh itu, katanya, pandangan Ridhuan pada Selasa lalu bahawa undang-undang hudud perlu dilaksanakan secara kekerasan bagi mendidik bukan Islam dilihat kurang bersesuaian dengan kedudukan beliau sebagai seorang tokoh akademik.

Walaupun Abdul Aziz mengakui Ridhuan mungkin tidak cekap dalam hujah undang-undang kerana ia bukan bidang pengkhususannya, namun, kata pakar undang-undang itu, hudud tidak boleh dibincangkan tanpa mengambil kira perlembagaan persekutuan.

"Apa-apa yang kita katakan tentang hudud, kita perlu untuk berhujah atas dasar perlembagaan, bukan kerana (perlembagaan itu) adalah suci ... tetapi semata-mata kerana ia adalah undang-undang asas negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah bahawa Ridhuan, yang mengajar di fakulti kenegaraan dan tamadun di Universiti Pertahanan Nasional, juga harus sedar bahawa era undang-undang yang mengenakan pada orang lebih.

"(Ridhuan) mungkin memikirkan beberapa undang-undang yang menindas - sesuatu yang mahu dipaksakan ke atas rakyat tanpa persetujuan mereka.

"Tetapi tempoh itu susah berakhir dan kini rakyat lebih memahami tentang hak-hak mereka; dan agama Islam itu sendiri adalah mengenai kebebasan dan membuat pilihan bukannya mengenai kekerasan dan paksaan," katanya.

Menurut Abdul Aziz, contoh yang baik mengenai konsep Islam yang menerima tentangan hebat tetapi hari ini diterima meluas di negara ini adalah sistem perbankan Islam.

Ibu kota Thailand 'dikepung' air bah

Posted: 27 Oct 2011 04:43 PM PDT


SEBUAH jeti yang rosak dilihat terapung di Sungai Chao Phraya. Banjir besar yang melanda memaksa pihak berkuasa Thailand mengarahkan penduduk supaya keluar dari Bangkok.-Reuters

BANGKOK - Puluhan ribu orang membanjiri stesen bas dan lebuh raya dalam usaha meninggalkan ibu kota Thailand, Bangkok ketika situasi banjir di sini semakin meruncing dengan arahan perpindahan pertama telah dikeluarkan.

Kota metropolis yang dihuni sembilan juta orang itu kini dikelilingi air banjir.

Setakat ini, banjir yang melanda Thailand sejak Julai lalu telah mengorbankan 373 orang di seluruh negara dengan kerugian mencecah berbilion-bilion dolar. Lapangan Terbang Don Muang iaitu lapangan terbang kedua terbesar di sini turut ditutup akibat banjir.


Setakat semalam, kebanyakan kawasan di Bangkok masih belum ditenggelami air. Namun, warga kota dilihat giat melakukan persediaan ekoran banjir kali ini yang tidak dapat dielakkan.

Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra berkata, penduduk di dua daripada 50 daerah di sini iaitu Don Muang and Bang Phlat sudah diarah berpindah.

Kedua-dua daerah tersebut kini ditenggelami air banjir.


SEORANG lelaki mengayuh sebuah sampan ketika mengharung banjir di tengah-tengah kota Bangkok.-AFP

"Ini kali pertama saya menggunakan perkataan berpindah. Ini juga kali pertama saya meminta anda semua supaya beredar ke tempat lebih selamat," kata Sukhumbhand.

Di tempat-tempat lain di Bangkok, ribuan penduduk membanjiri terminal bas Mo Chit untuk meninggalkan bandar raya tersebut.

Kebanyakan mereka mengambil kesempatan cuti umum lima hari yang diisytiharkan oleh kerajaan bagi mengelakkan orang ramai terperangkap dalam banjir.

Cuti umum berkenaan yang bermula semalam hingga Isnin depan melibatkan kawasan-kawasan terjejas teruk akibat banjir termasuk Bangkok.

Sementara itu, peta satelit menunjukkan bandar raya itu kini 'dikepung' oleh air banjir.

Banjir yang melanda utara Thailand sejak Julai lalu sedang mengalir ke bandar raya ini dan menuju ke Teluk Thailand di selatan negara itu.

"Jumlah airnya amat besar," kata Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

"Sebahagian air banjir akan melanda Bangkok tetapi kita akan berusaha supaya banjir mengalir keluar dengan seberapa segera," tambahnya.

Menurut Yingluck, beberapa kawasan di sini mungkin ditenggelami air sedalam 10 sentimeter hingga 1.5 meter.

"Jika tiga tembok penghadang banjir di sini kekal utuh, situasi di Bangkok akan bertambah baik. Namun, jika benteng tersebut gagal, seluruh Bangkok akan dilanda banjir," ujarnya.

Sementara itu, pengeluar kenderaan dari Jepun, Toyota memberhentikan pengeluarannya pada Sabtu ini di empat buah kilang di Amerika Utara termasuklah Indiana, Kentucky, Ontario Kanada dan Virginia berikutan impak banjir di Thailand.

"Banjir di Thailand telah menyebabkan gangguan dalam pengeluaran beberapa pembekal di rantau itu. Kami masih belum pasti sama ada boleh memulakan pengeluaran pada Isnin (31 Oktober) atau sebaliknya. Kami akan memantau keadaan di sana," kata jurucakap Toyota, Amiko Tomita.

- Agensi


Mahathir Terus Perlekeh Undang-Undang Islam

Posted: 27 Oct 2011 05:40 AM PDT

Hudud: Hasrat PAS akan wujudkan dua sistem tak adil, dakwa Mahathir

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.

"Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.


"Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda," kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan.

Isnin lalu, pentadbiran Nik Aziz mengumumkan pembentukan jawatankuasa teknikal berhubung pelaksanaan hukum hudud.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya sudah pun menghantar surat kepada Najib berhubung cadangan mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan.

Mohd Amar berkata pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia.

Bulan lalu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh mengadakan pertemuan dengan Najib jika masih berhasrat meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud.

Dalam satu surat kepada Nik Aziz pada 1994, Dr Mahathir menolak rancangan Kelantan atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kelantan terus mendakwa hukum hudud gagal dilaksanakan ekoran pendirian dan sekatan kerajaan pusat.

Polemik bermusim ini muncul semula akhir bulan lalu dengan wujud pelbagai pandangan iaitu Kelantan boleh melaksanakannya dan pada masa yang sama ia juga bercanggah dengan undang-undang pusat.

Kuda Sial Umno Nie Dah Pencen Pun Masih Nak Bercakap Bohong..

Posted: 27 Oct 2011 02:44 AM PDT

Rashid: Kajian penggunaan dakwat kekal 'lawak besar'

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya , Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang dibidas teruk kerana menarik balik keputusan untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya 2008 berkata beliau masih tetap menyokong penggunaan dakwat berkenaan.

abdul rashid abdul rahmanMalah, katanya, tamparan akibat penarikan keputusan itu beberapa hari sebelum pilihan raya umum 2008 sebegitu hebat, sehingga beliau menganggapnya sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.

"Saya juga menimbangkan kemungkinan meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan," dedahnya dalam dalam satu temu bual menerusi e-mel dengan Malaysiakini minggu lalu.


Menurut Abdul Rashid, belia menyokong penggunaan dakwat bukan kerana terdapat bukti penipuan berlaku tetapi untuk meyakinkan orang ramai dengan integriti pilihan raya.

Justeru, kata beliau, dakwaan SPR hari ini yang mengaku sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar".

Mungkin enggan mencari musuh-musuh terutama sebagai seorang pesara, Abdul Rashid memilih untuk tidak membuat kecaman terus dalam jawapannya kepada Malaysiakini, terutamanya mengenai topik pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.

Katanya, sikap beberapa sektor kerajaan yang menyumbang kepada keputusan penggunaan dakwat kekal ditarik balik sebagi "tidak bertamadun dan bodoh". Tindakan itu, menurut beliau sedikit sebanyak menyumbang kepada bantahan yang merebak ke jalanan pada Julai lalu.

Abdul Rashid, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai isu-isu yang lebih kontroversi, seperti kenaikan secara mendadak bilangan pengundi, khususnya di Sabah.

Tiada ulasan: