MiLo SuaM |
Rezeki peniaga disekat kerana tak hadir program menteri Posted: 06 Oct 2011 04:58 PM PDT SEORANG peniaga buah hilang mata pencarian selama sebulan hanya kerana tidak dapat menghadiri program bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar. Tapak sewaannya di Pasar Tani tempat beliau mencari sesuap nasi telah digantung selama sebulan. Bayangkan, bagaimana beliau mahu mencari rezeki? Bagaimana beliau mahu menyara anak dan isterinya? Lihatlah bagaimana pemimpin menggunakan kuasanya dengan sesuka hati untuk membuli rakyat bawah. Pemimpin bersenang lenang di kerusi empuk, di dalam bilik berhawa dingin menekan rakyat susah. Sudahlah mereka ini susah bagaikan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", hanya kerana tak dapat hadir program bersama pemimpin yang suka diampu ini, mata pencariannya disekat selama sebulan. Negara ini negara rakyat, pemimpin dipilih untuk menguruskan negara supaya dapat menaikkan taraf hidup rakyat. Tapi menteri tak sedar diri menggunakan kuasa untuk menekan rakyat susah. Rakyat Selangor semua, sila lihat wajah ini baik-baik. Ini wajah kepala gerombolan songkok tinggi Selangor. Inilah menteri yang dimaksudkan! Pastikan menteri ini bungkus PRU13 sebelum dia menyusahkan orang lain di Negeri Selangor. ReJaM© "Jangan ingat kamu menteri, kamu boleh pijak peniaga buah..." |
Duit Judi Penang, Utusan bakal kalah lagi di mahkamah! Posted: 06 Oct 2011 03:59 AM PDT HEBOH seluruh negara apabila media propaganda United Malays No Otak, Utusan menyebarkan berita kononnya Kerajaan Pulau Pinang memberi duit judi kepada warga emas. Lantaran itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah memfailkan saman kepada Utusan Melayu (M) Bhd kerana memfitnahnya melalui sebuah artikel bertajuk "kebiadaban Guan Eng" yang disiarkan di akhbar tersebut pada 20 Disember tahun lalu. Perkembangan perbicaraan kes tersebut, Timbalan Pegawai Pengurus Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang, Jamiliah Haron mengesahkan bahawa, sehingga 30 September tahun ini, wang RM2 Juta yang diterima daripada Turf Club langsung tidak pernah disentuh lagi oleh kerajaan negeri [The Sun Daily]. Ini bermakna duit judi yang digembar gemburkan oleh Utusan Malaysia, belum lagi digunapakai sekaligus isu pemberian wang judi kepada warga emas adalah fitnah. Ini bermakna, Utusan terpaksa sekali lagi bergolok bergadai untuk membayar saman yang dikenakan ke atasnya akibat artikel sampahnya yang dijadikan propaganda untuk memperbodohkan orang ramai. Sudahlah jumlah pembaca Utusan merudum teruk, ditambah pula sering kali kalah saman kerana terlalu banyak berita fitnah. Mujur ada akhbar Kosmo yang pandai buat berita-berita sensasi dan seks, ala Harian Metro untuk cover balik kerugian Utusan. ReJaM© "Utusan Malaysia, perosak fikiran rakyat..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan