Blog-list Malaysia |
- Lagi alkisah mengenai blogger Taiping Mali
- Liwat 2 - Klip CCTV tunjuk Anwar boleh ‘bongkok’
- Inilah Akibatnya Bila Bercakap Guna Kepala Lutut..
- Kerajaan Umno/BN Telah Melahirkan Kangkung Yang Telah Merosakkan Proses Pendidikan Negara
- PERKASA / Pemuda Umno Lari Lintang Pukang Di Rembau
- Selagi BN Berkuasa Gani Patail Tidak Akan Didakwa
- 'Mampukah Anwar lakukannya?' tinggal misteri
- Undang-Undang Yang Akan Membuatkan Umno Senak..
- Khoo Kay Kim Dakwa Muhyiddin Tak Faham Undang-Undang
- MP Pakatan Rakyat Ponteng Sidang Parlimen.. Makan Gaji Buta.. Khianat Amanah Rakyat.
- Isa Samad Lantik Diri Sendiri Sebagai Pengerusi Pemodalan Felda
Lagi alkisah mengenai blogger Taiping Mali Posted: 07 Oct 2011 01:24 AM PDT Ari ni aku nak dedahkan lagi seket berdasarkan maklumat dari orang yang pernah rapat dengan si Taiping Mali(lelaki sewel)...Wakakaka..Taiping Mali jugak antara blogger upahan UMNO Barisan Natang yang sanggup melacurkan maruah sendiri semata-mata berniat memburukkan PR Perak terutamanya parti PAS.. Si Taiping Mali aka Cikgu Najimy rupanya menetap kat Kampung Expo,Kamunting yang merupakan kubu kuat PAS...Isteri beliau berasal dari Sarawak(yang ni aku tak pasti sangat)..Orang kuat Datuk Malek,bekas ADUN Kamunting dulu.. Mamat penghina ulama' ni rupanya pernah melibatkan diri jugak hal-hal agama iaitu sebagai Pengerusi KAFA Kampung Expo(bukan sebagai Ustaz ya...Kehkehkeh)..Nak dijadikan cerita waktu si Taiping Mali jadi Pengerusi kat sekolah tu,secara kebetulan Ustaz Ramli(sekarang YB Ramli-ADUN Semanggol dari parti PAS) pernah berkhidmat sebagai guru besaq sekolah KAFA yang sama.. Menurut YB Ramli,Cikgu Najimy ni ada jugak baguih dia..Kalo berjumpak sekali-sekala,kira boleh dikatakan bersalam pastu berpelukan la kedua-duanya..Kahkahkahkah.. Tiap kali meeting sekolah ja si Taiping Mali ni datang dengan moto besaq dia..Aku pernah terbaca posting mamat sewel ni yang memburukkan YB Ramli sendiri..Wakakakakaa Agaknya apa perasaan YB Ramli kalo selama ni orang yang dia anggap baik sebaliknya sanggup melacurkan maruah untuk berkhidmat dengan parti sampah macam UMNO dan yang paling teruk sanggup menghina ulama dengan tohmahan yang maha keji... (*)Pasni aku update lagi...Mungkin gambaq yang berkaitan dengan si anjing gila ini?Wakakakaka Dipetik dari Kaki Hentam |
Liwat 2 - Klip CCTV tunjuk Anwar boleh ‘bongkok’ Posted: 07 Oct 2011 01:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Okt — Pasukan pendakwaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar keterangan seorang pakar dari Jerman mengenai keadaan sakit bahagian belakangnya sambil mengemukakan rakaman CCTV menunjukkan Ketua Pembangkang itu mengambil satu objek dengan mudah. Rakaman CCTV yang dikemukakan di mahkamah pagi ini dirakaman di sebuah lif di Desa Damansara pada 26 Jun 2008 — hari Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Rakaman itu menunjukkan Ketua Umum Pakatan Rakyat memasuki lif dan membongkokkan dirinya untuk mengambil beg bimbit dan plastik. Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bertanya kepada pakar bedah ortopedik Dr Thomas Hoogland sama ada klip CCTV menunjukkan bahawa Anwar berupaya untuk membongkok tanpa ada tanda yang menunjukkan beliau sakit. Bagaimanapun Dr Hoogland berhujah balik dengan mengatakan bahawa beliau tidak dapat membuat penilaian tepat memandangkan rakaman dipertontonkan dengan begitu cepat dan beliau tidak boleh melihat air muka wakil rakyat itu. "Dia kelihatan macam Encik Anwar dan dia boleh membongkok. Saya tidak pernah kata beliau tidak boleh membongkok. "Beliau rasa sakit ketika membongkok dan beliau perlu melakukannya dengan perlahan. Di sini anda tidak melihat keadaan itu," kata Dr Hoogland. Yusof juga menyoal pakar itu sama ada keadaan fizikal Anwar telah bertambah baik selepas pembedahan pada 2004. "Ya," kata Dr Hoogland sambil menambah, meskipun beberapa aspek kesihatan Anwar bertambah baik, artritis semakin buruk. |
Inilah Akibatnya Bila Bercakap Guna Kepala Lutut.. Posted: 06 Oct 2011 11:43 PM PDT Tolong maafkan saya - Enot Saya tahu saya buat salah. Saya minta maaf." Begitu perlahan dan berhati-hati Enot melepaskan suara. Jelas sekali dia masih dalam keadaan tertekan. Ini semua gara-gara kenyataannya berkaitan hukum hudud yang mengundang kecaman pelbagai pihak, menerusi pelbagai ruang setelah kenyataannya itu disiarkan Zass kelmarin. Enot atau nama sebenarnya, Alliza Abdullah, 32, mengaku dia sangat tertekan berada dalam situasi itu. Ini dapat dilihat daripada langkahnya yang begitu longlai ketika tiba di lokasi yang dijanjikan untuk bertemu wartawan Zass bagi membersihkan semula namanya. Pun begitu, Enot yang diiringi dua puterinya, Andriana Balqis, 10, dan Arieana Qaseh Qistina, 4, masih cuba mengukir senyum. Namun senyumannya itu dilihat agak 'kelat' sekali gus membayangkan kontroversi hudud yang dicetuskan secara tidak sengaja, telah meletakkan dirinya dalam situasi yang sukar. "Enot rebah sebaik melihat kecaman yang dihantar orang menerusi fanpage semalam. "Enot harap masalah ini tak berpanjangan. Orang yang mengecam Enot, dia tak tahu dan tak nampak bagaimana kesannya kepada Enot," katanya. Menurut Enot, dalam banyak-banyak kecaman yang diterima, ada individu yang memintanya mengucap semula. "Mengapa begitu teruk orang menghukum saya? Saya terima jika mahu tegur tetapi mengapa perlu caci dan hina? Mengapa mereka tidak lebih bersopan sedangkan bersopan juga amat dituntut dalam Islam," katanya. Selain itu, kata Enot, banyak juga kata-kata menghina yang menyebutnya sebagai jahil, tak tahu agama dan minta masuk sekolah semula. Kerana kenyataannya itu juga, ada antara pelanggannya membatalkan tempahan. "Alasan diberikan, mereka tidak yakin dengan bahan yang saya gunakan. "Kata mereka, saya jahil dalam agama, jadi mereka bimbang saya guna bahan haram untuk masakan saya. Subhanallah begitu hebat dugaan yang menimpa diri saya," katanya. "Saya mencari rezeki halal untuk anak-anak. Kenapa saya nak buat perkara bodoh macam itu, guna benda haram bagi orang makan? Saya hanya mampu berdoa agar dipermudahkan segala urusan," katanya. |
Kerajaan Umno/BN Telah Melahirkan Kangkung Yang Telah Merosakkan Proses Pendidikan Negara Posted: 06 Oct 2011 11:13 PM PDT Universiti terbaik dunia: IPT Malaysia terkeluar senarai 400 terbaik Saya kira pelbagai pihak wajar lihat kembali, kaji semula pendekatan yang digunapakai sebelum ini kerana pencapaian IPT kita bukan sahaja tidak meningkat, bahkan gagal mengekalkan kedudukan sepertimana tahun lepas, dan tahun ini, tambah merosot. - Silap strategi? (mengapa tidak kita perbanyakkan jalinan MoU dengan universiti-universiti dan di antara kerajaan untuk menarik staf dan pelajar mereka datang buat postgrad courses di IPT kita. Kaedah MoU memberikan kita lebih kawalan dengan terma-terma yang kita tentukan selain mewujudkan kerjasama jangka panjang di antara kedua pihak) - Salah pentadbir? (bukan nak kata, tetapi sesetengah pentadbir di IPT bertukar menjadi 'rigid' apabila di kerusi kuasa. Cakap orang lain enggan didengar. Adalah malang bagi institusi yang dibentuk oleh golongan cerdik-pandai tidak memanfaatkan sumber (ramai orang pintar) yang ada. Saya cuma berharap janganlah disebabkan kemerosotan ranking ini staf-staf akan 'diperah' lagi) Sedihnya juga, bukan sejuta-dua ringgit dibelanjakan untuk tujuan "masuk ranking" ini, mencecah beratus juta RM wang anda (dari cukai yang anda sumbangkan). Sumber foto dan artikel penuh boleh anda baca di sini: Malaysia terkeluar dari senarai 400 universiti terbaik Dr. Sepet |
PERKASA / Pemuda Umno Lari Lintang Pukang Di Rembau Posted: 06 Oct 2011 06:39 PM PDT Harta rampasan!! 5 kain rentang yang dibawa oleh puak pengacau ditinggalkan setelah mereka lari melintang pukang!! Antara kain rentang yang dikutip semula oleh Unit Amal Alhamdulillah, Abg Mat Sabu tetap hadir ke Rembau dengan selamat walaupun diancam oleh puak-puak yang serba-serbi tidak bertamadun. Di atas kawalan keselamatan yang baik dari SAMM dan Unit Amal, semua program berjalan lancar di pentas walaupun terdapat kekecohan diluar pagar tempat ceramah. Kedatangan lalat sememangnya tidak diundang. Cubaan untuk membuat kacau menjadi sebaliknya apabila puak PERKAKAS yang datang berarak hanya seramai lebih kurang 20-30 orang bertempiaran lari hampir 2kilometer. Ini berikutan kerjasama utuh di antara SAMM dan Unit Alam bersama penduduk tempatan mula bergerak ke arah puak pengacau. Habis semua banner-banner berkos tinggi yang dibawa berarak oleh puak pengacau ditinggalkan di atas jalan. Lintang pukang mereka lari seolah-olah tak cukup tanah, walaupun sebelumnya menggelarkan diri mereka pahlawan. Ini pahlawan tahi kucing! Mungkin mereka akan gunakan efek ubat batuk sebagai alasan mengapa mereka cabut lari. Pertembungan kali ini tidak seperti apa yang berlaku di Seremban tempohari. Puak pengacau tidak sesekali berani mengambil risiko membaling batu kerana jumlah mereka jauh lebih kecil berbanding anak muda dan penduduk tempatan yang bangkit pertahankan Md Sabu yang ketika itu duduk di pentas ceramah. Syabas kepada penduduk tempatan kerana bermatian pertahan Md Sabu, yang dialu-alukan sebagai tetamu kehormat. Merujuk dari akhbar Sinar 6 Oktober 2011, puak 'geng jahat' mengeluarkan kenyataan mahu mengumpul sejumlah seribu bekas perajurit bersama mereka. Nyata 'geng jahat' tidak diberi sambutan oleh golongan bekas perajurit malah ramai juga bekas perajurit yang hadir terus mendengar ceramah Md Sabu. Perajurit juga bersama Mat Sabu kerana jika ruyung sejarah tidak dipecah oleh beliau, maka bekas-bekas perajurit ini pastinya kurang diberi perhatian sepertimana yang dilaporkan - 70% dari mereka hidup menderita. Perkasa dah lari meninggalkan panji berupa banner-banner yang mahal. Itulah lemahnya jika datang dengan niat dan tujuan yang jahat, itulah natijahnya ketika hadir hanya berikhlaskan wang ringgit. Banner-banner tersebut kemudiannya dirampas selepas ditinggalkan berterabur di atas jalan. Ada di antara mereka yang keciciran handphone jenis nokia edisi paling cokia buat penyendal pintu, aduhai rata-rata pencacai yang hadir itu juga orang yang susah serba ketinggalan. Kalau sokong Umno BN menjadikan pencacai ini kaya-raya, itu tidaklah mengapa. Kekecohan berterusan di kawasan yang agak jauh dari tapak ceramah yang juga dipenuhi wanita dan kanak-kanak. Ini merupakan satu kejayaan buat SAMM, Unit Amal dan penduduk tempatan kerana dari sudut ini walau pembaling batu bertaraf olimpik sekalipun tidak mampu sampai batunya di tapak ceramah. PERKASA berkumpul tidak mahu pulang dan kembali berterabur lari apabila kami menghampiri. Begitulah keadaan berulang kali berlaku. Akhirnya che'GuBard meninggalkan pentas dan tampil ke zon kekecohan untuk selesai masalah. Sebagai perunding berkaliber dan dihormati, puak pencacai diberi peluang menghantar wakil bagi menyerahkan memorandum kepada Abg Mat. Sifirnya mudah, kita cukup bertamadun untuk berbincang dan penyerahan memorandum adalah suatu yang tidak perlu dihalang. Namun di atas ancaman awal dan kejadian baling batu di Seremban, keadaan itu memaksa SAMM dan Unit Amal memastikan kedudukkan Perkasa jauh dari pimpinan dan orang awam di tapak ceramah. Difahamkan ketika itu Abg Mat telah sedia untuk menerima memorandum. Selaku pemimpin yang cukup berpengalaman menghadapi pelbagai krisis serta konfrontasi, che'GuBard berjaya mengawal keadaan lalu membenarkan 2 orang wakil dari Perkasa bagi menghantar memorandum. Che'GuBard juga meletakkan tanggungjawab penuh supaya kedua-dua wakil tersebut tidak diapa-apakan. Hasilnya kedua-dua wakil Perkasa itu berjaya dibawa masuk bertemu Abg Mat dan turut menyerahkan memorandum. Namun mereka 'dibasuh' kaw-kaw oleh Abg Mat dalam pertemuan itu. Abg Mat tidak bagi peluang selain memberi tarbiyah tentang apa yang sebenarnya berlaku dan menyindir keras salah seorang wakil berusia muda kerana tidak berusaha mencari kebenaran selain hanya tertumpu kepada Utusan dan TV3. Tertekan dengan pidato Abg Mat hingga apa jua yang mereka celah dijawab kemas oleh Abg Mat, kedua-dua wakil akhirnya meminta maaf kepada Abg Mat sebelum mereka beredar. Dengan muka yang pucat wakil-wakil pencacai meninggalkan tapak ceramah juga diiringi oleh che'GuBard dan SAMM bagi memastikan 'tetamu' tidak diundang ini berjaya keluar. Selesai semua masalah, program ceramah diteruskan. Kelantangan che'GuBard dan Abg Mat berpidato sedikit pun tidak terjejas dengan kejadian sebentar tadi. Dari aspek ini dapat kita lihat bahawa kehadiran puak pengacau untuk mengganggu majlis adalah satu usaha yang GAGAL dan memalukan melayu Umno. Difahamkan juga beberapa laporan polis telah dibuat kerana kononnya ada di antara pencacai-pencacai barua British ini tercedera. Itu mereka punya pasal sebab masuk kawasan orang mencari pasal. Ketika lari lintang pukang, ada antara mereka yang terjatuh dan ada juga yang tersembam ke dalam longkang. Nasib kau lah labu. Ada juga seorang aktivis blogger yang dipukul dari belakang menggunakan haler (pembesar suara). Tetapi sebab itu blogger aktivis fisabiLillah, maka Allah pun turut melindungi pejuang jalanNya dan ia sedikit pun tidak terkesan. Cuma sedikit hairan Perkasa yang kononnya berani, rupanya hanya berani memukul dari belakang dan menggunakan haler sebagai senjata. Justeru itu, sebagai sebuah negara yang punya undang-undang, Abg Mat akan tetap menyampaikan pidatonya di bumi mana sekalipun. Sesungguhnya rakyat terbanyak bersama Pakatan Rakyat, ia termasuklah bekas-bekas perajurit yang menunjukkan signal jelas tiada ruang buat pencacai menghasut mereka. Allah juga bersama pejuang yang menegakkan jalanNya!! Kepada para pembaca yang budiman, tidakkah anda tertanya-tanya di manakah gerangannya pak polisi?? Barangkali tertelan ubat batuk gamaknya... Hadirin penuh hingga ke luar pagar!! Che'GuBard dan Abg Mat menanti giliran untuk berucap Black Maria ada, tapi pulisnya macam tidak ada! Oleh EDYES @ edyesdotcom |
Selagi BN Berkuasa Gani Patail Tidak Akan Didakwa Posted: 06 Oct 2011 06:30 PM PDT Nazri: Keputusan tidak dakwa Gani Patail masih kekal KUALA LUMPUR, 7 Okt — Putrajaya menegaskan tiada tindakan akan dikenakan ke atas Tan Sri Abdul Gani Patail meskipun wujud dakwaan terbaru berkenaan amalan rasuah dan mengada-adakan bukti yang dibawa ke atas peguam negara itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata keputusan tahun lalu berhubung dakwaan pembabitan Gani dalam kes berkaitan mata lebam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal. "Jawapan yang sama, jawapan yang sama. Saya telah menjawab (Penasihat DAP Lim) Kit Siang di Parlimen sebelum ini. Jawapannya masih sama," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditanya sama ada Putrajaya akan bertindak ekoran kemunculan dakwaan baru ke atas Gani. Apabila ditanya sama ada kerajaan ke atas pengadu-pengadu terhadap Gani, Nazri menjawab: "Jawapan yang sama." Pada 14 Disember lalu, kerajaan mengetepikan dakwaan dikemukakan oleh seorang bekas pegawai penyiasat polis Datuk Mat Zain Ibrahim bahawa Gani telah memalsukan dokumen-dokumen berkaitan dengan kes mata lebam Anwar. Sebaliknya, Nazri telah memberitahu Parlimen tidak perlu bagi Mat Zain untuk mengadu bahawa panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat pemalsuan bukti telah gagal untuk membersihkan namanya dalam insiden itu. Ini kerana, menurut Nazri, Mat Zain tidak pernah tertakluk kepada siasatan panel, sebaliknya hanya dipanggil sebagai saksi untuk memberi keterangan. "Lembaga penasihat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), menerusi suratnya kepada Mat Zain pada 23 Julai 2009, sudah pun menekankan bahawa tidak perlu diadakan panel bebas atau SPRM untuk menjelaskan nama Mat Zain, kerana beliau sama sekali bukan subjek siasatan," katanya. Dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Mat Zain menegaskan kuasa untuk menubuhkan sebuah tribunal terletak pada Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri. Di sebalik respons Nazri itu, Mat Zain terus-menerus berusaha untuk meyakinkan kerajaan agar mendakwa Gani dan beberapa bulan lalu menghantar siri surat terbuka kepada Ismail. - TMI |
'Mampukah Anwar lakukannya?' tinggal misteri Posted: 06 Oct 2011 06:13 AM PDT Persoalan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim "boleh melakukannya" terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, tinggal misteri, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya prosiding itu didengar secara tertutup selama kira-kira 10 minit, dalam perbicaraan kes liwat Anwar hari ini. NONEBagaimanapun, dari keterangan pakar bedah ortopedik Belanda dan pakar sakit belakang, Dr Thomas Hoogland sejak pagi tadi, pihak pembelaan telah menegaskan bahawa secara logik ataupun fizikal, aksi sedemikian tidak mampu dilakukan. Galeri awam mahkamah telah dikosongkan sebelum Hoogland memberi keterangan selama 10 minit, dan selepas itu prosiding hari ini tamat, dan akan disambung pagi esok. Malah, Presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beredar dari galeri itu selepas polis mengarahkan ia dikosongkan. Saiful juga telah memberikan keterangan secara tertutup mengenai dakwaan tersebut apabila dia menjadi saksi pendakwa tahun lepas. Hoogland, 66, yang melakukan pembedahan ke atas Anwar pada September 2004 dan memeriksanya sekali lagi pada bulan lepas, berkata Anwar mengalami masalah untuk melutut dan tidak boleh melakukan aktiviti yang lasak. Pakar sakit belakang itu juga menyenaraikan tiga masalah dalam diagnosis ke atas Anwar bulan lalu dalam jawapan kepada soalan-soalan dari peguam Sankara Nair. |
Undang-Undang Yang Akan Membuatkan Umno Senak.. Posted: 06 Oct 2011 06:08 AM PDT Pakatan Akan Gubal Undang-Undang Hapus Monopoli Dan Konsesi Tidak Adil SHAH ALAM: Bajet Alternatif Pakatan Rakyat 2012 akan menghapuskan sistem monopoli di dalam sektor-sektor penting negara sebagai langkah mengurangkan kos sara hidup serta meningkatkan pelaburan. Ini akan dilakukan dengan mengamalkan dasar tender terbuka untuk perolehan kerajaan dan mengubal sebuah akta untuk menghapuskan konsesi yang tidak adil, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Thong. Katanya, penghapusan sistem monopoli ini akan membuka ruang persaingan sihat kepada ramai usahawan yang selama ini kekurangan peluang daripada kesan sistem monopoli. "Kita tidak boleh memberikan angka tetap melalui hasil penghapusan monopoli. Namun kita percaya persaingan tanpa monopoli akan mengurangkan kos kehidupan rakyat," katanya. Melalui sistem monopoli ini merupakan satu langkah 'membunuh' pesaing lain yang mungkin turut terlibat dalam industri sama. Antara contoh monopoli ialah monopoli Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) untuk mengimport beras, Telekom Malaysia (TM) untuk perkhidmatan jalur lebar dan Astro untuk perkhidmatan televisyen setelit siar terus berbayar, kata Liew. Satu Akta Kontrak Awam Tidak Adil akan digubal untuk mengkaji semula konsesi dan perjanjian yang dikenalpasti sebagai tidak adil dan bertentangan dengan kepentingan umum. Ia juga akan mengembalikan semula profesionalisme dengan memberikan ruang penyertaan kepada semua pihak. Selain itu, Akta Persaingan 2010 akan diperluaskan kepada semua sektor ekonomi termasuklah syarikat telekomunikasi dan sektor tenaga yang paling banyak menyaksikan herotan harga akibat monopoli. Perkara ini dinyatakan Liew dalam Forum Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang berlangsung di Quality Hotel, di sini. Untuk mengembalikan semula kecemerlangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Pakatan akan memastikan mereka bebas dari gangguan politik dan dibenarkan untuk beroperasi berdasarkan keutamaan perniagaan. Dalam majlis sama, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan pendapatan rakyat haruslah ditingkatkan dulu sebelum memperkenalkan Good and Services Tax (GST). Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan Goods Service Tax atau ringkasnya GST, kata Dzulkefly. Katanya, Pakatan tidak menolak mentah-mentah perlaksanaan GST namun ianya perlu dilihat dari sudut yang rasional terutama dari segi aspek kemampuan rakyat untuk membayarnya. "Kenapa rakyat tidak mampu membayar cukai? Kerana pendapatan mereka berada di bawah paras untuk melayakkan mereka untuk membayar cukai," katanya. |
Khoo Kay Kim Dakwa Muhyiddin Tak Faham Undang-Undang Posted: 06 Oct 2011 04:49 AM PDT Prof Khoo: Muhyiddin 'cakap ikut bahasa rakyat', bukan undang-undang KUALA LUMPUR, 6 Okt – Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim tetap mempertahankan pendirian bahawa Malaysia tidak pernah dijajah sambil menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam seperti "orang kebanyakan yang tidak faham undang-undang." Kata beliau, hanya negeri-negeri Selat yang pernah menjadi tanah jajahan British sementara negeri-negeri Melayu yang lain telah berada di bawah naungan British. "Saya sebut dari segi undang-undang yang mana negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) pernah dijajah, negeri-negeri Selat ini dipanggil Tanah Jajahan Mahkota British dan sesiapa yang lahir di negeri-negeri ini akan menjadi rakyat Britain dan kerajaan negeri-negeri Melayu dipanggil negeri-negeri Melayu naungan British dan sesiapa yang lahir di negeri-negeri naungan British ini tidak akan menjadi rakyat Britain. "Dari segi undang-undang nampak perbezaan, malah wakil British di negeri-negeri Selat dipanggil gabenor dan orang yang sama kedudukan rasminya di kerajaan negeri-negeri Melayu ialah pesuruhjaya tinggi. Jadi lihat dalam undang-undang, banyak perbezaan dan yang paling penting mereka yang lahir di negeri-negeri Selat termasuk orang Melayu akan jadi rakyat Britain dan orang bukan Melayu di kerajaan negeri-negeri Melayu sebelum 1948 akan menjadi rakyat tanpa negara," katanya kepada The Malaysian Insider. Mengenai kenyataan Muhyiddin (gambar) semalam, Khoo berkata Timbalan Presiden Umno itu bercakap mengikut bahasa orang kebanyakan dan bukan undang-undang. "Beliau (Muhyiddin) bercakap sebagai seorang biasa dan bukan lihat dari segi undang-undang, dalam undang-undang memang ada bahasa khas undang-undang atau bahasa teknikal tapi bahasa orang kebanyakan biasanya kelam-kabut, tidak teratur dan tidak tepat. "Beliau guna bahasa orang kebanyakan yang tidak faham undang-undang dan bukan bahasa teknikal undang-undang. Kalau ikut undang-undang, kerajaan negeri-negeri Melayu bukan tanah jajahan British dan tak pernah dipanggil tapi bila British cuba kuat kuasakan Malayan Union dan kalau British berjaya memang, kerajaan negeri-negeri Melayu akan jadi tanah jajahan British," katanya. Tambah Khoo: "Tentang Malayan Union, kalau orang Melayu ketika itu tidak menentang sudah pasti kerajaan negeri-negeri Melayu dah jadi tanah jajahan British, tapi bila orang Melayu bangkit menentang, British terpaksa batalkan rancangan itu." Dalam satu kenyataan di Dewan Rakyat semalam, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengakui bahawa Malaysia pernah dijajah — bertentangan dengan penegasan beberapa profesor termasuk Khoo bulan lalu bahawa negara hanya menjadi naungan British. Muhyiddin menyatakan pendirian tersebut sekali gus menafikan pandangan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa Malaysia tidak pernah dijajah. "Sama ada negara kita dijajah atau tidak, jawapannya, ya. "Saya mengambil pendirian begitu walaupun ada beberapa pihak yang memberikan pandangan bahawa kita tidak dijajah," katanya. Menurut Khoo, sekiranya British serius mahu menjajah negara sudah tentu negeri-negeri Melayu akan dipaksa menjadi tanah jajahan kuasa asing itu. Beliau menambah terdapat banyak bukti bahawa negara tidak pernah dijajah. "Saya boleh buktikan, pertama macam mana dua tempat mempunyai nama yang tidak sama? Satu Tanah Jajahan Mahkota British dan satu lagi negeri-negeri Melayu naungan British... kalau British dah jajah Tanah Melayu, mengapa British tidak menyatukan negeri-negeri Melayu bersekutu dengan negeri-negeri Melayu tidak bersekutu? "British mahu negeri-negeri Melayu tidak bersekutu menjadi sebahagian daripada negeri-negeri Melayu bersekutu tapi raja di negeri-negeri Melayu tidak bersekutu tak setuju dan British tak boleh bergerak... kalau British nak jajah, dia boleh paksa tapi dia cuma nak pujuk," katanya. |
MP Pakatan Rakyat Ponteng Sidang Parlimen.. Makan Gaji Buta.. Khianat Amanah Rakyat. Posted: 06 Oct 2011 02:47 AM PDT Hanya 28 orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, dimana yang lain-lain.. Semasa kempen nak jadi calon ahli Parlimen masing-masing berjanji akan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pengundi,, tetapi bila dah dapat kerusi, dah jadi ahli yang berhormat, segala janji hilang entah kemana,, kemana... dah jemu atau dah tak berminta lagi nak jadi ahli yang berhormat... Ini adalah kali kedua kes seumpama begini berlaku, kali pertama dahulu semasa pengesahan bajet belanjawan,, Bn hanya dapat majoriti terlalu kecil, bayangkan kalau ahli parlimen PR semuanya hadir... Kali ini pun masih berulang kali kedua,,, apa cerita ni,,, hampeh... hanya 28 orang sahaja yang hadir.., yang kemana,,,, jadi YB bukan percuma,,, ada elaunkan,,, elaun tibai.... aduhhh. Ini sahaja yang hadir..... PAS : Mahfuz Salahuddin Firdaus Hayati Che Uda Dr Mariah Dr Hatta Khalid samad Siti Zailah Wan Rahim Muhd Husin Dr Rosli Nasir Zakaria PKR : Tian Chua Zuraida Yusmadi Azmin Ali Gwo Burne Ahmad Kassim Azan DAP : Kula Lim Lip Eng Charles Santiago Sim Tong Him Manogaran Er Teck Hua Fong Po Kuan Fong Kui lun Sumber : tukar-tiub |
Isa Samad Lantik Diri Sendiri Sebagai Pengerusi Pemodalan Felda Posted: 06 Oct 2011 02:41 AM PDT Naib presiden PAS, Salehuddin Ayub hari ini menyatakan PAS memandang serius tindakan pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad melantik dirinya sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dalam satu mesyuarat lembaga penghujung Ramadhan lalu. Perlantikan ini bertentangan dengan akta kecil koperasi Malaysia kerana perlantikan itu sepatutnya dibuat dalam mesyuarat agung dan bukannya dalam mesyuarat lembaga, ujarnya di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini. Apa yang memalukan ialah Isa bukannya ahli koperasi tersebut, bahkan juga tidak layak untuk menjadi ahlinya kerana dia bukannya peneroka atau pun kakitangan Felda, kata Salehuddin. Lebih tragis lagi apabila Isa melantik dirinya sebagai pengerusi ketika pengerusi yang ada Datuk Dzulkifli Wahab tidak ada iaitu sedang menunaikan umrah di Makkah. KPF sebagai sebuah koperasi cemerlang di negara ini di bawah kepimpinan Datuk Dzul tidak wajar di rampas oleh Isa atas sekeping surat dari Perdana Menteri itu. Salehuddin bercadang untuk membawa isu ini ke dalam sessi Parlimen ini demi kepentingan peneroka dan kakitangan Felda seluruh negara kerana kita bimbang Isa dan Najib mempunyai agenda tersendiri dalam KPF ini Gaya Peneroka |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan