Ahad, 2 Oktober 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Panas! Buku tingkatan 2 galakkan perbuatan zina?

Posted: 01 Oct 2011 06:45 PM PDT

KEPADA ibu bapa yang ada anak berumur 14 tahun atau sedang belajar di tingkatan 2 tahun ini, sila lihat buku latihan Bahasa Inggeris anak anda. Jika anda tak pasti buku yang mana, di bawah ini ditunjukkan rupa kulit buku yang dimaksudkan.

Terima kasih kepada sahabat pembaca MiLo SuaM mengirimkan gambar-gambar ini.


Di bawah ini pula salah satu kandungan buku tersebut. Buku ini menyiarkan sebuah artikel yang secara tidak langsung memberikan persepsi bahawa pengguguran bayi adalah jalan penyelesaian kepada zina.
"Her dad took her to the clinic the next day to have her abortion done"



Malah artikel ini menggambarkan atau memberikan persepsi kepada anak anda bahawa proses pengguguran kandungan dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang masaalah.
"The abortion went like clockwork and without any difficulties and Mary came out of the clinic as healthy as before"
Kesimpulannya, tanpa anda sedari, buku ini mengajar anak anda yang berumur 14 tahun bahawa jika mereka sudah melakukan hubungan seks luar nikah dan termengandung, maka jangan risau penyelesaiannya ialah gugurkan bayi itu.

Anak anda juga tak perlu risau kerana proses pengguguran bayi boleh dilakukan di klinik-klinik berhampiran dengan mudah dan tanpa sebarang masaalah.


ReJaM© "Macam dah tak ada topik lain nak dijadikan bahan mengajar English..."

Isu Hudud, TV3 kata DAP jadi boneka PAS

Posted: 01 Oct 2011 05:37 PM PDT


SELAMA berbulan-bulan lamanya TV3 Al-Musyrikin menyebarkan propaganda kononnya di dalam isu Hukum Hudud, PAS menjadi boneka DAP, diperkudakan DAP, tunduk pada DAP dan sebagainya.

Tapi kini, propaganda baru pula dicipta. Demi meraih sokongan bukan Islam kepada Barisan Nasional, TV3 Al-Musyrikin menyebarkan propaganda baru kononnya DAP pula menjadi boneka PAS.



Ini yang dinamakan taktik pecah dan perintah. Taktik ini juga yang digunakan oleh penjajah untuk menakluk negara dengan memecah belahkan sokongan rakyat. Dalam hal ini taktik ini digunakan untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

UMNO yang mendakwa mereka memperjuangkan Melayu, masih lagi menggunakan nama British, United Malays National Organisation. Maka tidak hairanlah taktik penjajah British digunakan untuk menakluk minda rakyat.

Kejap PAS jadi boneka DAP, kejap DAP jadi boneka PAS, mana yang betul? Tapi apa yang jelas, selepas menerima ugutan dari MCA dan Gerakan yang ingin keluar Barisan Nasional kerana Muhyiddin Yassin menyokong Hudud, Najib memberi jaminan BN tidak akan melaksanakan Hudud.

Rujuk Video di bawah.



ReJaM© "Sanggup Najib tolak hukum Allah kerana tunduk pada MCA dan Gerakan..."

37 ahli PAS sertai Umno kerana Pak Lah tak buat kerja!

Posted: 01 Oct 2011 01:52 PM PDT

SATU laporan berita pelik dari portal rasmi Umno (Umno Online), yang mendakwa 37 ahli PAS sertai UMNO di Kepala Batas.

Alasan yang diberikan untuk menyertai Umno ialah "Minta jalan baru, perbetul rumah rosak serta bantuan untuk keluarga, semua tidak dapat".

Lihat laporan berita ini baik-baik, perkara ini berlaku di Kepala Batas. Ahli Parlimennya ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah manakala ketiga-tiga ADUN kawasan tersebut juga dari Umno.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, Adun Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin dan Adun Bertam Zabariah Abdul Wahab ketiga-tiga ADUN ini adalah dari Umno.


Maka kesimpulannya, 37 ahli PAS yang dilaporkan masuk Umno adalah kerana ADUN Umno di kawasan mereka tak buat kerja kah kah kah.

Patutnya buatlah cerita, 37 ahli PAS masuk Umno kerana gembira dengan prestasi ADUN dari Umno, dan yakin dengan ahli parlimennya, Tun Abdullah.

Skrip wajib yang akan diulang-ulang setiap kali nak pilihanraya. Biarlah berita nampak bodoh, asalkan skrip ini dapat diulang-ulang.

ReJaM© "Banyak betul cerita kartun kat Malaysia ni..."

Pesawat rempuh roda gergasi Ferris Wheel, 4 terperangkap

Posted: 01 Oct 2011 12:44 PM PDT


BOLEH dikatakan satu keajaiban, bila sebuah pesawat merempuh sebuah alat permainan gergasi "Ferris Wheel" di Old Bar, berhampiran Sydney Australia tanpa meruntuhkannya.

Dua kanak-kanak telah terperangkap di atas alat permainan gergasi itu hampir dua jam selepas sebuah pesawat merempuhnya.

Kanak-kanak tersebut, seorang berumur 9 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun juga bernasib baik apabila salah sebuah lampu pesawat terpelanting menghentam sisi berhampiran mereka yang hampir saja mengenai mereka.

Juruterbang berumur 53 tahun yang memandu pesawat tersebut beserta penumpangnya, 32 juga turut tergantung dan terperangkap di dalam pesawat selama lebih 3 jam pada ketinggian lebih 30 kaki.



Paul Cox, juruterbang yang memandu pesawat tersebut berkata bahawa dia tidak perasan roda besar tersebut sebelum pesawat yang dipandunya merempuh kuat alat permainan gergasi itu. Waktu itu, dia baru sahaja berlepas dari lapangan terbang berhampiran.

Menurutnya lagi "Apa yang saya ingat selepas itu, saya terperangkap di dalam Ferris Wheel. Beberapa minit saya panik, dan saya hanya mampu berharap moga-moga tiada sesiapa yang tercedera."

Menurut salah seorang saksi, permainan roda gergasi itu dipenuhi kanak-kanak beberapa minit sebelum kemalangan. Namun berikutan hujan renyai, hanya 5 orang kanak-kanak yang cukup berani untuk menaikkinya.

Seorang penyelamat Brett Campbell berkata, "kedua-dua kanak-kanak itu sangat hebat. Mereka begitu tenang dan berani. Begitu juga dengan dua lelaki di dalam pesawat".


Sumber [Free Malays]

Tiada ulasan: