Ahad, 2 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Ulang Tahun PAS - Karpal Tak Hadirpun Tak Apa.. Buat Menyibuk Saja..

Posted: 01 Oct 2011 09:39 PM PDT

Ketidakhadiran Karpal timbulkan persoalan

Dewan Milenium di Kepala Batas seolah-olah berpesta malam semalam apabila ribuan orang membanjirinya bagi menyambut majlis ulang tahun ke-60 PAS.

Jumlah hadirin terus bertamabah dan ketika Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyampaikan amanatnya, diianggarkan tidaak kurang 10,000 yang hadir.

Bangunan tiga tingkat tempat majlis ini diadakan sesak, ratusan lagi duduk di atas lantai beralaskan tikar dengan membawa anak-anak termasuk yang masih bayi bersama.

Ucapan Nik Aziz banyak berkisar tentang agama tetapi diselitkan juga dengan anekdot, lawak jenaka dan kias yang terus memikat pendengar sambil disambut gelak ketawa, walaupun mesejnya serius.



Turut hadir pada majlis yang berlangsung hampir tiga jam itu adalah kepimpinan tertinggi PAS termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim terpaksa mengundurkan dirinya dari majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 1,500 penyokong DAP yang bertujuan memgumpulkan dana oleh DAP Bukit di Tanjung Tokong, dan bergegas sisebalik kesesakan lalu lintas di pulau itu untuk tiba di Kepala Batas pada kira-kira jam 11 malam bagi menyaksikan majlis penutup sekutunya PAS.

Walau bagaimanapun, paling ketara yang tidak hadir pada malam itu adalah pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh.

Diminta menjelaskan ketidakhadiran Karpal, timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu berkata beliau tidak tahu sebab sebenar.

Katanya, tidak mungkin bahawa Karpal tidak dijemput kerana gambarnya juga tertera di kain rentang yang mempromosikan acara itu di seluruh bandar.

"Ini mungkin salah faham, mungkin pejabatnya tidak mendapat surat jemputan, ataupun mungkin dia tidak sihat ... lagipun dia terpaksa gunakan kerusi roda," kata pemimpin PAS itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Apabila diasak wartawan, sekiranya ketidak-hadiran Karpal ada kaitan dengan kontroversi baru-baru ini berhubung desakan PAS untuk melaksanakan hukum hudud, Mat Sabu berkata "tidak... tidak".

Ketika ditemui, ahli jawatankuasa PAS pusat Mujahid Yusof Rawa juga berkata beliau tidak mengetahui sebab-sebab Karpal tidak hadir pada majlis PAS itu.

Malah, Lim berkata beliau akan berhubung dengan hari ini, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mengapa Karpal tidak hadir.

"Saya akan menelefon dia, saya akan telefon dia ... Jika saya ada kerja yang perlu dilakukan, saya juga tidak dapat hadir," katanya kepada pemberita yang terus menyerbunya untuk mendapatkan jawapan selepas ceramah itu berakhir.



Mahathir Sudah Jadi Pengkritik Filem Pulak

Posted: 01 Oct 2011 08:42 PM PDT

Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca hysteria

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.

Beliau berkata lambakan cerita hantu yang berasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.

"Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali.


"Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya," kata Dr Mahathir (gambar) dipetik Berita Minggu hari ini.

"Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai 'peripheral vision'.

"Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria," kata beliau ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kesembilan Universiti Malaysia Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada usaha mencari kaedah lebih saintifik untuk menyelesaikan masalah.

"Untuk bergerak dan maju ke hadapan, kita perlu banyak menerapkan cara berfikir secara saintifik dalam menyelesaikan masalah, bukan bergantung pada bomoh.

"Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubati orang dengan kemenyan," katanya sambil menambah, "dulu kita tidak ada cara lain mungkin boleh guna cara itu."

"Dulu jika kita sakit jantung, pergi belah dada kita akan mati.

"Sekarang, jika kita sakit jantung, kita boleh belah (buat pembedahan) sebab sudah ada mesin jantung dan paru-paru. Itu saintifik," katanya lagi.

Dalam pada itu, Majlis Fatwa Kebangsaan mahu kerajaan membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Ahli jawatankuasa majlis itu, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pihaknya mahu kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosikan karut.



Utusex Malaysia Ada Maruah Ke??

Posted: 01 Oct 2011 06:43 PM PDT

Namewee: Utusan buat laporan polis

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Jabatan Pengarang Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan lucah terhadap organisasi serta wartawan Fauziah Arof yang dikeluarkan oleh Namewee menerusi satu klip video yang tersebar di Internet baru-baru ini.

Laporan polis itu dibuat berikutan tindakan Namewee yang menyalahguna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysia serta mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee... yang disiarkan pada bulan lalu.


Menurut Penasihat Undang-undang, Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Mohd. Jefri Daman, penerbitan klip video berdurasi dua minit 43 saat itu telah mengundang komen-komen negatif orang ramai terhadap akhbar dan wartawan berkenaan.

"Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.




MCA Bodoh..

Posted: 01 Oct 2011 07:57 AM PDT

MB: MCA cetek kefahaman tentang skim tanah baru

SHAH ALAM 1 OKTOBER - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas kenyataan Ketua Jabatan Aduan dan perkhidmatan awam MCA Selangor, Theng Book yang mendakwa kerajaan negeri pimpinannya, menipu penduduk dengan bayaran premium terlalu tinggi bagi memiliki rumah.

Khalid menyifatka kenyataan yang dikeluarkan itu lebih bersifat politik dan MCA hanya akan terdidik mengenainya jika mentadbir sebuah kerajaan negeri.

"Saya rasa kenyataan MCA itu adalah kenyataan politik yang akan kita terangkan jika mereka menjadi kerajaan. Itu sebab dalam kerajaan yang lepas semua keputusan berkaitan tanah dipolitikkan, bukan memberikan tanah dengan cara terbaik untuk masyarakat," katanya.


Beliau menambah, perkara ini sudah dimaklumkan kepada pegawai kerajaan negeri selain meminta semua pegawai daerah untuk menerangkan situasi sebenar supaya rakyat tidak terkeliru dengan mainan politik pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, MCA Selangor menuduh exco kerajaan negeri khususnya dari DAP mengelirukan orang ramai tentang skim sekali bayar RM1,000 untuk mendapatkan pajakan 99 tahun bagi hakmilik tanah kediaman.

Jelas beliau, polisi yang dikeluarkan berhubung masalah premium tanah di negeri ini merupakan satu alternatif yang dibuat oleh pimpinan negeri untuk memudahkan rakyat dan terserah kepada mereka untuk membuat keputusan.

"Saya rasa dia kurang faham perkara ini. Saya sudah meminta pegawai saya untuk menerangkannya kerana tahan kefahamannya amatlah cetak mngenai perkara ini. Saya juga minta pegawai daerah untuk menerangkan perkara ini.

"Salah satu daripadanya kita bagi pilihan, maknanya kalau dia ingin ikut cara lama dia boleh pilih," katanya.

Polisi hak pemilikan tanah ini merupakan usaha yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor memandangkan rakyat di negeri ini menghadapi masalah menjelaskan bayaran premium tanah.

Melalui skim ini, rakyat yang tidak mampu menjelaskan keseluruhan premium tanah boleh menjadi pemilik hartanah yang sah dengan hanya membayar bayaran sejumlah RM1,000. Mereka yang memilih cara ini perlu menjelaskan keseluruhan premium (mengikut harga semasa) jika hartanah itu dipindahmilik, dipajak atau digadai.

Abdul Khalid menambah, sikap dan tahap pemikiran yang rendah merupakan antara faktor ramai yang keluar meninggalkan MCA.

"Akibat tahap pemikiran rendah, oleh sebab itu ramai yang sudah lari dari MCA sebab yang tinggal itu tidak betul," katanya.



Ya Allah, Turunkan Laknat Dan Azab Sedahsyatnya Keatas Blogger Ini.. Amin..

Posted: 01 Oct 2011 03:47 AM PDT

Gambar ini didapati dalam sebuah blog umno
ya allah sesungguhnya amat pahit dan sedih untuk menerima dan menengok Tok Guru yang kami sayangi diperlakukan. ya allah hanya Engkau yang tahu balasan untuk blogger ini!

Ya Allah, aku serahkan tangan bloger yg bertanggungjawab membuat gambar ini kepada Mu. Jika Engkau mahu berikan dia hidayah, itu adalah hakMu. Sebaliknya, jika Engkau mahu mendatangkan azab ke atasnya ya Allah, azabkanlah. (Tolong: "AMIN",kan - sehingga ini dah lebih 40 org yg meng`amin'kan)

Kerabu Bersuara



Ustaz Azhar di UIA: 'Tangan jahat' ganggu program

Posted: 01 Oct 2011 03:39 AM PDT

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kepada Allah atas rezekiNya yang melimpah-limpah untuk hambaNya. Malam Jumaat bertarikh 30 September menjadi sejarah bagi mahasiswa UIAM apabila kehadiran lebih kurang 4000 ke majlis kuliah Ustaz Azhar Idrus mendapat sambutan yang hangat. Fenomena Ustaz Azhar Idrus telah menarik Persatuan Mahasiswa Terengganu untuk merisik beliau sejak bulan Februari yang lepas lagi.

Dengan kerjasama kelab yang giat dalam aktiviti dakwah, Ma'ruf Club, program ini diluluskan oleh pihak pentadbiran UIAM pada awal semester ini. Masjid SHAS UIAM bakal menjadi sasaran mahasiswa bahkan seluruh masyarakat dan peminat Ustaz Azhar Idrus daripada seluruh negara. Promosi digiatkan di masjid-masjid sekitar Gombak menghebahkan kedatangan seorang ulama terkenal ke Masjid UIAM.

Sehari sebelum program, pihak Ma'ruf Club dikejutkan dengan penarikan balik kelulusan tempat program iaitu Masjid SHAS yang boleh memuatkan 6,000 orang. Dalam masa berbaki, pihak pentadbiran UIAM cuba membantu dan hanya meluluskan tempat di Experimental Hall yang mampu memuatkan seramai 300 orang. Berita tersebar dengan cepat di alam maya Facebook menyebabkan mahasiswa mula tidak berpuas hati.


Bagi kami Pro-Mahasiswa (WUFI), perkara sebegini seolah-olah telah menjatuhkan institusi masjid sendiri apabila menyekat seorang pendakwah profesional untuk berada di masjid menyampaikan kuliahnya. Namun, mahasiswa perlu berhati-hati dalam menghukum dan meletakkan pendirian.

Beberapa jam sebelum program, dikhabarkan pimpinan Ma'ruf Club melalui Presiden, saudara Mohd Eikhwan Ali dengan kerjasama Exco MPP, saudara Fitry Hussin telah cuba berusaha untuk berjumpa dengan Puan Rektor bagi memohon rayuan supaya dibenarkan berkuliah di masjid. Namun, Puan Rektor tiada di pejabat.

UIAM tidak bersalah. Pentadbiran UIAM tidak bersalah. Pihak masjid juga tidak bersalah. Mereka ditekan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kami mendapat maklumat daripada urusetia program yang berjumpa dengan Direktor Masjid, bahawa beliau telah mendapat panggilan telefon daripada 'kuasa' lain supaya tidak membenarkan program Ma'ruf Club ini dijalankan di masjid. Penangkapan akan dibuat oleh 'SB' jika program tersebut diteruskan juga di masjid.

Justeru, pendirian kami Pro-Mahasiswa (WUFI) berkenaan dengan peristiwa ini adalah seperti berikut:

1. Mahasiswa jangan cepat menghukum khususnya terhadap pihak Rektor UIAM dan Direktor Masjid SHAS kerana mereka telah ditekan oleh 'tangan jahat', kami mendoakan agar pihak UIAM diberikan pertolongan untuk berhadapan dengan mereka.

2. Campur tangan politik 'tangan jahat' telah merencatkan Insitusi Pendidikan Tinggi (IPT) khususnya di universiti awam sebagai pusat intelektual, perbuatan ini telah memakan diri mereka sendiri

3. Mereka juga perlu waspada kerana mengkhianati ulama adalah mengkhianati pewaris Rasulullah (selawat dan salam ke atasnya) selaras dengan sabda Rasulullah (selawat dan salam ke atasnya), "Ulama adalah pewaris Anbiya"

4. Kerajaan 'tangan jahat' ini mesti faham, mereka boleh menyekat masjid, mereka boleh mengganggu program, mereka juga boleh menangkap sesiapa sahaja tetapi mereka tidak boleh menghalang idealism anak muda yang lebih intelek

5. Mahasiswa bersedia menghadapi PRU-13

Justeru, saya mewakili Pro-Mahasiswa (WUFI) mengajak seluruh rakan mahasiswa untuk bersatu dalam isu ini menyahut seruan Allah dalam Al-Quran yang bermaksud, "Bertolong-tolonglah dalam perkara kebaikan dan Taqwa". Kami menyokong penuh usaha pihak Ma'ruf Club yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada One Heart Creative Solution yang sudi menaja program Kuliah Ustaz Azhar Idrus.

"We Unite For Islam"

Muhammad Hafizuddin MN
Pengerusi Pro-Mahasiswa (WUFI) UIAM



Tiada ulasan: