Isnin, 24 Oktober 2011

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


memahami perjuangan dan mengenali musuh.

Posted: 23 Oct 2011 10:50 PM PDT

nota sebelum baca:- maaf tajuk entry ini terlalu berat tapi isinya tidaklah begitu. Aku malas nak tulis berat-berta dan kupas teori itu ini. bukan siapa peduli pun.

Ramai orang mengaku berjuang. Menyertai parti politik saja dah mengaku berjuang. Tapi aku tidaklah memperkecilkan dan mempertikaikan mereka yang benar-benar berkorban untuk parti politik. Tidak. Cuma ada segelintir yang buat leceh.
Berjuang tak semesti menyertai parti. Ada yang bergerak sendiri, berkumpulan dalam satu gerakan~ menghasilkan sesuatu menentang kezaliman. Mereka ini jauh dari pengiktirafan. Sejak zaman berzaman lagi golongan seperti ini tak didendang. Yang diingat hanyalah pejuang politik kepartaian.
Tak nak bebel panjang, cuma aku lihat terlalu mudah istilah 'pejuang' tu dimainkan. Berjuang sebenarnya tidak senang dan kalau senang itu berpolitik namanya. Aku setuju dengan Khalid Jaafar yang menyebut "kebanyakan pejuang hak asasi berasal dari keluarga yang mak ayahnya kaya-kaya sebab tu mereka punya banyak masa mencerca sistem sedangkan orang miskin tak sempat kerana terpaksa bersaing mencari makan."
Ramai pejuang (sendiri iktiraf) asalnya dari pelajar-pelajar yang aktif berpersatuan semasa di pusat pengajian dan bila keluar menjadi setiausaha politik atau memegang jawatan mana-mana atau rapat dengan mana2 ahli politik. Mereka dapat laluan cantik dan tak susah sehingga bintang mereka menyinar naik satu demi satu anak tangga. Pintar teori itu ini dan jika ada sesiapa mempertikai, mereka akan bersilat kuntau menekan musuh dengan soalan "berapa banyak buku kau baca?"
Ada yang susah payah, benar-benar berjuang tapi tak berkeupayaan membodek dan dilihat 'tak pandai', dianaktirikan, dimatikan.
Oleh kerana puak yang disebutkan tadi itu tak pernah susah, maka ada yang matlamatnya hanya untuk nak jadi setpol atau kalau baik nasibnya dapat jadi YB. Menukar kerajaan atau tidak bukan suatu hal asalkan dapat jadi YB.

mengenal musuh
Dalam perjuangan yang paling penting mengenal benar-benar siapa musuh kita. Musuh hanya satu tetapi punya banyak topeng sehingga kita yang gagal faham dalam prnsip perjuangan akan terpedaya.
contoh ringkas tanpa perlu membebel teori itu ini atau petik ayat dan nas ini itu aku perturunkan:-

1) dalam isu Kg Bandar Dalam yang hendak dimajukan, seniman Siti zainon cukup membantah kerana itu adalah kampungnya, maka berkampunglah hari itu karyawan/seniman bersajak bernyanyi mengecam. Begitu juga isu bahasa. Tetapi dalam isu lain seperti mansuhkan I.S.A atau Bersih mereka tak mahu terlibat. Ini kerana mereka gagal melihat yang punca semua permasalahan ini adalah datang dari musuh yang satu tetapi topengnya banyak. Begitu juga NGO-Ngo seperti TEras dan lain-lain yang mneyertai HIMPUN kononnya ini isu Islam. Mereka lupa yang mainkan isu ini adalah golongan yang sama merembat harta kekayaan negara, menaikkan harga barang, menghina Islam dan menyuburkan rasuah hingga hutang negara hampir mencecah rm500bilion.

2) Golongan yang mengaku berjuang yang memekik-mekik menentang rasuah dan fitnah ini masih terus membeli akhbar arus perdana. "er..saya nak tengok sukan je,.." dan macam-macam alasan kepalapuki yang mereka berikan.
Seposen duit kamu sumbangkan beli akhbar seperti memberi mereka nyawa untuk terus memfitnah. Tak reti-reti lagi?

Sebab tu aku tak mahu berjuang, aku orang miskin. aku hanya pencinta keadilan.

Tiada ulasan: