Isnin, 31 Oktober 2011

Komentar Kini

Komentar Kini


Datuk Harun Taib masih layak bertanding PRU13?

Posted: 31 Oct 2011 05:34 PM PDT

Umno sebut pasal calon bersih untuk bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Manakala PAS Terengganu sudah sekian lama memilih calon yang sangat bersih.Tapi malangnya tak jadi pilihan pengundi.

Sabaliknya calon umno yang tak bersih juga jadi pilihan pengundi negeri Terengganu punca PAS kalah lagi dalam pilihanraya umum ke 12 lepas.

Tapi lain ceritanya dengan Datuk Harun Taib yang hanya kalah sekali saja sepanjang bertanding di DUn Manir.

Dua tiga minggu ini ramai yang duk bercakap pasal nama Datuk Harun Taib yang dikatakan uzur dan sudah bertongkat.

Ramai yang bercakap Datuk Harun Taib ketua dewan ulamak PAS pusat itu sudah tak layak bertanding dalam PRU 13 faktor uzur dan pakai tongkat.

Dalam Islam bertongkat ketika usia 40 an itu hukum sunat iaitu mendapat pahala, tapi sesetengah bertongkat itu menandakan keuzuran.

Kerajaan Malaysia yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Razak sudahpun membuang tongkat yang telah lama diberi kepada orang Melayu atas alasan tongkat itu boleh melemahkan bangsa Melayu untuk bersaing dengan orang China yang menguasai ekonomi negara.

Sahabat penulis, Cikgu Mad berkata Karpal Singh jauh lebih uzur berbanding Ustaz Harun Taib, bukan kerana bertongkat tapi berkerusi roda dan lumpuh dari pinggang ke kaki, tapi masih layak jadi ahli parlimen.

Kedudukan beliau hingga hari ini tak pernah dijadikan isu tak layak bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Yang peliknya Datuk Harun Taib pula dijadikan isu kerana bertongkat tak layak bertanding.

Betul juga kata Cikgu Mad itu. Ya tak ya juga, Karpal Singh berkerusi roda tak mampu mengerakkan sendiri sebaliknya orang lain yang menolaknya untuk bergerak sana kemari.

Tapi Datuk Harun Taib masih mampu bergerak kesana kemari tanpa bantuan orang lain, Cuma menggunakan tongkat yang telah menjadi sunat dalam islam dikatakan tak layak.

Kalau Karpal Singh masih layak dijadikan calon DAP untuk bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 nanti, masakan ustaz Harun Taib tak layak, Malahan ustaz Harun tetap masih layak.

Lebih lebih lagi rakyat Dun Manir masih mengharapkan beliau untuk jadi ahli Dewan Undangan negeri berbanding dengan calon calon lain dalam PAS setakat hari ini.

Sejarah telah membuktikan bahawa beliau pernah kalah hanya sekali saja, iaitu kalah ditangan ustaz Awang Bakar bekas kadi. Selepas itu siapa saja calon yang bertanding lawan Datuk Harun terus kecundang.

Setakat hari ini belum ada lagi calon umno yang dapat menandingi Datuk Harun yang dikatakan sudah uzur itu hatta calon umno yang diletakan bertanding di Dun Manir seorang yang paling bersih konon.

Sekarang ini mana ada calon umno yang bersih.Demikian juga Yusof Awang Hitam yang dikatakan akan diletakkan bertanding melawan Ustaz Harun Taib di DUn Manir dalam PRU 13 nanti sekaligus untuk merampas kerusi itu.

Tiada ulasan: