Kerabu Bersuara ® |
- Rosmah Mansor Dilaporkan Telah Membeli Sejumlah Mutiara Bernilai $150,000 (RM387,888) Di Australia?
- Rakyat Tahu ke Macam Mana KWSP Uruskan Wang Titik Peluh Kita?
- Gambar Ragam Artis-Artis Semasa Jom Heboh Di Kelantan
- Wakil Pertubuhan Islam Buat Onar Di P. Pinang? Ke Wakil Pertubuhan Takda Otak Umno?
- Apa Hukum Umat Islam Sambut Perayaan Halloween? Jom Tanya Nora Danish
Rosmah Mansor Dilaporkan Telah Membeli Sejumlah Mutiara Bernilai $150,000 (RM387,888) Di Australia? Posted: 31 Oct 2011 05:54 AM PDT ISTERI Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang diketahui umum sebagai seorang yang boros dan gemar bermewah-mewahan dengan pelbagai barangan mahal, kali ini kantoi lagi. Sewaktu mengikuti suaminya Najib Razak ke persidangan negara2 komenwel, CHOGM di Perth Australia, menurut Akhbar The West Australia, Rosmah Mansor dilaporkan telah membeli sejumlah mutiara bernilai $150,000 (RM387,888). Malah anak perempuannya juga turut berbelanja sakan di David Jones sehingga $60,000 (RM193,944).Suaminya menyarankan agar rakyat semua berbelanja secara berhemah memandangkan ekonomi berada di dalam keadaan yang tidak menentu. Dalam masa yang sama isteri dan anaknya sendiri berbelanja sakan bagaikan tiada hari esok. Membazir amalan syaitan Membazair amalan Rosmah |
Rakyat Tahu ke Macam Mana KWSP Uruskan Wang Titik Peluh Kita? Posted: 31 Oct 2011 05:48 AM PDT |
Gambar Ragam Artis-Artis Semasa Jom Heboh Di Kelantan Posted: 31 Oct 2011 04:48 AM PDT tolong bagi kredit kepada sahabat kami http://www.facebook.com/media/set/?set=a.268149709894178.61577.100000974524494&type=1 |
Wakil Pertubuhan Islam Buat Onar Di P. Pinang? Ke Wakil Pertubuhan Takda Otak Umno? Posted: 31 Oct 2011 04:46 AM PDT Mat rempit dakwa KM Pulau Pinang rasis Susan Loone Kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut 'litar perlumbaan' dibina bagi kegunaan mereka. Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis. Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan 'LGE rasis' - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'. Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi "Kami mahu litar lumba". Topi kaledar Lima penunjuk perasaan, termasuk Shahabuddin, ditahan polis yang telah mengekori sebahagian daripada ahli kumpulan itu dari bangunan Komtar, tempat pentadbiran negeri. Adalah difahamkan bahawa mat rempit itu bermula dari Jalan Pulau Pinang dan bergerak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri melalui Jalan Street Light. Semasa tangkapan itu, berlaku pergelutan kecil di antara polis dan penunjuk perasaan yang terus menjerit. Ada juga yang mencampakkan topi kaledar. Sebahagian bangunan Komtar sebelum ini telah dicemari dengan grafitti tulisan "Guan Eng tipu Melayu" tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan mat rempit itu yang bertanggungjawab. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata kumpulan berkenaan merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Lim berhubung beberapa isu yang melibatkan mereka. "Kami benarkan mereka untuk menyerahkan memorandum itu kerana ini negara demokrasi. Tetapi jika (himpunan itu) tidak aman, ia boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan menyebabkan kehilangan hartabenda," kata Gan. Mereka yang ditahan akan disiasat kerana menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis. Kata Gan, selain Sabaruddin, empat individu lain ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil. |
Apa Hukum Umat Islam Sambut Perayaan Halloween? Jom Tanya Nora Danish Posted: 30 Oct 2011 09:20 PM PDT Disebalik sambutan Hari Halloween Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Halloween. Perayaan ini juga dikenali sebagai All Saints' Day. (Saint = St = org yg diisytiharkan oleh gereja kristian sudah mendapat ketakriman melalui kehidupan suci, melalui mukjizat dsb.) Seraca umumnya Halloween juga adalah perayaan yang berasal dari Gereja Kristian. Pada tahun ini, 2008, penduduk US akan menyambut Halloween pada hari Jumaat. Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah "trick-or-treating", "ghost tours", "bonfires", "costume parties", "visiting haunted houses", "carving Jack-o'-lanterns", membaca kisah seram dan menonton filem seram. (sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/Halloween) Perayaan Halloween ini dibawa oleh imigran Ireland ke US sekitar abad ke-19. Terdapat banyak percanggahan dalam perayaan Halloween dari sudut agama. Antaranya, perayaan ini adalah diatas kepercayaan bahaya pada tarikh 31 oktober, jurang antara dunia nyata dan dunia roh adalah agak samar. Maksudnya, roh boleh berkomunikasi dengan manusia. Dipercayai pada malam halloween adalah malam dimana ruh kembali kerumah masing-masing untuk melawat sanak saudara dan kaum kerabat. Malam Halloween juga merupakan malam untuk menilik nasib, perbuatan menilik nasib dan mempercayainya adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Terdapat banyak lagi sambutan dan aktiviti ritual sepanjang sambutan Halloween yang bercanggah dengan kepercayaan Islam. Teras kepada sambutan Halloween juga bercanggah dengan ajaran Islam. Sejarah awal sambutan Halloween sebahgiannya adalah berteraskan kepercayaan bahawa semangat ruh jahat yang mempunyai kuasa untuk merosakkan tanaman dan mampu membuatkan seseorang jatuh sakit. Hujjah dan Dalil Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ; Bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."(Al-Kafirun ayat 1-6) Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak."( Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.(Al-Hajj ayat 67) Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian. Sesungguhnya Allah itu tuhan yang maha penerima taubat. Bersegeralah bertaubat kepada-Nya. Akhir kata "Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal."(Al-Ghafir ayat 39) Kerabu: kami pun bukan manusia yang sempurna. Ada silap celanya. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua. Amin. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan