DUNIACACAMARBA |
- Wow, Anak Najib BElanja RM180 Ribu di Australia, Banyak Duit Najib?
- [Video] "Saya BUNUH Gaddafi"
- Protes Payu Dara - Polis dan Penonton Hanya "Tersenyum"
Wow, Anak Najib BElanja RM180 Ribu di Australia, Banyak Duit Najib? Posted: 31 Oct 2011 03:43 AM PDT Akhbar Australia melaporkan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan kira-kira RM180,000 atau AU$60000 untuk barangan jenama di David Jones- sebuah gedung terkemuka di negara itu. Najib dan isterinya minggu lalu berlepas ke Perth mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). Menurut laporan akhbar West Australian, kesempatan menghadiri persidangan Komanwel itu memberi peluang kepada rombongan berkenaan berbelanja. "Beberapa peniaga di bandar, memperoleh untung besar, apabila seorang wanita pertama diketahui membeli $150,000 untuk mutiara di West Australia, sementara anak perempuan perdana menteri Najib Razak dipercayai membelanjakan & 60,000 di David Jones," petik akhbar itu. P/s: Siapa nak jawab sumber duit yang dibelanjakan oleh anak Najib ini? | ||
Posted: 31 Oct 2011 02:22 AM PDT Seorang pejuang revolusioner Libya mengaku dalam sebuah rakaman video bahawa dia telah membunuh Muammar Khadafy. Pemuda itu yang masih belum dikenal pasti identitinya mengatakan bahawa dia membunuh Ghaddafi kerana kerana tidak rela untuk membiarkannya hidup. "Kami menangkapnya," kata pemuda dalam video tersebut seperti dipetik oleh Daily Mail (24/10/2011). "Saya memukul wajahnya. Sejumlah pejuang lain ingin membawanya pergi dan pada saat itulah saya menembaknya, dua kali: di wajah dan di dadanya." Untuk membuktikan dakwaannya, pemuda itu kemudian menunjukkan kemeja yang berlumuran darah yang dikatakan milik Ghaddafi dan sebentuk cincin emas yang dikatakan diambil dari jari mantan penguasa Libya yang sudah tidak bernyawa itu. -DCM | ||
Protes Payu Dara - Polis dan Penonton Hanya "Tersenyum" Posted: 30 Oct 2011 09:18 PM PDT
Dua orang wanita yang mendedahkan payu dara dalam satu tunjuk perasaan menentang pelancongan seks, pelacuran dan penjualan minuman keras semasa Pusingan Akhir Kejohanan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah berlangsung pada tahun depan ditangkap polis di sini kelmarin lapor berita Agensi. Kedua-dua mereka yang tidak memakai baju dan hanya berseluar panjang membuat tunjuk perasaan tersebut di depan Stadium Arena Lviv. Mereka yang merupakan anggota hak asasi wanita yang dikenali sebagai FEMEN membuat tunjuk perasaan itu sebelum majlis pembukaan stadium berkenaan berlangsung. Stadium itu menjadi salah satu lokasi pertandingan kejohanan tersebut. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan