Kerabu Bersuara ® |
- Gambar TG Nik Aziz Semasa Ijtimak Pemuda PAS
- Gambar TG Nik Aziz Sedang Memberi Khutbah Sebentar Tadi
- Mengapa Perlawanan Akhir Piala Malaysia Di Stadium Shah Alam, Bukan Di Bukit Jalil?
- MCA: Bantah konsert Elton John ceroboh hak bukan Islam
- FAM Bercakap Soal Demokrasi? Taik!
- Malaysia sambut Aidiladha 6 Nov
Gambar TG Nik Aziz Semasa Ijtimak Pemuda PAS Posted: 28 Oct 2011 08:01 AM PDT |
Gambar TG Nik Aziz Sedang Memberi Khutbah Sebentar Tadi Posted: 28 Oct 2011 01:15 AM PDT YAB Tuan Guru menyampaikan khutbah di Masjid Taman Amaniah, Selayang sebentar tadi. |
Mengapa Perlawanan Akhir Piala Malaysia Di Stadium Shah Alam, Bukan Di Bukit Jalil? Posted: 27 Oct 2011 10:18 PM PDT Nyawa peminat sukan jadi pertaruhan? – Oleh Muhamad Izwan Kenapa perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 akan di Stadium Shah Alam dan tidak di Stadium Nasional di Bukit Jalil seperti kebiasaannya? Itu antara persoalan yang bermain dalam kepala sebaik sahaja Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan gelanggan final tahun ini. Selepas isu tersebut menjadi tanda tanya tanpa sebarang alasan diberikan, hanya baru-baru ini jawapannya diketahui. Namun, kalau dahulu faktor padang rosak boleh dijadikan alasan, kali ini apabila alasan yang sama cuba diberikan, ia pasti mengundang lagi rasa sangsi di kalangan orang ramai. Bumbung stadium berskru longgar dan karat Laporan media mendedahkan bahawa bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil sebenarnya sudah tidak selamat digunakan sejak 2006 malahan proses membaik pulih masih belum berjalan. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, bumbung stadium itu telah tamat tempoh jaminan tiga tahun lalu dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna. Laporan itu yang menyatakan "sebahagian besar bumbung didapati telah terkoyak dan skru kabelnya longgar dan berkarat" turut mendedahkan punca masalah, iaitu kelewatan dan ketiadaan kelulusan peruntukan daripada kerajaan. Lebih mengejutkan ialah apabila pihak yang menguruskan stadium tersebut, iaitu Merdeka Stadium Corporation (MSC), mengatakan permintaan mereka kepada pihak kerajaan sebanyak empat kali telah ditolak tanpa alasan. Kalaulah insiden tidak diingini semasa perlawanan jelajah kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal, Liverpool dan Chelsea baru-baru ini berlaku, di manakah hendak letak muka dan maruah negara kita? Lebih membingungkan lagi, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak terutamanya para menteri. Beginikah pemimpin yang dikatakan mahu mementingkan rakyat? Sudah kebiasaan, sikap kerajaan adalah "bila terhantuk baru terngadah". Stadium di Malaysia pernah roboh Kalau insiden roboh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 2009 berulang di Bukit Jalil, apakah reaksi daripada kerajaan? Adakah dengan sekadar menyalahkan orang lain dan menunding jari dapat menyelesaikan masalah? Dalam kekalutan permasalahan isu Stadium Nasional Bukit Jalil, dua lagi berita wajar dijadikan perbandingan dan congakan peminat sukan tempatan negara. Dilaporkan sebanyak RM6 juta telah dibelanjakan untuk membeli 23 kuda tetapi daripada jumlah itu, hanya lima sahaja layak beraksi di World Endurance Championship (WEC) 2008. Bukankah ini satu pembaziran? Begitu juga projek ternakan lembu milik kerajaan berjumlah RM73.64 juta yang gagal mendatangkan hasil seperti yang ditetapkan. Ke mana perginya wang rakyat? Kemanakah wang-wang ini semua pergi? Adakah Datuk Seri Najib Razak boleh menjawabnya atau sekadar lari daripada memberi jawapan? Kesimpulannya, memang wajar cadangan daripada wakil DAP Tony Pua yang mahu mewujudkan Suruhanjaya Ketelusan Kewangan (FAC) bagi mengambil tindakan ke atas pegawai kerajaan yang bersalah menguruskan kewangan yang ditetapkan, disokong penuh. Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP mencadangkan supaya FAC itu dianggotai oleh pakar profesional dalam bidang audit dan integriti seperti Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan Transparency International (TI) Malaysia. FAC hanya perlu bertanggungjawab kepada Parlimen dan diberi kuasa menghukum serta mengenakan tindakan disiplin terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersalah. Mungkin ini dapat mengatasi masalah pembaziran dan salah guna kuasa yang bukan sahaja merugikan rakyat tetapi membahayakan nyawa kita. Sampai bilakah pembaziran dan kekorupan pegawai kerajaan harus berlalu hingga akhirnya yang merana kita rakyat biasa? Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. – Roketkini |
MCA: Bantah konsert Elton John ceroboh hak bukan Islam Posted: 27 Oct 2011 09:17 PM PDT Pemuda MCA mendakwa Pemuda PAS mempolitikkan aktiviti sosial dan bakal menjejaskan sektor pelancongan di negara ini. Setiausaha agungnya, Chai Kim Sen mengulas desakan Pemuda PAS supaya konsert Elton John bulan depan diharamkan kerana mendakwa penyanyi homoseksual itu menggalakkan gaya hidup hedonisme. "Pemuda PAS telah tidak henti-henti menimbulkan masalah, dan mereka seolah-olah mendiskriminasikan sektor hiburan, khususnya penghibur dari negara-negara Barat. "Pemuda PAS juga banyak memberi alasan yang tidak masuk akal bagi membantah konsert," kata Chai dalam satu kenyataan media. Beliau membidas PAS kerana cuba mencampurkan politik dengan agama dan pada masa yang sama menempelak DAP kerana mendiamkan diri tidak menegur rakannya itu. "Dengan membantah terhadap konsert Elton John itu, mereka telah mencerobohi hak-hak ke atas orang bukan Islam. "Rakyat perlu untuk melindungi diri mereka dan hak-hak orang bukan Islam mesti dipelihara bagi membantu negara bergerak ke hadapan di peringkat antarabangsa," kata Chai sambil mendakwa DAP tidak mampu berbuat apa-apa berhubung keputusan yang dibuat oleh PAS. Selasa lalu, Ketua Pemuda PAS Pahang, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz menggesa kerajaan membatalkan konsert John yang dijadualkan di Genting Highlands pada 22 November ini kerana mendakwa penyanyi gay itu menggalakkan maksiat. Penyanyi warga British itu secara terbuka pernah mengakui dirinya 'gay' dan telah melangsungkan perkahwinan sesama jantina pada tahun 2005 selepas undang-undang di Britain membenarkan perkara itu. PAS sering membuat bantahan berhubung konsert dengan mendakwa artis Barat menggalakkan seks secara rambang dan mencemarkan pemikiran anak-anak muda. Bagaimanapun di sebalik ancaman bantahan itu, kebanyakan konsert diteruskan kerajaan persekutuan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini meskipun penganjur terpaksa mematuhi peraturan yang ketat, termasuk tidak memakai pakaian yang terlalu mendedahkan dan bercium atau bercumbuan di atas pentas. |
FAM Bercakap Soal Demokrasi? Taik! Posted: 27 Oct 2011 05:27 PM PDT |
Malaysia sambut Aidiladha 6 Nov Posted: 27 Oct 2011 05:21 PM PDT KUALA LUMPUR, 28 Okt — Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 6 November, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam tadi. "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 6 November 2011," katanya dipetik Bernama Online. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan