Jumaat, 28 Oktober 2011

Biaqpila

Biaqpila


Seksa batin disekat amah

Posted: 28 Oct 2011 08:27 AM PDT



KUALA LUMPUR: "Sudah hampir tujuh tahun saya tidak 'bersama' isteri. Setiap kali ingin melakukannya, nafsu saya seperti disekat dan saya jadi tak bermaya, namun keadaan jauh berbeza apabila saya melihat perempuan lain."

Itulah keluhan seorang lelaki mahu dikenali sebagai Zakry, 33, yang percaya masalah dialaminya itu angkara pembantu rumah yang sengaja ingin merosakkan rumah tangganya. Eksekutif sebuah syarikat swasta itu percaya dia tidak membuat tuduhan melulu, sebaliknya memiliki beberapa petunjuk atau bukti yang dirasakan berasas.

"Pada mulanya, saya menyangka saya ada masalah seksual atau lemah tenaga batin. Hasil perbincangan dengan isteri, kami berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Namun, pemeriksaan doktor mengesahkan saya tidak mengalami masalah seksual," katanya kepada Harian Metro.

Berikutan itu, Zakry bersama isteri berbincang dengan keluarga dan mereka dicadangkan berubat secara Islam kerana mungkin ada pihak menggunakan cara halus merosakkan rumah tangganya.

"Kami pergi berubat dengan seorang ustaz di Perak dan terkejut apabila ustaz itu memberitahu saya terkena sihir dipercayai dilakukan orang yang pernah duduk serumah dengan kami.

HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

SETIAUSAHA AGUNG FAM `KURANG AJAR DAN BIADAB' - PERSATUAN BOLASEPAK TGANU DAN NS SUBAHAT NAIKKAN HARGA TIKET BOLA?

Posted: 28 Oct 2011 12:00 AM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS

FAM nampaknya begitu angkuh dan sombong apabila berdepan dengan kritikan peminat bolasepak tanahair yang membantah kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan bertemu Terengganu, Sabtu ini.

Meskipun dikritik ramai pihak, termasuk Menteri yang selama ini kita sangka berkuasa penuh terhadap sukan tanahair, namun FAM terutamanya yang berjawatan Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin tetap menunjukkan kesombongannya apabila di dalam akhbar Sinar hari ini beliau menyatakan, " Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokongnya bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu". Ini adalah jawapan yang kurang ajar, tidak beradab dan teramat bodoh. Beliau lupa FAM pernah merayu para penyokong hadir memenuhi stadium ketika pasukan Kebangsaan mula mahu memuncak naik.

Bayangkan betapa ego, angkuh dan sombongnya FAM setelah semenjak kebelakangan ini peminat-peminat bolasepak negara telah mula membanjiri stadium. terutamanya yang melibatkan pasukan Kebangsaan walaupun kita tewas dengan teruk. Apabila semangat ini mula menyemarak, begini pula perangai pegawai-pegawai di FAM dan ini lah salah satu faktor mengapa sukar mutu bolasepak negara meningkat atau konsisten. Jawapan sombong dan bodoh dari Setiausaha Agung FAM itu amat memalukan.

Paling mengecewakan, mengikut Sinar hari ini juga rupa-rupanya kenaikan harga tiket kepada RM50 itu telah dipersetujui oleh Persatuan Bolasepak Terengganu dan Negeri Sembilan. Patutlah Terengganu sanggup memberi diskaun 50% kepada para penyokongnya, manakala Negeri Sembilan pula menjual tiket dengan harga RM30 sahaja. Kita ucapkan tahniah dan terima kasih di atas `pengorbanan' kedua-dua negeri ini untuk membantu para penyokong masing-masing, tetapi `drama' mereka bersama FAM amat tidak wajar samasekali.

Menyedihkan, Timbalan Presiden FAM Tan Sri Anuar Musa berkata beliau juga tidak bersetuju dengan kenaikan harga tiket tersebut tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Menteri yang menjaga sukan pun tidak boleh melakukan apa-apa kerana FAM menjawab bahawa permintaan Menteri berkenaan hanya dihormati oleh FAM tetapi FAM tidak berganjak. Lihatlah, ego dan bongkaknya FAM dan memang wajar mutu bolasepak negara ini lingkup selepas ini selagi puak itu berada di kerusi masing-masing./wfauzdin.blogspot.com


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEBESARAN BULAN ZULHIJJAH

Posted: 27 Oct 2011 09:00 PM PDT



Oleh: PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA
NEGERI SEMBILAN

Bulan Zulhijjah bukanlah bulan hanya bagi tetamu Allah tetapi bulan istimewa bagi seluruh umat Islam yang peka dengan waktu-waktu yang dimuliakan oleh Allah dan bijak mengambil peluang bagi meraih curahan rahmat, maghfirah (keampunan) dan keredaan-Nya.

Sesungguhnya pada kejadian Allah SWT terdapat benda-benda, masa-masa, tempat-tempat dan insan-insan yang dibesarkan dan dimuliakan oleh-Nya.

Di antaranya ialah kaabah, Hajar Aswad, zamzam, bulan Ramadan, hari Jumaat, 10 terawal bulan Zulhijjah, Mekah, Madinah, Baitul Maqdis, para Nabi, Rasul dan sebagainya.

Kesemua perkara itu merupakan syiar Allah yang diperintahkan supaya dibesarkan sebagaimana firman-Nya:

Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati (orang Mukmin). (al-Hajj: 32)

Dalam bulan Zulhijjah, Allah menganugerahkan masa-masa yang dibesarkan dan dimuliakan oleh Allah. Iaitu sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, Hari Arafah, Aidil Adha dan Hari Tasyriq.

Sesungguhnya, Allah SWT telah bersumpah dengan Fajar Aidil Adha dan 10 malam bulan Zulhijjah dalam surah al-Fajr ayat 1 dan 2:

Demi waktu fajar Aidil Adha; dan malam 10 Zulhijjah (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).

Kita maklumi, Allah tidak bersumpah dengan suatu perkara melainkan kerana kemuliaan dan kepentingan perkara tersebut. Allah telah menganugerahkan pada 10 malam terawal bulan Zulhijjah dengan kelebihan-kelebihan yang lebih besar dan hebat daripada malam-malam yang lain.

Banyak hadis yang menerangkan tentang kelebihan hari-hari ini dan kelebihan amalan yang dilakukan padanya.

Di antaranya, sebagaimana yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat r.a bertanya, Wahai Rasulullah! Dan tidakkah juga berjihad fi sabilillah (lebih afdal daripada beramal pada hari-hari ini)? Rasulullah SAW bersabda, "Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad dengan diri dan hartanya dan kemudian dia syahid". (riwayat al Bukhari)

Ulama berdalilkan hadis ini sebagai galakan atau sunat berpuasa pada sembilan hari daripada 10 hari terawal bulan Zulhijjah kerana puasa juga termasuk dalam kategori amalan soleh.

Perkara ini disebut oleh al Hafiz Ibnu Hajar r.a, Rasulullah SAW juga bersabda:

"Berpuasa sehari dalam bulan ini (hari yang ke-9) menyamai puasa 1000 hari dan sehari puasa pada hari Arafah menyamai puasa 10,000 hari".

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada dari hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk dipenuhi dengan ibadah kepada-Nya daripada 10 hari terawal dari bulan Zulhijjah; puasa setiap hari daripadanya menyamai puasa setahun, solat pada setiap malam daripadanya menyamai solat pada malam al-Qadar".

Bahkan, disunatkan bagi orang yang mahu melakukan korban menahan dirinya terlebih dahulu daripada memotong kukunya dan mencukur bulu sama ada pada kepala, muka dan badannya. Iaitu, bermula dari masuknya bulan Zulhijjah hinggalah selesai melakukan ibadah korban.

Hal ini berdasarkan hadis Ummu Salamah, bahawa Nabi SAW bersabda:

"Apabila masuk hari yang 10 Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, maka jangan disentuh rambut dan kulitnya sedikitpun".

Di dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, maka hendaklah ditahan dari memotong rambut dan kukunya".

Ini sebagai menunjukkan terbukanya pintu penerimaan Allah terhadap amal yang dilakukan pada hari-hari yang berkat ini, kerana Allah Yang Maha Mulia apabila Dia kasih atau suka kepada sesuatu, maka Dia akan menerimanya.

Kesimpulannya, maksud yang paling utama dari hadis ini, kita digalakkan melakukan amal yang disukai dan diredai Allah pada hari-hari tersebut, sekalipun amalan yang mudah dan tidak sulit untuk dilakukan.

Sekiranya tidak mampu untuk berjihad, berpuasa atau bersedekah, janganlah pula berasa lemah untuk melakukan ibadah yang lain seperti solat sunat, tasbih dan tahlil. Kadang kala amal yang sedikit dan mudah itu besar nilainya di sisi Allah dan lebih dikasihi-Nya.

Hari Arafah

Hari Arafah ialah hari para jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Ia terkenal sebagai kemuncak bagi segala amalan atau rukun haji.

Allah yang bersifat Maha Pemurah memuliakan dan membesarkan hari tersebut dengan mencurahkan rahmat dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang berdoa dan meminta keampunan kepada-Nya.

Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada hari yang lebih banyak pembebasan dari neraka daripada hari Arafah".

Justeru pada hari tersebut, kita amat digalakkan supaya memperbanyakkan doa dan istighfar. Daripada Abdullah ibn Amru r.a berkata:

"Kebanyakan doa Nabi SAW pada hari Arafah ialah "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah; Yang Maha Esa tanpa ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan dan pujian. Di dalam kekuasaan-Nya segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu".

Di antara doa bagi memohon keampunan dan pembebasan dari api neraka ialah:

"Ya Allah! Bebaskanlah tengkukku daripada api neraka, luaskanlah untukku dengan rezeki yang halal dan palingkanlah (hindarilah) daripadaku jin dan manusia yang fasiq".

Kita juga disunatkan berpuasa pada hari Arafah kerana Rasulullah SAW bersabda:

"Puasa pada hari Asyura akan mengkafarahkan dosa setahun (sebelumnya). Manakala puasa hari Arafah, akan mengkafarahkan dosa dua tahun; setahun sebelumnya dan setahun selepasnya yang akan datang".

Sebagaimana yang disebut di dalam hadis, bahawa Rasulullah SAW berdoa pada petang hari Arafah agar diampunkan dosa-dosa umatnya termasuk orang yang zalim. Apabila Allah memakbulkan doanya, Baginda SAW tersenyum kerana melihat iblis mengambil tanah lalu menaburnya di atas kepalanya sambil mengeluh panjang apabila mengetahui doa Baginda SAW dimakbulkan dan dosa-dosa umatnya diampunkan.

Aidil Adha

Solat hari raya merupakan khususiat/keistimewaan umat ini seperti solat istisqa' (minta hujan) dan kusuf (gerhana matahari).

Di antara dua solat hari raya, solat Aidil Adha lebih afdal daripada solat Aidilfitri kerana terdapat nas dari al-Quran yang menyebut tentangnya, sebagaimana firman Allah SWT:

Oleh itu, kerjakanlah solat (Aidil Adha) kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (al Kauthar: 2)

Dalil ini juga menunjukkan bahawa ibadah yang dituntut pada Aidil Adha bukan setakat ibadah jasad iaitu solat tetapi juga ibadah yang melibatkan pengorbanan harta iaitu melakukan korban.

Ibadah korban merupakan sunat muakkad bagi umat Islam dan makruh meninggalkannya bagi orang yang berkemampuan. Rasulullah SAW sendiri memberi amaran kepada orang yang enggan berkorban.

Ini sebagaimana sabdanya:

"Sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk berkorban tetapi tidak berkorban, maka jangan hadir di tempat solat kami".

Sesiapa yang melakukan korban pada hari tersebut, akan diampunkan dosanya dan ahli rumahnya pada titik pertama darah sembelihan korbannya.

Sesiapa yang memberi makan dan bersedekah dengannya, akan dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang yang mendapat keamanan dan timbangannya lebih berat daripada Jabal Uhud.

Aidil Adha adalah Aidil Akbar (Raya Terbesar) bagi umat ini kerana banyaknya pembebasan dari neraka atau pengampunan dosa yang dianugerahkan oleh Allah pada hari sebelumnya iaitu hari Arafah.

Tidak dilihat pembebasan dari neraka yang lebih banyak daripada pembebasan pada hari Arafah seperti yang disebut dalam hadis. Sesiapa yang telah dibebaskan, maka keesokannya adalah hari raya baginya.

Sekiranya tidak, maka dia berada jauh dari rahmat Allah dan dijanjikan dengan seburuk-buruk balasan.

Justeru, sementara kita masih diberi ruang dan kemampuan, marilah bersama-sama kita merebut peluang keemasan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita semata-mata kerana kasih dan sayang-Nya terhadap kita.



nurjeehan


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

FAM KAPITALIS SUKAN

Posted: 27 Oct 2011 07:00 PM PDT



KENYATAAN MEDIASolidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)27 Oktober 2011

Walaupun diasak oleh peminat sukan tanahair terutamanya penyokong bolasepak kedua-dua pasukan finalis yang merebut Piala Malaysia, FAM selaku badan induk sukan bolasepak negara tetap tidak berundur dari keputusan meletakkan harga tiket dengan harga yang tidak munahsabah iaitu RM50 bagi seorang penonton. Harapan peminat bolasepak tanahair supaya FAM pertimbang harga tiket hancur lebur apabila langsung tidak diendahkan malah peminat dilayan seumpama pengemis sukan. 

Sukan bolasepak adalah sukan rakyat, juga sukan utama bagi anak muda. Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) selaku kumpulan anak muda penggempur apa jua kebiadapan entiti terhadap rakyat, memberi amaran kepada FAM supaya tidak terlalu ghairah mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat. Peminat bolasepak tersepit di antara cinta terhadap sukan bolasepak dan tekanan kewangan dari FAM.

Tindakkan FAM meletakkan harga RM50 adalah sama sekali tidak wajar. Harga tersebut adalah di luar kemampuan rakyat terbanyak dan FAM seolah-olah menafikan harga yang lebih selesa buat penonton yang selama ini banyak memberi sokongan terhadap sukan bolasepak negara, setelah banyak perbelanjaan lain seperti kos perjalanan termasuk petrol dan tol perlu dikorbankan peminat. Tidakkah timbul rasa kasihan FAM kepada penyokong bolasepak negara untuk mengurangkan sedikit kenaikkan harga tiket berbanding harga tahun sebelumnya?Dalam final Piala Malaysia edisi yang lalu, FAM telah memperkenalkan harga baru iaitu RM30 bagi setiap penonton. Ia merupakan kenaikkan 50% daripada edisi sebelumnya dari RM20 kepada RM30. Harga tiket RM30 hanya kekal setahun sahaja dan edisi kali melihatkan FAM sekali lagi menaikkan harga tiket dari RM30 kepada RM50 untuk satu kepala. Kenaikkan harga tiket hampir 70% ini membunuh mood rakyat untuk terus menyokong bolasepak negara di masa akan datang. Peminat terasa dipermainkan oleh FAM.

Di manakah Presiden FAM ketika ini? Tidakkah berita kenaikkan harga tiket hampir 70% tidak sampai ke pengetahuan Presiden FAM? Tidakkah Presiden FAM mempunyai sedikit ehsan memayungi peminat bolasepak negara yang juga rakyat Malaysia dengan mempertimbangkan harga tiket yang lebih rendah? Atau adakah Presiden FAM sendiri yang menetapkan harga tiket RM50 hingga harga tersebut tidak langsung boleh dibahas atau dibincangkan?

SAMM ingin menegaskan bahawa sukan bolasepak bukanlah sukan elit mahupun sukan untuk para kerabat atasan tetapi sukan bolasepak diangkat oleh rakyat biasa. Kebanyakkan penonton yang turun ke stadium juga adalah dari kalangan rakyat yang serba sederharna. Oleh demikian, demi kemajuan sukan bolasepak tanahair SAMM akan bersama golongan muda peminat sukan dalam membendung mana-mana tindakkan FAM yang ditakrif mengambil kesempatan serta melampaui batasan kemampuan.

Jangan dilupa bagaimana FAM merayu-rayu agar peminat bolasepak membanjiri stadium di setiap negeri beberapa tahun lalu ketika kegelapan melanda era bolasepak negara. Kesediaan peminat untuk kembali memenuhi stadium telah dibalas dengan kegilaan harga tiket berganda setara dengan harga tiket sebuah konsert!

Apakah pemain liga BPL turut beraksi dalam final kali ini kerana harga tiket hampir menyamai tiket perlawanan jemputan Malaysia dengan pasukan BPL. Keadaan padang di stadium Shah Alam yang berlopak dan berbukit juga menjadi satu kecacatan bila dibandingkan dengan harga tiket yang ditawarkan FAM. 

FAM harus malu apabila masih berkeras tidak mahu mempertimbang harga tiket menyamai tahun sebelumnya sedangkan harga tiket bagi perlawanan separuh akhir di Stadium Paroi yang mempunyai kondisi padang lebih baik dari stadium Shah Alam, hanya RM8 ringgit berbanding harga RM50 bersamaan 6 kali ganda lebih tinggi untuk perlawanan akhir.
Difahamkan juga, terdapat sejumlah tiket yang disubsidi oleh persatuan bolasepak negeri. Selain mengoyak kantung kewangan persatuan negeri, tindakkan seperti ini mengundang penjualan tiket 'black market' berpandukan harga asal yang ditetapkan oleh FAM. Jika sebelum ini menjadi satu isu besar bilamana harga tiket dijual lebih mahal dari harga asal, kini FAM seperti memberi kelulusan kepada aktiviti jenayah ulat tiket yang pastinya memperaga harga RM50 walaupun tiket tersebut asalnya dibeli dengan harga subsidi. FAM secara tidak langsung merancakkan lagi fenomena perniagaan 'keuntungan atas angin' yang sangat tidak beretika. Sesungguhnya FAM telah mengkapitaliskan sukan bolasepak tanahair.

Ingatlah, walaupun perlawanan akhir Piala Malaysia edisi kali ini adalah pertembungan antara Negeri Sembilan dan Terengganu, tidak mustahil nasib yang sama menimpa peminat finalis Piala Malaysia bagi musim depan. 

SAMM memandang serius ketelanjuran FAM yang meletakkan harga tiket luar biasa dan memastikan FAM akhirnya akan tunduk kepada peminat bolasepak negara biarpun dengan desakkan keras supaya Presiden FAM meletakkan jawatan. Demi kemajuan sukan paling popular di kalangan anak muda, SAMM akan sedia ke hadapan!EDYES SAMMPengarah Propaganda SAMMwww.anakmudamalaysia.comedyesdotcom@gmail.com
Published with Blogger-droid v1.7.4


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

TERKINI: LAMAN WEB FAM KENA HACK

Posted: 27 Oct 2011 04:40 PM PDT


Logo FAM yang diubahsuai oleh penggodam.

Laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia dilaporkan telah digodam sejak awal pagi hari ini.Ini berikutan beberapa kenyataan dari pihak FAM yang kelihatan terlalu ego berkenaan kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia esok.Sikap FAM yang masih berkeras untuk mengekalkan harga tiket tersebut mengundang kemarahan peminat bolasepak.

Antara kata-kata yang terpapar di laman yang telah di godam itu ialah "Kami mahu ranking naik dan harga tiket turun, bukan ranking turun tapi harga tiket naik."

Laman web tersebut dipercayai telah berjaya dipulihkan namun telah digodam semula.


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: