Kerabu Bersuara ® |
- Ustaz Zaharuddin Ulas Isu Wartawan Utusan Minta Ulasan Berkaitan Himpunan Dan PAS
- Selamat Pengantin Baru Buat Rafizi Ramli
- Wahai Pemimpin! Bebankah Warga Emas Bagi Kalian?
- Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak
- Kaum Kuffar Inginkan Kesatuan, Di Manakah Kesatuan Umat Islam?
- UIA Bagi Surat Tunjuk Sebab Kepada Aziz Bari
- Nik Aziz Nafi 'LIKE' Halaman FB HIMPUN
- Pengaruh Zul Nordin Masih Kuat Di Kulim? Prof Aziz Bari Jangan Masuk Pilihanraya, Hilang Deposit
- Nik Abduh: Mengapa PAS Menyokong HIMPUN?
- MB: K'jaan S'gor tak campur HIMPUN
- Dakwaan atas anak Guan Eng tidak benar, kata pengetua Heng Ee
- Panas! La Rupanya Blogger Umno Yang Kuat Fitnah Tu Asal Indon?
- Betui Ka Menu Najib Makan Harga RM 4? Cuba Hangpa Tengok
- Khairy - jadilah seorang dewasa
- Bongkar! Umno Kelantan Dan Syarikat Redland Kena Jawab Soalan Mana Pergi RM 5 Juta?
- Betul Ke Anak LGE Raba? Jom Dedah Identiti Remaja Perempuan
- Ustaz Azhar Mengulas Berkaitan Isu Seorang Ibu Mengellar Dan Membunuh Bayi
- Prof Aziz Bari dipanggil polis, disiasat bawah Akta Hasutan
Ustaz Zaharuddin Ulas Isu Wartawan Utusan Minta Ulasan Berkaitan Himpunan Dan PAS Posted: 19 Oct 2011 09:45 AM PDT |
Selamat Pengantin Baru Buat Rafizi Ramli Posted: 19 Oct 2011 08:00 AM PDT |
Wahai Pemimpin! Bebankah Warga Emas Bagi Kalian? Posted: 19 Oct 2011 07:30 AM PDT KPWKM Kemuka Cadangan Ambil Warga Emas Bekerja - Shahrizat SUNGAI PETANI: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengemukakan cadangan untuk dimasukkan dalam belanjawan yang akan dibentangkan Jumaat ini supaya pihak swasta berminat mengambil warga emas bekerja. Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kementeriannya turut mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan keberkesanan penyaluran bantuan kepada golongan kurang bernasib baik seperti orang miskin dan kurang upaya. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Warga Emas 2011 peringkat kebangsaan di Kompleks Penyayang Kuala Muda di sini hari ini, beliau berkata pihaknya juga menemui syarikat-syarikat tertentu antaranya Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) supaya mengambil warga emas menjadi jurutol. "Mulai tahun lepas syarikat swasta yang mengambil warga emas bekerja diberi potongan cukai 10 peratus bagaimanapun tidak mendapat sambutan memuaskan atau mungkin kerana tidak diketahui. "Saya harap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengumumkan sesuatu yang menarik minat mereka untuk menggaji warga emas selain beberapa inisiatif baru untuk golongan kurang bernasib baik termasuk warga emas dalam belanjawan yang akan dibentangkannya," kata Shahrizat. Ketika berucap sebelum itu, Shahrizat berkata rakyat khususnya golongan warga emas hanya boleh menikmati hidup dengan aman sekiranya segala keperluan mereka pada hari tua disediakan secukupnya oleh kerajaan. "Kerajaan Barisan Nasional (BN) cukup prihatin kita bukan menabur janji. Kemudahan perubatan, bantuan kepada golongan miskin dan warga emas, orang kurang upaya, rumah perlindungan kanak-kanak dan wanita, semuanya disediakan. "Selagi BN memerintah kebajikan golongan ini akan terus terpelihara," katanya. Beliau berkata kerajaan mahu masyarakat menjadi rakan kongsi pintar KPWKM supaya peruntukan besar RM1.4 bilion di bawah program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau Karisma untuk membantu golongan sasar tahun ini mencapai matlamat. Shahrizat berkata daripada jumlah itu, RM433 juta disalurkan kepada 120,496 warga emas yang menerima bantuan RM300 sebulan. "Untuk Kedah sahaja kita belanjakan RM68 juta membantu hampir 41,000 penerima bantuan tahun ini inilah kebajikan kerajaan BN. Kerajaan PAS Kedah pula belanjakan RM8 juta sahaja ke atas 8,000 penerima. "Hari ini saya serahkan sumbangan di bawah Skim Insurans 1Azam berjumlah RM270,000 kepada ketua isi rumah manakala di Padang Serai selepas ini kita akan beri bantuan berjumlah RM6.1 juta kepada 1,212 penerima," kata Shahrizat. Pada majlis itu juga beliau menyerahkan Anugerah Sukarelawan Warga Emas kepada 14 penerima. Hadiah berupa wang tunai RM1,000 sumbangan Yayasan Kebajikan Negara, sepersalinan baju sumbangan Jakel Trading Sdn Bhd, sepasang subang mutiara sumbangan Habib Jewel dan sijil penghargaan. -BERNAMA Sumber: Mstar online – 2 oktober 2011 Wahai pemimpin! Bebankah warga emas bagi kalian? RM 300 untuk sebulan! 'Amat besar' bantuan kerajaan dan inilah yang mereka banggakan dan canangkan bagi menunjukkan 'keprihatinan' BN berbanding yang lain. Jangan pelik kerana inilah natijahnya menganut kejijikan ekonomi kapitalisme. Bagi kerajaan, ini merupakan jaminan pemenuhan keperluan primer kononnya, sedangkan apalah sangat yang boleh dibelanjakan dengan wang sebanyak itu? Fikir secara rasional, sewa rumah + makan minum sebulan + pakaian, cukupkah dengan wang sebanyak itu? Belum lagi dimasukkan kos kesihatan dan pendidikan anak-anak. Letih dengan memberi bantuan, dengan alasan untuk mewujudkan rakyat berdikari menuju status negara maju, kini warga emas pula disuruh ambil bekerja oleh pihak swasta dengan insentif pengurangan cukai. Bertambah pelik, mengapa bukan pihak kerajaan yang memberi mereka pekerjaan? Memang tidak salah, bagi mereka yang masih mampu bekerja walaupun di usia emas untuk terus bekerja. Tetapi, jika memang tidak mampu, bagaimana? Sewajibnya orang yang tidak mampu bekerja dijamin kesejahteraannya oleh negara sehingga tidak memerlukan wang pencen, bonus mahupun pampasan-pampasan lain. Maka, memenuhi keperluan primer (makan, pakaian dan tempat tinggal) bagi setiap orang yang tidak mampu bukanlah tanggungjawab majikan atau pihak swasta. Begitu juga dengan jaminan kesihatan, pendidikan dan sebagainya bukan tanggungjawab majikan seperti yang diamalkan oleh sistem kapitalisme masa kini. Tentu sakit kepala dan sakit hati, tok dan nenek dengar cadangan mak menteri, Shahrizat. Ingatlah pesan Rasulullah SAW: "Siapa sahaja yang membuat mudharat (celaka) orang lain, maka Allah akan membuat celaka kepadanya. Dan siapa sahaja yang membuat orang lain susah, maka Allah akan membuat orang itu susah." [HR Ibnu Majah, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i dan Ahmad dari Abi Shirmah] Justeru itu, apa penyelesaiannya wahai pembaca sekalian? Tentulah politik ekonomi Islam! Mari telusuri bagaimana Islam melalui aturan Allah yang Maha Pencipta, menjamin keperluan primer setiap insan bernyawa termasuklah anak di dalam kandungan ibunya. Subnahanallah!! Nikmat Allah yang tidak dapat didustakan. 1. Tanggungjawab lelaki yang mejadi suami, ayah atau wali kepada wanita, anak-anak serta kedua ibu bapa yang memerlukannya. Buktinya Al-Baqarah: 223, An-Nisa': 5, At-Thalaq: 6, Al-Baqarah: 83. Maka, menjadi tanggungjawab pemerintah memastikan lelaki berkenaan menjalankan perintah Allah ini, jika tidak pasti ada hukumannya. 2. Seterusnya, jika yang dinyatakan di atas sudah tiada, tanggungjawab memberi nafkah beralih kepada lelaki yang menjadi waris atau kerabat terdekat yang mempunyai lebihan harta. Negara akan memastikan hal ini berlaku. Ini bertepatan sabda Rasulullah SAW: "Mulailah pemberian nafkah itu dari orang yang menjadi tanggunganmu: ibumu, ayahmu, saudara perempuanmu, saudara lelakimu, kemudian keluarga terdekatmu. [HR Nasa'i dari Thariq al-Muharabi] 3. Akhirnya, jika tiada seorang pun yang berkewajipan memberi nafkah kepadanya, maka syara' mewajibkan nafkah diambil dari Baitul Mal milik negara. Lihat apa yang dilakukan Rasulullah tatkala menjadi pemimpin negara, Dari Abu Hurairah, dia berkata: Sabda Baginda SAW: "Siapa sahaja yang mati meninggalkan orang yang sebatang kara, maka dia menjadi tanggunganku. Dan siapa sahaja yang meninggalkan harta, maka ia menjadi hak ahli warisnya." [HR Bukhari, Muslim dan Abu Daud] |
Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak Posted: 19 Oct 2011 07:00 AM PDT Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat'ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil 'hijab' dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat. Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu'sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya 'Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr': "Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci." Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. 'Imad 'Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: "Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur'an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita." Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar'ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa. Dalil-dalil tentang Aurat Wanita (i) Batasan aurat wanita Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya." [TMQ An-Nur (24):31]. Yang di maksud "wa laa yubdiina ziinatahunnaa" (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. Selanjutnya, kalimah "illa maa zhahara minhaa" [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66]. Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud "kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)", katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan. Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur'an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45]. Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma' binti Abu Bakar, "Wahai Asma' sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya." [HR Abu Dawud] (ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul 'Am (Kehidupan Umum/Public Life) Yang dimaksudkan dengan hayaatul 'am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu (a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan (b) libas 'ala (baju atas) iaitu khimar (tudung). Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah, "Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, 'Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya." [TMQ Al-Ahzab (33):59]. Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan "jilbab" itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan "jilbab" di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang. Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna "jilbab". Dalam kitab Al-Mu'jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula'ah asy-tamilu biha al-mar'ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita). Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula'ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai "khimar" iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada. Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah, "Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka" [TMQ An-Nur (24):31]. Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti. (iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life) Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain. Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya, "wa laa yubdiina" ("dan janganlah mereka menampakkan") [Surah An-Nur:31] atau sabda Nabi, "lam yashluh an yura minha" ("tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya") [HR Abu Dawud]. Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah). Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya. (iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab Tsaub ialah 'pakaian di rumah' iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah, "Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka" [TMQ An-Nur (24):60]. Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada 'pakaian' di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah 'pakaian dalam' (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179]. Larangan Bertabarruj Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah, "Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". [TMQ An Nur(24):60] Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah "Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah." [TMQ Al-Ahzab (33):33] Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan, "Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya." Abul A'la al Maududi berkata: "Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna- (i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya); (ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina" [hadis dari Abu Musa al-Asy'ari]. Khatimah Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi: "Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa". Wallahu 'alam bi sawab. http://www.mykhilafah.com/ |
Kaum Kuffar Inginkan Kesatuan, Di Manakah Kesatuan Umat Islam? Posted: 19 Oct 2011 06:30 AM PDT Putin mahu bentuk Kesatuan Eurasia MOSCOW 4 Okt. - Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin berkata, pihaknya merancang untuk membentuk Kesatuan Eurasia yang akan dianggotai bekas negara-negara Kesatuan Soviet. Menurutnya, kesatuan baru itu akan diwujudkan berasaskan kepada Kesatuan Kastam yang sedia ada di antara Rusia, Belarus dan Kazakhstan. ''Kita tidak mahu terhenti di situ sahaja dan mahukan wujudnya tahap integrasi yang tinggi dalam Kesatuan Eurasia,'' katanya seperti dipetik dalam artikel yang ditulisnya di akhbar Izvestia, hari ini. Artikel tersebut dilihat sebagai gambaran awal inisiatif luarnya di sebalik persediaan beliau kembali ke Kremlin sebagai Presiden Rusia. Inisiatif berkenaan muncul ketika Rusia menghampiri rundingan akhir untuk menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang telah berlangsung selama 18 tahun. Putin yang pernah melabelkan kejatuhan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) pada Disember 1991 sebagai malapetaka berkata, inisiatif terbaru untuk membentuk Kesatuan Eurasia tidak akan menyemai Kesatuan Soviet. Katanya, kesatuan baru itu juga dilihat sebagai sebuah badan 'supranasional' yang mampu menyelaras ekonomi serta polisi mata wang di kalangan ahlinya. ''Saya melihat langkah untuk keluar daripada krisis global adalah menerusi integrasi antara blok seperti Kesatuan Eropah (EU), Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). - REUTERS Sumber : Utusan Online, 05/10/2011 Kaum Kuffar Inginkan Kesatuan, Di Manakah Kesatuan Umat Islam? Perancangan oleh Putin untuk membentuk kesatuan bekas negara Soviet merupakan suatu yang lumrah. Ini kerana, Russian yang sebelum ini merupakan pecahan daripada kesatuan Sosialis Russia (USSR) pada suatu ketika dulu merupakan sebuah kuasa yang amat digeruni oleh blok Barat. Malah, kesatuan inilah yang mampu bersaing dengan blok Kapitalis yang diketuai oleh Amerika dan Britain setelah kejatuhan Khilafah Islam di Turki. Penyeruan untuk bersatu bukanlah suatu yang ganjil kerana kesatuan dari segi bernegara pastinya akan memberi impak yang amat besar kepada mana-mana pihak. Syaratnya, kesatuan ini haruslah disandarkan kepada sebuah ideologi dan bukannya berdasarkan manfaat materialisme semata- mata. Kesatuan dalam bentuk negara yang berideologi pastinya akan digeruni oleh sesiapapun. Ini kerana, kesatuan sebegini timbul daripada ideologi yang dianuti oleh negara, sekaligus menjadi panduan serta pegangan dalam mentadbir negara. Bagi umat Islam pula, penyatuan dalam sebuah negara merupakan suatu kewajipan dan bukannya suatu yang pilihan. Sekiranya kita melihat kaum kuffar berlumba-lumba untuk bersatu dalam memenangkan idealogi yang mereka anuti, mengapakah sebahagian daripada kita umat Islam masih tidak peduli untuk ke arah yang sama? Malah adalah lebih buruk sekiranya ada yang melabelkan perjuangan untuk menyatukan umat Islam di bawah panji Khilafah adalah suatu dongengan dan khayalan semata-mata. Semoga umat Islam yang lain tidak akan tertipu dengan dakyah yang sangat merbahaya ini. Wallahu a'lam. http://www.mykhilafah.com/ |
UIA Bagi Surat Tunjuk Sebab Kepada Aziz Bari Posted: 19 Oct 2011 06:00 AM PDT Aziz Bari terima surat tunjuk sebab dari UIA Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah undang-undangnya Profesor Abdul Aziz Bari, yang baru-baru ini mengundang kontroversi berhubung kenyataan mengenai perlembagaan dan Raja-Raja Melayu. Menurut sumber, Abdul Aziz diberikan surat tunjuk sebab itu petang tadi. Tidak jelas mengenai kandungan surat itu kerana pakar perlembagaan itu tidak dapat dihubungi. Malaysiakini juga belum dapat mengesahkan perkara itu dengan pihak universiti kerana ketika berita ini ditulis, waktu pejabat telah berakhir. Abdul Aziz kini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan laporan Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu. Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama. Sementara itu, Malaysiakini terus dikunjungi oleh pihak berkuasa berhubung kenyataan Abdul Aziz yang disiarkan oleh portal berita berkenaan. Malaysiakini terus disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyoal siasat wartawan Malaysiakini pada Isnin lalu, sekali lagi datang dengan dua pegawai yang sama bagi mendapatkan butiran lanjut daripada kakitangan lain. Editor berita, Wee Yu Meng disoal selama sejam dan diminta mengesahkan bahawa Abdul Aziz mengirimkan emelnya kepada portal berita berkenaan dan sejauh mana ketepatan berita yang disiarkan. Selain SKMM, Malaysiakini hari ini juga disiasat oleh pihak polis berhubung isu yang sama. Pegawai penyiasat dari ibu pejabat polis daerah Shah Alam, ASP Effandi Main merakamkan kenyataan daripada Wee selama satu jam setengah. Beliau disoal sejauh mana dirinya mengenali Abdul Aziz dan berhubung kredibiliti pensyarah kanan undang-undang itu. Pihak polis juga meminta dibekalkan salinan emel kenyataan yang dibuat oleh Abdul Aziz tetapi Wee berkata salinan yang dimilikinya telah dipadamkan setelah berita itu dimuat-naik. Abdul Aziz dipercayai disiasat mengikut Akta Hasutan. Beliau pada 11 Oktober lalu berkata tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim. Selaras ajaran Islam Menurutnya, sebagai ketua agama Islam negeri, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam. Selepas dikritik pelbagai pihak, Abdul Aziz sehari kemudian menjelaskan bahawa Akta Hasutan 1948 memperuntukkan bahawa tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi itu. Tidak puas hati dengan kenyataan itu, Ezam dan beberapa aktivis NGO tampil membuat laporan serentak dengan mendakwa Aziz berlaku biadap dan derhaka kepada institusi raja Melayu. Sultan sebelum itu bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor. Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang. |
Nik Aziz Nafi 'LIKE' Halaman FB HIMPUN Posted: 19 Oct 2011 05:30 AM PDT "Bagi pemimpin politik, halaman facebook yang turut sama 'like' seperti Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalannya Tan Sri Muhyidin Yassin dan Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali." BERITA INI ADALAH TIDAK BENAR SAMA SEKALI. HARAP MAKLUM. Nik Abdul Aziz Nik Mat Pendirian saya dalam isu Himpun adalah sama dengan pendirian PAS Pusat. Justeru, tidak berbangkit soal saya menyatakan sokongan dalam mana-mana ruang media cetak atau maya. Selebriti, tokoh politik 'like' laman Himpun | Free Malaysia Today www.freemalaysiatoday.com PETALING JAYA: Himpunan Sejuta Umat (Himpun) mendapat sokongan daripada selebriti dan ahli politik ternama negara apabila mereka turut bersama-sama menya... |
Pengaruh Zul Nordin Masih Kuat Di Kulim? Prof Aziz Bari Jangan Masuk Pilihanraya, Hilang Deposit Posted: 19 Oct 2011 05:00 AM PDT keadaan yang sesak semasa ceramah datuk z syabas keadaan pakatan semakin runcing di kulim |
Nik Abduh: Mengapa PAS Menyokong HIMPUN? Posted: 19 Oct 2011 04:30 AM PDT Dewan Pemuda PAS Malaysia, sebagaimana telah dipertegaskan oleh ketuanya, Ustaz Haji Nasrudin bin Hasan Tantawi, menyatakan sokongan terhadap usaha beberapa NGO muslim untuk menggerakkan dan mengadakan perhimpunan sejuta umat pada 22 Oktober 2011 ini dengan tujuan menunjukkan keperihatinan bersama terhadap usaha menyelamatkan dan memperkasakan akidah umat Islam daripada diganggu gugat oleh musuh-musuh Islam yang berusaha merosakkan akidah umat. Dengan sokongan ini, walaupun tidak akan terlibat secara langsung demi menghormati saranan sekretariat HIMPUN untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai 'garis tengah', Dewan Pemuda PAS berharap seluruh umat Islam yang menghadiri perhimpunan solidariti umat yang telah pun mendapat liputan meluas di media tanah air tersebut dapat mencapai kata putus bersama di dalam menyediakan penyelesaian menyeluruh yang dapat membantu umat Islam di dalam mempertahankan dan memperkasakan akidah mereka. Akidah Islam adalah tanah air umat Islam. Ia adalah matlamat, ruh dan maruah kehidupan di dunia. Ia suci dan tidak boleh langsung dikotori oleh unsur-unsur syirik dan kufur yang menjadikannya rosak dan terputus hubungan dengan rahmat Allah yang luas. Justeru usaha menyubur, memugar dan mempertahankannya daripada dirosakkan oleh anasir-anasir jahat adalah satu kewajiban yang tidak dipertikaikan lagi, bahkan ia mestilah menjadi tali kukuh yang menyatukan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Ada dua mara bahaya dan kerosakan yang sedang melanda umat Islam di seluruh dunia hari ini dan ianya dirasai secara nyata oleh kebanyakan umat Islam yang perihatin. Pertama, usaha musuh-musuh Islam untuk memurtadkan umat Islam dan mengeluarkan mereka daripada cahaya syahadah kepada kegelapan syirik dengan menukar ugama Islam yang dianuti kepada ugama selainnya. Gerakan Kristianisasi antarabangsa dengan persekongkolan musuh sepanjang zaman umat Islam iaitu Zionis Yahudi adalah gerakan paling tersusun dan paling giat melaksanakan agenda kotor tersebut. Kedua, usaha musuh-musuh Islam untuk merosakkan akidah umat Islam tanpa disedari dan tanpa mengeluarkan mereka daripada kalimah syahadah. Gerakan ini telah dipelopori oleh pendukung pemikiran sekularisme yang awalnya bertapak di negara-negara barat dan kemudiannya disebar luaskan ke negara-negara umat Islam di era penjajahan. Pemikiran yang menyempitkan peranan ugama di laman peribadi dan memisahkannya daripada pentas politik dan kehidupan selain menobatkan undang-undang ciptaan manusia tersebut telah disepakati oleh para ulama Islam sebagai syirik dan merosakkan akidah umat Islam yang menganutinya. Islam adalah manhaj kehidupan yang lengkap dan sempurna yang tidak boleh dipisah-pisahkan. Kedua-kedua kerosakan yang dirancang oleh musuh Islam itu walau bagaimanapun mempunyai tahap kejayaan yang berbeza. Gerakan sekularisme mencapai kejayaan paling besar dalam sejarahnya apabila berjaya meruntuhkan kekuatan umat Islam dari umbinya melalui keruntuhan khilafah Islamiyah terakhir di negara Turki. Gerakan jahat yang akhirnya berjaya menobatkan fahaman sekular di bawah kepimpinan Mustafa Kamal Ataturk yang dianggap sebagai bapa sekularisme tersebut pada hakikatnya telah melangsaikan segala impian sekian lama musuh Islam untuk menjahanamkan akidah umat yang begitu kukuh dan kental bertahan sejak ribuan tahun selepas kebangkitan nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Runtuhnya kerajaan khilafah Uthmaniyah telah mencipta bah besar yang melanda negara-negara umat Islam yang membawa bersama penyakit umat yang paling digeruni iaitu sekularisme. Hari ini, fahaman sesat tersebut terus hidup dengan kekuatan bala tenteranya yang membarah di dalam tubuh umat Islam sendiri. Adapun gerakan Kristianisasi, walaupun telah ribuan juta ringgit dihabiskan oleh musuh, tetapi ia gagal memperolehi kejayaan besar sebagaimana gerakan sekularisme. Umat Islam gagal dimurtadkan dan gerakan tersebut hanya mampu menyelinap masuk ke tubuh individu dan kelompok umat Islam yang lemah dek kejahilan dan kemelaratan hidup. Dalam erti, mereka gagal mencabut kalimah suci syahadah daripada dada umat Islam seluruhnya kecuali ke atas segelintir umat Islam melalui umpanan-umpanan kebendaan dan projek-projek kebajikan dengan mengambil peluang daripada penyakit kejahilan dan kemiskinan yang menimpa umat Islam hari ini. Berbanding gerakan sekularisme yang melumpuhkan kekuatan tubuh umat daripada dalam dan tanpa disedari, bahaya kristianisasi atau kemurtadan pastinya lebih jelas dan cepat kerana ianya adalah perisytiharan perang langsung ke atas umat Islam apabila ianya terus memutuskan pertalian persaudaraan paling kukuh di anatara umat Islam iaitu kalimah syahadah. Justeru gejala murtad adalah dilihat perlu ditangani secara tegas dan ianya mudah difahami apabila Allah memasukkan hukumannya ke dalam hukum hudud yang tetap di dalam syariahNya. PAS paling ke depan menangani isu murtad semenjak awal lagi dan sumbangannya di dalam kebangkitan umat Islam dalam isu Natrah dulu tidak boleh dinafikan lagi. Ia memuncak apabila ahli parlimen PAS beberapa kali membawa usul di parlimen agar meluluskan akta murtad. UMNO adalah penghalang dan pembangkang tegar akta murtad daripada diluluskan pada masa itu. Hakikat yang perlu difahami adalah bahawa mara bahaya besar yang melanda umat Islam itu jelas bukan keutamaan UMNO dan langsung bukan keperihatinan mereka. Apabila hari ini, para pemimpin Islam di dalam seluruh pertubuhan Islam mula bercakap mengenai bahayanya cubaan memurtadkan umat Islam yang berlangsung secara senyap atau terbuka, maka ianya adalah hasil sumbangan pemahaman yang telah dimulakan oleh PAS. Justeru PAS memandang tinggi usaha seluruh umat Islam untuk berhimpun memahamkan umat dan mendesak kerajaan agar segera melakukan sesuatu yang lebih tegas melalui undang-undang yang diaktakan demi mencegah pencabulan ke atas maruah dan ruh umat Islam. Ianya samada mengenakan hukuman ke atas individu muslim yang murtad atau pun hukuman ke atas pihak luar yang secara langsung melakukan usaha ke arah memurtadkan umat Islam. Melalui usaha bersama ini, maka akidah umat akan lebih selamat dan menjadi perkasa dengan kesedaran bersama yang tinggi. Dengan sokongan tanpa belah bagi, PAS yang menjadi parti Islam dan harapan umat di negara ini mengharapkan himpunan sejuta umat anjuran sekumpulan besar NGO muslim di bawah sekretariat HIMPUN yang dipengerusikan oleh Cikgu Azmi daripada TERAS dan Dr Yusri daripada Pembela akan menjadi medan yang baik untuk menyatukan umat Islam agar berdiri teguh di atas akidah Islam yang suci. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, apa-apa yang boleh menyatukan umat Islam di atas landasan yang benar, maka ia mestilah dipugar dan jangan sesekali ditinggalkan. Kesatuan umat Islam adalah kewajiban dan amanah yang mesti dilaksanakan dengan sesungguh hati. Adalah amat membanggakan apabila UMNO semakin lunak dan mula celik mata untuk turut masuk padang walaupun dengan kaki bangkunya. Beberapa pemimpinnya seolah-olah meleleh liur mereka untuk menjadi pemain utama walaupun tanpa signal daripada 'coach'. Walaupun ia satu petanda yang baik bahawa tekanan yang telah diberikan oleh seluruh umat Islam telah menyentuh benak dan hati pedal UMNO, Dewan Pemuda PAS berharap agar sekretariat HIMPUN tidak diganggu dengan anasir-anasir politik murahan yang cuba mengaut keuntungan politik secara yang tidak bermaruah dan cemar. UMNO penyakitnya adalah barah sekularisme. Ia menyebarkannya dari awal penubuhannya dan pemerintahannya yang panjang tidak menjanjikan apa-apa selain penyuburan faham syirik tersebut dan menambahkan lagi kerosakan kepada orang-orang Melayu Islam dengan pelbagai gejala buruk, selain merosakkan kefahaman orang-orang bukan Islam terhadap ugama Islam. Jika tidak kerana gerakan dakwah oleh para pejuang Islam, sudah pastilah umat Islam akan hanyut dan tenggelam dengan peluru ciptaan musuh Islam dari barat yang begitu ampuh itu. Justeru Dewan Pemuda PAS sentiasa konsisten mengingatkan seluruh umat Islam agar melihat kepada bahaya sekularisme sebagaimana mereka telah menunjukkan keperihatinan yang tinggi kepaa gejala murtad dan kehancuran akidah yang melanda umat Islam hari ini. UMNO, jika mahu benar-benar sihat hendaklah mengubati dirinya sendiri sebelum beriya-iya menjadi doktor untuk umat Islam. Dengan itu, selagi UMNO enggan berubah dan enggan meninggalkan daki-daki jahiliyah penjajah, Dewan Pemuda PAS sekali lagi memberi ingatan murni kepada seluruh umat Islam agar berhati-hati dengan pakej politik murahan yang akan mencemarkan niat dan usaha murni sekretariat HIMPUN untuk mencapai matlamat ugama yang besar. Selamat berhimpun dan selamat maju jaya untuk Cikgu Azmi dan rakan-rakannya yang telah melakukan kerja besar demi ugama, bangsa dan tanah air. http://nikabduh.wordpress.com/2011/10/19/mengapa-pas-menyokong-himpun/ |
MB: K'jaan S'gor tak campur HIMPUN Posted: 19 Oct 2011 03:45 AM PDT Jimadie Shah Othman Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak akan mencampuri Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang akan diadakan di Shah Alam Sabtu ini. "Ini (program) NGO. Kerajaan negeri tidak campur dalam hal ini. Ini NGO," katanya. Beliau bagaimanapun tidak menjawab secara langsung sama ada beliau menyokongnya atau tidak, ketika ditanya pemberita. |
Dakwaan atas anak Guan Eng tidak benar, kata pengetua Heng Ee Posted: 19 Oct 2011 03:18 AM PDT Oleh Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, 19 Okt ─ Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali. Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar dan mahu mengakhiri isu ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik sekolah. "Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali," kata Goh kepada The Malaysian Insider. kita tunggu la, geng sana cakap ada bukti. nak tengok jugak doktor cakap apa :) |
Panas! La Rupanya Blogger Umno Yang Kuat Fitnah Tu Asal Indon? Posted: 18 Oct 2011 10:30 PM PDT Sayalah Dr...............? Penulis baru dapat maklumat dari kawan yang dulu belajar di universiti tentang seorang blogger Umno yang semakin kuat fitnahnya terhadap pemimpin PR. Dulu ramai yang boleh bersabar bila membaca tulisan blogger Umno ini, tapi fitnah terbaru ni dah semakin melampau tak ingat dosa pahala. Kawan penulis bagi tahu blogger ini belajar sama universiti dengannya, belajar sampai ke Kelantan. Tapi sejak bekerja dan bergiat dengan Umno, tulisan dalam blog dia seolah-olah dialah Malaysian tulen. Sebenarnya Lim Guan Eng yang dia hina hari-hari lebih Malaysian dari blogger Umno ni, sebabnya LGE ayahnya rakyat Malaysia, emaknya rakyat Malaysia, lahir pun di Malaysia. Berbanding blogger Umno ni yang ayahnya Indon, emaknya Indon, lahir pun di Indonesia. Mungkin blogger Umno nak buktikan dia Malaysian tulen maka dia sanggup fitnah pemimpin PR supaya pemimpin Umno tak selidik asal usulnya. Lebih banyak kisah peribadi blogger Umno ni yang sudah diketahui tapi penulis cuma dedahkan sedikit sahaja. Penulis harap blogger Umno ni sedarlah diri sedikit, walaupun dah dapat warganegara janganlah melebih-lebih sampai sanggup fitnah dan bohong. Siapa blogger Umno itu ya? rasanya blogger ini akan mengaku sendiri. ADMINFB |
Betui Ka Menu Najib Makan Harga RM 4? Cuba Hangpa Tengok Posted: 18 Oct 2011 09:29 PM PDT betui ka? budak-budak umno boleh la nak tipu! |
Khairy - jadilah seorang dewasa Posted: 18 Oct 2011 08:00 PM PDT Khairy Jamaludin mempertahankan tindakan mengisukan anak Lim Guan Eng dan beliau menuduh pengkritik beliau sebagai hipokrit. Ramai yang mengkritik Khairy kerana menurut setengah pihak tindakan Khairy itu merupakan tindakan desperado UMNO. Lebih memeranjatkan lagi banyak pihak ialah isu itu diperbesarkan oleh Khairy dan beberapa blogger pro UMNO. Kalau orang lain dari Khairy memanglah tidak memeranjatkan tetapi ianya datang dari Khairy seorang pemimpin UMNO yang agak mempunyai kelas yang agak jauh tingginya dari ramai pemimpin yang lain. Isu seperti ini selalunya hanya permainan pemimpin yang bukan setaraf dengan Khairy. Tetapi UMNO tetap UMNO, kerana UMNO itu merupakan parti yang tidak mampu membina kepimpinan sebaliknya boleh merosakan orang bijak pandai untuk menjadi jumud pemikiran dan merendahkan kredibiliti mereka. Yang ada di dalam barisan kepimpinan UMNO itu kebanyakan mereka adalah mereka yang tinggi kelulusan akedamik mereka. Tetapi oleh kerana terpengaruh dengan cara dan budaya UMNO mereka menjadi jumud dan lemah pemikiran mereka dari masa kesemasa. Penyakit UMNO ini rupanya sangat 'contagious' kerana seorang yang hebat seperti Khairy pun boleh dihinggapi oleh penyakit ini. Itulah sebabnya saya berkali-kali menulis dan memberitahu siapa yang membaca blog ini bahawa ramai di antara pemimpin dalam UMNO itu ibarat ikan mati. Ikan mati sentiasa terpengaruh dengan keadaan sekeliling dan jika ikan mati itu dikeluarkan dari laut iakan itu akan jadi ikan masin. Sebaliknya ikan yang hidup jika dikeluarkan dari lautan yang 'environment'nya masin, ikan itu tidak masin tetapi merupakan ikan 'fresh' yang enak dimakan. Di sebaliknya ikan masin hanya diletakan di bibir pinggan sahaja dan di cubit-cubit sedikit untuk menjadi pembuka selera sahaja. Saya berharap Khairy hanya melakukan kesilapan sahaja, bukannya kesalahan. Orang muda julung berkeris memang begitulah. Seorang anak muda yang sudah pandai memegang dan bermain keris selalunya akan mudah melayangkan langkah untuk berkeris dan kadangkala batang pisang pun disanggahnya. Walau bagaimana pun saya tetap mengiktiraf Khairy sebagai pemimpin masa depan yang masih ada di dalam UMNO. Walaupun UMNO masih belum tentu mendapat mandat seterusnya dari rakyat. Saya yakin Khairy akan menjadi pemimpin walaupun UMNO itu berkemungkinan berada di pihak pembangkang, sebagaimana ramalan ramai termasuk mereka dari dalam UMNO sendiri. Sebagai anak muda tentulah ada kecenderungan untuk melakukan kesilapan. Khairy ibarat seorang yang meniti permatang sawah; jika tergelincir kedalam lopak sawah cepat-cepat naik di permatang dan teruskan perjalan politik nya. Insyaalah Khairy akan sampai juga akhirnya ke penghujung permatang sawah yang jauh itu. Hanya saya ingin memberikan pandangan sedikit. Isu yang diguna pakai oleh Khairy ini memanglah satu isu yang tidak sepatutnya digunakan oleh seorang yang berkelulusan dari university terkenal dunia. Biarlah orang yang masih mempunyai mentaliti sekolah atap sahaja yang memainkan isu kelas rendah ini. Jaga nama universiti terkenal itu dengan baik. Saya pernah bercita-cita untuk belajar di universiti itu tetapi tidak kesampaian kerana saya tidak cukup kepandaian untuk kesana. Khairy mesti elak dari di anggap oleh orang ramai sebagai garam sahaja. Walaupun garam itu penting untuk mengenakan makanan. Garam itu penting tetapi tidak diperlukan dalam quantiti yang banyak. Bukan kah selalu chef-chef masakan berkata, 'bubuh garam sesedap rasa' sahaja. Lain-lain perkataan Khairy akan hanya di anggap sebagai garam, gunanya untuk menyedapkan rasa masakan sahaja dan tidak lebih dari itu. Ayuh Khairy, cepat-cepatlah jadi seorang dewasa. http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/10/khairy-jadilah-seorang-dewasa.html |
Bongkar! Umno Kelantan Dan Syarikat Redland Kena Jawab Soalan Mana Pergi RM 5 Juta? Posted: 18 Oct 2011 07:46 PM PDT Jalanraya 4 Lorong untuk perjalanan Kota Bharu - Melor telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat Pimpinan UMNO/BN pada tahun 2008 dan Pendahuluan Peruntukan sebanyak RM5,000,000.00 (Ringgit Malaysia 5 juta) telah diberikan kepada Redland. Sekarang sudah hampir akhir tahun 2011, bermakna sudah 2 tahun lebih diluluskan. Hasilnya masih tiada. Kemana Pendahuluan Peruntukan sebanyak RM5,000,000.00 (Ringgit Malaysia 5 juta) dibelanjakan? Apa tindaan Kerajaan Pusat Pimpinan UMNO/BN? Husam Musa |
Betul Ke Anak LGE Raba? Jom Dedah Identiti Remaja Perempuan Posted: 18 Oct 2011 06:00 PM PDT kecoh apabila gambar di atas didedahkan oleh blog umno yang mengatakan anak LGE telah meraba seorang remaja perempuan sebelah kanan tu. sumber ayuh kami bagi tahu dari mana mereka dapatkan gambar remaja perembuan tu sumber gambar ni gambar budak tengah layan chess apa la blog umno tunjuk la bukti yang korang dok heboh-hebohkan tu kami nak bukti yang original la main sumbat je boh gambar apa citer? kahkahkahkahkahkah |
Ustaz Azhar Mengulas Berkaitan Isu Seorang Ibu Mengellar Dan Membunuh Bayi Posted: 18 Oct 2011 05:00 PM PDT |
Prof Aziz Bari dipanggil polis, disiasat bawah Akta Hasutan Posted: 18 Oct 2011 04:54 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 Okt — Profesor Dr Abdul Aziz Bari dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis berkaitan pandangan beliau tentang titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini. Aziz yang dihubungi memberitahu bahawa beliau telah dihubungi polis Shah Alam semalam dan diminta untuk hadir memberi kenyataan berhubung isu tersebut di bawah Akta Hasutan. "Saya ada dipanggil polis semalam, mereka mahu menyiasat saya di bawah Akta Hasutan . . . saya akan pergi bersama peguam saya hari ini," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini kepada The Malaysian Insider. Kelmarin beliau diambil kenyataan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia berhubung isu yang sama ekoran satu laporan yang telah dibuat Jumaat lalu. Minggu lalu, beberapa pihak membuat laporan ke atas Aziz. Antaranya, Senator Ezam Mohd Nor menggesa agar portal berita MalaysiaKini dan Aziz disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 atas alasan mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama. "Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada Institusi Raja Melayu dengan menghasut orang ramai untuk membenci institusi Raja-raja Melayu. "Kenyataan Aziz ini dikeluarkan oleh laman portal MalaysiaKini," kata Ezam selepas membuat laporan polis di Shah Alam. Katanya, Aziz dan MalaysiaKini menunjukkan sikap biadap, kurang ajar, dan melampaui batas yang dipercayainya perbuatan terancang dan mempunyai agenda jahat disebaliknya. Aziz dipetik berkata tindakan Sultan Selangor untuk campur tangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi. Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam. Beberapa Ahli Parlimen juga membidas Aziz kerana kenyataannya ketika menyertai perbahasan di Dewan Rakyat. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan