Selasa, 11 Oktober 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Seks lagi! Najib dan UMNO tidak puas, “One Night in Bangkok”

Posted: 11 Oct 2011 08:00 AM PDT

Oleh Wong Choon Mei

Dalam soal seks, kelihatannya Perdana Menteri Najib Razak dan parti UMNOnya tidak puas. Sebaik sejurus pembentangan Belanjawan 2012 Najib, bloger-bloger UMNO sudah mengeluarkan satu lagi klip seks, kali ini mengaitkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam video di 'hotel' baru.

"UMNO-BN cuba untuk menyorokkan salah-tadbir ekonomi, salah guna kuasa dan korupsinya dengan mengeluarkan video-video seks palsu.

Video-video ini dikeluarkan secara berperingkat oleh sebuah laman web yang berkait dengan UMNO yang penuh dengan penganiayaan terhadap pihak pembangkang," kata Naib Presiden PKR N Surendran

"Semasa kekecohan video seks 'Datuk T', adalah mengejutkan bila dilihat cara-cara tersusun penggunaan kenyataan-kenyataan umum yang dikeluarkan oleh trio Datuk T, pemimpin-pemimpin tinggi UMNO dan pimpinan pihak polis. Ianya dalah seperti usaha rapi untuk menghancurkan kerjaya politi Anwar Ibrahim dan menghentikan perarakan Pakatan Rakyat ke Putrajaya."

Menurut The Star, klip sepanjang 2.25 minit berjudul 'One Night in Bangkok' atau 'Round Two' itu dimuat naik pada hari Isnin. Video itu katanya dirakam di Bangkok pada 13 Januari tahun ini.

Fetish Bangkok UMNO

Seperti kata Surendran, klip itu dijumpai di laman web UMNO yang biasa www.papagomo.com, stopthelies.my dan juga www.parpukari.blogspot.com. Bloger-bloger itu juga bertanyakan di mana Anwar berada pada 12 dan 13 Januari.

Mereka juga menyertakan perincian penerbangan MAS KLIA-Bangkok MH 782 yang meninggalkan KLIA pada 3.15pm pada 12 Januari; dan MH 785 yang meninggalkan Bangkok pada 11.05am hari seterusnya. Tetapi tidak seperti video sensasi trio Datuk T pada Februari itu yang menunjukkan orang yang mirip dengan Anwar melakukan seks dengan seorang pelacur, klip terakhir ini tidak mengandungi adegan seks.

Tetapi, menurut salah satu bloger tersebut Round Two akan keluar tidak lama lagi. Dan sudah pasti, minat ramai terhadap video itu adalah kandungan pornografiknya.

Kebanyakan rakyat Malaysia sudah mengambil keputusan samada Anwar atau Najib yang bersalah. Video Datuk T itu sudah makan tuan, mengakibatkan populariti Najib jatuh mendadak kepada 59% pada bulan Ogos berbanding 65% pada bulan Mei. Malah lagi, Najib sendiri terlibat dengan skandal yang melibatkan hubungannya dengan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Ketidak percayaan yang tidak dapat dibendung

Malahan dengan perbicaraan Sodomi II di mana Najib dan isterinya Rosmah telah dituduh memalsukannya untuk mematikan kerjaya politik Anwar, ramai rakyat Malaysia percaya dengan keterangan pakar dari Belanda, Dr Thomas Hoogland. Thomas berkata Anwar mempunyai pergerakan belakang dan pinggul yang terhad, that tidak mungkin beliau boleh meliwat penuduh.

Sementara itu pula, Najib dan Rosmah menimbulkan syak wasangka daripada rakyat apabila mereka tidak mahu menjadi saksi teradap Anwar, membuang rasa kesedaran sivik dan tanggungjawab ke tepi kerana takut berhadapan dengan peguam-peguam bela Anwar. Akibatnya adalah mereka berdua kelihatan bersalah seperti yang dikatakan Anwar.

Wajarlah kenapa apabila Najib membentangkan Belanjawan 2012nya itu, rakyat tidak teruja.

"Bukan satu kebetulan apabila klip video ini muncul sewaktu Perdana Menteri Najib Tun Razak dan kerajaannya berusaha keras untuk mempertahankan Belanjawan 2012. Proposal belanjawan kerajaan itu dikatakan lemah dan berdasarkan perkembangan ekonomi yang terlalu optimistic," kata Surendran.

"Belanjawan itu tidak menyentuh pun soal ketidak seimbangan ekonomi, dan imbuhan-imbuhan adalah janji-janji yang tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan rasa senang semasa pilihanraya umum ke-13 nanti. Penganalisa dan pengamat ekonomi telah menghentam belanjawan itu, dan rakyat sangat berduka cita. Kerajaan harus tarik balik dan mengubah proposal belanjawannya itu, dan tidak cuba mengalihkan pandangan rakyat dengan mengeluarkan video-video seks palsu."

- Malaysia Chronicle

BN BAYAR CYBER TROOPER 'PENCACAI UMNO'

Posted: 11 Oct 2011 07:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Laman-laman web berita diberikan ingatan bahawa pemimpin BN telah melantik 200 cyber trooper untuk mempengaruhi pandangan pembaca laman web dan laman sosial termasuk Facebook.

Tugas mereka adalah mempengaruhi pandangan pembaca dengan komen-komen pro kerajaan melalui laman berkenaan walaupun ia tidaklah berasaskan kebenaran.

"Tujuannya adalah untuk menghasilkan persepsi bahawa Najib Razak dan kerajaannya mempunyai penyokong yang ramai di alam siber di samping mengacau pembaca yang lain," kata satu surat pembaca yang disiarkan oleh laman The Malaysian Insider hari ini.

Sebenarnya mereka dibayar melalui cukai yang dipungut dari rakyat Malaysia, kata penulis surat itu.

"Saya mencadangkan pemilik laman web berita ini tidak menyiarkan pandangan mereka kerena mereka hanya dibayar untuk berbuat demikian dan bukannya berasaskan kebenaran atau untuk kepentingan Malaysia," tulis pembaca yang menggunakan nama Gomen Man itu.

Menghargai warga emas: Makna di sebalik ‘anugerah’ BN – Oleh Adil Mat Selamat

Posted: 11 Oct 2011 06:22 AM PDT

11 OKTOBER – Selepas dua seteru politik, iaitu Barisan Nasional yang dikepalai oleh UMNO dan Pakatan Rakyat yang kongsi oleh PAS, DAP dan PKR membentangkan Belanjawan 2012 masing-masing, maka acara seterusnya adalah sindir-menyindir dan lekeh-memperlekeh agenda antara satu sama lain. Inilah budaya berpolitik di Malaysia.

Dalam kesibukan itu, apa salahnya kita fokus kepada beberapa aspek yang menyentuh agenda kedua-dua gabungan yang salah satunya bakal dinobatkan sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Antara fokus pertama kita adalah imbuhan atau penghargaan BN kepada warga emas atau golongan tua. Golongan ini boleh dikategorikan sebagai warga selepas umur persaraan iaitu 60 tahun; kumpulan ini merangkumi kurang lebih 30 peratus.

Dalam konteks politik, golongan ini adalah faktor penting dan mampu menjadi penyumbang besar sokongan kepada kedua-kedua parti arus perdana ini.

Caj perubatan: Mempercumakan yang sudah amat murah

BN menawarkan percuma kepada segala caj pendaftaran pesakit luar warga tua di hospital, klinik kesihatan, klinik pergigian termasuk klinik 1Malaysia ilham Perdana Menteri. Ini boleh diibaratkan sebagai 'anugerah' yang sangat berharga daripada BN khususnya daripada Datuk Seri Najib Razak.

Kemudian, dianugerahkan lagi dengan diskaun 50 peratus tambang LRT dan monorel. Ini juga ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Pasti berbunga-bunga hati ibu dan ayah kita, barangkali selepas ini akan berduyun-duyunlah warga emas menggunakan perkhidmatan LRT dan monorel sambil menikmati pemandangan indah kotaraya Kuala Lumpur.

Namun, apakah makna sebenar 'anugerah' ini? Adakah ia benar-benar akan sampai kepada kumpulan sasarannya? Adakah pemberian ini benar-benar berbaloi?

Dalam soal kesihatan, caj pendaftaran percuma ini hanyalah melibatkan hospital kerajaan yang kita tahu kos atau caj pendaftaran itu sememangnya tidak mahal. Sekarang ini pun sekitar RM2 sahaja, malah bagi sesetengah tempat di luar bandar hanyalah RM1.

Realitinya, bagi apa jua golongan, baik warga tua, kaum ibu dan awam yang menggunakan perkhidmatan di hospital kerajaan, caj pendaftaran bukanlah isu utama. Apa yang lebih kerap kedengaran ialah rungutan tentang mutu perkhidmatan, kaedah rawatan, ubat-ubatan dan jumlah doktor yang disediakan.

Bagi golongan ini, jumlah RM 1 atau RM 2 atau RM 10 sekali pun, mereka memang mampu membayarnya jika isu-isu yang lebih penting itu dapat ditangani oleh pihak kerajaan BN. Apalah sangat dengan caj RM2? Kedai serbaneka RM2 berlambak-lambak di bandar-bandar kita.

Dari segi teknikal, anugerah BN ini tidaklah memerlukan 'proses perbelanjaan' atau 'bayaran balik' atau faedah kepada warga tua tersebut. Malah jika kita anggarkan kos yang akan ditanggung oleh pihak kerajaan, amatlah sedikit berbanding 'heboh-heboh' apa yang kerajaan telah beri kepada golongan tua ini.

Ini makna pertama. Makna yang turut memberi maksud, bertelur sebiji, riuh sekampung. Yang diriuhkan oleh media massa yang memang selama ini dikawal atau dikuasai oleh BN.

LRT dan monorel: Ramaikah warga emas gunakannya?

Diskaun 50 peratus untuk pengangkutan awam pula hanya untuk perkhdimatan LRT dan monorel yang sememangnya cuma wujud di Lembah Klang. Jika ada sekali pun yang lain, hanyalah sistem komuter dari bandar Seremban hingga Ipoh. Purata penggunanya masih rendah dan ia lebih melibatkan golongan muda dan pekerja.

Agak pelik, mengapa sistem komuter ini tidak turut diberi diskaun juga sedangkan jumlah anak muda dan pekerja amat memerlukan sistem ini?

Jumlah warga tua yang tinggal di Lembah Klang pula tidak sampai pun separuh dari jumlah sebenar yang ada di seluruh Malaysia. Justeru, pemberian BN ini tidak menyeluruh dan tidak sampai ke golongan sasarannya. Kumpulan terbesar yang tinggal di luar Lembah Klang hanya mampu 'menggigit jari' sahaja.

Dalam pada hanya segelintir kumpulan warga tua ini pun, hanya beberapa kerat sahaja yang akan dan sedang menggunakan sistem perkhidmatan ini. Ini data sebenar yang tidak harus kita lupa. Jarang sangat dilihat warga berusia 60 tahun ke atas menggunakan LRT dan monorel kota yang sentiasa sesak dan berasak-asak.

Janganlah kita membohongi diri sendiri bahawa pengguna utama dan terbesar bagi sistem pengangkutan ini adalah golongan pekerja awam, buruh dan pelajar di samping pelancong.

Untuk selingan seketika, sewaktu Najib selaku Menteri Kewangan mengumumkan pemberian "anugerah' itu, seorang kawan menceritakan ibunya yang sedang memasak di dapur ketawa besar mendengar pengumuman itu.

Kata ibu kawan tersebut: "Diskaun buat apa, orang tua macam aku buat apa nak naik tren, berhimpit-himpit, nanti sesat. Anak-anak ada kereta, kalau tak pun naik teksi lagi senang".

Inilah reaksi spontan seorang warga emas yang walau pun tidak berpendidikan tinggi seperti Najib Razak, lebih memahami hakikat hidup di kota raya.

Bonus Pakatan Rakyat

Sudah jelas makna di sebalik dua anugerah BN itu. Kedua-duanya umpan politik Najib untuk warga emas bagi memujuk mereka mengundi BN dalam PRU akan datang.

Kita bandingkan pula dengan tawaran Pakatan Rakyat, iaitu pemberian bonus RM1,000 tiap-tiap tahun bagi golongan tua ini. Jangan lupa, ini adalah bonus tambahan di samping bantuan berterusan yang telah sedia ada.

Jika pendaftaran kesihatan di hospital kerajaan caj bernilai RM2, bayangkanlah berapa ratus kali warga tua ini boleh mendaftar dan mendapatkan perkhidmatan kesihatan?

Atau ada lebih baik wang bonus itu mereka simpan untuk membeli ubat dan makanan kesihatan tambahan (supplement) untuk mereka, itu lebih berbaloi. Mereka tidak perlu lagi meminta-meminta kepada anak-anak atau kerajaan.

Bukankah ini juga akan meringankan sedikit tanggungan Jabatan Kebajikan Masyarakat?

Kita dengan mudah dapat melihat impak atau kesan positif kepada golongan ini termasuk pihak-pihak yang terlibat secara tidak langsung yang mana idea ringkas dan praktis ini berjaya dirumus dengan baik oleh PR berbanding BN yang hanya bersifat 'kosmetik' luaran.

Kita menyeru kepada golongan warga emas agar melihat dan menilai kembali kedua-dua tawaran dari PR dan BN. Ia bukan hanya sekadar 'wang' tetapi keikhlasan pemerintah dalam membantu semua golongan.

Siapa janji kosong?

Puak-puak BN senada melaungkan 'janji kosong PR'. Ya, sudah tentu janji itu belum dapat dipenuhi kerana PR belum memerintah.

Tetapi lihat sahaja, sebagai contoh, apa yang telah dijanji dan dilaksanakan oleh kerajaan PR di Pulau Pinang. Dengan peruntukan yang amat kecil daripada Kerajaan Pusat BN, Pulau Pinang tetap berjaya memberi sumbangan wang kepada warga emas, orang kurang upaya dan golongan kurang bernasib baik.

Ini dapat dilaksanakan apabila ketirisan dan kebocoran kewangan negeri dapat dihapuskan; rasuah dan penyelewengan dikurangkan dan sistem berasaskan tender terbuka. Ini semua menghasilkan dividen anti-rasuah dan anti-ketirisan.

Bayangkan jika PR dapat laksanakan ini di peringkat nasional; bayangkan berapa billion ringgit dapat dijimatkan setahun jika tiada ketirisan, kebocoran dan rasuah, yang semua ini dapat dikembalikan kepada rakyat dan mereka yang memerlukan.

Soalan kembali, BN yang telah memerintah lebih dari 50 tahun, baru hari ini sedar kepentingan membela nasib rakyat? Percayakah kita kepada janji-janji BN? – Roketkini.com

Panas! Isu Pulau Batu Putih Milik Singapore. Semak Punca Kekalahan Di sini!!

Posted: 11 Oct 2011 04:23 AM PDT

http://beritasemasa.com/wp-content/uploads/2011/10/pulau-batu-putih4.jpg

Kami ingin imbas kembali isu Pulau Batu Putih memandangkan hari ini juga kami ada mengeluarkan artikel mengenai tuntutan terbaru Indonesia terhadap Tanjung Datu & Gosong Niger daripada Indonesia. Sejarah tetap sejarah, tetapi kami tidak mahu sejarah "buruk" seperti Pulau Batu Putih ini berulang lagi di masa hadapan…..

Berbalik kepada isu Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh (Pedra Branca ) diputuskan sebagai milik sah negara Singapura dan hanya Terumbu Karang Tengah (Middle Rock )dan Terumbu Karang Selatan (South Ledge) milik Malaysia. Pada hari Jumaat, 23 Mei 2008 Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan perkara tersebut di Hague, Belanda.

Samada authorize by sultan atau tidak, Mahkamah Antarabangsa (ICJ) telah menggunakan surat seperti yang tertera di bawah ini sebagai "pemberat" ketika memutuskan hak Pulau Batu Putih kepada Singapore. Dengan sedikit kesilapan & kecuaian awal ditambah dengan bukti berdasarkan surat di bawah ini, Pulau Batu Putih yang sepatutnya menjadi hak bagi Malaysia telah menjadi Pulau Idaman semata…

12 Hakim bersetuju memberikan Batu Putih/Pedra Branca (BP) pada Singapura berbanding 4 menentang. ICJ menolak penguasaan rumah api yang dikawal selia oleh Singapura dan kawalan mereka dalam menguasai pulau itu dengan kehadiran rumah api tetapi menerima surat Setiausaha Kerajaan Johor kepada Singapura pada tahun bertarikh 21 Sept 1953 yang mengatakan Johor tidak akan menuntut kedaulatan BP sebagai isu paling utama. Oleh yang demikian, dengan surat itu sahaja sudah melucutkan kekuasaan Johor pada Pulau Batu Putih menurut pandangan ICJ.

http://beritasemasa.com/wp-content/uploads/2011/10/pulau-batu-putih3.jpg

Isu Pulau Batu Putih Milik Singapore. Semak Punca Kekalahan Di sini!!

Menurut perenggan 223 full judgment daripada ICJ:

In the Court view, the Johor reply is clear in its meaning: Johor does not claim ownership over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh. That response relates to the island as a whole and not simply to the lighthouse. When the Johor letter is read in the context of the request by Singapore for elements of information bearing on the status of Pedra Branca/Pulau Batu Puteh, as discussed above (see paragraphs 204-209), it becomes evident that the letter addresses the issue of sovereignty over the island. The Court accordingly concludes that Johor reply shows that as of 1953 Johor understood that it did not have sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh. In light of Johor reply, the authorities in Singapore had no reason to doubt that the United Kingdom had sovereignty over the island.

Seperkara menarik sekali, ICJ menambah kekuatan tuntutan Singapore terhadap Pulau Batu Putih ini menerangkan bahawa Singapura mempunyai conduct a titre de sovereignatas Pulau Batu Putih menerusi perenggan 239:

In the Court opinion, this Singaporean conduct is to be seen as conduct titre de souverain. The permission granted or not granted by Singapore to Malaysian officials was not simply about the maintenance and operation of the lighthouse and in particular its protection. Singapore decisions in these cases related to the survey by Malaysian officials of the waters surrounding the island. The conduct of Singapore in giving permission for these visits does give significant support to Singapore claim to sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh.

Surat kerajaan Johor bertarikh 21 Sept 1953 yang mengatakan Johor tidak mempunyai kedaulatan atas Pulau Batu Putih mempunyai asas paling kukuh dan diterimapakai oleh ICJ untuk memberikan hak Pulau Batu Putih pada Singapura secara total.

pulau batu putih2 Isu Pulau Batu Putih Milik Singapore. Semak Punca Kekalahan Di sini!!

Sumber : Full Judgement daripada Mahkamah Antarabangsa (ICJ)

Apa pun kita harus menerima keputusan isu Pulau Batu Putih dengan tangan terbuka. Tetapi, tetapi…….antara sebab kami kupas kembali isu ini adalah sebab utamanya supaya kecuaian, kelekaan, kelemahan Malaysia sebelum ini tidak berulang lagi pada masa-masa akan datang termasuklah yang terbaru, isu tuntutan Indonesia terhadap Tanjung datu dan Gosong Niger daripada Malaysia.

Harus direnung kembali bagaimana untuk kita mengambil iktibar atas keputusan ini. Kedaulatan negara adalah sesuatu yang kami secara amnya dan rakyat Malaysia umumnya menggangap ia suatu yang sangat penting dan kedaulatan Malaysia yang ada sekarang ini haruslah dijaga dan dipelihara.

Berita Semasa

Najib ke Perth 31 Ogos lalu atas lawatan peribadi

Posted: 11 Oct 2011 03:23 AM PDT

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Australia dengan menggunakan pesawat kerajaan pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos lalu adalah atas kapasiti peribadinya, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2011 merupakan lawatan peribadi," kata Kementerian Luar dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua.

Namun, kementerian luar juga menjelaskan, perdana menteri menggunakan peluang berkenaan untuk berjumpa dengan pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap di negara itu sempena majlis Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia.

"Perdana Menteri juga telah meluang masa bertemu dan berbincang dengan wakil-wakil sebuah kumpulan Muslim di Perth."

Pendedahan itu susulan selepas Dewan Rakyat minggu lalu dimaklumkan bahawa pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh perdana menteri telah disewa dari Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) oleh kerajaan sejak 3 Ogos 2007.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 4 Oktober lalu berkata pesawat berkenaan untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan.

Mereka termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri dan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Berikutan maklumat daripada pembaca, Malaysiakini melaporkan seorang pegawai perdana menteri telah mengesahkan bahawa Najib sedang bercuti pada Hari Merdeka, 31 Ogos lalu tetapi enggan mendedahkan butirannya.

Isu Wang Zakat? Khalid Samad Tutup Mulut Blog Lucah Umno Rosmah

Posted: 10 Oct 2011 11:28 PM PDT

Tuduhan Penyalahgunaan Zakat

Saya dimaklumkan bahawa terpadat sebuah artikel di dalam blog tertentu yang menuduh saya telah menyalahgunakan wang zakat untuk membiayai pelajaran anak abah di Timur Tengah. Untuk pengetahuan semua, anak saya belajar di Timur Tengah (Jordan) dari tahun 2001 hingga 2009. Saya sendiri yang membiayai perbelanjaannya, termasuk yuran pembelajaran dan kos sara hidup, sehingga dia tamat.

Sepanjang tempoh tersebut, dia tidak menerima biasiswa dari LZS. Menurut anak saya, dia telah menerima Bantuan Umum dari LZS sebanyak RM1,000 setahun yang disumbangkan kepada SETIAP pelajar Selangor yang dibawah pembiayaan sendiri dari 2001 hingga 2008 dan RM5,000 bagi tahun 2009. Ini kerana pada 2009, selepas PR mengambil alih, sumbangan kepada anak Selangor yang tidak menerima Derma Siswa telah dinaikkan. Menurut anak saya lagi, sumbangan yang diterima itu telah digunakan untuk membeli kitab rujukan dan menunaikan umrah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Cerita Sebenar Bob Lokman Semasa Ditahan JAIS

Posted: 10 Oct 2011 08:30 PM PDT

Selesai solat Isyak aku diajak oleh Ustaz Akmal ke satu program seorang sahabat kami di Taiping, disitu pelbagai perkara dibincangkan oleh kami sambil jari jemari serta anak mata begitu asyik melayari FB.

Tiba2 Ustaz Akmal mendapt satu berita dr FB yang menyatakan bahawa Bob Lokman telah ditangkap oleh JAIS disebuah surau di Hulu Langat dan beliau diseret ke Balai Polis, sebaik mendengar berita tersebut aku terus menghantar message ke pada Bob Lokman samada betul atau tidak berita tersebut.

Selang 5 minit Bob menelefon aku. "Cepatnyerr sampai berita nie...". perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau. "Biasalaa bang....zaman sekarang kan zaman teknologi." balas aku. "Betul kerr citer nie bang....cer citer cer citer...". gurau aku.

Bob pun memulakan ceritanya, menurut beliau apabila selesai sahaja menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut merah katanya).

seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. "Apa kesalahan aku?". tanya bob.

"Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan". ujar Pegawai tersebut.

Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab "Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar bob. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk..." bob bagitaw aku.....hi3

"Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa". ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.

ada sorang pakcik tue cakap "Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang" ujar bob kepada aku.

Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung "Tazkirahnya" sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya.

"Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena "tazkirah" dengan aku". ujar bob di akhir perbualan.

Harapan kita semua semoga abang Bob Lokman tabah dan cekal dengan ujian ini....Takbir!!!!Teratakkampungku

Hudud kekal, Pakatan pun kekal

Posted: 10 Oct 2011 08:00 PM PDT

11 OKT — Kekecohan atas isu pelaksanaan hudud antara PAS dan sekutu Pakatan Rakyatnya terutama DAP telah diselesaikan dengan baik mengikut semangat muafakat Pakatan Rakyat.

PAS kekal boleh meneruskan dakwahnya bagi memperkenalkan hudud kepada masyarakat seumumnya dan mengakui hak DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu.

Tetapi DAP yang tidak setuju itu pula mengaku hak PAS untuk memperkenalkannya yang menjadi cita-citanya sejak PAS ditubuhkan 60 tahun lalu.

Sekalipun terdapat perbezaan pandangan dan sikap atas perkara itu oleh kedua pihak, keduanya bersetuju, bahawa mereka tidak setuju atas satu perkara itu secara nyata tetapi mereka bersetuju dalam banyak perkara lain bagi menegakkan kerajaan bersama dan membina negara dan masyarakat yang adil dan kukuh.

Komponen Pakatan Rakyat dan penyokongnya berkongsi banyak yang boleh menjadikan Pakatan Rakyat satu muafakat politik yang kuat yang mampu mengambil alih tampuk pemerintahan dan sudah bersedia menjadi alternative kepada Barisan Nasional baik sebagai parti politik yang bertenaga dan sudah pun kerajaan yang menunggu.

Pada masa bersetuju mengadakan kerjasama pilihan raya menjelang PRU 1999 dulu dan membentuk Pakatan Rakyat selepas PRU 12 tahun 2008 dulu, DAP dan PKR sudah pun tahu bahawa hudud adalah satu cita-cita PAS sejak mula, dan PAS juga tahu bahawa DAP tidak tertarik dengannya lama sebelum kedua-dua pihak boleh duduk semeja.

Perbezaan itu telah wujud sejak awal tetapi perbezaan itu tidak menghalang kedua pihak untuk mengadakan kerjasama politik yang besar hingga kini Pakatan Rakyat berjaya melayakkan Malaysia menyamai negara-negara demokrasi dan maju di dunia mempunyai lebih dari satu kerabat parti poliltik alternatif yang kuat.

Britain dan Amerika ada parti pemerintah dan parti pembangkang yang menjadi kerajaan yang menunggu. Begitu juga Perancis, Jerman, Australia dan lain wujud lebih dari satu parti yang bergilir-gilir menjadi kerajaan atau menjadi pembangkang mengikut keputusan rakyat dalam pilihan raya.

Malaysia sejak merdeka tahun 1957 dan sejak pembentukan Malaysia tahun 1963 tidak ada kedewasaan politik yang kondusif seperti itu, hingga meletakkan BN yang dulunya Periktan parti yang monopoli kuasa dan menapikan hak rakyat membuat pilihan.

Sekalian ahli fikir dan penggiat politik tahu bahawa kuasa itu korap dan kuasa sepenuhnya terdedah kepada korap sepenuhnya. Sekalipun Tunku Abdul Rahman Putra dan Umno memperkenalkan amalan demokrasi kepada masyarakat negara, justeru monopoli politik yang tidak dapat dipecahkan, menjadikan negara dan kerajaan rasuah sepenuhnya dan menyeleweng seadanya.

Rakyat sedar segala kepincangan itu dan rakyat jugalah yang menuntut supaya diwujudkan satu pakatan alternatif yang kuat yang boleh mencabar monopoli kuasa itu. Rakyat juga yang menuntut supaya parti-parti pembangkang yang banyak dan tidak cukup tenaga itu mengenepikan perbezaan atau mengurangkan perbezaan bagi membentuk satu gabungan parti alternatif yang kuat yang berupaya memecahkan monopoli kuasa yang rasuah dan menyeleweng itu. PAS, PKR dan DAP telah menyambut cabaran rakyat itu. Mereka sudah melupakan berbezaan itu kecuali dalam satu isu iaitu hudud. PAS tahu DAP tidak setuju hudud dan DAP tahu PAS tidak setia mengggurkan hudud. Kalau tidak boleh bersetuju dalam semua perkara, janganlah semua perkara tidak disetujui.

Lalu mereka bersetuju satu dua perkara yang tidak disetujui, tidak menghalang mereka mengadakan pakatan kerana mereka sudah bersetuju dalam banyak perkara.

Yang tidak bersetuju dengan hudud itu bukanlah DAP saja. Umno telah menzahirkan tidak setujunya lama sebelum DAP dan PAS mengadakan muafakat. Umno menganut Islam tidak bersetuju dengan hudud dan ia juga tidak setuju dengan banyak perkara yang PAS perjuangkan. DAP tidak menganut Islam, maka ia tidak setuju dengan hudud tetapi ia setuju dengan banyak perkara yang diperjuangkan oleh PAS.

PAS mengemukakan konsep negara berkebajikan yang mendukung cita-cita dan ajaran Islam. DAP menerimanya. PAS mahu hisbah, DAP tidak menolaknya. DAP mahu sebuah pemerintahan bersih dari rasuah, reaksi PAS pula ia juga yang PAS cita-cita.

Jika PAS terus bercakap tentang hudud dalam kontek adanya kerjasama dengan DAP dan lain, bukan ia tidak pelayan pendirian DAP tetapi adalah untuk menerangkan kepada masyarakat umum dalam dan luar negara betapa indahnya hudud dan hudud tidak mengancam keamanan dan anutan mana agama lain.

Cara PAS dan DAP menyelesaikan perbezaan dalam isu hudud itu membayang cara dan keupayaan mereka mengatasi segala masalah yang berbangkit kiranya rakyat memberi mandad mentadbirkan Putrajaya nanti.

Bagaimana kerajaan DAP di Pulau Pinang melayan isu Islam dan orang Islam mencerminkan sikapnya jika Pakatan diizinkan membentuk kerajaan pusat, dan bagaiama kerajaan Kelantan dan Kedah melayalan orang bukan Islam membayangkaan keadilan yang akan serlahkan dalam kerajaan bersama di Putrajaya nanti.

Royalti Minyak Hak Rakyat Kelantan - Dato Husam Musa

Posted: 10 Oct 2011 07:30 PM PDT

MB Selangor sedia menghadap Sultan bincang isu Kg Baru

Posted: 10 Oct 2011 07:00 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra dan Mohd Farhan Darwis


KUALA LUMPUR, 11 Okt — Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan membawa isu Kampung Baru ke perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sekiranya majoriti besar pemilik tanah kawasan penempatan eksklusif orang Melayu itu membantah Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 yang diluluskan di Dewan Rakyat minggu lalu.

Menurut Khalid, beliau akan membincangkan perkara itu terlebih dahulu dengan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru sebelum membuat keputusan termasuk menghadap Sultan Selangor bagi "melengahkan" pelaksanaan rang undang-undang itu, yang akan dibawa ke Dewan Negara sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Kita akan bicang dulu (dengan pemilik dan pewaris tanah), kalau setuju kita akan pergi jumpa (Sultan Selangor)... kita orang Melayu ada adat, apa-apa kita akan bincang dulu," kata beliau pada sidang media selepas Majlis Penerangan "Selamatkan Kampung Baru" di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Beliau menjawab demikian apabila ditanya sama ada kerajaan negeri Selangor pimpinannya akan menghadap Sultan Selangor sebagai alternatif bagi "melengahkan" rang undang-undang itu dilaksanakan memandangkan Kampung Baru turut terletak di bawah bidang kuasa baginda.

Tanah di Kampung Baru ini adalah kurnia Almarhum Sultan Abdul Samad kepada orang Melayu lebih 100 tahun lalu dan sehingga sekarang Sultan Selangor berperanan sebagai pelindung dan penjaga kepentingan serta hak orang Melayu di kawasan itu.

Difahamkan dalam isu pembangunan Kampung Baru, Sultan Selangor berhak memberi pandangan serta nasihat kepada Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) dan penduduk Kampung Baru, malah kedudukan MAS sebagai badan pentadbir juga diputuskan baginda.

Khalid juga enggan menjawab persoalan mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mengatakan Sultan Selangor bersetuju dengan keputusan Putrajaya membangunkan Kampung Baru.

Menurut Raja Nong Chik, bagaimanapun, baginda menitahkan supaya Masjid Jamek Kampung Baru dan Kelab Sultan Sulaiman yang menjadi mercu tanda di kawasan itu mesti dikekalkan.

"Saya tidak mahu cakap pasal perjumpaan beliau dengan Sultan Selangor, saya tidak tahu," jawab Khalid.

Dalam sidang media itu, Khalid juga mengumumkan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang akan membantu pemilik dan pewaris tanah membangunkan kawasan masing-masing melalui pinjaman dengan perbadanan kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

"Kami memberi jalan penyelesaian yang proaktif terhadap pembentukan rang undang-undang Kampung Baru, kami bukan sahaja menentang, bahkan turut memberi jalan penyelesaian kepada masalah ini," katanya.

"Ahli jawatankuasa yang dilantik merupakan anggota profesional dalam bidang perundangan, perancang bandar, dan juga penganalisis projek," tambah beliau.

Beliau juga berkata jawatankuasa itu juga akan memberi tambah nilai terhadap Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 5 Oktober lalu.

Pada 3 Oktober lalu, Putrajaya menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 dan digantikan dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011, yang mendapat bantahan wakil rakyat Pakatan Rakyat, pada hari yang sama.

Pakatan sedia batal akta Kg jika menang Putrajaya

Posted: 10 Oct 2011 06:32 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra dan Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Sambil menyifatkan pengkhianatan kepada orang Melayu, Pakatan Rakyat berjanji Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011, yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lalu di sebalik siri protes sejak tahun lalu, akan dibatal jika perikatan itu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

"Pilihan raya umum akan datang, insya-Allah kalau Pakatan Rakyat menang kita akan batalkan rang undang-undang ini," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) pada Majlis Penerangan "Selamatkan Kampung Baru" di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Ketua Pembangkang itu berkata hanya itu sahaja pilihan yang ada pada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru untuk menyelamatkan kawasan penempatan eksklusif orang Melayu daripada menjadi "mangsa" pembangunan.

"Siapa (Senator Datuk) Raja Nong Chik (Raja Zainal Abidin)? Raja Kampung Barukah? Orang Melayu di Kampung Baru tidak boleh dihina seperti ini... patut beri mesej dan ajar Raja Nong Chik (agar) hormat budaya orang Melayu.

"Apa kepentingan kita di sini? PAS dan PKR, kita tiada kepentingan... ini sahaja kampung kawasan orang Melayu, biarlah ia dipertahankan. DAP pun tiada kata mahukan kawasan Kampung Baru, orang Cina pun tak mahu yang Melayu haprak ini nak mengapa? Kita Little India (di Brickfields), Little Cina (di Jalan Petaling) kita tak kacau tapi mengapa Little Melayu (Kampung Baru) ini jadi masalah? Kalau betul nak tolong bangunkan, beri pinjaman... tidak perlu nak buat perbadanan," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana gagal untuk menyekat pentadbiran Najib daripada meluluskan rang undang-undang itu.

"Sekali lagi menyaksikan dengan kekuatan majoriti Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen rang undang-undang ini telah diluluskan pada 5 Oktober lalu, di mana kami bagi pihak Pakatan Rakyat telah mencuba dengan bersungguh-sungguh dan telah habis segala ikhtiar kami sebagai manusia biasa untuk halang ia daripada diluluskan.

"Hasilnya selepas ini Dewan Negara yang akan bersidang pertengahan Disember dan ia akan diluluskan dan rang undang-undang akan digazetkan dan pemilik, pewaris dan tanah akan tertakluk masa depan dengan rang undang-undang," katanya.

Bagaimanapun tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, nasib dan masa depan Kampung Baru boleh diselamatkan sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.

"Kalau nak rang undang-undang ini ditarik balik jatuhkan BN pada pilihan raya umum ke-13 kerana dari segi amalan dan usaha kita dengan cara itu rang undang-undang ini boleh ditarik balik jika wakil rakyat mendapat mandat yang besar dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara," katanya.

Jelas Salahuddin, pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang kepentingan ke atas petempatan berusia 111 tahun itu dan segala bentuk pembangunan harus diputuskan pemilik dan pewaris tanah kawasan itu.

"Apa pun yang kami bercakap sama ada di dalam atau luar Parlimen, kami tiada kepentingan apa-apa... kalau saya bercakap soal Kampung Baru, saya tiada apa-apa, kami tiada kepentingan, kami tiada saham dan kami tiada syarikat yang berkepentingan di Kampung Baru.

"Apa yang kami buat pada hari ini sekadar tanggungjawab kami untuk melindungi dan mempertahankan hak pewaris Kampung Baru, itu sahaja," katanya.

Beliau juga berharap rang undang-undang baru yang menggantikan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 tidak akan menggadai hak pemilik dan pewaris tanah.

"Rang undang-undang yang diluluskan ini boleh buat apa sahaja, saya hanya mampu berdoa dan berharap ia tidak jadi seperti pepatah orang tua-tua, kita menang sorak kampung tergadai," katanya.

Putrajaya menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 pada 3 Oktober lalu tetapi pada hari yang sama digantikan dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 sebelum diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dua hari kemudian.

Bacaan kali kedua rang undang-undang itu telah tertangguh beberapa kali selepas dibawa ke Parlimen 14 Disember lalu ekoran protes.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Tian Chua pula berkata, langkah Putrajaya meneruskan hasrat untuk membangunkan Kampung Baru tanpa mendapat izin pemilik dan pewaris tanah sebagai satu pengkhianatan kepada orang Melayu.

"Ini adalah satu pengkhianatan apabila pemilik dan pewaris tanah hanya diberi peranan sebagai Majlis Penasihat sedangkan menteri diberi kuasa mutlak.

"Kita perlu pastikan rang undang-undang ini tidak mengkhianati anak-anak dan generasi kita pada masa depan. Dalam pandangan menteri tanah ini akan bernilai jika ia dijual," katanya.

UMNO: Harapkan pagar, pagar makan padi. Selamatkan tanah milik orang Melayu di Kuala Lumpur !

Posted: 10 Oct 2011 05:54 PM PDT

Kronologi Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (RUU PPKB) 2011

1. RUU PPKB 2010 ditarik balik pada 03/10/2011 tanpa sebarang notis

2. RUU PPKB 2011 dibentang untuk Bacaan Kali Pertama pada 03/10/2011 tanpa sebarang notis

3. RUU PPKB 2011 dibaca untuk Bacaan Kali Kedua pada 05/10/2011 tanpa notis awal

4. RUU PPKB 2011 tidak pernah dibentangkan dan dibincangkan dengan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru sebelum dibentangkan dan dibahaskan

5. Perbahasan RUU PPKB 2011 dibuat pada 05/10/2011 sebelah petang lebih kurang 5:55 petang dan diluluskan pada jam 9:37 petang

6. RUU PPKB 2011 hanya dibahaskan selama 4 jam oleh lebih kurang 7 orang Ahli Dewan Rakyat

Tiada ulasan: