Selasa, 11 Oktober 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Unifi dan Streamyx kenakan cukai 6% mulai 1 Januari

Posted: 11 Oct 2011 05:54 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti.

Hal ini disahkan sendiri oleh operator TM net yang ditugaskan untuk melayan pertanyaan pelanggan-pelanggan mereka, lapor blog really.tigaline.com.

Blog itu telah menyiarkan rakaman perbualan dengan operator TM bagi membukti perkara itu.

Ini bermakna, hanya cukai prabayar sahaja yang ditangguhkan oleh kerajaan ekoran bantahan yang dibuat oleh rakyat Malaysia baru-baru ini.

(Klik untuk dengar rakaman perbualan dengan operator TM Net)

12 September lalu, media melaporkan, cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadualkan mulai 15 September ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.

"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri di sini hari ini.

Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee.

BN bayar 200 cyber trooper?

Posted: 11 Oct 2011 05:52 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Laman-laman web berita diberikan ingatan bahawa pemimpin BN telah melantik 200 cyber trooper untuk mempengaruhi pandangan pembaca laman web dan laman sosial termasuk Facebook.

Tugas mereka adalah mempengaruhi pandangan pembaca dengan komen-komen pro kerajaan melalui laman berkenaan walaupun ia tidaklah berasaskan kebenaran.

"Tujuannya adalah untuk menghasilkan persepsi bahawa Najib Razak dan kerajaannya mempunyai penyokong yang ramai di alam siber di samping mengacau pembaca yang lain," kata satu surat pembaca yang disiarkan oleh laman The Malaysian Insider hari ini.

Sebenarnya mereka dibayar melalui cukai yang dipungut dari rakyat Malaysia, kata penulis surat itu.

"Saya mencadangkan pemilik laman web berita ini tidak menyiarkan pandangan mereka kerena mereka hanya dibayar untuk berbuat demikian dan bukannya berasaskan kebenaran atau untuk kepentingan Malaysia," tulis pembaca yang menggunakan nama Gomen Man itu.

Pakatan sokong Khalid sebagai MB Selangor

Posted: 11 Oct 2011 05:51 AM PDT

Muhammad Faizal


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali hari ini menyatakan Pakatan Rakyat dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor menyokong penuh Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) sebagai Menteri Besar.

Beliau menjelaskan isu yang dimainkan oleh media milik Umno itu hanyalah sebagai propaganda politik serta sebagai usaha memecah belah pemimpin di dalam Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor.

"Ini adalah isu yang telah lama, selama ini pun telah berlaku di mana terdapat desakan Khalid agar meletak jawatan dan bagi saya perkara seperti tidak perlu ditimbulkan kembali.

"Kita menyokong seratus peratus dan tidak pernah ada pertikaian pentadbiran Khalid sebagai Menteri Besar, bagi saya ini semua kerja media Umno apatah lagi apabila hampirnya pilihanraya,"jelasnya.

Tambahnya lagi, pentabdiran Khalid telah menaikkan martabat ekonomi negeri dan segala pungutan hasil negeri semakin bertambah begitu juga dengan program-program merakyatkan ekonomi negeri.

"Pentadbiran yang dilakukan oleh beliau amat baik dari sudut ekonomi pendapatan selangor semakin bertambah malah kita lihat program merakyatkan ekonomi negeri semuanya berjalan lancar jadi tiada sebab untuk kita mendesak beliau letak jawatan. Kita sokong sepenuhnya.

"Berkenaan dengan memorandum yang mengatakan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Khalid letak jawatan itu tidak benar dan saya sendir tidak mengetahui perkara tersebut dan semua ini hanyalah propaganda," kata beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa.

Dalam pada itu beliau menjelaskan pada mesyuarat exco yang dijadualkan esok tidak akan membincangkan perkara tersebut.

"Kita tidak akan membincangkan perkara ini dalam mesyuarat exco esok dan bagi kita itu hanyalah permainan kotor Umno dalam usaha menjatuhkan serta memburuk imej Kerajaan Negeri terutama Menteri Besar," sambungnya lagi.

Masakan royalti, dokumen pun tak bagi

Posted: 11 Oct 2011 05:48 AM PDT

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan Pusat berlaku jujur dalam isu tuntutan royalti Kelantan yang sehingga kini masih dinafikan pembayarannya.

Bercakap sewaktu membahaskan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat semalam, Salahudin Ayub (PAS- Kubang Kerian) berkata, penemuan terbaru menunjukkan Kelantan sememangnya berhak menerima pembayaran 5 peratus royalti itu.

Beliau merujuk kepada penemuan terbaru yang mendedahkan bahawa dua lagi kawasan zon minyak ditemui di Medan Bumi dan Medan Suria yang tidak masuk dalam kawasan bertindih Joint Development Area (JDA).

"(Medan Suria dan Medan Bumi) Bukan masuk JDA. Tidak lagi bertindih dengan Thailand. Kalau JDA, okey. Itu kita beri dengan Thailand dan royaltinya kita dapat bersama tetapi yang paling baru ialah Medan Bumi dan Medan Suria," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Selain itu juga ujarnya, kerajaan Kelantan juga tidak diberitahu tentang kawasan bertindih dengan Terengganu di sempadan iaitu di Medan Lawit, di Medan Damar dan Medan Bintang.

"Apa yang lebih memedihkan dan menyayat hati ialah apabila kita minta Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk apa yang dikatakan document discovery.

"Tuan Yang di-Pertua bukan minta duit lagi, hendak minta didedahkan dokumen itu, berapa banyak, berapa luas, berapa sebenarnya kuantiti hasil petroleum itu pun dinafikan hak Kerajaan Negeri Kelantan," katanya lagi.

Beliau juga menggesa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam agihan Bajet 2012 'mengenepikan perbezaan politik kepartian' kerana yang akan menjadi mangsa kepada sikap itu adalah rakyat sendiri.

"Agihan mesti diluar daripada dendam kesumat atau dendam politik...

"Ini penting kerana itu ialah wang rakyat. Itu hak negara. Hak yang kita kongsikan bersama," katanya.

Lantai konkrit bangunan pembinaan KL Sentral runtuh: Seorang cedera

Posted: 11 Oct 2011 05:41 AM PDT



KUALA LUMPUR - Lantai konkrit di kawasan pembinaan di KL Sentral runtuh pada pagi Selasa dan seorang pekerja dilaporkan cedera.

Ketika kejadian pekerja Bangladesh dilaporkan sedang menjalankan kerja-kerja menyimen di tingkat satu bangunan tersebut cedera apabila lantainya tiba-tiba runtuh pada pukul 11 pagi.

Mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan dilaporkan sedang menjalani pembedahan selepas terjatuh daripada ketinggian empat meter.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, Wan Abdul Bahari Wan Khalid berkata ketika kejadian pekerja berkenaan peralatan keselamatan.

Difahamkan bangunan yang sedang dibina sejak dua tahun lepas itu akan dikenali sebagai 'Nu Sentral' mempunyai lebih 500 pekerja yang melakukan kerja-kerja pembinaan bermula pada 2009.

Ia dijangka siap sepenuhnya tahun depan.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Christopher Chong Hon Fah berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11 pagi dan sebuah jentera dengan lebih 30 anggota terlibat dalam menyelamatkan mangsa.

"Kita mengambil masa satu jam meronda di kawasan kejadian untuk memastikan tiada mangsa lain yang terlibat," katanya.- mStar

RM94 juta untuk publisiti ‘tipu’: Najib dihentam burukkan negara

Posted: 11 Oct 2011 05:39 AM PDT

Stan Lee, Malaysia Chronicle


Perdana Menteri Najib Razak membayar RM94 juta kepada penasihat media UK FBC Media untuk beberapa artikel yang sengaja menunjukkan negara dan pentadbirannya lebih baik daripada yang sebenar.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dibangkitkan di Parlimen oleh MP Batu Tian Chua, Najib akhirnya mengakui pembayaran itu adalah untuk "servis nasihat dan pengurusan untuk kempen komunikasi".

Penipuan RM94 juta

Semenjak laman web Sarawak Report memberitahu berita itu, Najib enggan mengulas tentang FBC, yang sedang disiasat oleh pelaras industri UK kerana menyiarkan propaganda yang dibayar dalam samaran berita bebas.

Pada hari Selasa, Najib memberitahu kerajaan telah membayar 19.6 juta Euro (RM94 juta) kepada syarikat penasihat media FBC Media untuk tempoh tiga tahun semenjak 2007.

Beliau juga mengakui menyuruh FBC Media untuk menghasilkan program-program 'berkilat' untuk disiarkan di BBC di bawah segmen barunya, yang dikatakan pakar sama seperti penyelewengan berita.

"Kontrak tahunan itu diperbaharui dua kali dan diberhentikan pada tahun 2010. Nilai kontrak itu selama tiga tahun adalah 19.6 juta Euro," kata PM dalam jawapan bertulisnya. "Pembikinan dan penyiaran rancangan-rancangan mengenai Malaysia di media antarabangsa adalah sebahagian daripada usaha untuk memperbaiki profil Malaysia di peringkat antarabangsa, seperti yang ditulis di dalam kontrak dengan FBC Media."

Minta maaf dan ambil tanggungjawab

Selain daripada pelaras industri UK, FBC telah digantung dan berada di bawah penyiasatan dalaman oleh penyiar-penyiar antarabangsa seperti CNBC, BBC, dan majalah US The Atlantic.

Ahli-ahli perundangan PKR marah di atas cara Najib yang mengelak daripada memberikan statistik, dan enggan meminta maaf atau mengambil tanggungjawab kerana memburukkan imej negara.

"Kita nampak bil tinggi untuk penasihat luar negara APCO, McKenzie dan sekarang FBC Media. APCO dikaitkan dengan elemen Zionis manakala FBC terlibat dalam tindakan-tindakan tidak beretika," Tian memberitahu Malaysia Chronicle.

"Jelas sekali, kita tidak senang dengan perbelanjaan ini. BN tidak berani untuk menyiasat Najib. Rakyat mesti meminta penjelasan untuk mengelak daripada perbelanjaan yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk menaikkan imejnya sendiri."

Selain daripada FBC, Najib juga membayar sekurang-kurangnya RM77 juta kepada syarikat New York APCO. Sekiranya bayaran untuk McKenzie disekalikan, katanya jumlah bil dengan senangnya menjangkau RM200 juta.

Bil FBC diikuti oleh satu lagi bil mengejut, didedahkan oleh kementerian luar negeri pada hari Selasa.

Najib dan isterinya Rosmah Mansor menghabiskan RM1 juta semasa perjalanan mereka ke Kazakhstan baru-baru ini, di mana mereka didakwa membawa bersama tetamu peribadi dengan menggunakan duit rakyat untuk menghadiri majlis pertunangan anak perempuan mereka.- Malaysia Chronicle

Bil mengejut! Belanja perjalanan ke Kazakh lebih RM1 juta

Posted: 11 Oct 2011 05:38 AM PDT

Stan Lee, Malaysia Chronicle


Perjalanan kontroversi Perdana Menteri Najib Razak ke Kazakhstan bejumlah lebih daripada RM1 juta, kata kementerian luar negeri di Parlimen hari Selasa, terus menimbulkan kekecohan kenapa jumlahnya begitu besar.

"Saya akan meminta penjelasan daripada PM kenapa begitu banyak wang dibelanjakan," kata MP Batu Tian Chua kepada Malaysia Chronicle dalam reaksi segeranya.

Menurut kementerian, jumlah perbelanjaan mencecah RM1,072,213.22, adalah untuk PM dan pengiringnya menghadiri World Islamic Economic Forum.

Perjalanan itu cuma mendapat 5 urusan yang samar dan Najib serta isterinya Rosmah Mansor didakwa menjadualkan perjalanan rasmi itu bersamaan dengan pertunangan anak perempuan mereka Nooryana dengan anak lelaki keluarga kaya Kazakh.

Siapa yang pergi, perincian mesti dijelaskan

Sewaktu perjalanan pada bulan Jun itu, rakyat Malaysia bereaksi dengan kejutan dan rasa tidak percaya di atas kelakuan pasangan itu. Spekulasi memuncak bahawa mereka membawa bersama tetamu-tetamu peribadi di dalam pengiring mereka, yang berjalan kelas pertama menggunakan duit rakyat.

"PM harus lebih bertimbang rasa dalam membelanjakan duit titik-peluh rakyat. Kerajaan harus mengeluarkan perincian perbelanjaan. Adakah orang-orang yang tidak ada kena-mengena termasuk dalam pengiring mereka dan adakah perbelanjaan yang tidak patut berlaku? Ini mesti didedahkan untuk orang awam," Naib Presiden PKR N Surendran memberitahu Malaysia Chronicle.

Cincin api

Akibat perjalanan ke Kazakh itu, lebih banyak kerosakan berlaku terhadap imej Malaysia selepas akhbar Indonesia Kompas mendakwa ibu mertua Nooryana, Maira Nazarbayev mempunyai hubungan dengan mafia Russia.

Juga dilaporkan cincin berlian bernilai RM24 juta, yang telah disahkan kewujudan dan kemasukannya ke dalam negara oleh Kastam Malaysia, dibawa masuk untuk Rosmah sebagai hadiah daripada Maira, yang kerap ke Monte Carlo, tempat kunjungan orang-orang berada dan terkenal. Walau bagaimanapun, persembangan di kedai-kedai kopi di Kuala Lumpur mengatakan cincin itu adalah hadiah daripada taukeh besar Cina Malaysia. Malaysia Chronicle

Dia yang tiada rancangan

Posted: 11 Oct 2011 05:28 AM PDT

P Dinesh, Malaysia Chronicle


Memburu satu gambaran yang sesuai tentang belanjawan yang dibentang Najib tempoh hari, kita akhirnya akur dengan 'kerja bodoh'. Tiada seseorang pun di dalam Kementerian Kewangan yang sarat dengan pekerja, mahupun pemimpin mereka yang gagal, ambil peduli berfikir tentang cabaran getir yang melanda negara ini. Dengan penuh api kemarahan, Najib dengan selamba menamakan belanjawan itu sebuah transformasi negara, dengan beberapa pengecualian.

Pekerjaan

Bagaimanakah belanjawan ini dapat melahirkan pekerjaan baru?

Berapakah jumlah pekerjaan yang bakal diberikan?

Apakah pekerjaan ini terletak di dalam sektor gaji tinggi?

Apakah pekerjaan yang dilahirkan ini hanya untuk pekerjaan dari negera luar?

Pengindustrian

Apakah bentuk industri baru yang akan kerajaan galakkan di Malaysia?

Apakah bentuk insentif dan faedah yang ditawarkan kepada industri-industri ini?

Alam sekitar

Apakah inisiatif (yang didukung dioleh Belanjawan) kerajaan dalam usaha melindungi alam sekitar?

Apakah bentuk pelaburan yang akan kerajaan lakukan untuk mempromosi teknologi hijau dan industri berkaitan?

Golongan miskin

Golongan miskin memerlukan pekerjaan yang bergaji tinggi dan diberikan pelatihan, bukan pekerjaan 'pakai-buang' dan pembahagian faedah yang tidak sama rata. Malang sekali kerajaan memperlakukan golongan miskin seperti peminta sedekah. Kita secara tak langsung kembali ke zaman jahil dan Najib melambung syiling di depan rakyat jelata dalam menentukan nasib mereka.

Apakah rancangan kerajaan dalam meningkatkan kuasa seunit rumah yang berpendapatan bawah RM3,000?

Harga meningkat

Harga barang makanan dan barang utama lain meningkat dari hari ke hari. Peningkatan ini berlaku lebih dari apa yang dijamin oleh kerajaan. Ini merupakan isu utama yang membebankan rakyat jelata. Isu ini akan menjadi lebih teruk, kerana kerajaan merancang untuk menerus bukan meningkatkan subsidi barang untuk meringankan beban rakyat.

Apakah rancangan kerajaan membanteras kenaikan harga barang?

Bagaimankah kerajaan merancang untuk menurunkan harga barang dan barang utama?

Golongan kurang upaya

Tiada langkah-langkah kukuh disediakan untuk golongan kurang upaya. Kerajaan sepertinya tidak langusng menghiraukan golongan ini baik dari secara objektif mahupun kehendak membantu golongan kurang bernasib baik ini. Kami mencadangkan polisi 100% pekerjaan kepada semua golongan kurang upaya yang mampu bekerja. Kita punya banyak syarikat berkaitan kerajaan yang boleh menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.

Pekerja sektor perhubungan awam

Pekerja sektor perhubungan awam akan diberikan imbuhan gaji setengah bulan, ganjaran sekadar cukup makan. Pihak kerajaan yang mana pengurusan ekonominya yang buruk tidak mampu menghadiahkan para pekerja ini dengan bonus yang setimpal. Apa sahaja duit yang tidak sempat disedut keluar, hilang melalui korupsi.

Pada akhirnya, rakyat jelatalah yang menjadi mangsa keadaan ini. Walaupun ada orang beranggapan ada beberapa perkara yang akan tertunai dalam tempoh singkat, perkara ini akan menyebabkan mereka terlopong mulut nanti. Sebagai contoh, sesiapa pekerja sektor perhubungan awam yang menerima bonus RM500 seperti yang dijanjian akan merasa tertekan apabila kuasa membeli semakin dirasai kerana kadar inflasi yang meningkat.

Apa yang jelas dari belanjawan ini ialah kerajaan BN sudah kalah dan terdesak. Mereka tidak mempunyai satu pun cara memperbaiki ekonomi negara yang semakin merudum. Mereka-mereka ini cuba menaikkan syahwat diri sendiri dalam minit-minit terakhir perjuangan.

Kemungkinannya, Najib dikelilingi beberapa pemikir jangka pendek yang tidak melihat melepasi jangka waktu pemerintahannya sahaj; tapi rakyat Malaysia perlu melihat jangka panjang yang BN akan terus merobek kantung ekonomi negara sekiranya mereka terus dibenarkan bernafas lagi mentadbir. - Malaysia Chronicle

Pemuda PAS: Pastikan universiti tempatan antara terbaik di dunia

Posted: 11 Oct 2011 05:26 AM PDT

Riduan Mohd Nor


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa kerana universiti tempatan tidak berjaya menempatkan diri dalam senarai 400 buah universiti terbaik di dunia dalam kedudukan Times Higher Education (THE) baru-baru ini. Lebih menyedihkan kerana Malaysia jauh tertinggal berbanding dengan negara Asia seperti Hong Kong, Jepun dan China malah negara jiran seperti Singapura dan Thailand.

DPPM berpendapat, kerajaan tidak serius dalam usaha melahirkan universiti tempatan setaraf dengan universiti terbaik dunia yang lain. Sedangkan dalam kehebatan teknologi dan kestabilan ekonomi negara kita, sepatutnya universiti tempatan boleh menandingi kehebatan universiti terbaik setidak-tidaknya dari Asia atau negara jiran yang lain.

Antara kekangan seperti yang diutarakan oleh Menteri Pengajian Tinggi adalah kerana universiti tempatan kurang terlibat dengan penyelidikan berimpak tinggi. Dalam hal ini, DPPM berpendapat kerajaan perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam menyediakan segala keperluan dan infrastruktur bagi mewujudkan penyelidikan tinggi di peringkat universiti. Universiti-universiti tempatan perlu digalakkan terlibat kajian secara meluas dan mendalam dan kerajaan beri sokongan kewangan secara berterusan.

Kerajaan perlu menggalakkan pelajar mahupun universiti tempatan sendiri belajar bagaimana universiti terbaik dunia mendapat pengiktirafan mereka. Sistem pengajian disamping kualiti yang diterapkan oleh universiti terbaik dunia juga boleh diambil perhatian. Selain itu, kerajaan juga perlu meletakkan kualiti akademik yang standard serta sasaran misi jangka panjang agar universiti tempatan kita mampu bersaing dan mendapat tempat antara yang terbaik di dunia.

DPPM bimbang kesan daripada ini, universiti tempatan tidak lagi mendapat tempat di hati masyarakat antarabangsa. Kualiti universiti tempatan tidak diperakui malah mungkin akan dipertikaikan. Pelajar tempatan pula akan memilih universiti luar negara sebagai tempat mereka menimba ilmu. Lebih dari itu, pelajar-pelajar ini tidak pulang ke negara kita selepas tamat pengajian kerana "jatuh hati" dengan negara tempat mereka belajar.

DPPM mengharapkan kualiti pendidikan tinggi di negara ini dijaga dan dipertingkatkan bagi memberi kepercayaan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia juga mampu bersaing dengan universiti lain di dunia. Ia juga penting bagi memberi keyakinan kepada pelajar khususnya pelajar dari luar negara agar mereka memilih universiti tempatan kita.

*Kenyataan media oleh Riduan Mohd Nor selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Pemimpin Umno sepakat pilihan raya tahun depan

Posted: 11 Oct 2011 05:24 AM PDT

"Kalau dalam masa terdekat, saya rasa tidak," kata ahli parlimen Kota Belud ketika dihubungi hari ini.



PETALING JAYA: Beberapa pemimpin Umno meramalkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan diadakan pada awal atau pertengahan tahun depan.

Setiausaha Umno Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahalan berkata, beliau berkeyakinan PRU akan diadakan dalam tempoh enam bulan dari sekarang iaitu selepas Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) selesai membahaskan isu penambahbaikan dalam sistem piilihan raya di Malaysia.

"Kalau dalam masa terdekat, saya rasa tidak," kata ahli parlimen Kota Belud itu ketika dihubungi hari ini.

PSC yang dianggotai oleh lima ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN), tiga Pakatan Rakyat dan seorang bebas dijangka memulakan perbahasan akhir bulan ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Penerangan Perdana BN Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semalam bahawa PRU 13 sangat dekat.

Walaupun beliau tidak menyebut tarikhnya tetapi secara berseloroh berkata 'sehari dua lagi'.

Manakala Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, isyarat pilihan raya sudah kelihatan sekarang.

"Isyarat yang biasa menandakan pilihan raya semakin hampir ialah apabila ada ucapan dari perdana menteri ke arah itu dan gerakan jentera pilihan raya bermula. Jadi mengambil kira faktor-faktor itu, saya kira PRU ke 13 tidak lama lagi," katanya.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, Najib perlu membubarkan Parlimen selepas dapat mendaftarkan semua penerima bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan RM3,000 sebulan.

"Jika janji ini dapat dilaksanakan tepat pada masanya maka sokongan kepada BN akan meningkat secara mendadak. Tetapi, jika janji itu tidak dibuat, ia akan memberi kesan buruk kepada BN. Orang akan kata, janji Perdana Menteri tidak boleh dipercayai," katanya.

Bulan, bintang, cakerawala dari Najib

Posted: 11 Oct 2011 05:22 AM PDT

Jelas, inilah bajet kuasa rakyat apabila mula wujud perasaan takut parti peneraju kerajaan hari ini dari dikucilkan dari tampuk kuasa oleh rakyat dalam pilihan raya nanti.



Ada yang berpendapat, Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini adalah bajet pilihan raya yang bermotifkan untuk memancing undi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti.

Tidak kurang juga bagi penyokong Pakatan Rakyat (PR) pula menganggapnya sebagai bajet cedok kerana mencedok dari Bajet Bayangan PR yang dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelumnya.

Bagi pemimpin-pemimpin kerajaan pula, sudah semestinya dengan senang hati menamakan bajet ini sebagai bajet rakyat.

Tiada yang salahnya bagi mana-mana pihak yang beranggapan sedemikian apatah lagi memandangkan mereka mempunyai fakta tersendiri untuk mengaitkan bajet tersebut dengan apa yang mereka tafsirkan.

Walau apa pun tafsiran umum terhadap bajet ini, hakikatnya ianya adalah 'bajet kuasa rakyat' atas dasar percaya bajet ini dibentangkan atas dasar ketakutan pihak pemerintah kepada kuasa rakyat di negara ini.

Apapun yang menariknya, bajet kuasa rakyat yang julung-julung kali dibentangkan ini memberi faedah kepada banyak lapisan masyarakat dalam menghadapi beban peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat, lebih-lebih lagi bagi golongan berpendapatan rendah.

Walaupun dalam pembentangan tersebut Najib menyatakan kerajaan tidak janjikan bulan, bintang dan cakerawala namun bajet pemurah itu sendiri merupakan sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana warganegara negara ini yang waras akalnya.

Apatah lagi datangnya dari kerajaan BN yang pernah menaikan harga petrol sehingga RM2.90 seliter, harga makanan asasi melambung tinggi, bercita-cita untuk menguatkuasakan GST (Cukai Barangan dan perkhidmatan), merasionalisasikan (baca: mansuhkan) subsidi dan lain-lain.

Sungguh! Semacam sukar hendak percaya Bajet 2012 atau bajet kuasa rakyat lalu datangnya dari kerajaan Barisan Nasional!

Tidak kiralah walaupun ada yang berpendapat bajet kali ini lebih dipengaruhi pertimbangan kepentingan politik berbanding pertimbangan ekonomi negara, ia tetap disambut baik oleh rakyat.

Masakan tidak dianggap sedemikian, tatkala ekonomi dunia dilihat semakin tidak menentu, negara lain termasuklah negara maju terus berhati-hati berbelanja bagi mengawal defisit.

Sebaliknya pula secara tiba-tiba kerajaan negara ini yang sedang menanggung beban hutang yang tinggi ini pula menghamburkan perbelanjaan yang besar dalam bajet kali ini.

Ironinya dengan ungkapan Najib, bagi golongan yang sebelum ini tidak pernah tersentuh dalam bajet-bajet tahun sebelumnya, menganggap bajet kali ini umpama bulan, bintang dan cakeralawala jatuh ke riba.

Kesan tsunami politik

Masyarakat negara ini harus sedar, inilah nikmatnya apabila kerajaan mula celik mata dan tidak lagi memandang rendah terhadap kuasa yang dimiliki rakyat terbanyak.

Kalaulah rakyat negara ini masih lagi berterusan memberikan sokongan membuta tuli kepada kerajaan seperti yang sudah-sudah, belum tentu lagi kita dapat menikmati bajet seumpama ini.

Kalaulah kerajaan hari ini berjaya meraih kemenangan dalam PRU-12 lalu secemerlang kemenangan besar dalam PRU 11 pada 2004 lalu, tidak usahkan bulan, bintang dan cakerawala, bahkan durian sekalipun takan gugur-gugur.

Juga kalaulah ketika ini BN masih menguasai dua pertiga kerusi di parlimen, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah selain Kelantan tidak jatuh ke tangan PR dalam PRU-12 lalu tidak usahlah bermimpi untuk mendapat habuan dalam bajet ini.

Jelas, inilah bajet kuasa rakyat apabila mula wujud perasaan takut parti peneraju kerajaan hari ini dari dikucilkan dari tampuk kuasa oleh rakyat dalam pilihan raya nanti.

Ini semua gara-gara kesan kebangkitan kuasa rakyat yang tercetus dalam tsunami politik dalam PRU-12 lalu yang dianggap oleh kebanyakan pemimpin kerajaan umpama mimpi buruk.

Jesteru itu sebagai masyarakat yang mula celik dan makin bijak menilai, janganlah mudah dimanipulasikan dengan bulan, bintang dan cakerawala yang turunnya lima tahun sekali ini.

Pastikan ahli-ahli politik yang sebenarnya tidaklah sebijak mana ini tahu akan keampuhan kuasa rakyat dan sedar bahawa mereka hanyalah sekadar macai-macai kepada tuan di negara ini iaitu rakyatnya, tidak lebih dari itu. Hidup rakyat! - FREE MALAYSIA TODAY

Pakatan tadbir S’gor secara telus

Posted: 11 Oct 2011 05:19 AM PDT

Kerajaan negeri berjaya menambah simpanan rezab kepada RM1.1 bilion dalam masa kurang dari lima tahun pemerintahan.



PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah membuktikan kepada rakyatnya bahawa negeri termaju di Malaysia ini boleh ditadbir secara telus, tanpa rasuah, kronisme, pelobi dan orang tengah.

Dalam satu kenyataan media, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menunjukkan cara pentadbiran yang mengamalkan prinsip "Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa."

Menurutnya, melalui prinsip pentadbiran ini, Selangor berjaya menambah simpanan rezab negeri kepada RM1.1 bilion dalam masa kurang dari lima tahun pemerintahan.

"Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menanggung kerugian sejak ditubuhkan, buat pertama kali dalam sejarah, tahun ini telah mencatatkan keuntungan RM11 juta.

Namun beliau mengakui terdapat sesetengah pemimpin dalam Pakatan sendiri yang tidak biasa dengan cara ini hingga ada yang mengatakan beliau (Khalid) mentadbir negeri Selangor seperti menguruskan sebuah syarikat korporat.

"Golongan ini sangat kecil jumlahnya namun bersuara agak lantang mungkin kerana kedudukan mereka di dalam parti dan mungkin juga dalam masyarakat.

"Pada saya, korporat atau tidak, rakyat mahukan pentadbiran yang berlandaskan ketelusan, kebertanggungjawab, bebas rasuah dan adil yang tidak pernah dipraktikkan Barisan Nasional (BN) sepanjang memerintah Negeri Selangor," jelas beliau.

Mengenai percubaan terbaru blog pro Umno yang bersubahat untuk menjatuhkan Menteri Besar, Faekah berkata, sebagai Setiausaha Politik, sudah pasti saya akan pertahankan kedudukan MB jika beliau diserang oleh mana-mana pihak; lawan mahupun kawan.

"Justeru, saya berani mengatakan dakwaan yang dibuat portal berita nyamuk tersebut hanyalah tuduhan tidak berasas dan mempunyai agenda tersendiri.

Beliau menjelaskan bahawa mempertahankan seorang pemimpin yang baik, bersih, telus serta komited terhadap kehendak rakyat adalah ibadah.

"Mana mungkin portal picisan tersebut memanggil saya sebagai dalang sedang seorang dalang adalah merujuk kepada mereka yang ingin menjatuhkan seseorang pemimpin bukan mempertahankannya," ujar beliau.

Isu Kg Baru dalam manifesto Pakatan

Posted: 11 Oct 2011 05:08 AM PDT

Umno yang selama ini melaungkan slogan membela Melayu kini menjadi pengkhianat Melayu.



PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) mahu menjadikan isu Kampung Baru termaktub di dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Hasrat itu disuarakan Ketua Penerangan DPMM, Riduan Mohd Nor yang menyifatkan cadangan itu penting bagi membuktikan Pakatan Rakyat adalah parti yang mampu melaksanakan kata-kata dan bukan berlandaskan retorik.

DPPM juga katanya menyambut baik hasrat Pakatan untuk membatalkan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lalu.

"Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 menjadi saksi dan bukti bahawa Umno yang selama ini melaungkan slogan membela Melayu kini menjadi pengkhianat Melayu.

"Rakyat sudah tidak boleh memaafkan kesalahan pemimpin Umno yang sanggup menggadaikan tanah warisan orang Melayu di Kuala Lumpur ini kepada Perbadanan yang akan menentukan nasib orang Melayu Kampung Baru.

"Jika masyarakat India boleh berbangga dengan adanya Little India di Brickfields, bangsa Cina boleh bangga dengan adanya Petaling Street khusus untuk orang Cina, apakah salah orang Melayu memiliki Kampung Baru?," soalnya.

Menurut beliau, pemimpin Umno yang sebangsa dengan orang Melayu hanya membela golongan elit sahaja.

"Orang-orang Melayu pasti akan berduka memikirkan nasib mereka yang semakin samar dan tidak menentu. Beberapa kampung di sekitar Kuala Lumpur bakal menjadi mangsa seterusnya 'pembangunan' hasil kegopohan sang penguasa.

"Tidak ada jaminan kampung-kampung Melayu yang lain tidak diambil alih dengan sewenang-wenangnya. Orang Melayu Kuala Lumpur dianggap merempat dan tiada nilai disisi masyarakat.

"Mereka yang bersetinggan sejak sekian lama bukan setakat tidak dibantu, malahan habis dibersihkan. Orang Melayu hanya layak duduk dikampung-kampung dengan mengusahakan kerja-kerja pertanian dan penternakan sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perkara itu turut disokong Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Titiwangsa (DPPKT), Mohamad Suhaimi Abdul Aziz yang menjelaskan mengenai kegagalan Umno dalam membela nasib orang Melayu dan sanggup mengenepikan suara sebangsa mereka.

Tanah Kampung Baru seakan 'berhantu' yang mesti dibersihkan dan dipindah milik. Bagi Umno, tidak ada jalan lain melainkan ia mesti diambil dan rakyat mesti menerimanya," katanya.

DPPKT juga berharap agar Pakatan melaksanakan janji memandangkan isu Kampung Baru bukan untuk dipolitikkan mahupun meraih sesuatu kepentingan.

Noh: Bekalan beras cukup, tak perlu pembelian panik

Posted: 11 Oct 2011 05:03 AM PDT


MALAYSIA KINI

Bekalan beras dijamin mencukupi dan harga tidak akan naik, sehubungan itu rakyat dinasihatkan tidak membuat pembelian panik, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

NONEBeliau berkata meskipun negara pengimport utama beras negara iaitu Thailand dilanda banjir teruk, tetapi ia tidak akan menjejaskan bekalan beras negara.

"Jadi tidak perlu untuk membuat sebarang spekulasi atau pembelian panik kerana situasi di Thailand tidak akan memberi kesan secara drastik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar 'Herbs: Extracting Intellectual Property Values From Herbs' di Putrajaya hari ini.

Noh berkata, bekalan beras mencukupi kerana perjanjian hadapan yang ditandatangani dengan Thailand sebanyak 307,000 tan metrik setahun dan negara itu sudah pun siap menyediakan stok bekalan seperti yang dijanjikan.

"Separuh bekalan sudah berada dalam negara dan selebihnya berada di tempat yang selamat di Bangkok yang tidak terlibat dengan banjir serta akan dibawa masuk dalam waktu terdekat," katanya.

Selain itu, Noh berkata negara tidak hanya bergantung kepada bekalan daripada Thailand sahaja, bekalan makanan tersebut turut diimport dari negara lain seperti India, Vietnam, Pakistan, Uruguay dan Argentina.

riceJumlah bekalan beras dalam negara keseluruhan ialah sebanyak satu juta tan metrik dengan meliputi simpanan bekalan kerajaan, stok dagangan Bernas, stok pengilang, pemborong dan peruncit serta bekalan boleh bertahan untuk tempoh lima hingga enam bulan.

Noh berkata permohonan Bernas untuk menambah jumlah import beras sebanyak 200,000 tan metrik lagi sudah diluluskan, bagaimanapun kelulusan itu tidak kena mengena dengan situasi banjir di Thailand.

"Permohonan itu sudah lama sebelum kejadian banjir lagi dan Bernas akan mendapatkan bekalan itu dari negara-negara lain," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Thailand mengumumkan bekalan beras negara itu mungkin kekurangan 4 juta tan metrik ekoran bencana banjir yang disifatkan paling buruk melanda negara tersebut.- Bernama

MB: Sokong, tak sokong perkara biasa

Posted: 11 Oct 2011 05:00 AM PDT


Abdul Rahim Sabri
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menganggap desakan yang mahu beliau berundur sebagai perkara biasa dalam sesebuah organisasi.

"Ini biasalah cerita-cerita. Kalau dalam kumpulan ini, ada orang setuju, ada orang tak setuju.

"Tak apalah, kita teruskan perjuangan kita," kata Khalid mengulas dakwaan sebuah laman berita baru AntaraPos yang dilihat anti pentadbirannya.

Laman itu semalam melaporkan terdapat sekumpulan wakil rakyat PKR mendesak Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memecat Khalid sebagai menteri besar Selangor.

Melalui memorandum pada Mei lalu, mereka dilaporkan merungut berhubung prestasi kepemimpinan PKR di Selangor yang dikatakan tertinggal jauh berbanding Pulau Pinang pimpinan DAP.

AntaraPos.com ditubuhkan sekumpulan wartawan dan pemimpin pembangkang yang mengaku pro-Anwar tetapi kritikal terhadap PKR.

Nafi desakan dalaman

Ditemui Malaysiakini selepas ceramahnya di Kampung Baru, di ibu negara malam tadi, Khalid berkata, dalam PKR terdapat perbincangan dan penjelasan berhubung perkara itu dan menunjukkannya sebagai parti yang terbuka.

"Orang boleh berbincang, orang boleh menyokong, (atau) tak menyokong, semua adalah," katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan terdapat desakan dalaman supaya beliau meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Malah, tambahnya lagi, beliau "tidak jumpa" sebarang memorandum yang dikatakan dikemukakan pada kongres PKR Mei tahun lalu.

"Saya tidak jumpa memorandum itu. Tapi saya juga selalu berbincang mengenai perkara ini.

"Sebab, dalam apa-apa persatuan pun, ada yang sokong, ada yang tidak sokong. Itu memang biasa," kata Khalid lagi.

Inkuiri BERSIH: Wanita dikasari, dakwa saksi

Posted: 11 Oct 2011 04:57 AM PDT


Hafiz Yatim

Inkuiri awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan tindakan kekerasan yang digunakan oleh polis ketika perhimpunan BERSIH 2.0, bermula hari ini dengan seorang saksi mendakwa beliau terlihat seorang wanita ditolak secara kasar sehingga tersungkur di jalan.

NONEKenneth Steven Chan Wen Chin memberitahu siasatan bahawa beliau menaiki LRT dari stesen Kelana Jaya untuk ke stesen Dang Wangi pada kira-kira jam 3 petang 9 Julai lalu.

"Saya mahu turun di stesen LRT Pasar Seni tetapi ia telah ditutup. Saya mengiringi teman wanita saya yang bekerja dengan media dan kami berjalan di Jalan Pudu menghala ke arah Maybank. Ini adalah pengalaman pertama saya terbabit dengan perhimpunan.

"Saya berpakaian kuning dan melihat sekumpulan orang yang memberi amaran bahawa gas pemedih mata sedang dilepaskan. Kami kemudiannya berlari menuju ke Jalan Tun Sambanthan di mana kami mendengar polis menjerit "Tangkap, tangkap!

"Kemudian saya lihat mereka menangkap seorang wanita Melayu dengan kasar. Kepalanya ditolak ke atas jalan raya," dakwanya.

Wanita itu kemudiannya dilepaskan setelah mengenalkan dirinya sebagai kakitangan TV Selangor, katanya.

bersih rally 090711 police kick protestor story imageMenurut saksi itu lagi, teman wanitanya sempat merakamkan gambar-gambar kejadian itu tetapi pihak polis dengan kasar dalam menolak kamera ke mukanya.

Chan juga mendakwa melihat beberapa anggota polis yang lain menendang seorang budak Cina di Jalan Pudu dan sempat merakamkan kejadian itu.

"Polis juga memberi amaran kepada kami supaya tidak mengambil gambar atau tidak kamera kami akan dipecahkan.

"Budak yang dibelasah itu membalas kata-kata anggota polis dan mereka menyerbunya," kata saksi itu lagi.

Chan adalah saksi pertama memberi keterangan dalam siasatan Suhakam untuk menentukan sejauh mana kekerasan digunakan pada perhimpunan BERSIH itu.

NONEPanel tersebut diketuai oleh naib presiden Suhakam sendiri, Professor Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu pesuruhjayanya Professor Dr Mahmood Zuhdi dan Detta Samen.

Majlis Peguam diwakili oleh Roger Chan, dan Richard Wee manakala pihak polis pula diwakili oleh ASP N Rajagopal dan ASP Lim Chee Wah.

MCA bidas blog papar porno kaitkan dengan Beliawanis

Posted: 11 Oct 2011 04:48 AM PDT


MALAYSIA KNI
Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong hari menyelar tindakan blog propembangkang yang memaparkan gambar lucah wanita dan mengaitkannya dengan Beliawanis MCA.

"Sebagai Ketua Pemuda saya sangat sedih dengan gelagat dan tindakan yang jelas tidak berertika itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

mca youth agm 011011 wee ka siongWee berkata beliau menerima laporan daripada Beliawanis MCA mengenai perkara itu dan ada di antara anggotanya yang menangis kerana dimalukan sedemikian rupa.

"Adakah menjadi satu kesalahan untuk mereka menyertai politik dan menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) sebagai pendedahan hingga menjadi sasaran pembangkang?" kata Wee.

Beliawanis adalah cabang Wanita MCA khusus untuk wanita yang berumur 18 hingga 35 tahun.

Kehadiran beberapa wanita muda yang dilaporkan anggota Beliawanis MCA sebagai pemerhati pada AGM Pemuda MCA baru-baru ini menjadi tajuk utama akhbar berbahasa Cina.

Isu itu juga dibangkitkan beberapa blog yang tidak percaya wanita muda berkenaan anggota Beliawanis MCA dan mendakwa mereka sekadar penghias majlis.

Mengulas lanjut, Wee berkata peguam Pemuda MCA sedang mengkaji kemungkinan mengambil tindakan kepada pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah tersebut. Bernama

Kes saman fitnah Mat Sabu ke atas Utusan - 3 Nov

Posted: 11 Oct 2011 04:47 AM PDT

MALAYSIA KINI

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 3 Nov ini untuk pengurusan kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu (M) Berhad berhubung penyiaran artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.

NONEHakim Datuk John Louis O'Hara menetapkan tarikh tersebut selepas menemui peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Mohamad Sabu sementara Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu yang dinamakan defendan pertama dan kedua diwakili peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, di dalam kamarnya.

Firoz ketika ditemui media memaklumkan pihaknya akan memasukkan pembelaan terhadap penyataan tuntutan yang difailkan sebelum atau pada tarikh tersebut.

Mohamad Sabu, 57, selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 14 Sept lalu melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menerusi sistem e-filing di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi.

NONEMenurut penyataan tuntutan yang diperolehi media hari ini, Timbalan Presiden PAS itu mendakwa kedua-dua defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos lalu dan dua bahan terbitan pada keesokan harinya yang berbaur fitnah.

Penerbitan ketiga-tiga artikel adalah berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor.

Beliau mendakwa penyiaran bahan-bahan tersebut telah secara tidak langsung menunjukkan bahawa dirinya menyokong komunis, telah terkeluar dari ajaran dan akidah Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai pengganas komunis.

Akibat daripada itu, Mohamad Sabu mendakwa dirinya terasa malu dan aib serta kesengsaraan dari segi maruah, kredibiliti dan juga reputasinya. Beliau juga mendakwa telah menanggung penderitaan akibat menerima khidmat pesanan ringkas yang mengandungi ugutan jenayah terhadap dirinya dan keluarga serta ancaman supaya dirinya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

pengukir nama johor mat sabu 050911Selain itu, beliau turut mendakwa menerima ancaman agar kewarganegaraan beliau dilucutkan di samping didakwa di mahkamah atas dakwaan menghasut atau menghina Yang di-Pertuan Agong.

Mohamad Sabu turut mendakwa tindakan defendan-defendan menerbitkan kesemua artikel terbabit bertujuan untuk mensensasikan berita, melariskan penjualan akhbar bagi mendapatkan faedah kewangan dan bagi mendatangkan keuntungan politik kepada parti politik Umno.

Oleh itu, plaintif menuntut satu jumlah ganti rugi am, teladan dan melampau yang tidak ditetapkan jumlahnya serta satu perintah mahkamah agar semua defendan memohon maaf serta menarik balik tuduhan fitnah ke atas dirinya.

Plaintif turut memohon penarikan tuduhan fitnah itu dibuat selamat tiga hari di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia selain kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.- Bernama

Ahmad Jais meninggal dunia

Posted: 11 Oct 2011 04:40 AM PDT


MALAYSIA KINI

Penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) kira-kira pukul 9.20 pagi ini dipercayai akibat masalah paru-paru.

Allahyarham Ahmad Jais berusia 75 tahun.

NONEMenantunya, Amirul Izwan Razak, 28, berkata jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam hari ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu "Selamat Hari Raya" dan "Budi Setahun Segunung Intan" yang dinyanyikan bersama Kartina Dahari itu dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua minggu lepas kerana kesukaran bernafas.

Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009.

Penyanyi yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lepas, tetapi sakitnya mula serius pada malam 20 Sept lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di Shah Alam.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC untuk rawatan lanjut.

Persembahan terakhir Allahyarham ialah pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.- Bernama

Sidang parlimen sehari sebelum Deepavali dikritik

Posted: 11 Oct 2011 04:11 AM PDT


Hazlan Zakaria

Anggota parlimen DAP menyatakan perasaan tidak senang dengan sidang parlimen yang bersidang sehingga 25 Oktober, sehari sebelum perayaan Deepavali.

NONESehubungan itu, ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran memohon Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz agar tidak mengadakan sidang Parlimen pada 25 Okt berikutan Hari Deepavali pada keesokkannya, 26 Okt.

"Jika Parlimen bersidang pada 25 Okt, ia akan menyukarkan ahli parlimen berbangsa India kerana pada hari itu para penganut Hindu bersembahyang dan berkumpul bersama keluarga, satu amalan bagi penganut Hindu untuk bersembahyang bagi kaum keluarga yang telah meninggal dunia pada ambang Deepavali dan berkumpul setahun sekali dengan anggota keluarga.

"Jalan akan sesak di semua jalan utama pada 25 Okt dan ini akan menyusahkan kita semua," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

NONESelain itu, ahli parlimen itu juga mempersoal keikhlasan perdana menteri yang mengumumkan isu masyarakat India akan diselesaikan tetapi sering berlaku tarikh peperiksaan sekolah bertindih dengan hari perayaan itu.

Jika janji-janji itu benar, kata mereka, kerajaan patut menunjukkan kepekaan dalam penjadualan sidang parlimen dan majlis kerajaan.

Kata Kulasegaran, beliau juga akan menyuarakan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

PKR: 'Video hotel baru' bagi tutup kepincangan Bajet

Posted: 11 Oct 2011 04:02 AM PDT


MALAYSIA KINI

PKR hari ini memnbidas taktik kotor pihak-pihak yang membocorkan satu lagi klip video seks yang didakwa memaparkan ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEDalam satu kenyataan hari ini, naib presiden PKR N Surendran, tindakan terdesak itu cuma satu langkah untuk mengalih perhatian rakyat daripada Bajet 2012 yang disifatkan sebagai bahaya dan lemah.

"Ini sudah tentu bukan satu kebetulan kerana video baru ini muncul pada masa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan Bajet 2012 yang baru dibentangkan," katanya.

Semalam, blog-blog pro-Umno memamparkan video yang menggambarkan seorang lelaki yang hanya bertuala sedang bersiap sedia untuk mengadakan hubungan seks. Blogger Papa Gomo mendakwa video itu dirakamkan di sebuah hotel di daerah Patpong yang terkenal dengan aktiviti maksiat dii Bangkok, Thailand.

Surendran mendakwa video terbaru yang muncul beberapa bulan selepas video oleh kumpulan tiga yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T', mempunyai pendekatan yang sama dengan konspirasi Umno-BN yang licik.

anwar four frame video 030611"Politik menumbangkan seseorang pemimpin dengan menggunakan video seks ini telah dimulakan oleh Umno-BN semasa pentadbiran (Tun Dr) Mahathir Mohamad. Banyak sumber-sumber negara diguna untuk mencipta pelbagai dakwaan seks luar biasa terhadap Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

"Meneruskan tradisi yang hina ini, Umno-BN kini cuba menyembunyikan salah urus ekonomi, penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah dengan mencipta video seks palsu," katanya.

FBC dibayar RM83.8 juta tingkatkan profil Malaysia

Posted: 11 Oct 2011 04:01 AM PDT

MALAYSIA KINI
Kerajaan telah membayar sejumlah 19.6 juta Euro (RM83.88 juta) kepada syarikat perunding, FBC Media yang kini disiasat oleh pengawal media Britain atas dakwaan melanggar etika media, menurut jawapan perdana menteri di Dewan Rakyat hari ini.

NONEAhli parlimen Batu, Tian Chua berkata perkembangan itu memalukan negara kerana kerajaan terlibat dengan firma seperti itu.

"Kerajaan Malaysia melanggar undang-undang Britain kerana program (dibayar FBC Media) disiarkan di Britain.

"Apa yang tak dibenarkan oleh undang-undang Britain adalah mana-mana pihak membayar kepada media untuk buat berita," katanya pada sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Jawapan bertulis daripada perdana menteri pada 6 Jun lalu menyatakan bahawa kontrak itu adalah untuk FBC Media menyedikan khidmat rundingan, nasihat serta pengurusan kempen komunikasi kepada kerajaan.

"Kontrak selama setahun itu telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada tahun 2010. Nilai kontrak untuk tiga tahun itu ialah Euro 19.6 juta (RM94 juta)," kata Najib.

azlanPerdana Menteri juga ditanya sama ada kerajaan memberi arahan kepada FBC Media yang berpangkalan di London bagi penerbitan program yang ditayangkan dalam berita British Broadcasting Corporation (BBC) dan justifikasi bagi tindakan seumpama itu.

"Penerbitan dan penyiaran program mengenai Malaysia di media antarabangsa merupakan sebahagian dari usaha meningkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa sebagaimana yang diperuntukkan di dalam kontrak kerajaan dengan FBC Media," katanya.

Bagaimanapun menurut Najib kerajaan tidak mempunyai kawalan berhubung bila sesuatu rancangan itu disiarkan.

"Ia merupakan tanggungjawap FBC Media mendapatkan masa penyiaran di media antarabangsa dan kerajaan tidak mempunyai kawalan ke atas perkara ini.

"Ini merupakan perundingan di antara FBC Media dengan pihak BBC," kata Najib.

azlanMengulas lanjut, Tian berkata isu yang perlu ditimbulkan adalah tindakan kerajaan membayar perunding tanpa pengetahuan rakyat Malaysia.

Kerajaan juga bergelut dengan kontroversi sebelum ini ekoran tindakannya menggunakan khidmat firma Apco Worldwide dengan bayaran sebanyak RM83.8 juta.

"Banyak lagi (perunding) yang terlibat dengan GTP, ETP dan sebagainya.

"Kita ingin tahu apa tujuannya kita bayar untuk perunding ini?," soalnya lagi yang juga naib presiden PKR.

Dalam pada itu beliau turut mengaitkan FBC Media dengan satu lawatan perdana menteri ke Kazakhstan sebelum ini.

NONE"Saya dapat jawapan daripada menteri bahawa kunjungan ke World Islamic Economic Forum di Kazkhstan di mana perdana menteri juga melawat presiden dan juga besan anak perdana menteri sendiri, perbelanjaan untuk kunjungan itu adalah RM1.72 juta.

"Bagaimana kita boleh guna perbelanjaan begitu besar untuk satu kunjungan saja?

"Ini adalah perbelanjaan besar yang kita perlukan penjelasan daripada pemerintah," katanya.

Bantah Akta Pekerjaan: MTUC piket lagi - 3 Nov

Posted: 11 Oct 2011 03:59 AM PDT


MALAYSIA KINI

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan berpiket di seluruh negara pada 3 Nov untuk membantah cadangan pindaan Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lalu, kata presidennya Mohd Khalid Atan.

Beliau berkata keputusan untuk berpiket di seluruh negara diputuskan malam semalam pada mesyuarat yang dihadiri wakil-wakil dari lebih 100 kesatuan.

NONE"Kita putuskan untuk berpiket di seluruh negara kerana Kementerian Sumber Manusia berkeras untuk meneruskan pindaan itu walaupun kita minta ditangguhkan agar lebih banyak perbincangan boleh dibuat mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya MTUC membantah dengan kerasnya pindaan itu dan telah menghantar surat meminta menangguhkan pindaan tersebut kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam pada mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Negara (NLAC) 3 Okt sebelum kira-kira 200 anggota MTUC berpiket di luar Parlimen hari itu.

"Ramai pekerja dan pemimpin kesatuan tidak berpuas hati dengan kementerian itu yang tidak menghiraukan bantahan kita terhadap cadangan pindaan tersebut dan meneruskan pembentangan. Sehubungan itu, kita putuskan untuk mengadakan piket bagi menunjukkan betapa kita tidak puas hati," tambah beliau.

NONEMohd Khalid berkata MTUC akan juga menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyatakan alasan mereka menolak pindaan itu.

Antara bantahan ialah kesatuan sekerja mendakwa pindaan itu membenarkan penggunaan syarikat menyumberan.

Selain itu, MTUC juga mahu cuti bersalin dinaikkan dari 60 hari ke 90 hari dan peraturan mengenai gangguan seksual tidak terdapat dalam pindaan terkini.

Bagaimanapun, Dr Subramanian ketika membentangkan pindaan itu minggu lalu, menerangkan pendirian kerajaan dalam memasukkan peruntukan yang menghendaki pendaftaran kontraktor buruh.

Beliau berkata memasukkannya bukan untuk menggalakkan penyumberan buruh seperti yang dikhuatiri MTUC, tetapi bagi memastikan perlindungan bagi hak-hak pekerja yang dibekalkan oleh kontraktor khasnya dalam sektor perladangan.

NONEDewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan pada 6 Okt. Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini.

Kali terakhir MTUC berpiket ialah pada 2007 mengenai isi gaji minimum di sektor swasta. Bernama

Hudud: DHPP Perak teguh di belakang PAS

Posted: 10 Oct 2011 05:17 PM PDT

Muhammad Faeez


IPOH: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Perak yang mempunyai ahli paling ramai di Malaysia berdiri teguh di belakang pimpinan PAS Pusat dalam isu hudud.

Ketuanya, Beh Heng Khim berkata DHPP Perak menyokong penuh jika Hudud dilaksanakan khususnya di Negeri Kelantan.

"Tidak ada sebab kami menolak Hukum hudud," katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak.

Beliau berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu takut kepada hukum ini kerana ia lebih baik daripada hukuman yang sedia ada.

"Kami DHPP sudah memahami sedalam-dalamnya dan memahami kebaikan sebenar hukuman ini. Kami sudah diracuni oleh Umno tentang hukum Hudud sebelum ini. Setelah kami berada dalam PAS, baru kami tahu tentang hudud yang sebenarnya," tegasnya lagi.

Beh Heng juga mendesak Pengerusi DHPP Pusat, Hu Pang Chaw menyaman akhbar dan pemberita yang mengatakan beliau membuat ancaman untuk tinggalkan PAS dalam isu hudud.

Peruntukan adil semua MP, bukan naik elaun

Posted: 10 Oct 2011 05:12 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan apa yang perlu difokuskan sekarang bukannya menaikkan elaun para ahli parlimen (MP), tetapi cara untuk menyalurkan semua peruntukan MP kepada rakyat tanpa mengira parti politik yang mereka wakili secara adil.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan bahawa beliau telah memutuskan untuk menarik balik peruntukan RM30 juta dalam Bajet 2012 selepas bantahan dilahirkan oleh wakil rakyat pembangkang.

"Namun kali ini, rakyat bernasib baik kerana hasil daripada kehendak MP Pakatan Rakyat, kerajaan BN terpaksa membatalkan cadangan kenaikan elaun MP. Inilah bukti sahih yang membolehkan membuat perbandingan wakil rakyat belah mana yang lebih prihatin dan sensitif kepada keperitan rakyat," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

Seharusnya kata Tuan Ibrahim, rakyat marhaen yang terbeban dengan kos hidup sama ada yang bekerja di agensi swasta atau kerajaan, khususnya golongan yang terdedah kepada gejala rasuah yang menjadi-jadi yang mengakibatkan kos sara hidup mereka meningkat dan ditambah pula dengan peningkatan tanggungjawab dalam keluarga, perlu diberi lebih perhatian berbanding MP oleh kerajaan.

Memberi peruntukan kepada semua MP tanpa mengira batasan politik, kata Tuan Ibrahim adalah lebih adil dan saksama dan berkesan kepada semua rakyat.

"Sekiranya benar kerajaan BN ingin dilihat rakyat sebagai menjalankan negara kebajikan maka peruntukan mesti diberi secara adil kepada semua kawasan kerana setiap MP yang dipilih oleh rakyat dalam sistem yang telah diiktiraf oleh kerajaan.

"Bilamana selama ini, peruntukan hanya diberi kepada YB daripada parti pemerintah sahaja (samada di negeri BN atau PR yang menguasainya), maka ketidakadilan ini akan berterusan. Diharap dua-dua pembahagi politik boleh bertindak adil dari segi memberikan peruntukan kerana yang akhir menanggung bala ialah rakyat bawahan yang memerlukan peruntukan ini untuk memudahkan urusan kehidupan mereka," tegas beliau.

Tuan Ibrahim juga menyelar kesesuaian masa cadangan untuk menaikkan elaun MP dibuat tatkala kehidupan rakyat masih dalam keadaan yang perit.

"Di saat Perdana Menteri dan ahli parlimen membincangkan keperitan kehidupan rakyat dan mewar-warkan kehidupan berjiwa rakyat sehingga ada sanggup naik bas (walaupun mewah), naik basikal dan melawat rakyat yang menderita kemiskinan untuk menyelami keperitan mereka, tiba-tiba timbul pengumuman kenaikan elaun-elaun MP, yang telahpun dianggap besar bagi golongan rakyat yang perit.

"Kenaikan elaun MP biasanya akan diikuti dengan kenaikan elaun para menteri, timbalan menteri dan lain-lain," kata beliau.

Katanya, kenaikan elaun MP bakal menyebabkan negara terpaksa menanggung kos kekal (fixed cost) yang semakin bertambah.

"Rakyat marhaen bolehlah menilai sendiri versi negara berkebajikan Datuk Seri Najib Razak yang diwar-warkan akan mengutamakan rakyat tapi sering kali hanya akan 'mengutamakan yang senang'," hujah beliau lagi.

Tiada ulasan: