Isnin, 10 Oktober 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Terkini! Bob Lokman Ditahan JAIS, Diseret Ke Balai Polis Di Hulu Langat

Posted: 10 Oct 2011 08:39 AM PDT

Ustaz Riduan Mohd Nor


Bob LoKman mlm ini diseret ke Balai Polis di Hulu Langat oleh JAIS,,berlaku perang mulut yg dasyat ....ditahan krn menyampaikan tazkirah di surau..aduh bro..bukan ajak org buat maksiat,ajak anak muda balik beragama...nampaknya ini akan jd isu panas..zakat kita hancur sehingga fakir miskin cari gereja,surau kita lengang krn tiada majlis ilmu....sakitnya tanahairku

Apa Yang Kena Pada Gambar Ini? Tolong Cari Persamaan Dan Perbezaan

Posted: 10 Oct 2011 08:15 AM PDT

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/300162_260512170658632_100000995540052_742753_985555626_n.jpg

Mampukah Bajet 2012 kembalikan kuasa 2/3 BN? — Dr Rosli Yaakop

Posted: 10 Oct 2011 08:00 AM PDT

10 OKT — Belanjawan 2012 cukup pemurah. Ada yang berlinangan air mata mengenangkan kemurahan hati Perdana Menteri Malaysia. Semua golongan mendapat habuan. Berjuta-juta orang murid sekolah yang belum layak mengundi pun mendapat habuan. Ibu penulis bakal mendapat RM3,000 sebab arwah ayahanda pernah menjadi AC di zaman penjajah.

Nampaknya, kerajaan Umno-BN betul-betul mahu menjaga kebajikan rakyat — dan mesej itulah yang mahu diangkat setingginya — walaupun terpaksa bergadai bergolok dan dalam keadaan hutang negara semakin menimbun setelah masuk 14 tahun berbelanja boros.

Ini betul-betul "Rakyat First" namanya. Hutang bertimbun tidak kesah. Bukan generasi ini yang akan membayar. Yang akan membayarnya generasi hadapan. Hai orang muda, tengoklah! Kerajaan Umno-BN mewariskan kepada generasi hadapan hutang bertimbun bukan harapan segunung.

Lihatlah negara Greek dan Amerika Syarikat. Akibat keborosan generasi lalu, generasi kini yang menanggung bebannya. Generasi lalu menikmati taraf hidup yang luarbiasa tingginya tetapi generasi kini hidup merempat.

Dalam tahun 2012, kerajaan Umno-BN akan berbelanja RM232.8 bilion, 5.8 peratus lebih tinggi berbanding anggaran belanjawan tahun 2011 (RM220 bilion). Hasil dianggarkan RM186.9 bilion menyebabkan difisit belanjawan sebanyak RM49.4 bilion atau 4.7 peratus daripada KDNK. Ini bermakna kerajaan terpaksa berhutang lagi.

Tiap-tiap tahun kerajaan menambah hutang dalam tempoh 14 tahun kebelakangan ini. Nampaknya, kerajaan Umno-BN tidak mahu langsung mengambil iktibar daripada kerajaan Ireland, Greek, Itali dan Amerika Syarikat. Negara-negara ini berada di ambang keranapan disebabkan perangai suka berhutang.

Sepatutnya, dalam tahun-tahun ekonomi berkembang, longgokkan lebihan belanjawan supaya lebihan ini boleh dibelanjakan semasa ekonomi merosot. Disiplin fiskal ini ditolak ketepi oleh kerajaan Umno-BN.

Mereka berbelanja boros sepanjang masa tanpa langsung mengambil kira betapa beratnya generasi akan datang hendak menanggung beban keborosan generasi kini. Ini adalah pengurusan fiskal yang tidak bertanggungjawab. Dalam tahun 2012 mereka akan berbelanja boros lagi kerana kononnya hendak melawan impak negetif ke atas ekonomi negara akibat tren kitaran menurun yang dihadapi ekonomi dunia sekarang.

Sebenarnya, kerajaan Umno-BN berbelanja besar untuk membeli undi dalam PRU13 yang akan diadakan sebentar sahaja lagi. Ambil "Pakej Rangsangan Khas" dengan peruntukan sebanyak RM6 bilion sebagi contoh.

Peruntukan ini akan dibelanjakan untuk menaikkan taraf dan membaik pulih bangunan sekolah dan membina bangunan tambahan, menaikkan taraf hospital, melaksanakan program tebat banjir, menaikkan taraf infrastruktur luar bandar dan membina rumah awam untuk golongan berpendapatan rendah dan nelayan. Setiap kali pilihanraya, inilah projek yang dilaksanakan.

Sayogia diketahui projek-projek ini semuanya tidak mempunyai "forward and backward linkages" yang besar dan tidak memberi impak terbaik untuk melawan kemelesetan ekonomi. Hakikatnyanya ialah, peruntukan ini hendak diagihkan secara segera kepada kontraktor-kontraktor kecil yang terdiri dari ketua-ketua cawangan dan bahagian parti tertentu sebagai "minyak pelincir" kepada jentera pilihan raya.

Sudah 54 tahun kita merdeka, takkan rakyat tidak masak lagi dengan tipu muslihat kerajaan Umno-BN ini? Jalan-jalan kampong yang diturap semula memang tidak berkualiti. Lepas tiga empat bulan ianya berlopak semula. Bangunan sekolah runtuh dan jambatan ruboh,

Belanjawan 2012 bukannya belanjawan satu Malaysia. Ia memberi kasih ke setengah-tengah wilayah dan mengabai dan menganaktirikan wilayah yang lain. Amalan pilih kasih yang keterlaluan oleh kerajaan Umno-BN dalam pembangunan wilayah ini bukan perkara baru.

Amalan buruk ini sudah sebati dan menjadi sebahagian dari perangai mereka. Contohnya, belanjawan 2012 memperuntukkan RM978 juta untuk membangunan lima gerbang wilayah — Lebuhraya pesisiran pantai Johor Baharu-Nusa Jaya di Iskandar, Johor, pembangunan pelancungan warisan di Taiping, skim agropolitan di Besut, Terengganu, projek gugusan industri sawit di Lahad Datu, Sabah dan projek bekalan air Samalaju di Sarawak.

Tidak ada peruntukan untuk pempbangunan projek seperti ini di Kelantan dan Kedah semata-mata negeri-negeri diperintah oleh kerajaan selain dari Umno-BN. Layanan yang diberi seolah-olah menunjukkan negara-negeri ini bukan sebahagian daripada Malaysia.

Penulis teringat peristiwa Gabenor Bank Negara Malaysia (Allahyarham Tun Ismail Mohd. Ali) pergi ke London (awalan tahun 1980an) melancarkan "Dawn Raid" bagi mengembalikan penguasaan syarikat perladangan terbesar di Malaysia (sekarang ini dikenali dengan nama Kumpulan Sime Darby) ke genggaman anak watan Malaysia.

"Serangan komando" itu berjaya dan syarikat perlandangan itu kekal sebagai hakmilik rakyat Malaysia sehingga hari ini. Hari ini kerajaan Umno-BN mahu membuka ruang bagi membolehkan pelabur antarabangsa menguasai sebuah syarikat perladangan bertaraf "blue chip" yang seratus peratus milik kaum Bumiputera dengan menyenaraikan syarikat itu di bursa saham.

Kononnya, dengan penyenaraian itu penoraka Felda akan menikmati "durian runtuh." Pelik sungguh kerajaan Umno-BN ini. Sesuatu yang berharga yang sudah ada di dalam tangan kaum Bumiputera mahu digadaikan kepada pelabur antarabangsa.

Tidakkah mereka tahu peneroka Felda LBJ Labu dan Sendayan di Negeri Sembilan pernah mendapat "durian runtuh" bila kerajaan Negeri Sembilan membeli tanah mereka kini telah kembali miskin? Hakikatnya, tanah yang tergadai tidak mungkin dapat ditebus kembali. Umno menjaga kepentingan kaum pemodal yang rakus "at the expense of " kaum Bumiputera yang miskin. Wahai kaum Melayu! Jadilah orang Yahudi yang membeli tanah bukan menjual tanah.

Sejarah memberi tahu kita bahawa tamaddun-tamaddun besar dunia — Greek, Farsi, kaum Ad, Thamud, Lut, Firaun dan lain-lain — ranap kerana keruntuhan akhlak. Nampaknya, kerajaan Umno-BN tidak mahu mengambil iktibar dari sejarah khususnya dalam hal membangunkan modal insan. Ia masih kekal di dalam mode lama membangunkan modal insan dengan mengabaikan aspek pembangunan akhlak dan rohaniah. Belanjawan 2012 memperuntuk RM100 juta untuk melahirkan insan cemerlang, kreatif dan inovatif. Tiadak ada langsung bahagian daripada peruntukan ini mahu dibelanjakan ke arah mencemerlangkan aspek akhlak.

Tidak terperanjat kita sekiranya di masa hadapan negara Malaysia akan akan menghadap masalah gejala sosial, jenayah dan keruntuhan akhlak se kronik yang dihadapi negara-negara barat hari ini akibat dari kecuaian membina insan yang berakhlak mulia. Bila kita membangunkan negara dan ummat mengikuti model Barat maka kita akan tersungkur macam negara Barat juga.

Tidak wajar mengajak rakyat menolak gula-gula yang ditawarkan Belanjawan 2012. Yang ditaburkan adalah harta rakyat, ambillah. Tetapi ingat, janganlah pemberian sekali (one-off gifts) itu menyebabkan kita menggadaikan pendirian yang membawa kerugian besar dalam lima tahun yang akan datang dan selanjutnya.

Kerajaan Umno-BN beri beras, tepong, gula, susu, minyak, kain batik, kain pelikat dan wang tunai, ambillah. Bila mengundi lain ceritanya kerana undi itu sulit. Ingat, selama 54 tahun Umno-BN memerintah, wajah ekonomi, politik dan sosial Malaysia sudah menjadi cukup buruk.

Tawaran-tawaran manis mereka itu tidak lain melain bahan "make-up" murahan untuk memperlihatkan wajah luaran yang anggun tetapi hakikatnya wajah dalamannya sudah terlalu hodoh dengan amalan rasuah, salahguna kuasa, boros dan memperkudakan institusi polis, kehakiman dan lain-lain.

Hari ini rakyat Malaysia hidup dalam zaman media baru yang mampu menyingkap wajah dalaman Umno-BN betapa pun ia mahu disorokkan. Kalau mereka percaya rakyat Malaysia mudah sahaja termakan dengan gula-gula yang ditawarkan dan akan keluar berduyun-duyun memberi undi kepada mereka dalam PRU13 nanti, kerajaan Umno-BN sebebarnya "is sadly mistaken." — harakahdaily.net

Kenyataan Media Berkaitan Isu Desakan MB Selangor Letak Jawatan

Posted: 10 Oct 2011 06:57 AM PDT

MENTERI BESAR TERUSKAN REFORMASI PENTADBIRAN TELUS DAN BERTANGGUNGJAWAB

Saya telah didatangi beberapa panggilan telefon oleh para wartawan bagi mendapatkan komen tentang isu yang di bangkitkan oleh laman web nyamuk dan di angkat oleh Malaysiakini yakni isu terdapatnya usaha-usaha untuk menyingkirkan YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Biasanyanya saya tidak melayan berita sebegini apatah lagi oleh laman web yang tidak dikenali ini. Tambahan pula, isu ini bukan isu baharu dan bukan lagi menjadi rahsia besar kepada parti.

Apabila PR memenangi PRU12 yang lalu kita juga mewarisi pentadbiran Selangor yang ditadbir UMNO selama lebih 50 tahun lamanya. Polisi, budaya kerja dan corak pemerintahan telah sebati dan berakar umbi. Selama 4 tahun ini kita telah berusaha keras untuk mengubah dan melakukan reformasi dalam segenap bentuk pentadbiran di dalam kerajaan hatta syarikat kaitan kerajaan (GLC).

Usaha keras yang dilakukan YAB Dato MB akhirnya membuktikan kepada rakyat Selangor bahawa negeri termaju di Malaysia ini boleh ditadbir secara telus, tanpa rasuah, kronisme, pelobi dan orang tengah. YAB MB telah menunjukkan cara pentadbiran yang mengamalkan prinsip " Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa."

Saya mengakui terdapat sesetengah pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR) yang tidak biasa dengan cara ini hingga ada yang mengatakan beliau mentadbir negeri Selangor seperti menguruskan sebuah syarikat korporat. Golongan ini sangat kecil jumlahnya namun bersuara agak lantang mungkin kerana kedudukan mereka di dalam parti dan mungkin juga di dalam masyarakat.

Pada saya, korporat atau tidak, rakyat mahukan pentadbiran yang berlandaskan ketelusan, kebertanggungjawab, bebas rasuah dan adil yang tidak pernah dipraktikkan Barisan Nasional (BN) sepanjang memerintah Negeri Selangor. Justeru ia telah membawa bencana besar kepada BN pada pilihan raya umum 2008.

Menyentuh soal memorandum, sememangnya saya ada mendengar mengenainya tetapi sekadar cakap-cakap dari pihak ketiga kerana YAB MB tidak pernah menunjukkannya kepada saya. Justeru, saya berani mengatakan dakwaan yang dibuat lama web tersebut hanyalah tuduhan tidak berasas dan mempunyai agenda tersendiri.

Sebagai Setiausaha Poltik, sudah pasti saya akan pertahankan kedudukan MB jika beliau diserang oleh mana-mana pihak; lawan mahupun kawan. Mempertahankan seorang pemimpin yang baik, bersih, telus serta komited terhadap kehendak rakyat adalah ibadah. Mana mungkin laman web picisan tersebut memanggil saya sebagai dalang sedang seorang dalang adalah merujuk kepada mereka yang ingin menjatuhkan seseorang pemimpin bukan mempertahankannya. Saya tidak dapat mengelak dari berasa bangga kedudukan peranan saya seperti yang disebut laman web tersebut.

Pada hemat saya, isu ini adalah salah satu cara UMNO untuk mengekang lonjakan populariti YAB MB yang mutakhir ini begitu memberangsangkan, mengatasi pimpinan mereka mahupun pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. (Saya lampirkan sebahagian hasil kajian oleh UMR Research). Blog yang diterajui bekas Pengurus Besar CCSB (anak syarikat kerajaan negeri) yang ditamatkan kontrak Jun lalu digunakan untuk melaksanakan perbuatan hina ini. Dari maklumat yang kita terima laman web tunggangan UMNO ini juga ditubuhkan khas untuk mempertahankan Dato Seri Najib yang kini dikatakan mendapat tentangan terang-terangan dari Timbalannya Tan Sri Muhyidin.

Menuduh bahawa program yang dilaksanakan kerajaan Selangor sebagai remeh dan hanya untuk populariti Dato MB adalah tindakan terdesak puak ini. Rakyat mahukan program kebajikan dan nikmat ini tidak pernah dirasai di bawah BN.

Kita telah membelanjakan lebih RM500 juta untuk program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan setakat Ogos 2011 seramai 1,181,109 rakyat Selangor telah menikmati hasil program-program yang kita laksanakan. Bantuan-bantuan ini diturunkan ke pejabat DUN untuk memastikan wakil rakyat dapat berhubung terus dengan pengundi di kawasan mereka.

Justeru, wakil rakyat juga meraih populariti dari program kerajaan kecualilah bagi wakil rakyat yang 'segan' dan 'banyak mengelat' dari turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Rakyat Selangor bijak membuat penilaian. Mereka mahukan pemimpin yang pandai mentadbir negeri, kuat bekerja serta ikhlas memperjuangkan hak mereka. Era pemimpin berpolitik dalam pentadbiran dan membuat keputusan telah berlalu.

Justeru, dalam tempoh kurang lima tahun, Menteri Besar telah menambah simpanan rezab kepada RM1.1 bilion malah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menanggung kerugian sejak ditubuhkan, buat pertama kali dalam sejarah, tahun ini telah mencatatkan keuntungan RM11 juta.

Jika tiada pemimpin yang berpegang kuat pada prinsip, masih mengamalkan gaya politik UMNO, amalan kronisme, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mampu mencapai kejayaan ini. Ketegasan dalam menghapuskan kumpulan rentier, orang tengah dan pelobi barang pasti satu tekanan kepada ahli politik kerana telah menjadi kebiasaan mereka beraktiviti sedemikian. Menukar kebiasaan itulah yang kami di pejabat Dato' MB ini kenalpasti sebagai intipati sebenar reformasi.

FAEKAH HUSIN

SETIAUSAHA POLITIK KPD DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Terkini! Mesej SMS Ringkas Dari Hu Pang Chow (Ketua DHPP Pusat)

Posted: 10 Oct 2011 05:20 AM PDT

"Saya Hu Pang Chow (Ketua DHPP Pusat) menafikan dengan sekeras-kerasnya mengatakan DHPP enggan sokong parti (PAS) jika hudud dilaksanakan dan ancam tinggalkan PAS yang disiarkan dalam Sinar Harian hari ini. Sebagai salah seorang pengasas Kelab yang kini jadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian, umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit didapur."- Parlimen Kota Raja

Singkir MB cerita mengarut- KEADILAN Selangor

Posted: 10 Oct 2011 05:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Desas desus mengatakan hubungan antara Adun Selangor dengan Menteri Besarnya semakin rapuh merupakan cerita mengarut dan tidak berasas, kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei.

Beliau merujuk laporan portal berita Antarapos.com, kononnya terdapat kumpulan wakil rakyat parti itu yang mendesak pimpinan parti memecat Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kata Shuhaimi, hubungan antara Adun Selangor dengan Khalid I bukan sahaja baik, malah mereka juga menyatakan sokongan dan ikrar taat setia untuk mempertahankan Khalid sebagai MB Selangor.

"Kita akan mempertahankan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor sehingga selesai term (tempoh) lima tahun, sehingga parlimen dibubarkan atau DUN dibubarkan.

"Kita akan mempertahankan beliau habis-habisan kerana beliau pemimpin yang begitu transparen, berkualiti dan bertanggungjawab.

"Di peringkat Majlis Pimpinan Negeri Selangor, kita akan bersama dengan Tan Sri Khalid untuk mendepani rakyat, membawa isu rakyat dan memastikan BN terus kempunan untuk mengambil alih Selangor," tegasnya.

Menyifatkan laporan Antarapos itu sebagai tidak berasas, beliau juga mengingatkan isu itu sengaja direka bagi mengadu domba KEADILAN serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Ini lebih kepada adu domba dan perang saraf yang dilakukan oleh pihak musuh politik (Umno),"ujarnya yang juga Adun Seri Muda.

Beliau turut menafikan bahawa Adun Pakatan di Selangor tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid, sebaliknya berkata dari segi standard pengurusan, Khalid lebih baik berbanding menteri pusat dan menteri-menteri besar BN yang lain.

"Prestasi Tan Sri Khalid tidak ada cacat celanya. Dari segi pengurusan kerajaan negeri, standardnya lebih baik daripada menteri di peringkat pusat dan MB dari BN. Standardnya mencecah antarabangsa, dari segi ketelusannya, kecekapan dan kebertanggungjawaban.

"Sebagai sebuah organisasi, sudah pasti ada pro dan kontra dalam pentadbiran, tetapi kita ambil pendekatan secara bersama untuk semua isu, memantapkan pengurusan bagi memastikan pentadbiran mencakupi semua keperluan rakyat,"

"Bukan mudah menjadi Tan Sri Khalid Ibrahim," katanya.

Ketika ditanya tentang memorandum yang dikatakan dihantar oleh wakil Rakyat KEADILAN Selangor kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu itu, Shuhaimi berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

"KEADILAN amalkan budaya bercakap secara imliah di dalam bilik mesyuarat. Sebarang cakap-cakap di luar itu kita tidak ambil kira.

"Kita tak mahu dengar cerita kedai kopi yang remeh temeh," tambah beliau.

Universiti tempatan tidak pernah sertai ranking Times

Posted: 10 Oct 2011 05:07 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Okt – Universiti di negara ini tidak pernah menyertai sistem ranking yang dikelolakan The Times Higher Education World University Ranking (Times).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana universiti tempatan yang diangkat menjadi universiti penyelidikan pada 2007, belum matang untuk memenuhi standard 62.5 peratus penyelidikan yang ditetapkan Times.

"Kita tahu kalau kita masukkan juga kita tidak akan masuk dalam ranking 400 sebab kita masih baru dan perlu tunggu sehingga penyelidikan itu benar-benar matang," katanya pada sidang media selepas Anugerah Akademik Negara 2009/2010, di sini hari ini.

Mohamed Khaled mengulas mengenai tiada universiti tempatan tersenarai antara 400 universiti terbaik dunia, yang dikeluarkan Times pada Jumaat lepas yang menyenaraikan California Institute of Technology di tempat pertama diikuti Universiti Harvard dan Universiti Oxford.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, institusi tempatan memerlukan masa antara enam hingga tujuh tahun sebelum menimbang kemungkinan menyertai ranking itu. – Bernama

Tiada pendakwaan isu DUMC: Sultan Selangor

Posted: 09 Oct 2011 10:18 PM PDT

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bersetuju tiada pendakwaan dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap gereja Methodist Damansara Utama, DUMC, baru-baru ini.

Keputusan itu diambil selepas meneliti laporan JAIS, mendengar nasihat pakar agama dan dari aspek perundangan.
Baginda bertitah, tindakan JAIS melakukan pemeriksaan di DUMC adalah betul dan tidak menyalahi undang-undang yang berkuat kuasa di Selangor.

Live! Anwar Sedang Berhujah Dalam Parlimen Berkaitan Belanjawan

Posted: 09 Oct 2011 10:15 PM PDT



Ucapan Perbahasan Belanjawan 2012 oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim


MUKADIMAH

Tan Sri Yang Di Pertua

* Izinkan saya merujuk kepada pembentangan "Bajet 2012" oleh PM selaku Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 lalu.

* Lazimnya Belanjawan dilakar dengan maksud memacu pertumbuhan ekonomi mampan serta menjamin kesateraan rakyat.

* Namun setelah meneliti cadangan cadangan yang dibentangkan terdapat kekurangan pertimbangan dasar dan program khusus.

* Permasalahan pokok dan sebarang rencana ekonomi tidak terlepas dari isu tatakelola pentadbiran yang baik. Hambatan besar bagi mana-mana ekonomi termasuklah ekonomi kukuh sekalipun adalah soal keutamaan dan kewibawaan institusi.

* Amartya Sen dalam bukunya The Idea of Justice ada menyebut , "Any theory of justice has to give an important place to the role of institutions, so that the choice of institutions cannot but be a central element in any plausible account of justice." (Sebarang teori perihal Keadilan tidak dapat tidak mestilah memberi keutamaan kepada peranan institusi supaya institusi yang dipilih itu menjadi teras kepada maksud Keadilan tersebut. m/s 82)

* Makanya saya berhasrat untuk mengulangi dalam Dewan Yang Mulia ini, usaha-usaha Reformasi Politik dan Institusi yang digarap Pakatan Rakyat seperti yang terkandung dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012. Antaranya adalah:

* Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti;

* Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik;

* Melaksanakan serta-merta semua tuntutan BERSIH2.0;

* Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan berkaitan tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawab terus kepada Parlimen;

* Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara; dan

* Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.

* Suka saya mengingatkan Dewan bahawa sebarang usaha membaiki kedudukan ekonomi negara tidak akan berhasil jika tidak disertai oleh reformasi politik yang menyeluruh.

* Sementara kedudukan ekonomi negara yang semakin goyah – bergelumang dengan masalah defisit yang kian meruncing, kelembapan ekonomi dizahirkan dalam bentuk kenaikan harga barang dan gaji rendah yang menekan rakyat. Kita tetap dijangkiti dengan keborosan, rasuah dan ketirisan.

* Kita tidak mahu belanjawan yang baru dibentangkan minggu lepas, pada hari Jumaat 7hb Oktober lalu seumpama yang dikritik al Quran, ayat 7, Surah al Ma'un:

[Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan(kepada orang yang berhak mendapatnya)]

Tan Sri Yang Di Pertua

* Pembentangan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang berlangsung pada 4hb Oktober 2011, 4 hari sebelum pembentangan belanjawan kerajaan memberi kesempatan kepada rakyat untuk menilai.

* Mustahak untuk saya tegaskan, Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 pastinya mengambil pendekatan reformasi dasar untuk mengubah struktur ekonomi dan membaiki kepincangan sistem manakala belanjawan Barisan Nasional ternyata mengekalkan beberapa program baru yang dikitar semula tanpa kesediaan merombak struktur usang.

BAB 1: BELANJAWAN YANG TIADA WIBAWA

* Perdana Menteri senang sekali memilih jalan yang paling beliau mahir dan gemari iaitu sekadar usaha penjenamaan semula dan kitar semula. YAB Perdana Menteri kitar semula pelbagai program yang telah gagal, janji yang tidak terlaksana tetapi diberi nama baru dengan pelbagai program penjenamaan semula itu melibatkan perbelanjaan yang besar.

* Perbelanjaan RM232.8 bilion yang diumumkan adalah berasaskan angka-angka unjuran yang tidak tepat dengan penambahan beban hutang rakyat dan negara.

* Unjuran defisit pada angka 4.7% ini adalah tidak tepat dan tanpa wibawa kerana ia bergantung kepada pertumbuhan ekonomi tahun 2011 dan unjuran 2012, serta unjuran jumlah pendapatan negara dalam tahun 2012.

* Unjuran pertumbuhan pada 5% – 6% bagi tahun 2012 perlu dibidas keras kerana ianya ternyata terlalu tinggi sedangkan analisa dari sumber-sumber lain menunjukkan pertumbuhan yang lebih rendah.

* Berikut adalah unjuran pertumbuhan terpilih yang dibuat bagi tahun 2011 dan 2012:

* Bank Dunia – 4.8% bagi tahun 2011 dan 5.7% bagi tahun 2012;
* MIER – 5.2% bagi tahun 2011 dan 5.5% bagi tahun 2012;
* RHB – 4.3% bagi tahun 2011 dan 4.5% bagi tahun 2012

* Kesemua unjuran ini dibuat sebelum IMF memotong unjuran pertumbuhan dunia kepada 4% pada pertengahan September baru-baru ini; yang bermakna angka-angka terkini sudah tentu lebih rendah dari paras 5% bagi tahun 2011 dan 2012.

* Unjuran yang lebih mutakhir dibuat oleh Bank Pembangunan Asia di dalam "Asian Development Outlook 2011" yang diterbitkan pada pertengahan September, mengambil kira risiko ketidaktentuan ekonomi global akibat krisis hutang yang dialami Amerika Syarikat dan Eropah serta kesan lanjutan dari peristiwa gempa bumi dan tsunami di Jepun.

* Bank Pembangunan Asia mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun 2011 sekadar 4.8% dan hanya menokok kepada 5.1% dalam tahun 2012; jauh berbeza dari angka yang terlalu optimistik yang digunakan Perdana Menteri di dalam Belanjawan 2012 iaitu pertumbuhan di antara 5% hingga 5.5% bagi tahun 2011 dan kekal pada 5% hingga 6% bagi tahun 2012.

* Begitu juga dengan unjuran pendapatan sebanyak RM186.9 bilion. Berdasarkan unjuran pertumbuhan yang lebih perlahan, unjuran pendapatan mendedahkan niat tersirat Barisan Nasional untuk menuntut dividen yang tinggi dari PETRONAS.

* Kadar pertumbuhan purata kutipan cukai langsung (tidak termasuk cukai petroluem) oleh kerajaan adalah 9.6% di antara tahun 2008 hingga 2011. Kadar pertumbuhan purata kutipan cukai tidak langsung bagi tempoh yang sama adalah lebih rendah, hanyalah sekitar 5.6%[1].

* Pada kadar pertumbuhan sebegini, anggaran kami menunjukkan jumlah pendapatan RM186.9 bilion hanya boleh dicapai sekiranya kerajaan meneruskan amalan mengenakan dividen tinggi sekitar RM30 bilion setiap tahun dari PETRONAS, sedangkan amalan tidak bertanggungjawab ini akan melemahkan keupayaan PETRONAS melabur semula keuntungannya untuk mencari rizab baru minyak dan gas di seluruh dunia.

* Sebab itu, Pakatan Rakyat mengesyorkan supaya kerajaan mengurangkan lagi jumlah dividen yang dibayar oleh PETRONAS bagi tahun 2012 kepada RM26 bilion sahaja, seperti yang termaktub di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012. Jumlah yang lebih kecil ini akan mengajar kerajaan berjimat cermat dan mengamalkan disiplin fiskal untuk mengekang hutang negara.

* Apa kesannya apabila kerajaan menggunakan unjuran-unjuran pertumbuhan ekonomi dan jumlah pendapatan yang terlalu optimistik dan tidak realistik?

* Pertamanya, ia akan memburukkan lagi keadaan defisit negara kerana dakwaan Perdana Menteri bahawa belanjawan 2012 akan membawa defisit ke paras 4.7% dari KDNK adalah tidak benar, selain tidak mengambil kira kecenderongan Barisan Nasional berbelanja lebih dan menyeludup peruntukan baru melalui belanjawan tambahan di pertengahan tahun.

* Keduanya, ia mengenepikan keperluan mendesak untuk mengamalkan disiplin fiskal dan pendekatan berbelanja wang rakyat dengan berhemah, pada kala ia sangat penting demi menjamin kelangsungan kewangan dan pertumbuhan sihat ekonomi negara.

* Namun, kerajaan Umno-Barisan Nasional jangan sangka rakyat mudah tertipu dengan hamburan data-data yang digunakan. Angka yang dipersembahkan kononnya untuk memberi gambaran bahawa keadaan defisit dan hutang dalam keadaan terkawal, sedangkan kita sedia maklum tabiat Barisan Nasional membentangkan belanjawan tambahan pada pertengahan tahun.

* Tabiat seperti itu menzahirkan niat sebenar pentadbiran ini untuk membelanjakan dana awam sewenang-wenangnya, seperti yang berlaku pada tahun 2010 dan 2011.

* Saya ingin mengambil masa yang pendek untuk memperincikan analisa peruntukan yang dibuat Perdana Menteri bagi belanjawan 2012. Di bawah Barisan Nasional, 78% dari keseluruhan peruntukan belanjawan 2012 digunakan bagi tujuan menguruskan perjalanan kerajaan; suatu jumlah yang sangat tinggi dan mengalihkan sumber kewangan negara dari bidang-bidang ekonomi yang mempunyai kesan gandaan. Jumlah ini juga terus meningkat saban tahun dan jika tidak dibendung, peruntukan belanjawan bagi tujuan pembangunan dan pelaburan dalam bidang ekonomi dan sosial akan semakin mengecil di masa –masa akan datang.

* 11 kementerian-kementerian utama diperuntukkan wang yang lebih tinggi bagi perbelanjaan mengurus bagi tahun 2012 sedangkan jumlah bagi tujuan pembangunan adalah lebih kecil. Saya ingin mempersoalkan apakah tiada langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengekang perbelanjaan operasi kementerian-kementerian yang semakin tidak terkawal ini?

* Contoh-contoh terpilih yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

* Walaupun Perdana Menteri mengurangkan peruntukan dari Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM2.98 bilion, jumlah ini nampaknya diagihkan pula kepada beliau sendiri melalui Kementerian Kewangan yang peruntukan pembangunannya melonjak 208%.

* Malah, perbelanjaan operasi di kedua-dua kementerian yang dipimpin Perdana Menteri akan melonjak sebanyak 12% di Jabatan Perdana Menteri dan 15% di Kementerian Kewangan; bertentangan dengan desakan rakyat agar Perdana Menteri mengurangkan pergantungan beliau kepada juru runding luar negara dan pakar media yang mahal dan mengenepikan pendapat pimpinan penjawat awam.

* Perbelanjaan operasi di Kementerian Kerja Raya akan melonjak sebanyak 29%, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebanyak 61% dan Kementerian Dalam Negeri sebanyak 25%. Peningkatan kos ini adalah sangat besar dan menimbulkan tanda tanya apakah ini peruntukan projek-projek kecil dan segera bagi menenangkan tuntutan kontraktor-kontraktor yang rapat dengan kerajaan di akar umbi?

* Dewan juga perlu memberi perhatian kepada potongan peruntukan yang besar kepada Kementerian Pelajaran. Perbelanjaan operasi akan dipotong 3% sementara perbelanjaan pembangunan dipotong sebanyak 28%.

* Sebab itu, rakyat tidak teruja dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa yuran sekolah rendah dan menengah akan dihapuskan kerana jelas penghapusan ini akan dibiayai pula melalui potongan peruntukan yang lain. Keadaan ini tidak ubah seperti Belanjawan 2011 bila mana Perdana Menteri secara senyap-senyap memotong peruntukan operasi pendidikan sehingga bilangan hari di asrama dan peruntukan-peruntukan lain dikurangkan. Makanya, rakyat akan tetap menanggung kos pendidikan yang dibayar kepada pihak sekolah, sama ada melalui sumbangan PIBG atau pelbagai bayaran lain yang terpaksa dikenakan oleh pihak sekolah bagi menampung kos operasi.

Tan Sri Yang diPertua,

* Di sebaliknya Pakatan Rakyat mengunjurkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 4% hingga 4.5% bagi tahun 2011 dan 2012. Jumlah pendapatan negara bagi tahun 2012 diunjurkan mencecah RM181.3 bilion. Berdasarkan angka-angka ini, sasaran defisit 4.4% bagi tahun 2012 adalah realistik dan mempunyai kesan besar kepada usaha negara mengekang hutang.

* Justeru saya mencadangkan pada hari ini supaya Dewan meletakkan syarat sekiranya pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011 kurang dari 5.5% dan suku pertama 2012 kurang dari 6%, maka Dewan akan bersidang semula untuk memotong belanjawan RM232.8 bilion yang dibentangkan pada 7 Oktober dan diunjurkan ke angka RM220 bilion seperti yang dibentangkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.

BAB 2: ASAS EKONOMI YANG MASIH RAPUH DALAM SUASANA EKONOMI GLOBAL TIDAK MENENTU

* Perdana Menteri juga mewar-warkan seolah-olah ekonomi Malaysia sudah rancak semula dengan menyebut kejayaan menarik pelaburan asing (FDI) dalam tahun 2010 dan separuh tahun pertama 2011. Malangnya, beliau hanya menyebut prestasi Malaysia semata-mata tanpa perbandingan dengan aliran pelaburan sejagat atau prestasi-prestasi negara-negara pesaing di rantau ini.

* Hakikatnya, prestasi pelaburan asing yang masuk ke Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain di rantau Asia Pasifik. Peningkatan 6 kali ganda yang disebut oleh Perdana Menteri bagi tahun 2010 adalah kerana nilai pelaburan yang sangat rendah dalam tahun 2009, maka angkanya nampak lebih gah bila dibandingkan dengan asas yang sebegitu rendah.

* Saya merujuk perhatian dewan kepada laporan "FDI Global Outlook Report" yang diterbitkan oleh Financial Times, edisi terbaru keluaran Mei 2011 sebagai rujukan yang lebih menyeluruh untuk menggambarkan prestasi pelaburan asing Malaysia.

* Rujuk mukasurat 14 yang menyenaraikan perbandingan destinasi pelaburan terbaik di rantau Asia Pasifik bagi tahun 2010:

* Senarai 5 negara teratas berdasarkan jumlah projek pelaburan adalah Cina, India, Singapura, Australia dan Thailand. Malaysia tidak termasuk di dalam senarai.

* Senarai 5 negara teratas mendapat pelaburan berdasarkan jumlah pelaburan diketuai oleh China, India, Australia, Vietnam dan Singapura. Malaysia juga tidak termasuk di dalam senarai. Malah, jumlah pelaburan asing yang masuk ke Vietnam dalam adalah RM87 bilion dan Singapura sebanyak RM39 bilion, berbanding jumlah RM29 bilion yang diperolehi negara dalam tahun 2010.

* Jika Malaysia mensasarkan pelaburan asing dalam industri berteknologi tinggi, kita semestinya ketinggalan jauh berbanding Singapura dan Australia.

* Jika Malaysia ingin bersaing untuk mendapatkan pelaburan asing dalam bidang pembuatan dan perkilangan, kita ditewaskan pula oleh Vietnam dan Bangladesh.

* Oleh itu, dewan perlu lebih berhati-hati dengan data-data yang dipersembahkan Perdana Menteri kerana ia mengenepikan gambaran keseluruhan kedudukan ekonomi negara.

* Sebab itu juga agaknya, Perdana Menteri langsung tidak menyentuh mengenai keadaan hutang negara yang semakin meruncing.

* Jumlah hutang negara yang telah mencecah RM437 bilion pada akhir Jun 2011 seperti angka rasmi Bank Negara Malaysia adalah paras tertinggi hutang negara dalam sejarah Malaysia.

* Laporan Majlis Kewangan Negara 2010 mukasurat 120 mencatatkan pola keberhutangan awam negara di antara tahun 1970 hingga 2009. Perenggan dua merujuk kepada usaha berterusan untuk mengurangkan nisbah hutang kepada KDNK dalam tahun 90an hingga mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu 31.9% pada tahun 1997.

* Menurut laporan itu lagi, saya petik: ".. paras terendah 31.9% pada tahun 1997 didorong oleh pemulihan ekonomi negara yang pantas, pelaksanaan dasar fiskal berhemat serta pengurusan hutang yang berkesan. Ini telah membolehkan Malaysia mencatat lebihan fiskal di antara tahun 1993 dan 1997.."

* Laporan ini dikeluarkan oleh kementerian yang diketuai oleh Perdana Menteri sendiri, oleh itu wajarlah Perdana Menteri mengambil iktibar tentang peri pentingnya kaedah pengurusan hutang yang berkesan dalam menjamin kelangsungan kewangan negara.

* Belanjawan 2012 malangnya dijangka akan mengabaikan beberapa garis panduan jumlah hutang yang digunapakai oleh negara selama ini.

* Pertamanya, jumlah hutang negara akan terus meningkat. Jumlah terbitan hutang dalam tahun 2010 adalah RM64.7 bilion sementara jumlah hutang yang akan matang dalam tahun 2011 telah mencecah RM44.5 bilion, berbanding RM23.4 bilion tahun sebelumnya.

* Kedua, pertambahan hutang negara yang mendadak ini bermakna jumlah peruntukan belanjawan setiap tahun yang digunakan untuk membayar faedah dan perkhidmatan hutang akan semakin menghampiri had panduan nisbah bayaran khidmat hutang kepada KDNK pada kadar purata 3.5% yang digunapakai selama ini.

* Bagi tahun 2012, peruntukan bayaran khidmat hutang telah melonjak kepada RM20.5 bilion berbanding hanya RM12.8 bilion dalam tahun 2008. Kos hutang ini akan bernisbah sebanyak 2.3% berbanding KDNK dan pada kadar pertambahan hutang sebegini rupa, garis had nisbah 3.5% dari KDNK ini bakal dilepasi dalam tempoh masa 5 tahun akan datang.

Tan Sri Yang diPertua,

* Perdana Menteri juga menyandarkan angka pertumbuhan 5% – 6% bagi tahun 2012 kepada perbelanjaan rakyat yang kononnya akan merancakkan penggunaan domestik (domestic consumption).

* Walaupun perbelanjaan domestik adalah penting untuk menampung pertumbuhan ekonomi negara dalam suasana global yang tidak menentu, sandaran kepada perbelanjaan rakyat untuk meransang pertumbuhan ekonomi perlu lebih realistik mengambil kira faktor harga barang meningkat dan gaji rakyat yang tersekat di takuk lama.

* Sebab itu Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 mengambil keputusan memperkenalkan kembali cukai dan eksais ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, alat kosmetik, celana dalam dan lain-lain kerana ia tidak memberi manfaat kepada rakyat terbanyak sedangkan kos pelepasan cukainya ditanggung oleh kerajaan.

* Makanya, kita wajar perihatin dengan kebanyakan rakyat Malaysia yang terbeban dengan jumlah hutang yang membimbangkan. Pada akhir tahun 2010, jumlah hutang isi rumah yang ditanggung rakyat Malaysia telah mencecah RM577 bilion bersamaan 77% dari KDNK negara. Nisbah jumlah hutang isi rumah kepada KDNK ini telah meningkat dua kali ganda semasa saya menjawat Menteri Kewangan iaitu 33% dalam tahun 1997, kepada 77% apabila Perdana Menteri mengemudi Kementerian Kewangan di akhir tahun 2010.

* Pendapatan rakyat setiap bulan sebahagian besarnya dihabiskan untuk membayar hutang rumah kereta dan rumah.

* Lantaran itu, rata-rata rakyat Malaysia masih berada dalam keadaan yang daif. Masih ada golongan pekerja yang diperlakukan seperti khadam dan dibayar gaji di bawah paras kemiskinan. 40% dari rakyat Malaysia tinggal di dalam isi rumah yang pendapatan bulanannya kurang dari RM1,500. Tiga perempat dari golongan ini adalah Melayu/Bumiputra yang kononnya dibela oleh Umno-Barisan Nasional.

* Kekayaan negara pula dipusatkan kepada segolongan kecil golongan kaya dan mahakaya. 50% kekayaan dan pendapatan yang dijana oleh ekonomi negara dibolot oleh golongan 20% terkaya, sedangkan golongan 40% terbawah tadi yang rata-ratanya Melayu/Bumiputra tidak ubah seperti melukut di tepi gantang yang hanya mendapat 15% dari kekayaan dan pendapatan yang dijana.

* Manakala itu masih wujud fenomena ketidakseimbangan di antara keperluan tenaga mahir dan tuntutan industri, serta pergantungan kepada pekerja asing yang memberi kesan yang bukan sedikit kepada pasaran kerja. Ini menyebabkan aliran wang tunai keluar negara sebanyak RM22 bilion setahun sekaligus masih menjadi persoalan ekonomi mendesak yang perlukan penyelesaian segera.

* Sebaliknya, Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri mengelak sepenuhnya dari menjawab persoalan kerangka asas ekonomi seperti yang saya perincikan tadi.

* Ada perbezaan yang besar di antara perubahan dasar yang membawa impak ekonomi yang berkekalan dengan membaiki kerangka dan sistem ekonomi, berbanding dengan pengumuman-pengumuman pemberian peruntukan dan hadiah wang tunai bagi satu tahun sahaja seperti yang dibuat Perdana Menteri.

* Oleh sebab itulah, Pakatan Rakyat mengambil pendekatan dasar untuk membaiki kerangka ekonomi negara.

* Di antara tawaran Pakatan Rakyat yang sangat penting untuk membaiki struktur ekonomi negara adalah untuk memastikan dasar gaji minima terlaksana. Apa yang sangat ditakutkan kepada dasar gaji minima, sedangkan kajian Bank Dunia menunjukkan kadar RM1,100 seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat mampu ditanggung oleh majikan dan ekonomi. Perdana Menteri seolah-olah lebih mengutamakan lobi taukeh-taukeh besar dan kroni mahakaya daripada keperluan jutaan rakyat yang sangat mengharapkan satu anjakan gaji yang menyeluruh meliputi semua 12 juta tenaga kerja di negara ini, bukannya gula-gula yang hanya memikat pekerja sektor awam tetapi mengenepikan kebajika 90% tenaga kerja yang lain.

* Oleh kerana pendekatan Belanjawan 2012 kerajaan Umno-Barisan Nasional adalah penjenamaan semula yang pastinya akan melibatkan banyak peruntukan pengiklanan dan perunding, Dewan berhak tahu secara teperinci berapa yang telah diperuntukkan kepada firma-firma asing dan tempatan bagi tujuan pengiklanan dan putar belit (spin). Berapa juga jumlah kontrak bagi tujuan ini yang telah ditandatangani?

BAB 3: PENJENAMAAN SEMULA PROJEK DAN DASAR GAGAL

* Telah pun saya tegaskan program-program yang diumumkan oleh Perdana Menteri merupakan ulangan program-program yang telah dibentangkan dalam Rancangan Malaysia atau belanjawan, akan tetapi tidak berjaya membawa sebarang hasil ataupun gagal dilaksanakan.

* Sedangkan wang rakyat berbilion-bilion ringgit dibelanjakan untuk membiayai program-program yang gagal mencapai matlamat itu. Kini, sekali lagi rakyat berdepan dengan beban kewangan untuk melaksanakan program-program yang gagal ini.

* Tiga contoh terbaik yang boleh saya huraikan, pertamanya, pengumuman-pengumuman yang melibatkan usaha menjamin kelangsungan bekalan makanan dengan memajukan sektor pertanian. Kedua, naiktaraf infrastruktur dan jaringan bekalan air dan elektrik luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak dan ketiga, pengumuman yang menyentuh usaha mewujudkan rumah mampu milik kepada rakyat.

* Kerajaan Barisan Nasional telah berjanji untuk mengekang impot makanan dan menjamin food sovereignty (kedaulatan negara melalui bekalan makanan yang terjamin) sejak 10 tahun yang lepas. Selain menjadi teras utama RMK8, kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM11.4 bilion sepanjang RMK9 untuk mencapai hasrat ini selain dari meletakkan pengurangan sasaran impot makanan kepada RM14.3 bilion sahaja menjelang akhir 2010.

* Izinkan saya untuk memberikan beberapa contoh kegagalan tersebut: Projek ternakan feedlot yang menelan belanja sekitar RM250 juta yang membabitkan suami dan anak seorang menteri di dalam kabinet Perdana Menteri. Soalan ini yang saya bangkitkan sejak tahun lepas tidak pernah dijawab oleh Perdana Menteri mahupun menteri yang bertanggungjawab. Peruntukan sedemikian rupa jumlahnya sama dengan potongan subsidi gula yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

* Selain itu apakah nasib Terminal Agrobisnes Nasional yang tidak digunapakai dan kini menjadi projek gajah putih? Puluhan jutaan ringgit dibelanjakan tetapi objektif penggunaannya tidak pernah tercapai, kini dijenamakan kembali oleh Perdana Menteri di dalam belanjawan terkini beliau.

* Manakala kegagalan tersebut belumpun dijawab, tiba-tiba kerajaan berhasrat melancarkan satu lagi dasar iaitu Dasar Agro Makanan Kebangsaan, kononnya untuk merangka hala tuju industri makanan dan menjamin bekalan makanan. Bukankah semuanya sudah pun diputuskan dalam RMK8 hingga RMK10 dan dasar-dasar yang lain. Saya harus mengingatkan dewan bahawa yang tergelincir bukannya dasar tetapi matlamat akibat penyelewengan, rasuah dan tiadanya tata kelola yang baik.

* Belanjawan 2012 mengulangi kembali janji-janji dalam belanjawan yang lepas, RMK8 hinggalah RMK9; cuma kini dijenamakan semula. Kalau dulu dipanggil TEMAN (Terminal Agrobisnes Nasional), kini mahu dijenamakan pula sebagai Pusat Transformasi Desa. Kalau dulu tabungnya dipanggil Tabung Jaminan Makanan, kini tabung kononnya turut melibatkan Dana Pengkomersilan Pertanian.

* Walaupun berpuluh bilion telah dibelanjakan sejak tahun 2000 untuk mengurangkan import makanan, ia terus melonjak akibat kegagalan dasar dan projek yang lebih bermotifkan penyelewengan wang rakyat, bukannya demi kepentingan negara.

* Bank Negara Malaysia di dalam perangkaan perdagangan luar negeri Disember 2010 menyatakan bahawa import makanan telah mencecah RM30 bilion.

* Statistik ini turut disokong oleh jawapan kepada pertanyaan di dalam dewan, bahawa import makanan telah meningkat dari RM17.7 bilion dalam tahun 2005 kepada RM26.7 bilion dalam tahun 2009 pada kadar pertumbuhan 10.2% setiap tahun, membuktikan kegagalan 10 tahun berturut-turut dasar dan pelaksanaan program di bawah Umno-Barisan Nasional yang kini dijelmakan kembali oleh Perdana Menteri di dalam Belanjawan 2012.

Tan Sri Yang diPertua,

* Kita sudah bertukar 3 Perdana Menteri tetapi kita masih bercakap perkara yang sama. Kemahiran yang mereka ada hanyalah menjelmakan dan menjenama semula dasar lama yang gagal. Barangkali ini semua merupakan nasihat perunding asing yang mahal-mahal belaka.

* Begitu juga dengan soal membangunkan prasarana desa dan di Sabah serta Sarawak.

* Misalnya baru-baru ini Perdana Menteri mengakui bahawa prasarana perbekalan air di kawasan-kawasan FELDA sudah berusia 50 tahun dan sangat daif. Maknanya selepas beratus-ratus dasar digarap, pelbagai janji ditaburkan kepada warga FELDA, hakikatnya masyarakat FELDA belum mempunyai system perbekalan air yang sempurna. Masalah ini turut berlaku di Sabah dan Sarawak.

* Dalam Belanjawan 2012, Perdana Menteri mengumumkan seolah-olah perkara-perkara ini adalah keprihatinan baru demi membantu rakyat, sedangkan sewajarnya adalah untuk memohon ampun dan maaf kepada rakyat kerana terlewat 50 tahun menjaga keperluan asas mereka.

* Nasib yang sama juga menimpa projek menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat. Barisan Nasional gagal menyediakan perumahan mampu milik sedangkan pelbagai agensi telah dipertanggungjawabkan selama ini. Berbilion ringgit wang rakyat telah diperuntukkan saban tahun dan disalurkan kepada kontraktor dan syarikat yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional, tetapi memiliki rumah mampu milik seolah-olah mimpi ngeri buat rakyat Malaysia.

* Syarikat Perumahan Negara Berhad ditubuhkan sebagai agensi kerajaan membantu menyediakan perumahan rakyat. Kini, Perdana Menteri menubuhkan pula agensi baru yang dikenal sebagai PR1MA kononnya sebagai agensi tunggal untuk membangunkan rumah-rumah mampu milik di tanah-tanah nilai perdana kerajaan seperti Sungai Buloh, Sungai Besi dan kawasan-kawasan sekitar MRT/LRT.

* Pengumuman ini memunculkan dua keraguan. Pertama, bukankah fungsi itu bertindih dan serupa dengan SPNB? Kenapa perlu ditubuhkan agensi baru yang akan menelan belanja pentadbiran yang baru untuk menjalankan tugas yang sama?
* Kedua, kenapa PR1MA diberikan tugasan lumayan membangunkan rumah mampu milik di tanah milik kerajaan yang paling bernilai? Apakah PR1MA juga akan menjadi pemaju tidak ubah seperti SPNB, seterusnya melibatkan peruntukan ratusan juta dari wang rakyat dan kerjasama swasta?

* Oleh itu, Dewan wajar menegur Perdana Menteri dan seluruh kabinetnya yang giat menubuhkan unit-unit baru dan pelbagai inisiatif pengiklanan baru seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan 2012, kerana ini membebankan rakyat.

* Izinkan saya menarik perhatian Dewan yang Mulia ini kepada pengumuman menubuhkan Yayasan Inovasi Malaysia. Yayasan tersebut diwujudkan dan dibarisi oleh golongan mahakaya seperti Tan Sri Lim Khok Thay, individu yang dekat dengan Perdana Menteri seperti Rohana Tan Sri Mahmood dan ahli-ahli politik Barisan Nasional untuk mengendalikan program-program invoasi kelolaan Kementerian Sains Teknologi.

* Kita tertanya-tanya berapakah kos pentadbiran yayasan-yayasan seperti YIM ini? Daripada peruntukan ratusan juta untuk program-program promosi ini, berapa yang diberikan kepada YIM untuk menganjurkan beberapa seminar antarabangsa?
* Projek sebeginilah yang merugikan rakyat dan menelan belanja yang besar tanpa manfaat kepada rakyat.

* Apa yang merisaukan beberapa pendekatan Perdana Menteri telah terbukti gagal manakala inisiatif tersebut terkait dengan kepentingan awam. Beliau mengumumkan pelbagai insentif cukai yang lumayan kepada golongan niagawan terutamanya bagi projek-projek kesayangan dan berkepentingan kepada beliau seperti Kuala Lumpur International Financial District (Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur)

* Belanjawan 2012 menjanjikan pelepasan cukai kepada pemaju hartanah di KLIFD sebanyak 70% bagi tempoh 5 tahun. Kita boleh mencongak berapa jumlah cukai yang akan dilepaskan begitu sahaja kepada kroni-kroni yang mengusahakan projek mewah ini.

* Pengumuman awal menyebut keseluruhan projek hartanah itu bakal menelan belanja RM26 bilion. Kalau kadar keuntungan kasarnya adalah sekitar 20% iaitu kadar biasa projek-projek hartanah mewah, maka keuntungan kasar yang sepatutnya dikenakan cukai adalah RM5.2 bilion. Pada kadar cukai korporat 25%, ini bermakna sebanyak RM1.3 bilion wang rakyat akan bolos ke tangan kroni.

* Tidak cukupkan tanah Sungai Besi yang paling berharga milik rakyat itu diserahkan kepada 1MDB yang dikawal oleh individu yang rapat dengan Perdana Menteri? Siapa yang sering dikaitkan dengan pembangunan KLIFD ini kalau bukan Jo Thaek Low. Kalau dikaji projek mega KLIFD ini, ternyata ia tidak memanfaatkan rakyat terbanyak dan memberi keuntungan yang lebih kepada:

* Perunding – luar negara atau yang dekat dengan pemerintah, termasuklah CIMB yang selalu terbabit di dalam urusan-urusan besar kewangan negara
* Pembinaan – pastinya dianugerahkan kepada mereka yang dekat dengan pemerintah.
* Bekalan – sebahagian besar peralatan dan bahan akan diimport dari luar negara seperti kebiasaan pembinaan mercu tanda megah di bawah Umno-Barisan Nasional atau dianugerahkan kepada syarikat kroni
* Tenaga pembinaan – rata-ratanya akan menggunapakai buruh asing
* Tenaga kerja di KLIFD kelak – sebahagian besar terdiri dari juru analisa kewangan antarabangsa dan hanya sedikit rakyat Malaysia yang berpeluang bekerja di situ

* Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat mengesyorkan kepada Dewan supaya Perdana Menteri memberi jaminan-jaminan berikut:

* Hentikan insentif berlebihan yang menyebabkan kutipan cukai berkurangan termasuk insentif kepada KLIFD, sebelum kerajaan berniat melaksanakan GST;

* Perdana Menteri perlu umumkan kepada rakyat dan dewan bila GST akan dilaksanakan supaya rakyat dapat mengundi berdasarkan rancangan pelaksanaan GST pada PRU13;

Dan

* Dewan perlu menghentikan sikap jelik yang menghina rakyat; menyalahkan bayaran subsidi semata-mata, sedangkan insentif-insentif yang melampau turut melibatkan banyak ketirisan kepada wang negara dan pendapatan yang berkurangan

* Sekiranya diberi peluang untuk mentadbir negara, Pakatan Rakyat beriltizam memastikan mana-mana perjanjian atau insentif yang tidak telus dan membelakangkan kepentingan rakyat akan dirujuk kepada Suruhanjaya Perjanjian Awam, yang akan ditubuhkan demi untuk menilai semula segala perjanjian ini.

BAB 4: KRONI DIDAHULUKAN, PROJEK DIUTAMAKAN

Tan Sri Yang diPertua

* Belanjawan 2012 menzahirkan ketagihan BN kepada rasuah dan penyelewengan. Tidak ada tanda-tanda ketagihan ini akan reda, kerana pelbagai pengumuman yang dibuat jelas akan menguntungkan pihak-pihak berkepentingan semata-mata.

* Saya ingin merakamkan kekesalan kepada dewan kerana cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holding yang merupakan mercu tanda dan harta rakyat yang sensitif langsung tidak dibahaskan terlebih dahulu di dewan ini, sebelum dipertimbangkan untuk dibawa masuk ke dalam belanjawan.

* Saya bukanlah menentang sebarang usaha untuk mengembangkan saiz pasaran saham dan menarik pelabur asing ke Bursa Malaysia, tetapi persoalan yang membabitkan institusi Melayu/Bumiputra dan harta rakyat yang dibina oleh 3 generasi rakyat Malaysia ini perlukan perdebatan ikhlas dan ilmiah di dewan ini terlebih dahulu.

* Perdana Menteri seharusnya mengambil kira risiko kewangan dan pasaran yang akan mendedahkan Felda kepada susut nilai pasaran mirip kepada nasib yang sedang menimpa MAS, sekiranya penyenaraian ini tidak disertakan dengan tata kelola yang baik, pengurusan yang telus dan bebas dari campur tangan politik dan diperkuatkan dengan segala langkah mengelakkan manipulasi pasaran dan spekulasi.

* Harga pasaran saham MAS telah susut sehinggakan harga semasanya hanyalah sekitar 37% berbanding harganya sekitar tahun 1993 hingga 1995. Walaupun asetnya besar dan saiz operasinya berlipat kali ganda berbanding AirAsia, harga sahamnya turun naik dan sekarang ini hanyalah 50% dari harga saham AirAsia.

* Kita perlu berwaspada supaya nasib yang sama tidak menimpa Felda, maka keputusan sebesar itu sewajarnya dibahaskan di dewan ini agar prasyarat berhubung kemantapan pengurusan, amalan tata kelola baik yang ketat dan nilai tambah dapat diambil kira.

* Janganlah kerajaan mengulangi kesilapan dalam penggabungan tiga gergasi perladangan iaitu Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope yang disandarkan semata-mata kepada yuran rundingan dan laba yang bakal diperolehi oleh para perantara (broker) dan penasihat termasuklah CIMB yang rapat dengan Perdana Menteri.

* Perdana Menteri juga mengumumkan pembinaan projek-projek melalui kaedah perkongsian awam dan swasta (PPP) termasuklah pembinaan hospital wanita dan kanak-kanak melibatkan perbelanjaan RM700 juta.

* Saya memberi ingatan supaya projek ini dilaksanakan dengan penuh ketelusan dan bertata kelola termasuklah dengan memastikan ia menggunakan bidaan terbuka, supaya harganya berpatutan kerana kita faham bila sahaja dipanggil perkongsian awam dan swasta, maknanya perkongsiannya begini: untung dikaut oleh swasta, kerugian dan kos ditanggung oleh awam dan rakyat.

* Saya juga kesal dengan cara Perdana Menter yang tidak segan silu mengumumkan projek-projek yang bermasalah kerana diberikan kepada krono seolah-olah ia projek baru demi kesejahteraan rakyat. Peruntukan projek pembangunan dibawah RMK10 bagi tahun 2012 berjumlah RM49.2 bilion contohnya melibatkan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala Terengganu yang tidak siap-siap dan telah pun menelan belanja yang tinggi, akibat pembabitan pihak-pihak yang berkepentingan sedangkan fasa yang dibina oleh MTD di antara Sungai Besi ke Ajil telah pun dibuka.

* Akhir sekali, saya wajar menyentuh mengenai peruntukan RM40 juta untuk membina lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia.

* Saya tidak begitu mempersoalkan tindakan kerajaan mahu memberi bantuan melalui subsidi barangan secara terus di kedai-kedai runcit. Saya juga tidak mahu mempersoalkan cara Perdana Menteri menggunakan wang rakyat untuk terus mempromosikan jenama 1Malaysia beliau, asalkan rakyat mendapat manfaat.

* Namun, kenapa hanya satu pihak dan pengusaha iaitu Mydin yang dipilih untuk mendapat bantuan subsidi terus ini, sedangkan pembinaan lebih banyak kedai sebegini akan mematikan kedai-kedai runcit rakyat terbanyak di seluruh Malaysia?

* Apakah kerajaan tidak boleh mencari sebuah kedai runcit yang maju dan berdaya saing di setiap daerah yang ingin dibantu, agar bantuan tersebut akan memberi lebih manfaat kepada lebih ramai pengusaha kedai runcit, bukannya membantu melebarkan sayap pengusaha sebuah pasaraya besar yang akan mematikan pengusaha kecil di kampung-kampung? Sudahlah selama ini mereka terpaksa bersaing dengan pasaraya besar, kini kedai runcit pun mahu dibolot dan diberi bantuan terus oleh kerajaan.

* Sebab itu saya memohon dewan menerima hakikat bahawa belanjawan 2012 ini tidak lebih dari senarai hadiah-hadiah kepada kroni dan golongan berkepentingan. Ratusan billion akan dibelanjakan semata-mata kerana kroni akan diterus didahulukan, projek-projek diberi keutamaan, kemudian sisa bakinya barulah diagihkan kepada rakyat.

BAB 5: ANJAKAN STRUKTUR EKONOMI

Tan Sri Yang diPertua

* Dewan yang mulia seharusnya sedar pengumuman-pengumuman yang terkandung dalam Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri adalah gula-gula yang membebankan rakyat tetapi tidak menghasilkan sebarang anjakan perubahan kepada struktur ekonomi negara.

* Pengumuman kenaikan gaji dan bonus kepada kakitangan awam adalah tidak berasaskan kepada sebarang pendekatan ekonomi, berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat melalui pengenalan gaji minima yang akan memanfaatkan kesemua tenaga kerja di negara ini.

* Sebab itu kerajaan tidak boleh memandang remeh kemarahan pekerja sektor swasta yang merasakan mereka diketepikan semata-mata kerana kerajaan ingin memikat undi dari penjawat awam.

* Begitu juga dengan pelepasan cukai berkaitan teksi yang membabitkan jumlah maksima bantuan sebanyak RM7,560 setahun. Perdana Menteri boleh berpura-pura berbangga dengan bantuan itu, tetapi jangan lupa rintihan sebenar pemandu teksi dibebankan sejumlah RM21,000 setahun kerana bayaran kepada pemegang konsesi. Bantuan RM7,560 setahun itu pun hanyalah kepada mereka yang memilih untuk menukar kenderaan teksi, tetapi bagi sebahagian besar pemandu teksi mereka masih perlu membayar yuran yang mencekik darah kepada pemegang konsesi lesen teksi, sebahagiannya terdiri dari Yang Berhormat di dalam dewan ini.

* Perdana Menteri menyenaraikan beberapa subsidi makanan yang diberikan kepada rakyat seolah-olah ia diberikan ehsan kerajaan. Janganlah kita lupa bahawa amanah mentadbir wang rakyat itu datangnya dari rakyat dan ia boleh ditarik balik bila-bila masa, seperti kerajaan sewenang-wenangnya menarik subsidi sehingga menaikkan harga barangan.

* Kerajaan berbangga dengan subsidi gula 20 sen setiap kilogram yang diberikan kepada rakyat, tetapi buat-buat lupa bahawa kerajaan jugalah yang menaikkan harga gula sehinga ia 60% lebih mahal sekarang berbanding sebelum Perdana Menteri mengambil alih kuasa.

* Perdana Menteri nampaknya cukup berbangga dengan bayaran-bayaran yang diumumkan seperti bantuan persekolahan, bonus kepada bekas perajurit dan lain-lain. Saya nasihatkan supaya Perdana Menteri jangan senyum terlalu lama kerana rakyat tahu bahawa bayaran itu hanyalah bayaran sekali sahaja dalam tahun 2012 yang tidak berkekalan dan berbentuk gula-gula. Jika mereka termakan gula-gula tersebut, selepas pilihanraya kelak rakyat terpaksa memulangkan kembali bayaran-bayaran tersebut melalui cukai barangan dan perkhidmatan yang akan diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

* Namun saya yakin rakyat boleh menilai perkara-perkara ini, kerana mereka juga sedar bahawa bayaran yang besar diberikan kepada golongan yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional termasuk bayaran sejumlah RM3,000 kepada bekas petugas KEMAS dan JASA yang lebih tinggi daripada bentuk-bentuk bantuan lain.

Tan Sri Yang diPertua,

* Belanjawan yang bertanggungjawab mesti menetapkan dasar-dasar yang akan mengubah struktur ekonomi dan membolehkan anjakan, bukannya pengumuman pemberian hadiah satu tahun sahaja.

* Perbandingan dengan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 akan menunjukkan bagaimana belanjawan kami menumpukan usaha kembali kepada kerangka dasar serta berusaha menyelesaikan masalah asas:

* Pengenalan gaji minima untuk melonjakkan paras gaji pekerja seterusnya membantu rakyat berhadapan dengan tekanan kos sara hidup
* Menghapuskan monopoli dan merombak struktur harga barang-barang komoditi dan kepenggunaan (termasuklah monopoli BERNAS, AP dan lain-lain) untuk menghapuskan herotan harga dan menurunkan harga secara drastik
* Memperuntukkan subsidi secara berpatutan kepada rakyat dengan mengalihkan peruntukan yang digunapakai oleh sektor korporat dan monopoli sebelum ini
* Memberi penekanan kepada latihan teknikal dan vokasional termasuk melalui universiti teknikal untuk menyediakan graduan dan tenaga kerja yang berpadanan dengan kehendak industri
* Peruntukan RM6.9 bilion sebagai pakej bantuan terus (direct assistance package) untuk golongan sasaran
* Agihan sumber antara pusat dan negeri yang lebih adil mengikut pindaan capitation grant

BAB 7: PENUTUP

* Rakyat akan menilai janji-janji yang terkandung di dalam Belanjawan 2012 dan Perdana Menteri mempunyai masa yang suntuk sebelum keadaan ekonomi global makin tidak menentu.

* Sewajarnya Perdana Menteri menunaikan janji-janji terdahulu sebelum cuba menambah janji-janji baru ini, bermula dengan janji reformasi pilihanraya dan pemansuhan ISA yang perlu disegerakan.

* Saya juga mengingatkan dewan supaya kita insaf bahawa reformasi ekonomi yang berkekalan adalah mustahil tanpa iltizam untuk merubah pendekatan politik dan pentadbiran yang diamalkan pemerintah sekarang. Tidak ada reformasi ekonomi tanpa reformasi politik yang menyeluruh.

* Jika Perdana Menteri gagal melaksanakan harapan dan tuntutan-tuntutan rakyat ini, nescaya segala usaha menjelmakan dan menjenamakan semula dasar dan program-program yang gagal tidak akan berjaya meredakan hasrat rakyat yang mahukan perubahan.

* Dengan ingatan itu kepada diri saya dan seluruh dewan, saya sudahi dengan wassalam.

[1] Analisis pertumbuhan kutipan cukai oleh Kerajaan Malaysia – Belanjawan Pakatan Rakyat 2012

Apa salahnya pinda Perlembagaan Persekutuan?

Posted: 09 Oct 2011 09:00 PM PDT

Oleh MAT ZAIN MAT ISA

ADA pihak mengatakan isu pelaksanaan hudud di negara ini menjejaskan imej politik PAS, sehingga dikatakan ada di kalangan pendukung parti itu sendiri tidak setuju pemimpin mereka membangkit isu ini.

Kononnya ia menakutkan bukan Islam daripada terus mengundi PAS dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.Bagaimanapun isu ini kelihatan semakin mengasak BN, khususnya Umno, apabila segala dolak-dalih disuarakannya akhirnya kembali menikam parti itu dan rakan-rakannya dalam BN.

Sememangnya kalangan yang menolak pelaksanaan hudud cenderung mencari dalih mewajarkan pendirian mereka.

Kononnya hudud tidak sesuai dengan realiti masyarakat negara ini. Ada yang menganggapnya hukum teokratik, tidak demokratik dan tidak memiliki unsur keadilan.

Ada pula yang lebih ghairah mempersoal kenapa baru sekarang PAS menyuarakan kembali isu ini. Sedangkan PAS memerintah Kelantan sudah lebih 20 tahun.

Sebetulnya mereka ini sengaja buat-buat lupa bahawa Umno sendiri sudah 56 tahun (sejak pilihan raya umum pertama, 1955) memegang tampuk kuasa. Apakah ada sebarang inisiatif diambilnya untuk memahamkan rakyat mengenai hukum Islam itu?

Akhirnya rakyat menemui punca sebenarnya. Bahawa titik tolak pertikaian ialah apabila Umno selaku tunjang pemerintahan negara tidak pernah berhasrat melaksanakan hukum Islam dalam pemerintahannya. Bahkan parti itu bertegas tidak akan memberi laluan kepada PAS menyempurnakan tuntutan agama itu.

Lalu bagi mengelakkan ditohmah sebagai menolak hukum Tuhan, seterusnya dipertikaikan tahap pegangan agama mereka, para pemimpin Umno berdalih pula kepada hujah perlembagaan. Kononnya hudud dicadangkan PAS bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, terutama berkaitan bidang kuasa negeri melaksanakan undangundang jenayah.

Ia juga disabitkan sebagai mencabuli hak dan kebebasan penganut agama lain yang dijamin Perlembagaan. Lalu dipetiklah peruntukan 'agamaagama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai'. Justeru ketegasan PAS meneruskan hasrat melaksanakannya dibimbangi akan menjerumuskan negara ke kancah krisis Perlembagaan.

Apakah benar pelaksanaan Islam bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan.

Ataukah dakwaan itu juga tertakluk kepada pentafsiran peruntukan-peruntukan Perlembagaan itu sendiri?

Contohnya, peruntukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Apakah ia sekadar agama untuk diterima sebagai label tanpa memiliki hak menguatkuasakan ajaran dan hukum peraturannya atau bagaimana? Ataukah taraf dan kedudukan Islam sama sahaja dengan agama-agama lain?

Barangkali titah ucapan Pemangku Raja Perak, Dr Raja Nazrin Shah di Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri seluruh Malaysia di Kuala Lumpur, 26 September lalu boleh dirujuk sebagai penjelasan.

Titahnya, "Islam adalah agama yang memiliki benteng perlindungan dan taraf keistimewaan mutlak di dalam Perlembagaan Persekutuan."

Baginda lantas memetik tafsiran Hakim Mohd Noor Abdullah dalam penghakiman satu kes mahkamah yang menyebut, "...Peruntukan 'Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai' bermakna Islam adalah agama utama di antara agama-agama lain yang dianuti di negara ini. Islam bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak.

"Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Ini bermakna kerajaan bertanggungjawab memelihara, menyemarak dan mengembangkan Islam... dan agama-agama lain hendaklah diatur suai dan dihalatuju ke arah yang menjamin supaya ia diamalkan dengan aman dan damai dan tidak menggugat kedudukan utama agama Islam..."

Ertinya, jika difahami daripada tafsiran itu, hak dan kebebasan agama lain bukan sahaja tertakluk kepadasejauh mana ia tidak menggugat kedudukan utama agama Islam, malah Islam sebagai agama Persekutuan memiliki hak untuk diamal dan dikembangkan.

Soalnya, apakah ruang lingkup mengamal dan mengembangkan Islam itu hanya terbatas kepada aspek peribadatan khusus sahaja tanpa melibatkan hukum-hakam dan peraturan hidup lebih luas, terutama melibatkan politik dan jenayahnya?

Sekali lagi kita melihat isu ini bergantung kepada pentafsiran terhadap peruntukan Perlembagaan itu sendiri.

Lagipun, mengapa susah sangat jika hudud benarbenar bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan sehingga memerlukan Perlembagaan dipinda jika masih mahu melaksanakannya?

Apakah selama ini ia tidak pernah dipinda? Bahkan ia dikatakan telah 53 kali dipinda, hampir sekal i setiap tahun sepanjang usia kemerdekaan negara.

Budaya Menulis Kalangan Pemimpin PAS Hambar?

Posted: 09 Oct 2011 08:30 PM PDT

Oleh Zahiruddin Zabidi

SEBAGAI editor dan penulis buku, menjadi kelaziman bagi saya berkunjung ke mana-mana kedai buku. Dari kedai buku kecil hinggalah kepada rangkaian kedai buku gergasi seperti MPH dan POPULAR. Bagi para pencinta buku, berkunjung ke kedai buku samalah perasaan terujanya dengan para wanita atau isteri yang melihat jualan murah di gedung membeli-belah, sukar dinyatakan! Bagaikan ada adrenalin khas yang entah dari mana menguasai waras akal dan jiwa lantas mendorong diri ke sana.

Kebelakangan ini apabila saya berkunjung ke rangkaian kedai buku besar khususnya, ada satu fenomena yang mungkin jarang kita lihat sebelum ini. Saya mendapati buku-buku tulisan tokoh-tokoh parti politik seteru kerajaan semakin membanjiri rak-rak khususnya pada ruang politik, sosial dan kebudayaan. Namun hakikatnya, majoriti buku-buku tersebut adalah tulisan tokoh-tokoh Pakatan Rakyat selain PAS!

Sebagai seorang penulis dan penyokong tegar PAS, saya amat terkilan dengan fenomena ini. Ianya seakan menggambarkan budaya penulisan, budaya intelektual tidak berakar umbi dan sinonim dengan PAS. Meskipun begitu, kita masih boleh tersenyum dan berbangga dengan beberapa orang tokoh muda dan lama PAS yang tekal dan prolifik dalam penulisan dan terbukti buku-buku mereka banyak terdapat di kedai buku agama (biasanya banyak buku berkaitan dakwah dan PAS) termasuk rangkaian kedai buku utama.

Antara penulis yang masih prolifik sehingga hari ini adalah Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri dengan lahirnya buku mini terbarunya mengenai penerangan konsep Negara Berkebajikan selain jujukan buku politik Islam terbitan PTS Publications & Distributin Sdn Bhd. Tokoh pemuda PAS yang juga pemilik syarikat penerbitan Jundi Resources, Ustaz Riduan Md Noor juga antara yang wajar dipuji. Selain daripada konsisten dalam penulisan, beliau juga sentiasa bersedia menerbitkan bahan-bahan daripada tokoh-tokoh parti bagi disebarkan. Malah bukan sahaja buku, terbaru beliau melalui Dewan Pemuda Pas Pusat menerbitkan pula majalah haraki dengan harga yang sangat berpatutan bagi tujuan pengembangan fikrah secara menyeluruh kepada generasi baru PAS.

YB Syaari Sungib dalam kesibukan menguruskan kawasan dan bersidang di dalam Dewan Undangan Rakyat masih sempat menerbitkan dua buah karya terbarunya berjudul Sengsara Kem Kemunting terbitan Strategic Information and Research Development Centre dan Islam Demokrasi dan Hak Asasi Manusia diterbitkan Kemilau Publika Sdn Bhd. Dr Mujahid Yusuf Rawa juga sempat mencuri perhatian daripada ahli PAS dan masyarakat umum Malaysia dengan kelahiran buku Menuju Pas Baru iaitu estrak daripada tesis PhD beliau yang kemudian menjadi perbahasan agak hangat.

Terima kasih kepada mereka

Tidak saya nafikan bahawa ada usaha daripada para wartawan keluarga besar Harakah dan tokoh-tokoh penulis yang pro PAS seperti Ahmad Lutfi Othman yang membukukan tulisan-tulisan beliau pada ruangan Catatan Hujung dalam Harakah, lantas diterbitkan oleh Kemilau Publika Sdn Bhd. Selain daripada itu, akan diterbitkan juga buku berjudul Travelog Wartawan Islam tulisan Roslan Hamid, Ustaz Zainudin Hashim juga mengumpulkan kembali tulisan beliau dalam Harakah dan diterbitkan oleh syarikat yang sama dengan tajuk Allah is Calling.

Sebelum itu Siasah melalui penulis vateran yang juga bos besarnya, Mohd Sayuti Omar pernah mengeluarkan sejujuk buku hasil daripada kompilasi artikel-artikel penulis dan wartawan politik yang mapan daripada tabloid tersebut. Tulisan-tulisan daripada almarhum Rustam A. Sani. Haris Zalkapli, Ismail Hashim dan beberapa nama lagi berjaya diterbitkan. Kita sangat berterima kasih kepada para penulis dan wartawan yang sentiasa sudi mencurahkan tenaga dan kreativiti sekalipun tidak mendatangkan pulangan yang besar dari sudut royalti dan bayaran. Namun sumbangan mereka ini kepada generasi mendatang bagi memahami ranjau perjuangan PAS dari pelbagai perspektif politik amat besar. Semoga ia menjadi kebajikan di sisi Allah.

Kita masih menantikan tulisan-tulisan artikel, rencana dalam Harakah oleh tokoh-tokoh seperti Dinsman, Pak Shukur Harun, H Fansuri, Subky Latif, Mat Sabu, Zul Yahya, Hanipa Maidin dan ramai lagi agar dibukukan. Tulisan-tulisan ini melalui lidah rasmi PAS iaitu Harakah bukan sahaja akan menjadi aset malah merupakan data-data sejarah PAS yang bakal ditelaah dan dirujuk oleh masyarakat masa depan.

Harapan kepada para pemimpin

Salah satu genre yang sangat penting dalam sejarah adalah biografi, autobiografi dan memoir. Jujurnya PAS dilihat tidak menitikberatkan hal ini, sehinggakan para pemimpin utama PAS meninggal seorang demi seorang tanpa sempat dirakamkan segala pengalaman, onak duri perjuangan, pahit manis mereka bersama PAS serta harapan mereka bagi dijadikan sumber primer kepada seluruh ahli PAS malah pengkaji bersifat akademik di universiti-universiti dalam dan luar negara.

Mereka yang menulis atau mengkaji menggunakan sumber-sumber sekunder, daripada pandangan dan rakaman orang terdekat mereka seperti isteri dan anak-anak masih lagi tidak dapat menyamai sumber daripada batang tubuh pemimpin itu sendiri ketika mereka masih hidup. Benarlah ada pemimpin yang beranggapan penulisan sebegini semacam menjual diri, terpaksa menceritakan kehebatan diri sendiri dan dikahuatiri mendatangkan unsur riak dan ujub. Namun, mereka juga perlu ingat bahawa, tanpa rekod-rekod ini bagi dijadikan rujukan pada masa hadapan ianya boleh dianggap satu'dosa' politik yang lebih besar kepada perjuangan dan generasi yang akan meneruskan kesinambungan perjuangan parti.

Betapa kita terkilan dengan pulangnya 'Kamus PAS', Ustaz Hasan Syukri ke alam abadi tanpa sempat dirakam perjalanan dan sejarah penglibatan beliau dalam PAS melalui beliau sendiri. Begitu juga dengan tiada rekod rasmi daripada mulut mantan Presiden PAS, Ustaz Dato' Fadzil Noor dalam bentuk buku, malah ramai sudah tokoh yang turut pulang selamanya kepada Allah bersama pengalaman dan sejarah perjuangan mereka yang tidak ternilai itu. Ada beberapa buku yang membicarakan mengenai mereka, namun ianya tidak semahal catatan mereka atau daripada mereka sendiri.

Saya menyeru semua pemimpin PAS daripada peringkat tertinggi hinggalah ke peringkat cawangan agar merekod dan menulis kembali kisah kehidupan mereka dalam bentuk biografi atau travelog agar dapat diperwariskan kepada kami. Jikapun mereka sendiri tidak mampu, maka wajarlah PAS melalui satu daripada lujnahnya menubuhkan pasukan penulis yang bertanggungjawab menemu-ramah dan merekod dalam bentuk video biografi setiap pimpinan dan tokoh kemudian ditulis pula dalam bentuk buku. Mereka hanya perlu pastikan para tokoh ini bercerita sambil pasukan inilah yang akan merakam, mencatat kemudian menulisnya. Saya yakin Dinsman sangat setuju dan berpengalaman dalam menguruskan hal ini.

Jujurnya saya sangat cemburu kepada pimpinan DAP yang sangat prolifik dalam penulisan dan kebanyakan mereka sudah mempunyai karya sendiri yang sedang beredar dalam kalangan masyarakat melalui toko-toko buku seluruh negara. Terbaru Lim Kit Siang menerbitkan sebuah buku bertajuk The Right To Differ yang merupakan biografi perjuangan politik beliau sendiri. Justeru, saya kira kita wajar meneladani budayan kepenulisan dalam DAP yang tidak kering daripada penghasilan buku-buku respon dan analisis kepada politik, sosial, ekonomi dan budaya.

Antara lain, saya bimbang sejarah, pemikiran dan ijtihad para pimpinan ini terlelap dek zaman sebagaimana hilangnya ijtihad-ijtihad imam besar fiqah seperti Imam Al-Auzaie dan Imam Daud Zahiri sehingga menimbulkan kesukaran bagi dijadikan rujukan dan iktibar kepada generasi mendatang.

* Rencana ini sudah diterbitkan dalam ruangan Sastera & Budaya, Haraka, edisi Isnin 3 Oktober 2010 dan edisi Jumaat 7 Oktober 2011. Sebarang cuplikan perlu dikreditkan kepada Harakah.

Penghakiman Kes Altantuya Yang ‘Tergantung’ Memburukkan Sistem Kehakiman

Posted: 09 Oct 2011 07:30 PM PDT

Malaysia Chronicle

Ketidak upayaan sistem kehakiman Malaysia untuk membawa kesudahan kepada kes pembunuhan Altantuya adalah sangat memalukan dan menunjukkan keburukan yang terdapat dalam sistem kehakiman. Hakikat yang penghakiman untuk perbicaraan pembunuhan ini masih belum ditulis selepas 2 tahun pengumumannya dibuat adalah amat memalukan dan memberi tanggapan yang sangat buruk terhadap mahkamah undang-undang di Malaysia.

Sebagai permulaannya, hakim kes tersebut seharusnya sudah menulis penghakiman itu, ditanda tangani olehnya dan dihantar ke Mahkamah Persekutuan. Ini adalah selaras dengan seksyen 281 (b)(ii) Criminal Procedure Code (Act 593) yang memerlukan dokumen tersebut untuk diserahkan untuk membuat rayuan terhadap hukuman mati itu.

Tetapi sementara dua orang bekas pengawal peribadi Perdana Menteri Najib Razak telah dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya, dan sudah pun membuat rayuan, halim Mahkamah Tinggi itu, Mohd Zaki Yasin, yang mendapati bahawa mereka bersalah, masih belum menulis penghakimannya itu sehingga sekarang.

Bagaimana pula rayuan dapat dilakukan di Mahkamah Persekutuan sekiranya penghakiman belum ditulis? kelihatannya seperti mahkamah sengaja melengahkan proses rayuan supaya banyak masa terbuang, tetapi apa kebaikannya untuk kedua-dua pegawai polis ini yang sudah dijatuhkan hukuman mati?

Dan kenapa pentadbiran Najib tidak menyoal Mohd Zaki Yasin tentang ketidak upayaannya untuk menulis penghakiman itu? Atau Mohd Zaki Yasin sedang menunggu orang lain untuk menulisnya bagi pihak dia? Ini bukanlah perkara mengejut, kerana hanya di Malaysia seorang hakim 'dibenarkan' untuk mengambil orang lain untuk menulisjan penghakimannya.

Kerjaya undang-undang atau wild, wild West

Dalam pertunjukan korupsi di dalam sistem kehakiman di Malaysia yang amat memeranjatkan, seorang setiausaha undang-undang telah memberikan keterangan pada tahun 2008 kepada Suruhanjaya Penyelidikan DiRaja (SPD) bahawa pada tahun 1994, seorang peguam kepada penuduh telah menulis penghakiman yang dibacakan oleh hakim yang membicarakan kes tersebut, yang kemudian menganugerahkan RM10 juta nilai kerugian yang dialami akibat fitnah kepada seorang kroni kepada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad terhadap seorang jurnalis dan enam lagi yang terdakwa.

Sesiapa yang mengikuti perkembangan di Malaysia sudah pasti tahu kes yang melibatkan V K Lingam, yang pada September 2006 menjadi pemain utama di dalam skandal kehakiman di mana subuah rakaman video tentang perbualan telefon olehnya dengan Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, yang merupakan hakim ketiga negara, yang bertanggungjawab dalam pemilihan hakim-hakim senior.

Rakaman video itu menunjukkan beberapa orang-orang rapat Mahathir, terutamanya Vincent Tan, terlibat dalam pemastian dan pemilihan hakim-hakim yang boleh 'diatur'.

Ya ampun, perkara-perkara yang dibiarkan!

Suruhanjaya DiRaja yang dipilih untuk menyiasat tuduhan-tuduhan itu diberitahu oleh G Jayanthi, yang pada waktu itu merupakan setiausaha undang-undang untuk Lingam, bahawa Lingam telah menulis penghakiman untuk kes yang kontroversi itu, di mana Vincent Tan diberikan RM10 juta dalam di atas kerugian akibat empat artikel yang ditulis terhadapnya di dalam majalah Malaysian Industry yang sudah tidak beroperasi lagi. Penghakiman itu ditransfer kepada cakera komputer dan dihantar ke Hakim Mahkamah Tinggi Mokhtar Sidin, yang membacanya di mahkamah.

Di dalam kenyataannya, kebanyakannya bertulis, Jayanthi berkata Lingam dibantu oleh adiknya, seorang peguam dan bekas ketua Mahkamah Industri Malaysia. Dia memberitahu mahkamah bahawa dia telah memberikan pembetulan dalam tulisan tangan bersama dengan penghakiman itu kepada peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah.

Lingam, katanya, "membetulkan draf penghakiman itu dengan dakwat merah pada beberapa muka surat. Kemudian Sumanti membuat pembetulan mengikut apa yang sudah dibuat dan membuat salinan di dalam cakera komputer untuk diberikan oleh Datuk Lingam kepada Hakim Datuk Mokhtar Sidin. Kemudian saya mendapati pengahkiman itu diikut bulat-bulat oleh hakim tersebut."

Penghakiman Altantuya masih 'tergantung' – macam mana?

Kelihatannya seperti penghakiman beberapa kes boleh ditulis oleh orang lain yang tidak terlibat pun di dalam kes itu, berlainan daripada kes Altantuya. Jadi apa masalah yang sedang dihadapi oleh Mohd Zaki Yasin yang membuatkan dia belum dapat menulis penghakimannya? Haruskah Suruhanjaya DiRaja diwujudkan untuk memastikan kenapa penghakiman itu belum ditulis?

Terdapat banyak kes-kes masalah undang-undang untuk disebut. Daripada kes perbicaraan sodomi I pada tahun 1998 oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad hinggalah ke krisis Perak oleh Perdana Menteri Najib Razak pada tahun 2009, integriti sistem kehakiman sudah semakin merudum dan belum selesai lagi. Baru sehari lalu, 60 Ahli Parlimen pembangkang memfailkan gerakan di parlimen untuk menuntut pemecatan seorang hakim kerana meniru penghakiman yang ditulis oleh bekas hakim Singapura GP Selvam.

Perkara-perkara seperti inilah yang membuatkan sistem kehakiman Malaysia tidak profesional dan busuk. hakim-hakim yang seharusnya menjadi pelindung rakyat telah gagal, melambat-lambatkan keadilan untuk yang tidak bersalah, dan membenarkan orang bersalah memanipulasi dan menyalah guna sistem untuk kepentingan mereka sendiri.

Dasar perubuhan masyarakat sivil di Malaysia sudah terjejas dan untuk ini, rakyat Malaysia menuntut reform dan perubahan. Jika tidak, Malaysia sudah pastinya akan hancur

Tiada ulasan: