Biaqpila |
- Jenazah Wanita Malaysia Jatuh Dari Hotel Selamat Dikebumikan, Suami Teruskan Ibadah Haji
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 10/10/11
- Himpunan Anti-Murtad Okt 22
- MTUC berpiket seluruh negara
- Video: PERKASA Kecut Perut Sampai Panggil Mat Sabu 'YB' !!
- Bersih 2.0 : Koperal Polis Jadi Kambing Hitam ???
Jenazah Wanita Malaysia Jatuh Dari Hotel Selamat Dikebumikan, Suami Teruskan Ibadah Haji Posted: 10 Oct 2011 03:00 PM PDT Lembaga Urusan Tabung Haji sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi menyiasat kes kematian seorang jemaah haji wanita dari Malaysia akibat jatuh dari bangunan hotel penginapannya di Madinah Sabtu lepas. Rohani Mohammad Kasim, 39 tahun dari Shah Alam, dilaporkan jatuh dari tingkat sembilan Hotel Al-Haram, Madinah Sabtu lalu. Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Perkuburan Baqi' berdekatan Masjid Nabawi, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala kira-kira jam empat petang waktu tempatan. Allahyarhamah mengerjakan Haji di tanah suci bersama suaminya Mohd Nasir Abdullah, 54 tahun melalui pakej diuruskan Lembaga Tabung Haji. Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata pihaknya juga sedang mengumpul segala maklumat berhubung kejadian itu di samping berusaha menghulur bantuan buat suami wanita berkenaan. Katanya petugas Tabung Haji dan guru-guru agama sedang memberi kaunseling serta bimbingan dan sokongan kepada suami wanita itu, dan juga tiga rakan sebilik wanita berkenaan. "Kejadian berlaku semasa jemaah wanita itu tinggal berseorangan ketika tiga teman sebiliknya sedang mengerjakan solat Asar di Masjid," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata insiden itu tidak menjejaskan operasi haji jemaah dari Malaysia, dan menurutnya beliau difahamkan suami wanita itu akan meneruskan ibadah hajinya. Syed Salleh berkata wanita itu bersama suaminya yang tiba di Madinah pada 3 Oktober lepas, pada mulanya dijadual akan berlepas ke Mekah hari ini. Menurutnya suami wanita itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi dalam membantu siasatan. Jamil Khir berkata, kerajaan kini menunggu laporan lengkap siasatan daripada polis Arab Saudi berkenaan kes itu. "Kita masih menunggu, belum dikeluarkan lagi sebarang laporan lengkap daripada pihak keselamatan dan polis Arab Saudi. Saya sudah pun menghubungi wakil kita dari Tabung Haji yang berada di Madinah yang memaklumkan bahawa kita masih menunggu laporan," katanya. gb KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 10/10/11 Posted: 10 Oct 2011 08:07 AM PDT
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Posted: 10 Oct 2011 03:00 AM PDT SHAH ALAM 09 OKT : Gabungan pertubuhan Islam akan menganjurkan sebuah himpunan aman pada 22 Oktober ini bagi mengumpul dan menzahirkan suara umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam. Upacara yang dinamakan Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang akan diadakan di Stadium Shah Alam adalah untuk memberi satu mesej jelas bahawa akidah Islam adalah isu penting dan perlu diberikan perhatian, kata Pengerusi Bersama HIMPUN, Dr Yusri Mohamad. "Sikap tegas, tidak kompromi berkaitan isu-isu sensitif khususnya untuk memurtadkan umat Islam berterusan diambil oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuklah kumpulan Kristian. Beberapa kes dirujuk termasuklah insiden pemeriksaan JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)," Panganjuran HIMPUN adalah inisiatif dari pelbagai pertubuhan-pertubuhan dan individu yang Islam sebagai wadah untuk menyedarkan kembali umat Islam tentang cabaran dan ancaman yang sedang melanda akidah Islam di negara ini khususnya ancaman murtad dan pemurtadan, katanya di dalam satu kenyataan akhbar hari ini. Sebagai rekod, pelbagai episod hitam melibatkan ancaman terhadap akidah umat Islam seperti kes Natrah, Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, IFC, Azlina Jailani, dan yang terkini kes DUMC susulan siasatan JAIS pada 3hb Ogos 2011 yang lalu. HIMPUN akan bermula dari jam 2 hingga 5.30 petang hari tersebut. Dr Yusri berkata kes DUMC membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka. "Kita melihat bahawa usaha Kristianisasi di kalangan orang-orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah mereka semakin berleluasa,"jelasnya. Tambah Yusri, HIMPUN juga diharapkan menjadi suatu bukti yang jelas nyata bahawa umat Islam boleh dan akan bersatu tanpa mengira latarbelakang untuk mempertahankan aqidah mereka daripada diganggu-gugat oleh sesiapa sekalipun. HIMPUN juga berhasrat menegaskan dan mendokong Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini. Sekretariat HIMPUN dipengerusikan secara bersama oleh Mohd Azmi Abdul Hamid mewakili Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Dr. Yusri Mohamad mewakili Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan setiausahanya, Aminuddin Yahaya, mewakili Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). tvs KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Posted: 10 Oct 2011 12:00 AM PDT Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dijangka meluluskan syor agar diadakan piket di seluruh negara ekoran tindakan kerajaan meneruskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 Khamis lalu. "Keputusan jawatankuasa kerja (yang bermesyuarat petang Jumaat lalu) ialah mengesyorkan kepada majlis am (MTUC) membuat pertimbangan agar diadakan satu piket di seluruh. "Terpulang kepada majlis am sama ada meluluskan syor ini... hanya satu syor ini yang dibuat untuk pertimbangan majlis am. Majlis am boleh membuat keputusan lain jika perlu dan yang sesuai," kata seorang pemimpin kanan. Majlis am MTUC jika meluluskan syor itu akan membuat mekanisme dan tarikh ia akan diadakan. MTUC mempunyai bahagian di setiap negeri. Pemimpin itu yang namanya tidak mahu dipetik berkata, jawatankuasa kerja kecewa dengan pendirian kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia yang enggan bertolak ansur, sebaliknya meneruskan bacaan kali kedua pindaan Akta Kerja. Timbalan Presiden MTUC Jaafar Majid ketika dihubungi pula berkata majlis am sebagai badan tertinggi dalam MTUC akan membuat keputusan dan pendirian akhir dalam isu semasa ini. "Terserah kepada majlis am, anggota majlis am akan memberikan keputusan mereka," kata beliau ketika ditanya tentang opsyen yang bakal diputuskan esok. Sumber juga memberitahu bahawa jawatankuasa kerja telah menghalusi perkembangan sepanjang minggu lalu termasuk tindakan piket yang diadakan di pekarangan Parlimen pada Isnin lalu. "Begitu juga surat yang diserahkan kepada Menteri Sumber Manusia (Datuk Dr S Subramaniam) ketika mesyuarat NLAC (Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan) sebelum piket diadakan Isnin lalu," katanya. Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 malam Khamis lalu setelah membahaskannya selama lima jam. Perkembangan itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan sebahagian pemimpin MTUC. MTUC telah meminta Kementerian Sumber Manusia agar Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 ditarik balik dan ditangguhkan, serta diadakan perbincangan susulan di peringkat NLAC. Bagaimanapun kementerian bertegas mahu meneruskan bacaan kali kedua di Parlimen sehingga mengejutkan sebahagian besar kepimpinan MTUC. Kementerian Sumber Manusia berkata pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil. Selain itu, kementerian juga akan mempunyai rekod komprehensif pekerja bagi memudahkan urusan pemantauan. Bagaimanapun MTUC membantah peruntukan tersebut dan mendakwa syor tambahan yang dikemukakan juga tidak dimasukkan dalam pindaan kali ini. Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 akan dibawa ke Dewan Negara selepas ini. Rang undang-undang itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada sesi Parlimen 8 Julai 2010, namun ditarik balik pada sesi Parlimen 12 Oktober 2010 bagi mengambil kira pandangan saat akhir daripada pelbagai pihak termasuk MTUC mengenai pentakrifan subkontraktor untuk tenaga kerja kepada kontraktor bagi tenaga kerja di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955. "Kita dah bincang perkara ini sudah 18 kali, bukan sekali dua dan pandangan mereka diterima, sekarang di saat-saat akhir mereka membuat demikian (piket), tapi niat kita ialah untuk memberi perlindungan kepada pekerja bukan untuk buka ruang 'outsourcing' seperti yang dituduh mereka," jelas Subramaniam di Parlimen Khamis lalu. penangdaily KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Video: PERKASA Kecut Perut Sampai Panggil Mat Sabu 'YB' !! Posted: 09 Oct 2011 09:00 PM PDT Begitu terserlahnya ketakutan wakil-wakil dari PERKASA hingga Abg Mat dengan dipanggil gelaran 'Yang Berhormat'. Bila dah gelabah, takut dan penuh rasa bersalah, akan menyebabkan tangan terketar-ketar dan boleh tersasul hingga dilihat... buta sejarah. Edyes menjadi konfius! Setahu Edyes dalam pilihanraya umum 2008 lalu Abg Mat tewas dengan beberapa ratus undi sahaja untuk digelar YB. Edyes juga terus menelifon rakan-rakan di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor untuk bertanya adakah Abg Mat diangkat menjadi ahli senator? Jawapannya belum lagi setakat ini. Tu dia... punyalah ketaq... Dari lenggok badan wakil samseng juga dapat dilihat geri ketakutan mereka. Part last mungkin tidak sempat dirakam oleh empunya video - apabila kedua-dua wakil salam Abg Mat dan mohon maaf kepada kepada beliau. Biasanya orang mintak maaf nie sebab marah atau sebab rasa bersalah ? Edyes tak berapa gemar nak kata orang lain bodoh atau bengap... tapi cara mereka bertindak untuk menghantar memorandum tu memang mendatangkan kekecohan di Rembau bila sepanduk menghina Abg Mat direntang. Terpalit pula peristiwa 'geng jahat' yang sama ini melontar batu hingga menyebabkan kecederaan orang awam ketika di Masjid Ampangan minggu lepas. Akhirnya di Rembau, mereka pula yang lari melintang pukang - sila baca di sini . Sudahnya mereka sendiri yang menunjukkan kebodohan apabila Abg Mat digelarnya YB. Atau apakah Abg Mat mempunyai aura tersendiri hingga mereka begitu menghormati Abg Mat. Di sini juga ingin Edyes ambil kesempatan untuk ucapkan tahniah kepada che'GuBard yang menjadi 'Man of The Match' malam itu juga selaku tuan rumah. Tahniah juga SAMM dan Unit Amal yang membuat benteng beberapa lapisan termasuklah aksi hambat-menghambat dan tahniah juga kepada penyokong PR dan orang-orang tempatan yang turut membantu mengekang samseng 'ketaq lutut' ini. Difahamkan juga, menurut maklumat dari 'orang kita' yang menyusup dalam kumpulan yang kecewa ketika di Rembau tempohari, mereka akan sekali lagi membuat kacau di program Md Sabu seterusnya di Segamat pada hari Isnin 10hb nanti. Mereka barangkali tidak menyedari bahawa Chegubard dan SAMM juga akan turut berada di Segamat malam tersebut. Harus diingat, kami di Rembau adalah selaku tuan rumah. Di Segamat situasi pasti lebih berbeza dan tiada muka lagi buat 'geng jahat'! Ayuh bersama kita pertahan pimpinan dan lebih penting, pertahan penduduk tempatan selaku orang awam (yang juga terdiri dari wanita dan kanak-kanak) yang akan hadir mendengar penerangan Abg Mat. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut. Kali ini mari kita lihat adakah serangan berdarah gangster umno akan berulang seperti di labis atau mereka akan lari melintang pukang seperti di Rembau? edyesdotcom KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Bersih 2.0 : Koperal Polis Jadi Kambing Hitam ??? Posted: 09 Oct 2011 06:00 PM PDT Pegawai polis dilihat di luar perkarangan Hospital Tung Shin pada 9 Julai 2011. — Foto fail KUALA LUMPUR, 9 Okt — Bersih 2.0 mendakwa pihak berkuasa telah menjadikan seorang anggota polis sebagai "kambing hitam" memikul tangungjawab penuh dalam kes kontroversi melepaskan gas pemedih mata ketika meleraikan penunjuk perasaan di kawasan Hospital Tung Shin di sini 9 Julai lalu. "Ini sesuatu yang mengarut. Setiap orang ada melihat... keseluruhan dunia telah menonton video. Seorang anggota dijadikan kambing hitam. "Jika anda mengatakan hanya seorang, adakah mereka telah mengadakan siasatan lengkap? Bagaimana mereka boleh kata hanya seorang sahaja (yang terlibat)?" kata anggota jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah kepada The Malaysian Insider. "Mereka seperti Menteri Kesihatan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) yang menafikan Tung Shin dijadikan sasaran, ini satu penafian lebih seorang anggota polis terlibat," kata Chin. Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin ke atas seorang anggota — yang berpangkat koperal — jika didapati bersalah melanggar garis panduan operasi (SOP) semasa meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin. Namun, beliau berkata pihaknya masih mengumpulkan bukti bagi menyiasat kesahihan dakwaan bahawa anggota berkenaan bertindak di luar SOP semasa melaksanakan tugas. "Kita akan ambil tindakan disiplin dan tatatertib di peringkat IPK (ibu pejabat polis Kuala Lumpur) jika siasatan mendapati perkara itu benar," kata beliau. Kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada Selasa lalu menyebut siasatan Kementerian Kesihatan mengesahkan polis telah melanggar SOP dan bertindak secara tidak beretika ketika hendak meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata, anggota polis yang didapati bersalah akan dirujuk kepada lembaga disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mahmood berkata, Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi, Kementerian Kesihatan mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin. "Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis oleh kakitangan PDRM ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut," kata beliau. Mahmood menambah, laporan itu antara lain menyebut bahawa berlaku semburan air oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama hospital itu. "Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan hospital," kata beliau lagi. Mahmood juga berkata laporan itu menunjukan bahawa berlaku tembakan gas pemedih mata dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital, dan bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan. "Berlaku lontaran 'bom asap' oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina," kata beliau. Berhubung insiden lontaran bom asap, kata Mahmood, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan Hospital Bersalin Cina di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada Hospital Bersalin Cina. "Pihak Hospital Bersalin Cina sebenarnya telah memberhentikan operasinya semenjak September 2006 kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada Disember 2011," katanya lagi.TMI KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan