Kerabu Bersuara ® |
- Bajet Najib gagal tawan hati semua lapisan rakyat – Azmin
- Ulama, Umara dan Ummah
- Sampai Bila Melayu Nak Kena Tipu Dengan Umno?
- Rosmah Ikut Seta Dalam Perjumpaan Tertutup Sempena Belanjawan 2012 Atas Dasar Potfolio Apa?
- Pas lupakan jasa Asri Muda? Ustazah Mashitah
- Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk: Pengalaman Kelantan anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan
- Bajet 2011: Tiada Yang Menggembirakan Untuk Guru/ Kakitangan Awam.
- Pemuda Umno Dan Perkasa Kurang Ajar Dan Mula Main Kasar. Pemuda Unit Amal Berdarah Dibaling Botol!
- Bayi 23 hari diliwat bapa
Bajet Najib gagal tawan hati semua lapisan rakyat – Azmin Posted: 08 Oct 2011 03:00 AM PDT (Nabihah Hamid) SHAH ALAM: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Bajet 2012 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak sebagai 'gula-gula' untuk meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum ke-13. Beliau menyifatkan Bajet 2012 itu gagal menawan hati semua lapisan rakyat sebagaimana Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentang tiga hari lebih awal. "Ini bajet pilihan raya tetapi Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan melancarkan bajet Pakatan. "Kita tidak menolak kepentingan kakitangan awam kepada kemajuan negara, sumbangan perkhidmatan awam penting. Namun begitu tumpuan juga harus diselaras kepada semua pihak. "Dalam pembentangan semalam, tidak ada insentif untuk kakitangan swasta," katanya kepada Suara Keadilan selepas menyampaikan ucaptama di forum bertajuk Malaysia dan Sejarah yang belum berakhir anjuran Akademi Pak Sako di sini, malam tadi. Untuk menjana ekonomi, Ahli Parlimen Gombak itu berkata, Najib harus beri keadilan kepada kedua-dua sektor, bukan hanya mengutamakan sebelah pihak sebagai gula-gula pilihan raya. Azmin juga menyifatkan Bajet 2012 yang meneruskan defisit untuk tahun ke-14 berturut-turut sebagai ancaman ekonomi dan memerlukan pengurusan kewangan dalam keadaan bajet berhemah. "Kerajaan menyasarkan kutipan hasil tahun hadapan berjumlah RM186 bilion tetapi RM181 bilion akan digunakan untuk operasi mengurus manakala baki 50 bilion ringgit akan digunakan untuk pembangunan," katanya. Beliau berkata, tata kelola yang baik harus meletakkan bajet pembangunan melebihi perbelanjaan pengurusan tetapi Bajet 2012 memperlihat 70 peratus peruntukan pengurusan melebihi pembangunan. "Masalah defisit tidak akan dapat ditangani disebabkan peruntukan pengurusan melebihi pembangunan. "Justeru, rakyat melihat secara komprehensif tentang bajet yang dibentangkan dan tidak hanya memfokus kepada satu dua perkara yang dilihat sebagai gula-gula pilihan raya BN," katanya. |
Posted: 08 Oct 2011 01:00 AM PDT ULAMA perlu memiliki ketinggian ilmu dan bersedia menyumbang pemikiran bagi pembangunan ummah sejagat selain membimbing manusia ke jalan yang diredai Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w menyifatkan ulama seperti bintang di langit dengan memegang amanah bagi menjamin kesejahteraan umat Islam. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan ulama di muka bumi seperti bintang-bintang di langit yang memberi petunjuk kepada musafir dan pelayar di waktu malam, apabila terlindungnya bintang itu mereka akan terpinga-pinga kehilangan petunjuk." (Hadis Riwayat Imam Ahmad) Mereka perlu jujur dan ikhlas dalam melaksanakan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan. Sebagai ulama mereka perlu memiliki sifat sabar, lemah lembut, berhikmah, bersikap ramah, menghormati pendapat orang lain dan saling menasihati serta memuliakan saudara lain. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Berbicaralah dengan manusia menurut akal dan fikirannya. Gembirakanlah mereka dan janganlah dijauhkan; mudahkan jangan disukarkan. Inilah cara menyeru manusia kepada agama Allah. Bersoal jawab dengan masyarakat sebaik-baiknya iaitu sehingga memuaskan hati dan menghilangkan keraguan mereka. Sebab itu ulama wajib mengetahui pelbagai cabang ilmu. Jika tidak pasti, masyarakat mudah menolak ajaran yang bertentangan dengan ilmu pengetahuan mereka. Perkara paling penting yang perlu dilakukan golongan ulama ialah menggalas tanggungjawab melindungi umat Islam daripada sebarang usaha penyelewengan agama seperti murtad, khurafat, bid'ah, syirik dan tahyul. Maka umat Islam perlu mengiktiraf ulama sebagai pemimpin yang berwibawa. Ibnu Abbas berkata: "Ulama adalah orang yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Dan tambahnya lagi: Orang alim tentang Allah Maha Penyayang adalah orang yang tidak melakukan syirik dengan Allah sesuatu pun serta dia menghalalkan apa yang dihalalkan dan mengharamkan apa yang diharamkan. Dia turut memelihara wasiat-Nya di samping yakin bahawa dia tetap akan menemui-Nya dan Dia bakal menghitungkan amalannya. Semakin tinggi ilmu yang dimiliki seorang ulama maka bertambah takut mereka kepada Allah. Mereka akan sentiasa menjunjung amanah bagi menyampaikan hak dan kebenaran. Jelas karakter yang dimiliki golongan ilmuwan menjadi lambang kekuatan iman dan harapan umat Islam supaya kekal berpegang teguh kepada ajaran Islam yang suci. Berbeza dengan watak golongan ulama dunia di mana mereka hanya bermotifkan untuk mendapat habuan dunia. Apabila bertambah ilmunya, semakin ingkar mereka kepada perintah Allah. Sebagai persiapan menghadapi pelbagai cabaran mendatang, ulama perlu sentiasa mengikuti perkembangan supaya mereka dapat menangani masalah semasa itu dengan baik. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menjalankan hukum (pemerintahan) di kalangan mereka berdasarkan kepada apa yang diturunkan oleh Allah". (Surah al-Maidah ayat 48) Ulama berperanan menanamkan kesedaran dan memimpin masyarakat menghayati serta melaksanakan cara hidup selaras dengan tuntutan agama. Bersikap berkecuali tidak boleh sesekali diamalkan golongan ulama kerana mereka perlu memperbetul serta menjelaskan perkara sebenar andai kata berlaku permasalahan di kalangan umat Islam. Mereka perlu berpendirian tegas menangani sebarang isu berdasarkan ilmu agama yang dimilikinya. Tohmahan terhadap golongan ulama pasti timbul jika perjuangan menyebar dan menegakkan ajaran agama dicemari kepentingan peribadi seperti harta benda, kedudukan, pangkat dan penghormatan. Abu Nu'aim menyatakan bahawa Nabi mengatakan: "Dua golongan manusia yang apabila keduanya baik maka akan baiklah masyarakat. Tetapi, apabila keduanya rosak maka akan rosaklah masyarakat itu. Kedua golongan manusia itu adalah ulama dan pemerintah." Terdapat kisah keberanian seorang ulama yang tidak mengejar pangkat dan kedudukan atau kepentingan seseorang iaitu Imam Nawawi. Beliau tetap mengatakan sesuatu perkara itu benar menurut hukum. Menurut riwayat, apabila baginda Sultan al-Malik al-Zahir mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang Tatar (Monggol) digunakan fatwa ulama yang mengharuskan mengambil harta rakyat bagi memenuhi kepentingan perang melawan musuh. Seorang ulama fiqh dari Syam menulis menerangkan fatwa itu tetapi baginda masih tidak berpuas hati jika Imam Nawawi tidak memberi fatwanya. Baginda seterusnya menjemput Imam Nawawi dan meminta beliau memberi fatwanya mengenai pengambilan harta rakyat untuk peperangan. Beliau tidak mahu memberi fatwanya dan memberi penjelasan mengapa beliau terpaksa menerangkan keengganannya. Beliau dapat tahu bahawa baginda memiliki 1,000 hamba. Setiap seorang mempunyai beberapa ketul emas manakala 200 khadam wanita baginda memiliki barang perhiasan bernilai. Jika baginda membelanjakan semua itu demi keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang itu, maka beliau bersedia memberikan fatwa untuk membenarkan baginda mengambil harta rakyat. Imam Nawawi berfatwa tidak membenarkan baginda mengambil harta rakyat selagi kekayaannya tidak digunakan. Sultan al-Malik al-Zahir murka kepadanya kerana fatwanya amat menggemparkan sehingga baginda memerintahkan beliau keluar dari Damsyik. Imam Nawawi menerima perintah pengusirannya itu. Namun ulama Syam berusaha menjemputnya pulang tetapi beliau enggan selagi baginda masih berkuasa. Ulama perlu berani menyatakan pandangan mereka terhadap perkara yang dirasakan bertentangan, namun setiap teguran itu perlulah dilakukan dengan penuh hikmah. Penceramah, Mohd Rani Awang Besar berkata, ulama adalah golongan yang Allah kurniakan kepada mereka ilmu agama yang tinggi hasil daripada bertahun-tahun lamanya mereka menuntut ilmu. "Allah berfirman dalam Surah Faathir ayat 28 yang bermaksud: "Hanya yang takut kepada Allah ialah ulama-ulama di antara hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." "Maka jelaslah apabila semakin tinggi ilmu mereka tentang kejadian alam yang dijadikan Allah maka bertambah takut mereka kepada Allah," katanya. Beliau berkata, terdapat dua bahagian ulama iaitu ulama akhirat dan ulama dunia yang menjalankan peranan berbeza-beza. "Sebagai pewaris tugas Nabi Muhammad, mereka perlu sentiasa menegakkan kebenaran dan tidak takut dengan manusia. "Terdapat ulama yang menggunakan ilmu mereka bagi menyebar luas dakwah ke seluruh pelosok dunia bagi mendapatkan keredaan Allah semata-mata manakala ulama dunia menggunakan peluang untuk mengejar pangkat serta kedudukan," katanya. Mohd Rani berkata, tugas penting seorang ulama akhirat ialah berusaha semampu mungkin berdakwah kepada semua golongan dalam melahirkan umat Islam berilmu dan bertakwa. "Ulama perlu tegas dan berani menyatakan pendirian mereka dalam satu isu yang bersalahan dengan syariat. Yang betul katakan dengan jelas ia benar manakala yang batil jangan sesekali membisukan diri."Golongan ulama tidak pernah takut terhadap apa saja bentuk halangan yang menimpa diri mereka. Jauh sekali jika mereka tahu kesalahan itu tetapi mengambil jalan mudah hanya mendiamkan diri tanpa melakukan sebarang tindakan," katanya. Beliau berkata, terdapat sebuah hadis daripada Ali bin Abi Talib, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali." (Hadis riwayat Al-Baihaqi). "Daripada hadis ini, kita dapat saksikan ulama yang dimaksudkan ialah ulama su' (jahat). Ulama seperti ini hanya memandang hal keduniaan," katanya. Sumber Artikel: Harian Metro |
Sampai Bila Melayu Nak Kena Tipu Dengan Umno? Posted: 07 Oct 2011 11:30 PM PDT |
Rosmah Ikut Seta Dalam Perjumpaan Tertutup Sempena Belanjawan 2012 Atas Dasar Potfolio Apa? Posted: 07 Oct 2011 10:00 PM PDT Najib tinjau persiapan akhir Belanjawan 2012 PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meluangkan masa meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan di sini malam ini. Dalam lawatan selama kira-kira sejam itu, beliau yang juga Menteri Kewangan turut beramah mesra dengan kakitangan kementerian yang terbabit dalam penyediaan laporan tersebut, selain mengadakan perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan kementerian. Turut serta, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Bertemakan "Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara", Belanjawan 2012 dijadual dibentangkan oleh beliau di Parlimen pada 4 petang esok. Ia disifatkan Perdana Menteri sebagai satu belanjawan transformasi untuk semua rakyat Malaysia, selaras dengan prinsip 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. - BERNAMA |
Pas lupakan jasa Asri Muda? Ustazah Mashitah Posted: 07 Oct 2011 08:30 PM PDT Pas lupakan jasa Asri Muda oleh MASHITAH IBRAHIM Mungkin ramai tidak tahu siapakah yang mencadangkan nama Barisan Nasional dan orang yang melakarkan simbol dacing. Orang bertanggungjawab ialah Tan Sri Dr Mohd Asri Muda dan pelukis logo ialah bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, keduanya sudah arwah. Asri pernah memimpin Pas (1965-1983) selepas Ahmad Fuad dan Dr Burhanuddin Helmy serta mantan Menteri Besar Kelantan (1964-1972). Pada zaman kemuncaknya, beliau seorang pemidato yang hebat dan memukau. Beliau satu-satunya Presiden Pas yang menyertai Umno. Ini berlaku pada 1988 selepas meninggalkan Pas yang dipimpinnya selama 18 tahun dan parti Hizbul Muslimin (Hamim) yang dipeloporinya pada 1983 selepas keluar dari Pas. Bibit awal krisis dalaman Pas sehingga Asri dilihat sebagai liabiliti berlaku pada awal 1980an apabila pemimpin muda parti itu tidak setuju dengan sikap sederhananya. Mereka berpendapat sebagai pemimpin parti, Asri harus lebih tegas menyaingi Umno, khususnya selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan agenda menerapkan nilai-nilai Islam dalam masyarakat dan pentadbiran negara. Di Kelantan dan Terengganu, peristiwa kafir mengkafir mengakibatkan perpecahan keluarga dan masyarakat Islam. Mulanya ia berkisar antara penyokong gerakan muda dalam Pas dengan mereka yang pro-Asri, kemudian merebak lebih serius. Berlakunya sembahyang dua imam, pulau kenduri, perceraian suami isteri serta kubur dan masjid berasingan dalam mukim sama disebabkan perbezaan fahaman politik. Golongan pemimpin muda dalam Pas ketika itu sangat terpengaruh dengan Revolusi Iran. Ramai pergi 'berkursus' di sana tanpa diketuai Presiden sendiri. Sikap sederhana Asri menjadikan beliau mula disisih golongan muda yang lebih ekstrem dari segi pemikiran dan tindakan. Suara pro-revolusi merebak cepat dalam Pas dan kemuncaknya penyingkiran Asri dan penyokong beliau yang digelar Kumpulan 13. Mereka termasuk bekas Menteri Besar Datuk Ishak Lutfi Omar, bekas Timbalan Pesuruhjaya Negeri Datuk Nik Man Nik Mat, bekas Timbalan Menteri Besar Wan Ismail Ibrahim, bekas Bendahari Agung Hassan Muhammad, bekas Naib Ketua Pemuda Azhari Awang dan bekas Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan Salahuddin Abdullah. Walaupun ada usaha beberapa tokoh Pas dari Kedah, termasuk Sudin Wahab, Othman Alyunusi dan Mohd Ramli Abdullah, untuk damaikan keadaan namun gagal. Di muktamar Pas pada 1982, perwakilan yang muram dan benci kepada Kumpulan 13 telah menolak ucapan dasar Presiden – sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Pas. Gambar tokoh-tokoh revolusi Iran ditampal di Balai Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka di mana muktamar diadakan. Mereka melaung pekikan Marakbar Asri ('Mampuslah Asri') berselang-seli dengan kalimah Allahu Akbar. Begitulah hinanya cara perwakilan Pas melayan Presiden mereka. Sebaik muktamar, Asri letak jawatan. Beliau dijemput jadi Karyawan Tamu UKM pada 1992 dan sempat menghasilkan Meniti Arus: Memoir Politik Asri (Bangi, 1993). Namun hasratnya menulis buku Politik Bangsa Melayu Di Zaman Empat Perdana Menteri mengenai pertikaian dan kerjasama antara Pas dan Umno tidak kesampaian. Beliau meninggal dunia pada 28 Ogos 1992 pada usia 70 tahun. Dalam memoirnya, Asri cerita bagaimana kerjasama Pas dan Umno bermula, hasil kesedaran kedua pihak mengenai tragedi 13 Mei sehingga wujudnya kerajaan campuran. "Pertemuan empat mata berlaku dalam suasana tenang, mesra dan masing-masing curah pandangan serta isi hati dengan ikhlas dan saya rasa baik Tun Razak dan saya sendiri, bercakap secara terus-terang tentang hal negara dan masa depannya sehingga menyentuh kepada soal bagaimana kita menghadapi sekitar masalah politik negara, terutamanya tentang zaman depan bangsa Melayu, dan tentu juga persoalan Islam yang menjadi suatu isu terpenting ketika itu. Sesungguhnya bertolak daripada inilah, suasana perhubungan antara Pas Kelantan dan Kerajaan Pusat mulai berubah daripada keadaan tegang kepada keadaan yang lembut." (hal 89-90) Kerajaan campuran yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973 kini menjadi sejarah. Namun atas dasar perpaduan Melayu-Islam, banyak pihak berpendapat usaha perlu dilakukan untuk mencantum semula umat negara ini. Namun kepimpinan Pas hari ini, khususnya Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat berkeras tidak bersetuju. Malah, di bawah kepimpinan beliau dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pas dicantumkan dengan parti cauvinis Cina dan bukan Islam. Bukan ini sahaja, rakyat boleh lihat pelbagai keanehan Pas dan betapa tersasarnya perjuangan Pas hari ini berbanding semasa ia ditubuhkan. Sidang penubuhan Pas ke-60 minggu lalu menonjolkan sifat parti itu yang semakin ekstrem, bercelaru dan gila kuasa. Pemimpin dan ahli Pas hari ini juga tidak bercakap lagi mengenai Asri, jauh sekali untuk mengenang jasa dan sumbangan. |
Posted: 07 Oct 2011 07:58 PM PDT Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk: Pengalaman Kelantan anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Panelis: TGNA, Dato' Husam, Dr Mujahid, Dr Fadzli, Ann Wang Seng, Kumutha, Dr Wong Chin Huat, Shah Kirit, Prof Viveka & Law Chee Fang. |
Bajet 2011: Tiada Yang Menggembirakan Untuk Guru/ Kakitangan Awam. Posted: 07 Oct 2011 06:30 PM PDT Oleh: umnopenipu " Pembentangan Bajet 2011 (sepatutnya gunalah istilah belanjawan) pada 7hb Oktober 2010 oleh PM Datuk Seri Najib menerima komen (sebagaimana yang dijangka) yang amat manis dari para pengampu dan rakyat yang terbelenggu mindanya. Paling menjengkelkan ialah dari Majlis Profesor Negara yang sehingga kini menonjolkan kedunguan minda secara jelas sehingga memalukan institusi yang menganugerahkan ijazah kedoktoran kepada mereka, institusi tempat mereka bekerja, bangsa Melayu malah memalukan 'Satu Malaysia'. Sebagaimana biasa, pembohong-pembohong tegar ini telah menggunakan istilah yang mengelirukan sehingga ramai antara kita yang terpegun dan rasa senang hati. Kita hanya ingin mengulas bahagian mengenai kakitangan awam sahaja. Antara intisari Bajet 2012 untuk kakitangan sektor awam ialah bonus setengah bulan gaji, kenaikan tahunan akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 sehingga 37.7 mengikut gred, memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM, menambah tanggamata gaji akhir dan memendekkan tempoh "time-based " guru dari 10 tahun kepada 8 tahun untuk kenaikan pangkat. Adapun profesion yang paling beruntung ialah doctor perubatan yang benar-benar mendapat kenaikan elaun 'on-call' , kecemasan, dan sebagainya. Bonus sebulan gaji ( separuh semasa IdilFitri dalam bulan Ogos dan separuh lagi akan dibayar dalam gaji Disember 2010) adalah tidak setimpal dan tidak boleh dibanggakan dengan publisiti ekstrim regim BN yang kononnya berjaya mengurangkan deficit berbanding dengan tahun 2009. Bayaran bonus ini hanya melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion. Dengan hasil yang mereka perolehi melalui rompakan halal dan licik seperti menaikkan harga petrol beberapa kali dengan hanya menukar warna 'petrol pump nozzle' dari warna merah kepada kuning. Sejak Najib menjadi PM 1Malaysia, beliau telah menaikkan harga petrol sebanyak lima kali. Bermula dari harga RM1.80 seliter sehingga harga sekarang RM2.80 dari RM2.90 setelah diturunkan RM0.10 pada 15hb Jun 2011. Polis dikerah untuk mengutip saman sehingga berjumlah RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik (dirompak dari rakyat) sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari 2011. Harga barangan seperti gula,beras dan banyak lagi yang naik yang memberi makna peningkatan kantong kerajaan pusat yang banyak. Tetapi mereka hanya beri bonus 1 bulan gaji sahaja. Tidak ada kenaikan gaji dalam Bajet 2011 sebenarya. Yang dinaikkan ialah kenaikan tahunan mengikut gred. Kita belum maklum berapa peratus yang akan dinaikkan. Yang pasti gaji dan elaun adalah ditakuk lama. Kenaikan tahunan sekarang bagi para guru DG41 ialah RM91 sementara DG44 ialah RM150 dan TIDAK PERNAH naik sejak tahun 1991 iaitu selama 20 tahun??!!!... Inilah kezaliman regim BN. Mereka sepatutnya menaikkan gaji semua kakitangan awam sebanyak 50%.!! Bagi mereka yang memilih SBPA mereka dijanjikan dengan tambahan tanggamata gaji akhir dan memendekkan tempoh "time-based " guru dari 10 tahun kepada 8 tahun untuk kenaikan pangkat. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan peristiharan ini. Perlu difahami dan disedari bahawa mereka yang mencapai tangga gaji akhir itu kebanyakkannya terdiri dari kakitangan yang sudah hampir pencen. BN yang zalim ini tidak berhasrat untuk menaikkan pangkat mereka tetapi mengekalkan gred gaji yang sama. Sejak dahulu dan semakin menyerlah pada ketika ini, sistem kenaikan pangkat dalam profesion perguruan menyaksikan ketidakadilan di mana guru yang berasal dari lulusan maktab dimanjakan sehingga kini sementara guru lulusan universiti tulen dianaktirikan sehingga kini. Sedangkan situasi ini tidak berlaku dalam profesion lain. Kita boleh membuat perumpamaan seperti seorang sarjan (berkelulusan SPM) dan ASP (berkelulusan ijazah di dalam pasukan PDRM. Adakah logic sarjan tersebut dimagikkan SPMnya menjadi Diploma dan beliau seterusnya masuk Universiti dan memperolehi Ijazah. Setelah 1 @ 2 tahun bekerja, beliau dinaikkan pangkat kepada ASP dan setelah 2 @ 3 tahun kemudian dinaikkan kepada DSP dan seterusnya ACP. Sedangkan ASP tadi baru berpangkat Superintendan?? Inilah yang berlaku dalam profesion perguruan dimana bekas lulusan maktab sijil mereka dinaik taraf menjadi Diploma, mereka melanjutkan pelajaran dan akhirnya menjadi 'bos' kepada lulusan university tulen??!! Kebanyakan Penolong Kanan sekolah kini adalah terdiri dari bekas guru lulusan maktab sementara lulusan university tulen diketepikan dalam kenaikan pangkat. Pandir dan melucukan. Dan mereka ini bercakap tentang Pendidikan Bertaraf Global??!!... Realitinya guru berijazah yang sudah 22 tahun bekerja masih ditahap DG44 sedangkan para doctor yang sudah 20 tahun berkhidmat telah menikmati sekurang-kurangnya UD 54 atau JUSA B??!! Begitulah dengan pegawai tadbir, PTD, perundangan dan sebagainya. Mereka naik pangkat dari 41 ke 44 dalam masa 5 tahun sahaja. Guru – 8 tahun??? Jadi, apa yang hendak dibanggakan dengan 'time-based' walaupun ianya hanya terdapat dalam profesion keguruan. Sebagaimana yang pernah ditulis sebelum ini, kita ingin menyeru kepada TPM Datuk Seri Mahyudin agar memberi 'time-based' policy ini kepada doctor dan PTD sahaja dan berikan polisi kenaikan gaji mereka kepada guru?? Sebagaimana biasa, kita akan mendengar komen dari balaci UMNO dengan hujah agama yang tipikal bagi menampak baik kerja jahat mereka. Aspek Islam akan digunakan sebagai 'defence mechanism' mereka iaitu kita dikehendaki bersyukur atas pemberian kerajaan. Sedangkan mereka melakukan kezaliman dan WAJIB ditentang. Mereka rompak RM1000 dari kita dan 'mencampak' semula hanya RM1.00 sahaja kepada kita???!! Kemudian mereka minta kita 'redha' dan bersyukur. Bagi golongan Pak Kadok khususnya dari Majlis Profesor (kononnya) Negara ini, mereka tidak faham di antara kewajipan sesebuah kerajaan dan pemberian dari kerajaan. Buat jalanraya, sediakan sekolah, hospital dan selainnya dianggap sebagai jasa kerajaan bukan suatu kewajipan. Canangan sebegini rupa oleh media durjana BN telah mengakibatkan sehingga rakyat sudah tidak tahu apa dia sebenarnya tugas sesebuah kerajaan!!!??? Akhirnya minda rakyat terbelenggu dan apa sahaja peruntukan belanjawan yang mereka belanja akan diambil semula dari rakyat yang minda mereka telah dibekukan oleh UMNO. Tunggulah kenaikan harga barang selepas PRU 13 ini. |
Pemuda Umno Dan Perkasa Kurang Ajar Dan Mula Main Kasar. Pemuda Unit Amal Berdarah Dibaling Botol! Posted: 07 Oct 2011 03:47 PM PDT Labis 7 Oktober, seorang anggota Unit Amal PAS dicederakan oleh beberapa orang pemuda Umno yang dipercayai dari Felda Redong, yang gagal dikawal oleh pihak polis yang turut berada di tepi jalan utama lokasi ceramah. Jemaah Unit Amal yg dibaling objek oleh mat2 motor upahan UMNO sewaktu ceramah Timb.Presiden PAS, Hj.Mohamad Sabu di Pekan Labis malam tadi. Provokasi GMPN punca ceramah Mat Sabu kecoh SEREMBAN – Pas negeri mendakwa insiden kekecohan kali kedua yang berlaku pada ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Rembau malam kelmarin, berpunca daripada provokasi yang ditimbulkan pihak Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN). Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, Pas telah bersetuju dan bersedia menerima kehadiran mereka untuk menyerahkan memorandum kepada Mohamad Sabu. "Bagaimanapun pihak GMPN yang mula menimbulkan provokasi dengan melaungkan kata-kata kurang menyenangkan sambil membawa kain rentang yang menghina Mat Sabu. "Jika mereka datang secara ikhlas mahu menyerahkan memorandum, provokasi seperti itu tidak sepatutnya ada dan semestinya mereka datang secara aman," katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Rembau, jam 1.30 pagi, kelmarin.-SH MNS/ Syamilah Zulkifli |
Posted: 07 Oct 2011 03:38 PM PDT Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi am@hmetro.com.my GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin. Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil. Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah. Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya. "Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan