Sabtu, 8 Oktober 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Dakwat kekal: SPR tunggu ‘lampu hijau’ Majlis Fatwa

Posted: 08 Oct 2011 04:16 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


KOTA BARU — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih mengkaji kebaikan dan keburukan penggunaan dakwat kekal ketika proses pengundian pilihan raya umum ke-13 termasuk menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata dakwat kekal boleh digunakan sekiranya mendapat kelulusan majlis tersebut yang akan meneliti sama ada ia bercanggah dengan prinsip Islam ataupun sebaliknya.

"SPR masih kaji benda ini (penggunaan dakwat kekal), kalau Majlis Fatwa kata ia telus air dan tiada unsur haram iaitu memudaratkan contohnya memedihkan mata atau menyebabkan batuk, maka dakwat itu boleh digunakan.

"Bagaimanapun sekiranya kajian mengatakan ia haram sehingga tak telus air untuk berwuduk, maka kita akan mengambil keputusan untuk tidak melaksanakannya," katanya dipetik Bernama Online berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Kelantan di Terminal Agrobisnes Negara dekat sini, hari ini.

Awal minggu ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Dewan Rakyat bahawa perkara mengenai penggunaan dakwat kekal diserahkan kepada jawatankuasa pilihan khas yang baru dibentuk untuk menilainya.

Nazri berkata pada pilihan raya umum 2008 ia tidak dapat digunakan pada saat-saat akhir atas kekangan membabitkan Perlembagaan.

Pada Ogos lalu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya akan mempertimbangkan semula secara serius penggunaan dakwat kekal pada hari pengundian bagi memastikan proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan dengan telus dan adil selepas dibatalkan penggunaannya pada pilihan raya umum ke-12.

Katanya, suruhanjaya itu akan mengkaji dengan terperinci cadangan berkenaan sebagai salah satu langkah penambahbaikan sistem plihan raya sedia ada.

"Kita memang akan pertimbangkan semula penggunaan dakwat kekal secara serius. Kalaulah itu (dakwat kekal) yang paling baik dan selamat... kita boleh guna.

"Tapi pelbagai aspek perlu diambil perhatian sebelum kita benar-benar mahu melaksanakan penggunaannya bagi mengelakkan sebarang pertikaian dibuat," kata beliau.

Isu penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu daripada lapan tuntutan yang terkandung dalam memorandum Bersih 2.0.

Aziz juga berkata, pada masa yang sama SPR juga tidak menolak kemungkinan turut menggunakan sistem biometrik seperti yang dicadangkan suruhanjaya itu bagi mengelakkan pertikaian mengenai dakwaan wujudnya pengundi hantu.

Menurut beliau, penggunaan sitem biometrik yang dilihat lebih terkini dan selamat boleh mengelakkan pertikaian kerana bacaan cap jari pada setiap individu adalah berbeza.

PM: ‘Jika tak ada duit tak akan saya berani’ bawa bajet RM232b

Posted: 08 Oct 2011 04:15 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

RAWANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sememangnya mampu termasuk daripada segi kewangan untuk melaksanakan Bajet 2012 yang dibentangkan semalam.

"Kalau tak ada duit tak kan saya berani bentang semalam. Saya akan melakukan satu perbuatan membunuh diri dari segi politik kalau saya buat, saya bentang satu bajet yang tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan," katanya ketika ditanya sama ada kerajaan mampu melaksanakan Bajet 2012.

Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan membentangkan bajet dengan dana RM232.8 bilion.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kundang dan melawat cadangan jalan pintas menghubungkan Kampung Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri Rawang di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, katanya, kerajaan memang berkemampuan dan rakyat hanya perlu menunggu pelaksanaannya.

Mengenai Belanjawan Bayangan Pakatan Rakyat RM220 bilion yang berbeza hanya kira-kira RM10 bilion dengan Belanjawan Kerajaan RM232.8 bilion, Najib berkata, soalan mengapa nampaknya nilai belanjawan pembangkang dengan kerajaan semacam hampir sama hendaklah diajukan kepada pembangkang.

"Itu kena tanya dia sebab bajet kita ni cara telus orang tahu, orang tahu bajet kita, barangkali dia tahu bajet kita. Jadi apa yang kita buat dalam lingkungan kemampuan kita dan kemampuan kita pun, kita telah bagi tahu daripada segi apa kita mampu lakukan," katanya.

Mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa pengumuman beliau untuk mengkaji dan menaikkan elaun dan kemudahan anggota Parlimen jika disetujui kedua-dua pihak, tidak disokong oleh anggota pembangkang, seperti yang dilaporkan oleh laman Malaysiakini.

Najib berkata beliau difahamkan anggota-anggota Parlimen pembangkang mahukan kajian semula elaun mereka dan beliau hairan Ketua Pembangkang berkata sebaliknya.

Mengenai dakwaan Ketua Pembangkang bahawa belanjawan negara yang dibentangkan semalam tidak realistik, Najib berkata Belanjawan Negara dibuat berdasarkan fakta yang amat diketahui oleh kerajaan dan melibatkan banyak pihak termasuk pegawai-pegawai daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

"Jadi tidak mungkin mereka ini tidak mengetahui apa yang patut dibentangkan daripada segi fakta untuk keputusan Perdana Menteri dan kerajaan," katanya.

Jadi apa pun yang penting sekali ialah pelaksanaannya dan apabila pelaksanaannya nanti berkesan segalanya akan terjawab dengan sendirinya, kata beliau.

"Kalau dikatakan tidak realistik maknanya kita tidak mungkin memenuhi janji-janji kita seperti terkandung dalam Belanjawan 2012 sebaliknya saya nak tahu apa yang dia akan kata kalau kita dapat melaksanakannya. Itu akan menjawab segalanya," kata Perdana Menteri.

Mengenai reaksi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahawa kurang berita gembira untuk pekerja swasta berbanding kerajaan dalam belanjawan kali ini, beliau berkata faedah untuk kakitangan swasta bergantung kepada rundingan mereka dengan majikan masing-masing.

"Kita tak boleh mengarahkan pihak swasta tapi kita harap melalui rundingan terutama sekali bila kita telah wujudkan mekanisme untuk menentukan gaji minimum mereka boleh menimbangkan gaji minimum yang munasabah bagi setiap sektor pekerjaan," katanya.

Mengenai perkembangan jentera Barisan Nasional (BN) Selangor selepas konvensyennya dua minggu lepas, Najib berkata jentera BN semakin bersemangat dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 semakin bertampah rapi tetapi mereka perlu berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada BN.

Sebelum itu semasa berucap di Majlis Mesra Rakyat, beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan membina satu jalan pintas menghubungkan Kampung Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri Rawang sejauh 3.2 km dengan kos RM4.2 juta.

Beliau berkata jalan ini akan memberikan manfaat kepada 10,000 penduduk sekitar apabila masa perjalanan dapat disingkatkan kepada lima minit berbanding dengan 30 minit jika mengikut jalan lama sejauh 20 km.

Najib juga berkata pihaknya akan berbincang dengan syarikat yang mengendalikan Lebuh Raya Latar yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Kuala Selangor supaya dapat menyediakan satu jalan keluar dari lebuh raya itu ke Kundang.

Beliau dimaklumkan pada masa ini hanya terdapat jalan masuk dari Kundang ke lebuh raya itu dan beliau berharap syarikat yang mengendalikan lebuh raya tersebut akan bersetuju dengan pembinaan jalan keluar ke Kundang dari Lebuh Raya Latar.

Bersih: Anggota taraf koperal langgar SOP, polis masih kumpul bukti

Posted: 08 Oct 2011 04:13 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Polis memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin ke atas anggotanya – seorang yang berpangkat koperal – jika didapati bersalah melanggar garis panduan operasi (SOP) semasa meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, anggota yang telah dikenal pasti itu berpangkat koperal.

Namun beliau berkata pihaknya masih mengumpulkan bukti bagi menyiasat kesahihan dakwaan bahawa anggota berkenaan bertindak di luar garis panduan operasi polis (SOP) semasa melaksanakan tugas.

"Kita akan ambil tindakan disiplin dan tatatertib di peringkat IPK (ibu pejabat polis Kuala Lumpur) jika siasatan mendapati perkara itu benar," kata beliau selepas merasmikan Program Cegah Jenayah Bersama Polis KL dan Yayasan Cegah Jenayah di Institut Latihan Perindustrian di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Mohmad berkata, setiap anggota polis yang didapati melanggar peraturan SOP semasa melaksanakan tugas perlu diberikan ruang dan peluang untuk membela diri sebelum sebarang tindakan disiplin atau undang-undang diambil ke atas mereka.

"Buat masa ini anggota itu masih lagi bertugas dan kita telah beri dia peluang untuk bela diri serta minta dia berikan alasan atas dakwaan itu dan mengapa dia berbuat demikian (sekiranya perkara itu berlaku)... setakat ini, kita belum terima apa-apa maklum balas daripada anggota berkenaan," katanya.

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri Selasa lalu menyebut siasatan Kementerian Kesihatan mengesahkan polis telah melanggar SOP dan bertindak secara tidak beretika ketika hendak meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata anggota polis yang didapati bersalah akan dirujuk kepada lembaga disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mahmood berkata, Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin.

"Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis oleh kakitangan PDRM ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut," kata beliau.

Mahmood menambah, laporan itu antara lain menyebut bahawa berlaku semburan air oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama hospital itu.

"Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan hospital," kata beliau lagi.

Mahmood juga berkata laporan itu menunjukan bahawa berlaku tembakan gas pemedih mata dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital, dan bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan.

"Berlaku lontaran 'bom asap' oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina," kata beliau.

Berhubung insiden lontaran bom asap, kata Mahmood, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan Hospital Bersalin Cina di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada Hospital Bersalin Cina.

"Pihak Hospital Bersalin Cina sebenarnya telah memberhentikan operasinya semenjak September 2006 kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada bulan Disember 2011," katanya lagi.

Jawapan berbeza, Najib harus beri keterangan di mahkamah

Posted: 08 Oct 2011 04:11 AM PDT

Nabihah Hamid

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sehingga kini belum ada penafian konkrit berhubung jawapan berbeza berkaitan pertemuan Perdana Menteri itu dengan pengadu kes Fitnah II, Saiful Bukhari Azlan.

"Beliau mengaku Saiful ada berjumpa dengannya untuk memohon biasiswa tapi dalam respon kali kedua menyatakan Saiful mengadu hal kononnya diliwat.

"Dari segi fakta (kertas pertuduhan), fitnah yang dibuat Saiful berlaku dua hari selepas pertemuan itu. Tiga tahun berlalu, hal ini masih belum dinafi," kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin melalui kenyataan media, hari ini.


Najib sebelum ini dilapor mengadakan pertemuan itu pada 30 Jun 2008 dan 3 Julai 2008 yang turut disiar media arus perdana secara besar-besaran tetapi kini mengelak dari memberi keterangan dalam kes berkenaan.

Mengulas lanjut, Shamsul menyifatkan kegagalan Najib dan isteri, Datin Sri Rosmah untuk disepina memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik sekali gus mengulangi kes Fitnah I.

"Keputusan panel hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan mereka untuk tidak menjadi saksi di dalam perbicaraan dilihat "prejudge" pembelaan Anwar dan peguam bela bahawa wujud konspirasi," katanya.

Beliau hairan kerana Najib ditawar sebagai saksi pada peringkat awal tetapi kemudian, kehadirannya tiba-tiba dianggap tidak relevan.

"Bagaimana dengan keterangan Rosmah yang direkodkan mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah? Di manakah asas untuk mengatakan mereka tidak relevan jika keterangan ada direkod."

Ini, kata Shamsul, secara tidak langsung membuka ruang dan asas baru kepada peguam bela untuk memfail semula permohonan membatal hakim berikutan keputusan tidak konsisten dengan fakta kes.

Bajet Najib gagal tawan hati semua lapisan rakyat – Azmin

Posted: 08 Oct 2011 04:06 AM PDT

Nabihah Hamid

SHAH ALAM: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Bajet 2012 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak sebagai 'gula-gula' untuk meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau menyifatkan Bajet 2012 itu gagal menawan hati semua lapisan rakyat sebagaimana Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentang tiga hari lebih awal.


"Ini bajet pilihan raya tetapi Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan melancarkan bajet Pakatan.

"Kita tidak menolak kepentingan kakitangan awam kepada kemajuan negara, sumbangan perkhidmatan awam penting. Namun begitu tumpuan juga harus diselaras kepada semua pihak.

"Dalam pembentangan semalam, tidak ada insentif untuk kakitangan swasta," katanya kepada Suara Keadilan selepas menyampaikan ucaptama di forum bertajuk Malaysia dan Sejarah yang belum berakhir anjuran Akademi Pak Sako di sini, malam tadi.

Untuk menjana ekonomi, Ahli Parlimen Gombak itu berkata, Najib harus beri keadilan kepada kedua-dua sektor, bukan hanya mengutamakan sebelah pihak sebagai gula-gula pilihan raya.

Azmin juga menyifatkan Bajet 2012 yang meneruskan defisit untuk tahun ke-14 berturut-turut sebagai ancaman ekonomi dan memerlukan pengurusan kewangan dalam keadaan bajet berhemah.

"Kerajaan menyasarkan kutipan hasil tahun hadapan berjumlah RM186 bilion tetapi RM181 bilion akan digunakan untuk operasi mengurus manakala baki 50 bilion ringgit akan digunakan untuk pembangunan," katanya.

Beliau berkata, tata kelola yang baik harus meletakkan bajet pembangunan melebihi perbelanjaan pengurusan tetapi Bajet 2012 memperlihat 70 peratus peruntukan pengurusan melebihi pembangunan.

"Masalah defisit tidak akan dapat ditangani disebabkan peruntukan pengurusan melebihi pembangunan.

"Justeru, rakyat melihat secara komprehensif tentang bajet yang dibentangkan dan tidak hanya memfokus kepada satu dua perkara yang dilihat sebagai gula-gula pilihan raya BN," katanya.

Keganasan Di Tempat Ceramah: Polis Kena Bertindak Tegas

Posted: 08 Oct 2011 04:03 AM PDT

MSO


SEBAIK menjenguk wall Facebook pagi ini perasaan saya berberai apabila melihat sekeping gambar seorang lelaki yang pipi kirinya berlumuran darah. Gambar itu ditagkan di wall Fb saya. Perasaan berbaur di antara geram, sedih dan kesal dengan apa yang berlaku. Seperti mana dicatatkan pada foto itu lelaki malang itu adalah anggota Unit Amal (UA) yang menjadi mangsa keganasan di tempat ceramah di Labis Johor.

Cerita lanjut tidak diseratkan. Siapa nama anggota UA tersebut juga tidak disebutkan. Ia dapat disahkan sebagai anggota UA kerana melihat kepada uniformnya. Apakah kejadian itu sudah ke pengetahuan polis juga tidak dinyatakan.

Tetapi cukup melihat kepada darah yang bersebal di pipinya, apa yang berlaku itu sesuatu yang serius dan perlu ditangkiskan dengan segera. Ia bukan persendaan politik. Kalau dibiarkan tidak mustahil kejadian itu akan melarat dan memberi kesan buruk kepada politik negara sehingga membawa kepada perang sabil.

Sekeping gambar lain pula menunjukkan lokasi tempat kejadian itu. Ia disebuah ceramah parti politik. Biasanya kalau melibatkan kehadiran UA ia tentulah ceramah Pas atau Pakatan Rakyat. Selalunya UA dikerah untuk memberi kebajikan menjaga lalu lintas di tempat ceramah supaya tidak menganggu hak orang lain.

Tindakan UA sebelum ini di mana-mana saja mendapat pujian. Kecekapan dan keberkesanannya mengawal lalu lintas dan menguruskan sesuatu lokasi ceramah lebih berkesan daripada polis. Kesanggupan anggotanya berhujan dan berpanas juga dikagumi. Satu segi UA ialah unit kebajikan bagi meringankan tugas anggota polis dan keselamatan lain.

Justeru bila berlaku kejadian seperti itu terhadap anggota UA ia sesuatu yang sangat dikesali. Tidak sepatutnya anggota kepada sebuah badan kebajikan diberi hadiah seburuk itu. Kalau perkara itu berlaku kepada polis sudah pasti seluruh negara heboh. Si pelaku yang laknat itu akan dikutuk sekeras-kerasnya. Tidak mustahil juga ia akan dibincang dalam sidang perlimen yang bersidang ketika ini.

Di samping merasakan sedih dan kesal serta simpati kepada anggota UA, di sini saya ingin mengatakan sudah sampai masanya pihak polis memperketatkan kawalan di lokasi ceramah terutamanya di kawasan atau negeri yang panas. Dalam keadaan UBN kini terdesak atau sering terimbas dengan liang lahad kematian apa saja akan berlaku. Mereka akan melakukan apa saja untuk mempertahkan maruah dan kekuasan. Makanya kawalan ketat bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berborak dan meluas sangat diperlukan.

Polis kena pastikan kejadian itu jangan berulang lagi. Sebelum ini keajdian sama berlaku di Negeri Seremban apabila sekumpulan lelaki liar yang entah keluar dari hutan mana cuba menganggu ceramah Mohamad Sabu. Kalau diperhatikan kejadian itu di dua buah negeri yang mana UBN dalam keadaan terdesak. Dari sini polis sepatutnya sudah dapat membuat plan pintas bagi mengelak lebih banyak kejadian buruk.

Kewujudan kumpulan liar akhir-akhir ini semakin menjadi. Politik liar, rakus dan ala semaseng yang wujud di tahun 60-an dulu kini muncul kembali. Seolah-olah baka-baka kejahatan yang ditinggalkan nampaknya terus hidup dan belum mati semuanya. Peralihan dan anjakan paradigma dan transformasi politik yang dilaungkan perdana menteri tidak mudah untuk mematikan baka jahat ini.

Apakah baka atau gerne yang ada dalam tubuh penjahat, pelontar telor busuk, pembakar jambatan di hari mengundi, pembunuh, pemfitnah, pengacau ceramah pembangkang pada tahun 60-an itu sama keras dan kuat dengan gerne atau baka kuman yang ada dalam tubuh babi yang walaupun direbus dengan kepanasan 100o celcius tidak mampus? Apakah mereka yang rakus dan liar itu bersanadkan kepada keturunan itu?

Saya sendiri menyaksikan akan gelagat politik hutan rimba dilakukan manusia yang liar ini. Semasa Pas mengadakan ceramah di Felda Tenang, Johor sewaktu pilihan raya kecil sekumpulan anak mudah menunjukkan dari arah pos UBN belangnya melaung dan mengejek penceramah Pas tanpa segan silu. Perangai mereka lebih teruk dari beruk putus tali dan kelaparan telor.

Sepatah penceramah Pas kata dua patah dibalasnya dengan kata-kata kesat dan kotor sekaligus menggambarkan sejauh mana IQ mereka. Malu saya sebagai orang Melayu mendengar cacian dan pekikan pemuda yang sah Melayu itu. Lebih malu apabila ia berlaku di Johor negeri yang dibanggakan sebagai negeri yang terkenal dengan jiwa Melayu yang kental dan hebat.

Politik rakus dan liar sebegitu pernah berlaku di Kelantan, Kedah dan Terengganu pada tahun-tahun 60-an dulu. Bukan saja kejadian melontar telor dan kata-kata busuk tetapi pukul memukul sampai patah kaki dan lebam muka biasa saja. Ia berlaku hampir setiap malam. Bahkan pembunuhan kerana dendam politik pun berlaku di Kelantan. Seorang sepupu saya (kini arwah) pernah dibaham dengan cak --- cangkul sampai pecah dahi.

Alhamdulilah hari ini keadaan itu sudah tidak wujud atau jarang berlaku lagi di negeri-negeri berkenaan khasnya di Kelantan. Tidak kedengaran lagi penceramah Pas dilontar telor tembelar atau dipukul. Kalau pun ada hanyalah setakat maki hamun oleh seorang manusia saja yang berasal dari species terbiar dan terpinggir.

Kejernihan politik ini ketara sejak Tok Guruku Nik Aziz memerintah Kelantan sejak 20 tahun lalu. Kejadian buruk, politik samseng sudah tidak ada lagi. Salah satu kecemerlangan Nik Aziz ialah mendidik jiwa orang politik Kelantan menjadi gentlemen dan tidak rakus dan liar. Syakisiah dan pembawaan dirinya telah menzahirkan suasana demikian. Dalam kata mudah Nik Aziz berjaya dalam menterbiah orang Kelantan supaya berpolitik secara berakhlak, kecuali ke atas seorang manusia nyang sudah tidak boleh diperlakukan apa saja lagi kerana semua skrunya sudah lus.

Berbalik kepada peristiwa berdarah di Labis tadi, sekali lagi saya ingin sarankan terutamanya kepada pihak polis. Apa yang berlaku di Johor dan Negeri Sembilan itu jangan dipandang remeh dan sebagai yang terpencil. Polis kena memantau hal ini bagi memastikan ia tidak akan berulang. Khabar mengatakan sudah ada plan untuk menjadikan pilihan raya umum ke 13 ini sebagai terburuk perlu disiasat segera dan polis perlu mengesaninya. Adalah malang sekali kalau polis turut bersubahat dengan kejadian seumpama itu dengan cara mendiamkan saja apa yang dilihat dan dilaporkan.

Polis mesti berpandangan jauh dan sedia dengan plan mengatasinya. Saya yakin dan percaya kalau polis tegas dan kompeten di dalam hal keselamatan kejadian-kejadian liar dan rakus sampai ada yang cedera itu tidak akan berlaku. Walau siapa pun yang melakukannya tanggungjawab dan bebeban atas apa yang berlaku itu akhirnya akan terpikul oleh polis juga.

Kepada pemain politik dan orang suruhan (samseng) juga cukuplah. Janganlah cuba memberi gambaran buruk kepada dunia luar tentang apa yang berlaku di negara ini. Keburukan itu mungkin boleh mencapai nawaitu jahat, tetapi perlu ingat keburukan itu akan menyebabkan semua rakyat negara ini akan dicapkan sebagai huduh dan kehuduhan itu memberi kesan kepada negara ini.

Karpal Menang Saman RM2 Juta

Posted: 08 Oct 2011 03:54 AM PDT

KELAB GREENBOC

Georgetown - Karpal Singh (gambar) menang dalam kes saman membabitkan tuntutan ganti rugi lebih RM2 juta terhadap seorang pengurus bank, Lau Yee Fuat yang melanggar teksi dinaikinya sehingga Pengerusi DAP itu lumpuh dalam kejadian tujuh tahun lalu.

Hakim Mahkamah Se- syen, Chan Jit Li memutuskan demikian selepas mengambil kira perubahan hidup yang terpaksa dilalui oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu akibat kemalangan tersebut.

Hujah hakim itu, Karpal yang dahulunya aktif, terlibat dalam kemalangan ketika menaiki teksi yang dipandu oleh Soid Abd. Ghani ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Utama di sini.

"Kemalangan itu mengubah hidup Karpal dan mungkin jumlah diputuskan tidak memuaskan mana-mana pihak tetapi keputusan telah dibuat," kata Jit Li semasa membacakan keputusannya semalam.

Karpal memperoleh ganti rugi kerosakan am berjumlah RM380,000; kos rawatan (RM399,162.37); dua mesin lif kerusi roda (RM56,930 dan RM47,300); penjagaan rawatan selama tujuh tahun (RM212,800) dan ubat-ubatan (RM12,998.06).

Jit Li turut mengarahkan Karpal dibayar rawatan susulan berjumlah RM378,000, kenderaan khas (RM276,141,52), penjagaan rawatan (RM135,808), pembedahan susulan (RM66,666), kerusi roda (RM40,170) dan perbelanjaan perjalanan (RM11,951,98).

GANGGUAN TERHADAP PROGRAM PAKATAN RAKYAT, SAMPAI BILA MAHU BERSABAR?

Posted: 08 Oct 2011 03:50 AM PDT


Disiplin dan keberanian Unit amal di Rembau berjaya gagalkan kumpulan samseng


Oleh: WFAUZDIN NS


SEJAK kebelakangan ini nampaknya kegiatan haramjadah kumpulan samseng upahan yang `berlesen' sudah semakin menjadi-jadi mengganggu setiap program Parti Pembangkang, khususnya yang melibatkan DS Anwar dan Mat Sabu. Kita pula asyik membuat laporan Polis sedangkan kita tahu Polis bukan tidak tahu kejadian itu berlaku kerana Polis sendiri melihat dan menonton kelakuan kumpulan haramjadah itu.


Kalau puak samseng itu tidak datang, tidak berlaku kekecohan....


Sebagai contoh di Bera, K.Lipis bulan yang lalu. Ceramah DS Anwar diganggu oleh maki hamun dari betina tua yang masih bujang, Umi Hafilda. Betina itu menyalak bagaikan anjing betina yang mahu beranak di rumah YB Umno bertentangan dengan pentas ceramah DS Anwar. Program DS Anwar mempunyai permit, manakala program betina yang dibuang oleh keluarganya itu tiada permit. PKR Pahang buat laporan Polis, walaupun terbukti Ketua Polis Daerah K.Lipis ada berhampiran lokasi ceramah tetapi menyorok di dalam kawasan sekolah. Ini kerja Polis di situ dan mereka dapat bonus setengah bulan gaji sahaja dalam Bajet Najib baru-baru ini.


Ini penyokong yang menjadi mangsa, sampai bila kita mahu lihat begini?

Sebelum itu, program DS Anwar juga digangu di Melaka. Bahkan, bekalan letrik terputus semasa DS Anwar berceramah. Kumpulan di Melaka itu diketuai oleh Lokman Adam, seorang bekas ahli Keadilan yang tidak mendapat tempat pun di dalam Umno sekarang. Di Seremban, program ceramah Mat Sabu juga diganggu oleh puak yang dipercayai dari PERKASA dan dua tiga ekor bekas tentera yang bengap. Berlaku kekecohan hingga ada yang tercedera. Kononnya mahu serah memorandum kepala bapak dia. Tidak boleh serah memorandum di Pejabat PAS kah? Mengapa mahu datang ke tempat ceramah untuk serah memorandum?



Kalau Polis cekap bertindak, adakah berlaku sebigini? Kita mahu biarkan sajakah?

PERKASA Negeri Sembilan buat ugutan agar Mat Sabu jangan pijak bumi Negeri Sembilan. PERKASA ingat bumi Negeri Sembilan ini kepunyaan Ibrahim Ali bosnya itu kah? Tempat Ibrahim Ali sebagai MP Pasir Mas itu pun hasil sedekah PAS, PERKASA kena tahu dan jangan jadi bengap sangat. Di Rembau, PERKASA silap besar untuk memburu Mat Sabu. Kehadiran kumpulan bengap yang dianggotai oleh 20-30 orang pencacai ini `disambut' oleh Unit Amal, SAMM serta penyokong-penyokong PR di sana. Mereka lari putih tapak kaki sehingga banyak Banner dan poster mereka bertaburan. Namun, Mat Sabu tidak mahu memalukan ketua mereka yang sudah pucat lesi itu lantas menerima mengadap ketua yang bodoh buta sejarah itu untuk menerima memorandum.

Terbaru di Johor malam semalam melibatkan Mat Sabu juga. Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor. Difahamkan, kira-kira 50 penunggang motosikal itu muncul secara-cara tiba dan berlegar-legar menganggu orang ramai yang hadir mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Mereka mengacukan rantai besi dan membaling objek keras ke arah orang ramai di kawasan ceramah.



Sebahagian dari anggota-anggota SAMM termasuk AMK yang datang ke Rembau yang bertindak berani

Semua kejadian ini sepatutnya mengajar kita betapa kita perlu lakukan sesuatu lebih dari membuat laporan Polis yang rasanya suatu kerja yang sia-sia. Tidakkah kita merasa diperbodohkan apabila membuat laporan Polis terhadap kejadian yang pihak Polis sendiri saksikan dengan mata mereka? Adakah laporan kita selama ini disiasat dan diambil tindakan? Apa ertinya kita meminta permit untuk membuat program ceramah tetapi pihak Polis tidak peka dengan gangguan dari pihak haramjadah itu?

Saya mencadangkan agar jangan buat apa pun program jika kita tidak bersedia dengan jentera kita seperti yang dilakukan oleh Penganjur Program Ceramah di Rembau baru-baru ini. Saya puji jentera kita di Rembau dan saya lihat sendiri bagaimana Unit Amal PAS diberi taklimat dalam perbarisan umpama barisan tentera diberi taklimat oleh pegawainya. Mereka diberi taklimat terperinci bagaimana untuk menghadapi gangguan dari pihak haramjadah itu. Di bawah Chegu Bard pula, anggota-anggota SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) juga diberi tugas khas bagaimana untuk membantu Unit Amal di dalam mengawal suasana. Kesannya, pihak haramjadah itu balik umpama anjing tidak kurap.

Inilah yang patut dilakukan. Belajar dari penganjur di Rembau bagaimana kita boleh menggantikan tugas Polis yang seperti tidak berminat untuk mengawal keselamatan itu. Sudah jemu kita mendengar bahawa kita membantah dan membuat laporan Polis selama ini, sedangkan mereka semakin bersikap kurang ajar dan berani. Pakatan Rakyat mesti ubah rentak dan lebih faham rentak permainan mereka. Kita bukan mahu bergaduh tetapi kita mesti bersedia untuk itu jika dipelawa./wfauzdin.blogspot.com

Konsep Pop Rock Untuk Album Baru Mawi

Posted: 08 Oct 2011 03:48 AM PDT


KUALA LUMPUR: Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi kini sedang sibuk mengumpul bahan untuk album terbarunya yang dijangka dapat disiapkan hujung tahun ini.

Kata Mawi, dia memilih genre pop rock untuk album tersebut sebagai percubaan memenuhi permintaan pasaran pendengar.

"Single terbaru saya mungkin akan keluar pada Disember ini. Memang untuk kali ini saya memilih untuk tampil dengan genre pop rock, namun begitu saya mengekalkan elemen Nusantara yang sememangnya sebati dengan jiwa saya.

"Setakat ini ada tiga buah lagu termasuk daripada M.Nasir dan sebuah lagu daripada komposer baru," katanya.

Ketika ditanya tentang populariti yang semakin merudum, kata Mawi dia kini memperlahankan sedikit aktiviti seni untuk memberi tumpuan yang lebih kepada isteri, Ekin yang kini sedang hamil empat bulan.

"Saya menghabiskan masa mengumpul bahan untuk album dan memenuhi undangan-undangan nyanyian selain menguruskan syarikat produksi saya.

"Sekarang belum ada apa-apa projek baru memandangkan saya perlu beri perhatian kepada isteri, Insya-Allah semua projek akan bermula tahun depan," katanya.

Kod Etika Jualan Langsung Akan Diperkenal Awal Tahun Depan: Ismail Sabri

Posted: 08 Oct 2011 03:47 AM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Satu kod etika jualan langsung akan diperkenal menjelang awal tahun depan bagi meningkatkan tahap keyakinan rakyat terhadap syarikat jualan langsung di dalam negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Belau berkata kod etika itu akan dikeluarkan oleh persatuan syarikat jualan langsung iaitu Persatuan Pengedar Langsung Malaysia dan Persatuan Jualan Langsung Malaysia.

"Sekarang ini ia (kod etika) masih di peringkat draf akhir. Kita akan memastikan kandungan terperinci kod etika ini mempunyai persamaan di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pusat kesihatan Melilea International Centre of Organic Wealth di sini Sabtu.

Melilea International adalah syarikat rangkaian pemasaran pertama di negara ini yang mempromosi budaya organik melalui rangkaian operasi stor francais.

Beliau berkata kod etika itu wajib dipatuhi oleh semua syarikat jualan langsung yang menjalankan sistem perniagaan secara pemasaran pelbagai peringkat di negara ini.

Katanya sehingga Ogos lepas, sebanyak 78 syarikat jualan langsung diluluskan termasuk 27 syarikat antarabangsa menjadikan keseluruhannya sebanyak 627 syarikat jualan langsung berdaftar di negara ini.

Ismail Sabri berkata banyak syarikat jualan langsung di Malaysia telah menembusi pasaran antarabangsa seperti Singapura, Indonesia, Taiwan, Hong Kong dan Autralia yang melibatkan produk kesihatan Melilea.

Mengenai Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, beliau berkata ia adalah belanjawan yang terbaik pernah dibentangkan kerana ia merangkumi semua aspek yang membawa kesejahteraan kepada semua pihak termasuk pelajar, warga emas dan nelayan.

"Saya percaya kerajaan telah mendengar rintihan rakyat. Ini bukti bahawa kerajaan prihatin terhadap rakyat," katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata kementeriannya telah mewujudkan satu pasukan petugas yang akan memantau peniaga dan harga barang bermula hari ini berikutan pengumuman belanjawan supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

"Kita tidak mahu ada peniaga yang mengambil kesempatan. Sekiranya kita dapati ada di kalangan peniaga menaikkan harga barang tanpa sebab yang munasabah, tindakan akan dikenakan," katanya. - BERNAMA

Kerajaan Melayu Melaka Bermula Pada 1262:Ahli Akademik

Posted: 08 Oct 2011 03:46 AM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Seorang ahli akademik melahirkan rasa yakin bahawa Kerajaan Melayu Melaka bermula pada tahun 1262.

Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia,Prof Madya Abdul Rahman Ismail berkata hasil kajiannya sejak 1990-an terhadap naskah Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) versi Raja Bongsu, menunjukkan bukti yang benar mengenai permulaan kerajaan Melaka.

"Terdapat banyak versi naskah Sulalatus Salatin, tetapi Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu merupakan sumber pribumi yang paling hampir dan paling sahih dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau sebelum itu menyampaikan ceramah bertajuk "Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka" anjuran Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Wisma Sejarah.

Raja Bongsu dikatakan sebagai salah seorang kerabat diraja Johor ketika itu yang ditugaskan menyalin naskah berkenaan.

Selama ini diketahui umum bahawa Kerajaan Melayu Melaka diasaskan sekitar 1400.

Terdapat juga hasil kajian yang mendapati kerajaan tesebut diwujudkan pada 1278.

Menurut Abdul Rahman, Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu itu mencatat tempoh pemerintahan setiap Raja Singapura dan Melaka dengan jelas dan lengkap yang dapat disimpulkan bahawa Kerajaan Melayu Melaka sudah bermula sejak tahun 1262.

Beliau juga berkata sebelum zaman Kerajaan Melayu Melaka, tiada rekod sahih yang menunjukkan terdapat kerajaan lain sebelum kerajaan itu.

"Dalam sejarah, proses kaji semula sentiasa berlaku dan ia untuk mendapat kepastian yang sebenarnya tentang sesuatu perkara. Pelajar sekolah perlu tahu mengenai penemuan tarikh baru ini sebagai menambah ilmu sejarah," katanya. - BERNAMA

Malaysia Masih Boleh Capai 5 Hingga 6 Peratus Pertumbuhan Ekonomi Tahun Ini

Posted: 08 Oct 2011 03:43 AM PDT

MSTAR ONLINE

RAWANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hpada Sabtu berkata kerajaan masih yakin mencapai pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus tahun ini.

"Saya katakan ia ketika ini, inilah apa yang kita fikir. Sudah tentu, jika terdapatnya kejatuhan ketara, lainlah pula ceritanya. Ia akan menjejaskan keseluruhan dunia tanpa sebarang pengecualian," kata beliau kepada pemberita pada persidangan akhbar selepas sesi majlis bertemu orang ramai di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kundang, di sini, Sabtu.

Najib berkata pada masa ini, negara masih boleh mencapai pertumbuhan ekonomi lima hingga enam peratus ekoran permintaan domestik yang kukuh dan penyusunan semula jumlah dagangan Malaysia.

Perdagangan Malaysia dengan Asean dan Asia Timur kini mewakili 46 peratus daripada jumlah dagangan sementara Eropah ialah sembilan peratus dan Amerika Syarikat 10 peratus.

"Dilihat kepada senario ekonomi, kita masih yakin mencapai pertumbuhan lima hingga enam peratus terutamanya jika projek-projek kerajaan dilaksanakan mengikut jadual," kata beliau. - BERNAMA

KPDNKK LINDUNGI PENJENAYAH CETAK ROMPAK?

Posted: 08 Oct 2011 03:37 AM PDT

SABAH KINI.NET


Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN


TINDAKAN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberkas dan mendakwa jurujual tempatan di mahkamah tetapi melepaskan pemilik premis, umpama pepatah Melayu, ayam terlepas tangan bau tahi.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Citra Masadi, yang menghubungi Sabahkini.net bagi mengulas tindakan KPDNKK yang memberkas seorang jurujual tempatan, Rosna Ikram, 20, pada 21 September 2011 kerana menjual 677 keping DVD cetak rompak tanpa sijil B di Centre Point Kota Kinabalu.

"Saya kesal kenapa KPDNKK menjadikan jurujual yang makan gaji sebagai mangsa dan tidak mendakwa pemilik premis atau tuan punya DVD. Seolah-olah pemilik premis mengatasi undang-undang kerana pendakwaan ala kambing hitam," kata Citra yang mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi kenapa KPDNKK melakukan pendakwaan terpilih.

Menurut Citra, jenayah cetak rompak dan menjual DVD yang tidak mempunyai Sijil B sudah menjadi budaya di hampir semua premis menjual DVD, termasuk di Sinsuran, Karamunsing, Centre Point dan kaki lima kerana sindiket ini dilindungi KPDNKK.

"Kita tidak berniat untuk melindungi jurujual tersebut tetapi kita minta agar KPDNKK tidak melindungi pemilik kedai kerana Rosna hanya jurujual. Jika ingin banteras, wajar dibuat bersama SPRM dan bukannya bagi melindungi kepentingan sindiket yang membayar wnag kopi setiap bulan kepada pegawai KPDNKK," ujar Citra lagi.

Rabu lalu Mahkamah Majistret Kota Kinabalu mengenakan hukuman denda RM7,000 dan tiga bulan penjara jika gagal membayar denda ke atas Rosna yang mengakui bersalah menjual DVD yang tidak mempunyai Sijil B.

Rosna didakwa di bawah Seksyen 18 (4) (a) Akta Penapisan Filem 2002, didenda di bawah Seksyen 18 (5) Akta yang sama; yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM30,000, atau penjara maksima tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

MESTI TAHU : 3 sebab mengapa klip ini diharamkan

Posted: 08 Oct 2011 03:35 AM PDT

Oleh : Tokpepijat


Mengapa klip video tentang kempen "UNDILAH" ditarik balik (diharamkan?) oleh kerajaan dari disiarkan oleh TV?

Melihat kepada klip video itu sepanjang 4.38minit, dapatlah kita tahu sebab-sebab utamanya.

Antaranya, pertama tentang penampilan Ku Li sebagai "pelakon" utama klip itu. Dengar betul-betul pengucapan beliau dalam klip itu.

"Malaysia negara yang cukup indah, tapi ada macam-macam masalah, tak perlulah saya sebutkan, kerana saya pasti kita semua tahu apa masalah-masalah ini.......ia memang banyak masalah...Malaysia perlukan kita semua..."

Kedua dari segi gambar pula, cuba lihat cara penampilan gambar PMNajib di siarkan. Terlalu cepat dan pantas. Ada kalanya ada "seekor" maskot bersama gambar Najib. Apa maknanya?

Dan ketiga ada foto Hospital Tung Shin. Semua maklum hospital ini pernah timbul kontroversi pada 9 Julai yang lalu akibat penembakkan gas pemedih mata dan semburan air asid keatas Hospital tersebut. Apa maknanya?

Tentunya UMNO marah kerana ianya bakal mengingatkan kembali rakyat tentang BERSIH 2.0 dan kejahatan polis menembak pemedih mata kearah hospital.

Tengku Razaleigh merupakan antara tokoh yang muncul dalam video itu, yang menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik BN dan Pakatan Rakyat, tempatan dan ahli sukan.

Video selama 4.38 minit arahan pemuzik Pete Teo yang boleh diakses di laman 'Youtube' dan dilancarkan sempena Hari Malaysia, menyeru rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi.

Umum tahu, Ku Li masih "bernafsu" untuk jadi PM. Dan ini ancaman kedua kepada PMNajib selepas Anwar Ibrahim.

Di kalangan pimpinan UMNO terdapat 3 kem yang mempunyai penyokong masing-masing dan mempunyai impian untuk menjadi PM selain Najib iaitu Muhyiddin dan Ku Li.

Dengan penyiaran klip video ini walaupun atas kempen UNDI, sekurang-kurangnya satu promosi buat Ku Li.

Pegawai SPRM Jadi Perompak

Posted: 08 Oct 2011 03:30 AM PDT

SELATAN ONLINE


Sepang – Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas sembilan pertuduhan termasuk merompak, bersubahat dan menyembunyikan rancangan jenayah terhadap tiga pengurup wang yang kerugian wang berjumlah hampir RM1 juta pada September lalu.

Tiga tertuduh ialah S. Vijayarao, 33, Wan Elfie Shafizy Wan Ahmad, 30, dan Aziz Jaafar, 48. Kesemua mereka bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya denganVijayarao berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya, Wan Elfie Penolong Penguasa manakala Aziz Penolong Kanan Penguasa.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa bersubahat dengan dua lagi suspek yang masih bebas merompak secara berkumpulan terhadap pengurup wang Singapura, Hameed Saadik Batcha, Abd. Rahman Mohamed Marican dan Mohamed Zakkariya Shatik sebanyak AS$300,000 (RM947,444).

Dua suspek yang masih bebas itu ialah T. Sritharan, 32, dan D. Nagarajan, 34.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu merompak dan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Mereka turut didakwa bersubahat dengan Sritharan menipu kesemua mangsa dengan memperkenalkan Sritharan sebagai pegawai SPRM.

Dakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Besar, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas, Najib Zakaria dan Peter Gregory Syril.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di tandas lelaki bersebelahan Restoran Deli France, Tingkat 1, Bangunan Satellite di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada pukul 11.25 malam 15 September lalu.

Ketiga-tiga tertuduh juga didakwa sengaja menyembunyikan rancangan rompakan itu bagi memudahkan Sritharan dan Nagarajan melakukan jenayah itu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 120 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Mohd. Abzafree menawarkan jaminan RM100,000 dan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dengan menimbangkan mereka adalah pegawai SPRM manakala dua suspek masih bebas.

Bagaimanapun, Vijayarao yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM10,000 kerana dia ditahan kerja dan perlu menyara dua anak dan isteri hanya bekerja sebagai guru. -kosmo

| Lebih Ramai NGO Akan Pertahan Abg Mat di Segamat Isnin Ini 10hb Oktober!!

Posted: 08 Oct 2011 03:22 AM PDT

SELATAN ONLINE



Tidak bertamadun! Itulah ungkapan paling sesuai buat pemuda Umno yang semakin hari semakit tidak mendapat tempat di hati anak muda. Politik samseng yang ditunjukkan oleh pemuda Umno dan PERKASA di Ampangan, Rembau dan Labis baru-baru ini menunjukkan mereka kehabisan modal untuk berhujah walaupun mereka mempunyai seluruh kekuatan media arus perdana.

Tidakkah anda ingin tahu apakah punca Umno mengarahkan pemuda 'bacul' mereka membuat kacau dan mengapa Perkasa dipergunakan untuk mengganggu ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Md Sabu?

Dalam media yang dikuasai Barisan Nasional, Umno bebas membuat pelbagai tuduhan dan tohmahan terhadap Pakatan Rakyat dan juga kepada Md Sabu khususnya. Kini apabila tiba giliran Pakatan Rakyat membuat penjelasan di dalam sesi ceramahnya, kini apabila Md Sabu cuba merungkai apa yang dituduh terhadap beliau dalam isu Mat Indera, Umno membuat kacau dan mengganggu program dengan mengupah samseng di atas nama PERKASA.

Semua ini berlaku kerana Umno takut kebenaran itu sampai ke seluruh pelusuk rakyat termasuklah mereka yang tidak berpeluang mendapat liputan maklumat dari media alternatif yang memerlukan talian internet. Umno tidak mahu segala penipuan mereka di TV dan akhbar utama terutamanya dalam isu Mat Indera terbongkar yang akhirnya mengheret sejarah sebenar kemerdekaan negara ke medan pertikaian. Itulah sebab dan punyanya, mengapa serangan ke atas Md Sabu adalah wajib bagi Umno demi menekan beliau supaya tidak lagi menyampaikan ceramah!

Justeru, NGO anak muda seperti SAMM, Unit Amal serta ARC akan sekali lagi berdepan dengan samseng-samseng upahan. Kali ini pertembungan berlaku di Segamat pada 10 Oktober 2011 apabila Md Sabu sekali lagi turun ke Johor untuk menyampaikan pidatonya, turut bersama dalam senarai penceramah ialah Chegubard. Berikut adalah maklumat kepada yang ingin hadir;
Ceramah Perdana
Hj Md Sabu dan Chegubard
Kg Tahang Rimau, Segamat
(Rumah Cikgu Natrah)
Pertanyaan Lokasi 013-714720
SAMM Johor akan mengetuai komrad SAMM dalam gerakan pertahan pimpinan di pentas ceramah dan orang awam yang berada di sekitarnya. Ini diikuti dengan kehadiran SAMM N.Sembilan, SAMM Wilayah dan juga SAMM Pahang selain daripada anak Segamat yang turut bersama dengan Pakatan Rakyat. Unit Amal juga turut bersedia dan difahamkan skuad Terengganu juga akan hadir kali ini.

Kali ini mari kita lihat adakah serangan berdarah gangster umno akan berulang seperti di labis atau mereka akan lari melintang pukang seperti di Rembau?

Ayuh pertahankan rakyat dari samseng-samseng upahan !! Sedarlah, jika ada di antara kita yang mati ketika menghalang samseng membuat kacau, sekurang-kurangnya kita mati dalam mempertahankan rakyat dan juga satu majlis ilmu. Itu Syahid!! Namun kalau mereka yang menyerang itu terjatuh longkang dan mati, maka mereka mati dalam keadaan samseng yang ingin menyerang orang awam!! Itu mati katak namanya!!

Pilihlah jalan anda, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan pilihan dirinya.

Zalim: Najib "Sengaja Pinggirkan" Sekolah Agama Rakyat Bila Satu Sen Pun Tidak Di Hulurkan Dari Berbilion Peruntukan Kepada Sektor Pendidikan!

Posted: 08 Oct 2011 03:13 AM PDT

PAHANG DAILY


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) pasti akan dicela oleh sebahagian besar daripada orang Melayu dan umat Islam di negara ini, apabila sengaja meminggikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam pembentangan Bajet 2012 yang dibuatnya di Dewan Rakyat petang semalam.

Ramai ibubapa terutamanya yang menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan Islam di sekolah terbabit terkilan dengan sikap kerajaan UMNO BN ini.

Malah mereka juga terkejut najib selaku pemimpin Melayu yang beragama Islam gagal membela nasib pendidikan Islam yang dipelopori oleh SAR sejak zaman berzaman.

Bayangkan, disaat Najib mengumumkan peruntukan besar sektor pendidikan Dalam Bajet 2012, iaitu sebanyak RM50.2 bilion satu sen pun tidak diagihkan kepada SAR. Kenapa begitu hina layanan diberikan kepada sekolah terbabit, sedangkan majoriti pelajarnya adalah anak-anak orang Melayu yang beragama Islam?. Inikah caranya pemimpin Melayu Islam yang kononnya memperjuangkan agama, bangsa dan negara melakukan tindakan.

Tambah memilukan daripada jumlah besar yang diberikan Kementerian Pelajaran itu, peruntukan pembangunan sebanyak RM1.9 bilion akan dibelanjakan untuk semua jenis sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.



Jika bukan pemimpin Islam bela mereka, siapa lagi mahu diharapkan


[Sebagai tambahan, peruntukan RM1 bilion akan disediakan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

Najib berkata daripada peruntukan itu, RM500 juta diberikan kepada Sekolah Kebangsaan dan masing-masing RM100 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Mubaligh, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Soalnya sekarang, kenapa Sekolah Agama Rakyat (SAR) dipinggirkan? Inilah yang menjadi kemusykilan rakyat sekarang ini. Benarkah pemimpin Melayu UMNO itu benar memperjuangkan agama Islam atau sebaliknya?].

Dua Beradik Perempuan Berusia 7 & Dan 9 Tahun Beraksi "LESBIAN" Seperti Filem Lucah Yang Ditonton Cedera Di Belasah??

Posted: 08 Oct 2011 03:10 AM PDT

Sepasang adik-beradik perempuan berusia 7 dan 9 tahun, dibelasah bapa angkat mereka gara-gara cuba melakukan aksi sumbang setelah dikatakan terpengaruh adegan video lucah yang pernah ditonton.

Kejadian itu berlaku di Kampung Relau, di sini, Rabu lalu dan kes berkenaan kemudiannya dimaklumkan kepada Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN Melaka) yang kemudiannya merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Melaka.


Gambar hiasan

Sebaik menerima aduan berkenaan, beberapa kakitangan JKM diketuai Penolong Pengarah Warga Tua dan Keluarga JKM Melaka, Zamzuri Mohamad ke rumah terbabit, kira-kira jam 9 malam, kelmarin.

Menurut Zamzuri, pihaknya dimaklumkan ibu kandung kanak-kanak terbabit yang juga ibu tunggal berusia 29 tahun, sebelum kejadian itu dia terlihat dua anaknya itu melakukan aksi tidak senonoh tanpa pakaian di dalam bilik.

Menurutnya, dia kemudiannya menghubungi keluarga angkat anaknya yang ketika itu berada di Mentakab, Pahang.

"Berang dengan perlakuan anaknya itu, bapa angkatnya yang berusia 28 tahun memukul mereka berdua dengan rotan sehingga mendatangkan kesan lebam di beberapa bahagian termasuk lengan, paha dan belakang badan.

"Bagaimanapun, berdasarkan pengakuan kanak-kanak terbabit, mereka akui dipukul disebabkan perlakuan negatif yang dilakukan atau kita rumuskan sebagai melakukan adegan ciuman sesama jenis," katanya kepada Sinar Harian.

Turut sama, Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Asahan, Abdul Ghani Abdullah.

Jelas Zamzuri, menerusi siasatan, ibu terbabit mempunyai tiga anak perempuan berusia 3, 7 dan 9 tahun.

Menurutnya, anaknya yang berusia 9 tahun diberikan hak penjagaan kepada pasangan keluarga angkat sejak lebih setahun lalu dan mereka adalah rakan baiknya. kepada wanita berkenaan.

"Sebelum kejadian, kami difahamkan dua adik-beradik ini pernah beberapa kali melakukan aksi sumbang sejak lebih setahun lalu, gara-gara beberapa kali menonton video lucah bersama adik-beradik tirinya sebelum ini.

"Jadi tindakan bapa angkat mereka ini mungkin disebabkan terlalu marah dan gagal mengawal perasaan. Ini kali pertama dia memukul kanak-kanak terbabit," katanya.

Zamzuri berkata, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Jasin untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17(1)(b) kerana mendatangkan kecederaan fizikal dan jika sabit kesalahan, pihak JKM boleh mengajukannya kepada polis.

Vide & Gambar2: Kakak Ratu Rock Malaysia Sudah Bertudung... Jom Terjah...

Posted: 08 Oct 2011 02:56 AM PDT

SEDAKA SEJAHTERA


Kalau anda masih ingat, sekitar Ramadhan yang lalu kami ada menulis tentang Jojie yang mengenakan imej bertudung sempena menghormati bulan mulia.
Pertemuan kami bersama Jojie beberapa hari lalu di majlis sidang media konsert Whitesnake & Ella mengungkai kisah sebenar di'sebalik imej baru beliau.
Menurut Jojie, kenyataan akhbar Ramadhan lalu yang mengatakan beliau hanya bertudung atau berhijab ketika bulan puasa adalah tidak benar kerana beliau sudah melaksanakan'nya sejak sebelum datangnya Ramadhan.
Jojie juga berkata niat di'dalam hati untuk mengenakan tudung telah lama wujud namun kekuatan itu belum ada sehinggalah suatu hari beliau merasakan sudah sampai masa untuk niat di'laksanakan.
Alhamdulillah perubahan Jojie kekal sehingga ke hari ini dan beliau tidak berniat untuk berubah kembali ke imej asal kerana selesa dengan apa yang beliau ada sekarang.
Tonton video temubual ringkas yang sempat kami rakamkan dalam pertemuan tersebut — ada jawapan Jojie kepada soalan cepumas tentang jodoh & nyanyian live Ella. Enjoice!

Belanjawan 2012, belanja besar untuk pilihan raya

Posted: 08 Oct 2011 02:51 AM PDT

SIASAH DAILY


Seperti dijangka, Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Najib Abdul Razak mengambil peluang pembentangan belanjawan 2012 dengan mengumumkan pelbagai ganjaran kewangan.

Kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat kini bersaing dalam mengemukakan pelan-pelan populis menjelang pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Penjawat awam, jumlah pengundi yang besar dalam pilihan raya nanti, mendapat setengah bulan lagi bonus dengan jumlah minimum RM500, dan bantuan RM500 kepada pesara kerajaan.

Tindakan Najib ini menyaingi janji PR dalam belanjawan alternatif yang menjanjikan kenaikan gaji untuk 1.3 juta kakitangan awam.

Najib juga menjadikan Skim Rumah Pertamaku sebagai satu lagi tawaran menarik kepada rakyat, dengan meningkatkan jumlah maksimum pinjaman daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu.

Skim perumahan merupakan salah satu senjata penting Najib, ketika negara menyaksikan peningkatan harga rumah yang melambung di luar kemampuan sebahagian besar rakyat.

Isu politik yang hangat sejak menjelang Hari Malaysia yang lalu melibatkan anggota pasukan keselamatan, turut dieksploit apabila bantuan sekali berjumlah RM3,000 kepada balu, duda dan keluarga tentera.

Kedai Rakyat 1 Malaysia, instrumen kerajaan membantu rakyat menghadapi kenaikan harga barangan juga diperbanyakkan jumlahnya di seluruh negara.

Kerajaan turut mengumumkan bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bawah RM3,000, melibatkan 3.4 juta isi rumah.

Satu lagi ganjaran ialah pemansuhan yuran sekolah rendah dan menengah, yang pertama kali dilakukan dalam sejarah.

Generasi muda turut mendapat perhatian Najib apabila pembinaan gelanggang sukan futsal yang semakin popular diperbanyakkan, dan menubuh sebuah syarikat modal teroka untuk belia.

Ganjaran-ganjaran yang diumumkan ini meliputi satu jumlah besar pengundi dan meliputi sebahagian besar rakyat yang berpendapatan sederhana hingga rendah.

Isu utama kenakan kos hidup ditangani dengan menjanjikan ganjaran kewangan, tetapi tidak menjelaskan langkah yang lebih jelas untuk menangani inflasi dan isu lain seperti undang-undang untuk menangani monopoli dan pelbagai amalan pemodal yang menjejaskan pengguna.

PR dalam belanjawan yang dibentangkan menjadikan isu menangani monopoli daripada syarikat tenaga hingga kepada syarikat teksi.

Janji populis PR melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam walau bagaimanapun diatasi oleh Najib melalui skim baharu dan bonus tambahan yang menjadikan bonus tahun 2011 kepada sebulan.

Ganjaran besar kepada sektor awam ini mengelak daripada menangani isu reformasi sektor ini, yang dikritik ramai sebagai terlalu besar dan tidak efisyen, lebih-lebih lagi memandangkan saiz populasi Malaysia yang relatif kecil.

Turut akan timbul ialah isu kaum disebabkan jumlah besar pekerja sektor awam yang terdiri daripada orang Melayu.

Kedai 1 Malaysia yang menawarkan harga lebih murah telah pun mencetuskan rasa kurang senang peniaga dan pemborong yang sebahagian besarnya kaum Cina.

Cukai 10 peratus untuk menangani gelembung hartanah yang melibatkan sebahagian besarnya pemaju dan pelabur kaum Cina juga boleh menyentuh sensitiviti pihak terbabit.

Janji-janji dalam belanjawan kali ini menunjukkan usaha membina sentimen feel good oleh pemerintah yang belum pernah disaksikan sebelum ini, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Dalam persaingan menawan Putrajaya, kedua-dua BN dan PR kini semakin mudah mengemukakan janji dan retorik populis yang pelaksanaannya tidak dapat dijamin akan mencapai apa yang menjadi matlamat, seperti membantu menangani kos hidup, kerana kesan lain seperti inflasi dan perkembangan global lain tidak dapat dijangka.

Belanjawan 2012 kerajaan ini dilihat membawa banyak janji menarik untuk rakyat dan berpotensi mendapatkan undi yang diperlukan untuk pilihan raya nanti.

Soalnya kini ialah mampukah momentum yang dibina ini terus memberi kesan hingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Tindakan seterusnya pemerintah dan pembangkang PR dalam bulan-bulan akan datang kini menjadi semakin kritikal dalam menentukan pilihan pengundi nanti.

Anwar Serang Bajet 2012 keluaran Najib.

Posted: 08 Oct 2011 02:47 AM PDT

KLPOS.COM

KUALA LUMPUR - Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri tidak realistik dan sekadar helah pilihanraya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan Kerajaan Pusat langsung tidak menjelaskan masalah besar yang menjadi persoalan iaitu defisit belanjawan yang kian meningkat.

"Tiada langkah efektif untuk menangani defisit dan angka tersebut tidak realistik," kata Anwar lagi.yang menambah, beliau akan membuktikan perkara itu.

"Cara mereka berbelanja tanpa pendapatan, dan mereka masih bercakap tentang defisit 4.7 peratus, berbanding apa yang kita cadangkan," katanya lagi.

Anwar turut menambah beliau mensasaran Kerajaan Malaysia dijangka bakal membentangkan satu belanjawan tambahan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mempersoalkan status pelaburan luar Negeri yang tidak dibentangkan langsung Kerajaan Pusat semalam.

"Jika anda bercakap tentang kejayaan dalam pelaburan luar negeri, ianya banyak di Selangor dan Pulau Pinang (tetapi) itu tidak diiktiraf," kata Anwar.

"Ini bukan cara sesuatu bajet dirangka," katanya yang turut membangkitkan bahawa isu ketelusan, rasuah, salahurus dan pembaziran tidak ditangani," kata Anwar.

Beliau turut membantah pengumuman Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib untuk menaikkan gaji dan elaun Ahli Parlimen yang tidak sepatutnya memilih waktu rakyat mengalami kesusahan untuk menaikkan gaji dan elaun tersebut.


400 Universiti Terbaik - Malaysia kini Tiada dalam Senarai.

Posted: 08 Oct 2011 02:46 AM PDT

KLPOS.COM

KUALA LUMPUR - Tiada universiti di Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam majalah Times Higher Education (THE) yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia.

Sehubungan itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata adalah sia-sia bagi kerajaan yang begitu bangga dengan prestasi Malaysia dalam ranking dunia QS 200 World University 2011/12.

Penarafan QS itu telah meletakkan Universiti Malaya di tangga 167, - naik 40 tempat berbanding tahun 2010.

Empat universiti Malaysia lain yang disenaraikan oleh QS - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) - semuanya mencatatkan kemerosotan.

Menurut ranking THE, sepuluh universiti terbaik di dunia diduduki oleh California Institute Technology, Harvard dan Stanford (2), Oxford (3), Princeton (5) Cambridge (6), Institut Teknologi Massachusetts (7), Imperial College London (8), Chicago (9) dan Berkeley (10).

Bagi jiran serantau, enam universiti di Hong Kong dan dua dari Singapura berjaya disenaraikan.

university degrees not recognised 181105Universiti Mahidol di Thailand juga berjaya disenaraikan tetapi dalam kategori 351-400.

Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Ghauth Jasmon pernah dilaporkan sebagai berkata bahawa universiti tempatan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 juta dalam penyelidikan sebelum mampu diangkat sebagai antara universiti terkemuka di dunia.

Jenazah Ketua Polis Subang Jaya Dibedah Siasat.

Posted: 08 Oct 2011 02:44 AM PDT

KLPOS.COM

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid, 56, meninggal dunia di Hospital Asia Columbia, Kota Kemuning dekat sini, tengah hari tadi, dipercayai akibat sesak nafas dan serangan penyakit jantung.

Jurucakap hospital ketika dihubungi memberitahu, Allahyarham dikejarkan ke wad kecemasan hospital tersebut kira-kira jam 12.45 dan pemeriksaan mendapati Allahyarham disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital tersebut.

Bagaimanapun, jenazahnya kini dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Sebelum itu, Allahyarham mengadu sakit dada ketika bermain golf bersama beberapa pegawai kanan polis di Bukit Kemuning Golf and Country Club.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau menerima maklumat berhubung kematian Rashid kira-kira jam 12.30 tengah hari dan mengucapkan takziah kepada keluarga AllahyarhaJm.

Beliau berkata, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya petang ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Putra Perdana, Puchong, dekat sini.

MCA: Gadis misteri tunggu kelulusan keahlian

Posted: 07 Oct 2011 10:46 PM PDT



Nigel Aw

MCA telah 'menyejukkan' keghairahan media untuk menemubual enam gadis misteri yang menjadi tajuk utama ketika perhimpunan agung Pemuda MCA minggu lalu selepas tersiarnya gambar mereka.

Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Kow Cheong Wei enggan menjelaskan status individu yang disiarkan dalam akhbar-akhbar harian utama, tetapi mengakui sesetengah daripada 60 pemerhati, masih menunggu kelulusan keahlian mereka.

"Ada di antara mereka adalah ahli, sebahagiannya lagi telah memohon menjadi ahli, dan telah menyerahkan borang keahlian tetapi masih belum diluluskan," katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, Kow berkata, ia bukan satu isu kerana mereka dijemput sebagai pemerhati dan bukan sebagai perwakilan.

"Sebenarnya kami menjemput ramai pemerhati, kami menghantar surat kepada bahagian, cawangan dan beberapa universiti untuk majlis perasmian (membuka sayap itu kepada wanita), tetapi mereka perlu mendaftar."

Ini, katanya, adalah untuk menunjukkan bahawa parti itu terbuka kepada semua.

Kow berkata demikian bagi menjawab dakwaan dalam rangkaian sosial bahawa beberapa pemerhati berkenaan bukan ahli.

Spekulasi ini dicetuskan oleh tingkahlaku pemerhati berkenaan.

'Bajet kurang reformasi integriti dan ketelusan'

Posted: 07 Oct 2011 10:43 PM PDT

Kuek Ser Kuang Keng

Tidak sampai sebulan yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan siri pembaharuan undang-undang yang menurutnya bertujuan untuk menjadikan Malaysia "demokrasi terbaik" di dunia; komitmen dan keikhlasan beliau bagaimanapun, dipersoalkan selepas membentangkan Bajet 2012 semalam.

"Kita tidak nampak penekanan terhadap penambahbaikan selanjutnya terhadap integriti pengurusan kewangan kerajaan," kata Presiden Transparency International Malaysia Chapter (TI-M), Datuk Paul Low.

Menurutnya, bajet tersebut gagal untuk menangani isu ketelusan dalam perbelanjaan pertahanan yang dituntut oleh TI-M.

"Alangkah baiknya jika perolehan peralatan pertahanan boleh lebih telus," katanya ketika dihubungi semalam.

Low juga berkata, ia juga tidak menyentuh tentang bagaimana untuk menangani aliran haram keluar dana dari negara ini.

Menurut badan pemantau kewangan yang berpangkalan di AS - Global FInancial Integriti (GFI) - aliran haram dana dari Malaysia pada tahun 2000 ialah RM67.7 bilion, dan lapan tahun kemudian mencecah sehingga RM208 bilion.

Satu lagi kekurangan bajet tersebut, kata Low, ialah ketiadaan pindaan kepada Akta Rahsia Rasmi.

"Ia perlu dipinda untuk membolehkan lebih akauntabiliti, terutamanya bagi projek-projek yang diswastakan dan diberi konsesi."

Beliau juga kecewa bahawa isu reformasi dana politik - satu lagi perkara yang dilobi oleh TI-M - tidak termasuk dalam bajet tersebut.

Tiada ulasan: