Rabu, 5 Oktober 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Wordless Wednessday: Tuan Guru Nik Aziz, MB Kelantan

Posted: 05 Oct 2011 08:34 AM PDT

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/312815_271275522903521_100000632274619_919057_1725460769_n.jpg

Mahfuz 'Tumbuk' Anu Dan Telor MP Pasir Salak Sampai Senak!

Posted: 05 Oct 2011 07:58 AM PDT

Ops Lalang: Dewan Rakyat kecoh

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencabar kerajaan khususnya ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendakwanya di mahkamah jika mendapati beliau mengeluarkan kenyataan menghasut.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga enggan menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat bahawa Pemuda Umno menghasut orang Melayu menyertai himpunan sejuta umat Melayu pada tahun 1987.

Mahfuz membangkitkan perkara tersebut sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan menimbulkan kemarahan Tajuddin yang memintanya menarik balik dakwaan tersebut.

Beliau mendakwa Pemuda Umno ketika itu menghasut Orang Melayu menyertai himpunan tersebut dengan membawa senjata tajam untuk membasahkan darah Orang Cina dan membawa mancis untuk membakar rumah mereka.

Menurut Mahfuz, kejadian tersebut menyebabkan Ketua Polis Negara ketika itu terpaksa menghalang himpunan tersebut dengan melakukan operasi lalang yang menyebabkan beliau dan beberapa yang lain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Operasi Lalang tahun 1987 yang menyebabkan ramai yang menjadi mangsa ISA termasuk saya sendiri dan beberapa orang yang ada dalam Parlimen hari ini, ekoran ketegangan kaum yang berpunca daripada kenyataan Najib mewakili Pemuda Umno dan Lim Kim Sai mewakili MCA.

"Berlaku cabar mencabar hingga kepada peringkat nak mengadakan perhimpunan sejuta umat melayu, dibuat road show dengan membuat kenyataan hasut Orang Melayu hadir perhimpunan dan bawa senjata tajam untuk basahkan darah Orang Cina dan bawa mancis api untuk bakar rumah orang cina," katanya.

Tajuddin terus bangun meminta beliau menarik balik kenyataan tersebut namun ditegur oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menyuruhnya duduk.

Ekoran itu juga Tajudin yang kecewa dengan tindakan Speaker, keluar meninggalkan dewan.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu, Mahfuz sekali lagi menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu kerana mempunyai bukti.

"Saya tidak menarik balik kenyataan saya dalam dewan tadi, sebaliknya kalau itu dianggap kenyataan menghasut boleh heret dan dakwa saya di mahkamah.

"Saya hanya menyebut sejarah bagaimana isu salah guna kuasa apabila Menteri Dalam Negeri diberi kuasa dan menyalahgunakan kuasanya," katanya yang pernah menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini.

MP Pasir Salak yang kuat menyalak menyelamatkan penipuan tuanya!

Apabila Artis Kita Berbicara Soal Hudud. Jom Tengok Apa Enot Cakap

Posted: 05 Oct 2011 07:30 AM PDT

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/293320_10150400115446228_294693041227_10171774_4164209_n.jpg

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/294183_258572900853085_215450651831977_761214_979747042_n.jpg



Ulasan Hukum Hudud: Betapa Jahilnya Artis Malaysia

Posted: 05 Oct 2011 03:54 AM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/294183_258572900853085_215450651831977_761214_979747042_n.jpg

kalau jahil jangan la korang dok g tempek ulasan bodoh korang dalam akhbar

macam mana boleh pegi tanya artis yang jahil macam ni

korang tengok la ulasan dungu dan bangan artis di atas

tanya utaz la woi!

JAKIM DIMINTA AMBIL TINDAKAN TERHADAP ZULKIFLI: TUKAR TIUB

Posted: 04 Oct 2011 09:00 PM PDT

Tukar Tiub mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang tidak membayar hutang sebanyak 15 ribu ringgit yang dipinjam untuk membayar cagaran ketika bertanding dalam pilihanraya lalu.

Tukar Tiub juga meminta JAKIM menyiasat kehilangan 30 ribu ringgit dari tabung rumah anak yatim Perkid di Hulu Selangor.

Zulkifli didakwa cuba menyebarkan ajaran meminjam tak bayar dan merembat duit di negara ini.

Tukar Tiub berkata, tindakan Zulkifli itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh memesongkan akidah umat Islam.

"Fahaman meminjam duit kemudian tidak membayar kembali dan merembat duit tabung anak yatim dikategorikan sebagai sesat oleh JAKIM. Ini tidak boleh diterima...soal akidah tidak boleh dipermainkan.

"Terdapat dua perbezaan besar di antara meminjam duit kemudian tidak bayar dan merembat duit anak yatim . Meminjam duit kemudian tidak dibayar adalah menipu orang yang kita kenali ini tidak sama seperti merembat duit tabung anak yatim yang anak anak yatim ini tidak kita kenali' kata Tukar Tiub

http://tukartiub.blogspot.com/

Seks Dan Wanita Seksi Tidan Boleh Dipisahkan Antara Umno Dan MCA

Posted: 04 Oct 2011 08:44 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiz0ndTZYoRPOTLja8iiGb6t6WFV2FY7ZZPEZI7nk3rbdRf1faDu05PTFQOMk_qgnmvrUbu-Y1kzVm6X1APFxSk-wV21pce2YFV2mhkcborv-pHmw1hF4TZnC7BHzbyjF_gtmro-AL_odY/s320/0725176df46ece26a6c878db193ef5b2+%25281%2529.jpg


Kehadiran tujuh jelitawan muda pada Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA pada Sabtu lalu, cukup mencuri tumpuan para perwakilan dan sesetengah media memilih menyiarkan gambar mereka di halaman utama di akhbar mereka pada keesokan harinya.

Setelah diberikan isyarat, tujuh jelitawan itu mendahului kumpulan wanita MCA memasuki dewan di Wisma MCA itu dan mengambil tempat dududuk yang disediakan khas. Mereka juga sempat memberikan senyuman kepada jurugambar yang sibuk merakamkan kejelitawan mereka.

Tindakan itu adalah sebahagian daripada permulaan simbolik kepada Pemuda MCA yang bakal membuka pintunya kepada ahli-ahli wanita mulai tahun depan.

Walaupun jelitawan itu cukup selesa mengukirkan senyuman di hadapan kamera, namun kegagalan pihak penganjur mengaturkan sesi wawancara denagn wartawan menimbulkan persoalan sama ada ini satu sandiwara ataupun opera Cina.

Gambar-gambar jelitawan itu juga banyak tersebar di internet, terutamanya di Facebook, sehingga ada yang berpendapat tujuh wanita itu telah diupah sebagai sebahagian daripada usaha mendapatkan publisiti secara meluas.

Patut la Presiden MCA pun kaki seks. Memalukan apabila orang yang rendah moral dan akhlak dilantik menjadi kompenen umno bn.

Belanjawan Pakatan: Masyarakat bebas, rakyat senang

Posted: 04 Oct 2011 08:25 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 OKT – Pakatan Rakyat bukan sahaja mahu rakyat senang dalam negara yang kaya tetapi juga mahu rakyat menikmati kebebasan dan hak sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, Pakatan Rakyat akan memansuhkan semua undang-undang yang membabitkan tahanan tanpa perbicaraan termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri tanpa diganti dengan mana-mana akta baru.

Pakatan Rakyat juga akan melaksanakan reformasi secara menyeluruh dengan:

Menstruktur semula Biro Pengaduan Awam menjadi sebuah institusi Ombudsman;

Meletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen institusi awam utama seperti Jabatan Audit Negara, Jabatan Perangkaan, Suruhanjaya Pelantikan Hakim, Suruhanjaya, Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan institusi Obudsman;

Untuk memastikan kebebasan media dengan menghapuskan keperluan permit dengan pemansuhan sepenuhnya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Selaras dengan itu akan ditubuhkan Majlis Media yang bebas dengan kawalan sendiri;

Memulihkan autonomi dan kebebasan ahli-ahli akademik universiti- univesiti di Malaysia dengan menghapuskan sepenuhnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, dan dengan itu, membebaskan pelajar-pelajar daripadan cengkaman Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan kepimpinan universiti-universiti awam akan berdasarkan kepada merit; dan

Memansuhkan sepenuhnya Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat pada setiap peringkat kerajaan dengan dilengkapkan infrastruktur yang diperlukan. Ini akan memastikan akses kepada maklumat yang menjadi kepentingan awam, terkecuali ialah perkara-perkara yang secara tulen berkait dengan keselamatan negara.

Pakatan Rakyat berjanji untuk memperkukuh Parlimen sebagai sebuah institusi dan menolak amalan Perdana Menteri sebagai diktator melalui langkah-langkah seperti:

* Menyalurkan RM10 bilion dari belanjawan budi bicara Perdana Menteri kepada kementerian-kementerian berkenaan;

* Meneliti cadangan-cadangan perbelanjaan dengan rapi di peringkat jawatankuasa Parlimen. Sebagai langkah pertama, tujuh Jawatankuasa Belanjawan Parlimen akan ditubuhkan untuk meneliti belanjawan-belanjawan kementerian lalu membolehkan debat dan penilaian yang lebih berkualiti; dan

* Ahli-ahli jawatankuasa dan Ahli-ahli Parlimen akan diberi peruntukan untuk pembantu penyelidik parlimen demi meningkatkan keberkesanan kajian belanjawan serta meneliti implementasi dan hasil daripada perbelanjaan tersebut.

Pemulihan institusi perlu dilaksanakan bagi memastikan keuntungan dari sumber alam semula jadi Malaysia yang kaya dapat diagihkan kepada rakyat Malaysia.

Menurut kenyataan Pakatan Rakyat, pada masa ini, rakyat tidak menikmati pendapatan yang sepatutnya kerana kumpulan terbawah iaitu meliputi 40 peratus keluarga hanya menikmati pendapatan purata RM1,500 sebulan manakala kumpulan pertengahan yang juga meliputi 40 peratus menikmati pendapatan purata RM3,500 sebulan.

Secara keseluruhan 80 peratus keluarga hanya menikmati pendapatan purata RM2,500 sebulan.

Dari segi kelayakan, 70 peratus penduduk hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai kelayakan tertinggi manakala dari segi pekerjaan lebih satu pertiga ketua keluarga dalam sektor tidak rasmi.

"Ia sesuatu yang tidak memeranjatkan dalam ketidaksamaan pendapatan di Malaysia adalah tinggi di mana kumpulan 40 peratus di bawah hanya menikmati pendapatan 15 peratus manakala kumpulan 20 peratus diatas menikmati pendapatan 49 peratus.

"Gejala sebuah negara yang terperangkap dengan kelembapan ternyata wujud di Malaysia berikutan dasar yang telah ketinggalan zaman dan pengurusan ekonomi yang lemah hanya mengutamakan sekumpulan individu," kata kenyataan Pakatan.

Senario semasa Malaysia di bawah pemerintahan Barisan Nasional adalah keadaan di mana:

i) Ketidakupayaan sekumpulan besar rakyat yang tidak mampu untuk berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup;

ii) Jumlah pengangguran di kalangan graduan tempatan yang tinggi dan pada yang sama wujud rungutan majikan mengenai kekurangan kemahiran dan bakat;

iii) Perbelanjaan subsidi yang telah melambung naik 10 kali ganda; dan

iv) Pelaburan tempatan dan asing adalah kurang menyebabkan Malaysia satu-satunya negara di ASEAN yang mengalami pengaliran keluar pelaburan asing (FDI) kasar.

Dengan itu, Belanjawan Kesejahteraan 2012 Pakatan Rakyat merupakan suatu permuafakatan merangka masa depan baru bagi Malaysia selari dengan pengikraran Agenda Bersama Disember 2009 dan Buku Jingga, Disember 2010.

Belanjawan Kesejahteraan 2012 berhasrat pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati semua melalui dasar dan kerangka yang bertujuan meningkatkan pendapatan 60 peratus isi rumah di Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM 3,000 sebulan.

Pengenalan gaji minima, mengurangkan jumlah pekerja asing tidak terlatih, meningkatkan kemahiran dan produktiviti secara besar-besaran akan memberi faedah kepada tenaga kerja rakyat tempatan. Keutamaan adalah memberi perhatian khusus untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja, maka gaji, kemahiran dan produktiviti juga dapat ditingkatkan.

Mempertingkatkan keupayaan pengangkutan awam, perumahan dan penjagaan kesihatan membolehkan pendapatan boleh guna rakyat yang semakin tinggi. Pendapatan boleh guna yang tinggi akan memberi kesan baik kepada perbelanjaan tempatan; sesuatu yang penting dalam persekitaran global yang semakin tidak stabil.

Monopoli dan oligopoli yang dipecahkan akan meningkatkan persaingan serta membantu ahli perniagaan Malaysia untuk mengurangkan kos. Persaingan akan mengurangkan tekanan inflasi dan menjana lebih banyak pilihan kepada rakyat.

Pakatan Rakyat juga akan golongan muda diberi keutamaan dengan melaksanakan langkah-langkah:

* Memastikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan digantikan dengan program-program luar kurikulum atau program komuniti. RM747 juta yang diperuntukkan kepada PLKN tahun lepas akan disalurkan kepada inisiatif terbaru ini;

* Sejumlah RM100 juta akan diperuntukkan kepada program Pilihan Anak Muda, yang melibatkan anak muda Malaysia berumur bawah 30 tahun, untuk mengimplimentasikan projek-projek dan program-program pilihan mereka melalui sistem undian; dan

* RM 50 juta akan diperuntukkan kepada sebuah dana khas untuk meningkatkan penglibatan anak muda dalam aktiviti-aktiviti berdasar kreativiti dan mewujudkan lebih banyak ruang riadah dan rekreasi khusus untuk anak muda. – Roketkini.com

Ulasan : Hudud di Malaysia

Posted: 04 Oct 2011 05:43 PM PDT

oleh : Zhuliana binti Ambok Dalek

www.zhuliana.blogspot.com

Hudud adalah merupakan hukuman yang setimpal dengan kadar jenayah hudud yang dilakukan.Hukumanya adalah wajib.Sebagaimana yang telah dilontarkan oleh para fuqaha' ia adalah hak Allah Taala.Manfaatnya bersifat umum tidak dikhususkan kepada seseorang individu.Bagi melahirkan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk kesejahteraan seluruhnya dan tidak bersifat menzalimi. Oleh itu tidak harus disekat menjalankan hukuman ini setelah sabit kesalahan dihadapan hakim sekalipun mendapat keredhaan dari yang dianiaya kerana ia adalah hak Allah.

Melihat kadar jenayah yang berlambakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan amat menggerunkan sekali. Statistik kes jenayah yang semakin meningkat tahun demi tahun. Terfikirkah kalian, adakah golongan yang bermasalah ini akan mentadbir negara? Sedarlah bahawa generasi muda yang berintelektual serta punya jati diri peribadi muslim kian terhakis dek kerana golongan generasi muda kini disibukkan dengan hal-hal keduniaan, hiburan serta gejala yang tidak berfaedah sehinggakan lalai dengan perintah Allah Taala.

Lihat sahaja statistik yang di laporkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahawa terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diperincikan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Secara tidak lansung akan memberi impak kepada negara kelak.

Hudud adalah satu tuntutan Allah yang mewajibkan ke atas setiap orang Islam. Ia bukan sahaja menjadikan lambang kemegahan dan kewibawaan serta kesejagatan syariat Allah malahan mencabar kedaulatan undang-undang nafsu manusia.Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi bin Hj. Salleh menggesa agar seluruh ahli agama dan rakyat Malaysia yang beragama Islam agar memberikan sokong tanpa berbelah bahagi kepada perlaksanaan hukum syariah hudud."Undang-undang ini datangnya dari Allah s.w.t, iaitu tuhan yang mencipta seluruh umat manusia termasuk Arab, Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi, apabila ianya datang dari Allah s.w.t maka sudah pasti dan tanpa ragu-ragu lagi ianya sesuai dengan fitrah dan keperluan manusia sehinggalah ke hari qiamat"ujar beliau.

Kembali kepada sejarah Islam, ketika mana orang-orang Yahudi di zaman Rasulullah s.a.w telah berusaha untuk melepaskan diri daripada hukum Hudud kerana tidak sesuai dengan diri mereka. Secara kebetulan Hudud yang terdapat di dalam Al-Quran sama dengan apa yang terdapat di dalam Kitab Taurat. Rasulullah s.a.w menjatuhkan hukuman dengan apa yang terdapat di dalam Kitab Taurat. Ini merupakan hujjah argumentasi serta menjadi alasan kepada para ulama' untuk menyerahkan kepada orang bukan Islam supaya menggunakan undang-undang mereka.

Allah Taala berfirman yang telah ditujukan kepada orang-orang Yahudi. "Janganlah kamu mencampur adukkan kebenaran dan kebatilan dalam keadaan kamu menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya" (Surah Al-Baqarah : 42)

Sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas.Mengapa perlu takut dengan hukum Allah Taala. Siapa kita untuk mempertikaikan undang-undang Allah. Baru-baru ini kita di sebarkan dengan pandangan Zainah Anwar yang merupakan Sister In Islam (SIS) yang dimuatkan di dalam media dengan mengatakan " No Hudud please..... we're Malaysian" (Kami tak mahu hukum Allah weh.... kami orang Malaysia).

Inilah yang dikatakan bila si Jahil dijadikan sandaran dan dibiarkan menutur kata-kata dalam kejahilan. Ketidak arifan pemimpin negara Umat Islam meletakkan hukum. Apa tindakan kalian apabila isu Hudud dipermainkan oleh golongan yang jahil tentang agamanya? Terang lagi bersuluh Iman dan keyakinan golongan yang jahil terhadap Allah Taala terlalu longgar.Golongan jahil ini lebih takutkan kehilangan harta dan kedudukan. Lebih jauh dari itu, golongan ini meletakkan matlamat dunia mengatasi segalanya. Justeru golongan ini cenderung ke arah skeptikal akan pelaksanaan undang-undang Allah Taala.

Sepertimana yang diketahui, hukum Hudud yang akan direalisasikan di Negeri Kelantan menjadi satu segmentasi model sekaligus mendidik semua orang.Daripada sandaran tersebut, Negeri Serambi Mekah telah mengadaptasikan kelangsungan Sistem Perundangan Islam. Ini membuktikan disana wujudnya pemimpin yang arif, taat kepada perintah Allah dan melaksanakan undang-undang Allah.

Semoga dengan usaha dalam merealisasikan undang-undang Islam ini akan melahirkan umat terbaik dan berkualiti tinggi yang tampil di tengah-tengah manusia dalam mengembangkan misi khalifatullah di bumi Malaysia sekaligus menuju tauhidul ummah.

Tiada ulasan: