Rabu, 5 Oktober 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Umno/BN khianati hak Pekerja - Piket serentak di lapan bandar serentak esok

Posted: 05 Oct 2011 02:36 AM PDT


Ekoran rasa prihatin terhadap hak pekerja yang dicabuli oleh pihak pemerintah melalui pindaan Akta Kerja 1955, Ngo Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan mengadakan Piket secara serentak dilapan bandar seperti berikut :

1. Berhampiran Dewan MPKJ & Stadium Kajang, Selangor
2. Seksyen 15, Shah Alam, Selangor
3. Simpang Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tengah, Pulau Pinang
4. Zon Perindustrian Sungai Siput, Perak
5. Zon Perindustrian Senawang, Negeri Sembilan
6. Zon Perindustrian Tasek, Perak
7. Depan perhentian bas, Tanjung Malim, Perak
8. Taman Tampoi Indah, Tampoi, Johor.

Kepada mereka yang ada kelapangan esok, jom pergi beri sokongan piket sebagai membantah pendirian Putrajaya mahu meneruskan bacaan kali kedua di Parlimen, yang memulakan sidang semasanya kelmarin.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mengadakan piket mereka di kawasan Parlimen kelmarin sebagai tanda bantahan kerana pindaan ini dikatakan sebagai paling buruk dan akan menggadai hak pekerja Malaysia.Baca beritanya di sini

Pendaftar melantik Hakim Mahkamah Rayuan untuk mengenepikan verdik Mahkamah Tinggi?

Posted: 04 Oct 2011 11:00 PM PDT


Selain gagal melantik hakim Mahkamah Persekutuan yang membicarakan tuntutan Menteri Besar yang sah antara, Nizar Mohd Jamaluddiin dan Zambry Abd Kadir, bekas ketua Hakim Negara Tun Zaki juga telah mengaku bahawa dia telah mengarahkan seorang pendaftar / registrar untuk menentukan hakim Mahkamah Rayuan, iaitu Datuk Ramli Ali untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Nizar Mohd Jamaluddin , Menteri Besar Perak yang sah iaitu pada 11 haribulan.

Bagaimana seorang Pendaftar Mahkamah mengambil aleh tugas Ketua Hakim Negara untuk melantik hakim Mahkamah Rayuan ? Dan yang lebih pelik lagi ialah apabila hanya dengan 'satu hakim' sahaja di Mahkamah Rayuan yang ditentukan oleh seorang Pendaftar, mampu mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ! Hebat betul Pendaftar tersebut!Siapa dalangnya yang sebenar?

Tentunya ini tidak sah! Mana boleh seorang Pendaftar menentukan Hakim untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Tetapi inilah yang ajaibnya Malaysia boleh!

Pakatan Rakyat dilaporkan akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk dibicarakan semula.

Dalam ceramahnya di Buntong malam kelmarin, Nizar menyifatkan pengakuan bekas Ketua Hakim Negara tersebut sebagai suatu maklumat yang terbaru. Beliau menyatakan, berdasarkan maklumat tersebut, Ahli Parlimen daripada Beruas, Teluk Intan dan juga Ipoh Barat dan beliau sendiri selaku Ahli Parlimen Bukit Gantang , akan membawa kes tersebut ke persidangan Dewan Rakyat bila bersidang esok ( hari ini)

Menurut Nizar, keputusan dari Ketua Hakim Negara, hanya boleh diabaikan jika sekiranya dalam ketika itu , ketua Hakim itu sakit ataupun dia berada diluar negara.Maka ketika itu, tanggungjawab untuk menentukan siapa hakim akan ditentukan oleh pihak yang lain.Selagi dia berada dalam negara, selagi dia tidak sakit, maka akta menyatakan dan preseden yang dibuat oleh Mahkamah Agong, mestilah ditentukan oleh Ketua Hakim Negara.

Lima orang hakim mahkamah persekutuan yang menentukan Zambry sebagai Menteri Besar Mahkamah yang sah , itu adalah 'tidak sah' sebenarnya kata Nizar.

Walaupun jelas terbukti, pundek punya orang cuba menafikannya!

Posted: 04 Oct 2011 05:27 PM PDT

Ketua Polis Negara menafikannya, tapi gambar diatas
menceritakan apa yang sebenarnya berlaku



Terbukni kini bahawa polis Malaysia adalah ganas dan bukan sahaja para peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 menjadi mangsa keganasan polis, malah para pesakit dan kakitangan Hospital Tung Shin turut dijadikan mangsa mereka!

Tindakan provokatif polis tanpa kenal batasan kemanusiaan ini telah menyebabkan para peserta perhimpunan aman Bersih terpaksa bertempiaran lari untuk mencari perlindungan tidak kira dimana sekali pun!

Ada yang terpaksa berlindung di tempat letak kereta awam yang terletak berhampiran dengan hospital tersebut. Ada yang terpaksa pergi ke tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama hospital itu.Mereka ini bukan bertujuan untuk berhimpun disitu tetapi lantaran terlalu terdesak untuk lari dari hambatan ganas Polis Raja Di Malaysia.

Namun, tidak ada apa-apa kerosakan fasilitas Hospital tersebut ketika mereka mencari perlindungan di hospital tersebut seperti mana laporan di sini.

Namun kerosakan yang amat jelas dan memalukan adalah keatas kewibawaan PDRM sendiri! Siasatan Kementerian Kesihatan mengesahkan polis telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan bertindak secara tidak beretika ketika hendak meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin di sini, 9 Julai lalu. Perkara itu disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri malam ini.

Walau bagaimana pun Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam cuba menegakan benang basah dengan menafikan dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital.Pundek punya orang!

Ramai yang berada di lokasi ketika kejadian tersebut berlaku berasa kecewa dan marah dengan tindakan polis yang ganas dan tidak beretika yang telah membahayakan keselamatan pesakit dan doktor.

Terdapat sekumpulan 11 doktor pula menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina. sumber sumber

Tiada ulasan: