Kerabu Bersuara ® |
- Hiburan: Lagi Artis Malaysia Berfesyen Hampir Mendedahkan Buah Dada. Artis Semakin Jahil!
- Teks ucapan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim
- Video: Belanjawan Pakatan Rakyat
- Bajet alternatif Pakatan ibarat poket kosong, kata Mahathir
- HUDUD DAN MEMAHAMI KEUTAMAAN
- RM9 juta bagi sewa pesawat PM tahun ini
- Saiful ‘benci’ Anwar, kata bekas rakan universiti
- Bajet Pakatan: Subsidi RM12b, hampir RM6b biaya kenaikan gaji
- Cincin ‘Rosmah’ sudah dipulangkan dalam beberapa hari, kata Nazri
- Termakan budi, tergadai jiwa dan raga? — Sakmongkol AK47
- Pembaharuan Najib: Hanya helah politik? – Oleh Lim Kit Siang
- Hudud: PAS memerangkap Umno/BN — Tok Ki
- Adun Johol, Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md Yusof Meninggal Dunia
- Hudud: Sejauh mana Najib beri laluan pada Kelantan
- Najib Tolak Hudud, Mana Keadilan? Bayi Dibuang Merata
- PAS BIDAS RESOLUSI HUDUD MCA
- YAB Najib. Masalah Umno Selangor Bermula Disebabkan Keangkuhan Noh Omar!
Hiburan: Lagi Artis Malaysia Berfesyen Hampir Mendedahkan Buah Dada. Artis Semakin Jahil! Posted: 04 Oct 2011 05:30 AM PDT Zina Pelacuran Buang Bayi Rogol Cabul Bunuh Manusia macam ni la yang merosakkan pemikiran masyarakat. Artis ingat mereka terlepas ke hisap dalam kubur? Bengong dan Jahil! sekian bebelan dari Pn Kerabu a.k.a pembantu admin. |
Teks ucapan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim Posted: 04 Oct 2011 05:00 AM PDT MUQADDIMAH 1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal. 2. Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru. Belanjawan yang bertemakan "Kesejahteraan Untuk Semua" ini lengkap mencerakinkan dengan terperinci unjuran pendapatan, perbelanjaan dan peruntukan untuk program-program nasional yang meniupkan roh kebajikan seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. 3. Belanjawan ini akan menjadi penanda aras dan penimbal balik kepada belajawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober ini. Saya yakin rakyat yang serba matang dan mahir menilai akan membandingkan kedua-dua dokumen dan Insya Allah menguatkan lagi iltizam rakyat menuntut perubahan di negara yang kita cintai. BAB 1: MAQASSID BELANJAWAN MENGANGKAT KEPERLUAN RAKYAT 4. Proses pembentangan dan meluluskan belanjawan setiap tahun hanya dijadikan rutin oleh Barisan Nasional hingga mengenepikan matlamat sebenar sebuah kerajaan merangka dan membentangkan belanjawan kepada rakyat. 5. Apakah wajar belanjawan hanya dilihat sebagai satu senarai gula-gula yang hendak ditawarkan kepada rakyat beberapa bulan sebelum pilihanraya umum, sedangkan bertahun-tahun sebelum itu rakyat ditindas? Di mana kewarasan sebuah kerajaan apabila fokus setiap belanjawan hanyalah kepada perkara-perkara yang penting kepada golongan kecil niagawan kaya dan kroni-kroni mereka, sedangkan kebajikan rakyat diketepikan? 6. Sebab itu Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mengambil pendekatan yang sangat berbeza. Sementara kita memberi perhatian kepada perkara-perkara makro ekonomi (baik persoalan defisit, pelaburan swasta, angka-angka pertumbuhan, keberdayasaingan ekonomi negara), kita jangan sekali-kali alpa bahawa maqassid perancangan belanjawan adalah untuk mengangkat keperluan rakyat mengatasi yang lain. 7. Makanya, prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat adalah seperti berikut: a. Membantu rakyat dalam masa terdekat untuk mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit; b. Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan defisit; c. Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan; d. Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian yang memartabatkan rakyat; dan e. Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang menjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja. 8. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK. Walaupun jumlah ini melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari kadar yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional, kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini. 9. Keseluruhan RM220 bilion ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan membaiki kerangka ekonomi negara yang kian punah di bawah Barisan Nasional dan membela rakyat dalam suasana yang semakin mendesak. 10. Defisit tahun 2011 yang diunjurkan mencecah 6% dari KDNK membayangkan kegagalan Barisan Nasional menghentikan langkauan defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut akibat ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Oleh itu, fokus untuk mengurangkan defisit kepada angka 4.4% telah menjadi satu keperluan mutakhir demi kelangsungan kewangan negara di masa akan datang. BAB 2: KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA MELALUI PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK 11. Merujuk kepada angka-angka pendapat isi rumah yang terkini, seharusnya kita menginsafi ingatan Allah SWT yang cukup jelas di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud: "Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu." 12. Realitinya di Malaysia sudah jauh menyimpang dari ketetapan ini. Walaupun ada pihak yang mendakwa satu Malaysia ini serupa, hakikatnya negara kita adalah negara yang majmuk kelas ekonominya. 13. Golongan mahakaya (super rich) membolot kekayaan negara dan dipisahkan dari golongan pesara tua dan warga emas yang dihimpit kenaikan harga walhal pencen dan pendapatan mereka semakin mengecil. Anak-anak muda yang memasuki alam pekerjaan terpaksa bertungkus lumus berkongsi rumah dan mengikat perut, sedang anak-anak golongan mahakaya ini seronok melancong dan berbeli belah beg-beg tangan mahal dan cincin permata. 14. Golongan pekerja masih memperjuangkan hak untuk dibayar upah yang bersesuaian dengan kos sara hidup kini dan masih ramai yang upahnya lebih kecil dari garis kemiskinan yang ditetapkan. 35% dari rakyat kita bekerja dalam sektor tidak formal seperti menjaja dan berniaga kecil-kecilan yang tidak mempunyai perlindungan kerja dan imbuhan sosial yang memadai. 15. Statistik-statistik rasmi dari Kerajaan sendiri jelas menunjukkan satu Malaysia yang caca merba dan tidak sekata agihan kekayaannya. 16. 40% dari rakyat Malaysia datang dari isi rumah yang pendapatannya kurang dari RM1,500 sebulan. ¾ dari golongan ini adalah Melayu/Bumiputra yang kononnya dibela oleh pemerintah. Lebih mendukacitakan, golongan 20% terkaya di dalam negara (termasuklah golongan mahakaya dan kaum kerabat mereka) membolot 50% kekayaan negara, sedang 40% golongan terbawah hanya menikmati 15% dari kekayaan negara. 17. Semua ini melambangkan kegagalan sebuah pentadbiran yang memusatkan kekayaan kepada segelintir kecil kroni dan kaum kerabat mereka, bertentangan dengan peringatan Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr tadi. 18. Kegilaan itu semakin menjadi-jadi. Terkini kita disajikan dengan berita-berita pengambilan aset-aset syarikat awam oleh entiti yang dikawal oleh beberapa kerat mahakaya dan kaum kerabat mereka, seolah-olah kekayaan sedia ada masih belum mencukupi. Jangan kita lupa bahawa senarai orang-orang terkaya di Malaysia dihiasi dengan kaum-kerabat pemerintah, baik anak-anak mantan mahupun adik kepada Perdana Menteri sedia ada. 19. Kalau anak mantan Perdana Menteri memiliki syarikat perkhidmatan petroleum yang kelima terbesar di dunia selepas penggabungan Kenchana Petroleum dan SapuraCrest yang melibatkan RM12 billion , apakah tiada anak Malaysia yang cemerlang di dalam bidang-bidang ini selain dari anak mantan Perdana Menteri? 20. Tidak cukup seorang anak mantan Perdana Menteri itu menguasai industri huluan petroleum, anaknya yang seorang lagi pula mahu menguasai industri hilirian petroleum melalui konglomerat San Miguel yang membina kekayaan hasil dari perniagaan arak . 21. Kebejatan ekonomi sebeginilah yang menyebabkan RM52 bilion saham yang diberikan kepada golongan-golongan atasan Melayu akhirnya hilang begitu sahaja. Sedang mereka bergembira dengan kekayaan mereka, rakyat di bawah merempat mencari sesuap rezeki. 22. Tatkala kadar inflasi terus kekal pada kadar sekitar 3% seperti sekarang, rakyat akan terus terbeban dengan harga barang yang menjadi jenama paling unggul Barisan Nasional. 23. Angka-angka ekonomi negara semuanya rendah-rendah belaka, kecualilah angka-angka kenaikan harga barang. Perbandingan harga barang di antara tahun 2008 dan 2011 menunjukkan bahawa harga gula telah melonjak sebanyak 66%, diikuti dengan harga 1 kilogram ayam bersih yang melonjak 37%, seterusnya harga susu bayi 1.8 kilogram mencecah kenaikan 26%, teh tarik mengalami kenaikan harga 25% dan sebungkus roti putih naik harganya sebanyak 20%. 24. Unjuran angka inflasi membayangkan sekiranya keadaan ini berterusan sehingga tahun 2015 akibat kegagalan Barisan Nasional mengawal harga barang, rakyat Malaysia akan menanggung kos barangan harian yang telah melonjak naik 50% lebih mahal dalam tahun 2015 berbanding tahun 2005, sedangkan purata kenaikan gaji dalam masa satu dekad hanyalah 2.6% . 25. Makanya, tema "Kesejahteraan Untuk Semua" adalah sangat bertepatan kerana Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat: a. Peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dikekalkan dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini. Ini dijangka akan mengelakkan sebarang kenaikan harga minyak di dalam tahun 2012. b.Tumpuan khusus akan diberikan untuk menambahbaik sistem penyampaian subsidi agar ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan tersekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu. Ini termasuklah penghapusan subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh BERNAS, monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan dan lain-lain. c. Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun. Ia dijangka akan menelan belanja RM1.7 bilion setahun tetapi difikirkan perlu untuk membantu golongan warga emas dan pencen yang kuasa beli mereka semakin terhakis akibat kenaikan harga barang. d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran suri rumah sebanyak RM1,000 dalam tahun 2012 kepada mereka yang layak, untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan suri rumah menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ini akan membabitkan peruntukan RM2 bilion. e. Bayaran tambahan (top up payment) kepada isi rumah di dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550. Ini difikirkan wajar sebagai langkah segera membantu golongan terbawah di dalam ekonomi negara. f. Pada masa yang sama, mengambil kira faktor semasa dan kenaikan harga mutakhir, bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diselaraskan kepada RM550 sebulan, dari kadar sedia ada sebanyak RM300 sebulan. BAB 3: MENGEMBALIKAN MARTABAT RAKYAT 26. Pemerintah sedia ada sering berkelakuan angkuh apabila berhadapan dengan kesusahan rakyat. Apabila harga minyak naik mendadak, Perdana Menteri meminta rakyat mengubah gaya hidup sedangkan beliau dan keluarga menghabiskan lebih banyak masa di luar negara atas pelbagai urusan . 27. Barisan Nasional juga menyalahkan segala-galanya kepada rakyat. Hutang negara yang mencecah kadar tertinggi dalam sejarah pun dek kerana rakyat, ekonomi yang tidak dapat dipulihkan pun kerana rakyat yang kononnya mahu bertongkat. Malah, pengangguran anak-anak kita sekali pun ditohmahkan kepada sikap anak-anak muda yang kononnya terlalu memilih, sedangkan ramai pula yang tidak malu melakukan kerja-kerja bawahan walaupun berijazah. 28. Hubungan rakyat dengan pemerintah sedia ada umpama khadam dengan tuan. Kalau tidak kerana puluhan ribu rakyat turun membanjiri Kuala Lumpur bersama-sama BERSIH2.0, warna kuning sekali pun hendak diharamkan; apatah lagi menerima dengan terbuka tuntutan agar reformasi pilihanraya dijalankan. 29. Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup umpama melukut di tepi gantang. Anggaran Bank Dunia meletakkan bahawa 34% daripada tenaga kerja masih dibayar di bawah kadar RM700 sebulan, bermakna satu pertiga daripada tenaga kerja Malaysia berada di bawah paras kemiskinan. 30. Persoalan gaji juga menjadi isu yang mahu dipadamkan oleh pemerintah sedia ada. Gaji yang bermaruah dan bertepatan dengan keperluan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa bukanlah keistimewaan atau kemewahan yang dituntut oleh rakyat. Ia adalah satu konsep hak asasi manusia yang diterima pakai di seluruh dunia; bahawa setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan. 31. Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi pemerintah yang memandang rendah kepada rakyat, seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah. Kuasa untuk menentukan gaji minima terus dipusatkan di tangan Menteri, justeru Akta Majlis Rundingan Gaji Kebangsaan yang dibentangkan baru-baru ini tidak lebih dari helah untuk menutup keengganan Barisan Nasional melaksanakan gaji minima. 32. Tabiat merendah-rendahkan martabat rakyat ini semakin berleluasa sehingga mengenepikan kakitangan perkhidmatan awam. Umum mengetahui bahawa pentadbiran Perdana Menteri lebih gemar menggunakan khidmat perunding luar atau mereka yang dibawa masuk dan dibayar gaji besar daripada tenaga pakar sedia ada di dalam perkhidmatan awam. Kerajaan mengeluh apabila berhadapan dengan masalah gaji perkhidmatan awam, tetapi kontrak ratusan juta kepada perunding asing diluluskan dengan sewenang-wenangnya. 33. Beberapa dasar pemerintah sekarang juga tidak membantu memperkasakan rakyat meningkatkan keupayaan ekonomi mereka. Kegagalan membina sistem latihan teknikal dan vokasional yang baik dan ketiadaan universiti-universiti berorientasikan teknikal yang menekankan kepada skim perintis dengan industri menyebabkan wujudnya jurang di antara kehendak industri dan kemahiran tenaga kerja. 34. Mengambil kira perkara-perkara ini, untuk mengembalikan martabat rakyat dan menghentikan pendekatan yang meremeh temehkan rakyat seperti yang diamalkan pemerintah sedia ada, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memperuntukkan perkara-perkara berikut: a. Gaji minima akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Pakatan Rakyat akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji yang terbukti berkesan di negara-negara lain dengan meminda semua akta sedia ada. Gaji minima sebanyak RM1,100 akan disyorkan untuk diangkat dan dikuatkuasakan; b. Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100; c. Tangga gaji kakitangan awam akan diselaraskan berikutan pengenalan gaji minima dan melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam yang lain mengikut tangga gaji masing-masing; d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga; e. Penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion; f. Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta kecenderongan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan; g. Peruntukan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal; h. Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang akan dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri; i. Pelaksanaan skim "Bina dan Jual" secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai; dan j.Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung dan konsesi yang digunapakai; bermula dengan pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu-pemandu teksi. BAB 4: MENJAMIN KELANGSUNGAN KEWANGAN NEGARA 35. Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah mencecah RM437 bilion. Jika unjuran KDNK bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5%, maka kadar keberhutangan negara telah mencecah 53% dari KDNK negara. Pada tahun 2007, kadar ini hanyalah 42% dari KDNK negara. 36. Kadar keberhutangan rakyat Malaysia juga merunsingkan. Jumlah hutang oleh isi rumah Malaysia telah mencecah RM577 bilion pada akhir 2010, iaitu 77% dari KDNK sedangkan pada tahun 1997, ia hanyalah 33% dari KDNK. Maknanya, di bawah pentadbiran Menteri-menteri Kewangan yang kebetulannya semuanya Perdana Menteri sejak tahun 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih sehingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun sahaja. 37. Keadaan diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. Defisit negara diunjurkan mencecah 6% bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2% seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh. 38. Malaysia tidak memerlukan perunding ekonomi antarabangsa yang mahal-mahal untuk memahami ancaman defisit dan hutang kepada kelangsungan kewangan dan kestabilan negara. 39. Rentetan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat secara jelas mengajar kita bahawa negara-negara yang tata kelolanya lemah, berbelanja berlebihan melalui hutang dan disalahtadbir ekonominya adalah negara-negara yang paling terkesan apabila berlaku kejutan ekonomi dunia. 40. Malangnya, apabila ini berlaku, rakyatlah yang menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban pelbagai tindakan susulan yang diambil. 41. Oleh yang demikian, tumpuan untuk mengekang defisit sewajarnya menjadi tumpuan utama agar kita berjaya menghentikan kitaran memusnahkan akibat tabiat berhutang yang diamalkan Barisan Nasional selama ini. 42. Saya juga ingin menegaskan bahawa persoalan defisit bukanlah persoalan melebarkan jaringan percukaian agar lebih ramai rakyat membayar cukai. Usaha mengekang defisit perlu ditumpukan kepada usaha mengawal perbelanjaan dan mewujudkan tata kelola kewangan terlebih dahulu; berbanding sikap Barisan Nasional yang cepat melatah untuk mengenakan cukai baru seperti Cukai Barangan dan Jualan (GST). 43. Mengambil kira keperluan untuk memulihkan asas kewangan negara dan menjamin kelangsungan kewangan negara, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut: a. Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan ini kepada kementerian-kementerian yang berkenaan dan mengurangkan kecenderongan berbelanja berlebihan oleh Perdana Menteri; b. Sasaran mengekang defisit yang drastik iaitu pada kadar 4.4% bagi tahun 2012, berbanding sasaran-sasaran yang menyimpang sebelum ini; c. Dividen dari PETRONAS diunjurkan pada kadar RM26 bilion sahaja, iaitu RM4 bilion lebih rendah dari amalan semasa Barisan Nasional walaupun keuntungan PETRONAS dijangka melonjak naik dalam tahun 2012 akibat harga minyak mentah yang tinggi. Ini bertujuan memastikan PETRONAS mempunyai sumber yang mencukupi untuk berkembang dan menjamin masa depan negara; d. Penjualan lesen import (AP) akan dibuat melalui proses lelongan yang dijangka akan menambah pendapatan negara sebanyak RM1.2 bilion; e. Pendekatan perolehan kerajaan akan dipinda untuk mengamalkan tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputra dan golongan-golongan yang memerlukan diperkenalkan bagi melatih usahawan-usahawan baru berteraskan kebolehan dan merit; f. Menyemak kembali kontrak-kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara; g. Tumpuan kepada memaksimakan pendapatan negara dengan mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara; dan h. Mengembalikan cukai-cukai eksais dan duti yang dibatalkan oleh Perdana Menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan lain-lain atas pertimbangan kategori barangan ini hanya digunakan oleh golongan mewah. Maka sewajarnya cukai yang berpatutan disumbangkan untuk memperkemaskan kewangan negara. BAB 5: MEMBINA KEANJALAN DAN DAYA SAING EKONOMI 44. Ekonomi negara perlu beralih kepada sektor bernilai tinggi untuk menambah pendapatan rakyat dan negara. Model ekonomi kos rendah yang banyak menggunapakai tenaga asing yang murah sebenarnya merompak rakyat Malaysia dari segi peluang ekonomi. Saban tahun, pekerja-pekerja asing juga menghantar puluhan bilion wang ringgit keluar dari Malaysia. 45. Niagawan-niagawan yang terlalu mempertahankan model ekonomi seperti ini sebenarnya mengambil subsidi dari rakyat Malaysia kerana keuntungan mereka adalah hasil dari menidakkan rakyat Malaysia dari peluang pekerjaan pada gaji yang munasabah. 46. Daya saing ekonomi negara juga memerlukan penglibatan lebih tinggi golongan wanita untuk merealisasikan potensi ekonomi mereka. Pakatan Rakyat mensasarkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja mencecah 55% menjelang 2015, berbanding kadar 43% sekarang. 47. Kita juga perlu merubah struktur ekonomi yang mempertahankan dan mengkayakan beberapa kerat mahakaya melalui konsesi-konsesi yang meningkatkan kos operasi dan perniagaan. Pertembungan di antara sektor swasta dan syarikat milik kerajaan juga perlu dikurangkan untuk mengembalikan kerancakan pelaburan swasta dalam ekonomi negara. 48. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mencadangkan perkara-perkara berikut: a. Menubuhkan Suruhanjaya Perjanjian Awam Negara untuk menilai kembali konsesi-konsesi yang tidak adil untuk menghentikan herotan kos operasi dan perniagaan yang ditanggung oleh rakyat dan niagawan; b. Meminda Akta Persaingan 2011 supaya turut meliputi sektor-sektor penyiaran, telekomunikasi, tenaga dan sektor bermonopoli lain untuk memecahkan monopoli; c. Sasaran pengurangan pekerja asing yang jelas menjelang 2015 mengikut sektor ekoran pengenalan gaji minima; dan d. Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita di dalam tenaga kerja; dipadankan dengan pelaburan kerajaan untuk membina pusat penjagaan kanak-kanak yang menepati piawaian. BAB 6: KESEJAHTERAAN SEKATA DAN SEADILNYA 49. Pemusatan sumber dan kawalan kewangan yang keterlaluan kepada Kerajaan Pusat menindas kerajaan-kerajaan negeri sehingga mewujudkan jurang ekonomi yang luas di antara wilayah-wilayah, terutamanya di antara Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Pantai Barat. 50. Oleh yang demikian, tumpuan yang jelas perlu diberikan untuk mempercepatkan pembangunan di wilayah-wilayah ini terutamanya pembinaan infrastruktur termasuklah jaringan lebuhraya-lebuhraya yang menghubungi seluruh Sabah dan Sarawak. 51. Konsep perkongsian sumber dan tanggungjawab kerajaan persekutuan dan negeri-negeri juga perlu dikaji semula untuk memastikan kebertanggungjawaban dan kepakaran pentadbiran dipadankan dengan sumber kewangan yang bertepatan. 52. Mengambil kira perkara-perkara ini, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memutuskan perkara-perkara berikut: a. Pindaan kepada Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap seperti sekarang kepada prinsip formula berdasarkan faktor-faktor seperti sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri; b. Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar; dan c. Peruntukan khas sebanyak RM100 juta untuk program-program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara. BAB 7: MENGUKUHKAN ARUS REFORMASI RAKYAT 53. Semua perancangan ekonomi yang dibuat hanyalah kekal menjadi diskusi akademik kecuali disertakan dengan iltizam untuk melaksanakan reformasi politik dan pentadbiran. 54. Suasana yang kondusif akan diwujudkan yang secara langsung membolehkan perubahan-perubahan ekonomi berlaku bila mana sistem pentadbiran dan dokongan adalah telus, amanah, bertanggungjawab dan berasaskan kerangka tata kelola yang baik. 55. Akhirnya, perbezaan ketara di antara Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat yang mengangkat Kesejahteraan Untuk Semua, dengan belanjawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri adalah dari segi siapa yang boleh melaksanakan reformasi-reformasi ekonomi ini dengan berkesan. 56. Sebab itu kita tidak boleh lari dari pengajaran Kitab al-Muqaddimah oleh Ibn Khaldun, yang antara lain menggambarkan kemusnahan apabila pimpinan kerajaan bergelumang dengan "salah laku, buruk akhlak, ketidakikhlasan dan tipu daya untuk mengaut kekayaan. Hati mereka memikirkan dan mencari jalan untuk menggunakan semua helah bagi tujuan itu. Akibatnya rakyat pun turut terheret dengan penipuan, perjudian, kecurian dan riba". 57. Rakyat berhak mempersoalkan keikhlasan dan komitmen Barisan Nasional untuk menjalankan reformasi – baik reformasi politik, ekonomi atau sosial kerana rekod caca merba dan tipu daya mereka yang bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan mereka bahawa rakyat mudah lupa. Sebab itu Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi kemudiannya menyebut pula akta gantian – maknanya perkara yang sama, Cuma sanggul dan cincin yang berbeza sebagai hiasan. 58. Dalam kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, rakyat juga tidak boleh alpa dengan pelbagai laporan dan bukti yang mempersoalkan ketulusan dan integriti daftar pemilih. Kalau selama ini kita percaya pelbagai helah digunakan untuk membenarkan pengundi hantu merosakkan amalan demokrasi di negara ini, pengesahan terbaru mengenai pemberian hak mengundi kepada warga negara Bangladesh mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa Suruhanjaya Pilihanraya adalah tidak telus. 59. Oleh yang demikian, seluruh rancangan ekonomi perlu dijalankan seiringan dengan proses reformasi politik dan pentadbiran. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut untuk mengukuhkan lagi arus reformasi rakyat: a. Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti; b. Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik; c. Melaksanakan serta-merta semua tuntutan BERSIH2.0; d. Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan bersabit tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawa terus kepada Parlimen; e. Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara; dan f. Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci. PENUTUP 60. Malaysia adalah sebuah negara yang dirahmati dan diberkati. Rakyatnya telah membuktikan bahawa semua cabaran yang getir boleh diatasi bersama melalui muafakat, persefahaman dan hormat-menghormati. 61. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat melihat rakyat sebagai aset pertama negara dan sewajarnya diangkat martabat rakyat untuk sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan semua. Rakyat adalah tuan punya negara ini, rakyat bukannya khadam atau pekerja yang membanting tulang menagih ehsan pemerintah atau golongan mahakaya. 62. Belanjawan 2012 ini juga memberi gambaran sebuah negara yang berbeza di bawah Pakatan Rakyat. Berbeza ekonominya, rancak proses demokrasinya dan telus pentadbirannya. 63. Saya memohon doa supaya Belanjawan 2012 ini memberi peluang untuk semua pihak memainkan peranan bersama-ama membawa Malaysia ke tempat yang lebih sejahtera, lebih aman dan lebih adil. 64. Sekian, terima kasih. |
Video: Belanjawan Pakatan Rakyat Posted: 04 Oct 2011 03:52 AM PDT |
Bajet alternatif Pakatan ibarat poket kosong, kata Mahathir Posted: 04 Oct 2011 03:48 AM PDT KUALA LUMPUR, 4 Okt — "Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." Itu merupakan jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat yang diumumkan hari ini. Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan tersebut sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat. "(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini Selasa. "Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya dipetik Bernama Online. "Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan. |
Posted: 04 Oct 2011 01:49 AM PDT oleh : Mohamed Hanipa Maidin Pengalaman Mahathir selama 17 tahun sebagai Perdana Menteri tidak boleh dipandang ringan. Isu sama ada kita setuju dengan beliau atau tidak bukan isunya di sini. Yang penting kecerdikannya menonjolkan isu hudud di saat Pakatan Rakyat berada di dalam 'good shape' suatu lontaran taktikal yang amat efektif. Mahathir amat arif perpaduan Pakatan Rakyat adalah suatu yang tidak menguntungkan Umno dan BN. Isu hudud, bagi Mahathir , adalah senjata ampuh bagi memecahkan perpaduan Pakatan sekaligus berkesan bagi memesongkan fokus utama Pakatan- meranapkan BN di dalam Pilihan raya umum yang akan datang. Bagi saya sedikit sebanyak lontaran Mahathir tersebut berjaya di satu tahap tertentu memerangkap pemimpin Pakatan khususnya di dalam Pas dan Dap. Secara jujur saya merasakan lebih elok lontaran Mahathir tentang hudud tidak disambut olen mana-mana pemimpin Pakatan. Saya lebih selesa jika isu hudud tidak dibincangkan di saat ini oleh mana-mana pemimpin Pakatan. Namun saya mungkin tidak nampak apa yang Tuan Guru Nik Aziz nampak. Saya melihat isu hudud ditimbulkan oleh Mahathir untuk memerangkap Pakatan Rakyat sekaligus melupakan 'aulawiyyat' atau fokus utama Pakatan - menjatuhkan BN . Bagi menjatuhkan BN , Pakatan tidak mempunyai ruang untuk melakukan kesilapan dan terjebak dengan permainan jahat BN. Tok Guru dengan keilmuan, kewarakan dan pengalaman lamanya dalam politik mungkin melihat dari kacamata yang lain. Saya amat hormati pandangan beliau. Namun saya percaya Tok Guru juga menghormati pandangan orang lain. Jika elok sekalipun Tok Guru menyambut lontaran Mahathir bagi saya lebih elok lagi jika lontaran dari manusia yang menentang hudud itu tidak dilayan. Di dalam seerah Rasulullah s.a.w sahabat Rasulullah Hubbab Al Mundzir r.a pernah memberikan pandangan strategiknya di dalam perang Badar tentang di mana sepatutnya tentera Islam seharusnya berpengkalan meskipun pandangan tersebut dilihat bertentangan dengan pandangan awal Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. berlapang dada menerima pandangan Hubbab kerana ia bukan menyentuh isu wahyu ( nas ) sebaliknya ianya isu taktikal semata-mata. Di atas ruh tersebut saya berpandangan melayan atau tidak melayan isu hudud yang Mahathir dan Umno lontarkan lebih berkaitan isu taktikal -tidak lebih dari itu. Pandangan saya bahawa isu hudud tidak sepatutnya dilayan oleh pemimpin Pakatan khususnya Pas sudah tentu bukan kerana saya tidak selesa dengan hukum hudud. Buat apa saya sokong dan bersama Pas jika saya tidak selesa dengan hukum hudud. Saya sendiri pernah menulis buku dan beberapa artikel di ruangan ini tentang hukum hudud . Malahan saya berani berdebat atau berdialog dengan sesiapa sahaja tentang kehebatan hudud dibandingkan dengan undang-undang manusia. Namun isu di sini bukan soal kehebatan hukum hudud. Soal penerangan tentang kehebatan hukum hudud bagi saya adalah proses yang berterusan dan tidak semestinya dilakukan di saat ini. Saat dan waktu ini aulawiyat kita adalah perkara lain. Seperkara lagi bagi saya risiko menonjolkan isu hudud secara berlebihan akan menyebabkan ada yang beranggapan bahawa seolah-olah hudud adalah Islam dan Islam adalah hudud. Sudah tentu itu bukan pendirian Pas tetapi jangan salahkan mereka yang tidak mengenali Pas mempunyai tanggapan sebegitu. Isu di sini adalah mengapa kita harus cuai dan lalai dengan aulawiyyat atau fokus kita untuk jatuhkan BN dengan bertelingkah dengan DAP soal hudud. Percayalah sebarang tikam lidah secara terbuka antara pemimpin Pakatan tidak menguntungkan sesiapa kecuali BN. Ini point yang saya ingin tekankan di sini. Bagaimanapun Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui. Percubaan Umno atau Mahathir untuk memerangkap Pas nampaknya memerangkap Umno sendiri. Isu hudud kini dilihat memecahkan Najib dan Muhyiddin. Rakan kongsi Umno , Mca juga mainkan Umno. Najib yang menyangka isu hudud akan memecahkan Pakatan dan berakhir dengan keluarnya Dap dari Pakatan memberi reaksi yang membingungkan Umno . Najib merasakan kenyataan terbukanya yang menyatakan hukum hudud tidak akan sama sekali (never ) dilaksanakan akan memerangkap Dap. Najib berharap Karpal atau Dap akan sokong pendirian liberalnya. Namun apa yang berlaku kematangan Pakatan menghidu permainan jahat Umno bukan sahaja menyaksikan Dap terus setia bersama Pakatan malahan pengundi melayu/Islam kini sedar siapa yang tidak mahu hukum hudud dilaksanakan di negara ini. Ya, Najib dan Umno adalah "musuh" hukum hudud. |
RM9 juta bagi sewa pesawat PM tahun ini Posted: 04 Oct 2011 01:09 AM PDT Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta. Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara. Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat. Nazri juga mendedahkan pesawat itu disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri. Nurul melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat yang digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan. Nazri juga memberitahu bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2011, kekerapan penggunaan pesawat adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara. Berikutan maklumat daripada pembaca, Malaysiakini melaporkan seorang pegawai perdana menteri telah mengesahkan bahawa Najib sedang bercuti pada Hari Merdeka, 31 Ogos lalu tetapi enggan mendedahkan butirannya. Bagaimanapun, tiada juga pengumuman rasmi bahawa perdana menteri sedang bercuti seperti yang lazim dilakukan oleh pejabatnya. Berita itu kemudiannya disahkan bahawa Najib memang berada di Perth bagi mendapat rawatan fisioterapi berikutan pembedahan di lututnya dan juga untuk bercuti. Ia kemudiannya menimbulkan persoalan sama ada adil atau tidak bagi seseorang perdana menteri untuk bercuti dengan menggunakan dana kerajaan dan kapalterbang milik negara. Kapalterbang Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) itu adalah dimiliki sepenuhnya oleh badan pelaburan kerajaan persekutuan Khazanah Nasional Bhd. Sebelum ini, Dewan Rakyat tahun lalu juga dimaklumkan bahawa Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membelanjakan RM21.4 juta wang rakyat bagi pelbagai lawatan di luar negara sejak 2008. |
Saiful ‘benci’ Anwar, kata bekas rakan universiti Posted: 04 Oct 2011 12:58 AM PDT Oleh Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, 4 Okt — Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menyerang kredibiliti Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan rakan dan yang juga bekas pelajar satu universiti berkata, pengadu tidak pernah menganggap Ketua Pembangkang itu sebagai idolanya atau menyokong beliau sebelum pilihan raya umum 2008. Mohd Najwan Ali, yang kini merupakan pegawai khas di pejabat penasihat ekonomi Selangor berkata, Saiful lazimnya pro-Barisan Nasional ketika berada di universiti, malah melabel Anwar sebagai seorang munafik dan tidak boleh dipercayai. "Dia (Saiful) membenci Anwar," kata Najwan. |
Bajet Pakatan: Subsidi RM12b, hampir RM6b biaya kenaikan gaji Posted: 04 Oct 2011 12:56 AM PDT KUALA LUMPUR, 4 Okt — Pakatan Rakyat mengesyorkan peningkatan peruntukan subsidi sehingga RM22 bilion dan menyediakan RM5.9 bilion lagi bagi kenaikan gaji 1.3 juta kakitangan awam -atas alasan mahu membantu mengurangkan kos sara hidup. Pembangkang peringkat persekutuan ini mengumumkan bajet alternatif 2012 hari ini. Perikatan itu berkata ia akan mengurangkan perbelanjaan awam sebanyak RM14 bilion kepada RM220 bilion, sekali gus mengurangkan defisit kepada 4.4 peratus. |
Cincin ‘Rosmah’ sudah dipulangkan dalam beberapa hari, kata Nazri Posted: 04 Oct 2011 12:54 AM PDT Oleh Melissa Chi KUALA LUMPUR, 4 Okt — Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan tiada pembelian cincin bernilai AS$24 juta oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagaimana didakwa oleh beberapa blog sebelum ini. Sebaliknya, Dewan Rakyat diberitahu bahawa ia telah dipulangkan ke premis asal dalam beberapa hari selepas ia tiba di Malaysia. Dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa cincin itu telah dikembalikan beberapa hari kemudian kepada syarikat miliknya. Ogos lalu, Perdana Menteri dalam temu bual dengan akhbar Kompas telah menafikan isterinya ada membeli cincin berlian yang nilainya berjuta-juta ringgit. Akhbar Kompas telah memohon maaf kepada Najib atas laporannya, disiarkan pada 4 Ogos lalu, tetapi misteri kekal mengapa cincin dari Jacob & Co New York dialamatkan kepada Rosmah. Persoalan timbul sama ada nama Rosmah telah digunakan dengan pengetahuan beliau ataupun sebaliknya oleh elemen-elemen jenayah. Rosmah dalam satu kenyataan pada akhir Julai lalu telah menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah. Dalam kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin muncul, Rosmah menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau menegaskan tiada masa mahu melayan perkara itu. Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan. "Tak ada apa yang saya nak cakap sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (pemblog) saja hendak cakap (tuduh)," kata beliau. Ekoran kemunculan isu itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal Julai lalu. |
Termakan budi, tergadai jiwa dan raga? — Sakmongkol AK47 Posted: 03 Oct 2011 09:00 PM PDT 3 OKT — Ada seorang pembaca blog saya menegaskan janganlah menganggap apabila orang Melayu menyokong Umno dan Barisan Nasional, mereka itu bodoh. Izinkan saya memberitahu terlebih dahulu, saya tidak berkata demikian. Yang saya sebut ialah pemimpin membodohkan orang Melayu. Ada perbezaan besar antara bodoh dan di perbodohkan. Tapi itu menjadi topic lain pula yang kita tidak akan bahas disini. Itu bukan bodoh, itu membalas budi katanya. Mereka hanya membalas budi kepada sebuah kerajaan yang telah memberi mereka banyak nikmat kehidupan. Orang berbudi kita berbahasa, demikian natijah dari pendapatnya. Saya amat bersetuju dengan pendapat pembaca ini. Kerana ini akan bermakna, orang Melayu yang menyokong kerajaan-kerajaan di negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang mesti di lihat sebagai berterima kasih juga. Mereka pun tidak bodoh tapi sekadar berterima kasih. Mereka berterima kasih kepada kerajaan-kerajaan yang telah membantu mereka dalam pelbagai cara. Bukan begitu? Mustahil apabila orang Melayu menyokong Umno mereka berterima kasih, tapi bila mereka menyokong parti lain, perbuatan tersebut tidak di kira sebagai berterima kasih? Saya berharap pembaca tersebut tidak bermaksud hanya Umno sahaja berhak menerima terima kasih dari orang Melayu. Sudah tentu pandangan seperti ini tidak boleh di terima kerana Umno tidak ada hakmilik mutlak keatas sokongan orang Melayu. Malah dalam pilihanraya 2008, Umno tidak mampu menyatakan bahawa mereka mewakili suara majorti orang Melayu. Dalam PRU itu, lebih ramai orang Melayu menyokong parti bukan Umno. Bagaimana kita mengklasifikasikan mereka? Murtad Melayu? Tidak mengenang budi? Di sebalik kenyataan yang pious ini sebetulnya terkandung cerita mengenai pertalian antara rakyat dengan kerajaan. Tersirat dalam kenyataan tersebut ialah bagaimana orang Melayu melihat peranan kerajaan dalam kehidupan mereka. Kalau di Amerika, mesejnya lebih kurang akan berbunyi — jangan soalkan apa negara kamu boleh buat kepada kamu, tanyakan apa yang kamu boleh buat untuk negara kamu. Negara dalam konteks ini, kerajaan lah. Atau gantikan negara dengan istilah kerajaan. Dari sini kita akan lihat pertalian antara manusia dengan kerajaan nya. Dari komen pembaca itu, kita dapat mengagak bahawa kerajaan di lihat sebagai penjaga dan rakyat di lihat sebagai yang di jaga. Dan itu membawa dua pengertian besar. Pertama, kerajaan adalah penjaga yang penuh dengan sifat keibuan menjaga anak anak. Kedua, tanngung jawab menentu masa depan kita diserahkan keatas bahu kerajaan. Mungkin disinilah, iaitu didalam cara orang Melayu melihat peranan dan tempat kerajaan dalam kehidupan mereka, terkandung benih-benih kemunduran. Inilah sikap "inherent weakness" yang kita mesti kikis- yakni menganggap kerajaan itu tempat kita bergantung segala nya dan tempat sumber rezeki hidup. Sikap seperti ini lah yang menyebabkan pemegang tampuk kerajaan membuli kita, angkuh dan sombong kepada rakyat kerdil. Kerajaan itu penaung dan kita yang bernaung , kerajaan itu tuan, kita hamba. Dan kepada si pengampu , konsep kerajaan seperti ini mahu mereka kekalkan. Selagi kerajaan di lihat demikian rupa, ianya memberi mereka "a sense of supremacy" dan mungkin juga khayalan "godlike". Sikap melihat kerajaan sebagai deity yang mesti di taati dan di puja, paling ketara di kalangan orang Melayu dan Umno bertanggung jawab memanjangkan sikap yang melemahkan bangsa Melayu. Selagi kita mempunyai sikap yang demikian, selagi itulah kita terus bertongkat kepada kerajaan. Orang Melayu akan jadi tamby yang tertunduk tunduk tidak ada keyakinan diri. Kita tidak boleh meneruskan ketergantungan sebegini kerana dengan melakukan demikian, memberi peluang kepada pimpinan politik yang licik mengeksploitasi ketergantungan kita itu. Berbalik kepada komen yang di berikan oleh pembaca tersebut, saya tidak menyebut nya demikian rupa — saya hanya memberitahu bahawa pemimpin Melayu memperbodohkan bangsanya sendiri supaya mempercayai mereka mempunyai banyak kelemahan. Seolah olah lemah dan tidak bermaya itu adalah kesemulajadian orang Melayu. Mereka di bodohkan dengan tahyul bahawa jalan selamat ialah melalui bergantung terus kepada kerajaan. Dan bukan nya kerajaan yang mana mana tapi suatu kerajaan yang khusus iaitu Umno. Tidakkah kenyataan seperti ini "self-serving"? Ini kenyataan yang self serving sebab kerajaan yang di maksudkan itu terdiri dari kerajaan yang di ujudkan oleh satu parti politik khusus sahaja. Tidak kah layak kerajaan dari parti bukan Umno di jadikan sumber rujukan? Selagi bangsa Melayu terus percaya kepada pembodohan ini, maka bangsa Melayu akan terus menjadi suatu bangsa yang "dependent". Kita mesti konsisten dalam gesaan kita. Jika menyokong Umno di anggap sebagai terima kasih kepada kerajaan yang memberi faedah serta kemudahan kepada mereka, prinsip yang sama mesti juga di pakai keatas kerajaan-kerajaan yang bukan Umno. Kerajaan bukan Umno di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor semua nya menabur budi kepada orang Melayu. Berdasarkan gesaaan pembaca blog yang saya rujuk, maka orang Melayu dalam negeri negeri ini mesti juga berterima kasih kepada kerajaan-kerajaan ini dan terus menyokong mereka. Hanya dengan cara demikian, kita konsisten dalam pandangan kita. Jika menyokong itu bermakna berterima kasih, ia nya mesti di gunakan dalam semua keadaan. Berterima kasih dan mendapat sokongan tidak lagi menjadi hak ekslusif Umno. Cuba kita orang Melayu fikirkan. Jika orang Melayu bersikap bergantung kepada kerajaan secara membabi buta, ianya bertentangan dengan piagam seorang manusia yang mereka. Apakah piagam seorang manusia yang merdeka? Seoarang manusia yang merdeka dan mempunyai jati diri( bukankah pemimpin Umno sentiasa berkhutbah mengenai jati diri dan yakindiri) meyakini bahawa masa depan mereka adalah tanggung jawab mereka sendiri bukan menyerahkan tanggung jawab tersebut pada kerajaan. Kerajaan bukan lah tuan kepada orang yang menghambakan diri mereka. Sebuah kerajaan hanyalah suatu wadah dan jalan, bukan nya pemberi nikmat dan keistimewaan jauh sekali sesuatu yang mesti di sembah. Manusia yang merdeka itu bertanya apakah yang mereka dapat lakukan melalui kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab bagi mencapai matlamat hidup dan yang paling penting sekali melindungi kemerdekaan mereka sebagai manusia. Ini titik tolak perjuangan orang Melayu sebenarnya. Kerajaan yang di bentuk oleh PAS, Umno, DAP atau PKR sekali pun bukanlah tuan kepada kita yang hamba. Bukan mereka sesuatu yang harus kita sembah dan takuti. Kerajaan ialah sesuatu yang kita ujudkan melalui persetujuan atau "consensus" bersama bukan sesuatu yang ujud diatas kita. Tidak ada wawasan nasional kecuali yang di kongsi bersama oleh rakyat dan matlamat kerajaan adalah matlamat yang di yakini bersama dan yang di perjuangkan bersama. "The government cannot impose something over us that we the people find disagreeable". Dan di sanalah letaknya bahaya kepada Umno. Sebab Umno masih kekal dengan mentaliti bahawa dia kerajaan yang menjadi tuan kepada orang Melayu dan bersikap dia pemberi sumber kehidupan kepada orang Melayu. Umno tiada, orang Melayu mati. Dan Umno itu Melayu , Melayu itu Umno. Mari kita analisa kenyataan yang mengandung dua bahagian ini — Melayu itu Umno dan Umno itu Melayu. Kedua bahagian kenyataan atau pernyataan tersebut tidak mencerminkan aspirasi seorang Melayu yang berjiwa merdeka. Sama seperti tanggapan orang Melayu terhadap sebuah kerajaan,demikian lah tanggapan orang Melayu kepada Umno. Umno itu tunjang kerajaan yang menjadi tuan kepada orang Melayu, Umno itu penjaga dan kita yang di jaga. Orang Melayu memuliakan Umno sebagai sesuatu yang mesti di taati malahan di sembah dan apa orang Melayu boleh buat ialah mengharapkan pemberian dari Umno. Oleh sebab kepercayaan ini, nilai pemimpin Umno bersifat sombong, angkuh, membuli dan memandang rendah kepada rakyat. Nilai silai ini di perlihatkan dalam gaya hidup seharian majority pemimpin Umno. Inilah yang membawa kecundang kepada Umno dalam pilihanraya yang akan datang. Bagaimana keadaan begini dapat kekal untuk masa yang lama? Ianya kekal kerana tahap kejahilan dan kesedaran social dan politik orang Melayu relative masih rendah. Dimana tahap kejahilan berkurang, dan kesedaran politik dan social meningkat, pengaruh Umno menurun. Nampaknya Umno hanya mampu ujud dan survive selagi sebahagian besar masyarakat Melayu khususnya kekal dalam kejahilan. Kita boleh lihat di hadapan mata kita sendiri bagaimana kekuatan Umno menjadi lemah apabila kesedaran rakyat khususnya orang Melayu meningkat. Dalam kawasan bandar di mana kejahilan orang Melayu berkurangan sama ada melalui tahap pendidikan yang di capai atau melalui interaksi sosial yang rancak, sokongan dan keyakinan kepada Umno merosot. Hari ini orang Melayu tidak perlu berhijrah ke bandar secara fisikal kerana penghijarahan itu kini sampai kepada orang Melayu. Orang Melayu membaca serta menonton TV satelit dan melayari internet serta anak anak mereka menyedarkan mereka — semua ini sedikit demi sedikit mengurangkan kejahilan orang Melayu. Apakah kesan terbesar daripada pengurangan kejahilan ini? Kesan terbesar ialah memecah kekangan minda di kalangan orang Melayu. Namun bila ini terjadi, ianya tidak semesti menjadi berita baik kepada parti politik lain. Mereka pun mesti "adjust" kepada keadaan dimana kesadaran rakyat mengenai hak-hak mereka dan kejahilan di pecahkan. Mana mana kerajaan yang di kuasai oleh parti politik yang bukan Umno berdepan dengan bahaya yang serupa jika "underestimate" kemahuan rakyat. Sekarang, izinkan saya deal dengan penegasan menyokong Umno itu ialah menyatakan terima kasih. Jika menyokong Umno bererti menyatakan terima kasih, maka dalam PRU 2008, lebih besar jumlah orang Melayu tidak berbahasa. Kerana dalam PRU 12 itu, daripada 5.7 juta pengundi Melayu, hanya dua juta Melayu mengundi calon-calon Umno. Berdasarkan kriteria yang di gunakan, adakah ini bererti 3.7 juta Melayu tidak tahu beterima kasih sebab mereka tidak menyokong calon Umno? Lebih dasyat, jika menyokong Umno itu berterima kasih dan bukan bodoh, boleh atau tidak kita menyatakan 3.7 juta Melayu yang tidak menyokong Umno dan tidak tahu berterima kasih itu bodoh belaka? Ada beberapa perkara yang saya dapati objectionable dengan pertuduhan ini. Pertama, adakah berterima kasih itu bersifat umum atau hanya khusus kepada Umno? Ia nya hanya di anggap berterima kasih dan berbahasa jika di beri kepada Umno dan tidak jika di beri pada parti politik lain? Jika hanya kepada Umno, maka prinsip berterima kasih itu bersifat politik dan particular dan tidak boleh di pakai sebagai prinsip yang universal. Ertinya, pembaca berkata, ianya terima kasih jika di beri kepada pihak tertentu, bukan terima kasih jika di beri kepada pihak lain. Kita jangan terperangkap dalam hujjah demikian. Tidak ada orang yang menganggap orang Melayu bodoh kerana menyokong Umno atau BN. (1) Berterima kasih bukan erti nya bodoh dan tidak menyokong Umno atau kerajaan tidak bererti tidak tahu berterima kasih atau tidak berbahasa. Jadi, teruskan membuat pilihan yang bebas kerana jika tidak menyokong tidak bererti kamu bodoh atau tidak berbahasa. (2) Berterima kasih bukanlah perbuatan yang tidak bersyarat dan (3) berterima kasih dari segi pengucapan dan tidak boleh sama dengan beterima kasih dari segi perbuatan. Yang di katakan berterima kasih dari segi perbuatan ialah menyokong pihak yang terlah berbudi. Berterima kasih jenis ini memerlukan syarat. "It's a qualified gratitude". Untuk apa kita berterima kasih? Mangsa kecurian mesti berterima kasih kepada pencuri? Rakyat yang di tindas mesti berterima kasih kepada kerajaan yang korap dan zalim? Ini ertinya, perbuatan terima kasih itu mesti di padankan dalam konteks. Adakah kita berterima kasih keada kerajaan yang zalim? Jika kita bersikap demikian, maka mustahil berlaku nya pemberontakan di Egypt,Tunsia dan sekarang ini Libya. Kesemua kerajaan tersebut telah menabur budi yang banyak kepada rakyat. Jika rakyat memberontak adakah itu bermakna mereka tidak berterima kasih? Contoh yang kita berikan diatas menunjukkan bahawa perbuatan berterima kasih mesti di padankan dengan konteks. Terima kasih yang kita beri terutama dalam konteks politik, mesti lah terima kasih yang bersyarat. Adakah prinsip berterima kasih itu tetap di pakai untuk semua kerajaan atau hanya untuk kerajaan Umno? Jika ianya prinsip yang bersifat kekal dan konsisten, maka ianya di pakai dalam semua kes tanpa pengecualian. Oleh yang demikian, berdasarkan prinsip tersebut, rakyat harus juga berterima kasih kepada kerajaan PAS di Kelantan dan Kedah, kerajaan DAP di Pulau Pinang dan kerajaan PKR di Selangor. Kerajaan dalam negeri-negeri ini telah juga berbakti kepada rakyat dalam negeri masing? "Will the same principle than be applied in all cases without exception?" Atau terima kasih itu hanya di kuhussukan untuk kerajaan Umno dan BN sahaja? Jelas lah terima kasih kepada kerajaan bukan nya mutlak dan semudah pengucapan terima kasih dalam interaksi sosial. Terima kasih kita kepada kerajaan mestilah dan pada setiap masa, terima kasih yang "qualified". "It's always a qualified gratitude" bukan "gratitude" secara sembrono dan membabi buta. — sakmongkol.blogspot.com * Sakmongkol AK47 adalah nama pena Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. Beliau merupakan bekas Adun Pulau Manis (2004-2008). |
Pembaharuan Najib: Hanya helah politik? – Oleh Lim Kit Siang Posted: 03 Oct 2011 08:33 PM PDT 4 OKTOBER – Saya mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen tetapi masih mempunyai keraguan. Sejak tahun 1970-an, DAP telah menyeru supaya sistem pilihan raya mestilah bebas, adil dan bersih. Selama empat dekad DAP mengemukakan cadangan pembaharuan termasuklah: * Senarai pengundi yang bersih, jujur dan komprehensif di mana satu sistem pendaftar pengundi automatik dilaksanakan dan setiap rakyat yang mencapai umur mengundi akan disenaraikan, berserta dengan proses pembersihan senarai pengundi dan menghapuskan semua pengundi hantu dan tidak sah; * Penurunan umur pengundi sah dari 21 kepada 18 tahun; * Kempen pilihan raya yang adil supaya pengundi diberikan masa yang cukup untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan bagi mereka membuat keputusan yang sewajarnya dalam memilih parti dan calon yang disokongnya; * Menghapuskan segala kesalahan dan amalan pilihan raya yang korup, seperti politik wang di mana undi dijual-beli; * Menghapuskan penyelewengan undi pos; * Memperkenalkan konsep kerajaan caretaker untuk melaksanakan tugas pentadbiran harian sepanjang tempoh selepas parlimen dibubarkan hingga ke hari pengundian di mana Perdana Menteri dan Jemaah Menteri dilarang dari menyalahgunakan kuasa, sumber atau dana jawatan rasmi mereka untuk sebarang tujuan kempen pilihan raya dan menghadapi risiko kehilangan kelayakan bertanding sekiranya mereka melanggari peraturan begini – seperti mana yang berlaku kepada Perdana Menteri India, Indira Gandhi dalam tahun 1975 di mana pemilihannya ke Parlimen didapati tidak sah kerana melakukan salah laku pilihanraya dengan menggunakan sumber-sumber kerajaan termasuk helikopter kerajaan dalam kempen beliau; * Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas, berwibawa dan profesional untuk melaksanakan tugas Perlembagaan mengendalikan pilihan raya yang bebas dan adil, dan bukannya satu badan yang mendakwa bahawa ianya bertanggungjawab mengendalikan proses pilihan raya tetapi tidak berkuasa untuk memastikan pilihan raya itu bersih, adil dan bebas; * Akses yang bebas dan adil kepada media; * Pembahagian kawasan pilihan raya yang adil dan demokratik supaya prinsip "satu orang, satu undi, satu nilai" dipertahankan Seruan DAP selama empat dekad ini tidak dihiraukan oleh UMNO dan Barisan Nasional kerana mereka berjaya meneruskan kuasa pemerintahan mereka berpandukan sistem pilihan raya yang tidak demokratik, tidak adil malah penuh dengan praktik-praktik korup. Sungguh pun Datuk Seri Najib Razak kini nampaknya menunjukkan semangat pembaharuan politik dan demokratik, rakyat berhak bertanya sama ada Perdana Menteri benar-benar berhasrat murni dengan tiba-tiba bertukar menyokong usaha pembaharuan pilihan raya ini. Menekan dan menindas Bersih 2.0 Ini berikutan dengan tindakan kerajaan yang menindas dan tidak demokratik dalam menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas yang menuntut supaya pilihan raya adil dan bebas diadakan di negara ini. Sebelum perhimpunan aman Bersih 2.0 1. Kerajaan Najib secara sewenang-wenangnya mengumumkan bahawa Bersih 2.0 menyalahi undang-undang. 2. Mengharamkan kemeja-T Bersih dan sebarang benda yang berkaitan, termasuk kemeja-T berwarna kuning serta melakukan penahana yang sembarangan. 3. Pihak berkuasa mungkir janji setelah satu kompromi dicapai untuk perhimpunan diadakan di dalam stadium dan bukannya secara perarakan sungguh pun cadangan ini diterima baik oleh Bersih 2.0. 4. Sekatan jalan oleh pihak polis mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di semua jalan masuk dan keluar Kuala Lumpur, jalan-jalan di beberapa kawasan di kota raya ditutup sama sekali, menyebabkan rakyat tidak sempat mengambil bahagian. 5. Ugutan yang berbentuk liar dan ekstrem bahawa demonstrasi anti-Bersih dan huru-hara perkauman termasuk ugutan akan berlakunya "satu lagi peristiwa 13 Mei" 6. Menyalahgunakan proses mahkamah menerusi injunksi satu pihak, mengharamkan para pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat dari masuk ke kawasan-kawasan utama di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011. 7. Kempen maki hamun yang tidak berasas untuk memburuk-burukkan para pemimpin Bersih, khasnya pengerusi Bersih S. Ambiga, yang bertujuan mencetuskan kebencian dan ketegangan agama dan kaum. 8. Percubaan setiap hari menerusi kempen benci-membenci dan pembohongan oleh media kawalan BN – bercetak dan elektronik – khasnya Utusan Malaysia. 9. Salah guna kuasa yang serius dengan menahan Ahli Parlimen PSM Dr Michael Jeyakumar dan lain-lain aktivis PSM, mula-mulanya atas dakwaan yang tak masuk akal kononnya mereka hendak "melancarkan perang terhadap Agong" dan "menghidupkan kembali komunisme" dan kemudiannya pula menahan mereka di bawah Ordinan Darurat (EO) tanpa perbicaraan. 10. Keengganan/kegagalan SPR untuk respon terhadap lapan tuntutan Bersih 2.0 demi pilihan raya yang bebas, adil dan bersih. Semasa perhimpunan aman Bersih 2.0 1. Tindakan keras polis yang melakukan penahanan beramai-ramai dan kes-kes individu di mana polis melakukan keganasan dan kekejaman. 2. Peristiwa kematian peserta Bersih 2.0 Baharuddin Ahmad. 3. Penggunaan gas pemedih mata secara sembarangan dan cuai tanpa memberikan notis ke dalam terowong KL Sentral – satu kawasan yang tertutup – tidak menghiraukan keselamatan para pemimpin Bersih dan Pakatan Rakyat serta orang ramai. 4. Penembakan gas pemedih mata serta pemancutan air bercampur bahan kimia yang sembarangan dan menyalahi undang-undang ke dalam kawasan hospital Tung Shin. Selepas perhimpunan aman Bersih 2.0 1. Ucapan Najib yang garang di depan 6,000 pemimpin UMNO sehari selepas Bersih 2.0 yang memburuk-burukkan hak rakyat untuk berkumpul secara aman. 2. Kredibiliti UMNO dan polis yang terus menjunam kerana mempertikaikan jumlah 50,000 orang telah berkumpul menyokong perhimpunan Bersih 2.0, di mana Ketua Polis Negara mendakwa hanya 6,000 orang yang hadir manakala Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein pula berkata 10,000 orang, dan Najib pula berkata di London hanya15,000 orang yang hadir di perhimpunan tersebut. 3. Menolak tanggungawab salah urus perhimpunan Bersih 2.0, khasnya menafikan bahawa polis bertindak kejam dan ganas dan melontar gas pemedih mata dan serangan pemancut air di Hospital Tung Shin (oleh Menteri Kesihatan Datuk Liow Tong Lai) serta terowong KL Sentral sungguh pun terdapat bertimbun-timbun bukti sama ada dalam bentuk saksi atau rekod video. 4. Amaran oleh Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek bahawa Bank Negara boleh membekukan harta para pemimpin Bersih. 5. Penapisan artikel The Economist "Taken to the cleaners – an overzealous government response to an opposition rally" untuk menutup peristiwa sebenar perhimpunan Bersih 2.0. 6. Kempen fitnah dan dusta media kawalan BN yang mereka-reka cerita "hantu" dan "musuh" sehinggakan Jabatan Perdana Menteri terpaksa mengeluarkan suatu kenyataan – yang jarang dilakukannya – yang hanya ditujukan kepada media asing untuk menjauhkan diri dari dakwaan Utusan bahawa Bersih mempunyai hubungan dengan Yahudi yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN – yang turut menggambarkan kegagalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO untuk melakukan sekatan dan kawalan ke atas Utusan, iaitu suratkhabar rasmi UMNO. Bagaimanakah sebuah kerajaan boleh melakukan begitu banyak "kesilapan" sebelum, semasa dan selepas perhimpunan aman Bersih 2.0? Hasilnya, lawatan rasmi Perdana Menteri ke United Kingdom, Vatican dan Perancis menjadi malapetaka kerana Najib sentiasa diburu oleh media antarabangsa untuk ditanya soalan mengenai salah urus kerajaan BN dalam isu perhimpunan aman Bersih 2.0 ini. Adakah Perdana Menteri akhirnya terjaga dari tidur oleh hakikat bahawa beliau telah salah urus perhimpunan Bersih 2.0 yang menyebabkannya kehilangan sokongan rakyat Malaysia pada keseluruhannya? Apakah Najib berani melaksanakan janji? DAP, Pakatan Rakyat, masyarakat madani dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya kini mempunyai sebab yang amat munasabah untuk meragui keikhlasan dan tujuan sebenar cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen kerajaan ini – sama ada ianya suatu pertukaran hati yang sebenar, atau pun ia hanya sekadar helah politik. Bolehkah Perdana Menteri memberi jaminan-jaminan berikut: 1. Parlimen tidak akan dibubarkan dan pilihan raya umum tidak akan diadakan sehingga cadangan-cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen serta sistem pilihan raya yang menjamin pilihan raya bersih, bebas dan adil dapat dilaksanakan. 2. Lapan tuntutan pilihan raya yang bebas dan adil oleh Bersih 2.0 dimasukkan ke dalam terma rujukan Jawatankuasa Pilihan Parlimen. 3. Menarik balik pengharaman yang dikenakan ke atas Bersih 2.0 dan melakukan rundingan menyeluruh dengan semua pihak berkenaan dan masyarakat madani dalam proses pertimbangan dan membuat keputusan Jawatankuasa Pilihan Parlimen. 4. Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen tidak boleh menjadi alasan kepada SPR untuk tidak melakukan pembaharuan pilihan raya dengan segera yang tidak perlu menunggu keputusan Jawatankuasa Pilihan Parlimen; misalnya membersihkan senarai pengundi, menghapuskan salah laku pilihan raya dan memastikan setiap rakyat yang cukup umur dapat membuang undi mereka dalam pilihan raya nanti. Sokong jika jujur, tolak jika helah politik DAP, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya ingin melihat Jawatankuasa Pilihan Parlimen ini berjaya membawa pembaharuan pilihan raya supaya sistem pilihan raya negara kita benar-benar bebas, adil dan bersih. Kami berjanji akan memberikan segala sokongan kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk menjayakannya dan bukannya gagal seperti dua Jawatankuasa Pilihan yang lepas – mengenai Integriti Negara dan Perpaduan Negara – yang tidak dapat mengemukakan laporan muktamad mereka sebelum Parlimen dibubarkan. Pada hakikatnya, dalam kes Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Integriti Negara, Menteri yang mempengerusikannya, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri masa itu, Tan Sri Bernard Dompok, terpaksa meletak jawatan. Menteri telah kecewa dengan segala rintangan, bantahan, malah pemulauan jabatan-jabatan kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan kanan semasa cuba mendapatkan maklumat dari mereka, khasnya apabila menyentuh perihal Projek Mahathir yang didakwa bertanggungjawab menghalalkan pendatang tanpa izin secara besar-besaran dan memberikan kuasa mengundi kepada mereka ini di Sabah menerusi pengeluarkan dokumen-dokumen kerakyatan yang palsu! Bolehkah Perdana Menteri member jaminan bahawa tidak akan berlaku sebarang rintangan, bantahan atau pemulauan dari pihak jabatan atau pegawai kerajaan kali ini dan Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Pembaharuan Pilihan Raya ini akan mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak kerajaan, termasuklah sekiranya ia menyiasat mengenai Projek Mahathir? Kita tidak akan menyokong sekiranya Jawatankuasa Pilihan Parlimen ini bertukar menjadi satu helah politik yang hanya memberikan markah politik tambahan kepada Perdana Menteri dan BN tanpa sebarang hasrat untuk melaksanakan pembaharuan yang benar-benar membawa kepada sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih dalam pilihan raya umum yang akan datang. Sebagai kesimpulan, saya menyeru supaya Perdana Menteri menunaikan janji-janjinya baru-baru ini yang kononnya hendak menjadikan Malaysia "the best democracy in the world". Najib juga mesti menarik balik perisytiharannya di Perhimpunan Agung UMNO tahun lepas untuk mengekalkan kuasa UMNO, iaitu "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa", iaitu beliau, UMNO dan BN akan menerima keputusan rakyat, termasuk keputusan untuk bertukar kerajaan di Putrajaya, dalam pilihan raya umum yang akan datang. – Roketkini.com |
Hudud: PAS memerangkap Umno/BN — Tok Ki Posted: 03 Oct 2011 07:00 PM PDT 4 OKT — Isu hudud Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan tentangan Karpal Singh daripada DAP adalah sandiwara politik yang cuba mengalihkan isu Mat Sabu yang banyak menjejas pengaruh pakatan pembangkang di mata awam. Dalam masa sama, mereka ingin memerangkap Umno/BN supaya terjebak di Parlimen Oktober ini sekiranya terdapat usul tergempar mengenai pindaan Perlembagaan yang membolehkan hudud dilaksanakan. Dan yang lebih utama membuat justifikasi bahawa pengenalan Negara Berkebajikan adalah suatu muslihat melunakkan perjuangan negara Islam oleh ulama PAS dan menampilkan pengaruh kumpulan Edorgan atau Anwarinas dan Anwar Ibrahim tentang perlunya PAS terikat kepada dasar Buku Jingga. Dasar Buku Jingga tidak menyebut mengenai negara Islam apa lagi pelaksanaan hudud. Oleh itu PAS mempunyai hujah sewaktu kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti bukanlah PAS tidak mahu hudud tetapi dihalang oleh Perlembagaan Persekutuan dan tidak disokong oleh Umno/BN. PAS akan menyatakan dengan lantang nanti bahawa Umno menolak hudud. Tapi kalau dibawa ke Parlimen pun mahukah DAP menyokongnya? Mana mungkin hudud menjadi agenda PAS kerana dalam muafakat yang lebih besar di kalangan kepimpinan pakatan pembangkang, Dasar Buku Jingga tidak memasukkan perjuangan hudud baik di Kelantan dan negeri-negeri yang dikatakan bakal dikuasai oleh PAS dan pakatan pembangkang nanti. Intipati perjuangan Buku Jingga secara jelas tidak memperjuangkan Negara Islam apalagi hudud. Isu ini secara jelas dipolitikkan oleh PAS untuk memenangi pengaruh paling tidak di Kelantan. Biasanya isu syurga-neraka, jahiliah-kafir dan hudud adalah senjata yang ampuh dalam politik akar umbi di Kelantan. Ternyata sekian lama ia amat berkesan untuk menambat hati orang Kelantan. Umno yang dilihat sebagai kafir, taghut, jahiliah menjadi isu yang tidak pernah hilang dalam politik Kelantan. Dengan Negara Kebajikan dan dasar Buku Jingga orang boleh persoalkan tentang Negara Islam dan hukuman hudud. Ia tidak tercatat langsung dalam dasar itu. Dengan menimbulkan isu hudud cara PAS di Kelantan sekarang dan ditolak oleh Parlimen dan Umno/BN ia diharap menjadi modal utama kempen nantinya. Mengapa dikatakan isu hudud ala PAS itu dipolitikkan. Umum mengetahui bahawa ulama dalam PAS mahukan hudud. Kenyataan Nik Aziz, Ketua Dewan Ulama, Harun Taib, Ketua Pemuda Nasrudin Hasan, Tuan Ibrahim Tuan Man adalah menyokong hudud sepenuhnya. Dalam masa sama, Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub, mengambil pendekatan lunak. Apakah ini suara daripada kumpulan Anwarinas yang tidak sekata dengan suara ulama. Ini membolehkan Anwar Ibrahim dalam kemelut yang berbangkit meyakinkan Karpal Singh dan DAP bahawa jika isu hudud dibawa ke Parlimen sekalipun, ia tidak akan diterima dan hasrat Karpal Singh untuk melihat hudud tidak dilaksanakan akan terjadi. Ini yang menyebabkan Karpal Singh tidak membantah dalam mesyuarat tersebut. Abdul Hadi Awang suatu ketika dulu juara Negara Islam dan hudud nampaknya semacam tidak lagi menjadi jurucakap ulama yang mahukan negara Islam dan menerima Dasar Buku Jingga yang tidak memasukkan perjuangan negara Islam sebaliknya dalam Muktamar yang lalu mengemukakan konsep Negara Berkebajikan dan membuat hujah bahawa konsep Negara Islam tidak ada dalam al-Quran. Ada orang mengatakan bahawa pengaruh ulama hanya tinggal 30 peratus dalam PAS. Kehadiran Hassan Ali menjadikannya serba tidak kena dan ketidakhadiran Ustaz Nasaruddin Mohd. Isa dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PAS menimbulkan persoalan. Yang jelas pengaruh Anwarinas semakin kuat. Dan apakah pengaruh ulama dalam PAS bakal terpinggir. Kalau begitu slogan "Membangun Bersama Ulama'" dan "Kami sokong Hudud "dalam perjuangan PAS bakal hilang kerana suara ulama yang inginkan Negara Islam dan hudud bakal tenggelam. Kerajaan istiqamah dalam memperkasakan peraturan syariah dalam sistem perundangan syariah di Malaysia. Walaupun fokusnya banyak kepada Undang-undang Keluarga Islam dan muamalah/ekonomi tetapi ia suatu permulaan yang baik untuk memperkenalkan institusi berasaskan syariah dalam sistem perundangan, kewangan dan ekonomi negara. Pengenalan sukuk (bon Islam) di tahap dunia, industri halal secara besar-besaran, memperkukuhkan bahagian syariah dan sistem latihan kewangan di Bank Negara adalah antara contoh bahawa usaha mengembalikan sistem ke arah yang berdasarkan syariah sedang berlaku. Bank Rakyat umpamanya adalah contoh bank Islam yang berkembang dan disertai ramai kalangan bukan Islam kerana keuntungan dan kestabilannya. Tidakkah itu memberi gambaran bahawa maqasid syariah dalam ilmu, pendidikan, pentadbiran, muamalah, ekonomi dan sosial sedang berjalan sekian lama di Malaysia. Penubuhan Universiti Islam Malaysia (DiRaja) yang bakal berlangsung, Kolej Universiti Al Quran Malaysia yang sedang di teroka bakal mengukuhkan lagi UIAM, USIM dan lain-lain institusi pengajian tinggi Islam berstatus negeri. Penghantaran pelajar-pelajar berpotensi ke seluruh dunia (termasuk anak-anak pembangkang) dan menyediakan tempat belajarnya dalam negara adalah dilakukan oleh kerajaan dan dianjurkan oleh Islam. Membangunkan masyarakat baru di Felda dan Felcra, membangun Dasar Pertanian Negara dan Nelayan, membantu kelompok miskin dengan bantuan dan perumahan, membantu usahawan yang berpotensi dan memperkukuhkan latihan keusahawanan untuk generasi muda adalah dasar-dasar yang tidak bercanggah dengan Islam. Banyak lagi kalau ingin disebut di sini yang menjadi pendekatan kerajaan dan Umno yang sebahagian besarnya dimanfaatkan oleh ahli-ahli dan anak-anak ahli pembangkang. Apakah mereka rasa bersyukur dengan apa yang mereka terima dan membantu mengukuhkan lagi dasar-dasar Islam yang sedia terdapat. Apa maksud Negara Islam PAS dan sekarang pula Negara Berkebajikannya. Apakah yang disebutkan sebahagiannya yang dilakukan oleh Umno dan kerajaan tidak Islamik dan memberi fokus kepada kebajikan rakyat. Tidaklah salah gerakan PAS cuba mengukuh asas-asas rohaniah tetapi tuntutan sebenar yang harus PAS lakukan ialah membangun model alternatif untuk membangun sistem yang Islamik. Apakah di Kelantan sejak puluhan tahun PAS memerintah masalah sosial sudah dapat diatasi. Apakah masalah air bersih sudah dapat dibekalkan. Apakah kegiatan-kegiatan ekonomi yang Islami sudah berkembang dan menjadi model yang boleh dicontohi dan diikuti oleh negeri-negeri lain di Malaysia. Apakah Kelantan mempunyai program induk menyekat penghijrahan ramai warganya ke Lembah Klang dan tempat-tempat lain sedangkan orang Kelantan mempunyai potensi berniaga dan boleh digerakkan ke arah produktiviti yang tinggi. Apakah kadar kemiskinan dan pengangguran di Kelantan sudah dapat di atasi. Apakah sudah ada dasar budaya, seni dan sukan yang Islami di Kelantan. Inilah antara isu-isu pokok sebagai prasyarat untuk mewujudkan negara Islam apalagi pelaksanaan hudud yang menjadi perintah Allah. Perlu ada iklim pembangunan dan perubahan yang kondusif supaya apabila dilaksanakan hudud ia menjadi pengukuh kepada sebuah sistem yang Islami. — Utusan Online |
Adun Johol, Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md Yusof Meninggal Dunia Posted: 03 Oct 2011 05:39 PM PDT ADUN Johol, Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md Yusof meninggal dunia 4 pagi tadi dipercayai akibat komplikasi paru-paru. Salam takziah dari kami di team kerabu bersuara. |
Hudud: Sejauh mana Najib beri laluan pada Kelantan Posted: 03 Oct 2011 05:38 PM PDT Muhammad Yusri Amin KOTA BHARU, 4 Okt: Dalam konteks pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, kerajaan negeri ingin melihat sejauh mana kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam memberi laluan kepada Kelantan. "Itu kita nak tengoklah. Jadi kalau kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib itu boleh memberi laluan kepada kita maka tidak ada masalah, dan boleh buat di Kelantan," kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Van Dakwah Bergerak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) di perkarangan Surau Al-Hikmah, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang dekat sini petang semalam. Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Mohamad Mustafa. Hadir sama Timbalan Mufti Kelantan Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhammad, Pengarah JAHEIK, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan para pegawainya. Mohd Amar mengajak masyarakat supaya melihat isu pelaksanaan hukum hudud itu dengan skop yang meluas terutama apabila Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 telah diluluskan Kelantan. "Kita di Kelantan, kita telah luluskan, cuma tunggu masa pelaksanaan. Sebelum ini kita terhenti kerana amaran daripada Dr Mahathir pada waktu itu," katanya. Beliau tidak menolak dakwaan bahawa persepsi ditimbulkan masyarakat terhadap kedudukan yang ada itu adalah suatu 'kelompongan' dalam perundangan negara. "Kalau kita nak menyalahkan Kerajaan Persekutuan, memanglah. Ini kerana (mereka yang masih terkeliru tentang hukum Hudud). "Kita telah merdeka begitu lama, sudah 54 tahun, dan ini pada pandangan saya kesilapan kerajaan yang ada. "Dia suka 'escape', lari…lari….tidak to face the real isu. Bagi kita parti Islam, kita tidak boleh lari, dan itulah cita-cita kita. Sesungguhnya kewujudan PAS ini kerana nak melaksanakan Islam," tegas Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan. Menurutnya, hasrat itu adalah selaras dengan matlamat PAS ditubuhkan sejak 21 tahun lalu. Justeru, kata Mohd Amar, peluang perlu diberikan kepada PAS Kelantan untuk mempraktikkan undang-undang Islam itu. "Hasrat PAS Kelantan melaksanakan hukum Hudud tidak berubah, dan tidak memaksa masyarakat menerimanya," katanya. |
Najib Tolak Hudud, Mana Keadilan? Bayi Dibuang Merata Posted: 03 Oct 2011 05:11 PM PDT Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam. Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu. Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap. Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan. Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati itu, polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun yang tinggal di flat tersebut. Menurut beliau, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelakinya. "Suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya pada pukul 4 pagi ini (semalam). "Suspek mendakwa ketika dilahirkan, bayi terbabit sudah tidak bernyawa menyebabkan dia membuang anaknya itu ke dalam longkang," katanya ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo |
Posted: 03 Oct 2011 04:30 PM PDT Resolusi persidangan MCA berakhir dua hari lepas ternyata mendedahkan pelbagai kelemahan yang sangat ketara khususnya dari sudut maklumat dan pengetahuan asas tentang Islam dalam Umno-Barisan Nasional. Menurut Bernama, MCA telah meluluskan satu resolusi menolak pelaksanaan hukum hudud, bukan sahaja atas sebab ia bercanggah dengan rukun asas Perlembagaan Persekutuan, malah dituduh mereka hukum hudud ini menghalang kebebasan beragama dan hak asasi individu. Kejahilan ini mencerminkan kepada rakyat betapa MCA yang menjadi komponen penting dalam BN selepas Umno, gagal menjaga perasaan umat Islam, sehingga meluluskan satu resolusi yang memalukan tentang Islam. Tidak timbul soal Islam menyekat kebebasan agama lain, atau menyekat amalan dan penghayatan agama lain. Isu hudud ini bukan isu politik, ia adalah satu isu tuntutan agama untuk umat Islam, dan diharap tiada kengkangan dan campur tangan untuk mengutuk dan menghalang umat Islam dalam menghayati keperluan wajib agama mereka. Sehubungan itu, di atas sifat saling hormat menghormati dan toleransi beragama, golongan bukan Islam boleh tidak menyokong hudud. Akan tetapi janganlah seperti MCA yang membuat tuduhan liar sedemikian rupa. Enakmen Jenayah Syariah Kelantan (1993) dan Terengganu (2003) yang telah diluluskan dalam kedua-dua Dewan Undangan Negeri harus diterima kerana ia telah melalui proses sistem demokrasi yang diperakui oleh perlembagaan negara. Kedua-dua enakmen ini hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja, manakala golongan bukan Islam dikecualikan dari perundangan syarak. PAS melihat suasana saling hormat-menghormati, memahami dan tidak mencampuri urusan agama lain perlu dikekalkan demi keharmonian negara. Rakyat Malaysia mesti memahami bahawa di sisi umat Islam melaksanakan perundangan Islam adalah sebahagian dari ajaran Islam yang mesti dilaksanakan, sebagaimana kewajipan sembahyang, puasa dan lain-lainnya. Perundangan Islam bersifat kawalan dan pencegahan agar masyarakat selamat dari anasir yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat dan negara, di samping menjamin keselamatan nyawa, harta benda, maruah manusia, akal dan agama. Ia juga merupakan tujuan utama syariah Allah diturunkan. Kerana itu, melaksanakan peraturan Islam adalah tuntutan maqasid syariah, bukan sebalik sebagaimana yang didakwa oleh sebahagian golongan yang kurang arif tentang Islam. PAS juga menyeru dengan baik agar golongan yang tidak mengerti tentang perundangan Islam dan bukan ahlinya agar tidak membuat komentar yang bertentangan dengan realiti perundangan Islam itu. Jangan kelirukan lagi benda yang suci yang diturunkan Allah ini. Lihatlah MCA, umat Islam boleh menilai sendiri kesan pemerintahan Umno terhadap nama baik Islam. PAS mengharapkan pakar perundangan dan mereka yang berautoriti dari sudut syarak tampil memberikan pandangan mereka, seperti para mufti, alim ulamak dan lainnya agar membantu masyarakat memahami sistem perundangan Islam ini. Kepada yang tidak menyokong perundangan Islam, anda boleh terus tidak menyokong. Namun ingin ditegaskan bahawa adalah amat tidak adil sekiranya anda juga menyeru umat Islam melupakan hasrat ini selama-lamanya. Dalam konteks demokrasi negara, tugas melaksanakan syariat Allah kini bergantung pada keinginan – bak kata pepatah, 'nak seribu daya, tak nak seribu alasan'. Antara PAS dan Umno, umat Islam kini boleh melihat dengan jelas siapa yang seribu daya, dan siapa yang mempunyai seribu alasan dalam melaksanakan dan menerangkan syariat Allah secara dakwah kepada semua lapisan masyarakat. Tepuk dada, tanyalah iman... |
YAB Najib. Masalah Umno Selangor Bermula Disebabkan Keangkuhan Noh Omar! Posted: 03 Oct 2011 04:30 PM PDT Surat untuk Umno Selangor Blur Apabila kita membaca mesej-mesej di twitter Datuk Seri Noh Omar, kita akan terus tersenyum dan menggeleng kepala. Baru-baru ini, seorang yang bernama Adi Marwan telah bertanya Noh Omar mengapakah permohonannya untuk pinjaman TEKUN tiada mendapat apa-apa jawapan dari pihak terlibat. Mula-mula sekali Noh Omar bertanya kepada Adi Marwan siapakah Ketua Cawangan/Bahagian Umno kawasan Adi dan seterusnya beliau bertanya sama ada Adi ada mendapatkan sokongan mereka ini semasa membuat permohonan untuk pinjaman TEKUN. Sememangnya ahli politik dari Tanjung Karang tiada pernah menghampakan pemerhati-pemerhati politik. Dari zaman beliau di "boo" oleh pelajar-pelajar di Universiti Malaya dalam tahun 1999 apabila beliau mengherdik mereka agar sentiasa berterima kasih kepada kerajaan, sehinggalah ketika beliau diasak oleh Azmin Ali mengenai dakwaan duit rakyat yang digunakan oleh ahli politik Umno yang dibelanjakan untuk majlis rumah terbuka hari raya. Portfolio Kementerian Pertanian ini adalah amat penting bagi masyarakat luar bandar, khususnya para petani, yang rata-ratanya amat memerlukan bantuan kerajaan. Di negera-negara Barat sekalipun, seperti Amerika Syarikat dan Perancis, kerajaan amat berhati-hati di dalam menyokong dan membantu para petani. Sememangnya di Malaysia, sekiranya dilihat bilangan orang Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian, adalah amat penting bahawa polisi dan perjalanan kementerian ini dijalankan secara adil. Akan tetapi, jika menterinya mengambil pendirian bahawa sokongan orang-orang Umno adalah diperlukan bagi memohon apa-apa peruntukan di bawah kementerian beliau, ini jelas merupakan penyalahgunaan kuasa. Sebarang bentuk dana yang diperolehi oleh mana-mana kementerian adalah milik rakyat, dan Umno sendiri adalah sememangnya tidak mampu untuk menyediakan dana tersebut dari tabung mereka sendiri, dan hanya orang yang tidak berakal sahaja yang akan menganggap bahawa semua rakyat Malaysia adalah orang Umno. Pihak pimpinan Umno perlu sedar akan masalah ini dan tidak boleh menghalalkan apa yang dilakukan oleh Noh Omar ini sebagai "strategi untuk membantu Umno". Kita masih ingat lagi di mana pimpinan Umno Selangor juga yang bersalah yang membenarkan Datuk Harun Idris yang memerintah Selangor dengan cara "political patronage" yang akhirnya jatuh tersungkur kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Contoh "political patronage" ini adalah hanya memberikan kontrak dan bantuan kepada ahli Umno atau dengan sokongan Umno sahaja. Secara amnya, ia mungkin adalah baik untuk Umno, tetapi jika dilihat dengan lebih mendalam, usaha sebegini rupa adalah hanya untuk menguntungkan yang terlibat sahaja agar mereka mempunyai pengikut setia yang terhutang-budi setelah mendapat habuan. Benarlah kata orang, politik jenis ini hanya inginkan kuasa dan kekayaan, dan hanya menggunakan "kepentingan Umno/Melayu" sebagai slogan atau retorik kosong semata-mata. Umno Selangor juga bersalah dalam membenarkan "Abang Z" bermaharajalela di Kelang sehingga dapat membina 'istana'. Umno Selangor dan ditolak oleh rakyat bukanlah disebabkan oleh PKR atau DAP ataupun PAS. Umno Selangor sendiri yang bermasalah. Perdana Menteri kita telah menasihati Umno Selangor baru-baru ini agar jujur dan ikhlas. Bila lagi Umno Selangor akan jujur dan ikhlas? |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan