Selasa, 4 Oktober 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SPR Gagal Laksana Pilihan Raya Dengan Baik

Posted: 04 Oct 2011 02:23 AM PDT

Oleh Hadri Abu Yaziz


KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat gagal menggalas tugas dengan baik sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati terhadap perlaksanaan pilihan raya di negara ini.

Justeru beliau mendesak kerajaan menyatakan cara untuk suruhanjaya itu melaksanakan tanggunjawab dengan lebih efektif bagi memastikan pilihan raya berlaku dengan lebih adil dan bebas.

"Yang saya mahu tekankan adalah bagaimana cara untuk mendesak SPR yang diberikan kuasa begitu besar dan telah menjalankan pilihan raya begitu lama, tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

"Ia akan jadikan isu dan dibahaskan di dalam negara dan peringkat antarabangsa. Malaysia tercemar kerana tidak dapat pilihan raya yang bebas dan bersih," kata beliau ketika mengajukan soalan ke empat kepada Perdana Menteri dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Dalam soalan bertulis beliau, Anwar membangkitkan isu ketidakupayayaan SPR untuk mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa sedia ada bagi memperbaiki sendiri kelemahan yang dibangkitan dalam tuntutan gabungan Bersih 2.0 tanpa perlu menunggu cadangan daripada Jawatankuasa Pilihan Parlimen.

Menjawab soalan tersebut, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyatakan tuntutan Bersih 2.0 bukan suatu perkara baru yang dibincangkan di parlimen malah SPR mengambil langkah berpandukan asas Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta yang diperuntukkan.

"Kerajaan telah tampil menubuhkan jawatankuasa bagi membincangkan keperluan untuk menambahbaik proses pilihan raya yang lebih adil telus dan demokratik. Ini adalah langkah untuk menyediakan ruang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati melalui wakil dilantik JPP," jawab Nazri.

Anwar kemudian bingkas menyatakan bahawa SPR gagal menguruskan hal-hal berkaitan Fasal 113 Perlembagaan Persekutuan yang tidak dapat disempurnakan dengan baik termasuk melepaskan tanggungjawab kepada parti-parti politik bersabit penyedian daftar pemilih.

"Kita terpaksa kerahkan jentera parti politik untuk mendaftar padahal ini isu asas hak asasi rakyat Malaysia. Ini gagal disempurnakan dengan baik," kata Anwar lagi.

Mesyuarat keempat penggal ketiga sidang Dewan Rakyat ke 12 bermula hari ini hingga 1 Disember 2011.

Separuh rakyat Malaysia keturunan penzina?

Posted: 04 Oct 2011 12:22 AM PDT

Mohd Nasir Awang


Agaknya tidak ramai yang membaca pendedahan fakta amat memalukan berhubung tahap kebobrokan akhlak remaja kini oleh sebuah tabloid harian pada Sabtu, 1 Oktober. Mungkin juga di kalangan yang terbaca paparan itu pula tidak lagi menganggapnya suatu yang besar atau mengejutkan. Justeru, tidak ada yang peduli jika pun isu sebegitu serius tidak diperpanjangkan perbincangannya.

Laporan dimaksudkan itu mendakwa setiap tiga daripada enam remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini mempunyai rekod hubungan seks luar nikah. Disebutkan antara faktor utama mendorong perbuatan sundal itu ialah perasaan ingin mencuba, terutama sebagai akibat langsung daripada menonton video lucah.

Namun fakta lebih mendukacitakan ialah apabila dikatakan kebanyakan remaja terbabit adalah lulusan universiti, tidak terkecuali yang memiliki PhD. Ertinya, ia bukan hanya dilakukan kalangan remaja liar dan tidak berpelajaran, tetapi turut melibatkan mereka yang memiliki pencapaian akademik agak memuaskan.

Laporan itu memetik hasil Kajian Isu Pembuangan Bayi oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada September hingga November 2010. Ia melibatkan seramai 5,016 responden yang dipilih secara rawak, terdiri daripada 2,457 orang atau 49 peratus remaja lelaki, manakala 2,559 atau 51 peratus responden adalah perempuan.

Di antara dapatan kajian itu, seramai 2,260 responden mengakui terbabit seks bebas. Manakala 1,922 daripada mereka mengetahui rakan mereka mempunyai sejarah hitam mengandung anak luar nikah.

"Berdasarkan kaji selidik itu juga, sebanyak 52 peratus (2,608) menyatakan rakan mereka melakukan seks sebelum berkahwin dan 76 peratus (3,812) lagi mempunyai rakan pernah menonton video serta memiliki bahan lucah," laporan itu memetik kata Ketua Pegawai Operasi IPPBM, Zakariah Md Sam.

Sangat membimbangkan kita apabila masyarakat seakan tidak lagi sensitif dengan fakta amat menggerunkan mengenai tahap kebobrokan akhlak remaja kini. Lontaran fakta itu tidak disambut mana-mana media.

Bahkan tabloid yang bertanggungjawab mendedahkannya pun mengambil sikap sekadar melaporkan, seolah-olah hanya untuk mengisi tiga suku mukasuratnya untuk hari itu sahaja. Sedangkan ia diletakkan di bawah kategori laporan 'EKSKLUSIF', yang pada kebiasaannya mengundang pelbagai reaksi dan ulasan.

Namun dalam kes ini tiada laporan atau tinjauan susulan dibuat tabloid itu sendiri. Tiada pihak, sama ada aktivis sosial atau warga prihatin yang disorot pandangan dan reaksi mereka. Tidak sepertimana ghairahnya media arus perdana memanjangkan isu filem dan drama tema hantu dan seram yang didakwa berunsur tahyul dan tidak mendidik masyarakat.

Media juga di masa sama masih berselera menghidupkan isu hudud. Atas sebab sangat nyata, ia bermaksud mencari keuntungan politik buat parti pemerintah dan di masa sama menjerumuskan parti-parti pembangkang ke kancah pertikaian lebih buruk.

Namun secebis fakta mengenai akhlak remaja kita itu, walau pun tidak begitu menarik minat masyarakat (atau sebenarnya sengaja tidak mahu diperpanjangkan media arus perdana?), sebenarnya turut mempunyai hubungkait dengan isu hudud yang digemariuhkan itu.

Lebih-lebih lagi jika kita melihat hukum hudud dan lain-lain cabang hukum Islam itu sebagai salah satu mekanisme dikemukakan Islam untuk menyedar dan mendidik masyarakat dalam ertikata yang lebih luas dan menyeluruh. Bukankah itu yang dapat kita fahami dari firman Allah dan sabda Junjungan s.a.w. tatkala menghuraikan fungsi dan maksud hukum-hukum syariat?

Justeru, amat kena pada masa tatkala khalayak penguasan politik sedang ghairah memperkecil dan memperlekeh usaha mendaulatkan hukum Islam, tiba-tiba fakta kesumbangan akhlak remaja tadi didedahkan.

Sebabnya, pendedahan itu juga menyeret pertikaian terhadap tahap kecemerlangan dan keberkesanan sistem pendidikan negara. Bahawa ia hanya mampu melahirkan insan yang cemerlang akademik, tetapi sangat bobrok akhlak dan jelik keperibadian mereka.

Apa tidaknya apabila kajian tadi mengesahkan 76 peratus daripada yang mengakui terlibat dengan gejala memalukan itu adalah pemegang ijazah, diploma serta PhD?

Justeru, memang tepat sergahan dilontarkan Zakariah, "... jadi bila mereka ini sudah terbabit dengan isu moral, bagaimana golongan ini mampu dijadikan teladan kepada belia lain yang memandang tinggi status mereka sebagai orang yang berpendidikan tinggi".

Kebetulan pula laporan itu diterbitkan pada hari sama Perdana Menteri membuat kenyataan mendakwa sistem pendidikan negara kita adalah yang terbaik, malah lebih baik daripada sistem diamalkan beberapa negara maju.

Sudah tentu dengan terdedahnya dapatan kajian tadi, dakwaan Dato' Seri Najib Razak itu dengan sendirinya layak dipersoalkan. Kajian IPPBM itu tidak menyokong dakwaan beliau itu. Apakah kita tergamak berbangga dan mendakwa sistem pendidikan kita terbaik sekiranya separuh produk dihasilkannya terbabit seks bebas?

Apa gunanya mereka berjaya dan cerdik tetapi tidak tahu di mana letaknya dosa-pahala? Berbanggakah kita dapat menghasilkan ramai cerdik-pandai atau anak-cucu yang sangat cemerlang akademik mereka, sedangkan di masa sama mereka amat bobrok akhlak dan tingkahlaku?

Tidak dinafikan sistem pendidikan sedia ada telah berjaya menghasilkan ramai cerdik pandai, cendikiawan pelbagai bidang dan jurusan. Kita tidak kurang peguam dan pakar undang-undang, tetapi tidak sedikit antara mereka menggunakan pengetahuan luas dalam perundangan untuk memutarbelit fakta dan menukar harta orang menjadi miliknya.

Kita berbangga memiliki ramai anak bangsa bergelar doktor, tetapi antara mereka juga ada yang aktif merosakkan generasi muda dengan sindiket penjualan ubat batuk dan seumpamanya.

Apa guna kita ada pakar sejarah, tetapi cenderung memberikan gambaran positif dan memuji kaum penjajah? Apa guna kita ada penggiat ekonomi yang dianggap berjaya dan kononnya membanggakan kaum bimputera, sedangkan hampir setiap langkah mereka menyempurnakan kerja diiringi 'duit kopi' atau 'tumbuk rusuk'?

Pernah disiarkan media sebelum ini mengenai tinjauan terhadap sikap penuntut universiti tempatan berhubung isu rasuah. Bayangkan antara mereka secara terus terang mengakui tidak ada masalah untuk melakukan perbuatan merosakkan itu sekiranya keadaan menghendaki mereka berbuat demikian.

Tinjauan juga pernah dibuat di kalangan penuntut perempuan nmengenai kemungkinan mendapat pasangan lelaki berusia. Sebahagian tidak sedikit antara mereka menyatakan tidak kisah bersuamikan orang tua, asalkan orang itu kaya dan dapat menjamin keperluan kewangan mereka.

Dua kes ini menunjukkan fokus pemikiran penuntut universiti kita sudah terarah kepada mencari dan menjamin kepentingan kebendaan. Soal moral dan nilai positif masyarakat nampaknya sudah tiada dalam perkiraan mereka.

Itu belum lagi kita sebut soal adab sopan dalam tuturkata dan perlakuan mereka, terutama di khalayak awam. Tidak ada rasa hormat terhadap orang tua, bercakap lucah dan kotor. Berkelakuan tidak senonoh, berpakaian macam orang tidak bertamadun dan berbagai lagi perlakuan memualkan.

Lebih teruk lagi, mereka bukan sahaja biadab terhadap sesama manusia, malah tidak kesah untuk berlaku biadab terhadap suruhan dan larangan Tuhan. Apatah lagi mereka membesar dalam suasana sekalian pembesar dan orang terhormat dalam masyarakat bercakap mempertikaikan kewibawaan hukum Tuhan. Segenap saluran media massa pula memberikan gambaran positif terhadap kenyataan dan pendirian sedemikian.

Sebagai kelompok yang banyak membuat keputusan dalam hidup berpandukan perkiraan logik akal, golongan remaja ini terdorong berfikir lebih jauh. Terlintas di fikiran mereka, jika para pemimpin yang berkuasa mengatakan hukum Islam yang datang dari Tuhan itu tidak sesuai dilaksanakan di zaman ini, bermakna Tuhan yang menciptakan hukum itu juga tidak sesuai disembah dan diagungkan.

Lebih meyakinkan lagi mereka ini apabila kenyataan para pemimpin yang kurang asas ilmu agama itu diperakui atau tidak langsung dibantah oleh sebilangan para ulama dan mereka yang dikenali sebagai cendikiawan Islam.

Lalu mereka ini membesar dan membentuk kematangan hidup dalam suasana tidak ada keyakinan terhadap hukum dan peraturan Tuhan. Apabila keagungan hukum suci itu pun sudah tidak dipahat di hati, maka apatah lagi hukum dan undang-undang ciptaan manusia?

Logiknya, jika hukum Tuhan pun mereka tidak rasa apa-apa untuk permainkan, maka apakah kita boleh harap mereka akan merasa gerun dan takut untuk melanggar hukum dan undang-undang manusia? Akibatnya, mereka tidak akan takut untuk rasuah, salahguna kuasa, menyeleweng wang syarikat atau pejabat, menipu dalam perniagaan dan berbagai perbuatan tidak bermoral.

Isu ini sebenanya sangat berkait rapat dengan agenda pembinaan generasi masa depan negara. Kita yang telah dewasa kini tidak akan mampu menongkat langit. Kita semakin menua dan dimamah usia. Kanak-kanak dan remaja hari ini lah bakal mengambil alih segala aktiviti penghidupan. Mereka lah yang akan mengisi segenap tahap penggerak masyarakat, bermula daripada pengikut dan pencacai bawahan sehingga ke pemimpin atasan.

Maka apakah dengan keperibadian remaja yang ada kini segala kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi hari ini mampu dikekalkan hingga ke masa depan? Lebih membimbangkan lagi, apakah peribadi-peribadi yang berkemungkinan bakal mengambilalih kepimpinan masyarakat sebegitu dapat kita harapkan untuk menjaga agama di masa depan?

Timbunan kes-kes salah laku sosial, jenayah berat dan keganasan seksual membabitkan remaja yang terhidang di media saban hari kebelakangan sebenarnya mengisyaratkan hakikat amat menakutkan tentang masa depan negara.

Sepertimana digambarkan hasil kajian IPPBM tadi, jika kecenderungan itu dibiarkan berterusan dan peratusan mereka yang terlibat dengan seks bebas di kalangan generasi akan datang kekal melebihi 50 peratus, maka dapat kita congak apa hakikat yang bakal dihadapi negara kita 30 atau 40 tahun nanti.

Tatkala para remaja yang separuh mereka terdiri daripada bekasan penzina ini menjadi warga paling tua dalam masyarakat, dan tabiat buruk mereka turut sama dilalui ibubapa segenap lapisan umur selepas mereka, maka sudah tentu ketika itu kesemua yang bergelar anak atau cucu kepada mereka adalah beribubapa atau berdatuk-nenekkkan manusia yang ada rekod akviti seks luar nikah.

Alangkah malunya muka dan walangnya hati apabila dikatakan pada ketika itu separuh daripada jumlah rakyat Malaysia adalah dari keturunan bekas penzina! Mohon dijauhkan Allah dari hakikat itu.

Justeru, mengapa tidak kita beri peluang kepada hukum Islam memperbetulkan keadaan dan menyelamatkan negara dari kemungkinan menakutkan itu?

Hudud: Sejauh mana Najib beri laluan pada Kelantan

Posted: 04 Oct 2011 12:21 AM PDT

Muhammad Yusri Amin


KOTA BHARU: Dalam konteks pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, kerajaan negeri ingin melihat sejauh mana kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam memberi laluan kepada Kelantan.

"Itu kita nak tengoklah. Jadi kalau kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib itu boleh memberi laluan kepada kita maka tidak ada masalah, dan boleh buat di Kelantan," kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Van Dakwah Bergerak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) di perkarangan Surau Al-Hikmah, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang dekat sini petang semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Mohamad Mustafa.

Hadir sama Timbalan Mufti Kelantan Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhammad, Pengarah JAHEIK, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan para pegawainya.

Mohd Amar mengajak masyarakat supaya melihat isu pelaksanaan hukum hudud itu dengan skop yang meluas terutama apabila Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 telah diluluskan Kelantan.

"Kita di Kelantan, kita telah luluskan, cuma tunggu masa pelaksanaan. Sebelum ini kita terhenti kerana amaran daripada Dr Mahathir pada waktu itu," katanya.

Beliau tidak menolak dakwaan bahawa persepsi ditimbulkan masyarakat terhadap kedudukan yang ada itu adalah suatu 'kelompongan' dalam perundangan negara.

"Kalau kita nak menyalahkan Kerajaan Persekutuan, memanglah. Ini kerana (mereka yang masih terkeliru tentang hukum Hudud).

"Kita telah merdeka begitu lama, sudah 54 tahun, dan ini pada pandangan saya kesilapan kerajaan yang ada.

"Dia suka 'escape', lari…lari….tidak to face the real isu. Bagi kita parti Islam, kita tidak boleh lari, dan itulah cita-cita kita. Sesungguhnya kewujudan PAS ini kerana nak melaksanakan Islam," tegas Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan.

Menurutnya, hasrat itu adalah selaras dengan matlamat PAS ditubuhkan sejak 21 tahun lalu.

Justeru, kata Mohd Amar, peluang perlu diberikan kepada PAS Kelantan untuk mempraktikkan undang-undang Islam itu.

"Hasrat PAS Kelantan melaksanakan hukum Hudud tidak berubah, dan tidak memaksa masyarakat menerimanya," katanya.

Cincin USD24 juta dikembalikan

Posted: 04 Oct 2011 12:14 AM PDT

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menjelaskan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin berharga USD24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam jawapan bertulis terhadap soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merujuk perkara itu kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mengesahkan pembelian itu tidak berlaku.

"SPRM hanya menjalankan siasatan bagi kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan sepertimana dalam peruntukan Akta SPRM 2009.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut. Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Dalam soalan sebelum itu, Lim Lip Eng meminta perdana menteri menyatakan status siasatan PDRM, SPRM dan SKMM berkenaan dakwaan pembelian sebentuk cincin bernilai USD24 juta.

Isu pembelian cincin itu sebelum ini didedahkan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa Rosmah membeli cincin berlian dari saudagar permata Jacob and Co di Amerika Syarikat yang berharga RM24.45 juta

Beliau juga mendakwa terdapat bukti jelas kemasukan berlian berkenaan yang didapati menerusi rekod Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia.

Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyatakan ia sebagai fitnah dan tidak mahu melayan dakwaan tersebut, selepas dua minggu isu itu ditimbulkan.

Perkara itu juga telah dilaporkan kepada SPRM pada 13 Julai lalu.

Zamil akur jika Zaid arah tutup mulut

Posted: 04 Oct 2011 12:10 AM PDT



KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim akur sekiranya Pengerusi KITA, Datuk Zaid Ibrahim memintanya menutup mulut dalam isu melibatkan dua ahli perniagaan Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan dan Datuk Mohamed Azman Yahya.

Sambil menegaskan, ia sebagai tanda menghormati ketuanya itu, Zamil berkata, adalah menjadi amalan dalam KITA, supaya sebarang kenyataan oleh mana-mana ahli perlu merujuk kepada Zaid atau pentadbiran pusat KITA.

"Begitu pun dalam isu melibatkan Kalimullah Masheerul dan Mohamed Azman ini, saya yakin Zaid tidak akan meminta saya menutup mulut kerana beliau berasakan ada asas untuk perkara itu diberikan penjelasan lanjut oleh kedua-dua tokoh perniagaan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap dakwaan beberapa pihak bahawa Kalimullah dan Mohamed Azman terlibat dalam usaha menutup mulut pemimpin KITA berhubung isu pembelian saham Eastern & Oriental (E&O) oleh Sime Darby Bhd. (Sime Darby) dan Malaysia Airlines (MAS) dengan Air Asia.

Zamil menambah, beliau yakin ada pihak ketiga yang meminta Zaid memberi arahan kepadanya untuk tidak lagi membuat sebarang kenyataan berkenaan isu itu.

Bagaimanapun kata beliau, sebagai seorang pemimpin sebuah parti yang memperjuangkan kebebasan dan tidak berpihak kepada mana-mana individu atau parti, Zaid tidak melayan permintaan tersebut.

''Memang Zaid ada menghubungi saya sebelum ini tetapi bukan meminta saya mendiamkan diri sebaliknya bertanyakan lebih lanjut kenyataan saya kepada media berhubung isu ini," katanya.- Utusan

Posted: 04 Oct 2011 12:04 AM PDT

Belanjawan sejahtera Pakatan: Permit teksi terus kepada pemandu

Malaysia Chronicle



Pakatan Rakyat menjanjikan akan memberikan lesen dan permit teksi terus kepada pemandu teksi dan tidak lagi secara konsesi sebagaimana yang diamalkan sekarang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan 2012 Pakatan Rakyat berkata, kerajaan Pakatan juga akan mengesyorkan gaji minima RM1,100.

Di samping itu, elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan akan diberikan sebagaimana yang dijanjikan dalam Buku Jingga sebelum ini.

Anwar juga berkata, Perdana Menteri Pakatan Rakyat tidak akan memegang jawatan Menteri Kewangan.

Anwar membentangkan cadangan Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat tiga hari sebelum Perdana Menteri mengumumkan belanjawan 2011 Jumaat ini.

Belanjawan ini dinamakan Belanjawan Sejahtera Pakatan Rakyat manakala Datuk Seri Najib pula dilaporkan akan membentang satu belanjawan untuk meringankan bebanan penduduk kampung Jumaat ini.

Anwar membentangkan belanjawan ini di Bilik Taklimat, Aras 2, Bangunan Utama, Parlimen Malaysia mulai jam 1.30 tengahari tadi.

Turut serta adalah pemimpin kanan Pakatan Rakyat di samping para wartawan dan pegawai kerajaan.- Harakahdaily

Bukan “Sugar mummy”: Jho tetap bangkitkan kemarahan terhadap Rosmah

Posted: 04 Oct 2011 12:01 AM PDT

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Penafian Jho Low 'hartawan muda' Malaysia bahawa Wanita Pertama Rosmah Mansor adalah "mak angkat" atau "sugar mummy" telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat Malaysia, yang kecewa terhadap pasangan itu yang sering menonjolkan gaya hidup mewah mereka.

Di saat rakyat terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi dalam landskap ekonomi negara sekarang, rakyat Malaysia berasa kurang senang dengan cara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya menjalani gaya hidup mewah ibarat orang-orang terkaya dan ternama dunia serta menjadikan tempat-tempat seperti Monte Carlo, Dubai dan New York taman permainan mereka.

"Najib datang daripada keluarga yang kaya dan dia tidak tahu keperihan hidup rakyat. Kemewahan adalah sebahagian daripada hidupnya," Keadilandaily memetik Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota; Azan Ismail sebagai berkata.

Saya perkenalkan banyak pelabur, itulah sebab saya sentiasa menemui PM

Azan mahu Ketua Audit Negara untuk menyiasat perbelanjaan pasangan pertama yang sering dilaporkan dalam akhbar. Meskipun aduan telah dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pihak berkuasa telah memilih untuk menutup mata. Malah, cincin berlian besar berharga RM24.4 juta milik Rosmah yang di bawa dari New York walaupun telah disokong oleh gambar skrin yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Kastam juga diketepikan.

Khabarnya baru-baru ini media New York melaporkan Jho telah membeli sebuah penthouse bernilai USD31 juta untuk kegunaan Rosmah di Time Warner Centre. Menurut New York Post, Jho yang berusia 29 tahun telah membayar lebih daripada USD6, 400 bagi setiap kaki persegi bagi unit berukuran 4825 kaki persegi tersebut.

Dan mungkin kerana menyedari perasaan tidak puas hati orang ramai ke atas kemewahan Rosmah, Jho yang bersekolah dengan anak Rosmah dari perkahwinan beliau yang pertama beliau dengan pantas memberitahu sebuah akhbar Cina dalam satu wawancara baru-baru ini bahawa Rosmah adalah sekadar "kawan baik saya" dan bukan "sugar mummy" atau "Godmother".

"Saya kenal anak-anak Perdana Menteri dulu sebelum saya kenal Perdana Menteri. Saya memperkenalkan banyak pelabur asing ke Malaysia dan sebab itulah saya selalu bertemu dengan Perdana Menteri," Merdeka Review melaporkan Jho sebagai berkata.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu telah terlibat dalam penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu yang bernilai RM10 bilion, yang kemudiannya telah ditukar kepada 1Malaysia Development Berhad bernilai RM15 bilion dan UBG, bekas cabang perbankan yang dikawal dan dicemari rasuah oleh Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa 1MDB terlibat dalam pembangunan semula lapangan terbang tentera kontroversi di Sungai Besi, Kuala Lumpur, yang sebenarnya adalah dana Najib.

Kemewahan sama di Putrajaya

Pusat pentadbiran Najib di Putrajaya juga berlaku pembaziran dan ia semakin berleluasa walaupun Najib cuba menunjukkan bahawa dia berjiwa rakyat. Dalam majlis baru-baru ini untuk kitaran amal di Pulau Pinang, Najib memberitahu bagaimana dia sering berbasikal untuk pergi ke gerai nasi lemak kegemarannya di Tanglin untuk bersarapan.

Tetapi menurut Azan, jika dia benar-benar bersimpati dengan orang ramai, dia akan menyedari bagaimana harga 'nasi lemak' untuk sarapan itu kini semakin melonjak dan menyusahkan pekerja biasa yang tidak pernah mengalami kenaikan gaji sejak kebelakangan tahun ini. Ia juga tidak menjelaskan mengapa beliau membelanjakan beratus-ratus juta wang negara untuk pembersihan dan ubahsuai kediaman rasminya yang masih baru - Sri Perdana.

"RM200 juta telah dibelanjakan untuk membina kediaman dan mengapa pada akhirnya, ia masih disewa daripada Putrajaya Holdings merupakan satu misteri. Penyelenggaraan elektrik dan air tidak harus lebih daripada 10% daripada kos sebenar bangunan itu. Tetapi ia mencecah RM10 juta setahun, satu angka yang tidak munasabah, "kata Azan.

Menurut Azan, kos mengekalkan kedua-dua kediaman rasmi Najib dan timbalannya itu mencecah sehingga RM50 juta setahun. Satu jawapan bertulis daripada pejabat Perdana Menteri pada bulan Jun (jarang diperoleh) menunjukkan bahawa sebanyak RM48.8 juta telah dibelanjakan di Sri Perdana dan ini termasuk sewa, pembaikan, elektrik dan bil air. Sewa untuk kedua-dua kediaman telah dinyatakan berjumlah RM33 juta, sementara penyenggaraan adalah RM3.6 juta.

Lebih teruk, bil elektrik Perdana Menteri dan timbalannya mencecah RM10 juta, manakala bil air mencecah RM1.9 juta bagi tahun yang sama. Secara perbandingannya, sebelum Najib, Abdullah Badawi hanya membelanjakan kira-kira RM4.15 juta di Sri Perdana pada tahun 2008, manakala RM2.74 juta telah dibelanjakan di Seri Satria, kediaman TPM.

Berbelanja berjuta-juta untuk hartanah yang disewa

Yang peliknya, kedua-dua kediaman tersebut dimiliki oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd. Dalam erti kata lain, kerajaan Malaysia mencurahkan beratus-ratus juta wang rakyat kepada hartanah yang tidak dimiliki negara.

Ahli Parlimen PAS Kota Raja, Dr Mariah Mahmud, telah membangkitkan isu ini di Parlimen tetapi sehingga kini, Najib gagal untuk memberikan apa-apa jawapan.

"Selepas kami buat sidang akhbar, tiada pihak yang berkenaan kembali kepada kami untuk menjelaskan mengapa kos yang dibayar begitu tinggi seolah-olah isu itu disapu di bawah tikar. Itulah realiti pentadbiran Najib, tetapi beliau pula memberitahu rakyat untuk mengurangkan perbelanjaan, "kata Mariah.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan perlu menyewa daripada Putrajaya Holdings.

"Seperti yang kita tahu, Putrajaya disewa, ini bermakna kerajaan mempunyai satu komitmen bulanan yang besar kerana ia bukan aset kerajaan. Jika satu analisis jangka panjang untuk kos dilakukan, saya berpendapat kerajaan menangung kerugian kewangan yang besar," kata Mariah. Malaysia Chronicle

PAS: Penarikan balik RUU Kg. Baru hasil perjuangan rakyat

Posted: 03 Oct 2011 11:59 PM PDT

Mohamad Suhaimi Abdul Aziz


Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) menyambut baik langkah kerajaan yang menarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru yang sepatutnya dibacakan kali kedua di Parlimen hari ini. DPPKT menganggap kejayaan ini sebagai hasil perjuangan rakyat khususnya penduduk Kampung Baru sendiri yang berusaha daripada peringkat awal bagi memperjuangkan tanah hak milik mereka. Dengan penarikan balik bacaan kali kedua ini menunjukkan bahawa kerajaan khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengakui bahawa Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru sebenarnya tidak menguntungkan rakyat.

DPPKT mengucapkan tahniah kepada Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) yang memainkan peranan besar dalam menyatukan penduduk Kampung Baru di samping memberi kefahaman yang jelas terhadap Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru terhadap penduduk kampung. Bagi DPPKT, perjuangan SPKB selama ini berbaloi dan kerajaan akhirnya terpaksa akur dengan desakan rakyat yang tidak mahu melihat tanah warisan milik Orang Melayu menjadi korban pembangunan pesat Kuala Lumpur. Tahniah juga diucapkan kepada Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) yang berjaya sebagai pentadir Kampung Baru selama 111 tahun lamanya serta turut sama terlibat dalam memperjuangkan isu ini. Ini membuktikan peranan MAS diakui penting bagi menjaga hak pemilik Kampung Baru.

Selain SPKB dan MAS, peranan utama yang dimainkan oleh Almarhumah Dr Lo' Lo' Hj Ghazali (gambar kanan) selaku Ahli Parlimen Titiwangsa yang selama hayatnya tidak pernah merasa jemu dan letih turun padang bagi membela isu Kampung Baru. Selama tempoh perkhidmatannya yang singkat ini, beliau berjaya membawa isu Kampung Baru sebagai isu nasional dan membela nasib penduduk Kampung Baru ke peringkat tertinggi. Ini menunjukkan prestasi wakil rakyat PAS dan Pakatan Rakyat sebagai pembela rakyat jauh lebih baik daripada wakil rakyat Barisan Nasional yang telah memerintah berpuluh tahun lamanya.

DPPKT mengharapkan penarikan Rang Undang-Undang ini bukanlah bersifat sementara sebagai gimik politik semata-mata bagi mengabui mata rakyat menjelang Pilihnaraya Umum ke-13, sebaliknya kerajaan perlu ikhlas dalam memastikan kebajikan dan hak rakyat terbela pada bila-bila masa.

*Kenyataan media oleh Mohamad Suhaimi Abdul Aziz selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa.

Pemuda PAS: Guru di"brainwash" supaya bekerja untuk UMNO

Posted: 03 Oct 2011 11:54 PM PDT

Dewan Pemuda PAS


UMNO sangat terdesak bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 lalu menghalalkan "politik kotor" dan "penyalahgunaan kuasa". Terbaru mereka telah mem"basuh pemikiran" warga pendidik khasnya para Pengetua sekolah agar berkempen dan bekerja bagi pihak UMNO demi memastikan semua warga pendidik menyokong atau mengundi UMNO dalam pilihanraya yang akan datang. Malah mereka dijanjikan pembiayaan lumayan yang diistilahkan sebagai "wang dari langit" bagi memastikan tugasan tersebut berjalan lancar.

Kebanyakan guru melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan ini, terutama apabila mereka ditipu hidup-hidup oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah mewajibkan mereka menyertai sebuah program yang dinamakan sebagai "Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang (zon Timur) Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia" yang dianjurkan pada 28 September 2011 di Dewan Ballroom Hotel Vistana Kuantan Pahang Darul Makmur.

Tentatif program yang diedarkan kepada peserta (warga pendidik) menampilkan dua penceramah yang terdiri daripada:

Ybhg Prof.Dr. Sidek bin Baba selaku Profesor pendidikan Universiti Islam Antarabngsa Malaysia (UIAM) dengan tajuk: Memahami Transformasi Pendidikan Malaysia.

Sementara penceramah kedua ialah Dr. Hj. Mohd Fuad bin Hj. Zarkashi selaku Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia 11 sebagai Ucapan Naqib Utama.

Malangnya seminar ini telah bertukar menjadi Seminar UMNO untuk membelasah PAS, PKR dan DAP di samping menggesakan agar para guru memberi sokongan kepada UMNO dalam pilihanraya umum yang akan datang dan semua guru diminta mengenal pasti guru-guru lain yang disyaki menyokong pembangkang agar dipengaruh sehingga mereka menyokong UMNO. Seminar ini tidak ubah sebagai Bengkel Strategi UMNO menghadapi Pilihanraya Umum.

Seminar ini turut membekalkan risalah bersiri yang sarat dengan kecaman dan fitnah ke atas PAS dan Pakatan Rakyat di samping buku dan vcd turut disertakan dalam file bercetak Institut Aminudin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sahaja tidak profesional dan menyalahgunakan kuasa tetapi sungguh memalukan kementerian tersebut apabila bertindak sedemikian bodoh, membohongi warga cerdik untuk kepentingan UMNO yang jelas terdesak untuk meraih sokongan dari kalangan warga pendidik.

Lebih dikesali apabila seminar ini kononnya untuk memantapkan warga pendidik, pula menggunakan peruntukan kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah digunakan sepenuhnya sebagai percubaan nekad memperbaiki reputasi UMNO di mata warga pendidik. Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap ini sebagai satu penyalahgunaan kuasa bahkan ia sebagai satu pengkhianatan kepada negara dan rakyat.

Lebih hina apabila kedua-dua penceramah yang terdiri dari Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia sendiri hanya menumpukan kepada usaha memburukkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim, PAS dan Pakatan Rakyat. Apakah UMNO telah kehabisan ruang media mereka untuk memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat?

Apakah UMNO kini sangat terancam apabila menyedari rata-rata warga cerdik seperti para pendidik tidak lagi menyokong mereka? Atau UMNO telah hilang kewarasan dan tahap profesional mereka sehingga secara langsung mengheret dan memerangkap warga pendidik dengan seminar pemantapan warga pendidik, sebalik digunakan sebagai Bengkel Pemerkasaan UMNO ?

Tindakan yang diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya sedang menjerut leher sendiri apabila mereka nekad membohongi para pendidik tanahair, pula ditabur dengan pelbagai janji manis disulam fitnah yang dihambur kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia segera menghentikan tindakan tidak bijak tersebut yang hanya dilihat menjatuhkan reputasi UMNO itu sendiri. Malah Kementerian Pelajaran Malaysia juga dikehendaki segera memohon maaf kepada semua rakyat dan warga pendidik kerana menyalahgunakan wang rakyat dan mengkhianati profesionalisme. (Kami mendapat maklumat bahawa siri berikut seminar ini akan diadakan di Dewan Jubli Perak Kuantan pahang pada 6 Oktober 2011 akan datang.)

*Kenyataan media daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Kampung Gerigat dibadai ribut

Posted: 03 Oct 2011 11:48 PM PDT

"Pada mulanya cuaca elok, kemudian hujan renyai-renyai turun. Secara tiba-tiba sahaja ia bertukar menjadi ribut kencang," kata seorang penduduk.

K


ABONG (Sarawak): Enam sekeluarga di Kampung Gerigat dekat sini hilang tempat berteduh ekoran kediaman mereka rosak teruk akibat dilanda ribut malam tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 9.30 malam itu, kesemua penghuni rumah berkenaan sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah terbabit.

Pemilik rumah, Mohamad Tiong Abdullah, 68, memberitahu, kejadian tersebut berlaku begitu pantas dan angin kencang melanda dalam tempoh kurang daripada 10 minit.

"Saya ketika itu sedang menonton televisyen dan secara tiba-tiba saya terdengar ada satu bunyi kuat yang diikuti dengan simbahan air hujan.

"Saya terus bergerak keluar rumah dan mendapati bumbung rumah saya sudah hilang. Saya terus arahkan semua ahli keluarga untuk berlari keluar bagi mengelak dari ditimpa objek keras dari runtuhan tadi," katanya.

Salah seorang anak lelakinya, Ali Mohd Tiong, 27, memberitahu sebaik rumah mereka tidak lagi berbumbung hujan pula turun dengan lebat sekali menyebabkan kesemua barangan di rumah tersebut basah.

"Kami tidak dapat berbuat apa-apa selain menyelamatkan dokumen penting. Lepas itu kami menumpang di rumah jiran sebelah.

"Pada mulanya cuaca elok, kemudian hujan renyai-renyai turun. Secara tiba-tiba sahaja ia bertukar menjadi ribut kencang. Bahagian bumbung rumah kami diterbangkan angin sejauh kira-kira 100 meter," ujarnya.

Menurut Ali lagi, bahagian atap rumah tersebut baharu sahaja diganti dengan menelan kos RM12,000 sebelum Hari Raya yang lalu.

Namun demikian, keluarga tersebut bersyukur kerana tiada anggota keluarga yang cedera.

Ali menganggarkan kerugian akibat kejadian itu mencecah RM60,000 dengan kebanyakan alatan elektrik dan barangan milik keluarga mereka rosak akibat hujan lebat semasa kejadian.

Pegawai Tadbir Sarawak Kabong, Nazari Bujang turut melawat rumah mangsa pagi tadi.

Menurut Nazari, pihaknya dengan kerjasama pihak yang berkenaan akan berusaha memberi bantuan yang sepatutnya kepada mangsa dalam tempoh terdekat bagi meringankan bebanan keluarga tersebut.

PAS gerak kempen penerangan hudud

Posted: 03 Oct 2011 11:47 PM PDT

MALAYSIA KINI


Kerajaan PAS Kelantan akan menggerakkan program penerangan mengenai hukum Hudud di negeri itu termasuk kepada golongan bukan Islam bermula esok, kata Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Katanya bermula malam ini, sesi ceramah akan diadakan di seluruh negeri termasuk ceramah perdana di Kota Bharu Khamis ini.

"Oleh kerana hukum Hudud menjadi isu besar, jadi kerajaan PAS perlu ada program penerangan secara besar-besar untuk elak kekeliruan tentang hukum Hudud," katanya pemberita selepas majlis pelancaran van dakwah bergerak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) di Kota Bharu, semalam.

Mengulas dakwaan Dewan Himpunan Penyokong PAS Kebangsaan (DHPP) yang mendakwa tidak pernah diajak berbincang atau membentangkan pandangan bukan Islam berhubung Hudud, beliau berkata ia hanyalah satu salah faham.

Ahad lalu media melaporkan DHPP menjangkakan sokongan terhadap PAS di kalangan bukan Islam akan merosot pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, berikutan isu hukum Hudud.

Pengerusinya Hu Pang Chaw dilaporkan berkata walaupun DHPP sebagai salah satu sayap parti itu, tetapi tidak pernah diajak berbincang atau membentangkan pandangan bukan Islam berhubung Hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan.- Bernama

Hisham: BERSIH 2.0 masih pertubuhan haram

Posted: 03 Oct 2011 11:43 PM PDT

S Pathmawathy


Di sebalik ikrar menjadi "negara demokrasi terbaik di dunia", namun pentadbiran BN tidak melihat alasan kukuh bagi menarik balik pengharaman terhadap BERSIH 2.0 - gabungan NGO yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

fong po kuan and chong chien jen walkout suspended from parliament 061108 04Dalam jawapan bertulis kepada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan pertubuhan itu masih kekal pertubuhan haram menurut Akta Pertubuhan 1966.

Ini berikutan BERSIH 2.0 didakwa "bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum".

Menurut menteri itu, aktiviti itu cuba dilakukan melalui:
  • menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan kerajaan denagn mengedarkan risalah tertentu; dan
  • aktiviti-aktivitinya yang memberi kesan negatif kepada imej negara, bahkan boleh mengancam, menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.

"Sehingga kini, BERSIH masih lagi kekal sebagai pertubuhan haram," kata Hishammuddin lagi.

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddinBeliau juga menambah, status BERSIH 2.0 tidak berubah dengan pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya.

Fong dalam soalan bertulisnya meminta menteri dalam negeri menyatakan asas pengisytiharan haram itu sedangkan jawatankuasa pilihan kas bagi mengkaji sistem pilihan raya ditubuhkan.

Jawatankuasa yang ditubuhkan semalam membabitkan sembilan ahli parlimen yang terdiri daripada lima daripada BN, tiga dari Pakatan Rakyat dan seorang wakil Bebas.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Menteri, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili dan ahlinya terdiri daripada Datuk Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Tan Sri Fong Chan Onn dan P Kamalanathan.

Pakatan Rakyat pula semalam mengumumkan pihaknya akan diwakili oleh Azmin Ali, Dr Hatta Ramli dan Antony Loke.

Manakala Bebas diwakili oleh ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

Keluarga Teoh gagal dapat semakan kehakiman

Posted: 03 Oct 2011 11:41 PM PDT

Hafiz Yatim


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) telah menolak permohonan semakan kehakiman berhubung penemuan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam keputusannya berkata mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada bulan lalu berhubung permohonan semakan kehakiman VK Lingam.

NONEKeputusan itu dibuat di kamarnya pagi ini.

Permohonan itu difailkan oleh abang Beng Hock, Meng Kee bagi pihak keluarga Teoh.

Peguam Gobind Singh Deo mewakili keluarga berkenaan, manakala pendakwaraya kanan persekutuan Shamsul Bol Hassan mewakili suruhanjaya itu yang dinamakan sebagai responden.

Gobind berkata, keluarga itu mempunyai pilihan untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dan bahawa beliau akan mendapatkan arahan mengenai perkara tersebut.

Pemohon yang memohon semakan kehakiman mula-mula dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.

Guru didakwa dipaksa hadiri seminar 'belasah' Pakatan

Posted: 03 Oct 2011 11:34 PM PDT

MALAYSIA KINI


Sekumpulan guru telah dipaksa menghadiri seminar wajip Kementerian Pelajaran yang dijadikan medan 'membelasah' pembangkang, dakwa Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang ( zon timur ) Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia itu diadakan pada 28 September lalu untuk guru-guru di wilayah pantai timur. Ucapan dasar disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Puad Zarkashi.

"Malangnya seminar ini telah bertukar menjadi seminar Umno untuk membelasah PAS, PKR dan DAP di samping menggesa agar para guru memberi sokongan kepada Umno pada pilihan raya umum yang akan datang," kata Nasrudin dalam satu kenyataan media hari ini.

NONE"Semua guru diminta mengenal pasti guru-guru lain yang disyaki menyokong pembangkang agar dipengaruh sehingga mereka menyokong Umno. Seminar ini tidak ubah sebagai Bengkel Strategi Umno menghadapi pilihanraya umum."

Nasrudin juga mendakwa bahawa guru-guru dan pengetua khususnya diminta berkempen untuk Umno dan dijanjikan pembiayaan lumayan yang diistilahkan sebagai "wang dari langit" bagi memastikan tugasan mereka berjalan lancar.

Nasrudin juga menghasilkan bukti-bukti fotografi bagi menyokong dakwaannya.

"(Penganjur) seminar ini turut membekalkan risalah bersiri yang sarat dengan kecaman dan fitnah ke atas PAS dan Pakatan Rakyat di samping buku dan vcd turut disertakan dalam fail bercetak (dari) Institut Aminudin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia.

"Dewan Pemuda PAS melihat tindakan ini bukan sahaja tidak profesional dan menyalahgunakan kuasa tetapi sungguh memalukan (kerana) kementerian tersebut bertindak sedemikian bodoh, membohongi warga cerdik untuk kepentingan Umno yang jelas terdesak untuk meraih sokongan dari kalangan warga pendidik," katanya.

Sehubungan itu, menurut Nasrudin, memberi amaran kepada Umno untuk berhenti menyalahgunakan jentera kerajaan untuk kempen politik pada seminar seterusnya yang akan diadakan di Kuantan, Pahang, pada Khamis ini.

Menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai "tidak profesional", beliau mahu penyalahgunaan kuasa yang disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada negara dan rakyat dihentikan segera dan katanya, kerajaan juga perlu memohon maaf kepada rakyat dan pendidik.

Meskipun pilihan raya umum ke-13 boleh dilanjutkan 2013 tetapi parti-parti politik telah aktif berkempen berikutan spekulasi bertiup kencang bahawa ia mungkin diadakan sewal hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat saling tuduh menuduh satu sata lain menyalahgunakan jentera kerajaan persekutuan dan negeri bagi kepentingan politik masing-masing.

ADUN Johol meninggal dunia

Posted: 03 Oct 2011 11:32 PM PDT

MALAYSIA KINI


ADUN Johol, Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md Yusof, meninggal dunia jam 4 pagi tadi di di Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah dipercayai akibat komplikasi paru-paru.

Allahyarham, yang berusia 58 tahun, dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas semalam.

NONEAllahyarham meninggalkan isteri Datin Zawayah Marzuki, 53, dan lapan orang anak, tiga lelaki dan lima perempuan berumur 28 hingga 17 tahun.

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa allahyarham mempunyai masalah kesihatan, sehingga pada 2009, Menteri Besar Negri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan terpaksa tampil membuat kenyataan bahawa Roslan, yang mewakili Umno itu telah meninggal dunia.

Menurut beliau, Roslan bercuti selama sebulan untuk menjalani rawatan fisioterapi di hospital selepas menderita akibat sakit tulang belakang kerana terjatuh semasa bermain badminton.

Berikutan itu, beliau telah menjalani pembedahan dan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur bagi membetulkan tulang belakangnya awal tahun ini.

Anak sulung Allahyarham, Mohd Hafizi, 28, berkata jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediamannya di No 6, Kampung Berambai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cabang Dua, Johol, selepas zohor.

NONERoslan, seorang bekas guru yang mewakili BN mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya umum 2008, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah itu mengalahkan calon PAS, Kamarudin Md Tahir dengan majoriti 1,263 undi.

DUN Johol terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah, yang turut mempunyai DUN Senaling, Juasseh, Pilah dan Seri Menanti.

Tidak ada pilihan raya kecil akan diadakan kerana Dewan ungan Negeri telah melului tempoh dua pertiga daripada penggalnya. Kekosongan kerusi di Johol akan diisi pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri: RM2j untuk polis tangani himpunan BERSIH

Posted: 03 Oct 2011 11:28 PM PDT

Salhan K Ahmad


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan membelanjakan lebih RM2 juta untuk mengerahkan lebih 11,000 anggota polis untuk bertugas ketika perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan pada Julai lalu.

azlanHishammuddin dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat berkata, perbelanjaan bagi menangani perhimpunan tersebut termasuk untuk menugaskan anggota dari kontinjen seluruh negara bagi membantu polis kontinjen Kuala Lumpur.

Menjelaskan perbelanjaan sebanyak RM2,018,850 itu, Hishammddin berkata PDRM terpaksa membuat "persiapan rapi yang memerlukan perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan, makan minum, penginapan dan keperluan logistik yang lain."

"Jumlah pegawai dan anggota polis yang telah dikerah untuk bertugas untuk menjaga keselamatan di kawasan Lembah Klang seramai 11,046 orang termasuk seramai 2,600 orang yang dikerah," katanya.

Teresa Kok (DAP-Seputeh) dalam soalannya bertanya kepada Hishammuddin jumlah elaun yang dibayar untuk tugas anggota dan pegawai berkenaan dari 6 hingga 9 Julai lalu.

Saksi misteri - rakan sekolej dakwa Saiful benci Anwar

Posted: 03 Oct 2011 11:03 PM PDT

MALAYSIA KINI


Seperti dijadualkan, saksi misteri yang menjadi tanda tanya pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya tampil.

Mohd Najwan Ali dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung semula selepas rehat sebentar.

NONENajwan merupakan bekas rakan sekolej pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kini menjadi pembantu Anwar untuk tugasnya sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Dalam keterangannya, Najwan memberitahu, beliau mengenali Saiful sejak 2003 apabila tinggal berdekatan bilik pengadu semasa menuntut di Universiti Tenaga Nasional.

"Saiful mahasiswa yang aktif dan mempunyai kualiti kepimpinan. Saya dan Saiful terlibat dalam program Baktisiswa.

"Dia ada kepimpinan tetapi suka publisiti," katanya.

Katanya, program itu dilancarkan oleh bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan Saiful ketika itu timbalan presiden program dan setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar.

Najwan berkata, beliau melihat laman sosial Friendster milik Saiful dan melihat banyak gambarnya dengan pemimpin BN, termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman.

NONE"Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan menyisytiharkan bahawa Anwar munafik.

Najwan berkata beliau melihat Saiful di ceramah politik dan pengadu berkempen untuk BN pada 2008. Saksi bagaimanapun menafikan Saiful mengidola Anwar seperti dalam pengakuannya.

"Dia benci Anwar," kata Najwan.

Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan menjelaskan beliau pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan dengan Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu.

Najwan bersetuju dengan cadangan Yusof bahawa tidak pelik untuk menunjukkan gambar dengan menteri tetapi tidak bersetuju bahawa apa yang dikatakannya tentang Saiful sebagai spekulasi.

Mahkamah kemudian ditangguhkan sehingga Khamis ini.

Zaid Terus Hanyut Dalam Keegoaannya?

Posted: 03 Oct 2011 05:14 PM PDT

SABAH DAILY

Saya ingin bercakap sedikit perihal orang bernama Zaid Ibrahim. Zaid Ibrahim ini semacam ada persamaan dengan Inchek Ibrahim Ali. Apakah mereka ini kembar tidak seiras atau kembar siam yang berkongsi perangai politik?

Kedua mereka asal dari negeri saya, Kelantan. Keduanya kebetulan pernah saya kenal dan pernah mendampingi mereka. Kecuali Zaid, Inchek Ibrahim pernah masuk ke dalam rumah saya dan duduk bersela dan sempat merasi tea "O" kurang manis di rumah saya.

Zaid hanya sampai diluar saja, ketika dia menjemput dan menghantar saya selepas pergi.. nun jauh berceramah di utara dan juga selatan sewaktu proses beliau hendak menyertai PKR.

Begitu juga dengan Inchek Ibrahim, selalu mengambil dan menghantar saya untuk pergi berceramah di serata tempat di negara ini sebelum beliau menjadi ahli Parlimen Pasir Mas menerusi tikit Pas. Dari Perlis sampai ke Sabah dan Sarawak. Jadi kedua mereka saya cukup kenal dan arif. Cukup tahu makanan dan minuman apa yang menjadi kesukaan mereka!

Kebetulan juga saya ikut sama membantu atau lebih tepat memantau pilihan raya yang mereka sertai. Inchek Ibrahim semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, Pasir Mas dan juga pilihan raya umum ke-12 lalu. Zaid pula semasa pilihan raya kecil di Hulu Selangor. Saya memantau atau memberi semangat kepada mereka berdua kerana saya lihat mereka ada minat untuk berubah, membaiki moral politik mereka dan juga belajar menjadi politician yang mampan, bersih dan dihormati orang.

Kedua mereka dalam kaca mata saya ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Zaid seorang yang tegas dan berani. Demikian juga Inchek Ibrahim berani tetapi kurang tegas. Dari segi hati Inchek Ibrahim lembut dan keras, Zaid lebih keras dari Inchek Ibrahim Ali yang sangat lembut hatinya. Ibrahim hanya keras di mulut saja, tetapi hati baik. Dia pernah menangis di depan saya. Zaid keras dimulut dan egonya terlalu tinggi seorang yang tidak mudah untuk mendengar kata.

Dua tiga hari lepas saya berjumpa dengan tiga orang kanan Zaid Ibrahim yang memanggil saya khusus untuk bercerita tentang apa yang berlaku dalam parti Kesejahteraan Insan Malaysia (Kita) yang kini semuanya menjadi parti dia. Kalau salah sebut parti Kita harap maaflah sebab saya kurang hafal kerana kurang mencatat mengenai aktiviti parti berkenaan.

Sudah lama saya tidak ketemu mereka ini, khasnya salah seorang dari mereka menjadi yang pegawal peribadi kepada Zaid semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor. Dalam pertemuan itu mereka menceritakan perihal Zaid dan situasi parti Kita muasir ini yang sudah bercelaru celara. Mereka bertiga telah keluar atau dipecat dari parti Kita.

Banyaklah cerita dan ceriti pada pertemuan itu. Daripada kisah bagaimana ego dan sombongnya seorang Zaid kepada perihal pengubahsuaian minit mesyuarat. Cerita Zaid seorang yang sombong dan bongkak. Katanya Zaid suka memperkuda dan melembukan orang lain untuk kepentingannya.

"Saya tidak sangka dengan Zaid, dia bilang mahu mewujudkan demokrasi tulen dalam negara ini tetapi cara dia uruskan parti lebih kurang diktator saja," begitu tutur salah seorang dari mereka.

"You tahu semua keputusan parti dia yang buat. Apa yang kita bincangkan tidak dipakai, dia buat ikut sedap dia sahaja, ini minit mesyuarat pun dipinda dan buat sendiri," tambah yang lain.

"Dia fikir bila dia kaya raya dia boleh perintah semua orang, semua orang hendak dijadikan hamba abadinya... mana boleh...," sambung yang lain. Ketiga-tiga mereka tidak puas hati dengan Zaid dan sedang memikirkan untuk mengambil tindakan ke atas Kita menerusi Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kerana tindakan memecat mereka dibuat tanpa mengikut undang-undang.

Saya hanya mendengar dan menahan telinga saja. Sebenarnya apa yang dituturkan mereka mengenai Zaid itu saya sudah sedia maklum. Saya sudah melihat dan mengalami sendiri bagaimana cara Zaid berpolitik. Sikap diktator atau ego Zaid itu bukan hari ini sebenarnya tetapi sejak dia dalam Umno lagi. Punca kenapa beliau digantung atau dipecat dari Umno ialah kerana keegoannya, merasakan dirinya saja yang betul orang lain salah. Zaid beranggapan kekayaan dan profesionalisme dia sebagai lawyer boleh menudukkan semua orang.

Ternyata andaian itu meleset. Bukan semua orang akan 'bersujud sawi' kepada kuasa wang, dan bukan semua orang miskin menghormati orang kaya! Kekayaan seseorang itu tidak semestinya menjadi faktor orang hormat. Orang hormat kepada seseorang kerana ketinggian budi pekerti, tutur bicara dan juga tinggi diplomasinya.

Keegoan terbaru Zaid boleh dilihat kepada bagaimana dia melayan bekas pemimpin Kita yang juga merupakan pelupor dan rakannya sendiri. Misalnya bila dia tidak suka kepada Muhammad Firdaus Chirsthoper digantungnya Firdaus sebagai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JEP).

Lebi teruk lagi apa yang berlaku ke atas Latif A Tambil yang memegang jawatan setaiusaha dipecat hanya menerusi SMS saja. Alasannya mudah kerana Latif tidak memberi passwork blog Kita.

Tidak cukup itu dia merendah-rendahkan Firdaus dalam sidang akhbar dengan mengatakan Firdaus adalah perkerjanya.

Ternyata Zaid yang profesional sebenarnya tidak bertindak secara profesional. Memang satu segi Firdaus adalah pekerjanya tetapi dari sisi lain - berorganisasi Firdaus adalah ahli jawatan kuasa eksekutif yang dilantik. Mungkin Zaid tidak perlu menghormati Firdaus sebagai pekerja, tetapi dia kena menghormati Firdaus ahli eksekutif parti. Pekerja dan penjawat jawatan berbeza statusnya. Cara Zaid merendahkan Firdaus di sidang akhbar menggembarkan sejauh mana tinggi atau rendahnya diplomasi Zaid sebagai seorang ketua parti.

Meneliti dan mengambil kira apa yang berlaku ke atas bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini, ternyata Zaid sangat naif dalam politik. Beliau harus banyak belajar mengenal politik secara realistik bukan teori kerana politik melibatkan orang ramai dan sangat membutuhkan kefahaman dalam melayan hati budi manusia. Cara Zaid yang menggunakan kuasa wang untuk menawan orang atau kawan tidak akan berhasil dan ia bersifat sementara.

Satu masa manusia memerlukan wang untuk hidup atau sebagai bayaran atas khidmat yang diberikan. Tetapi kalau wang itu dijadikan kuasa dan senjata untuk menindas akhirnya manusia itu akan bangkit dan melawan juga. Manusia rela miskin daripada diperhambakan dengan kuasa wang. Dan ada kalanya orang mengikut kita itu kerana prinsip kita yang kita pegang. Selagi prinsip kita berada atas garis benar orang akan hormati dan sanjung kita.

Namun kalau prinsip itu sudah dilanggar mereka tidak akan bercakap banyak akan meninggalkan kita. Dalam hal ini saya melihat dua faktor kenapa parti Kita atau kepimpinan Zaid menjadi 'kucar bara' ialah kerana Zaid tidak menghormati orang lain dan dia beranggapan wang boleh membeli segala-galanya. Zaid juga tidak mengotakan apa yang dikatakan terutamanya untuk mempraktikan demokrasi tulen.

Dari sehari ke sehari prinsip dan maruah Zaid sudah melebur dan cair seperti ais di tengah sahara. Apa yang dipertahankan dulu diroboh sendiri. Sikap atau pun keadaan ini menunjukkan rupa diri atau dalaman Zaid yang sebenarnya. Tindakan Zaid tidak ubah budak kecil yang berak kemudian meramas tahinya sendiri. Semasa dia keluar dari PKR dulu alasan kerana parti itu ditadbir secara diktator oleh Anwar Ibrahim. Tetapi anihnya hal yang sama berlaku dalam Kita, malahan ia lebih dahsyat dari Anwar.

Hari ini siapa yang lebih diktator, Zaid atau Anwar? Pendirian Zaid juga tidak konsisten macam orang yang mabuk tidak dapat berjalan dengan tegak dan terhuyung hayang. Sekali dia mengkritik Najib Razak, tetapi hari ini dia bersetuju dengan Najib. Sekali dia menyatakan sokongan kepada Nik Aziz, hari ini dia menempelak Mursyidul Am itu yang mahukan hudud dilaksanakan. Tidak salah menyokong yang baik dan menentang yang jahat tetapi ia perlu dilakukan dengan penuh tektikal bukan tergesa-gesa sehingga orang nampak apa yang ada di sebalik batu.

Hanya orang yang mabuk saja bercakap merapu atau pun tidak ketahuan puncanya. Sebaik Najib umumkan pemansuhan akta ISA, belum habis Najib cakap Zaid sudah sahut menyokongnya. Malahan beliau opolegetik kepada Najib. Tindakan ini menampakkan siapa dia Zaid sebanrnya, dia seorang yang sangat naif.

Keadaan Zaid hari ini saya lihat macam kera sumbang saja. Dia jadi macam orang yang hidung tidak mancung tetapi pipi tersorong-sorong. Nasib Zaid juga akan jadi macam Lebai Malang, ke hulu terlepas ke hilir terbabas. Saya meramalkan keadaan parti Kita akan mati sebelum turun bertarung di gelanggang gara-gara sikap dan ulah Zaid yang kejatuhan kompas di hutan rimba.

Demikianlah adanya kalau hidup kita tidak ada pancang yang kukuh dan kemas. Kita akan jadi sehelai daun di tengah sungai akan hanyut mengikut arus air yang akan membawa kita entah ke mana. Tuhan tidak akan memberi tiga buah pengkalan untuk seorang manusia. Biasa manusia diberikan satu saja kemujuran dalam hidup. Tetapi Zaid sudah dianugerahkan dua pengkalan, bernama BN dan PKR.... selepas ini tidak ada pengkalan lagi untuk Zaid dalam politik.

Harapan dan impian dia untuk menceduk teori politik Inceh Ibrahim Ali untuk mendapat laluan dari Pas (Nik Aziz) juga tidak akan kesampaian lagi. Penjualan bangunan Umno Kota Bharu kepada Pas yang masih dipertikaikan itu bukan barang gadaian lagi untuk Zaid mendapat kerjasama Pas.

Saya hanya menunggu masa saja untuk melihat parti Kita yang diklonkan dari parti Keadilan Insan Malaysia (Akim) itu menjadi gemulah. Mohd Sayuti Omar

Mampukah MCA Pulihkan Imejnya?

Posted: 03 Oct 2011 05:12 PM PDT

SABAH DAILY

Mungkin ia Perhimpunan Agung Tahunan MCA yang terakhir, mungkin tidak... sebelum PRU ke-13 diadakan. Demikianlah kenyataan Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak ketika merasmikan perhimpunan MCA yang masih enggan memberi isyarat "tarikh PRU ke-13".

Bagaimanapun, Presiden MCA Chua Soi Lek sudah tidak sabar untuk memberi jaminan bahawa MCA telah bersedia untuk bertempur dalam PRU akan datang.

Berbeza dengan perhimpunan agung yang lalu, MCA kali ini jelas menyasarkan "musuh politik" di luar, dan mengelakkan diri daripada menyiku rakan parti dalam Barisan Nasional. Beberapa perhimpunan agung sebelum PRU ke-12, malah selepas itu, menyaksikan bagaimana perwakilan MCA menuding jari terhadap rakan partinya, khususnya UMNO ketika berucap dalam sesi perbahasan.

Kalau sebelum ini MCA terpaksa memberi reaksi terhadap "tindakan Ketua Pemuda UMNO menghunus keris", kali ini mereka tidak perlu berbuat demikian. Sungguhpun penyelewengan dan ketidakadilan masih berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, namun perwakilan MCA cuba mengelakkan diri daripada menyentuhnya; sebaliknya menyasarkan musuh politik tradisionalnya, iaitu DAP.

Chua Soi Lek cuba memberi isyarat tanpa menyebut nama, meluahkan ketidakpuasan terhadap sesetengah pemimpin yang "mendabik dada sebagai abang besar, yang sebenarnya 'pembuli'." Namun apabila diminta untuk memperjelaskan siapakah yang dirujuk olehnya dalam sidang media, Chua Soi Lek sekadar menjawab "siapa makan cili dia rasa pedas".

Isu Hukum Hudud melegakan MCA

Kemunculan semula pertikaian "Hukum Hudud" sejak kebelakangan ini memberi kesempatan MCA untuk menarik nafas buat seketika. Tema perhimpunan agung kali ini jelas, menyerang PAS kerana mahu menubuhkan negara Islam teokrasi di Malaysia, disifatkannya sebagai satu langkah ke belakang. DAP dituduh sebagai boneka yang bersekongkol dengan PAS dan PKR, mengkhianati kepentingan masyarakat Cina; malah meniru lojik hujah musuhnya sebelum ini: hukum PAS dengan tidak mengundi DAP.

Misalnya, Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu (gambar kanan) membidas DAP kerana berkempen untuk calon PAS meskipun sedar bahawa matlamat perjuangan PAS adalah untuk menubuhkan Negara Islam. Malah Gan Ping Sieu meluahkan kebimbangan seandainya PAS melontarkan usul ini dan memaksa wakil rakyat muslim dari UMNO untuk menyatakan pendirian dalam parlimen. Singkatnya, Gan membidas bahawa DAP telah mengelirukan masyarakat Cina untuk menjurus kepada perkembangan PAS.

Bandingkan Hukum Hudud dengan 1Malaysia

Tidak cukup dengan itu, Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai yang berucap dalam sesi penggulungan, mengajak perwakilan untuk membandingkan antara "Negara Islam" oleh PAS-Pakatan Rakyat, dengan program transformasi di bawah gagasan 1Malaysia oleh Najib Razak. Sebelum ini, pujian demi pujian telah dikalungkan kepada Najib Razak, sebagai penghargaan kerana berani mengambil langkah untuk melaksanakan beberapa perubahan, misalnya pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tidak kurang juga serangan dilancarkan ke atas kerajaan negeri Pakatan Rakyat, menyanggah kritikan DAP sebelum ini. Misalnya, sejak dahulu MCA berdepan dengan tekanan apabila peruntukan kerajaan untuk pendidikan aliran sekolah Cina jenis kebangsaan tidak mencerminkan nisbah pelajar yang sepatutnya. DAP sering menuntut agar peruntukan kepada aliran sekolah Cina "diinstitusikan", dan bukannya dijadikan "gula" menjelang pilihan raya. Bagaimanapun, MCA kali ini menyanggah tuduhan DAP-Pakatan Rakyat, mendakwa bahawa buku Jingga juga tidak menjanjikan peruntukan yang "diinstitusikan".

Malah, kerajaan negeri Selangor dikatakan tidak memperuntukkan tanah untuk pembinaan sekolah aliran Cina sejak 8 Mac 2008, namun keadaan sebaliknya berlaku di Johor yang berada di bawah Barisan Nasional, dengan lima bidang tanah diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk pembinaan sekolah Cina. Chua mengambil contoh ini untuk membuktikan bahawa DAP sekadar bercakap besar dan tidak mengotai janji.

Menaikkan semangat

Chua Soi Lek mengulangi tekad bahawa MCA tidak akan mengambil sebarang perlantikan dalam kerajaan seandainya prestasi MCA tidak memperlihatkan peningkatan berbanding PRU ke-12. Beliau mendakwa tindakan tersebut adalah untuk "menghormati suara pengundi", dan bukannya ugutan kepada rakyat.

"Jika seandainya wujud 'ugutan' sekalipun, ia harus dilihat kepada parti dan anggota-anggota parti bukannya para pengundi," kata Chua Soi Lek dalam ucapan dasarnya pagi ini. Kata-kata ini disambut dengan tepukan gemuruh di depan PM Najib Razak, mungkin memberi persepsi kepada Najib, yang kemudiannya berkata dirinya telah merasai semangat MCA untuk bertempur dalam PRU akan datang. *Lim Hong Siang Editor Merdeka Review.

Dua Peragut Wanita Dicekup

Posted: 03 Oct 2011 05:10 PM PDT


SABAH DAILY

Kuala Lumpur: "Saya meragut sebab tak ada duit... lagipun saya baru habis belajar," demikian pengakuan salah seorang daripada dua suspek yang ditahan selepas cuba meragut beg seorang wanita di Jalan Sultan Ismail di sini, awal pagi semalam.

Gambar: DUA peragut yang ditahan selepas cuba meragut beg seorang wanita di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

Mereka yang ditahan empat anggota polis ketika melakukan rondaan cegah lumba haram pada jam 4 pagi, turut mengaku melakukan empat jenayah ragut di sekitar ibu negara sejak sebulan lalu untuk mencari wang belanja harian.

Kedua-dua suspek, seorang bekas penuntut sebuah kolej swasta di Bangi dan seorang lagi pekerja stor syarikat utiliti air ditangkap ketika cuba meragut beg mangsa di hadapan sebuah pusat hiburan.

Bagaimanapun, tindakannya menggenggam kuat beg tangannya berjaya menggagalkan cubaan ragut itu, namun mangsa cedera selepas diseret tiga meter.

Pada ketika sama, sepasukan empat anggota polis dari Unit Khas Polis Trafik Kuala Lumpur yang kebetulan sedang menjalankan tugas meronda di kawasan berkenaan menyaksikan kejadian itu bertindak mengejar kedua-dua lelaki terbabit.

Menyedari mereka dikejar, kedua-dua suspek berusia 20 dan 23 tahun itu bertindak memecut motosikal yang dinaiki mereka ke arah Jalan Kuching sebelum ditahan di Jalan Kinabalu, empat kilometer dari tempat kejadian dan dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati motosikal Yamaha 125-Z yang dibaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Kami jarang dapat wang tunai, kadang-kadang kami hanya dapat melarikan telefon bimbit yang kemudian dijual untuk dapatkan wang belanja," katanya kepada pegawai penyiasat.

Kedua-dua mereka kemudian diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan tanpa senjata. -bh

APA KAITAN ANTARA PISANG DENGAN YB?

Posted: 03 Oct 2011 05:03 PM PDT

Oleh : MUTALIB M.D


JANGAN percaya perkara tahyul terutama dakwaan penduduk Lahad Datu bahawa setiap kali kejadian pisang berbuah di tengah batang, mereka akan mendapat Wakil Rakyat baru. Tetapi jika sudah berkali-kali berlaku, apakah itu suratan atau kebetulan?

Kejadian terbaru berlaku di Rancangan Silabukan, Peringkat 2, Lahad Datu di rumah Allahyarham bapa saya dan hanya diketahui pagi kelmarin setelah adik saya, Siti Khadijah menghantar MMS gambar pokok pisang berkenaan.

Antara percaya atau tidak, mungkin keganjilan ini adalah petanda bahawa Lahad Datu atau Parlimen Silam akan mendapat Wakil Rakyat baru; bukan sekali, malah berkali-kali kerana sebelum ini ketika pisang berbuah di tengah batang di Kampung Kenangan, muncul Yusof Amat Jamlee menggantikan Askalani Abdul Rahim.

Tidak lama kemudian muncul lagi satu pokok pisang di Tengah Nipah berbuah di tengah batang, Yusof Amat Jamlee digantikan Samsu Baharun Haji Abdul Rahman.

Kemudian pada 2004, muncul pokok pisang berbuah di tengah batang di Kampung Segangan, Lahad Datu diikuti dengan kemunculan Datu Nasrun Datu Mansur menggantikan Samsu Baharun yang bertukar tempat ke Parlimen Silam.

Pada 2008, pokok pisang berbuah di tengah batang tumbuh di Kampung Indahjaya yang diiringi dengan kehadiran muka baru, Salleh Kalbi menggantikan Samsu Baharun Haji Abdul Rahman sebagai Ahli Parlimen Silam.

Apakah kemunculan kali ini akan menyebabkan salah seorang Adun, sama ada Adun Tungku, Ustaz Suhaili Mohd Said atau Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur atau Ahli Parlimen Silam, Salleh Kalbi akan digantikan dengan muka baru?

Segalanya ketentuan Illahi tetapi bagi ketiga Wakil Rakyat ini agar memperbaiki kesilapan mereka dan berkhidmat dengan jujur dan penuh tanggung jawab kerana sudah ada tanda-tanda Najib akan memilih 'Winnable-Candidate' untuk menggantikan salah seorang atau ketiga-tiga mereka serentak.

Kepimpinan UMNO Silam saling tidak tumpah seperti resmi pokok pisang; suka mencantas tunas baru tetapi enggan berundur sekalipun hanya mempunyai tandan buruk dan tidak lagi produktif.

Najib & Rosmah Saksi Penting, Saiful Menemui Mereka Sebelum Buat Aduan Diliwat

Posted: 03 Oct 2011 04:52 PM PDT

SELATAN ONLINE


KUALA LUMPUR — Keterangan Datuk Seri Najib Razak dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sangat penting kerana ia akan membantu mengenal pasti keadaan mental pengadu, kata peguam utama Ketua Pembangkang, Karpal Singh.

Karpal berhujah bahawa Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada sebelah malam 24 Julai 2008 sebelum pengadu mendakwa Anwar telah meliwatnya.

Kata Karpal, keterangan Perdana Menteri tentang apa yang berlaku ketika pertemuan itu akan membantu mahkamah dalam perbicaraan ini.

Peguam berkata afidavit Najib ada menyebut bahawa Perdana Menteri telah menasihati Saiful agar membuat laporan polis selepas dia mendakwa pada 24 Julai bahawa Anwar telah meliwatnya.

"Adalah perlu untuk memperoleh keterangan daripada Perdana Menteri berkenanan keadaan fikiran SP1 (Saiful) dan sama ada dia takut atau sama ada Perdana Menteri kemungkinan mengharapkan SP1 akan mematuhi nasihat beliau," kata Karpal.

"Sudah pasti, seseorang akan mematuhi nasihat personaliti tidak kira pangkat, terutama seorang timbalan perdana menteri (ketika itu), yang nasihatnya diperoleh," katanya.

Tetapi peguam-peguam Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor berhujah bahawa keterangan kedua-dua mereka tidak relevan dalam kes Anwar.

Datuk Hisyam Teh, peguam mewakili Najib dan Rosmah berkata, Ketua Pembangkang telah gagal menyediakan bukti bahawa keterangan kedua-dua mereka adalah penting. -TMI

Peguam: Najib, Rosmah bukan saksi relevan dalam kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Datuk Seri Najib Razak dan isterinya bukan saksi relevan dan tidak dapat menyediakan keterangan penting dalam keterangan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata peguam-peguam mereka hari ini.

Datuk Hisham Teh, salah seorang peguam yang mewakili Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) berkata ketua pembangkang itu telah gagal menyediakan bukti kukuh bahawa mereka adalah saksi yang relevan.

Peguam itu berkata permohonan Anwar untuk memaksa Najib dan Rosmah untuk memberi keterangan hanya bertujuan "memancing" maklumat daripada mereka.

"Saya tidak boleh memberi keterangan yang relevan tentang apa yang dibawa oleh responden pertama (Anwar)," kata Hisham yang membacakan kandungan afidavit Najib.

Afidavit Rosmah juga mempunyai penjelasan yang sama.

"Bagaimanapun kami ingin berhujah bahawa pertemuan pada 24 Jun tiada neksus, tiada kaitan dengan insiden 26 Jun 2008.

"Responden pertama mahukan Perdana Menteri memberi penjelasan. Penjelasan, pengesahan mengenai apa yang berlaku pada 24 Jun tiada kaitan dengan tingkah laku utama... insiden pada 26 Jun, bukan sehari awal ataupun selepas itu," kata Hisham.

Oleh itu kata beliau, mereka tidak ada hak perundangan untuk memanggil mana-mana orang yang tiada kaitan dan tiada relevan dengan tuduhan.

PM Najib Tersilap, Krisis Dalaman MCA Hilangkan Sokongan 'Kaum Cina Terhadap BN' Sebenarnya !

Posted: 03 Oct 2011 04:48 PM PDT

PAHANG DAILY

Dalam satu kenyataan ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA Ke-58 di Dewan San Choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan lantangnya mengatakan bahawa Barisan Nasional (BN) amat memerlukan sokongan dan undi daripada masyarakat kaum Cina bagi meneruskan pentadbiran dan kuasa mereka. Malah, beliau yakin kaum Tionghua akan meralih arah untuk mengundi BN pada PRU-13 nanti.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Najib dihadapan perwakilan yang hadir ke perhimpunan tersebut. Namun, persoalannya, apakah Najib sedar dengan ucapan beliau itu?.

Beliau harus ingat bahawa orang Cina sekarang ini tidak lagi percaya kepada MCA sebagai wadah politik yang memperjuangkan nasib mereka. Kini mereka beralih arah menyokong DAP yang merupakan parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.

Perkembangan terakhir yang berlaku melihatkan lebih 80% kaum Cina sebenarnya sudah menolak MCA dan Barisan Nasional
. Mereka tidak yakin lagi dengan perjuangan parti itu.

Malah, dalam Pilihanraya Negeri Sarawak sebelum ini, biarpun BN masih berkuasa di negeri itu namun kerusi bandar dikuasai oleh DAP dengan majoriti yang cukup besar. Ini harus diakui oleh BN termasuk Najib sendiri.

[Umum melihat, sememangnya MCA tidak lagi diyakini oleh kaum Cina atas beberapa faktor munasabah yang menjurus ke arah itu. Mereka lebih selesa untuk membuat perubahan bersama DAP dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan Najib itu, mungkin sekadar menyedapkan halwa telingan semata-mata. Sedangkan beliau sendiri tahu krisis dalaman MCA antara Presiden, Chua Soi Lek dan bekas Presiden, Ong Tee Keat kini kian memuncak. Terbaru, Chua secara jelas mencabar Ong keluar MCA dan melepaskan jawatan Ahli Parlimen Pandan jika tidak yakin lagi dengan perjuangan parti itu.
Malah,
isu gambar Ong selaku bekas Presiden juga menjadi pertikaian mutakhir ini.

Soalnya, apa yang berlaku dalam MCA di saat pilihanraya umum semakin hampir sudah pasti akan merosakkan masa depan parti itu. Penyokong Ong pasti akan menggunakan segala jenteranya untuk memastikan Chua Soi Lek terkubur terus pada PRU-13 itu nanti.

Maknanya, MCA akan bertembung sesama sendiri dan ia memberi kekuatan kepada DAP selaku parti alternantif kaum Cina di dalam pakatan].


Gempar: 'Saksi Misteri' Bakal Beri Keterangan Kes Liwat 'Anwar Ibrahim' Di Mahkamah Tinggi Esok !

Posted: 03 Oct 2011 04:46 PM PDT

PAHANG DAILY


Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan, semakin panas nampaknya, bila dilaporkan seorang saksi misteri dijadual memberi keterangan pada perbicaraan kes itu esok (4 Oktober 2011).

Peguambela Anwar enggan mendedahkan identiti individu berkenaan ketika ditanya oleh pihak pendakwaan dan mahkamah. Peguam Sankara Nair hanya berkata individu itu akan memberi keterangan selepas ketua pengarah Jabatan Kimia Lim Kong Boon berbuat demikian.

Sankara yang ditemui wartawan di luar mahkamah berkata saksi berkenaan bukan saksi alibi dan tidak berada di senarai saksi pendakwaan.

"Saya tak boleh dedahkan nama orang itu atau beritahu siapa dia kerana bimbang dia mungkin ditekan daripada sekarang sehingga esok,"
katanya.

"Ini saksi kami. Apa yang saya boleh beritahu adalah saksi itu akan datang esok untuk memberi keterangan."
katanya.

Peguam pembelaan sebelum ini pernah memberitahu sesi perbicaraan bahawa saksi tambahan akan dipanggil untuk memberi keterangan. Mereka termasuk, pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland, yang melakukan pembedahan ke atas Anwar (2004).

[Persoalannya sekarang, siapakah "saksi misteri" yang dimaksudkan itu. Senario terbaru ini pastinya akan menggemparkan kes liwat terbabit sebenarnya.

Tambahan pula kini kes tersebut sudah menghampiri ke penghujungnya. Ramalan yang dibuat oleh ramai pihak mengatakan, Anwar Ibrahim bakal disabit dengan kesalahan ini dan bakal dihantar semula untuk mendiami Penjara Sg.Buloh buat kesekian kalinya.

Namun, apakah saksi mistei yang diperkatakan itu dapat menyelamatkan masa depan politik Anwar?. Apa yang pasti, pilihanraya umum ke-13 ini nanti pasti akan menguji sejauh mana rakyat percaya dengan kes liwat II ini.

Jika pembangkang terus mendapat sokongan, maka ternyata mereka menolak apa yang terjadi dan begitulah sebaliknya. Sama-sama kita nantikan apakah adengan seterusnya yang bakal berlaku dalam kes tersebut nanti].

MCA guna hudud untuk tarik undi, jejas sokongan DAP

Posted: 03 Oct 2011 04:31 PM PDT

SIASAH DAILY


MCA, parti komponen Barisan Nasional yang tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 lalu kelihatan terdesak untuk meningkatkan kedudukan dalam BN apabila menjadikan hudud sebagai bahan utama kempen.

Parti Cina utama BN itu dilihat mengambil kesempatan daripada kontroversi yang tercetus dengan memperlihatkan diri sebagai penentang terkuat undang-undang Islam itu, dalam persaingannya dengan DAP, sebuah parti Cina dalam Pakatan Rakyat.

MCA sebelum ini mengugut untuk meninggalkan Umno sekiranya parti itu melaksanakan hudud, pendirian yang turut disuarakan oleh Gerakan, parti Cina yang kubu kuatnya Pulau Pinang ditawan oleh DAP dalam pilihan raya umum yang lalu.

Ugutan itu sesuatu yang jelas sekali bersifat retorik murahan untuk menarik perhatian, kerana Umno bersikap realisitik dan menyedari kedudukannya dalam komponen BN tidak membenarkannya melaksanakan undang-undang itu.

MCA kelihatan mahu menarik perhatian masyarakat Cina yang kini tertumpu pada DAP yang sedang bertembung dengan PAS berhubung isu hudud, dengan menunjukkan pendirian lebih keras terhadap hudud, dan pendekatan yang lebih berkesan berbanding DAP.

Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek dalam ucapan di perhimpunan agung ke-58 parti itu juga menggesa ahlinya menghukum semua parti PR dalam pilihan raya akan datang kerana agenda PAS mahu melaksanakan hudud.

Ugutan untuk tidak bersama Umno itu juga secara tidak langsung menjadi satu cabaran kepada DAP untuk meninggalkan PAS, sekutunya dalam PR yang bertegas mahu melaksanakan undang-undang itu.

Melalui akhbar The Star yang dikuasai MCA, isu hudud kelihatan dikemukakan sebagai berita utama, menarik perhatian ramai, terutama kumpulan sasaran pengundi Cina kepada isu tersebut.

Isu hudud boleh menjejaskan sokongan bukan Melayu kepada PR dan DAP, dan memberi faedah terus kepada MCA.

DAP sebelum ini menjadikan hudud dan isu berkaitan negara Islam sebagai isu pemutus (deal breaker) dalam hubungannya dengan rakan-rakan pakatan, meninggalkan dua gabungan pembangkang sebelum PR disebabkan isu negara Islam.

Walau bagaimanapun, manfaat besar yang diperolehi melalui PR menjadikannya lebih pragmatik dan terus kekal bersama PAS dan PKR, walaupun memperlihatkan posisi yang tegas.

DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang dan mempunyai kedudukan yang kuat di Selangor. Kedua-dua negeri ialah negeri maju yang menjadi pusat kegiatan ekonomi, termasuk pelaburan asing.

Chua turut mengecam DAP yang didakwa mengamalkan politik kaum yang sempit dengan hanya bertanding di kawasan Cina sehingga menjadikan kaum Cina terus di kem pembangkang.

MCA cuba mengemukakan kedudukannya dalam kerajaan BN sebagai lebih bermanfaat kepada orang Cina berbanding DAP dalam pembangkang.

Kedudukan MCA dalam BN selepas Pilihan Raya Umum ke-13 bakal bergantung kepada prestasinya memenangi kerusi Cina.

Kekalahan teruk MCA dalam pilihan raya umum lalu menjadikan BN dikuasai oleh Umno. Parti Melayu yang menguasai BN itu kemudian dilihat bersendirian sejak 2008, dan kurang mendapat sokongan parti komponen lain dalam berdepan pelbagai isu.

Tiada ulasan: