Kelab Greenboc |
- Al-kisah, Ada Premis Tawar "Urut Batin" Di Subang Jaya
- Cegah Murtad: Mantapkan Aqidah, Bukan Himpunan! - Prsiden PAS
- Lagi Kes Remaja Perempuan Mati Dibunuh
- Pelajar IPT Bawa Pulang Pasangan Ke Rumah Masing-masing
- S'ngor Jawab Tohmahan: Air Percuma Untuk Kembalikan Keuntungan KDEB Kepada Rakyat
- [Bergambar & Video] Gempa Turki: Pelajar & 2 Guru Wanita Mangsa Terbaru Diselamatkan
- [Bergambar] Banjir Di Thailand Semakin Buruk, Kapalterbang Turut "Bersedih"...
- [Bergambar] 3 Kereta Terbabit Dalam Kemalangan Terbakar, Suami Isteri Rentung
- Pendedahan Audit: SPRM Jangan Hanya Buka Siasatan Tetapi Tiada Tindakan - YB Azan
- [Video] TERKINI: Letupan & Kebakaran Besar Di Depot Sirte Libya, 100 Terbunuh
- Pemuda PAS Sabah Mahu Najib & Zahid Jelaskan Program Apprentices TLDM
Al-kisah, Ada Premis Tawar "Urut Batin" Di Subang Jaya Posted: 27 Oct 2011 01:08 AM PDT Helah premis tawar urutan batin terbongkar SUBANG JAYA – Seorang lelaki yang hanya menutupi alat sulitnya dengan tuala ketika menikmati urutan gadis genit di sebuah premis di SS14, dekat sini kelam-kabut mengenakan pakaian sebaik menyedari premis terbabit diserbu pihak berkuasa lewat petang kelmarin. Dia sebelum itu dipercayai mendapatkan khidmat urutan batin ditawarkan pengusaha rumah urut terbabit dengan bayaran antara RM50 hingga RM100 mengikut pakej diambil. Bagaimanapun, tempoh kenikmatan diurut gadis berusia lingkungan 20-an itu tidak lama apabila dia bersama tukang urut berkenaan dicekup anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Dalam serbuan diketuai Pegawai Penguat kuasa MPSJ, Mazrul Zahar Mohd bersama 19 orang anggota MPSJ dan 11 anggota Jais itu, empat lagi tukang urut wanita termasuk pemilik premis beragama Islam ditahan. Jurucakap Jabatan Penguatkuasaan MPSJ berkata, pihaknya menerima aduan berhubung aktiviti tidak bermoral yang dijalankan di premis berkenaan sebelum ini. Hasil siasatan ke atas premis mendapati terdapat empat pekerja wanita beragama Islam bekerja sebagai tukang urut. "Pemeriksaan mendapati premis tersebut mempunyai lesen yang sah daripada MPSJ, tetapi pengusaha melanggar syarat-syarat lesen pusat kecantikan dan kesihatan yang dikeluarkan majlis dengan menawarkan khidmat urutan batin kepada pelanggan. "Pengusaha premis dikenakan tindakan di bawah Undang-undang Kecil 13(k) Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan MPSJ 2007 kerana melanggar syarat-syarat lesen dengan menjalankan perniagaan tidak mengikut sekatan lesen yang dikeluarkan MPSJ," katanya pemilik berdepan tindakan denda maksimum sebanyak RM 1,000. Beliau berkata, tindakan sitaan dan penutupan premis dikenakan ke atas premis tersebut. Manakala kesemua tukang urut wanita yang bekerja di premis diserahkan kepada Jais dan bakal dikenakan tindakan di bawah seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana cubaan berkhalwat. "Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM3,000 setiap seorang," katanya. Ulasan GB Ada "urut batin" yang macamtu pulak. Nama wangi untuk urut "syahwat" rupa-rupanya. Sedangkan batin (roh) yang menderita adalah kerana hati yang zulmat (hitam - penuh dosa) yang perlukan penyucian "zikrullah", bukan dengan kaedah songsang dalam agama yang akan lebih menjauhkan seseorang dari Penciptanya lantaran maksiat. Tak takut api nerakakah? Allah dah turunkan pelbagai pengajaran untuk manusia, seperti kereta terbakar, rumah terbakar dan seumpamanya, tak ambil pelajarankah dari itu semua? Benarlah ayat Al-Quran menyatakan "manusia itu maha zalim lagi maha jahil!". |
Cegah Murtad: Mantapkan Aqidah, Bukan Himpunan! - Prsiden PAS Posted: 27 Oct 2011 12:00 AM PDT PAS secara konsisten berpendirian bahawa kedah mencegah murtad adalah dengan cara memantapkan aqidah umat Islam itu sendiri seperti konsep yang ditunjukkan oleh al-quran dan Rasulullah S.A.W. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pendekatan hujah dengan ilmu dan perlaksanaan syariat yang tegas dan adil serta menghukum penganut Islam dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan adalah kaedah lebih lunak mencegah gejala tersebut. "PAS memilih uslub menyampaikan mesej Islam dengan konsep yang ditunjukkan oleh Al Quran dan Rasulullah S.A.W. dengan cara memantapkan aqidah umat Islam sendiri secara istiqamah yang menghalang murtad dengan ilmu dan syariat yang tegas dan adil, menghukum penganut Islam, dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan dengan uslub hiwar antara agama dan tamadun, serta berhujah dengan ilmu dan amal Islam yang adil dan sempurna," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian dipercayai sebagai mengulas pendekatan pihak tertentu yang menganjurkan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) baru-baru ini bagi membantah usaha kristianisasi umat Islam. Bagi PAS, kata Tuan Guru Abdul Hadi, pendekatan berhimpun tersebut ibarat "cuba menangkap segelintir pencuri yang ada bersama dalam himpunan tersebut". Selain itu beliau mempersoal, jika perhimpunan itu satu bantahan, kepada siapa ianya dituju, dan apakah kesannya. "Satu himpunan besar dikerah bagi menangani gejala murtad yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kepada siapa ditujukan sekiranya ia adalah bantahan? Apakah pendekatan dan uslub yang akan diambil?," soalnya. "PAS tidak bersedia bangkit laksana keluar beramai-ramai untuk menangkap hanya segelintir pencuri yang berjaya melepaskan diri, dengan cara pencuri berada sama dikalangan orang ramai yang memburunya, sama-sama meneriakkan : Pencuri! Pencuri! Akhirnya pencuri hilang bersama suara laungan yang berkumandang," katanya lagi. 22 Oktober lalu, beberapa NGO Islam mengadakan Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam atas menyelamatkan aqidah umat Islam. PAS bagaimanapun mengambil sikap tidak terlibat dengan himpunan itu ekoran menghormati penganjur yang tidak mahu melibatkan penyertaan parti politik. -HD Ulasan GB Itu kenyataan Presiden PAS. Kepada pemimpin PAS yang hadir di HIMPUN dan juga mereka yang menyokong HIMPUN terutama sayap pemuda PAS, baca betul-betul apa yang Ustadz Hadi telah sampaikan di atas. Jangan jadi terlebih sudu dari kuah. Satu tamparan ke muka Exco Selangor yang bernama Hassan Ali dan Ketua Pemuda, Nasruddin Hassan Tantawi yang hadir melalui proksinya Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman. Hujjah yang dikemukakan Presiden PAS pernah GB utarakan di blog ini. Petikan. Pencuri yang berlari-lari kemudian menjerit-jerit "pencuri, pencuri" untuk menuduh orang lain mencuri supaya dia dapat selamatkan diri dari di kejar oleh orangramai yang sedang mengejar pencuri.. Malah penganjur HIMPUN belum pun menjawab soalan yang GB kemukakan iaitu jika benar nak pertahankan aqidah, kenapa tiada agenda solat Asar di hari perhimpunan? Dan seperkara lagi yang menjadi persoalan, himpunan itu untuk memperjuangkan dan mempertahankan aqidah, tetapi mengapa tiada agenda solat Asar berjemaah dimasukkan? Majlis habis kira-kira jam 6.15 ptg. Apakah kesemua berkesempatan untuk sampai ke masjid atau rumah di dalam tempoh 45 minit sebelum masuknya waktu Maghrib? Daripada 5,000 itu berapa ramai agaknya yang tertinggal dan tak solat Asar sedangkan solat Asar itu menurut sesetengah ulamak adalah solat wustha (utama)? Tidak ada alasan darurat yang boleh digunakan untuk peristiwa semalam. Sedangkan waktu perang pun solat masih wajib didirikan (dengan kaedah tertentu), inikan pula di satu majlis demonstrasi yang hadirinnya kelihatan santai dan besahaja.. |
Lagi Kes Remaja Perempuan Mati Dibunuh Posted: 26 Oct 2011 09:50 PM PDT Kota Tinggi: "Apa salah cucu saya hingga dia dibunuh begitu kejam, dia hanya berumur 15 tahun," kata Muhammad Kasim, 62, di sini, semalam. Cucu warga emas berkenaan, Nurul Atikah Samsiah ditemui mati dibunuh dengan keadaan muka serta badannya lebam teruk dipercayai dibelasah sebelum mayatnya dihumban di dapur sebuah kediaman yang terletak selang tiga rumah dari rumah ibu bapanya. Mayat Atikah ditemui pada jam 6.30 pagi semalam, selepas hilang sejak jam 2 petang kelmarin, dari rumah keluarganya di Rumah Kakitangan Ladang Kambau, dekat sini. Menurut Muhammad, dia hampir pengsan selepas menerima panggilan telefon daripada anaknya, Rahimah mengatakan cucunya itu ditemui mati. "Kali terakhir saya bertemu Atikah ialah Isnin lalu apabila dia datang ke rumah saya di Kampung Sungai Perepat yang terletak 10 kilometer dari rumahnya untuk bertanya khabar selain makan tengah hari. -hm
|
Pelajar IPT Bawa Pulang Pasangan Ke Rumah Masing-masing Posted: 26 Oct 2011 08:57 PM PDT Johor Bahru: Penduduk Taman Cahaya Masai di sini, kesal dengan gelagat pelajar institusi pengajian tinggi kerana suka berpeleseran hingga awal pagi, termasuk membawa teman berlainan jantina ke rumah masing-masing. Sikap kumpulan pelajar terbabit yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga tata susila hidup di situ, menyebabkan taman perumahan itu turut mendapat jolokan sebagai Taman Cahaya Maksiat. Suri rumah, Azizah Hamzah, 42, berkata tindakan pelajar melakukan maksiat dan mengamalkan gaya hidup sosial melampau atau sesuatu yang tidak baik. "Kebanyakan mereka menyewa sekitar taman perumahan ini kerana pusat pengajian mereka berdepan masalah kekurangan asrama. Namun, apabila duduk di rumah sewa di sini, masing-masing tidak menjaga adab dan tatasusila. "Berdasarkan etika pakaian setiap kali hendak keluar belajar di kampus, masing-masing kelihatan berpakaian kemas termasuk bertudung bagi yang perempuan. "Malangnya, apabila sampai di kawasan rumah masing-masing, yang perempuan hanya bersinglet dan berseluar pendek di luar rumah. Setiap hari, pasti ada lelaki yang datang bertandang di rumah terbabit," katanya. Azizah berkata, ada di kalangan pemilik rumah sewa yang prihatin, melakukan pemeriksaan mengejut terhadap kediaman terbabit dan terserempak dengan pelajar perempuan yang membawa teman lelaki masuk rumah. Penduduk, Melati Rosli, 42, menyifatkan kumpulan pelajar terbabit sebagai sudah melampau batasan apabila tidak menghormati sensitiviti masyarakat setempat dan perumahan itu yang turut didiami golongan berkeluarga. "Mereka menjadikan taman ini seperti kawasan pelacuran apabila bawa teman lelaki masuk rumah serta berpeleseran sesuka hati kerana masing-masing jauh daripada ibu bapa dan masa sama tidak dikawal oleh pengurusan pusat pengajian," katanya. Melati mendakwa, ada di kalang-an pelajar terbabit yang bertindak balas dengan membaling mercun atau telur busuk kepada rumah penduduk yang menegur perbuatan maksiat mereka. Ahli Jawatankuasa Surau An-Nuur berdekatan, Muhd Zaidi Ghazali, 40, menyifatkan gejala negatif yang ditunjukkan golongan pelajar terbabit adalah barah yang boleh merosakkan diri sendiri. "Perlakuan maksiat di kalangan pelajar ini boleh mengundang bala pada seluruh penduduk taman kerana ia merosakkan nama baik institusi pengajian mereka serta pelajar yang tidak bersalah selain memalukan perumahan ini," katanya. Tinjauan Berita Harian mendapati kawasan sekitar rumah yang disewa kumpulan pelajar berkenaan mulai sibuk dengan kereta yang keluar masuk menjemput pelajar perempuan mulai jam 8 malam. Malah, sehingga jam 2 pagi, masih ada pelajar perempuan dan lelaki sedang berbual mesra di luar rumah sewa dan lorong gelap berdekatan tanpa menghiraukan jiran dan penduduk yang kurang senang dengan perbuatan terbabit. -BH Ulasan GB Gejala seperti di atas berlaku di mana-mana kawasan perumahan berhampiran IPTA/IPTS. Pelajar-pelajar yang menyewa rumah di luar kampus merasakan diri mereka "bebas" untuk melakukan apa saja, berjauhan dengan keluarga dan tiada siapa memperdulikan tingkah laku dan gelagat mereka. Maka berlakulah impak negatif darinya - seks bebas diikuti dengan kes-kes kehamilan luar nikah dan kes buang bayi. |
S'ngor Jawab Tohmahan: Air Percuma Untuk Kembalikan Keuntungan KDEB Kepada Rakyat Posted: 26 Oct 2011 06:24 PM PDT Pemberian 20 meter padu air percuma merupakan satu tanggungjawab menyalurkan hasil keuntungan kerajaan negeri kepada rakyat. Pemberian ini yang dibuat melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) selaku pemegang amanah Kerajaan Negeri sesuai dengan dasar "Hasil Negeri Untuk Rakyat" menerusi program "Merakyatkan Ekonomi Selangor"(MES). Dasar ini bermaksud semua aset atau harta yang dimiliki kerajaan negeri adalah milik rakyat Selangor. "Kerajaan faham jika polisi pemberian terus kepada rakyat ini janggal kepada Ketua Audit Negara dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain kerana sebelum ini, keuntungan anak syarikat kerajaan negeri diserapkan terus dalam kerajaan negeri untuk program-program yang kita tidak tahu secara terperinci dan siapa yang mendapat manfaat," kata satu kenyataan dari Pejabat Menteri Besar. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI). Menurut kenyataan itu lagi, Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat sentiasa memastikan keuntungan anak syarikat disalurkan dengan betul dan tepat kepada golongan sasaran supaya tidak berlaku ketirisan dalam agihan kekayaan negeri. Oleh itu, pemberian air percuma ini menerusi KDEB akan diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada lebih kepada 1.2 juta rakyat negeri setiap tahun sejak dilancarkan pada Jun 2008. "Sebagai contoh, Petronas sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menyerahkan keuntungan berbilion ringgit yang diperolehi setiap tahun kepada Kerajaan Pusat tetapi kita tidak tahu bagaimana keuntungan ini dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat. "Ini berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang mana keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri diagihkan secara langsung kepada rakyat menerusi program-program MES termasuklah pemberian air percuma," kata kenyataan itu lagi. Mengulas lanjut, Pejabat Menteri Besar menyifatkan isu KDEB menanggung kerugian berikutan pemberian air percuma seperti yang berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara, sebagai suatu yang tidak sepatutnya timbul. "Banyak juga sedang diperkatakan tentang pengurusan kewangan Negeri Selangor, dan pejabat ini ingin menyatakan perjalanan perbelanjaan telah dibuat dengan telus dan mengikut peraturan yang diperuntukan," tambahnya. Justeru, Pejabat Menteri Besar mencabar Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar untuk turut sama mendedahkan peruntukan yang disalurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) serta bagaimana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Selangor diagihkan kepada rakyat Selangor. "Sekirannya mahu meneliti akaun Negeri Selangor, Kerajaan Negeri tidak keberatan. "Jika Dato' Menteri (Noh Omar) berani, Kerajaan Negeri akan bersama beliau membuka akaun untuk dihalusi oleh SELCAT," katanya. -tvsnews Ulasan GB Kenyataan di atas sekaligus menjawab tuduhan UMNO/BN terhadap kerajaan negeri Selangor sedangkan sekalian banyak kelemahan-kelemahan dan penyelewengan-penyelwengan jabatan & kementerian kerajaan pusat mereka tidak ambil peduli. Mereka sudah kehabisan modal. GAPS mahu Khalid akui kelemahan |
[Bergambar & Video] Gempa Turki: Pelajar & 2 Guru Wanita Mangsa Terbaru Diselamatkan Posted: 26 Oct 2011 04:56 PM PDT Ercis (Turkey): Para pekerja penyelamat di sini awal semalam berjaya mengeluarkan pelajar universiti berusia 18 tahun dari celah runtuhan sebuah apartmen, selang 61 jam gempa bumi melanda timur Turkey. Agensi berita Anatolia melaporkan Eyup Erdem mengalami kecederaan tetapi masih hidup apabila diselamatkan Erdem berpindah ke bandar Ercis sebulan lalu bagi mengikuti pengajian di sebuah universiti setempat dalam bidang mekanik. Selang enam jam kemudian, seorang guru wanita berusia 27 tahun, Cik Gozde Bahar, pula diselamatkan dari bawah runtuhan bangunan di sini. Di bangunan berasingan, seorang lagi guru wanita, Cik Seniye Erdem, 25 tahun, dilaporkan turut diselamatkan di bandar yang sama. Gempa sekuat 7.2 pada skala Richter pada Ahad lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 461 sejauh ini. Menurut pegawai Kementerian Kesihatan, Encik Seraceddin Com, sekitar 40 orang berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan dalam keadaan selamat kelmarin. Ini termasuk seorang bayi berusia dua minggu, ibu dan juga neneknya. Ayah bayi itu bagaimanapun masih belum ditemui. Dengan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal, Turkey berkata ia akan menerima bantuan antarabangsa, termasuk dari Israel. Turkey berkata ia perlukan rumah pasang siap bagi menempatkan semula para penduduk yang terjejas, menjelang musim sejuk. Sekitar 2,000 bangunan dilaporkan telah runtuh dan sekitar 1,350 penduduk cedera. Sementara itu, hampir 500 gegaran susulan telah dicatatkan sejak Ahad lalu. Satu gegaran susulan yang sekuat 5.7 pada skala Richter kelmarin telah mencetuskan rusuhan di sebuah penjara di bandar Van, yang terletak 90 kilometer ke selatan Ercis. Jurucakap pengurusan bencana di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Encik Gerald Rockenshaub, berkata tempoh 48 jam hingga 72 jam pertama selepas bencana adalah yang paling genting bagi para pekerja penyelamat mengeluarkan mangsa dari puing bangunan. Ini kerana peluang mengeluarkan mangsa yang masih hidup adalah tipis selepas itu, kerana mereka tidak mempunyai bekalan air ketika terperangkap. -- AP, AFP. |
[Bergambar] Banjir Di Thailand Semakin Buruk, Kapalterbang Turut "Bersedih"... Posted: 26 Oct 2011 04:15 PM PDT Bangkok - Keadaan di ibu negara ini semakin buruk apabila lebih banyak kawasan ditenggelami air dan kesemua 50 daerah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir malam ini. Banjir telah merebak ke daerah Thai Wattana dan penduduk diarahkan mencari perlindungan di pusat-pusat pemindahan, sementara pusat pemindahan di Lapangan Terbang Don Mueang terpaksa memindahkan lebih 4,000 orang ke pusat-pusat lain berikutan paras air yang semakin naik. Lapangan Terbang Don Mueang yang menampung penerbangan domestik telah ditutup sementara sejak semalam hingga 1 Nov. Bagaimanapun, Pusat Kawalan Operasi Pemulihan Banjir, pusat operasi utama negara, kekal di situ sekalipun seluruh daerah berkenaan kini dilanda banjir. Gabenor Bangkok Sukhumbhand Paribatra mengarahkan kesemua 50 daerah itu bersiap sedia menghadapi banjir malam ini oleh kerana kira-kira empat bilion meter padu limpahan air banjir dari utara dijangka sampai ke ibu negara malam Rabu. Beliau berkata paras air pasang laut yang tinggi yang dijangka berlaku boleh menghalang aliran air limpahan banjir ke Teluk Siam, dengan itu mengancam seluruh bahagian ibu negara. Banjir telahpun melanda bahagian utara, timur dan barat ibu negara ini. Kira-kira sepertiga bahagian negara terus digenangi air dan 2.4 juta penduduk di lebih 10,000 kampung dari 26 wilayah di bahagian utara dan tengah terjejas oleh banjir yang melanda sejak 25 Julai. Jumlah kematian meningkat ke 373 hari ini.-- BERNAMA |
[Bergambar] 3 Kereta Terbabit Dalam Kemalangan Terbakar, Suami Isteri Rentung Posted: 26 Oct 2011 09:10 AM PDT Suami Isteri Rentung, Dua Anak Cedera Parah Pada Pagi Deepavali Seremban, 26 Okt (Bernama) -- Hasrat sebuah keluarga untuk meraikan Deepavali di rumah seorang daripada anggota keluarga mereka di Alor Gajah, Melaka tidak kesampaian apabila pasangan suami isteri itu maut manakala dua anak mereka cedera parah dalam kemalangan di Batu 10, Jalan Seremban-Tampin, Rabu. P. Mugunthan, 42, dan isterinya, K. Sothi, 36, rentung dalam kereta Honda Civic mereka yang terbakar selepas terbabit dalam nahas jalan raya dengan dua lagi kenderaan pada kira-kira 8.56 pagi, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Zamrus Zainal. "Kedua-dua anak lelaki mereka yang berusia 13 dan 10 tahun berjaya diselamatkan oleh orang ramai," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Dua lagi lelaki yang memandu kereta Proton Iswara dan Toyota Camry yang terbabit dalam kemalangan itu juga terselamat, katanya. Mayat pasangan suami isteri itu dihantar ke Hospital Seremban untuk bedah siasat dan kedua-dua anak lelaki mereka turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan, kata Zamrus. |
Pendedahan Audit: SPRM Jangan Hanya Buka Siasatan Tetapi Tiada Tindakan - YB Azan Posted: 26 Oct 2011 07:38 AM PDT Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan hanya perlu menyiasat penyelewengan yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010, tetapi turut mengemukakan hasil laporan dan pendakwaan. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, ini kerana laporan Audit jelas menunjukkan berlaku penyelewengan dan kelemahan ketara terhadap projek yang dilaksanakan kerajaan pusat dan negeri. "Kita merasa agak bimbang, siasatan ini hanya untuk memperbaiki imej SPRM berikutan langkah kerajaan untuk mengambil hati rakyat sempena pilihan raya. "Berbanding tahun lepas tiada tindakan yang diambil meskipun SPRM kata akan siasat. Tidak ada guna jika siasatan tetapi tiada tindakan. Apa yang kita mahu ialah SPRM kemukakan hasil siasatan dan mengambil langkah susulan termasuk melakukan pendakwaan," jelas Azan. Beliau juga menyentuh mengenai kesungguhan SPRM menyiasat terhadap laporan Audit di peringkat negeri Pakatan Rakyat seperti di Pulau Pinang dan Kedah. "Berdasarkan laporan Audit, jelas menunjukkan prestasi pengurusan kewangan di negeri Pakatan Rakyat pada keseluruhannya memuaskan. Kalau nak buka juga kertas siasatan di negeri Pakatan berasaskan laporan media perdana, SPRM tidak ubah seperti burung kakak tua," katanya. Media hari ini melaporkan SPRM membuka 36 fail siasatan berikutan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. Sebanyak dua fail siasatan dilapor dibuka di ibu pejabat, dua fail di Sarawak, tiga masing-masing di Pulau Pinang dan Johor, enam masing-masing di Terengganu dan Kedah, tujuh masing-masing di Perak dan Sabah. Menurut kenyataan SPRM pihaknya telahpun menyiasat sebahagian besar isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan dan mengalu-alukan kerjasama semua pihak dalam memberi sebarang maklumat. -KD |
[Video] TERKINI: Letupan & Kebakaran Besar Di Depot Sirte Libya, 100 Terbunuh Posted: 26 Oct 2011 05:45 AM PDT Sirte - Sebuah tempat pengisian bahan bakar diberitakan terbakar di kota kelahiran Muammar Gaddafi di Sirte hari ini. Dilaporkan lebih dari 100 orang terbunuh. Insiden ini terjadi setelah hampir seminggu lalu Gaddafi ditangkap dan dibunuh oleh pihak tentera Majlis Transisi Nasional (NTC). "Ada letupan besar dan disertai api menjulang. Lebih dari 100 orang terbunuh dalam kejadian ini sementara 50 orang lainnya cedera," jelas Komandan pasukan NTC Leith Mohammad seperti dipetik AFP, Rabu (26/10/2011). Lokasi terjadinya letupan tersebut menyebabkan ramai yang terkorban dalam keadaan memilukan. Sebahagian besar dari mayat sudah tidak berbentuk lagi dan dalam keadaan hancur luluh akibat terbakar oleh api. Insiden ini terjadi ketika penduduk hendak beratur untuk mengisi kereta mereka dengan bahan bakar. "Kami masih belum mampu memadamkan api hingga saat ini," jelas Mohammad. Sebahagian besar yang terkorban adalah penduduk yang kembali ke kota Sirte, setelah selesai kembali dari pertempuran yang terjadi antara pasukan NTC dengan para tentera yang taat kepada Gaddafi. Mereka kembali untuk memeriksa barang-barang peribadi yang mereka miliki. Sebuah stesyen radio dan dua tangki besar menganduni minyak berada hampirnya, kata koresponden, yang melihat sekurang-kurangnya 29 kenderaan dihitamkan oleh asap dari api menjulang ke angkasamembakar apa saja yang ada di badan, seperti kasut, baju dan lain-lain. "Letupan itu berlaku pada tengahari semalam (Isnin) ," kata Ali Faraj yang menolong mengeluarkan mangsa yang cedera. "Ia amat kuat. Saya tinggal 25 kilometre jauhnya dan masih boleh mendengarnya." Faraj mengadu dengan marah ketiadaan ambulan untuk membawa mereka yang cedera ke hospital. "Tiada ambulan untuk menghantar yang tercedera ke hospital, tiada trak untuk para pemadam api, dan kami tak brupaya untuk memadamkan kebakaran tersebut… kerana pihak rejim baru (NTC) telah mencuri semua kenderaan untuk digunakan semasa pertempuran," tambahnya. Omran Ajelli, seorang doktor di Hospital Ibn Sina, menyatakan beliau merawat 26 mangsa, lima daripada "di dalam keadaan kritikal" dengan badan melecur kerana terbakar. Hingga saat ini belum diketahui apa penyebab dari letupan tersebut. Pihak berkuasa masih mencari apakah ada unsur yang disengajakan dalam kejadian tersebut. Ulasan GB Setiap satu kejadian itu adalah pengajaran. Dengan maaf, baru semalam GB sudah dapat merasai bahawa "kemurkaan Allah" sengaja ditempah. Terdapat laporan sebelum ini menyatakan mayat Gaddafi ditelanjangkan, malah diseret dan diberikan penghinaan oleh para pejuang NTC. |
Pemuda PAS Sabah Mahu Najib & Zahid Jelaskan Program Apprentices TLDM Posted: 26 Oct 2011 03:34 AM PDT Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) mendedahkan penyelewengan dan penindasan kerajaan Malaysia yang didakwa melibatkan anggota apprentices Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd Mijan, mendakwa terdapat hampir 1,000 anggota apprentices TLDM di bawah Skim Apprentices Diploma Teknologi Marin (DTM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai berasa teraniaya kerana tidak diberikan hak dan kebajikan kepada mereka dengan apa yang dijanjikan sebelum ini. "Ramai anggota tidak diberikan pangkat petter officer (PO) dan gaji yang setimpal kepada mereka," dakwanya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu, semalam. Tambahnya, terdapat beberapa perkara mengundang rasa tidak puas hati mereka terhadap pengurusan TLDM dalam melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada anggota. Beliau mendakwa, selain kesemua anggota berkenaan tidak mematuhi kontrak sebenar dalam perkhidmatan, mereka juga tidak diberikan peluang untuk mendapatkan penjelasan kukuh berkaitan arahan pemberhentian yang lebih awal dari waktunya. "Alasan yang digunakan oleh pihak TLDM untuk menyekat kenaikan pangkat dan menawarkan berhenti sukarela adalah tidak munasabah dengan menggunakan alasan kegagalan penyiapan kapal ronda generasi baru dan lebihan anggota dalam perjawatan. "Pampasan berhenti awal juga tidak komprehensif kerana itu kesalahan TLDM yang tidak mematuhi kontrak menyebabkan caruman LTAT diterima adalah sikit berbanding anggota lain," ujarnya. Beliau menjelaskan, kegagalan pihak TLDM menyiapkan 23 daripada 27 buah baki kapal perang menyebabkan graduan lepasan DTM terpaksa diserapkan ke unit-unit kecil bahagian TLDM dengan tidak mempraktikal secara teknikal berhubung pengajian mereka di UTM. Beliau mendakwa penindasan skim berkenaan semakin ketara apabila kesemua mereka tidak diberikan latihan peralihan untuk mempersiapkan diri sebagai orang awam dalam masyarakat. "Mereka tidak ditawarkan peralihan sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan untuk mempersiapkan diri menjadi orang awam sebagaimana anggota lain," katanya. Selain dari itu, kesemua anggota DTM terbabit juga seolah-olah dipaksa dan diugut untuk menandatangani borang perjanjian umpama akujanji untuk tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap pengurusan TLDM. Dakwa Zulfikar, walaupun perkara itu berlaku semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak memegang tampuk Menteri Pertahanan, namun penyelewengan dan penindasan yang didakwa itu wajar dijawab oleh Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan ketika ini. Dokumen penyelewengan tersebut diserahkan kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar untuk didedahkan di Parlimen yang turut hadir pada sidang media itu. -HD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan