Khamis, 27 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Awas PERKASA Kerana Zul Kambing Akan Sedut Habis Duit Tabung PERKASA

Posted: 26 Oct 2011 11:54 PM PDT

Sebelum ini ramai yang melihat jangka hayat YB Zulkifli Noordin, Si Kambing Kulim didalam bidang politik tanahair seperti nyawa-nyawa ikan menanti detik 'kematiannya'. Namun masih ada NGO penjilat pungkok Pak janggoat bebas ini mengambilnya sebagai naib presiden. Seperti yang dilaporkan MKini...

...Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru. Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip. Usul berkenaan diluluskan sebulat suara. Zulkifli mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Mokhtar Samad.


Kesian puak-puak PERKOSA yang dah lama menanti jawatan naib presiden, tiba-tiba dicantas oleh Zul kambing nih. Bacul juga mereka ni kerana terima sebulat suara tanpa ada bantahan. Atau tidak pun dalam PERKOSA itu sendiri tidak punyai calon yang lebih baik dari Zul kambing yang pandai mengembeekkk. Yang ada cuma lembu-lembu yang menunggu ditarik hidung dan di pukul belakang oleh tuannya supaya berbunyi.

Manakala di sebalik lantikan tersebut, sekurang-kurangnya Zul kambing dapat menarik nafas lega kerana boleh lagi bertanding sebagai calon bebas di kulim bandar baru dengan bantuan kewangan dari NGO Perkasa pada PRU 13 nanti, walaupun hutang RM15 ribu dari seorang hamba Allah ketika PRU 12 masih tidak dibayar oleh beliau.

budakkampungonline

Kes mata lebam: Mat Zain dakwa Najib tahu salah laku Gani Patail

Posted: 26 Oct 2011 11:41 PM PDT

Abdul Gani Patail

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Datuk Seri Najib Razak pernah mengatakan Tan Sri Abdul Gani Patail tidak wajar terlibat dalam kerja memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam 1998 Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut seorang bekas pegawai kanan polis yang mendakwa bertemu secara peribadi dengannya pada Oktober 2008.

Ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri dan menjadi perdana menteri pada April 2009.

Datuk Mat Zain Ibrahim, yang sedang menggerakkan kempen seorang diri untuk mengalihkan peguam negara itu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib untuk membincangkan dakwaan pembabitan Abdul Gani dan juga Ketua Polis Negara masa itu Tan Sri Musa Hassan.


"Komen YAB terhadap Gani Patail antara lainnya, 'memang salah untuk memalsukan keterangan. Walaupun boleh jadi tujuan Gani adalah untuk menolong IGP' (merujuk kepada bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor), membuat keterangan palsu, adalah suatu kesalahan dan tidak patut dia lakukan," kata Mat Zain dengan merujuk kepada apa yang diperkatakan oleh Najib pada pertemuan mereka.

Rahim digantikan oleh Tan Sri Norian Mai dan kemudian oleh Musa sebagai ketua polis negara.

Mat Zain seterusnya menulis, "komen terhadap Musa Hassan pula, YAB menyatakan antara lainnya, 'saya mendapat tahu peranan Musa tidaklah seteruk Gani. Saya rasa beliau (Musa) boleh melepaskan diri."

Mat Zain mengatakan demikian dalam surat terbuka kepada Najib.

Dalam surat terbuka itu, Mat Zain menambah, "selanjutnya YAB telah memberi jaminan akan membincangkan perkara pelantikkan panel bebas dengan Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu) oleh kerana YAB mengatakan tidak tahu-menahu mengenai pelantikkan panel ini, jika saya tidak maklumkan pada hari tersebut . . ."

Mat Zain merupakan pegawai yang bertanggungjawab menyiasat Rahim berhubung kejadian mata lebam membabitkan Anwar ketika bekas timbalan perdana menteri itu ditahan pada September 1998.

Rahim kemudian mengaku mencederakan Anwar, kini Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Mat Zain sebelum ini mendakwa Abdul Gani, yang mengetuai pendakwaan kes liwat dan rasuah ke atas Anwar sebelum ini dan Musa, telah mereka bukti dalam kes mata lebam.

Dalam suratnya bertarikh 20 Oktober, Mat Zain berkata, sebagai menunaikan permintaan Najib beliau telah memberi taklimat berkaitan dakwaan pemalsuan keterangan dalam insiden mata lebam, di pejabat Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2008, lebih kurang pukul 10.30 pagi.

"Saya percaya butir taklimat saya adalah tidak penting lagi. Perkara yang ingin saya ketengahkan ialah komen YAB sendiri terhadap kedua-dua Gani dan Musa dalam perkara ini," katanya.

Kata Mat Zain, seterusnya Najib turut memperakukan bahawa dakwaan terhadap Abdul Gani akan dibawa berbincang dengan penasihat-penasihatnya untuk meneliti implikasi tindakan jika diambil ke atas beliau kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kes liwat Saiful merupakan yang kedua membabitkan Anwar dan sedang didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"YAB sendiri secara sepintas lalu telah menyatakan keterangan dalam kes Saiful adalah 'bagus'... saya tidak sedikit pun membangkitkan kes ini semasa perbincangan.

"Saya ambil komen-komen sedemikian itu sebagai bermaksud YAB mempunyai maklumat yang mustahak mengenai hubungkait Gani Patail dengan kes liwat kedua serta mengetahui keterangan-keterangan penting dalam kes tersebut," kata bekas pegawai polis kanan ini.

Mat Zain juga menulis bahawa beliau sedar tidak layak untuk menegur seorang perdana menteri dalam apa hal jua pun.

"Namun sebagai seorang rakyat, saya mempunyai hak untuk memberikan pendapat saya berdasarkan dari peristiwa yang saya sendiri tempuhi dan tahu serta yakin sebagai benar.

"Bukan sahaja undang-undang negara mewajibkan saya untuk bercakap benar, malah ,Islam juga mewajibkan saya menjadi seorang saksi yang bercakap benar walaupun terhadap kedua ibu dan bapa saya."

"Saya menyatakan bahawa YAB Datuk Seri telah bertindak secara tidak adil, kepada rakyat jelata dan kakitangan awam, dalam penguatkuasaan keadilan awam.

"Walhal YAB sendiri yang telah beberapa kali berjanji kepada rakyat akan mempastikan undang-undang dilaksanakan mengikut keluhuran undang-undang," katanya lagi.

Mat Zain menegaskan apabila tiba kepada giliran untuk mengambil tindakan terhadap Abdul Gani sendiri, pendirian Najib menjadi "lemah dan lesu seperti tidak bermaya."

"Walhal YAB dan seluruh Kabinet sedar, beliau telah melakukan, penipuan, pemalsuan, salah guna kuasa, rasuah serta termasuk menyembunyikan keterangan untuk mengelirukan Kabinet.

"Lebih menyedihkan, YAB dilihat sebagai terpaksa membiarkan sahaja dan merestui tindakan pihak tertentu, memanipulasikan fakta dan keterangan, bagi mengelirukan dan mengabui mata rakyat untuk menyelamatkan Gani daripada dikenakan hukuman undang-undang," katanya lagi.

Dipetik dari The Malaysia Insider

Fitnah Terhadap Guan Eng - Puncanya Adalah Kerana Gila Dan Kemaruk Kuasa

Posted: 26 Oct 2011 11:33 PM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang ke atas portal umno-online.com berhubung laporan berjudul "Dari Rambut Panjang ke Gejala Dadah, Guan Eng makin berputar belit".

Laporan itu mendakwa Lim berputar belit bagi mengaburi mata rakyat termasuk memberikan alasan anaknya ditukarkan sekolah kerana mahu berambut panjang.

Bagaimanapun, pada 19 Oktober lalu, sebuah akhbar berbahasa Cina, melaporkan Lim memindahkan anaknya dari Sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St Xavier's kerana bimbang terjebak dengan gejala negatif dan sendiket dadah di kalangan pelajar sekolah itu.


"Ini satu lagi fitnah. Saya tidak pernah berkata perkara seumpama itu. Ini bukan sesuata tuduhan oleh blog pro-Umno, ini media rasmi parti," katanya.

Lim juga mengemukakan salinan laporan Guang Ming Daily, yang menafikan bahawa ia membuat laporan dan ulasan seperti yang didakwa oleh Umno Online.

Sebelum ini, beberapa penulis blog pro-Umno, termasuk Papagomo mendakwa bahawa anak remaja Lim telah mencabul kehormatan rakan sekelasnya dan dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee.

Ketua Menteri itu juga didakwa membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa gadis itu untuk menutup skandal berkenaan.

Namun gadis yang dituduh itu, Anya Ann Corke, Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan.

Lim juga menjelaskan, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.

Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.

"Apa kata Timbalan Perdana Menteri sekarang?" soalnya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali di Time Square Pulau Pinang, semalam.

Lim masih tidak berpuas hati dengan Muhyiddin yang dilaporkan berkata: "Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama."

Rayuan Bapa Altantuya

Posted: 26 Oct 2011 09:25 PM PDT

Segerakan kes saman sivil, rayu bapa Altantuya

Setelah tergendala sekian lama, bapa kepada warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan kejam, merayu kepada mahkamah di negara ini agar mempercepatkan perbicaraan sivil RM100 juta yang difailkannya terhadap kerajaan.

Setev Shaariibuu (kiri), yang memfailkan saman itu pada 4 Jun, 2007, menyaman kerajaan Malaysia dan mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan kejam Altantuya di sebuah hutan di Shah Alam pada 19 Oktober, 2006.

Dalam sepucuk surat yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh peguam Mukhsaruul Mijiddorj, Shaariibuu berkata beliau telah membayar sejumlah besar wang kepada mahkamah Malaysia pada tahun lalu.


Wang, berjumlah RM60,000 itu sebagai bon keselamatan, dibayar oleh kerajaan Mongolia bagi pihak Shariibuu.

Walau bagaimanapun, setahun sudah berlalu tetapi beliau masih belum menerima sebarang berita mengenai tarikh kesnya itu akan dibicarakan.

Kesan buruk

"Hakikat bahawa kerajaan anda tidak mengambil sebarang langkah positif terhadap isu yang dibangkitkan oleh Mongolia mungkin (menimbulkan) kesan buruk terhadap ratusan warga Mongolia yang belajar dan tinggal di Malaysia," katanya.

"Sedangkan kerajaan Mongolia telah mencadangkan isu ini dibincangkan dengan melantik dan menghantar wakilnya ke Malaysia, namun satu tahun sudah berlalu tanpa sebarang maklum balas," katanya.

Shaariibuu tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai siapa dan bila perwakilan yang dimaksudkannya itu telah datang ke negara ini bagi membincangkan perkara ini.


Adalah difahamkan bahawa surat itu, yang sesalinannya diberikan kepada Malaysiakini, pada masa ini, dalam simpanan peguam Karpal Singh (kiri), yang mewakili Shariibuu dalam kes berkenaan secara pro-bono (percuma).

Awal bulan ini, Karpal melahirkan kekecewaannya, kes saman itu telah ditangguhkan kerana kedua-dua anggota polis yang didapati bersalah berhubung pembunuhan berkenaan telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Karpal berkata beliau telah berulang-kali menulis mahkamah untuk memohon pengurusan kes saman itu, tetapi masih belum menerima jawapan.

Umno Jual Bangunan

Posted: 26 Oct 2011 07:15 PM PDT

Satu lagi Bangunan Umno DIBELI OLEH PAS

Setelah Dewan Pemuda Negeri Kelantan berjaya membeli Bangunan Umno Kota Bharu tidak lama dahulu, kini satu lagi bangunan milik pemimpin Umno berjaya dibeli oleh PAS.

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor berjaya membeli sebuah bangunan milik Ketua Pemuda Umno Bahagian Kelang yang mana ianya pernah menjadi Bilik Gerakan Umno pada Pilihanraya Umum 2004. Bangunan yang terletak di Seksyen 10 Shah Alam tersebut berjaya di beli setelah ianya dilelong baru-baru ini.


Nampaknya satu demi satu bangunan Umno kena lelong. Trend ini semakin menjadi-jadi dan saya yakin tidak lama lagi lebih banyak bangunan Umni akan lelong seperti juga partinya akan dilelong tidak lama lagi.

Satu lagi bangunan yang dilihat berpotensi untuk dibeli ialah Bangunan Umno Temerloh yang sudah lama kosong dan rosak.

Mutaligat

Saya akan tampilkan bukti terhadap Noh Omar

Posted: 26 Oct 2011 06:41 PM PDT

Melalui email ke dalam blog ini tanpa edit;

Merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato' Seri Noh Omar yang mengatakan bahawa BN Selangor akan merampas Selangor merupakan satu kenyataan kosong yang tidak berasaskan kepada gerak kerja akar umbi BN Selangor sebaliknya hanyalah retorik seorang pemimpin yang sudah mula diragui kepimpinannya oleh pimpinan UMNO di peringkat BN Selangor.

Ini jelas satu kenyataan untuk menutup kelemahan kepimpinan Noh Omar yang sudah mula dirasai oleh akar umbi UMNO Selangor kerana gagal untuk menyatukan UMNO Selangor yang bukan sahaja berpuak-puak , malah saling tuduh menuduh diantara satu sama lain demi memenangi hati Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Selangor , Dato Seri Najib Abd. Razak.

Amat janggal sekali kenyataan yang dibuat oleh beliau.Tidak disahut langsung oleh pemimpin BN Selangor yang lain. Sudah jelas dan nyata tiada kesepakatan yang jitu dalam BN Selangor kerana dipercayai segala penat lelah yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di dalam BN Selangor tidak langsung dihargai oleh Noh Omar. Bak kata pepatah melayu ' Lembu punya susu , sapi dapat nama ' .


Saya tidak mahu mengulas panjang tentang rungutan bekas Ketua Pembangkang BN Selangor , Dr Khir Toyo yang menyelar Menteri tertentu yang cuba menamatkan karier politiknya kerana saya percaya perang dingin beberapa bulan yang lalu kini sudah meletus menjadi perang besar yang membingungkan ahli UMNO Selangor dibawah.

Saya ingin nasihatkan Noh Omar supaya jangan asyik menyalahkan pihak tertentu demi melonjakkan nama kamu sebagai pemimpin yang kononnya mampu memimpin BN Selangor. Cukuplah saya membuat pendedahan tentang rintihan seorang peniaga ibu tunggal yang telah dizalimi oleh pihak kementerian Noh Omar di bawah agensi FAMA dengan menggantung tapak perniagaannya hanya kerana tidak hadir majlis yang dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Apakah politik samseng Noh Omar ini tidak mengira siapa sahaja ? Hatta kepada ibu tunggal yang terpaksa menyara 3 anak ? Saya tidak akan berdiam diri dan saya mohon penjelasan segera dalam tempoh seminggu.

Saya sedia untuk menampilkan bukti kepada dakwaan saya ini dan saya minta Menteri Pertanian Industri Asas Tani untuk jawab kenyataan saya ini. Apakah kamu sedia menerima tempelak dari rakyat sebagai seorang Menteri dari Selangor yang paling tidak berhati perut ?

Hentikanlah cara politik samseng kepartian kerana dalam berkhidmat kepada rakyat , amat tidak wajar rakyat diperlakukan sesuka hati dek kerana kerakusan kuasa seorang Menteri dalam menentukan punca rezeki seorang peniaga kecil.

Saya mohon Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani jangan terlampau ikutkan politik samseng kepartian dalam berkhidmat kepada rakyat. Jangan dipersalahkan rakyat sekiranya rakyat menolak pemimpin atau menolak BN Selangor. Sewajarnya rakyat diberi hak mereka , kerana kita semua hanyalah insan yang diamanahkan untuk memikul beban kesusahan rakyat. Kalau bukan kerana mereka , mungkin kita tidak ada di tempat di mana kita berada sekarang. Kesimpulannya , kembalikanlah semula hak peniaga kecil tersebut atau Noh Omar akan dikenang sebagai pemimpin yang zalim dalam sejarah Selangor seperti tragedi hadiah penyapu di Hulu Selangor yang meranapkan BN Selangor pada PRU 12.


SHUHAIMI HJ SHAFIEI

KETUA PENERANGAN KEADILAN SELANGOR / ADUN SRI MUDA

MISAIMERAH

Seluar Dalam Direka Khas Untuk Kegunaan Naib Presiden PERKASAM

Posted: 26 Oct 2011 06:22 AM PDT


Kredit untuk Azmizam Zaman Huri

Hari Ni Hari Katak Perkasam Buat Lawak.. Jom Gelak Lagi.. Hahaha

Posted: 26 Oct 2011 04:56 AM PDT

9 Julai: Bukan sebab takut, kata Ibrahim Ali

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik.

Katanya, beliau tidak seharusnya mendedahkan kesemua perkara tersebut dalam situasi "perang" pada waktu itu.

"Ada yangboleh beritahu ada yag tidak boleh beritahu. Takkan saya nak cerita semua. Strategi perang takkan saya nak cerita semua," katanya dalam ucapan penggulungannya di persidangan agung PERKASA.


Beliau berkata demikian dalam ucapannya petang inik apabila isu berkenaan dibangkitkan oleh seorang perwakilan.

"Kita buat laporan polis sebagai senjata perang saraf. Kalau (BERSIH) nak buat (perhimpunan), kita buat (perhimpunan juga).

"Sebab itu mereka tak dapat permit, kita pun tak ada permit," katanya mengulas isu yang dibangkitkan perwakilan Wilayah Persekutuan itu.

HIMPUN: Malunya kita

Tambahnya, beliau bagaimanapun memutuskan supaya tidak menyertai perhimpunan berkenaan setelah melihat satu titah daripada Istana berhubung perhimpunan 9 Julai.

"Bukan kita takut. Orang yang kata saya takut, dia jel sehari pun tak masuk lagi.

"(Perhimpunan) boleh timbul kucar-kacir, huru-hara. Kita tengok apa yang berlaku di London.

"Rakyat semua ada ijazah tapi masih bakar bangunan, bakar kereta," katanya merujuk kepada rusuhan yang berlaku di kota itu sebelum ini.

Dalam pada itu, Ibrahim turut menyatakan kekesalannya kerana Perhimpunan Sejuta Umat pada Sabut lalu turut gagal meraih jumlah peserta yang disasarkan.

"Kata sejuta umat, tapi sampai jam 4 petang tak sampai 10,000 orang. Malunya kita," katanya lagi.

Tak Dapat Jadi Naib Presiden Umno Dapat Jadi Naib Presiden Perkasam Pun Jadilaa.. Hahaha..

Posted: 26 Oct 2011 04:43 AM PDT

Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.

Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.

Usul berkenaan diluluskan sebulat suara.

Zulkifli (empat dari kanan) mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Datuk Mokhtar Samad.


Muhammad Zahid ketika membentangkan usul tergempar itu berkata, peguam tersebut merupakan bekas penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PERKASA memperuntuk empat lagi jawatan naib presiden yang kini diisi Abang Naseer Abang Hadari, Musli Oli, Dr Zubir Harun dan juga Dr Ashraf Wajidi Dasuki.

Terdahulu, Zulkifli dilihat hadir sebagai jemputan ketika perasmian perhimpunan pada pagi, selain bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin serta seorang lagi bekas angggota kabinet Datuk Khalid Yunus.

Zulkifli sebelum ini dipecat sebagai anggota PKR dan beliau kemudian mengisytiharkan dirinya anggota parlimen bebas.

Kali terakhir PERKASA merombak jawatankuasanya pada Mac lalu, yang dikaitkan banyak pihak dengan peletakan jawatan bekas ketua Wira Arman Azha Abu Hanifah.

Selain itu, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah juga hadir sebagai jemputan.

Tiada ulasan: