Sabtu, 1 Oktober 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[Bergambar] Kereta Myvi Terbang Masuk Rumah Orang

Posted: 01 Oct 2011 12:45 AM PDT

Kuantan: "Selepas terdengar dentuman kuat, keadaan di dalam rumah tiba-tiba gelap dengan asap tebal menyebabkan saya menggigil ketakutan," kata warga emas, Hasnah Yusuf, 72, ketika menceritakan detik cemas rumahnya dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Peramu, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang lelaki dari arah pusat bandar menuju ke arah Pekan dipercayai hilang kawalan dan merempuh dua rumah.

Kejadian itu juga menyebabkan kenderaan berkenaan terbalik dengan keempat-empat tayarnya berada di atas.

Trak penunda terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan kereta berkenaan daripada beranda rumah Hasnah yang hampir roboh akibat rempuhan kuat itu, namun Hasnah tetap bersyukur tiada ahli keluarganya yang tercedera dalam kejadian itu.

Menurut Hasnah, sebelum kejadian, dia berada di ruang tamu sedang menghayun buaian cucunya yang berusia dua tahun manakala anak perempuannya, Nor Asyikin Awang, 36, pula sedang menjemur pakaian di bahagian dapur.

"Akibat terlalu takut, saya tidak mampu berdiri namun tetap mengerah kudrat untuk bangun dan melihat apa yang berlaku sebelum dimaklumkan kejadian sebenar oleh anak perempuan saya yang terlebih dulu keluar menjenguk," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Nor Asyikin berkata, dia terdengar bunyi kuat seperti kereta membrek selama beberapa saat disusuli dentuman kuat dan pada masa sama rumahnya bergegar sebelum dia bergegas keluar melihat apa yang berlaku.

"Saya terkejut mendapati sebuah kereta terperosok dalam keadaan terbalik di bawah beranda rumah yang hampir roboh dan seorang lelaki berada di dalam kereta itu sebelum dia dikeluarkan dengan bantuan orang ramai namun pemandu kereta berkenaan tidak cedera.

"Kejadian ini yang kedua berlaku di rumah kami selepas kejadian pertama pada Februari lalu membabitkan sebuah kereta Proton Satria yang terbabas dan merempuh van milik saya yang diletakkan di depan rumah. Van itu rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi," katanya.

Sementara itu, pemandu Perodua Myvi yang merempuh rumah Hasnah yang hanya ingin dikenali sebagai Rais, 30-an, berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan ke Yayasan Pahang untuk urusan kerja.

"Setibanya di lokasi kejadian, kereta saya hilang ketika saya cuba mengelak seorang pejalan kaki melintas jalan," katanya yang tidak cedera, namun masih trauma dengan kejadian itu. -hm

Gambar fotoBernama





ADUN Bentayan Dedah Ditawar Habuan Lumayan Jika Jadi Wakil Rakyat Bebas [updated]

Posted: 30 Sep 2011 11:31 PM PDT

ADUN Bentayan mengaku ditawar habuan lompat parti

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Johor Gwee Tong Hiang hari ini mengaku ditawarkan habuan lumayan jika lompat keluar daripada parti DAP dan menjadi wakil rakyat bebas.

Habuan itu meliputi ganjaran sejumlah RM150,000, pemberian 50 ekar tanah, elaun tambahan melebihi RM5,000 sebulan, serta skuad khas bagi membantu menyelesaikan masalah kawasan Bentayan termasuk isu majlis perbandaran dan agihan tanah.

Semua tawaran ini dijanjikan hanya jika selepas beliau bersetuju untuk keluar DAP dan mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas, serta bertanding menentang DAP dalam pilihan paya umum akan datang (PRU13). -FMT


ADUN DAP dakwa ditawar RM150,000 lompat parti


ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang hari ini mendedahkan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili perdana menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebasd.

Dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur, Gwee berkata, beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti.

Menurutnya, seorang lelaki, yang pertama kali menghubunginya melalui telefon pada 26 September dan mendakwa sebagai setiausaha agung persatuan klan Wee Johor Baru, juga memberi jaminan bahawa Gwee, akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum.

Gwee mendedahkan trankrip rakaman satu lagi perbualan telefon antara beliau dengan 'ejen' empat hari selepas dihubungi.

Katanya, 'ejen', tersebut, yang mendakwa mewakili perdana menteri, berkata wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan.

Rakaman perbualan dalam bahasa Mandarin pada 30 September itu juga diperdengarkan semasa sidang akhbar tersebut.

Gwee berkata, 'ejen' itu, bersama dengan seorang lelaki Melayu yang Gwee dakwa mewakili Jabatan Perdana Menteri, bertemu dengannya pada 28 September untuk buat tawaran pertama RM50,000.

"Lelaki itu berkata dia berasa kesian dengan saya bahawa kami berkongsi nama keluarga yang sama dan dia mahu membantu saya kerana parti saya tidak mahukan saya lagi ...

"Tetapi saya rasa saya masih seorang (ADUN) DAP. Tawaran BN ini adalah tidak betul, saya perlu mendedahkan. Saya boleh memberitahu BN bukan setiap (ADUN) atau ahli parlimen DAP boleh dibeli. Saya sayangkan parti. Parti saya hanyalah DAP," kata Gwee, sambil mengesat air mata. -mk


Lagi Kes Coklat Berulat Ditemui

Posted: 30 Sep 2011 09:44 PM PDT

Karak – Kegembiraan sekumpulan murid menikmati coklat yang diperoleh hasil kesungguhan mereka memenangi pertandingan sempena bulan kemerdekaan anjuran sekolah bertukar menjadi kecoh apabila coklat itu berulat.

Seorang murid, Loqman Haqqim Abdul Jalil, 12, berkata, selepas mendapat coklat yang merupakan hadiah bagi johan pertandingan lagu patriotik dan johan menghias kelas, mereka berkumpul untuk menikmatinya.

Menurutnya, ketika dia sedang asyik membuka bungkusan coklat, dia ternampak ulat berwarna putih keluar dari bungkusan.

"Saya terkejut lalu memaklumkannya kepada rakan-rakan dan cikgu berkaitan perkara itu.

"Cikgu meminta kami berhenti memakan coklat itu dan mengumpulkannya semula," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Nurul Atasya Amran, 12, berkata, dia terperanjat apabila dimaklumkan rakannya berhubung perkara itu memandangkan dia sudah menghabiskan sebungkus coklat.

Menurutnya, saya langsung tidak menyedari kepelikan atau rasa luar biasa ke atas coklat itu kerana terlalu seronok.

"Tetapi apabila diberitahu rakan-rakan terdapat coklat yang berulat, saya hanya mampu berdoa tiada perkara buruk berlaku memandangkan saya sudah menghabiskannya.

"Selepas beberapa jam memakan coklat itu, saya bersyukur kerana tidak mengalami sebarang masalah kesihatan seperti cirit-birit," katanya.

Manakala Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah terbabit, Anikah Rusida Yusof berkata, pihaknya hanya menyedari coklat itu berulat setelah dimaklumkan oleh murid dan guru kelas terbabit.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas beberapa bungkusan coklat itu mendapati terdapat bau kurang menyenangkan dan struktur coklat juga berlainan kerana kelihatan lebam serta terdapat ulat berwarna putih.

"Tidak sangka perkara ini berlaku kerana tarikh luput yang tertera adalah pada 2012 dan pihak sekolah sudah menghubungi pihak pengeluar coklat bagi memaklumkan kejadian itu.

"Dalam masa sama, pihak sekolah juga akan membuat aduan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berhubung perkara ini supaya ia tidak berulang pada masa akan datang," katanya.

Anikah berkata, sekotak coklat yang mengandungi antara enam hingga lapan bungkusan coklat itu dibeli dengan harga antara RM4.95 hingga RM5.95 di sebuah kedai di Temerloh pada 24 September lalu. -SH

Laksana Hudud Jika Dapat Undi Majoriti Parlimen

Posted: 30 Sep 2011 08:30 PM PDT

Alor Setar: PAS hanya akan melaksanakan hukum hudud sekiranya mendapat majoriti sokongan dua pertiga di dalam Parlimen.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pelaksanaan hukum hudud di Malaysia mestilah menerusi pindaan perlembagaan iaitu amalan biasa bagi negara demokrasi.

"Keputusan itu diterima semua parti (pakatan pembangkang) dan DAP menghormati apa yang diluluskan di Kelantan pada tahun 1993 dan Terengganu pada 2003, cuma proses pelaksanaannya itu mesti melalui perlembagaan.

"Perlembagaan ertinya menerusi pindaan ke arah perkara yang boleh untuk melaksanakan hudud, iaitu mestilah mendapat dua pertiga sokongan (Parlimen) dan ia proses biasa dalam negara demokrasi.

"Kecualilah PAS mengambil pendekatan revolusi angkat senjata dan tidak berpakat dengan orang langsung. Itu lain lah... kita memilih jalan pilihan raya dan demokrasi mesti melalui proses perlembagaan yang ada," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah di Kompleks PAS Kubang Rotan di sini, malam kelmarin.

Mohamad Sabu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan pakatan pembangkang Rabu lalu yang sepakat tidak melaksanakan hudud seperti dicadangkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana pelaksanaannya tidak menepati dasar bersama pakatan itu, Perlembagaan Persekutuan dan kandungan Buku Jingga.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, pihaknya menghormati pendirian PAS berhubung undang-undang berkenaan tetapi pada masa sama menerima perbezaan pendirian DAP yang membantah pelaksanaannya.

Ditanya adakah keputusan mesyuarat itu diterima sebulat suara oleh ketiga-tiga parti termasuk Kerajaan Kelantan, beliau berkata, mesyuarat berkenaan mencapai kata sepakat dan semua pihak berpuas hati.


"Kita akan memberi penerangan berterusan kepada orang ramai sebab bagi orang Islam syariat Islam termasuk hudud adalah perkara yang perlu dan wajib yakin. Tetapi cara dan kaedah pelaksanaan itu perlu menerusi Perlembagaan.

"Pinda Perlembagaan di Malaysia bukan perkara baru, kita sudah melalui 53 kali pindaan Perlembagaan sejak Merdeka," katanya.

Sementara itu, dalam ceramahnya, Mohamad Sabu berkata, isu pelaksanaan hukum hudud ini sengaja dimainkan UMNO untuk menarik sokongan pengundi Melayu pada pilihan raya nanti. -bh

Fitnah Terlampau Video Seks Untuk Burukkan ADUN PR

Posted: 30 Sep 2011 07:30 PM PDT

Susun atur di ruang pejabat DUN Kota Anggerik di Seksyen 9 di sini jauh berbeza dengan klip video lucah di dalam sebuah blog pro-umno bertajuk 'Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam'.

Tinjaun TVSelangor mendapati wanita yang didakwa dalam klip bertarikh 19 September bukan petugas di DUN berkenaan.

Klip video itu menyaksikan seorang wanita bertudung dengan seorang lelaki melakukan perbuatan sumbang kononnya di dalam pejabat Dun Kota Anggerik.

Adun Kota Anggerik Yaacob Sapari menjelaskan hasil siasatan mendapati klip video itu menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat yang jauh berbeza dengan Pusat Khidmat beliau.

"Susun atur dalam video itu sama sekali tidak sama dengan susun atur yang ada dalam pejabat ini, gambar gadis yang ditonjolkan dalam video itu juga tidak sama dengan staf saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika tinjauan TVSelangor di Pejabatnya hari ini. Selain susun atur yang berbeza, klip video jelas tidak berasas kerana terdapat beberapa perkara bercanggah dengan dakwaan blogger itu.

"Jadi saya mengutuk sekeras-kerasnya fitnah lucah ini yang diusahakan oleh mereka, sepatutnya kita bersaing secara sihat dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat, bukannya malakukan aktiviti seperti ini.

"Bagi saya ini bukan serangan kali pertama oleh blogger pro umno terhadap pemimpin pakatan rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim juga dituduh dengan perkara yang lucah sebegini," jelasnya kepada TVSelangor Pembantu Tadbir Pejabat DUN Kota Anggerik, Norlela Idris menafikan sekeras-kerasnya wanita didalam klip itu adalah dirinya kerana pada tarikh berkenaan beliau tiada di pejabat kerana cuti sakit.

"kebetulan pada hari itu saya bercuti kerana sakit, saya ada bukti surat cuti sakit, pada hari itu hanya seorang kakitangan sahaja yang ada di pejabat,"

"Saya juga menafikan sekeras-kerasnya wanita didalam klip itu adalah diri saya kerana saya adalah satu-satunya staf perempuan yang berkhidmat disini, mingkin kerana ingin mengenakan YB (Yaacob), sekaligus cuba mengaitkan stafnya sekali."

Sebelum ini PKR Shah Alam telah membuat laporan polis berhubung perkara ini di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.



Ulasan GB

GB sudah ulas isu ini. Petikan:

Blogger pro-UMNO meneruskan kerja-kerja syaitaniah dengan melakukan fitnah melalui penyebaran video seks - selepas DSAI, Mohd Sabu, diikuti dengan Allahyarham Sarbaini dan terkini ADUN Kota Anngerik, Yaakbob Sapari.

Golongan UMNO nampaknya kian terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk mencemarkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Tidak apa yang hendak diresahkan atau ditakutkan dengan fitnah mereka dari golongan yang tidak membaca Al-Quran dan tidak beriman ini.

Dah banyak kali GB membacakan ayat ini, untuk mengingatkan kepada mereka:

اسْتِكْبَاراً فِي الْأَرْضِ وَمَكْرَ السَّيِّئِ وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ
فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا سُنَّتَ الْأَوَّلِينَ فَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَبْدِيلاً وَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَحْوِيلاً


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. Fathir: 43

Hari siksaan ke atas mereka tetap tiba sepertimana janji Allah s.w.t.

مَا يَنظُرُونَ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ

Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakan yang akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar. (Yassin: 43)


Bomoh Didakwa Cabul Pesakit Barah Payudara

Posted: 30 Sep 2011 05:23 PM PDT

Kangar - Seorang pengamal perubatan tradisional berhadapan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan atas dakwaan mencabul seorang pesakitnya pada Ogos lalu.

Gambar: ISA dibawa anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret di Kangar semalam selepas didakwa atas tuduhan mencabul seorang remaja perempuan yang hendak mendapatkan khidmat rawatan barah payudara daripadanya.

Isa Man, 67, dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa.

Berdasarkan fakta kes, Isa dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah bilik rumah bernombor 188, Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis pada pukul 10.30 malam 21 Ogos lalu terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ketika menjalankan rawatan di bilik tersebut.

Mangsa yang datang bersama nenek dan ayah saudaranya telah menemui tertuduh bagi mendapatkan rawatan tradisional untuk menyembuhkan penyakit barah payu dara yang dialaminya. -kosmo

Pembunuh Aaliyah Dihukum Gantung Sampai Mati

Posted: 30 Sep 2011 04:10 PM PDT

Seorang penganggur warga Sudan dihukum mati selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, mendapati dia bersalah atas tuduhan membunuh anak teman wanitanya yang berusia tiga tahun, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah pada penghakimannya berkata, pembelaan Mohannad Taha Ismail, 26, telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah dan menyifatkan keterangan tersebut sebagai tidak bermerit dan lesu sama sekali.

"Sebenarnya pembelaan tertuduh tidak mencerminkan pembelaan yang munasabah dan tidak boleh diterima akal," tambahnya.

Mohannad Taha yang masuk ke negara ini menggunakan visa pelajar kelihatan tenang menerima hukuman itu berbeza dengan ibunya yang dilihat mengurutkan dada beberapa kali selepas dimaklumkan oleh seorang jurubahasa.

Ibunya yang hadir ke mahkamah bersama ayah tertuduh, kemudiannya memeluk Mohannad Taha dan dilihat berbisik sesuatu ke telinga pemuda tersebut sebelum dia dibawa keluar oleh polis mahkamah.

Mohannad Taha didakwa atas tuduhan membunuh Aaliyah Ayman Hussin Abdullah pada antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober 2009 di Tower 9/D3/9, Palozzo Tower, Pangsapuri Venice Hill, Batu 9 Cheras, Kajang, dekat sini.

Aaliyah Ayman merupakan anak kepada teman wanita tertuduh, Ellina Maulad Mahather, 26, yang merupakan seorang warga tempatan yang dikenalinya pada April 2008.

Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang, dekat sini, Dr Abdul Karim Tajudin, 62, pada keterangannya mengesahkan mangsa mati akibat pendarahan subdural yang teruk akibat goncangan yang kuat, yang berlaku lebih daripada sehari dalam tempoh seminggu sebelum kematian.

Abdul Karim yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketiga juga mengesahkan terdapat 34 kesan cedera pada tubuh mangsa yang turut mengalami penderaan secara fizikal dan seksual.

Selain itu, mangsa yang hanya seberat 10.58 kilogram juga patah dua tulang rusuk sebelah kiri, ditumbuk di mulut, digigit pada bahagian tangan, ditampar dengan kuat di telinga dan tangannya digenggam atau dicengkam dengan kuat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sementara Mohannad Taha diwakili peguam J. Kuldeep Kumar pada peringkat pendakwaan manakala di peringkat pembelaan, dia diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Perbicaraan melibatkan 13 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan.

Berdasarkan keterangan Ellina, dia memberitahu tertuduh akan menjaga mangsa semasa dia keluar bekerja sebagai setiausaha dan pada hari kejadian, mangsa ditinggalkan dalam keadaan normal walaupun tubuhnya terdapat kesan-kesan kecederaan yang hampir sembuh.

Wanita tersebut juga berkata, tertuduh telah menghubunginya pada pukul 11.30 pagi dalam keadaan yang marah kerana mendakwa Aaliyah telah membuang air kecil merata-rata.

Mohannad Taha yang berhenti belajar pada sekitar Jun atau Julai 2008 sekali lagi menghubungi Ellina pada pukul 2.30 petang hari yang sama mengatakan mangsa tidak dapat melihat dan telah melanggar pintu gelongsor rumah.

Panggilan terakhir pula menurut Ellina diterima pada pukul 4.30 petang dan tertuduh semasa itu berada dalam keadaan cemas telah memberitahu mangsa berada dalam keadaan koma.

Tertuduh seterusnya keluar untuk menjemput Ellina di tempat kerja pada pukul 5.30 petang dengan meninggalkan mangsa keseorangan di rumah.

Ellina juga memberitahu, mereka pulang pada pukul 7.30 petang, iaitu selepas singgah di sebuah pasar raya dan mendapati mangsa terbaring di atas tilam di ruang tamu dalam keadaan yang sukar bernafas dan muka yang lebam serta berdarah.

Tertuduh kemudiannya cuba memberikan bantuan pernafasan dan menekan dada mangsa, bagaimanapun gagal dan menyebabkan darah keluar daripada telinganya.

Ellina hanya berjaya membawa mangsa ke hospital selepas dia dan tertuduh berpakat untuk mengatakan mangsa didera oleh pembantu rumah memandangkan lelaki itu bimbang akan ditangkap polis atas dakwaan membunuh.

Bagaimanapun, mangsa disahkan telah meninggal dunia apabila mereka tiba di Hospital Kajang, dekat sini.

Pada pembelaannya, Mohannad Taha menafikan dia pernah mendera mangsa, dan mendakwa pernah melihat Ellina memukul anaknya beberapa kali. -mstar

Berita sebelum ini
klik untuk baca




Mahkamah Dapati Utusan Memfitnah Khalid Samad, Zul Kulim Juga Sepatutnya Dinamakan Defenden

Posted: 30 Sep 2011 11:40 AM PDT

Khalid Samad Menang Saman Terhadap Utusan

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, pada Jumaat, menang saman fitnah terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berhubung tulisan yang tersiar dalam akhbar terbitannya dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Dr Prasad Sandosham Abraham memutuskan bahawa Khalid berjaya membuktikan kesnya dan plaintif (Khalid) juga difitnah oleh defendan melalui tulisan berkenaan.

Dalam keputusan lisan beliau, Prasad berkata defendan juga telah memuat turun tulisan berkenaan daripada satu laman blog tanpa memeriksa kandungannya walaupun ia bersifat sensitif.

Dalam saman yang difailkan tahun lepas, Anggota Parlimen PAS itu menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia Datuk Aziz Ishak serta penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, sebagai defendan.

Khalid mendakwa bahawa pada 11 September 2009, Aziz, dengan niat jahat, membenarkan penyiaran dan percetakan perkataan berbaur fitnah terhadapnya di muka depan Utusan Malaysia.

Khalid berkata tulisan bertajuk "Zulkifli bidas Pak Janggut" itu secara langsung atau tidak langsung merujuk kepada beliau, walaupun namanya tidak disebut.

Hakim berkenaan menetapkan 11 Oktober sebagai tarikh untuk memberi keputusantentang jumlah ganti rugi yang perlu dibayar.- BERNAMA


Mahkamah dapati Utusan bersalah fitnah Khalid Samad

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Utusan Malaysia bersalah memfitnah ahli parlimem Shah Alam, Khalid Samad dalam kenyataan yang disiarkan di muka akhbar berkenaan.

Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham Prasad berkata plaintif (Khalid) telah berjaya membuktikan kenyataan itu - yang diambil dari blog ahli parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin - adalah salah.

Hakim bagaimanapun menarik perhatian mengapa ahli parlimen Bandar Baru Kulim itu tidak dinamakan sebagai defendan.


Mahkamah menolak pelindungan bersyarat sebagai pembelaan dalam kes tersebut kerana hakim berkata kehidupan di Malaysia perlu mengambilkira sensitiviti semua kaum, tidak seperti undang-undang di Australia atau United Kingdom.

Dalam penghakiman lisannya, hakim berkata semua defendan bersalah memuat-turun artikel dari blog tersebut tanpa memeriksa kandungannya (berhubung sensitiviti).

Hakim Sandosham menetapkan 11 Oktober untuk mendengar penghujahan tentang gantirugi.

Beliau berkata, mahkamah mendapati menggelar seseorang sebagai Abu Jahal dan sebagai kafir adalah fitnah.

Dalam saman yang difailkan tahun lalu, Khalid, dari PAS, menamakan Utusan Malaysia dan ketua pengarang kumpulan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sebagai defendan.

Ahli parlimen Shah Alam itu mendakwa bahawa pada 11 September 2009, Aziz - selaku ketua pengarang kumpulan kedua-dua akhbar tersebut - dengan niat jahat, membenarkan penerbitan dan pencetakan perkataan fitnah terhadapnya di muka depan akhbar berkenaan.

Beliau juga mendakwa bahawa artikel bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut' secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut. -mk


Ulasan GB

Kewartawanan adalah satu profesion yang mulia. Tetapi apabila etika kewartawanan dicabuli maka jadilah sang wartawan itu manusia paling hina.

Sebelum ini di dalam entri bertajuk Siapa Yang Bakal Terkena Suweh Penyapu?, GB telah ulas. Petikan:

Kumpulan UMNO yang dahulunya ber"kepala lembu" kini "bertopeng dan berpenyapu".

Penyapu dikatakan sebagai sesuatu simbol yang tidak baik. Di dalam adat bangsa Melayu yang dipercayai sebilangan besar ahli UMNO sendiri, ia pembawa suweh... maka dibawalah penyapu ke hari demonstrasi semalam.

Jangan lupa Khir Toyo yang dahulu menghadiahkan penyapu kepada PBT, tiba-tiba beliau yang ditimpa suweh sehingga sekarang tak habis-habis lagi.

Kerana apa? Mentaliti orang Melayu dah anggap penyapu itu pembawa suweh. "Kamu ialah apa yang kamu fikirkan"!

Maka yang akan ditimpa suweh nanti nampaknya bukan Khalid Ibrahim tetapi kepada penghadiah penyapu itu iaitu UMNO Selangor yang berselindung di sebalik nama NGO yang dikenali sebagai GEMPAK dan WARISAN.

Kalau geng kepala lembu sudah menerima habuannya, tak lama lagi geng penyapu dan mangkuk tandas ini bakal menerima apa yang mereka lakukan bersama-sama tokoh pujaan mereka Hassan Ali namanya.

Allah itu Maha Melihat dan Allah itu Maha Berkuasa. Sebenarnya Allah yang akan mengurniakan habuan pembalasan itu, bukan kerana suwehnya penyapu.

Dia juga yang akan menunjukkan siapa sebenarnya yang bertanduk. MB Selangor & Khalid Samadkah atau geng songkok tinggi bersama UG. Di dalam Islam, yang jahat akan terkena balik kejahatan yang mereka lakukan. Di dalam konteks demonstrasi semalam nampaknya UMNO Selangor yang diwakil oleh geng bersongkok tinggi bersama-sama tokoh pujaan mereka Hassan Ali & kumpulan UG bakal terkena "suweh penyapu" itu disertai dengan wartawan-wartawan & akhbar-akhbar yang menjulang tinggi tindakan mereka itu.

InsyaAllah, pemerhatian GB ini tidak silap.

p/s Bagi sesiapa yang disebut tadi nak elak terkena suweh penyapu tu, kenalah hubungi GB, jangan lupa siapkan pengeras sekali. Kalau tak tanggung jer nanti... hehehe


Tunggu, Utusan tetap tumbang, insyaAllah. Saman Mat Sabu menyusul selepas ini.

Najib Naik Bas & Berbasikal, Kos Selenggara Kediaman PM & TPM RM49 Juta Belum Berjawab

Posted: 30 Sep 2011 08:35 AM PDT

Ketika Datuk Seri Najib Razak cuba menonjolkan imejnya berjiwa rakyat termasuk 'menaiki bas' dan berbasikal, Perdana Menteri itu masih gagal menjawab kos selenggara kediaman beliau dan timbalannya yang menelan belanja RM50 juta setahun.

Kediaman rasmi Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria, dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan disewa kerajaan Malaysia.

Keadilan Daily melaporkan, menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, beliau mempersoalkan mengapa kos selenggara kediaman PM dan TPM menelan belanja jutaan ringgit.

"RM200 juta diguna untuk membina kediaman PM dan kenapa akhirnya terpaksa menyewa daripada Putrajaya Holdings. Maintainence (elektrik dan air) sebenarnya tak boleh dari 10 peratus dari kos pembinaan. (Tetapi) Ini RM10 juta setahun, satu angka yang tidak masuk akal," katanya.

Katanya, ia menyerlahkan sikap boros pentadbiran Najib yang gemar berbelanja mewah, tetapi pada masa yang sama cuba menonjolkan imejnya yang berjiwa rakyat.

"Najib dilahirkan dari keluarga yang mewah dan sesungguhnya tidak tahu menahu kesusahan rakyat. Oleh sebab itu pembaziran menjadi sebahagian hidup beliau," katanya yang turut mengaitkan isu pembelian cincin bernilai RM24 juta oleh oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Justeru itu katanya, Ketua Audit Negara perlu memberikan penjelasan.

Menurut Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud yang membangkitkan soalan itu di parlimen sebelum ini, Najib sehingga kini masih belum menjawab isu berkenaan.

"Selepas kita membuat sidang media, tidak ada pihak bagi jawapan balas menjelaskan kepada kita kenapa kos begitu tinggi, macam isu tu disenyapkan begitu sajaha. Itu lah realiti pengurusan di peringkat tertinggi sedangkan Najib mengarahkan rakyat supaya berjimat cermat," ujarnya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menyewa dari Putrajaya Holding yang memerlukan kerajaan membayar secara komited kepada pemaju itu setiap bulan.

"Yang kita tahu, keseluruhan Putrajaya Holding ini disewa bermakna kerajaan mempunyai komitmen bulanan kerana ia bukan aset kerajaan. Jika dibuat kos analiss jangka panjang, saya rasa kerajaan rugi," katanya.

Dalam jawapan bertulis menteri di Jabatan perdana Menteri pada Jun lalu, sejumlah RM48.8 juta dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM33 juta sementara kos baik pulih pula RM3.6 juta setahun.

Lebih memeranjatkan, bil elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya sahaja berjumlah RM10 juta dan bil air pula mencecah RM1.9 juta untuk tempoh yang sama.

Pada Disember 2008, iaitu pada masa pentadbiran perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan menjelaskan sewa bagi kediaman PM di Seri perdana hanya pada sekitar RM4.15 juta. Manakala RM2.74 juta lagi dibayar bagi sewa kediaman TPM di Seri Satria. -HD



Marshanda Kekal Bertudung Setelah Bergelar Isteri

Posted: 30 Sep 2011 06:25 AM PDT

Sebut saja namanya, peminat tentu saja terbayangkan watak penuh emosi dan dramatik, yang sememangnya cukup sinonim dengan wanita muda dikenali sebagai Adriani Marshanda Irwan Yusuf ini.

Begitupun, sejak akhir-akhir ini, minat pelakon berusia 22 tahun bertubuh kecil ini lebih terarah kepada lakonan drama keagamaan serta watak penuh adat sopan.

Tindakannya itu tentulah bersebab. Marshanda yang ditemui ketika penulis mengikuti rombongan liputan pakej Indo Pek di Jakarta baru-baru ini mendedahkan, dia berbuat demikian kerana terdorong untuk menjaga tatasusila sebagai seorang isteri, di samping kesesuaian dengan imej bertudung yang dikenakan.

Jika dilihat lakonannya dalam sinetron Sejuta Cinta Marshanda dan Benci Bilang Cinta, dia tampil manja di sisi bekas kekasih hati, Baim Wong, yang tentu saja membuatkan ramai peminat perempuan di luar sana cemburu dengannya.

Di luar lokasi, isteri kepada pengacara MTV Indonesia, Ben Kasyafani, ini pada hakikatnya mudah menguntumkan senyuman, petah berbicara, malah sentiasa ceria.

Walaupun tampil dengan imej sopan dan bertudung, namun karakter sebenarnya tidak disembunyikan. Malah berdepan dengan wanita kelahiran ibu kota Indonesia ini menyenangkan siapa saja.

"Saya sekarang sibuk dengan kuliah dalam jurusan perhubungan awam, yang diikuti sejak 2008 lagi. Saya juga baru selesai penggambaran sinetron Dari Sujud Ke Sujud dan kini, tumpuan adalah kepada rumah tangga dan kuliah.

"Selepas sinetron ini saya berhenti berlakon selama dua bulan kerana memberi tumpuan kepada peperiksaan yang bermula pada 26 September," kata penuntut Universitas Pelita Harapan, Tangerang, Indonesia ini.

Bagi Marshanda, meskipun bertudung litup, berimej sopan, watak antagonis masih mampu dilakonkannya dengan baik, tetapi dari perspektif yang berbeza sesuai dengan penampilan terbarunya.

Tiada batasan dalam berkarya, itu tanggapan Marshanda sehingga mampu melonjakkan namanya di antara pelakon disegani di Indonesia.

"Bagi lakonan di layar perak, saya lebih gemar karakter yang mencabar berbanding sinetron. Saya pernah mencuba watak antagonis dalam sinetron, tetapi sukar untuk diterima penonton.

"Bagi saya tidak ada karakter tertentu untuk dipilih. Mungkin sesuatu yang kompleks atau mencabar. Apa pun, selagi ada keupayaan untuk membawakan watak itu apa salahnya mencuba," jelasnya yang mula bertudung sejak Jun tahun lalu, selepas terbabit dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.

Dia yang baru enam bulan bergelar isteri turut berazam untuk kekal mempertahankan bidang lakonan, bahkan dia mendapat dorongan positif daripada suami tercinta.

Setelah tujuh tahun meniti perjalanan dalam dunia seni, Marshanda pada hakikatnya lebih menumpukan kepada lakonan sinetron berbanding layar lebar.

Dia berasakan, berlakon di layar lebar kurang memberi impak kepada penonton, berbanding sinetron yang terpaksa menempuh penggambaran berminggu-minggu lamanya.

Karier nyanyian tidak dilupakan

BAKAT lakonan dan nyanyian wanita muda ini bergerak seiring, bahkan Marshanda atau lebih mesra disapa dengan panggilan Chacha tidak pernah meletakkan imej yang dikenakan sekarang sebagai halangan untuknya bergerak aktif dalam bidang seni suara.

Pernah tampil dengan album solo Bidadari dan Marshanda sekitar 2005, dia ingin mengorak langkah lebih jauh lagi agar dikenali dalam dunia muzik.

"Sekarang saya mempunyai album mini untuk nada dering berjudul Sisi Marshanda yang turut memuatkan lagu runut bunyi Dari Sujud Ke Sujud nyanyian saya sendiri.

"Malah saya juga ada tiga lagu muat turun nada dering, Cinta Yang Kembali, Sahabat Diri Sendiri dan Daddy," jelasnya.

Tidak membataskan kebolehannya kepada lontaran vokal semata-mata, Marshanda turut menjinakkan diri dalam bidang penulisan lagu.

Buktinya, dia mencipta sepenuhnya lagu Sahabat Diri Sendiri, yang bergenre balada. Lebih daripada itu, dia turut berhasrat menghasilkan album sendiri.
"Saya mensasarkan, pada tahun depan saya akan mempunyai album hasil ciptaan saya sendiri, tetapi buat masa sekarang saya perlu banyak belajar cara penghasilan lagu.

"Suami tidak pernah menghalang atau melarang saya untuk terus terbabit dalam bidang seni, bahkan dia jugalah yang memberi dorongan kepada saya," katanya yang semakin yakin dengan dirinya selepas mengubah penampilan.
Bahkan sejak tampil dengan imej terbaru, gaya tudungnya kini menjadi ikutan anak gadis di Indonesia.

INFO:Adriani Marshanda Irwan Yusuf
Umur: 22 tahun
Asal: Jakarta, Indonesia
Status: Berkahwin - isteri kepada Ben Kasyafani
Kerjaya: Penyanyi, pelakon, penyampai
Sinetron: Bidadari, Keluargaku Mata Hatiku, Kisah Sedih Di Hari Minggu, Kisah Kasih di Sekolah, Adam dan Hawa, Manis dan Sayang, Hikmah 2, Putri Yang Terbuang, Soleha, Aqso dan Madina, Benci Bilang Cinta, Maha Kasih, Maha Cinta, Hingga Akhir Waktu, Anak Cucu Adam, Sejuta Cinta Marshanda dan Dari Sujud Ke Sujud. -bh

Ada Apa 594 Batang Penyapu Dipacak Depan Parlimen?

Posted: 30 Sep 2011 04:35 AM PDT

Brasilia, Brazil - Sekumpulan aktivis membuat demonstrasi dengan memacak 594 batang penyapu di hadapan bangunan Kongres Kebangsaan Brazil di sini.

Gambar: PEMANDANGAN 594 penyapu yang dipacak di hadapan bangunan Parlimen Brazil di ibu negara Brazil, Brasilia kelmarin.

Tindakan kumpulan aktivis hak asasi manusia, dikenali sebagai Pergerakan Sungai Keamanan itu dibuat sebagai simbolik bagi menggesa pemerintah membasmi gejala rasuah di Brazil.

Jumlah penyapu yang dipacak itu bersamaan dengan jumlah timbalan dan senator yang menganggotai Kongres Kebangsaan Brazil.

Demonstrasi yang sama pernah dilakukan di pantai Copacabana di bandar raya Rio de Janeiro awal bulan ini. - AFP

Noraniza Selamat Dinikahkan Dengan Jeffri

Posted: 30 Sep 2011 02:45 AM PDT

Johor Bahru: "Saya berdoa supaya pernikahan kali ketiga ini yang terakhir, ia juga doa serta harapan dua anak saya, Mohd Alif Haikal Fareez yang berusia 19 tahun serta Mohd Alfeq Haikal yang berusia 15 tahun.

"Berbanding pasangan lain yang berbulan madu, kami berdua merancang mengerjakan umrah bagi mendapatkan keredaan Allah SWT selain ditunjukkan-Nya jalan ke arah pintu kebahagiaan serta kejayaan," kata Ratu Pop Etnik, Noraniza Idris, 43, yang bernikah buat kali ketiga dengan seorang bilal bebas dari Singapura, Jeffri Hudi, 52, di sini, petang semalam.

Dengan dua kali lafaz di majlis akad nikah pada jam 2.45 petang itu, Jeffri yang juga duda empat anak dan Noraniza yang anggun berbaju gaun labuh berwarna putih sah menjadi pasangan suami isteri.

Pasangan berkenaan diijabkabulkan jurunikah merangkap Naib Kadi Johor Bahru, Abu Bakar Watak di tapak 'Program Kahwin-kahwin Masyhur 1Malaysia' di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana.

Majlis pernikahan itu turut disertai keluarga kedua-dua mempelai, kanak-kanak kurang upaya dari Sekolah Pendidikan Khas, Taman Ungku Tun Aminah selain ratusan peminat Noraniza dari seluruh negara.

Biarpun Noraniza yang berasal dari Kluang kelihatan tenang sepanjang majlis berkenaan, dia sebak sejurus Jeffri selesai melafazkan akad nikah itu.

Noraniza atau mesra dengan panggilan Kak Ani menerima lima dulang hantaran dan membalas tujuh dulang manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Hantaran Noraniza kepada Jeffri ialah al-Quran, sirih junjung, songkok, kain pelekat, wangian dan tasbih.

Manakala Jeffri yang mendirikan rumah tangga selepas menduda hampir 13 tahun memberikan Noraniza cincin, sirih junjung, al-Quran, alat solekan dan kain telekung.

Pasangan itu yang mengikat tali pertunangan pada 22 April diijabkabulkan selepas solat Zuhur dengan mas kahwinnya senaskhah al-Quran.

Noraniza berkata, berbanding perkahwinan sebelum ini, pengalaman bergelar raja sehari semalam sesuatu yang paling indah kerana dia berserah sepenuhnya kepada Allah SWT untuk merestui dan memberkati hubungan itu.

"Harapan saya menerusi perkahwinan ini supaya suami sentiasa berada di sisi dan memberi sokongan bagi membolehkan saya mencapai kejayaan termasuk memperluaskan empayar perniagaan keluarga," katanya. -hm

Tiada ulasan: