Jumaat, 21 Oktober 2011

HIDUP DAN HARAPAN

HIDUP DAN HARAPAN


PANAS DI UIA !!!!!!!!!!!!!!

Posted: 20 Oct 2011 11:33 PM PDT


Beberapa orang pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

"Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.

"Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini," kata pengawal keselamatan itu.

Tindakan itu dipercayai bagi membantutkan usaha kumpulan mahasiswa yang mahu berdemonstrasi terhadap UIA yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Sementara itu, wartawan Abdul Rahim Sabri yang tiba di UIA sejak pagi tadi, melaporkan kira-kira 700 mahasiswa sedang berhimpun membantah penggantungan Abdul Aziz.

Perhimpunan itu berlansung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat.

Mereka melaungkan "Hidup Ilmu", "Lawan Kezaliman", "Bebas Aziz Bari" dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan.

Mereka berhimpun untuk menyokong dan mendokong Abdul Aziz dan mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.

Sewaktu mereka hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka menghantar memorandum kepada rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

PELABURAN PERJUANGAN

Posted: 20 Oct 2011 12:08 PM PDT


Gendang pilihanraya semakin hampir nampaknya,mak bermulalah perlumbaan untuk menjadi calon.Berusaha itu tidak salah tetapi jangan sampai melampaui batas dan norma kehidupan.Bercakap isu calon mahupun pengorbanan jelek rasanya nak teruskan,ia kerana ada ahli politik yang menganggap perjuangan mahupun berpolitik ni di samakan pelaburan.Mungkin ia lebih untung dari SKIM CEPAT KAYA yang berada di malaysia.

Apabila merasakan diri sudah banyak berkorban wang ringgit sudah ada yang meminta balasan.Perjuangan tidak mudah,jika mudah sudah tentu ramai orang lain juga akan turut sama berjuang.Ini yang di katakn keikhlasan di dalam melakukan kerja dan juga berpolitik amat di tuntut.Bukannya dengan nada angkuh lagi riak saya 'saya telah mengorbankan 30k kepada parti'.Jika itu yang telah dikeluarkan.so what?......nak jadi calon untuk cover balik duit yang telah di keluarkan?ini yang di namakan barah yang boleh merosakkan sesebuah parti jika atas pimpinan di peringkat atasan mahupun bawahan berfikiran sebegini.

Perlu diingatkan bahawa perjuangan bukannya SKIM CEPAT KAYA yang menjanjikan pulangan.Perjuangan ini murni,seharusnya ia perlu di baja dengan kesungguhan dan bukannya habuan sebagai calon mahupun kedudukan.Bukan jaminan jika berjuangn semestinya kemenangan hadir dalam sekelip mata.Sedarlah wahai politikus yang sedang bermain catur,jika hendak melabur di dalam perjuangan...ambillah duit itu melaburlah ke tempat lain..kerana perjuangan tidak perlukan manusia seperti anda yang mahukan keuntungan politik daripada keikhlasan dalam perjuangan.

PERGILAH MAIN JAUH-JAUH!

HIDUP HARAPAN

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM BERADA DI SERDANG

Posted: 20 Oct 2011 12:03 PM PDT

Tiada ulasan: