Selasa, 11 Oktober 2011

Era Pasca

Era Pasca


Jawatan kosong di KTM Berhad

Posted: 11 Oct 2011 01:14 AM PDT


Jawatan kosong di KTM Berhad
Tarikh tutup 14 Oktober 2011


Application is invited to Malaysian citizen that qualifying to fill job vacancy following:-

1.Juruteknik Semboyan & Komunikasi

Complete advertisement relating this post Jawatan kosong di KTM Berhad

dapatkan lebih banyak maklumat disini: jawatan kosong kerajaan: Jawatan Kosong di KTMB


[N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar)[N/C-2] Castrol Auto Service centre bagi I-Pad! Sini untuk tuntut I-Pad anda![N/C-3] Cipta Permainan anda sendiri di MILO! 10 000 menanti kepada pemenang!

Kisah Benar : Kerana Nafsu Tidur, Isteri Menyesal Sepanjang Hayat (Baca hingga habis)

Posted: 10 Oct 2011 09:39 PM PDT


"SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.

Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.

Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.

Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.

Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan.
Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.

Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan danketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.
"Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang," kata saya.
Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.

Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.

Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.

Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.

Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, 'Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya'.
Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya."

Nukilan..


[N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar)
[N/C-2] Castrol Auto Service centre bagi I-Pad! Sini untuk tuntut I-Pad anda!

[N/C-3] Cipta Permainan anda sendiri di MILO! 10 000 menanti kepada pemenang!

ELAUN TAMBAHAN KHAS.! KHAS UTK MP INI!

Posted: 10 Oct 2011 06:16 PM PDT


Patut lah masa perbentangan bajet baru nih sunyi sikit dewan...

Bagus... kene bagi elaun sebab tolong..

Sebab MP sekor nih tolong diam... kahkahkah

Kalu die bangun kompem melalak2..

kahkahkah



[N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar)
[N/C-2] Castrol Auto Service centre bagi I-Pad! Sini untuk tuntut I-Pad anda!

[N/C-3] Cipta Permainan anda sendiri di MILO! 10 000 menanti kepada pemenang!

POPEJIB NYE GENG BUAT POSTER HINA HUDUD...

Posted: 10 Oct 2011 06:14 AM PDT

Poster tak menunjukkan untuk menakut-nakutkan orang non-muslim untuk membenci hudud..
Poster juga tidak menunjukkan untuk menghalang PAS usahakan hudud..
Poster itu juga tidak pula menghasut orang untuk tidak menerima hudud di negara ini..
Tapi poster ini lebih kepada menghina Hudud dan PAS..

Jadik nak tanya pembaca sekalian yang 'bijaksana'

agak-agak sape yang tak suka hudud dan Pas serta mengatakan takkan buat hudud di Malaysia??

korang baca berita bawah nih..

Pakatan Rakyat mengecam keras tindakan pihak tidak tertentu yang didakwa mengedar risalah memburuk-burukkan pelaksanaan hukum Hudud.

Ketua Pemuda DAPSY, Anthony Loke berkata, pengedaran risalah tersebut merupakan 'satu kerja gila' pihak lawan dalam usaha memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Bercakap pada sidang media di Lobi Parlimen hari ini, Loke yang juga ahli Parlimen Rasah menyatakan, walaupun DAP tidak bersetuju dengan Hudud, namun tindakan memburuk-burukkan hukum Islam ini adalah 'sangat tidak bermoral'.

Turut serta dalam sidang media itu ialah, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof dan ahli Parlimen Teluk Intan, A Sivanesan.

Beliau menunjukkan bukti dua risalah yang diperolehinya di Kuala Lumpur yang diedarkan kepada orang ramai.

Risalah itu menunjukkan gambar kononya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memancung kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sementara satu lagi risalah menunjukkan tangan Pengerusi Perhubungan KeADILan Johor, Dato' Dr Chua Jui Meng dipotong tangannya.

Risalah yang memiliki tulisan mandarin itu diedar juga di Johor dan dibeberapa tempat lain, kata Loke.

Sambil mendakwa ia mungkin dilakukan pihak bertentangan, beliau melihat pengedaran risalah ini hanya untuk mencetuskan ketegangan hubungan antara agama.

Secara khasnya, tindakan mengedar risalah ini adalah satu strategi jahat pihak tersebut untuk memanjangkan isu ini menjelang pilihan raya umum ke-13, katanya.

Sementara itu ahli Parlimen Shah Alam pula berkata, risalah itu sengaja diedarkan bagi memusnahkan imej Islam dimata bukan Islam.

Fokusnya adalah untuk memburuk-burukkan Islam dan menjauhkan bukan Islam terhadap Islam yang sebenarnya mementangkan keadilan untuk semua pihak, katanya.

"Rakyat cuba digambarkan kononnya Hudud yang mahu dilaksanakan PAS sebagai suatu yang amat kejam. Sedangkan ianya bukanlah gambaran sebenar, Hudud bukan sedemikian, ini hanya gambar propaganda untuk memburuk-burukkan Islam, kita amat kecewa
dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini, katanya.

Walaupun terdapat perbezaan dalam Pakatan Rakyat mengenai Hudud, namun DAP yang tidak bersetuju dengan hukum ini tidak menentangnya dengan sikap ekstimis, kata Khalid.

"Namun dipihak lain pula (pihak musuh) cuba menggambarkan kononnya inilah (sambil menunjukkan gambar risalah) sebagai Hudud Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya.

Beliau mahu pihak berkuasa polis segera menyiasat dan mengambil tindakan kepada pihak yang terbabit dengan pembikinan serta pengedaran risalah berbentuk anti agama ini.

Mengulas isu yang sama, Siti Zailah yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat berkata, apa yang dipaparkan dalam risalah itu 'sangat berniat jahat' memburukkan Islam.

Bagi Zailah, jika ia dilakukan oleh orang yang beragama Islam, ia sebenarnya suatu perbuatan terkutuk kerana memburuk-burukkan agama dan hukum hakam agama.

"Saya menyeru agar tindakan tegas diambil segera ke atas pihak terbabit," katanya lagi.

Mana PEMUDA UMNO nak pertahan HUDUD? mana PERKASA nak pertahan HUDUD? Mana PROWARIS? Mana? Mana??? kahkahkah jangan wat kantaoi.... nanti orang tau sape nye keje... kahkahkah
Lepas di BAPTIST KAN MAKIN JADIK2 ANTI ISLAM NYE... kikiki



[N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar)
[N/C-2] Castrol Auto Service centre bagi I-Pad! Sini untuk tuntut I-Pad anda!

[N/C-3] Cipta Permainan anda sendiri di MILO! 10 000 menanti kepada pemenang!



Tiada ulasan: