Era Pasca |
- Jawatan Kosong di Sabah Electricity
- Aduh isteriku... (Baca hingga habis!)
- Paksi REALITI untuk KERAJAAN BARISAN NASIONAL
- DQ : Sokong Utusex Babi Buta
- BAJET NAJIB, ROSMAH DAPAT APA?? TAK REALISTIK!
Jawatan Kosong di Sabah Electricity Posted: 08 Oct 2011 02:02 AM PDT Jawatan Kosong di Sabah Electricity Sdn Bhd tarikh tutup 17 Oktober 2011 Application is invited from malaysian citizen that is capable and qualifying to fill job vacancy as follows: 1.security executive - E12/13 Complete advertisement relating this post Jawatan Kosong di Sabah Electricity Sdn Bhd dapatkan lebih banyak maklumat disini: jawatan kosong kerajaan: Jawatan Kosong di Sabah Electricity (file .pdf) [N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar) [N/C-2] Castrol Auto Service centre bagi I-Pad! Sini untuk tuntut I-Pad anda! [N/C-3] Cipta Permainan anda sendiri di MILO! 10 000 menanti kepada pemenang! |
Aduh isteriku... (Baca hingga habis!) Posted: 08 Oct 2011 12:00 AM PDT "Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!! "Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis. PANGGG!! Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!! Sekian. Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.. Dipetik dari majalah UJANG....... Baca lagi di SINI (Era Pasca Pages) [N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar) |
Paksi REALITI untuk KERAJAAN BARISAN NASIONAL Posted: 07 Oct 2011 09:43 PM PDT Masih ingat tak PENGAKUAN NAJIB MENOLAK HUDUD alasannya TIDAK BERPAKSI PADA REALITI! dan diikuti pula TINDAKAN KURANG AJAR Sister in Islam (SIS) melalui orang penting pertubuhan itu, Zainah Anwar yang secara terang terangan MENOLAK HUKUM HUDUD dilaksanakan di Malaysia. Takpe la, cerita tu kita simpan dulu... Dan akhirnya BAJET 2012 telah dibentang semalam. Akhirnya kepala hotak Najib yang bergeliga buat batu cincin Rosmah tu telah menunjukkkan RAKYAT MALAYSIA APA SEBENARNYA PAKSI REALITI BAGI UMNO-BN. Hari ini seperti biasa, untuk selama 7 hari 7 malam semua media cetak dan media elektronik UMNO-BN akan memuji melambung lambung tentang BAJET yang dibentangkan semalam. Tak tinggal temuramah penjilat penjilat politik KOTOR ni menyokong penuh dan macam macam lagi la seolah olah PERFECT!!! Time ni la nak tengok kat TV tu kononnya rakyat SALUTE GILE kat BAJET 2012, pakcik petani pesawah kata bagus walhal satu hape haram jadah pun dia tak faham sebenarnya, makcik jual karipap pun kata BAJET yang sangat memuaskan walaupun hari hari serba salah nak naikkan harga karipap ke tak sebab makin x untung, silap silap mat ganja pun kene interview! kah kah kaaaaaaaaaaaaaaahh!!! Kalau la PM Malaysia ni bukan ISLAM, satu hal la jugak. Tapi realitinya, PM KITA MEMANG MELAYU BERAGAMA ISLAM! HINANYA SEKOLAH AGAMA RAKYAT DIMATA PEMIMPIN UMNO. SAYUNYA HATI APABILA SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) TERUS MENJADI MUSUH UTAMA NEGARA DAN KERAJAAN MALAYSIA. Korang tengok sendiri dengan mata kat kepala korang sendiri, dengar guna telinga korang sendiri dan nilaikan guna AKAL yang ALLAH berikan pada korang. Bagaimana Sekolah Kebangsaan diberikan bajet RM500juta, Sekolah Tamil, Cina, Mubaligh, MRSM dan semua Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan masing masing mendapat peruntukan sebanyak RM100juta. SEKOLAH AGAMA RAKYAT DAPAT APA PULAK? Aku nak tanya korang, wajarkan Bajet 2012 yg Najib bentangkan di lebalkan "Syumul" yang membawa erti Lengkap, sempurna segalanya...?? Dan apabila KATAK berbunyi... "Pada saya ia merupakan belanjawan yang layak dilabel sebagai belanjawan 'syumul' (menyeluruh)....bla..bla..bla..." Kenyataan pembodek berkepentingan dari YB KATAK BISUL, Zulkifli Nordin Kulim Bandar Baru. ABAH KAU AJAR??!! [N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar) [N/C-2] Castrol Auto Service centre bagi I-Pad! Sini untuk tuntut I-Pad anda! [N/C-3] Cipta Permainan anda sendiri di MILO! 10 000 menanti kepada pemenang! |
Posted: 07 Oct 2011 09:37 PM PDT DQ : Kalau dah Pencacai Selamanya Mencacai.... Sokong Membabi Bute... he3 Ini akan jadi jika Utusex jadi rujukan Melayu Malaysia.. [N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar) [N/C-2] Castrol Auto Service centre bagi I-Pad! Sini untuk tuntut I-Pad anda! [N/C-3] Cipta Permainan anda sendiri di MILO! 10 000 menanti kepada pemenang! |
BAJET NAJIB, ROSMAH DAPAT APA?? TAK REALISTIK! Posted: 07 Oct 2011 06:15 AM PDT DSAI (ketua pembangkang) Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Belanjawan 2012 yang baru sahaja dibentangkan sebagai tidak realistik dan merupakan satu lagi helah menjelang pilihan raya umum ke-13. Belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu juga disifatkan Anwar sebagai "menjanjikan banyak perkara tetapi tiada perincian tentang meningkatkan pendapatan negara atau ketelusan", lapor The Malaysian Insider. "Ia tidak realistik. Amat jelas satu helah pilihan raya. Dalam 10 tahun lepas, anggaran pertumbuhan, defisit dan pelaburan asing sentiasa berbeza dengan angka sebenar," kata Anwar. Najib sebentar tadi mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara tahun 2012 pada kadar 5 ke 6 peratus, satu anggaran yang dikritik penganalisa ekonomi sebelum ini sebagai tidak realistik. Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Kesejahteraan untuk Rakyat pula mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 4 ke 4.5 peratus sahaja. Anwar seterusnya menambah bahawa Najib membentangkan satu belanjawan yang "diciplak dari Pakatan Rakyat tetapi tidak mampu dilaksanakan BN". Antaranya adalah bantuan RM500 wang tunai setahun kepada isirumah dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM3000. Ia hampir sama dengan bantuan RM1000 setahun kepada isirumah yang layak seperti dibentangkan Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Kesejahteraan untuk Semua sebelum ini. KOMEN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT Mahfuz Omar (Pokok Sena) Gembira kerana kerajaan mengambil tawaran-tawaran dalam bajet Pakatan Rakyat, "yang penting rakyat dapat sesuatu." "Tetapi apa yang saya bimbang, banyak bantuan itu bersifat one off. Apakah jaminan bahawa bantuan ini tidak akan ditarik balik selepas ini? "Segala pemberian itu dapat ditarik balik oleh PM mengikut harga minyak yang diumumkan pada masa akan datang." "Tidak bersetuju dengan pengecualian cukai ke untuk pengusaha teksi, sebab yang untung syarikat teks. "Mereka ini yang banyak dapat permit daripada kerajaan, bukannya pemilik teksi individu." Lim Guan Eng (ahli parlimen Bagan) Bantuan yang diberikan kepada rakyat itu kali pertama diberikan. Sebelum ini tidak diberikan langsung, tentulah kita rasa itu amat wajar. Tapi jumlah yang diberikan amat kecil (bantuan untuk warga emas). Lebih baik beri RM1,000 seperti dicadangkan Buku Jingga. Kita tidak tahu apakah ia hanya diberikan setiap tahun atau hanya lima tahun sekali. Hanya masa pilihanraya saja bagi, lepas itu tak ada bagi lagi. Bukan macam negeri Pakatan Rakyat, setiap tahun kita bagi tak kira ada pilihan raya atau tidak. Nurul Izzah (ahli parlimen Lembah Pantai) Saya bimbang, tak tahu kerajaan nak dapatkan dari mana sumbernya untuk perbelanjaannya. Potongan perbelanjaan pun tidak disebut, kemudian mahu ditambah pula elaun untuk ahli parlimen. Kita nak perkasakan parlimen tetapi tidak semestinya dengan naikkan gaji ahli parlimen bila masa rakyat terbanyak sedang susah. Dalam pendidikan, dan juga elaun kepada kerajaan, dan juga bonus kepada pesara itu serupa. Saya tidak tolak, demi rakyat kita terbuka. Pertembungan idea, dasar diambil merupakan idea terbaik demi rakyat. Tian Chua (ahli parlimen Batu) PM sebut budaya politik baru, konfrontasi antara kerajaan dengan pembangkang itu bukan lagi corak budaya yang hendak diteruskan. Kita setuju. Tapi kalau ini hendak diteruskan, bukan saja atas mulut saja. Media harus dibuka supaya kedua-dua pihak dapat berbahas dan membanding. Penekanan Pakatan dalam tiga tahun ini ialah kebajikan. Kita telah berjaya alihkan tumpuan ekonomi dulu, BN dengan projek mega, kini ada persamaan dalam tumpuan kepada golongan bawahan. Orang yang terima gaji lebih rendah, keluarga miskin dapat bantuan. Tapi tak cukup dengan bantuan one off. Lebih penting lagi ialah kukuhkan institusi supaya pembahagian harta negara ini lebih telus dan adil. Kita juga tekankan kecekapan institusi kerajaan di mana rasuah dapat dikurangkan dan ketirisan dikurangkan. Ini tidak banyak ditekankan dalam bajet PM, contohnya pengukuhan SPRM, Suhakam, dan kehakiman. Ini tidak disebut dalam belanjawan. [N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar) [N/C-2] Castrol Auto Service centre bagi I-Pad! Sini untuk tuntut I-Pad anda! [N/C-3] Cipta Permainan anda sendiri di MILO! 10 000 menanti kepada pemenang! |
You are subscribed to email updates from Era Pasca GROUP To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan