DUNIACACAMARBA |
- Hutang Negara: Anwar Sebagai Menteri Kewangan, Najib Sebagai Menteri Kewangan
- Pelancong Jerman DIMAKAN Jurupandu Arah
- Imam Muda DIDAKWA TIBAI Duit Zakat
Hutang Negara: Anwar Sebagai Menteri Kewangan, Najib Sebagai Menteri Kewangan Posted: 28 Oct 2011 01:15 AM PDT Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli seperti yang dilaporkan oleh Keadilan Daily (KD) keadaan hutang negara yang mencecah RM437 bilion, kini berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Beliau mengulas kajian oleh badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) yang membuat jangkaan hutang negara mencecah RM1 trilion pada tahun 2020. Kadar itu diramalkan sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun. "Yang itu memang jelas.. angkanya memang sudah diketahui umum. Namun (masalah) yang lebih besar ialah tak sampai tahun 2020, (hutang) negara sekarang pun di tahap yang sesak," katanya pada Keadilandaily.com. Tegasnya, Akta 637 Akta Pinjaman Tempatan 1959 dan Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983, menetapkan pinjaman tidak boleh melewati kadar 55 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Manakala Akta 403 Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 pula menghadkan pinjaman luar negeri pada RM35 ribu juta pada sesuatu masa. Ekoran itu katanya, "Jikalau hutang bertambah dan kerajaan tak mampu untuk menanggungnya ia akan menjejaskan bukan saja kemampuan kerajaan untuk belanja tetapi akhirnya sampai terpaksa melupuskan aset negara seperti menggadaikan tanah kerajaan," "Sampai satu peringkat, kutipan cukai negara juga tidak lagi dapat menampung bebanan hutang," ujarnya lagi. Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mempersoalkan hutang negara yang kini meningkat sebanyak RM437 bilion, berdasarkan Laporan BNM setakat suku ke 2 tahun ini. Jika unjuran KDNK bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5 peratus, maka kadar keberhutangan negara kini mencecah 53 peratus dari KDNK. Kadar itu jauh lebih tinggi berbanding pada 2007 iaitu sebanyak 42 peratus dari KDNK negara. Manakala kadar hutang isi rumah pula mencecah RM577 bilion iaitu 77 peratus dari KDNK, berbanding pada 1997 hanya 33 peratus dari KDNK. P/s: Hancusss!!! | ||
Pelancong Jerman DIMAKAN Jurupandu Arah Posted: 27 Oct 2011 11:45 PM PDT
DCM ada menyiarkan berita awal tentang kehilangan Stefan Ramin yang dipercayai dimakan oleh puak kanibal di Nuku Hiva, sebuah pulau terpencil di Pasifik. Anda boleh bacanya di sini. Terbaru, The Sun menyiarkan perkembangan terkini kes tersebut dengan mengaitkan Henri Haiti yang merupakan jurupandu arah Ramin sebagai suspek pembunuhan itu. Setakat ini, penemuan gigi di kawasan yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan disahkan milik Ramin, 40. Pihak yang menyiasat kes ini telah menemukan sisa Ramin sekitar 35 kaki dari lokasi kejadian. Selain gigi, tulang dan cebisan anggota yang lain turut dihantar untuk ujian DNA. Mangsa dikatakan dibunuh, dilapah, dan dimakan oleh pembunuhnya. Bahagian badan yang tidak dikehendaki telah dibakar di lokasi pembunuhan. Menurut pendakwa raya pulau itu, Jose Thurel: "Hampir pasti sisa yang ditemukan itu milik Stefan Ramin." Sebelum ini, Haiti dilaporkan cuba memperdaya teman wanita Ramin, Heike Dorsch, 37 agar mengikutnya untuk menyelamatkan Ramin yang dikatakan tercedera. Namun, Dorsch yang mencurigai Haiti enggan mengikutnya. Akibatnya, teman wanita Ramin itu diikat pada pokok dan dicederakan oleh Haiti. Dorsch yang berjaya melarikan diri melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa. Menurut laporan, kanibalisme sudah tidak diamalkan di pulau itu sejak berdekad lalu. Salah seorang saudara Haiti dilaporkan berkata: "Kami mahu tahu sebab dia berbuat demikian. Adakah dia bertindak seperti orang gila?" Setakat ini, Henri Haiti yang menghilangkan diri sejurus kes itu dilaporkan kepada polis masih belum dapat dikesan. -DCM | ||
Imam Muda DIDAKWA TIBAI Duit Zakat Posted: 27 Oct 2011 08:06 PM PDT Saya petik: JOHOR BAHRU – Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penipuan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 pada tahun lepas. Ketika kejadian, lelaki itu dikatakan merupakan seorang imam di sebuah masjid di Kulaijaya dekat sini. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Redzuan Mohd. Said dikatakan gagal menyerahkan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 kepada Majlis Agama Islam Johor. Menurut beliau, lelaki berkenaan mempunyai kad pengenalan bernombor 830803-01-5859 dengan alamat terakhirnya ialah di No. 5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulaijaya. "Suspek telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Johor sebagai Amil Fitrah bagi kawasan Kulaijaya dan difahamkan dia telah berjaya mengutip wang zakat sebanyak RM18,000 pada tahun lepas. "Bagaimanapun, sehingga kini suspek gagal menyerahkan kembali wang zakat kutipan tersebut," kata Mohd. Luthfi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam. Kosmo! difahamkan, laporan telah dibuat oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Kulaijaya sebaik menyedari suspek gagal menyerahkan wang kutipan dan tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan semua kutipan zakat tersebut. P/s: Buat malu kaum saja! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan