Jumaat, 28 Oktober 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Selangor urus air lebih terjamin

Posted: 28 Oct 2011 06:41 AM PDT

Harakahdaily


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor bimbang dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang tidak terkawal dan gagal dikurangkan walaupun pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mendakwa telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkannya.

Pengerusi Jawatankuasa Petap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Elizabeth Wong (gambar) berkata kegagalan Syabas menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan membuktikan syarikat konsesi air itu gagal menjalankan penyelenggaraan paip-paip air dengan baik seperti yang dikehendaki dalam perjanjian penswastaan air antara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi.

"Jika Syabas tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syabas masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang dari 30 peratus.

Katanya, walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 % pada 2009 berbanding 38.43 % pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020.

Tambahnya, tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air bersih di Lembah Klang akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan.

"Laporan Pengkajian Penilaian Aset Air Negeri Selangor oleh Ranhill mendapati, dua loji rawatan air iaitu Kalumpang dan Sg Sireh memerlukan penambahbaikan yang besar manakala 18 lagi loji memerlukan penambahbaikan," katanya.

Ini, ujarnya menunjukkan pengendali loji-loji berkenaan, Puncak Niaga telah gagal melakukan usaha untuk menambahbaik loji-loji rawatan air ini bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi untuk keperluan pengguna.

Justeru, katanya tidak hairanlah jika loji-loji ini berfungsi di bawah kemampuannya sedangkan ia mampu menghasilkan air bersih yang mencukupi jika loji-loji itu dinaik taraf.

Menurutnya lagi, menteri-menteri Kerajaan Pusat lebih ghairah bercakap mengenai keperluaan membina Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2, bagi menutup kelemahan dan ketidakmampuan syarikat konsesi ini yang ada hubung kait dengan Umno.

Beliau menambah, Langat 2 yang dipertahankan kerajaan Pusat dan syarikat konsesi ini hanyalah loji yang membawa air mentah dari Pahang tetapi pembinaannya tidak akan mampu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bersih kepada pengguna.

Katanya, isu yang patut diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat ialah menyegerakan pengambilalihan pengurusan air kepada Kerajaan Negeri Selangor yang sengaja dilewat-lewatkan dan dibelenggu masalah-masalah yang tidak sepatutnya timbul.

Beliau berkata, pengurusan air akan lebih terjamin, terurus dan profesional jika kerajaan negeri diberi mandat untuk ambil alih dari syarikat konsesi kerana kepentingan rakyat lebih diutamakan berbanding keuntungan, tidak seperti syarikat konsesi yang mana keuntungan adalah segala-galanya.

"Jika kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air, kita amat yakin NRW berjaya diturunkan hanya sekitar 10 peratus dan tidak akan berdepan masalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat 10 peratus setiap tahun," ujarnya yang juga Adun Bukit Lanjan.

Katanya, kejadian paip bocor berhampiran Lapangan Terbang Subang baru-baru ini menjadi contoh kepada ketidakcekapan Syabas dalam menyelenggara paip-paip ini.

Tambahnya, ia bukan saja mengundang kesengsaraan kepada pengguna jalan raya malah menyumbang kepada pembaziran air bersih sekali gus meningkatkan peratusan NRW.

"Syarikat konsesi gagal mempelbagaikan teknologi rawatan air seperti rawatan air dalam kontena yang lebih mudah, cepat dan murah berbanding membina Langat 2.

"Teknologi ini juga boleh digunakan untuk merawat air hujan sehingga bersih dan selamat untuk digunakan," ujarnya.

Aktivis PKR, wartawan diserang ketika tinjauan

Posted: 28 Oct 2011 06:39 AM PDT

Harakahdaily


SEPANG: Sekumpulan aktivis PKR diserang beberapa lelaki semasa membuat tinjauan terhadap satu operasi yang disyaki percubaan memberikan kad pengenalan kepada warga asing di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.

Turut diserang krew TV Selangor yang mengikuti tinjaun aktivis tersebut - gerakan 'Jingga 13'.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang semalam, sekumpulan lelaki didakwa menyerang dengan menghentak dan menendang kenderaan aktivis dan wartawan tersebut, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan, lapor TV Selangor.

Namun tiada sesiapa yang tercedera dalam kejadian jam 6.20 petang semalam.

Sebelum itu, Pasukan Pemimpin PKR dari cabang Sepang berkata mereka menerima maklumat dari sumber yang dipercayai berhubung operasi itu dan bertindak membuat tinjauan kasar.

Ketua Cabang Keadilan Sepang, Borhan Aman Shah ketika ditemui TvSelangor berkata operasi tersebut ada kaitannya dengan pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Hari ini ada empat buah bas yang dikenal pasti telah membawa warga Indonesia, saya telah menemu bual pemandu bas dimana beliau telah mengesahkan ada membawa kumpulan warga asing ini dari Greenwood, Gombak. Menurut pemandu bas tersebut, warga asing itu dibawa untuk satu kursus keusahawanan.

"Warga asing ini dikatakan dibawa masuk ke resort untuk mengikuti kursus keushawanan, persoalannya sekarang adakah golongan ini datang ke Malaysia untuk berniaga ataupun untuk bekerja, kalau benar mereka mengikuti kursus keushawanan, atas fakta apa mereka mengikutinya," katanya.

Borhan berkata sekiranya benar terdapat satu usaha untuk memberi IC kepada warga asing, mereka bukan sahaja menjadi warganegara malah akan layak mengundi pada pilihanraya umum akan datang.

"Ini kali kedua, sebelum ini tersebar luas di media dimana enam buah bas memuatkan warga asing masuk ke kawasan ini dan hari ini kita jelas ada empat buah bas.

"Saya tidak menuduh, tetapi perkara seumpama ini tidak seharusnya berlaku."jelasnya.

Ekoran daripada maklumat tersebut, Pasukan Jingga 13 bergerak ke resort itu bersama-sama krew TV Selangor untuk meninjau lokasi yang dimaksudkan.

Setiausaha Gerakan 'Jingga 13', Saifuddin Shafi Muhammad berkata tujuan mereka adalah untuk melihat sendiri sama ada dakwaan yang dimaksudkan itu benar.

"Waktu itu hujan renyai-renyai, kami berhenti seketika di dalam kawasan resort untuk membuat pusing 'u' (ekoran jalan terlalu sempit), kemudian kami diserang dan diancam oleh sekumpulan lelaki, saya menganggarkan lebih kurang lima orang lelaki.

"Tindakan mereka mengamcam kami dari awal membuatkan kami tidak selesa dan bertindak melarikan diri.

"Apa yang sempat kami rakam ialah imej seorang lelaki yang bertindak menyerang kami, saya juga percaya lelaki yang sama ini turut menendang kenderaan wartawan TvSelangor."katanya.

Ekoran kejadian itu, Krew TV Selangor yang terlibat membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, manakala PKR Cabang Sepang telah membuat laporan di IPD Sepang.

3% dapat manfaat, penentangan PPSMI berasas

Posted: 28 Oct 2011 06:38 AM PDT

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa hanya tiga peratus pelajar mendapat manfaat daripada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) membuktikan kebenaran perjuangan menentang dasar tersebut.

Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid berkata, kajian itu sekaligus menafikan dakwaan pihak yang pro PPSMI bahawa ianya memberikan banyak manfaat kepada semua pelajar di seluruh negara.

Sebaliknya beliau berkata, seperti yang dijelaskan pihak yang menentang PPSMI sebelum ini, PPSMI hanya akan memberikan manfaat kepada pelajar di kawasan bandar.

"Yang lebih penting kita tekankan, kalau benar-benar kita nak laksanakan pendemokrasian pendidikan, kita harus menekankan aspek bahasa.

"Majoriti penduduk di Malaysia jauh lebih cepat memahami mata pelajaran Matematik dan sains dalam Bahasa Melayu.

"Oleh itu adalah tidak logik dan tidak demokratik kalau nak laksanakan PPSMI," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Cikgu Azmi yang merupakan salah seorang anggota Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), turut berkata, PPSMI bukan penyelesaian kepada usaha meningkatkan prestasi pelajar dan mewujudkan persaingan di peringkat antarabangsa.

"Kerajaan perlu baiki teknik dan keperluan Bahasa Inggeris kalau betul-betul nak tingkatkan penguatkuasaan bahsa itu.

"Kalau kerajaan kata kita akan payah bersaing dalam bidang ekonomi kalau tidak kuasai Bahasa Inggeris, itu tak betul kerana kita lihat sekarang ekonomi sudah jadi kacau bilau walaupun ramai pakar ekonomi yang menguasai Bahasa Inggeris," katanya yang masih aktif menyampaikan ceramah mengenai PPSMI.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan tetap dengan keputusan untuk memansuhkan PPSMI tahun hadapan jika mengutamakan kepentingan negara.

"Saya patahkan hujah pihak yang pro PPSMI bahawa PPSMI untuk kepentingan negara.

"Saya tegaskan, dengan melaksanakan PPSMI perbuatan merosakkan negara," katanya.

GMP pernah mengajurkan demonstrasi besar-besaran di ibu negara pada 2009 membantah dasar tersebut yang turut disertai Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan pejuang-pejuang bahasa yang lain.

Hishammuddin patut beri penjelasan di parlimen

Posted: 28 Oct 2011 06:33 AM PDT

Muhammad Faizal


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Suhaizan Kayat meminta penjelasan yang sepatutnya dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien pada 2 November nanti adalah pada satu forum khas mahupun di Parlimen bukannya pada Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.

Suhaizan juga memberitahu PSC bertindak untuk mendapatkan lapan tuntutan Bersih 2.0 bagi memastikan pilihan raya nanti bersih dan adil, tindakan Hishammuddin ingin memberi penjelasan pada PSC adalah tidak bersesuaian dengan apa yang beliau ingin terangkan nanti.

"Sebagai seorang menteri beliau sepatutnya memberi penjelasan pada satu forum khusus atau pada sidang parlimen yang sedang berlangsung sekarang. kenapa beliau ingin memberi penjelasan pada PSC, kita mahu dalam satu suasana yang berbeza dan khusus jika hishammuddin tidak mahu memperjelaskan pada sesi perlimen," jelasnya.

Dalam pada itu Suhaizan juga meminta pada penjelasan tersebut KDN perlu menekankan isu berhubung dengan kedatangan 240 orang warga asing di Istana Dugong Country Resort, Sepang Selangor pada 11 dan 12 Oktober lalu yang sehingga sekarang tiada penjelasnya diberikan.

Beliau yang dihubungi juga memberitahu selain dari penjelasan tersebut Hishammuddin perlu menjawab bagaimana wujudnya kad pengenalan klon sehinggakan terdapat di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pemilik kad pengenalan mengundi di dua tempat berasingan.

"Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah Menteri Dalam Negeri sepatutnya memberi tumpuan khusus kepada penjelasan mengenai 240 orang warga asing yang berada di Istana Dugong Country Resort, kenapa dan mengapa mereka berada di situ kerana sehingga sekarang kita tidak mendapat apa-apa penjelasan dari mana-mana agensi kerajaan mahupun kementerian.

"Selain itu juga KDN perlu memberitahu kenapa wujudnya kad pengenalan klon sehinggakan seorang boleh mengundi di dua tempat berasing, apa tujuan sebenarnya dan siapakah yang bertanggungjawab, jika dikenal pasti apa tindakan yang akan dikenakan," jelasnya.

Tambahnya lagi KDN perlu menyenaraikan secara terperinci tentang aktiviti di resort tersebut selain maklumat kad pengenalan klon ini sudah berapa banyak yang ditemui. Dalam pada itu beliau juga mempertikaikan tentang kod 71 yang wujud pada pemberian kad pengenalan baru yang diberikan kepada warga asing berjumlah melebihi 170 ribu orang.

"Kita tidak pasti status sebenar Kod 71 ini dari masa asal mereka, tempat lahir dan juga mewakili negeri mana. Jawapan yang diberikan oleh Jabatan pendaftaran Negara (JPN) adalah tidak memuaskan dan kita mahu KDN memperjelaskannya kembali kerana ini membabitkan maruah negara ini," sambungnya lagi.

Sementera itu, Hishammuddin pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Pembekalan 2012 di Dewan Rakyat pada Isnin yang lalu memberitahu akan memberi penjelasan secara tererinci kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) yang dijadualkan pada 2 november nanti.

Posted: 28 Oct 2011 06:30 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR - Hutang negara berkurang pada zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, namun melonjak selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kementerian itu.

Sepanjang Anwar menjadi menteri kewangan dari tahun 1991 hingga 1998, beliau berjaya mengurangkan hutang negara dan menukar belanjawan kerajaan kepada lebihan pendapatan dalam masa dua tahun sahaja, lapor KeadilanDaily.

Belanjawan itu berterusan sehingga beliau dipecat secara tidak adil pada 1998 oleh pentadbiran Mahathir.

Sebelum pelantikannya sebagai menteri kewangan, Malaysia mengalami belanjawan defisit selama hampir 20 tahun, namun selepas pemecatannya, Malaysia sekali lagi berdepan Belanjawan defisit selama 14 tahun berturut-turut.

Dapatan ini dikeluarkan badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) dalam satu analisa perbandingan antara pentadbiran Anwar dan juga Najib sebagai Menteri Kewangan.

Kajian itu menunjukkan semasa pentadbiran Anwar, hutang domestik berjaya dikekang di bawah RM80 bilion sehingga tahun 1997 dan RM88.197 bilion pada tahun 1998.

"Rekod Anwar sebagai Menteri Kewangan amat impresif. Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan sebenarnya berkurang antara tahun 1992 sehingga tahun 1996 selepas meningkat secara berterusan selama hampir 20 tahun.

"Secara perbandingan, hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan meningkat secara tekal pada kadar lebih 10 peratus setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2008," kata KPRU dalam analisa itu yang dibuat bersama Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Menurut KPRU lagi, hutang negara yang meningkat secara berterusan itu diburukkan lagi oleh Barisan Nasional yang cenderung meluluskan belanjawan tambahan untuk menyorokkan angka hutang dan defisit negara yang terus meningkat saban tahun.

Belanjawan tambahan itu, kata KPRU, sepatutnya hanya perlu diluluskan untuk perkara-perkara yang bersifat kecemasan seperti sekiranya berlaku bencana alam di Jepun.

"Sebagai contoh, dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) dibentangkan Jun tahun ini, pentadbiran Najib dikritik kerana memanipulasi peruntukan emolumen RM1 bilion untuk Kementerian Kesihatan kerana emolumen sepatutnya tidak tergolong sebagai perbelanjaan di luar jangka," kata KPRU.

Ini menyebabkan hutang negara semakin meningkat setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan, kata KPRU.

"Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan adalah RM306.437 bilion pada tahun 2008 apabila Najib mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, Ia meningkat kepada RM362.387 bilion pada tahun 2009 dan RM407.101 bilion pada tahun 2010. Ia diunjurkan mencecah RM455.745 bilion pada tahun 2011.

"Menurut laporan terkini Bank Negara Malaysia pada 30 Jun 2011, hutang Kerajaan Persekutuan kini sudah mencecah RM437 bilion," kata KPRU.- Harakah Daily

PRU-13: Apakah PM dan TPM masih bermimpi?

Posted: 28 Oct 2011 06:28 AM PDT

Maclean Patrick, Malaysia Chronicle


Bila tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan masih menjadi teka-teki semua orang. Namun, ketidaktentuan dan dolak-dalik pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak membuatkan masa berlalu begitu pantas. PRU-13 mesti diadakan sebelum April 2013, tetapi oleh kerana akan ada pilihanraya parti tahun hadapan, pilihanraya umum tergempar akan diadakan dalam tempoh enam bulan terdekat. Samada suka atau tidak, Najib dan timbalannya mula mendekati pengundi dengan cara mereka sendiri.

Sentiasa bermewah-mewahan dan menunjuk-nunjuk, Najib memilih untuk memberikan penyokong pasukan bola satu kesempatan menonton perlawanan bola sepak di kediaman rasminya. Satu langkah bijak mendapatkan sokongan dari rakyat Malaysia kelas pertengahan. Sasarannya ialah menunjukkan yang Perdana Menteri adalah penyokong kuat Manchester United, sering berkomunikasi menggunakan Twitter dan turut menonton konsert musik rock. Perkataan seperti "cool" dan "awesome" telah menjadi kata-kata pengantara buat Perdana Menteri bilamana dia mendekati 'peminatnya'.

Walaubagaimanapun, lain situasinya buat Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Timbalan yang sasa tubuhnya itu sibuk membaiki sampan yang bocor, dan beliau dilihat lebih runsing memikirkan soal hidup-mati UMNO dan BN. Sebagai Timbalan Penegrusi BN, Muhyiddin berkata yang beliau telah bermesyuarat dengan parti-parti gabungan tentang persediaan menghadapi pilihanraya umum. Setakat ini, beliau telah bertemu dengan enam parti gabungan. "Saya takut jika mereka masih berlengah-lengah dalam menyelesaikan masalah, ia akan menjadi satu masalah pula untuk kita," beliau berucap pada satu persidangan media.

Dalam keadaan yang tunggang-langgang

Di tahun 2008, oleh kerana ada persengketaan di dalam parti UMNO, makanya BN kalah di lima buah negeri. Dan masalah ini mungkin akan berterusan menghantui UMNO dan BN di dalam persediaan untuk PRU-13, yang diramalkan berlaku dalam masa terdekat ini.

MCA dan Gerakan terus menjunam jatuh dan memberikan imej buruk kepada diri sendiri dengan ketiadaan haluan, dengan sikap membatu MIC yang jelas terlihat. Dan sebagai kepala gabungan, UMNO telah menyerang penganut Kristian dan adalah satu yang pelik bilamana tiada satupun rakan di dalam BN yang menentang, terutama apabila memikirkan yang penganut Kristian berjumlah sekitar 10% penduduk seluruh negara.

BN sekarang dalam keadaan tunggang-langgang dan mereka arif tentang itu. Mereka juga tahu yang rakyat jelata mengatahuinya. Dengan laporan Audit Negara yang baru dikeluarkan, banyak maklumbalas sudah dilontarkan dari golongan celik IT yang telah mengambil inisiatif sendiri memuat-turun salinan laporan dari laman web, membaca sendiri akan kepincangan seluruh badan-badan dan kementerian kerajaan di bawah Najib.

Legasi Najib

Penderaan kuasa amat berleluasa dan dalam beberapa perkara, ia seperti tangan kanan tidak mengetahui apa yang dilakukan tangan kiri. Dan inilah kerajaan yang akan diwarisi Muhyiddin sekiranya Rakyat Malaysia mengundi BN sekali lagi dalam PRU-13 nanti.

Inilah dia legasi Najib. Sebuah kerajaan yang diwar-warkan hebat tetapi sebenarnya tidak efisien dan porak-peranda menunggu masa untuk tenggelam. Nampak jelas tiada hubungan yang akrab di antara pihak Eksekutif dengan situasi di lapangan. Dari satu bahagian, pihak Eksekutif menyatakan yang rakyat Malaysia akan menikmati barang makanan pada harga rendah – sebagai contoh sepinggan makanan berharga RM3, namun yang sebenarnya ia hampir mencecah harga RM6.

Pihak Eksekutif juga bercakap tentang masyarakat berpendapatan tinggi tetapi bagaimana ianya boleh dicapai jika soal penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah sahaja tidak boleh diselesaikan. Di tambah pula banyak sekolah seperti laporan Audit Negara tidak memdapat air minuman yang bersih kerana tiada belakan elektrik untuk menjana pam air di sekolah.

Bayangkan, institusi-institusi pengajian kita kekurangan benda asas seperti air dan elektrik dan ini masih di Semenanjung. Ini belum lagi kita melihat keadaan sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak!

Masa untuk BN berlayar

Dengan Muhyiddin yang sentiasa sibuk bermesyuarat dengan parti-parti gabungan dan cuba menyelesaikan masalah mereka untuk BN terus berkuasa, Najib sibuk mencari sokongan dari golongan rakyat Malaysia kelas pertengahan. Apa yang diterapkan oleh kedua-duanya sebagai 'harus menang dan harus menang besar' nampaknya hanya sorakan lantang sahaja. Tiada apa yang sedang dilakukan.

Muhyiddin berkata banyak lagi benda yang harus diselesaikan dalam memastikan rakyat benar-benar faham kesungguhan dan keikhlasan BN dalam membantu mereka. Ini adalah satu kenyataan gila dari Muhyiddin. BN telah diberikan waktu selama 50 tahun membuktikan diri sendiri, dan masanya telah tiba untuk rakyat Malaysia mendapatkan perkhidmatan yang lebih dipercayai. Mungkin, masa untuk rakyat Malaysia berikan BN masa untuk bertafakur dan peluang kepada yang lain untuk memerintah.- Malaysia Chronicle

Altantuya tidak tenang sehingga selesai PRU-13 walaupun dibantah ayahnya

Posted: 28 Oct 2011 06:24 AM PDT

Maria Begum, Malaysia Chronicle


Lebih daripada 4 tahun telah berlalu namun mahkamah di Malaysia masih melengah-lengahkan saman bernilai RM100 juta daripada ibu bapa Altantuya Shaariibuu, rakyat Mongolia yang dibunuh di Malaysia yang didakwa mempunyai hubungan dengan kes rasuah yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dan pembelian kapal selam Scorpene daripada syarikat Perancis DCN.

Bapanya Setev Shaariibuu telah menghantar satu lagi surat ke pihak mahkamah Malaysia, tetapi suratnya itu akan mendapat nasib yang sama dengan peringatan-peringatan sebelumnya – disimpan dan didiamkan! Walau bagaimanapun, kali ini, Setev dan isterinya Altantsetseg Sanjaa telah mengambil satu lagi langkah tambahan iaitu merayu kepada pembuat undang-undang Malaysia untuk pengadilan.

"Ahli Parlimen Malaysia yang dihormati, saya ingain kamu memberi perhatian kepada permintaan saya dan menangani isu ini daripada sudut yang bijaksana," kata Setev dalam suratnya yang dihantar melalui penasihat undang-undangnya Karpal Singh, yang juga merupakan MP Bukit Gelugor.

"Ada beberapa perkara penting yang masih tertangguh seperti untuk menyelesaikan pengebumian si mati dan menenangkan rohnya melalui perhatian kepada anak-anaknya yang yatim."

Duit sudah dibayar, kenapa lengahkan upacara pengebumiannya

Di dalam suratnya, Shaariibuu juga berkata dia telah akur dengan semua syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak mahkamah untuk meneruskan kes itu termasuklah dengan meletakkan bon keselamatan sebanyak RM60,000 tetapi masih tiada apa-apa yang dilakukan, walaupun kerajaan Mongolia – yang membayar deposit itu – telah menghantar perwakilan untuk membincang bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu.

"Hakikat bahawa kerajaan kamu tidak mengambil langkah-langkah positif ke atas isu yang dibawa oleh Mongolia mungkin akan memberi impak kepada kepentingan beratus-ratus rakyat Mongolia yang belajar dan tinggal di Malaysia," katanya.

"Di sebalik tawaran daripada kerajaan Mongolia untuk membincang isu ini dengan melantik dan menghantar perwakilannya ke Malaysia, ianya sudah sampai setahun tanpa apa-apa balasan."

Altantuya yang cantik itu berumur 28 tahun ketika dia ditembak di muka dan dibom dengan bahan letupan C4 untuk mengelak dikenal pasti oleh Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar – dua bekas pegawai peribadi Najib. Mereka sekarang sedang menunggu hukuman mati dan menunggu rayuan didengar. Abu Altantuya masih berada di Malaysia, dan kedua ibu bapanya telah berusaha keras untuk membawanya pulang tetapi tidak berjaya.

Antara alasan yang diberi oleh kerajaan Malaysia adalah kedua-dua polis itu sudah membuat rayuan di atas hukuman bunuh mereka. Rayuan mereka ditangguh kerana hakim perbicaraan, Mohd Zaki Yasin, yang mendapati mereka bersalah sehingga hari ini masih belum menulis penghakimannya. Kelewatan hakim itu bukan sahaja menangguhkan polis-polis itu untuk mendapat tarikh pendengaran daripada Mahkamah Rayuan, tetapi juga melambatkan saman yang difailkan oleh ibu bapa Altantuya. Pendakwa kerajaan berkata kes mereka tidak boleh didengarkan sehingga rayuan itu selesai ia mungkin akan 'memprejudis' kes polis-polis itu.

"Saya tidak nampak kenapa hakim itu tidak dapat menyelesaikan penulisan hukumannya. Sudah dua tahun. Saya telah membawa isu ini ke Parlimen tetapi hanya mendapat jawapan bertulis, yang tidak ada guna," Karpal memberitahu pemberita.

Dipaksa lembab sehingga PRU-13 selesai

Karpal dijangka membawa usul di Parlimen untuk mengecam kelambatan kerajaan dalam kes tersebut.

Tetapi di sebalik ketidak adilan yang berlaku, MP-MP BN dijangkan tidak akan menyokong usul itu walaupun kelewatan itu memijak-mijak keadilan disebabkan kerana ibu bapa Altantuya dan pentadbiran Najib tidak mempunyai alasan untuk menangguh upacara pengebumiannya. Malahan, kelihatan jelas seluruh proses itu dipaksa menjadi lembab untuk mengikut kepentingan politik kerajaan BN. Sehinggalah Pilihanraya Umum ke-13 selesai, progres untuk keluarga Shaariibuu atau untuk ketenangan roh Altantuya tidak akan banyak diperoleh.

Altantuya, yang boleh bertutur 4 bahasa termasuk bahasa Russia, telah terbang ke Kuala Lumpur untuk mengambil wangnya sebanyak USD500,000 sebagai komisen yang didakwa dibayar oleh DCN kepada Najib melalui rakan karibnya, Razak Baginda. Altantuya dipercayai telah berjalan bersama Baginda sewaktu perundingan DCN. Dia juga didakwa menjadi perempuan simpanan kepada Baginda dan Najib. Baginda telah mengakui dia adalah kekasihnya, sementara Najib telah berjanji dengan Quran yang beliau tidak mengenalinya.

Menteri Pertahanan di waktu itu, Najib meneruskan pembelian di sebalik bantahan rakyat di atas perjanjian kapal selam yang terlalu mahal itu pada tahun 2002. Pembelian telah mengorek RM7 bilion daripada wang negara dan ada kebimbangan bahawa ini bukan harga akhir. Penyiasatan di Perancis baru-baru ini telah mendedahkan komisen-komisen baru yang telah dibayar, ada yang dikhabar anginkan mencecah 114 juta euro atau RM570 juta yang telah dibayar kepada firma Baginda, Perimekar.

Sementara itu, dalam kes yang berlainan yang difailkan oleh NGO Malaysia Suaram di Paris terhadap DCN untuk memaksanya menbayar semula apa-apa komisen haram yang dibayar kepada pegawai-pegawai Malaysia, termasuklah Najib, yang bertujuan menyelamatkan perjanjian itu, tali gantung sudah pun menghampiri pesalah-pesalah. Hakim penyiasatan akan dilantik tidak lama lagi dan pendengaran terbuka di mahkamah akan dimulakan. Maklumat yang didedahkan sewaktu perbicaraan itu sudah pastinya akan memalukan Najib, dan penasihat-penasihatnya sudah pun berusaha keras untuk mengawal kerosakan apabila perbicaraan di Paris itu bermula nanti. - Malaysia Chronicle

Posted: 28 Oct 2011 06:08 AM PDT

HIMPUN yang tidak Berhimpun

Mujahid Yusof Rawa


Ada berbagai makna yang hendak disampaikan dalam perkataan HIMPUN, dari segi tata bahasa "himpun" bermakna mengumpul sesuatu atau orang di sesuatu tempat. Berhimpun adalah perbuatan di mana terkumpul semua orang atau sesuatu di sesuatu tempat. Sebab itulah kata "perhimpunan" atau "himpunan" ialah keadaan di mana semua orang dikumpulkan untuk menyatakan sokongan atas sesuatu. Menarik kerana nama sayap baru PAS ialah Dewan Himpunan Penyokong PAS atau singkatannya DHPP di mana bukan Islam dikumpulkan dan disatukan dalam sayap ini.

Namun artikel ini tidak akan menyentuh tentang PAS dan usahanya menarik minat bukan Islam untuk menyertainya, artikel ini ialah tentang satu perhimpunan pada 22 Oktober baru-baru ini yang dinamakan sebagai Himpunan Sejuta Umat.

Selalunya bilangan kehadiran akan menjadi kayu pengukur untuk penganjur menyatakan berjaya atau tidaknya sesuatu perhimpunan. Tema sejuta umat sudah tentu menjadi hasrat penganjur untuk mencapai bilangan yang diinginkan, namun dari sudut quantiti HIMPUN tidak mencapai bilangan yang digembar-gemburkan, dikatakan hanya 5,000 orang sahaja yang hadir. Implikasi kehadiran dalam program seumpama ini amatlah besar untuk kita menilai tahap keupayaan mobilisasi penganjur yang sebelum tarikh perhimpunan telah mendapat liputan yang meluas oleh media arus perdana.

HIMPUN tidak dapat dielak dari menjadi mangsa perbandingan dengan perhimpunan BERSIH 2.0, malah ada sesetengah berpendapat HIMPUN adalah untuk mengatasi BERSIH yang bilangan kehadirannya jauh lebih besar walaupun tidak pernah mensasarkan sejuta peserta. HIMPUN juga dikatakan untuk mengalih isu daripada persoalan demokrasi tempang dan penipuan pilihanraya kepada persoalan aqidah yang perlu diselamatkan. Isu agama memang menarik kerana ia merentasi kepentingan politik namun perhimpunan sejuta umat itu telah membuktikan bahawa tema itu tidak mendapat perhatian umat Islam. Apakah yang telah berlaku? Betulkah gagal mencapai sasaran kehadiran HIMPUN diandaikan umat Islam tidak berminat kepada isu Aqidah dan secara perbandingan dengan BERSIH lebih minat isu demokrasi berpilihanraya?

Saya tidak melihat andaian itu tepat, ini adalah kerana persepsi terhadap perhimpunan HIMPUN mempengaruhi kehadiran. Bagi umat Islam, mereka menanggap bahawa HIMPUN ditaja oleh mereka yang mesra UMNO dan kerana itu berasa berat hati untuk hadir. Walaupun isu Aqidah sesuatu yang menarik minat tetapi umat Islam sudah menghidu bahawa HIMPUN adalah agenda pihak tertentu yang lebih minat untuk menonjolkan dirinya dan kumpulannya daripada memperjuangkan persoalan aqidah yang sebenarnya.

Selain dari tokoh seperti Cikgu Azmi dari TERAS, siapakah yang boleh diyakini daripada tokoh yang hadir akan mempertahankan aqidah umat Islam? NGO seperti PERKASA, GPMS dan pertubuhan belia tajaan UMNO tidak pernah dilihat mempertahankan aqidah apabila dikaitkan dengan UMNO. Saya tidak melihat NGO Islam yang lain mampu mobilisasi pengikutnya dalam jumlah bilangan yang ramai, kehadiran mereka hampir tenggelam dengan penonjolan pihak lain atau kehadiran mereka sengaja tidak ditonjolkan.

Pada 19 Oktober saya menulis satu artikel tentang Himpunan Sejuta Umat yang bakal diadakan. Saya mengandaikan ia sebagai satu agenda yang akan diambil kesempatan oleh pihak lain yang terdesak walaupun niat penganjur itu suci dan murni. Dalam Facebook saya, saya menerima komen bertalu-talu yang menganggap saya keterlaluan menuduh niat murni sekretariat, tetapi pada 22 oktober andaian saya seakan-akan betul apabila kehadiran yang mengecewakan itu seolah-olah menjelaskan persoalan persepsi umat Islam terhadap perhimpunan tersebut.

HIMPUN di sebalik niat murni penganjurnya telah memberikan isyarat yang tidak baik.

Pertama, kehadiran melambangkan lemahnya umat Islam dalam isu mempertahankan aqidah. Secara perspektifnya "musuh Islam" akan ketawa apabila melihat keberangan umat Islam sebenarnya hanyalah ribut dalam cawan sahaja.

Kedua, sikap double standard pihak polis yang memberikan kebenaran kepada HIMPUN dan tidak memberikannya kepada BERSIH. Ini sudah cukup memberikan persepsi yang buruk kepada HIMPUN, walhal isu HIMPUN lebih mendatangkan sensitiviti kepada perpaduan nasional berbanding dengan BERSIH yang secara spesifik menyinggung persoalan demokrasi berpilihanraya yang merentasi semua kaum dan agama.

Ketiga, isu yang diketengahkan di negara ini ditentukan oleh UMNO dan bukan oleh tuntutan massa. Selagi ia menguntungkan UMNO maka Polis dan lain-lain terpaksa tunduk, selagi ia memudaratkan UMNO maka isu itu akan dianggap berbahaya kepada keselamatan awam. Negara kita sudah dijajah oleh UMNO, hanya penjilat sahaja yang akan diberi layanan baik manakala penentang walaupun merupakan aspirasi ramai akan dituduh sebagai pengkhianat negara yang akan mencetuskan huru-hara.

Ada seorang sahabat bertanya kepada saya mengapa PAS tidak menyertainya? Saya menjawab ringkas, soal pembelaan aqidah sememangnya sinonim dengan PAS. PAS sudahpun mengatakan kebimbangannya sejak 20 tahun yang lampau malah Presiden PAS telahpun membawa usul adanya rang undang undang murtad bagi memelihara aqidah umat Islam. Sahabat ini terus bertanya kalau begitu mengapa tidak bersama? Saya menyatakan, perjuangan kami sampai ke tahap yang lebih matang, kami telahpun mengadakan dialog dengan pihak gereja dan lain-lain agama sebagai hasrat membentuk hubungan agama yang lebih damai, ini bukan bermakna PAS cair dalam sikapnya tetapi kami lebih suka melakukannya dengan cara bersemuka dan dialog. Kepimpinan PAS lebih bijak membaca suasana politik daripada mereka yang berjangka pendek dan tidak arif selok belok politik. Saya bertanya balik kepada sahabat saya, bolehkah dibayangkan kalau Mursyidul Am PAS mengarahkan semua ahli PAS turun dalam program HIMPUN? Mungkin stadium Shah Alam tidak akan dapat menampung kehadiran ahli PAS yang ramai, bolehkah anda bayangkan besarnya peranan PAS dalam menyelamatkan Aqidah umat Islam?

*Mujahid Yusof Rawa adalah ahli parlimen Malaysia, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.

AJK Umno Gua Musang pilih calon PRU

Posted: 28 Oct 2011 06:07 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Ini termasuklah dalam menentukan kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai penyandang kerusi Parlimen Gua Musang.



GUA MUSANG: Tengku Razaleigh Hamzah berkata pemilihan senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding kerusi Parlimen dan negeri di kawasan Gua Musang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dibuat oleh anggota jawatankuasa Umno bahagian itu tanpa campur tangan beliau.

Katanya ini termasuklah dalam menentukan kedudukan beliau sendiri sebagai penyandang kerusi Parlimen Gua Musang.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian itu berkata jawatankuasa itu diberi kuasa penuh untuk memilih menerusi undian bagi menentukan calon BN yang boleh menang majoriti besar.

"Dalam mesyuarat bulanan Umno bahagian itu sebulan lalu, kita sudah adakan undian senarai nama mereka yang dipilih rakyat untuk bertanding sebagai calon BN kerusi Parlimen Gua Musang dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Paloh dan Nenggiri.

"Keputusan undian itu sudah saya hantar kepada pucuk pimpinan parti di Ibu Pejabat Umno Kuala Kuala Lumpur dan tunggulah keputusan dibuat nanti," katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Dengan Ketua Peti Undi Paloh, di Dataran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh Satu, dekat sini, hari ini.

Tidak mahu dituduh

Tengku Razaleigh berkata kaedah pemilihan calon menerusi undian di peringkat AJK bahagian itu sebagai saluran terbaru bagi membuktikan ketelusan memilih mereka yang layak dan diterima rakyat.

Katanya beliau tidak mahu dituduh orang yang berkuasa menentukan calon bagi kerusi terbabit pada PRU ke-13 nanti kerana matlamat Umno bahagian dan pucuk pimpinan parti ialah supaya kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN menang besar.

"Kita juga menyerahkan kuasa kepada ketua peti undi bersama ahli jawatankuasanya mengatur segala agenda bagi melancarkan perjalanan PRU nanti dan kita diperingkat bahagian hanya memantau perjalanannya," katanya.

Beliau berkata langkah berbuat demikian bagi memberi semangat baru kepada pemimpin Umno di peringkat akar umbi yang paling hampir dengan pengundi menjalankan tugas serta amanah kemenangan.

"Kita bahagian pertama menjalankan kaedah itu sebagaimana yang kita laksanakan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Galas November tahun lalu hingga mencapai kemenangan," katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, Adun Galas, Aziz Yusoff, Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Gua Musang, Muhammad Zahari Othman dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian, Zamzani Harun.

Laporan audit: Syarikat kerajaan Johor tidak memuaskan

Posted: 28 Oct 2011 06:06 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Tiga syarikat berkenaan ialah YWJ Citra Holdings Sdn Bhd; Johor Skills Development Centre Sdn Bhd dan Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn Bhd.


PETALING JAYA: Tiga syarikat milik kerajaan negeri Johor dikesan diurus dalam keadaan tidak memuaskan dan dua mengalami kerugian, menurut lapuran ketua audit negara 2010.

Tiga syarikat berkenaan ialah YWJ Citra Holdings Sdn Bhd; Johor Skills Development Centre Sdn Bhd dan Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn Bhd.

Prestasi kewangan YWY Citra tidak memuaskan kerana mengalami kerugian bagi tahun 2007 hingga 2009.

Kedudukan aset dan liabiliti juga tidak memuaskan kerana modal keraja pada tempoh sama semakin kurang nilainya.

Syarikat juga tidak mempunyai sumber pendapatan dan belum mendapat pulangan dari aktiviti perladangan dan hartanah yang diceburi.

"Bangunan rumah kedai miliknya masih belum ada penyewa, selain kelemahan pengurusan dan pekeliling tidak dipatuhi," kata lapuran audit berkenaan.

Kurang pelajar

Bagi Syarikat Johor Skill pula, kelemahan-kelemahan yang dikesan termasuk pihak syarikat telah membuat tuntutan ke atas pelajar yang telah berhenti.

Syarikat juga masih mengenakan yuran tambahan sedangkan kerajaan telah membiayai semua yuran.

"Bilangan pelajar yang mengikuti kursus tidak mencapai sasaran, manakala peralatan bantuan mengajar yang dibeli pada bulan September 2010 masih belum dibekalkan," kata lapuran itu.

Kumpulan Pendidikan YPJ telah mengalami kerugian dari tahun 2007 hingga 2009 dan modal kerja serta ekuiti yang negatif.

Manakala beberapa syarikat subsidiarinya tidak menjana keuntungan dan tidak aktif, selain pengambilan pelajar yang sedikit.

Perak: Bersara tapi masih dibayar gaji

Posted: 28 Oct 2011 06:04 AM PDT

Ia berlaku kerana bahagian kewangan lewat mengambil tindakan, silap mengira jumlah pelarasan dan tiada tindakan untuk mengutip semula.



PETALING JAYA: Seramai lapan pegawai dari tiga jabatan kerajaan di Perak dibayar emolumen sebanyak RM18, 768 walaupun tidak berhak dibayar kerana bersara, meletak jawatan, cuti tanpa gaji dan ditahan emolumen.

Ia berlaku kerana bahagian kewangan lewat mengambil tindakan, silap mengira jumlah pelarasan dan tiada tindakan untuk mengutip semula.

Bagaimanapun, setelah jabatan audit membuat teguran, Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) telah mengutip RM1, 619 dari seorang kaki tangan manakala seorang kaki tangan lain diberi peringatan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga mendapati 11 pegawai kerajaan kumpulan sokongan membabitkan tujuh jabatan terlebih bayar sebanyak RM9, 234 imbuhan tetap khidmat awam (ETKA) tahun 2006.

Bagi tahun 2007, empat pegawai dari dua jabatan didapati terkurang bayaran ETKA berjumlah RM1, 500.

Dibayar 2 kali

Semakan audit terhadap enam jabatan kerajaan mendapati, 14 pegawai terlebih bayar imbuhan tetap perumahan (ITP) dan bantuan sara hidup (Cola) sebanyak RM32, 977.

Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010, RM631, 24 juta dibayar kepada pegawai kerajaan negeri Perak.

Lapuran audit juga mendedahkan 13 pegawai dari 10 jabatan memerima bayaran emolumen dua kali berjumlah RM49, 333.

Perkara ini berlaku kerana jabatan tidak mengemaskini rekod emolumen, kawalan dalaman tidak berkesan dan kurang pemantauan.

Konflik PPSMI, PAGE enggan undur

Posted: 28 Oct 2011 06:01 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Pengerusinya, Noor Azimah Abdul Rahim berkata, sejak penubuhan petisyen secara online dua minggu lalu, pihaknya berjaya mengumpulkan lebih 100, 000 sokongan ibu bapa terhadap PPSMI.



PETALING JAYA: Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) akan menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dijalankan di negara ini

Pengerusi PAGE, Noor Azimah Abdul Rahim berkata, sejak penubuhan petisyen secara online dua minggu lalu, pihaknya berjaya mengumpulkan lebih 100, 000 sokongan ibu bapa terhadap PPSMI.

Menurutnya PAGE bertindak untuk memperkasakan pelajar-pelajar Melayu agar mahir Bahasa Inggeris dalam sains dan teknologi maka beliau menggesa kerajaan mencari jalan penyelesaian baru berhubung hal itu.

"Hal ini sudah merebak ke negeri-negeri lain seperti Selangor, Sabah dan Pulau Pinang. Jelas bahawa bukan PAGE sahaja yang mahu pilihan untuk meneruskan dasar PPSMI, malah kumpulan ibu bapa ini berfikiran sama.

"Contohnya di Petaling Jaya, Selangor saya difahamkan terdapat 200 orang ibu bapa berkumpul dan memberi pandangan agar wujud peluang meneruskan PPSMI. Mereka (ibu bapa) merasa tertekan. Kerajaan pula tidak mendengar apa kata mereka. Kerajaan perlu buat sesuatu sebelum perkara ini di luar kawalan.

"PAGE akan terus menunggu jawapan daripada pihak menteri dan kami akan hantar memorandum dalam masa terdekat.Kita akan hantar petisyen secara online yang kami jalankan. Setakat yang kami peroleh daripada PAGE dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) adalah lebih 100, 000 nombor telefon ibu bapa yang menyokong PPSMI," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Autonomi kepada sekolah

Sebelum ini PAGE dan JMM menggesa agar diberikan autonomi kepada sekolah untuk memilih PPSMI berdasarkan kajian mereka yang mendakwa sebahagian besar guru dan ibu bapa mengharapkan agar PPSMI dilaksanakan semula.

Ujar Noor Azimah cukup mengecewakan apabila statistik menunjukkan 80 peratus pelajar tidak dapat menghabiskan pelajaran di tahap yang lebih tinggi iaitu dalam peringkat diploma dan ijazah.

Katanya pendidikan di Malaysia ketinggalan kerana kekurangan bahasa ilmu dalam bidang sains dan teknologi.

"Kita ketinggalan sebab kita kekurangan ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Mungkin belajar Bahasa Inggeris membuatkan pelajar lebih mudah untuk memahami dan meneruskan pelajaran dalam bidang tersebut. Jika nak bandingkan negara maju seperti Jerman dan Jepun yang menggunakan bahasa ibunda mereka…kita perlu tanya diri sendiri di mana tahap Bahasa Melayu sekarang?

"Bahasa ilmu di dunia seperti Mandrin,English (Bahasa Inggeris), Jerman dan lain-lain…tapi Bahasa Melayu di mana? Kita belum mencapai tahap itu, Malaysia adalah negara pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) Hasni Abas semalam yang mengatakan negara-negara maju tidak mempunyai masalah menggunakan bahasa ibunda mereka dalam pembelajaran ilmu.

Turut dilaporkan media hari ini apabila 49 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus mempertahankan PPSMI dan mahu agar kerajaan bertindak tegas di atas sebarang desakan untuk mempertimbangkan semula pelaksanaanya.

KITA Sabah tak jejas BN, kata Lajim

Posted: 28 Oct 2011 05:58 AM PDT

Kehadiran parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) di Sabah tidak akan menjejaskan kedudukan serta kekuatan BN, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin.

Katanya berdasarkan pengalaman, mereka yang terkeluar daripada arus perdana politik negara sukar untuk mendapat sokongan kecuali bekas Ketua Menteri Sabah Tun Datu Mustapha Datu Harun yang pernah jatuh tetapi mampu bangkit semula dalam arena politik.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Majlis Perundingan Koperasi peringkat Parlimen Beaufort dan seminar Tranformasi Tadbir UrusKoperasi di Beaufort semalam, Lajim berkata kehadiran KITA tidak akan memberi impak yang besar terhadap lanskap politik negeri.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat KITA untuk meletakkan calon di semua 60 kerusi negeri dan 25 kerusi Perlimen pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak pasti apa tujuan mereka untuk bertanding di Sabah pada pilihan raya akan datang. Ini kerana sudah ada parti-parti dari Semenanjung yang sudah ternama layak dan mendapat sokongan bertanding di negeri ini," kata Lajim.

Beliau berkata rakyat Sabah sudah matang berfikir untuk menentukan parti yang mereka sokong terutama BN yang berjaya menstabilkan politik di negeri itu sekali gus memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai projek pembangunan demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.-- Bernama

MCA: Bantah konsert Elton John ceroboh hak bukan Islam

Posted: 28 Oct 2011 05:53 AM PDT

MALAYSIA KINI

Pemuda MCA mendakwa Pemuda PAS mempolitikkan aktiviti sosial dan bakal menjejaskan sektor pelancongan di negara ini.

Setiausaha agungnya, Chai Kim Sen mengulas desakan Pemuda PAS supaya konsert Elton John bulan depan diharamkan kerana mendakwa penyanyi homoseksual itu menggalakkan gaya hidup hedonisme.

NONE"Pemuda PAS telah tidak henti-henti menimbulkan masalah, dan mereka seolah-olah mendiskriminasikan sektor hiburan, khususnya penghibur dari negara-negara Barat.

"Pemuda PAS juga banyak memberi alasan yang tidak masuk akal bagi membantah konsert," kata Chai (kanan) dalam satu kenyataan media.

Beliau membidas PAS kerana cuba mencampurkan politik dengan agama dan pada masa yang sama menempelak DAP kerana mendiamkan diri tidak menegur rakannya itu.

"Dengan membantah terhadap konsert Elton John itu, mereka telah mencerobohi hak-hak ke atas orang bukan Islam.

"Rakyat perlu untuk melindungi diri mereka dan hak-hak orang bukan Islam mesti dipelihara bagi membantu negara bergerak ke hadapan di peringkat antarabangsa," kata Chai sambil mendakwa DAP tidak mampu berbuat apa-apa berhubung keputusan yang dibuat oleh PAS.

NONESelasa lalu, Ketua Pemuda PAS Pahang, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz menggesa kerajaan membatalkan konsert John yang dijadualkan di Genting Highlands pada 22 November ini kerana mendakwa penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Penyanyi warga British itu secara terbuka pernah mengakui dirinya 'gay' dan telah melangsungkan perkahwinan sesama jantina pada tahun 2005 selepas undang-undang di Britain membenarkan perkara itu.

PAS sering membuat bantahan berhubung konsert dengan mendakwa artis Barat menggalakkan seks secara rambang dan mencemarkan pemikiran anak-anak muda.

Bagaimanapun di sebalik ancaman bantahan itu, kebanyakan konsert diteruskan kerajaan persekutuan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini meskipun penganjur terpaksa mematuhi peraturan yang ketat, termasuk tidak memakai pakaian yang terlalu mendedahkan dan bercium atau bercumbuan di atas pentas.

PKR S'gor: Gantung lesen peniaga tindakan kejam

Posted: 28 Oct 2011 05:10 AM PDT

MALAYSIA KINI

PKR Selangor hari ini mencabar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar supaya menarik balik sekatan yang didakwa telah dikenakan ke atas sekumpulan peniaga, termasuk seorang ibu tunggal daripada berniaga di tapak pasar tani Shah Alam.

Ketua penerangan PKR negeri, Shuhaimi Shafiei berkata Noh perlu memberikan tempat semula kepada individu berkenaan dalam tempoh tujuh hari untuk membuktikan bahawa menteri berkenaan benar-benar mendahulukan rakyat.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Noh perlu bertanggungjawab ke atas nasib yang ditimpa individu berkenaan kerana "surat penggantungan ini pasti dibuat atas restu menterinya."

ADUN Sri Muda itu juga berkata, Noh perlu memastikan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memansuhkan penggantungan lesen pada Oktober dan November itu dengan segera.

"Peniaga ini memerlukan tapak niaganya semula kerana itu sahaja punca pendapatannya. Ke mana dia harus pergi jika tapak niaganya digantung? Apakah Noh Omar mahu membiayai semua keperluan peniaga ini dan keluarganya?," soalnya lagi.

Shuhaimi turut mengulangi permintaannya supaya Noh menjelaskan dakwaan penggantungan lesen yang disifatkan "kejam" kerana menyekat rezeki individu tersebut.

Ibu kepada tiga anak itu merupakan antara sekumpulan individu yang didakwa telah dikenakan tindakan berkenaan, atas alasan tidak menghadiri satu program anjuran kementerian tersebut pada 19 September lalu.

"Apakah wajar anak-anak peniaga ini dibiar menjadi mangsa kelaparan kerana tiada wang untuk berbelanja atas ketidakhadiran ibunya berbaris menyambut Noh Omar?

"Kesalahan ini pun belum tentu dapat dibuktikan tetapi hukuman telah dijalankan. Undang-undang dan peraturan manakah yang agensi di bawah kawalan kementerian guna pakai?," soalnya lagi.

SPR cadang benarkan beberapa sektor undi awal

Posted: 28 Oct 2011 05:09 AM PDT

MALAYSIA KINI

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang membenarkan pemilih yang berkhidmat dalam beberapa sektor pekerjaan seperti media, perubatan, penerbangan dan cari gali minyak mengundi secara pos atau mengundi awal bersama polis dan tentera pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

NONEPengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) berkata cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang sebelum ini turut menilai beberapa cadangan lain seperti pengunaan dakwat kekal atau biometrik.

Jika cadangan dipersetujui, rang undang-undang pindaan peraturan dan undang-undang berkaitan termasuk membolehkan pengundian awal akan dibentangkan di Parlimen, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Taklimat PRU-13 kepada 24 Pegawai Pengurus dan 105 Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi negeri ini di Ipoh, hari ini.

Abdul Aziz berkata jika sempat kesemua cadangan itu boleh dilaksanakan pada PRU-13.

"Kita faham ada beberapa kumpulan media yang tidak dapat pergi mengundi kerana tugas, jadi adakah kita nak biarkan begini? Oleh itu, kita fikir patut buat perubahan supaya mereka ini mengundi pos atau mengundi awal, cadangan ini akan dibawa ke dalam jawatankuasa berkenaan nanti. Sebenarnya, bukan saja media tetapi juga petugas di pesawat seperti pramugari dan pramugara, jururawat dan petugas di pelantar minyak," katanya.

azlanBeliau berkata SPR sedang menjalankan kajian berkenaan cadangan-cadangan itu sama ada sesuai dilaksanakan tetapi ia bergantung kepada pindaan peraturan dan undang-undang.

Abdul Aziz berkata cadangan itu turut membabitkan petugas SPR yang akan diberi pilihan sama ada mahu mengundi awal atau pada hari mengundi sebenar.

Beliau berkata jawatankuasa berkenaan juga akan membincangkan pelbagai perkara lain seperti peraturan terbaik semasa proses penamaan calon, kempen dan hari mengundi supaya tidak menimbulkan masalah.

Jawatankuasa berkenaan, katanya, telah diberi masa enam bulan iaitu hingga April ini untuk mengemukakan cadangan penuh tetapi ia boleh mengemukakan cadangan sementara kepada SPR atau meminta melanjutkan tempoh itu jika perlu.

Mengenai taklimat berkenaan, Abdul Aziz berkata Perak adalah negeri ketiga taklimat diadakan selepas Selangor dan Kelantan.

Bagaimanapun, beliau berkata penganjuran taklimat itu bukan petanda PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat, apa yang pasti pilihan raya mesti diadakan selewat-lewatnya 28 Jun 2013 iaitu selepas tarikh terbubarnya Dewan Rakyat secara automatik pada 28 April tahun sama.

Berucap sebelum itu, Abdul Aziz berkata sebanyak 20,924 petugas akan terbabit dalam PRU-13 di Perak.-- Bernama

PKR S'gor: Hutang petani RM110 juta tetap 'ketirisan'

Posted: 28 Oct 2011 05:06 AM PDT

MALAYSIA KINI

Ketua penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata jumlah insentif kepada petani yang masih gagal dibayar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tetap merupakan satu ketirisan walau dijelaskan menteri sebagai satu hutang.

Shuhaimi berkata, penjelasan menteri berkenaan, Datuk Seri Noh Omar berhubung kegagalan kementerian membayar insentif RM110 juta kepada petani tersebut juga satu "respons mentaliti rendah."

Jelasnya, bayaran itulah yang sepatutnya diutamakan kementerian dan bukannya projek-projek lain.

"Apakah bukan satu ketirisan dalam pentadbiran Noh Omar apabila dengan nyata menteri (berkenaan) menyegerakan untuk melaksana sebanyak 135 projek kepada 1,746 subprojek tetapi berhutang pemberian insentif kepada petani kecil dan miskin?

"Sepatutnya insentif kepada petani ini didahulukan berbanding pelaksanaan projek terpilih yang mana boleh dikaji keutamaannya.

"Insentif kepada petani yang susah, kepada orang miskin boleh berhutang, boleh ditangguh, boleh dikurang, tetapi projek kepada kroni jika perlu boleh pula dipohon bajet tambahan tanpa perlu menunggu bajet baru," dakwa Shuhaimi lagi.

Beliau berkata demikian dengan merujuk Laporan Ketua Audit Negara yang turut mendedahkan bahawa kementerian telah membelanjakan RM2.906 bilion – lebih RM11.94 juta daripada peruntukan sebanyak RM2.894 bilion.

Noh Omar dalam kenyataannya pada Rabu lalu menyifatkan Shuhaimi "cuba berlagak pandai" dalam isu berkenaan apabila membangkitkan perkara itu sehari sebelumnya.

"Saya sarankan supaya beliau belajar makna ketirisan dan hutang terlebih dahulu. Beliau perlu membaca lebih teliti Laporan Audit Negara sebelum membuat kenyataan tidak cerdik yang boleh memalitkan arang di mukanya sendiri," kata Noh.

Noh yang juga timbalan pengerusi BN Selangor berkata, laporan berhubung kegagalan kementeriannya tidak membayar insentif berjumlah RM110 juta itu pula "bukan bermaksud berlaku ketirisan."

"Apa sebenarnya berlaku adalah wang peruntukan untuk petani tersebut telah habis dibayar selaras dengan bajet yang diperuntukkan kepada kementerian.

"Malangnya jumlah insentif adalah melebihi jumlah yang yang diperuntukan oleh kerajaan dan ini bermakna kerajaan masih berhutang lagi dengan petani dan peruntukan telahpun diberikan oleh perdana menteri pada bajet 2012 untuk menyelesaikan baki tersebut," kata Noh lagi dalam kenyataan yang dimuatkan di www.nohomar.net.

Selain isu insentif kepada petani berkenaan, Noh juga berdepan dengan isu melibatkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Noh dijangka akan menjawab isu berkenaan dalam penggulungan bahas di Dewan Rakyat minggu depan.

Boikot ayam bukan penyelesaian terbaik

Posted: 28 Oct 2011 05:03 AM PDT

MALAYSIA KINI

Tindakan memboikot pembelian ayam bukan penyelesaian terbaik dalam isu kenaikan harga ayam, sebaliknya persatuan pengguna mencadangkan agar pengguna mengurangkan pembelian dan pemakanan ayam.

"Jika kita makan ayam lima kali seminggu kita kurangkan tiga kali itu sudah cukup...susah jika kita tidak mahu makan terus sebab ayam antara makanan utama kita rakyat Malaysia," katanya Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N Marimuthu ketika dihubungi Bernama hari ini.

sellers meat 090805 chicken sellerBeliau berkata jika pengguna dapat mengurangkan pembelian dan pemakanan ayam, permintaan terhadap ayam dalam pasaran akan berkurangan seterusnya dapat menurunkan harga ayam.

Kenaikan harga ayam selepas musim perayaan mungkin disebabkan harga siling ayam yang ditetapkan pada musim perayaan kerana pengusaha dan penjual ayam memerlukan satu mekanisma untuk meraih kembali keuntungan mereka, katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna agar mengambil resit pembelian ayam jika harga yang dikenakan terlalu tinggi dan membuat aduan kepada kementerian berkenaan dengan disertakan resit pembelian.

Marimuthu berkata penguatkuasaan terhadap harga siling ayam juga perlu sentiasa dilakukan agar harga ayam tidak membebankan pengguna pada masa ini dan masa hadapan.

sausage dilema ppim pc 290305 unamusedSetiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Ma'amor Osman (kanan) berkata tindakan memboikot pembelian dan pemakanan ayam akan menjejaskan peniaga kecil ayam di negara ini.

"Peniaga kecil ini beli ayam bayar tunai kepada penternak, bila boikot peniaga kecil ini terbeban dengan stok yang banyak. Peniaga besar tidak terjejas sangat kerana mereka ada cara simpan stok ayam untuk tempoh lama," katanya.

Beliau berkata selain memantau harga ayam di pasaran, kerajaan juga perlu memantau kos penternakan ayam kerana kos itu mampu memberi kesan yang besar kepada harga ayam di pasaran.

Kerajaan perlu memastikan harga siling ayam yang ditetapkan bersesuaian dengan kos penghasilan serta kos lain bagi mengelakkan penternak, peraih dan peniaga ayam 'gulung tikar'.

Tindakan mengimport ayam dari negara lain bukan penyelesaian terbaik kerana harga ayam di negara seperti Thailand, Singapura dan Indonesia jauh lebih mahal selain turut melibatkan isu halal.-- Bernama

Peniaga buat laporan polis dakwa dianiaya PKNM

Posted: 28 Oct 2011 05:00 AM PDT

Elissa Helmy
Sebelas peniaga kraftangan dan makanan Taman Mini Malaysia, di Ayer Keroh, Melaka membuat laporan polis kerana mendakwa mereka dianiaya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).

malacca 01 traders police reportMalaysiakini difahamkan, sebelum ini mereka pernah menerima surat daripada pihak terbabit hampir setahun lalu yang mengarahkan kesemua peniaga terlibat mengosongkan premis masing-masing bagi memberi laluan kepada projek pengubahsuaian Taman Mini Malaysia.

Namun, peniaga mendakwa setakat ini belum ada sebarang kata putus berhubung proses pengosongan itu dan lokasi sesuai untuk memindahkan peniaga terlibat.

Sehinggalah 1 Ogos lalu, kesabaran peniaga yang rata-ratanya bumiputera diuji, apabila PKNM mula menutup operasi Taman Mini Malaysia.

Seorang peniaga, Mohammad Ali, 55, menjelaskan sejak tindakan itu, peniagaan beliau dan rakan-rakan terus merosot.

Beliau mendakwa pihak terbabit kemudian bertindak memasang kepungan di hadapan premis sehingga menutup pemandangan pengunjung yang sebelum ini menjadi tumpuan pelancong.

malacca 03 traders police report"Sudahlah sejak beberapa bulan lalu, mereka langsung tidak menjaga tempat ini apabila rumput dan lalang tumbuh meliar.

"Tandas pula tidak diselenggara dengan betul sehingga dilihat begitu kotor. Lebih buruk lagi, pengunjung sering berdepan ketiadaan bekalan air di tandas terbabit," katanya ketika ditemui semalam.

Kesemua itu, menurutnya, memaksa mereka dan rakan-rakan membuat laporan polis.

Sementara itu, isu berkenaan turut mendapat perhatian pihak Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang turut serta mengiringi peniaga terlibat ketika membuat laporan itu di Balai Polis Ayer Keroh.

Presidennya, Mohd Redzuan Abdullah berkata, pihaknya hairan bagaimana masalah berkenaan gagal diatasi pihak terbabit sehingga ia berlarutan sekian lama.

malacca 02 traders police report"Kenapa pemimpin di Melaka susah sangat nak selesaikan masalah ini sedangkan ia bukanlah masalah besar.

"Kita sebagai pemimpin kena jaga hati rakyat seperti mana yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa mengambil berat soal peniaga kecil.

"Mengapa kerajaan negeri Melaka tidak mengamalkan konsep ini, sebab itu ia mendatangkan kemusykilan kepada Ikhlas dan mereka seolah-olah ambil sikap endah tak endah hal ini.

"Mereka sepatutnya mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan peniaga, malah sebarang kata putus belum diterima tetapi tiba-tiba sahaja mereka dah kepung tempat ini, sedangkan mereka masih berniaga di sini. Siapa yang terkena pun akan marah" katanya.

Mohd Redzuan berkata, sebelum ini peniaga pernah di ditawarkan lokasi baru iaitu berhampiran dengan Zoo Melaka, tetapi peniaga menolak atas alasan tidak sesuai.

"Yang peniaga bimbangkan, sebaik mereka keluar, tiada sebarang surat jaminan yang dikeluarkan oleh PKNM menyatakan mereka akan ditempatkan semula ke lokasi berkenaan sebaik kerja-kerja pengubahsuaian selesai.

"Lagipun, peniaga cuma menuntut agar mereka dibayar pampasan sepanjang proses perpindahan dengan jumlah RM5,000 sebulan atau setidak-tidaknya RM3,000 sebulan.

"Sedangkan setakat ini, pihak PKNM hanya bersetuju untuk membayar sebanyak RM5,000 dengan sekali bayaran sahaja dan ini bermakna hanya sekitar RM300 sahaja sebulan sebagai pampasan," katanya.

malacca 04 traders police reportSementara itu, Pengurus Besar PKNM, Datuk Yusof Jantan, ketika dihubungi menjelaskan, sikap peniaga sendiri yang enggan memberikan kerjasama menjadikan isu berkenaan sukar ditangani.

Menurutnya, memang mereka ada menghantar surat mengarahkan peniaga berpindah dengan menyediakan unit-unit gerai bersebelahan Zoo Melaka.

"Kita sebelum ini dah tawarkan pampasan RM3,000 dan kemudiannya dinaikkan kepada RM5,000 supaya mereka berpindah sementara tetapi mereka enggan.

"Sebaliknya, mereka mahu kita membayar pampasan secara bulanan sebanyak RM5,000 tetapi jumlah tersebut kita tidak mampu," katanya.

TNB umum kerugian bersih RM453.9j suku keempat

Posted: 28 Oct 2011 04:54 AM PDT

MALAYSIA KINI

Tenaga Nasional Bhd mencatat kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat berakhir 31 Ogos 2011 berbanding kerugian bersih RM440.2 juta pada suku sebelumnya.

Bagi setahun penuh, syarikat tenaga nasional itu mencatat RM499.5 juta keuntungan bersih berbanding RM3.2 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, sebahagian besarnya hasil daripada kos bahan api yang tinggi, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan asas sukuan, perolehan meningkat 17.4 peratus kepada RM9.120 bilion, sebahagian besarnya hasil daripada impak pelarasan tarif berkuatkuasa 1 Jun.

TNB berkata suku keempat menyaksikan penyusutan margin EBITDA, berikutan kos penjanaan tenaga yang lebih tinggi tinggi dan penggunaan minyak dan sulingan.

Impak pelarasan tarif tidak mencukupi untuk menampung kos bahan api yang tinggi, katanya.

Bagi setahun penuh, kumpulan itu mencatat peningkatan 6.2 peratus jumlah perolehan kepada RM32.206 bilion.- Bernama

KWSP lulus pinjaman RM55b tanpa jaminan k'jaan

Posted: 28 Oct 2011 04:52 AM PDT

Aidila Razak


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan pinjaman bernilai RM55.1 bilion tanpa sokongan jaminan kerajaan.

Bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati hanya satu daripada 13 peminjam yang layak mendapatkan pinjaman tanpa jaminan tersebut. Peminjam berkenaan diberi pinjaman RM21.3 bilion.

azlanDaripada 12 baki penghutang tersebut, dua daripadanya dikecualikan daripada jaminan kerajaan kerana mereka mempunyai penarafan kredit yang tinggi.

Pinjaman kepada kedua-dua pihak berkenaan berjumlah RM7.3 bilion.

(Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Khazanah Nasional Berhad dan Tenaga Nasional Berhad).

Menurut Laporan Kedua Audit Negara itu lagi, KWSP juga telah meluluskan 15 pinjaman bernilai RM35.69 bilion sehingga 31 Disember 2010.

azlanDaripada 15 pinjaman yang diberikan - menurut laporan itu - dua diluluskan kepada syarikat bukan subsidiari kerajaan walaupun mempunyai jaminan kerajaan - masing-masing bernilai RM1.24 bilion dan RM5 bilion.

(Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Assets Global Network [AGN] dan Valuecap Sdn Bhd.)

KWSP menjelaskan AGN dimiliki sepenuhnya Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan oleh itu, merupakan syarikat subsidiari kerajaan.

Valuecap dimiliki oleh tiga syarikat induk, iaitu Khazanah, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan masing-masing memerang peratus kepentingan yang sama.

Menurut penjelasan itu lagi, Valuecap adalah mirip kepada agensi kerajaan memandangkan dua daripada pemegang sahamnya adalah merupakan agensi kerajaan.

Keluarga TBH lapor polis supaya siasat trio SPRM

Posted: 28 Oct 2011 04:52 AM PDT

MALAYSIA KINI

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock hari ini membuat laporan polis untuk mendesak supaya siasatan dijalankan ke atas individu yang dibabitkan dalam siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) ke atas kematian pembantu politik itu.

NONEPeguam, Gobind Singh Deo (kanan) berkata, keluarga Teoh mengambil langkah berkenaan susulan daripada kenyataan menteri undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen, Isnin lalu.

Nazri dalam ucapannya di Dewan Rakyat berkata tiada siasatan jenayah dijalankan kerana tiada laporan polis dibuat ke atas tiga orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibabitkan dalam siasatan RCI itu.

Isu Harga Tiket: Keangkuhan FAM Dijawab Dengan Lamanwebnya Digodam

Posted: 27 Oct 2011 09:35 PM PDT

KELAB GREENBOC


Laman web FAM yang digodam dipulihkan semula


KUALA LUMPUR: Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah diceroboh oleh beberapa penggodam tengah malam tadi, berjaya dipulihkan oleh pengendalinya kira-kira jam 3.45 pagi tadi.

Laman berkenaan berjaya dipulihkan selepas ia ditutup selama kira-kira setengah jam.

Terdahulu, laman web berkenaan telah digodam secara `mass deface' oleh sekumpulan penggodam menggelarkan diri mereka sebagai UM'07, pjpb cr3ws, gaysec dan anti-p4sti selepas tengah malam tadi, dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pertubuhan itu menetapkan harga tiket sekata RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia, esok.

Kumpulan penggodam itu telah meminda lambang persatuan itu serta meletakkan mesej yang menggunakan kata-kata kesat dan mengutuk tindakan FAM pada laman berkenaan.

Harian Metro, yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang peminat Facebook Harian Metro * myMetro dikenali sebagai Muhammad Fahmi, yang melayari laman web FAM (www.fam.org.my) mendapati penggodam terbabit turut memuat naik laporan berita mengenai keputusan FAM yang tidak berganjak berhubung harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan itu.

Selain itu, dua klip video turut dimuatkan di laman web berkenaan yang memaparkan sekumpulan penyokong bola sepak dengan latar lagu yang mencaci FAM.

Penggodam terbabit turut mengecam kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar), yang berkata bahawa "Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka." Setakat jam 3.30 pagi ini, Harian Metro masih belum dapat menghubungi pihak FAM bagi mengulas masalah pencerobohan berkenaan.

Harian Metro melaporkan, ketika berdepan banyak bantahan, FAM tidak berganjak dengan keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Azzuddin berkata, pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.

Mengulas permintaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya FAM mengkaji semula harga tiket itu, beliau berkata FAM menghormati permintaan itu namun tidak akan berganjak daripada keputusan asal. -hm

Catatan berikut turut ditinggalkan di lamanweb:

So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don`t blame us shithead u ask for it dlm suratkhabar ni. Penyokong bebas buat apex2 je

Wahai FAM si kapitalis anjink!! Anda sentuh jiwa, kami hancurkan poket anda. Kami mampu buat lebih lagi daripada ini. Kami mahu ranking naik dan harga tiket turun, bukan ranking turun tapi harga tiket naik. Rakyat terseksa dengan ideologi rm 50 anda. Alasan tak masuk akal. Anda jangan fikir rakyat bodoh. 100 tahun baru boleh bolasepak Malaysia maju yer!!! cakap pakai bontot ke wahai FAM..... Pegi mampos la FAM!!! FAM anjink!!!FAM anjink!!!FAM anjink!!!FAM anjink!!!FAM anjink!!!FAM

FAM!!Fuck FAM!!Fuck FAM!!Fuck FAM!!Fuck FAM!!Fuck FAM!!Fuck FAM!!Fuck FAM!!Fuck FAM!! credit: UM'07, pjpb cr3ws, gaysec, anti-p4sti



Turut dimuatkan ialah sebuah klip video youtube dengan catatan 'FAM Bangsat' - silver state ultras.

Rancangan Kartun Nabi Nuh Telah Disiarkan Di TV2. RTM Mohon Maaf!!

Posted: 27 Oct 2011 09:28 PM PDT

Staff Berita Semasa


rancangan kartun Rancangan Kartun Nabi Nuh Telah Disiarkan Di TV2. RTM Mohon Maaf!!


Kalau anda lihat keratan gambar rancangan kartun yang telah ditayangkan baru-baru ini, adakah anda dapat meneka gambaran cerita yang ingin disampaikan. Kartun ini dihasilkan oleh Walt Disney. Yang menjadi pertikaian sekarang ini ialah isi kandungannya dikaitkan dengan sebahagian sejarah Nabi Nuh sehingga terdapat wataknya yang disamakan dengan Nabi Nuh :

KUALA LUMPUR: Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja. Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi.

RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2. Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera.

Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba.

Dah nama pun Walt Disney, ikut suka mereka sahaja nak hasilkan rancangan kartun yang sbeegini rupa. Disebabkan mereka kafir, mereka ini jahil sehingga menyebabkan mereka tidak sedar yang membikin filem atau rancangan kartun yang menyamakan wajah Nabi termasuk jugalah Nabi Nuh seperti rancangan kartun yang telah ditayangkan di TV2 sebelum ini, sebenarnya tidak boleh dalam Islam.

Tapi yang jadi masalah & peliknya kita sendiri yang bawa rancangan sebegini dari luar ke Malaysia dilihat kurang peka. Apabila kita sendiri yang ambil rancangan kartun dari luar termasuklah dari Amerika, jadi pihak RTM "mesti lebih peka" & tidak mengambil mudah sahaja setiap rancangan yang ingin disiarkan. Kalau buat kartun sendiri (buatan tempatan, semestinya unsur-unsur sebegini tidak ada.

P/S : Harap lepas ini, kejadian sebegini tidak berulang lagi

PP/S : Kalau dapat boikot pembikin filem/drama Islam yang tahu hukum-hakam, buat filem raba-raba/gomol atas katil dan macam-macam lagi jenis filem yang ada mcam ini sekarang, lagi baik.

Audit: SPRM mahu siasat salah laku hanya retorik?

Posted: 27 Oct 2011 05:05 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa mereka akan membuka fail bagi menyiasat 36 kes salah laku yang melibatkan perolehan dibuat oleh agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan merupakan retorik yang tidak bermakna.

Setiausaha Organisasi DAP Negeri Selangor, Lau Weng San berkata, ini adalah kerana SPRM sehingga sekarang masih belum menyelesaikan kes-kes salah laku yang berpunca daripada perolehan jabatan-jabatan kerajaan dengan harga yang jauh lebih tinggi (inflated price) pada tahun 2006.

Katanya, antara kepincangan yang dilaporkan pada masa itu termasuk pembelian satu set pen yang berharga RM160 dengan harga RM1,146, iaitu RM986 lebih mahal daripada harga pasaran.

Selain itu, ujarnya Kementerian Belia dan Sukan dikatakan membuat salah laku apabila membeli sebuah jek kereta yang berharga RM50 dengan harga yang melampung tinggi, iaitu RM1,664.

"Fenomena-fenomena ini seolah-olah berulang setiap tahun walaupun Jabatan Audit Negara bertahun-tahun memberi teguran.

"Malangnya, setiap kali Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan oleh kerajaan, kami melihat hampir tiada tindakan susulan daripada SPRM untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Soalnya, bagaimana rakyat Malaysia boleh mengharapkan SPRM untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersalah apabila kes-kes yang telah dilaporkan sejak lima tahun yang lalu pun belum lagi diambil tindakan oleh SPRM.

Oleh itu, ujarnya apabila penjawat-penjawat awam melihat kelalaian dan kegagalan SPRM dalam mengambil tindakan cepat dan tegas berhubung dengan isu itu, mereka akan memandang remeh terhadap undang-undang yang sedia ada dan meneruskan sikap boros dan tidak berjimat cermat.

Ini, katanya lebih-lebih lagi apabila pemimpin-pemimpin kerajaan pusat pun boros dalam perbelanjaan.

"Apakah kita boleh mengharap kakitangan-kakitangan awam yang bertugas di bawah akan berjimat-cermat dalam pentadbiran kerajaan?" tanya beliau yang juga Adun Kampung Tunku.

Menurutnya, banyak kes salah laku telah dilaporkan terhadap SPRM, termasuk kes-kes yang melibatkan 'ikan-ikan besar', tetapi adakah SPRM dapat memberi laporan kepada rakyat Malaysia apa yang mereka telah lakukan terhadap 'ikan-ikan besar' itu.

Katanya, kegagalan SPRM itu telah membuktikan dakwaan bahawa kerajaan tiada komitmen politik untuk melakukan perubahan dan reformasi dalam pentadbiran awam.

"SPRM perlu tegas dan perlu dilihat tegas dalam menjalankan tugasnya. Jika tidak, penjawat-penjawat awam hanya akan bersambil lewa sahaja setiap kali Ketua Audit Negara memberi teguran," ujarnya.

Tiada ulasan: