DUNIACACAMARBA |
- Isu Mata Lebam: Najib Didakwa TAHU Salah Laku Ghani dan Musa
- Beg Tangan Kak Ros SEMAHAL RM5 JUTA? WOW!!!
- Sami Tibet BAKAR Diri
- Golongan yang Gembira akan Kematian Gaddafi Bakal Menyesal - Louis Farrakhan
- Mengapa Saya Tidak MENGUTUK Muammar Gaddafi - Tukar Tiub
- [Video] Solat Jenazah Muammar Gaddafi
- Gadis "Serah" Tubuh kepada Lelaki Indon yang Menyamar Sebagai POLIS
- Ingat Kes Jururawat DIBAKAR Suami? Susulannya di Sini
Isu Mata Lebam: Najib Didakwa TAHU Salah Laku Ghani dan Musa Posted: 27 Oct 2011 09:29 AM PDT Saya petik: [KD] KUALA LUMPUR 27 Okt: Perdana Menteri didakwa mengetahui peranan Tan Sri Abdul Gani Patail yang terlibat memalsukan bukti siasatan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara itu dinyatakan bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya yang terbaru kepada Datuk Seri Najib Razak. Menurut Mat Zain, beliau bertemu secara peribadi dengan Najib pada Oktober 2008, yang pada masa itu merupakan Timbalan Perdana Menteri. Beliau mengadakan pertemuan dengan Najib bagi membincangkan pembabitan Abdul Gani dan juga Ketua Polis Negara pada masa itu, Tan Sri Musa Hassan, lapor The Malaysian Insider. "Komen YAB terhadap Gani Patail antara lainnya, 'memang salah untuk memalsukan keterangan. Walaupun boleh jadi tujuan Gani adalah untuk menolong IGP' (merujuk kepada bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor), membuat keterangan palsu, adalah suatu kesalahan dan tidak patut dia lakukan," kata Mat Zain merujuk kepada apa yang diperkatakan Najib pada pertemuan mereka. Rahim digantikan oleh Tan Sri Norian Mai selepas dijatuhi hukuman kerana mencederakan Anwar ketika dalam tahanan polis. Musa yang merupakan pegawai penyiasat dalam kes mata lebam itu kemudian dinaikkan pangkat menggantikan Norian sebagai ketua polis negara. Mat Zain seterusnya menulis, "komen terhadap Musa Hassan pula, YAB menyatakan antara lainnya, 'saya mendapat tahu peranan Musa tidaklah seteruk Gani. Saya rasa beliau (Musa) boleh melepaskan diri." Dalam surat terbuka itu, Mat Zain menambah, Najib juga ada memberi jaminan untuk membincangkan pelantikan panel bebas dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. P/s: Banyak sangat pendedahan yang dibuat oleh Mat Zain, tiada sesiapa yang berminat menyamannya??? | ||
Beg Tangan Kak Ros SEMAHAL RM5 JUTA? WOW!!! Posted: 27 Oct 2011 06:35 AM PDT Saya petik: [KD] KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin. Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksimum RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan. Bagi beg edisi terhad itu, harga sebuah beg tangan dikatakan mencecah RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000 (US$150,000) bagi setiap satu. "Dalam Belanjawan yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak, saya telah menyatakan Rosmah tidak memberikan contoh dan model yang baik sebagai suri rumah, akibat sikap borosnya berbelanja. "Ini kerana kita tahu, suri rumah tangga lazimnya menggunakan pendekatan belanja yang berhemah dan berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka. Tapi Rosmah memberi contoh yang tidak baik kepada suri rumah dan golongan wanita," katanya. Minggu lalu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempersoalkan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjawab soalan bertulis yang dikemukakan berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri perdana menteri. Dalam soalannya, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bertanya sama ada benar atau tidak Datin Seri Rosmah Mansor memiliki cincin berlian RM24 juta dan beberapa beg mahal berjenama Birkin. Bagaimanapun, Nazri langsung tidak menjelaskan tentang beg tangan berkenaan. Katan Teo, berdasarkan gambar di internet, bilangan beg tangan Birkin yang dibawa Rosmah ke majlis rasmi serta bercuti, bukan satu atau dua, tetapi sekurang-kurangnya 11 warna berlainan. "Jika Nazri memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?," soal Teo. P/s: WOW!!! | ||
Posted: 27 Oct 2011 05:45 AM PDT
Menurut sebuah kumpulan hak asasi British, seorang lagi sami Buddha Tibet membakar dirinya sebagai protes terhadap pemerintahan China di wilayah Himalaya. Kejadian ini merupakan kesepuluh melibatkan sami Buddha di wilayah itu. Kumpulan Bebaskan Tibet yang berpangkalan di London menyatakan bahawa sami Buddha itu membakar dirinya di luar sebuah tokong di daerah Sichuan Selasa lalu. Lanjut, sila baca di sini. | ||
Golongan yang Gembira akan Kematian Gaddafi Bakal Menyesal - Louis Farrakhan Posted: 27 Oct 2011 01:00 AM PDT Ketua pergerakan Nation of Islam, Louis Farrakhan menempelak sikap sesetengah pihak yang 'bergembira' dengan kematian Muammar Gaddafi dan memberikan amaran bahawa mereka akan menyesal dengan apa-apa yang dilakukan itu. Katanya, kematian bekas pemimpin Libya itu adalah satu pembunuhan yang dirancang oleh Amerika Syarikat (AS), Britain, dan Perancis. Beliau yang merupakan rakan baik Gaddafi berkata, negara-negara berkenaan bertanggungjawab dalam membantu rakyat Libya menghancurkan pemerintahan Gaddafi, di samping mahu memperoleh 'jalan mudah' untuk mengaut kekayaan sumber minyak Libya. ''Mereka mencipta satu pembunuhan yang berjaya terhadap Gaddafi. ''Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga tidak boleh dipercayai kerana badan dunia itu hanyalah alat Barat,'' katanya ketika ditemu bual stesen radio Chicago, WVON-AM. Farrakhan berkata, dia mula mengenali Gaddafi sekitar 70-an dan bekas pemimpin Libya yang dibunuh minggu lalu itu pernah memberikan pinjaman sebanyak AS$5 juta (RM15.5) kepada pertubuhannya. Malah jelasnya, pemimpin Nation of Islam sebelum ini, Elijah Muhammad pernah diberikan pinjaman sebanyak AS$3 juta (RM9.3 juta) oleh Gaddafi bagi menukar sebuah gereja di Chicago menjadi masjid. ''Ia bukan sekadar wang tetapi prinsip hidupnya yang membuatkan kami seperti saudara,'' ujarnya. Katanya, ketika pemerintahan Gaddafi, hasil minyak Libya digunakan untuk membina sekolah serta universiti bagi meningkatkan kadar celik ilmu dan Gaddafi juga telah berjaya memperbaiki perkhidmatan kesihatan yang dilihat terbaik dalam kalangan negara dunia ketiga. -DCM Lanjut boleh dibaca di sini. | ||
Mengapa Saya Tidak MENGUTUK Muammar Gaddafi - Tukar Tiub Posted: 27 Oct 2011 12:00 AM PDT Saya petik: Tuan yang saya muliakan: [TT] Tuan menulis kepada saya dan bertanya kenapa saya memberi penghormatan kepada Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis dan mengutuk Kolonel Gadaffi. Tuan terus bertanya dan menghambat dengan soalan kenapa saya bersimpati dengan seorang ditaktor yang telah merampas kuasa semenjak tahun 1969. Tuan bertanya apakah saya tidak tahu bahawa selama 42 tahun ini Libya tidak pernah melihat kepimpinan selain dari Kolonel Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis tentang kezaliman yang berlaku di Libya. Tuan yang saya muliakan, Saya juga disedarkan bahawa Kolonel Gadaffi ini telah memberi pembelajaran percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti di Libya. Saya juga sedar bahawa Gadaffi memberi warga Libya perubatan percuma. Saya juga sedar yang Gadaffi telah menggunakan duit minyak petrol untuk membuat rumah dan memberikan secara percuma kepada warga Libya. Saya juga sedar Gadaffi memberi sokongan kepada banyak perjuangan pembebasan antarabangsa pada tahun-tahun 70'an dahulu. Sokongan dana dan diplomatik untuk PLO, Japanese Red Army, IRA dari Ireland Utara, ETA dari Sepanyol – termasuk juga menyokong dan memberi dana dan senjata kepada Moro National Liberation Front dari Mindano. Dalam masa yang sama - saya amat sedar bahawa ruang demokrasi amat sempit di Libya. Saya sedar Gadaffi memerintah Libya tanpa ada pemilihan. Gadaffi naik tahtha kerana rampasan kuasa. Dalam hal ruang demokrasi saya tidak bersama menyokong Gaddafi. Malah ketika Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), ABIM, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Melaya (PBMUM) - mengangkat dan menjulang Kolonel Gadaffi pada tahun tujuh puluhan dahulu – saya secara sinis telah mentertawakan kumpulan kumpulan ini. Ketika ini Gaddafi sedang menjual agama dengan Buku Hijaunya. Gadaffi membuat Buku Hijau kerana Pengerusi Mao pada ketika itu ada Buku Merah. Saya tersenyum sinis apabila melihat kumpulan-kumpulan Islam amat senang ditipu. Saya perhatikan mereka memiliki kecetekkan fikrah dan gagal untuk memahami konsep ruang demokrasi yang lebih luas. Ini berlaku lebih dari 30 tahun dahulu. Ini ketika saya telah bangun menyokong perjuangan adil rakyat Vietnam. Kita saya menyokong pejungan rakyat Kamboja. Kita kami anak muda keluar ke jalan raya untuk bersetiakawan dengan rakyat Palestine dan warga Afrika Selatan. Ketika ini anak muda seluruh dunia sedang bangun melawan kuasa imperialis Anglo-Amerika. Biar saya jelaskan disini. Saya tidak pernah menghalalkan apa sahaja bentuk kezaliman. Sama ada kezaliman yang dilakukan kerana idealoji kiri seperti di Russia dan di China, atau kerana dogma agama di Iran dan Pakistan atau atas nama keselamatan seperti di Malaysia dan di Israel. Kezaliman adalah kezaliman tidak kira dari mana datangnya. Yang dizalimi tetap terseksa. Tuan yang saya hormati, Disini biar saya luaskan pandangan siasah agar kita bukan hanya memahami Gaddafi dengan Buku Hijaunya atau dengan Libya wujud tanpa pilihanraya. Saya ingin membuka wacana yang lebih luas. Dalam bahasa German, saya ingin membuka wacana realpolitik – politik yang dieja dengan huruf k. Saya harapkan apa yang saya huraikan ini akan membuka fikrah kita bersama untuk melihat tanda dan makna politik yang sedang berlaku dihadapan mata kepala kita. Tuan yang saya hormati, Libya ialah anggota OPEC – negara pengeluar minyak. Ertinya Libya negara kaya. Ertinya jika duit minyak tidak digunakan secara membazir. Atau digunakan hanya untuk isteri Gadaffi membeli intan berlian dari kedai Jacob di New York atau membeli beg tangan Jane Birkin – sudah pasti warga Libya tidak hidup lumayan. Ini tidak berlaku di Libya justeru pendapatan warga Libya adalah yang tertinggi di Afrika. Sebagai anggota OPEC kelihatan Libya dibawah pimpinan Kolonel Gadaffi selalu membantah keputusan dan cadangan OPEC yang diajukan oleh Saudi Arabia. Arab Saudi sering mengajukan dasar pengeluaran minyak yang tidak akan menggangu gugat sistem ekonomi kapitalis yang dikepali oleh Amerika Syarikat. Saudi mahu harga minyak petrol terus rendah. Amat jelas - Raja Saudi adalah budak suruhan Amerika yang paling setia. Raja Saudi akan menjaga kepentingan ekonomi kapitalis Amerika lebih baik dari menjaga Makam Nabi. Dasar Saudi yang pro Amerika inilah yang sering ditibai oleh Gadaffi. Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah dalam politik antarabangsa Gadaffi ini ialah sosok anti imperialis. Justeru sokongan Libya terhadap gerakan pembebasan antarabangsa pada tahun tahun 70an dahulu wajib dilihat dalam konteks ini. Kerana anti imperialis ini Gadaffi ialah ' budak jahat' dalam kitab rujukan Rumah Puteh. Kolonel ini tidak disukai oleh kuasa Anglo-Amerika. Kolonel Gadaffi tidak disukai oleh Shell, Esso, BP atau Cheveron Oil – kerana semua syarikat ini dikekang dari masuk menjarah minyak di Libya. Dalam pandangan geopolitik kaum imperialis dan kaum pemodal antarabangsa Gaddafi telah membuat beberapa kesalahan. Biar saya terangkan kesalahan Gadaffi ini. Kesalahan-kesalahn inilah yang membuatkan bala tentera NATO datang menyerang Libya dan membunuh Gadaffi. Tuan yang saya muliakan biarkan saya senaraikan satu demi satu kesalahan Kolonel Gadaffi ini. Di harapkan tuan akan terbuka mata dan hati untuk memahami siasah dunia dengan lebih lengkap. Jika tuan memahami ini maka saya berharap tuan memahami kenapa saya menyokong Gadaffi. Pertama: Gaddafi telah mengeluarkan dana lebih dari 300 juta dolar Amerika untuk membuat sistem Satelit Afrika. Sistem satelit ini membolehkan 42 negara-negara Afrika berkomunikasi bebas dari kongkongan sistem komunikasi syarikat-syarikat Eropah. Saban tahun sebelum adanya sistem Satelit Afrika ini – negara negara Afrika terpaksa membayar 500 juta dolar satu tahun harga sewaan. Gaddafi membebaskan negara Afrika. Kaum pemodal antarabangsa lesap mata pendapatan sebanyak 500 juta dolar setahun. Kedua: Gadaffi telah merancang untuk menubuhkan AMF – African Monetary Fund. Lembaga AFM ini berperanan seperti International Monetary Fund (IMF)– meminjamkan dana untuk negara Afrika yang memerlukan. Bezanya AMF ini bukan untuk mencari keuntungan. AMF ini bukan untuk memberi hutang atau menjadi Along untuk negara Afrika. AMF bertujuan membebaskan negara-negara Afrika dari sistem penjajahan ekonomi yang sedang memiskin benua ini. Lembaga AFM ini juga akan mewujudkan Central Bank of Africa yang beribu pejabat di Abuja Nigeria. Ini bererti nilai duit Afrika bukan lagi ditetapkan oleh dolar, bukan lagi ditetapkan oleh pound sterling atau ero. Dengan wujudnya Central Bank of Afrika ini maka putuslah penjajahan ekonomi kaum pemodal antarabangsa dengan benua Afrika. Gadaffi juga akan mewujudkan Africa Bank of Investman a yang beribu pejabat di Libya. Tujuan bank ini ialah untuk mencari modal dan melabor di negara-negara Afrika. Semua lembaga keewangan ini akan diwujudkan pada tahun 2011. Semua perancagan telah berjalan dengan lancar. Semua perjanjian telah ditanda tangani. Kini semuanya tinggal impian. Kini semuanya dimusnahkan oleh serangan Nato. Ketiga: Kuasa imperial Anglo-Amerika tidak mahu Afriak bebas. Kuasa imperialis mahu rakyat Afrika terus bodoh dan dibodohkan. Ramai warga Afrika datang belajar di Libya. Sistem pembelajaran pecuma di Libya menjadi ancamaan kepada kaum pemodal. Bertambahnya warga Afrika yang bijak bermakna berkurang pula pengaruh kuasa pemodal antarabangsa di Afrika. Justeru, kaum pemodal antarabangsa mahu Afrika terus diperintah oleh para ditaktor seperti Mobutu Sese Seko, Idi Amin Dada atau Emperor seperti Bokasa. Melalui Lolonel Gadaffi kesatuan African Union menjadi satu organisasi yang bukan sahaja beretorik tetapi berupaya melakukan sesuatu. Melalui duit minyak Gadaffi telah menyalurkan dana yang banyak ke negara-negara Afrika. Ini dilihat oleh kaum pemodal sebagai satu yang bahaya. Sebagai satu ancaman. Bahaya kerana jika Afrika bangun membina negara mereka sendiri maka kaum pemodal antrabangsa dan kehilangan tempat untuk merompak dan menjarah kekayaan. Tuan yang saya hormati, Tiga pekara yang telah dilakukan oleh Gadaffi ini telah dengan terang-terang menentang kepentingan kaum kapitalis antrabangsa. Semua ini adalah jenayah Gadaffi terhadap kaum pemodal antrabangsa. Semua ini adalah kesalahan Gadaffi terhadap imperialis Anglo-Amerika. Jelas, apa yang saya tuliskan bukan jenayah Gadaffi terhadap warga Libya. Ini bukan bermakna Gadafy ini seorang sosialis – tidak. Apa yang Gadaffi lakukan ialah secara jujur dia ingin membebaskan Afrika dari cengkaman kaum pemodal antarabangsa. Tuan yang saya hormati, Pekara yang saya tulis ini tidak akan dilaporkn oleh CNN, BBC, New York Times , Washington Post atau pun Utusan Melayu. Tidak ada media arus perdana yang berani menyentuh pekara ini. Laporan yang kita baca, dengar dan tonton hanya menyatakan bahawa warga Libya telah bangun menentang Kolonel Gadaffi. Apakah ini betul? Saya hanya ada satu pemintaan kepada tuan yang saya hormati. Sila cari gambar, sila cari klip di YouTube, sila selidiki semua media dunia – adakah pernah tuan ternampak beribu-ribu anak anak muda berkumpul menentang Gadaffi seperti di Dataran Tahrir? Adakah tuan pernah terlihat gambar puluhan ribu rakyat Libya berdemo menentang Gadaffi seperti demo Bersih 7 Julai dahulu? Atau ternampak gambar beribu-ribu anak anak muda berdemo dan terus bermalam berminggu-minggu di Benghazi? Tidak. Tuan jangan membuang masa. Imej ribuan anak muda Libya berdemo ini tidak wujud. Kerana bukan warga Libya yang bangun menyerang kerajaan Gadaffi. Yang datang menyerang ialah soldadu upahan Amerika dan jet pengebom Nato yang bertungkus lumus siang dan malam menyerang Libya. Sejarah Libya ini tidak tamat disini. Saya akan sambung lagi minggu hadapan.(TT) NOTA: tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADLIAN terbaru sesiapa ingin berlanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-22-72-40-45 | ||
[Video] Solat Jenazah Muammar Gaddafi Posted: 26 Oct 2011 11:05 PM PDT | ||
Gadis "Serah" Tubuh kepada Lelaki Indon yang Menyamar Sebagai POLIS Posted: 26 Oct 2011 09:00 PM PDT
Saya petik: [HM] SERDANG: Terpedaya dengan janji manis seorang lelaki menyamar polis, seorang wanita bukan saja sanggup tinggal sebumbung, malah diperkosa lelaki berkenaan dalam kejadian di Taman Equine, di sini. Mangsa berusia 22 tahun mengenali lelaki berusia 35 tahun itu yang sebenarnya warga Indonesia, pertengahan September lalu sebelum dipujuk tinggal bersama di sebuah rumah. Menurut sumber polis, tanpa berfikir panjang dan percayakan lelaki itu, mangsa bersetuju tinggal bersama selepas sebulan berkenalan. Katanya, ketika tinggal bersama, wanita itu dipaksa melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya. "Terpedaya dengan pekerjaan lelaki itu serta janji manis ditabur, mangsa menyerahkan tubuhnya serta menganggap lelaki itu sebagai teman lelaki. "Penipuan lelaki itu terbongkar kelmarin selepas seorang wanita yang menjadi mangsa lelaki itu menceritakan segala-galanya," katanya, semalam. P/s:Mudahnya diperdaya! | ||
Ingat Kes Jururawat DIBAKAR Suami? Susulannya di Sini Posted: 26 Oct 2011 07:50 PM PDT
Saya petik: KUALA TERENGGANU: "Hanya arwah dan adik ipar tahu apa yang berlaku pada hari kejadian. Sebagai ahli keluarga, saya serahkan kepada polis menyiasat punca dan individu yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini," kata Zalina Yahaya, 33, kakak sulung kepada Suriani Yahaya, 28, yang meninggal dunia selepas disyaki dibakar suami sendiri, awal pagi kelmarin. Suriani yang juga seorang jururawat meninggal dunia jam 4.30 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kelmarin, selepas 10 hari bertarung nyawa akibat melecur lebih 80 peratus. Menurut Zalina, dia dan ahli keluarganya sebolehnya tidak mahu memperbesar-besarkan peristiwa itu demi menjaga hati dan perasaan kedua-dua keluarga apatah lagi hubungan mereka dengan keluarga adik ipar sangat baik. "Apabila berita menimpa Suriani dilaporkan dalam akhbar, pelbagai reaksi diterima terutama yang menyalahkan adik ipar. Namun, kami memohon orang ramai tidak membuat andaian melulu kerana ia masih dalam siasatan polis. "Jika difikirkan, tidak mungkin adik ipar sanggup berbuat sedemikian apatah lagi sepanjang mengenalinya, dia seorang yang baik. Malah, sepanjang pengetahuan saya, hubungan mereka suami isteri tidak mempunyai masalah. "Tragedi ini benar-benar memberi kesan kepada kami sekeluarga. Kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku terhadap mangsa dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pak Ya, Paya Resak, Marang, di sini, semalam. Suriani, anak ketiga daripada enam beradik dikebumikan di Tanah Perkuburan Paya Resak kira-kira jam 9 malam kelmarin. Dia meninggalkan dua cahaya mata lelaki masing-masing berusia dua dan tiga tahun. Harian Metro pada 17 Oktober lalu melaporkan seorang jururawat di HKL kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur dipercayai dibakar suami sendiri ketika mangsa mandi di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan