Selasa, 11 Oktober 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Umur 60, Warga Emas Berdepan Hukuman Penjara 110 Tahun Kerana Mencabul, Merogol Budak Bawah Umur

Posted: 11 Oct 2011 06:40 AM PDT

Sekadar hiasan. Mangsa dalam berita di bawah ini bukan  angkara warga emas di atas yang turut didakwa atas tuduhan kesalahan rogol.

Saya petik:
[Bernama] KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 13 tahun.

Mohd Zubir Muda, 60, didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Murni Permai Tok Jembal dan Jalan Kem, Taman Perumahan Seberang Takir antara 10.30 pagi hingga 3 petang pada 6 Jun 2010, Mac 2011 dan 4 September lalu.
Tertuduh, yang bekerja sebagai tukang urut refleksologi dan pemandu yang bertanggungjawab menghantar mangsa ke sekolah, didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan. 

Bagaimanapun, Mohd Zubir terlepas hukuman sebatan atas faktor usia.

Dia turut didakwa melakukan seks luar tabii dengan mangsa yang cacat penglihatan pada 10.30 pagi, 6 Jun tahun lalu di sebuah rumah di Taman Murni Permai, mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Mohd Zubir juga berdepan dua pertuduhan mencabul kehormatan mangsa yang sama pada 3 petang dan 12 tengah hari dalam bulan Mac dan 4 September lalu di Jalan Kem, Taman Perumahan Seberang Takir mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, atau denda, atau dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menetapkan 21 November depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Hakim Zainal Abidin menasihati Mohd Zubir supaya melantik peguam kerana dia bakal berdepan hukuman penjara maksimum 110 tahun, jika disabitkan kesalahan, serta mengarahkan tertuduh melapor diri di Balai Polis Gong Badak setiap bulan.
Selain tidak dibenarkan berada di luar daerah Kuala Terengganu tanpa kebenaran mahkamah, tertuduh dan warisnya dilarang mengganggu mangsa serta keluarganya. 

 P/s: Cari bala!

Kerajaan Najib Bayar RM83.88 Juta FBC untuk Sesuatu yang MELANGGAR ETIKA

Posted: 11 Oct 2011 06:00 AM PDT

Malaysia Kini melaporkan kerajaan Najib telah membayar sejumlah 19.6 juta Euro (RM83.88 juta) kepada syarikat perunding, FBC Media yang kini disiasat oleh pengawal media Britain atas dakwaan melanggar etika media. Jumlah itu dimaklumkan oleh PM di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli P-Darlimen Batu, Tian Chua berkata perkembangan itu memalukan negara kerana kerajaan terlibat dengan firma seperti itu.

"Kerajaan Malaysia melanggar undang-undang Britain kerana program (dibayar FBC Media) disiarkan di Britain.

"Apa yang tak dibenarkan oleh undang-undang Britain adalah mana-mana pihak membayar kepada media untuk buat berita," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Jawapan bertulis daripada PM pada 6 Jun lalu menyatakan bahawa kontrak itu adalah untuk FBC Media menyediakan khidmat rundingan, nasihat serta pengurusan kempen komunikasi kepada kerajaan.

"Kontrak selama setahun itu telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada tahun 2010. Nilai kontrak untuk tiga tahun itu ialah Euro 19.6 juta (RM94 juta)," kata Najib.

Perdana Menteri juga ditanya sama ada kerajaan memberikan arahan kepada FBC Media yang berpangkalan di London bagi penerbitan program yang ditayangkan dalam berita British Broadcasting Corporation (BBC) dan justifikasi bagi tindakan seumpama itu.

"Penerbitan dan penyiaran program mengenai Malaysia di media antarabangsa merupakan sebahagian dari usaha meningkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa sebagaimana yang diperuntukkan di dalam kontrak kerajaan dengan FBC Media," katanya.

Bagaimanapun menurut Najib kerajaan tidak mempunyai kawalan berhubung bila sesuatu rancangan itu disiarkan.

"Ia merupakan tanggungjawap FBC Media mendapatkan masa penyiaran di media antarabangsa dan kerajaan tidak mempunyai kawalan ke atas perkara ini.

"Ini merupakan perundingan di antara FBC Media dengan pihak BBC," kata Najib.

Mengulas lanjut, Tian berkata isu yang perlu ditimbulkan adalah tindakan kerajaan membayar perunding tanpa pengetahuan rakyat Malaysia.

Kerajaan juga bergelut dengan kontroversi sebelum ini ekoran tindakannya menggunakan khidmat firma Apco Worldwide dengan bayaran sebanyak RM83.8 juta.

"Banyak lagi (perunding) yang terlibat dengan GTP, ETP dan sebagainya.

"Kita ingin tahu apa tujuannya kita bayar untuk perunding ini?," soalnya Tian Chua lagi.-DCM

Isu Kelulusan Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru: Penjelasan Tian Chua

Posted: 11 Oct 2011 05:20 AM PDT


Banyak pihak termasuk individu berang kerana ketidakhadiran Ahli Parlimen PR yang kurang memuaskan pada malam Kampung Baru dijual secara rasminya oleh pemimpin BN. Hanya 28 yang menentang undi 72 orang Ahli Parlimen BN. Di mana 50 Ahli Parlimen PR yang lain?

Tian Chua seperti yang dilaporkan Malaysia Kini menjelaskan bahawa Ahli Parlimen PR tidak berupaya tidak berupaya menolak undang-undang yang dibentangkan, termasuk Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 kerana mereka hanyalah minoriti di Dewan Rakyat. Bentanglah apa-apa sahaja undang-undang, PR tetap ridak dapat menghalangnya.

"Selain daripada undang-undang perbekalan atau bajet, tidak wujud (keadaan) kita sebagai minoriti boleh tolak. (Kita) tidak ada jalan untuk menolak rang undang-undang itu.


"Sebab dalam peraturan parlimen, kalau malam itu dia (BN) tidak cukup bilangan (undi), (mereka) boleh masuk keesokkan hari. Kalau ditolak malam itu, keesokkan hari boleh dibentang semula dan diundi," katanya.

Ahli Parlimen PR gagal menyekat rang undang-undang itu apabila  72 anggota Dewan Rakyat (BN) menyokong manakala hanya 28 tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan kali kedua.

Tian berkata, isu sama ada minoriti boleh menolak rang undang-undang yang dibentangkan tidak wujud dalam mana-mana Parlimen demokrasi kecuali berlaku perpecahan undi parti pemerintah.

"(Contohnya) Gerakan atau MIC berpecah dan mereka kata, kami akan undi berbeza," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam majlis penerangan "Selamatkan Kampung Baru" malam tadi.

Penjelasan yang diberikan Tian Chua memanglah berasas kerana BN mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang besar untuk meluluskan sesuatu akta/rang undang-undang. Namun sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, mereka tidak sewajarnya ponteng menghadiri persidangan di Dewan Rakyat tanpa alasan yang munasabah. Kita percaya rakyat yang menyokong gabungan pembangkang ini tidak mahu Ahli Parlimen PR yang diberi tanggungjawab mencontohi sikap dan amalan Ahli Parlimen yang tidak bertanggungjawab. -DCM






Lawatan Najib ke Kazakhstan Bernilai RM1,072,213.22

Posted: 11 Oct 2011 04:20 AM PDT


Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta. Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi Perdana Menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam, lapor Malaysia Kini.

Lawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dengan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan lawatan itu juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya.

Dalam laporan yang sama, Menteri Luar Ngara Datuk Seri Anifah Aman turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai pula bagi memenuhi undangan presiden negara itu.Lima dokumen ditandatangani dan perbelanjannya pula berjumlah RM323,268.19.

Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos hingga 3 September lalu pula merupakan lawatan peribadi, namun khabarnya menggunakan pesawat yang dibayar sewanya oleh kerajaan. Cuba baca di sini. -DCM


P/s: Najib betul-betul berhemat berbelanja duit saya, anda, dan mereka!



Apabila Tokoh Sejarah Flip Flop: Penjajahan TETAP Berlaku

Posted: 10 Oct 2011 11:00 PM PDT


Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 11 Okt — Ahli Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Zainal Kling menegaskan, penjajahan tetap telah berlaku di Tanah Melayu walaupun kehadiran kuasa penjajahan adalah melalui perjanjian-perjanjian dengan Raja-raja Melayu sejak Perjanjian Pangkor pada 1874, yang terpaksa menerima nasihat British dalam pelbagai bidang pentadbiran.

Sebelum ini beliau dan beberapa profesor didakwa mengeluarkan pandangan bahawa negara ini sebenarnya tidak dijajah, sebaliknya menjadi wilayah naungan British.

Dalam kenyataan terkini, Zainal berkata, perjuangan kemerdekaan bukan sekadar mengembalikan kedaulatan negeri-negeri Melayu dan mengiktiraf tuntutan rakyat seluruhnya dari dominasi kolonialisme British bahkan menentang ancaman keganasan, penindasan dan kekejaman daripada gerakan penderhakaan Parti Komunis Malaya (PKM) dengan penentangan militan dan bersenjata mereka di Tanah Melayu.

Pendirian itu dikeluarkan susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat Rabu lalu bahawa Malaysia pernah dijajah — respons yang bercanggah dengan penegasan beberapa profesor bulan lalu bahawa negara hanya menjadi naungan British.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyatakan pendirian tersebut sekali gus menafikan pandangan MPN bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.

"Sama ada negara kita dijajah atau tidak, jawapannya, ya. Saya mengambil pendirian begitu walaupun ada beberapa pihak yang memberikan pandangan bahawa kita tidak dijajah," kata beliau.

Tambah beliau, "kalau kita kaji sejarah, kita tahu bahawa kita sambut kemerdekaan setiap tahun, takkanlah sia-sia... tapi kerana kita tahu kita dijajah. (Selama) 54 tahun kita menyambut perayaan ini mestilah ada signifikannya."

Pun begitu, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim tetap mempertahankan pendirian bahawa Malaysia tidak pernah dijajah sambil menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu seperti "orang kebanyakan yang tidak faham undang-undang."

Kata Khoo, hanya negeri-negeri Selat yang pernah menjadi tanah jajahan British sementara negeri-negeri Melayu yang lain telah berada di bawah naungan British.

Sebelum ini, Zainal menegaskan, Tanah Melayu tidak pernah terjajah walaupun kesan pentadbiran British merupakan satu bentuk "penjajahan".

Malah kata beliau, adalah salah bagi banyak orang termasuk para ahli politik untuk sentiasa menyebut bahawa Malaysia khusus Tanah Melayu telah terjajah lebih 400 tahun melibatkan kuasa Eropah dan Jepun.

Dalam penjelasan terperinci menerusi satu e-emel, Zainal memberitahu The Malaysian Insider bahawa, status negeri-negeri Melayu sebagai negeri-negeri naungan terutama Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri-negeri Tidak Bersekutu dan tidak sama kedudukannya dengan tanah jajahan seperti Singapura, India, Burma, Rhodesia atau Kwazulu di Afrika, apalagi jika dibanding dengan Kanada dan Australia.

"Namun, persaingan hebat bangsa-bangsa Eropah merebut tanah jajahan di seluruh dunia mendorong berlakunya kolonialisme di Tanah Melayu," kata beliau dalam respons kepada The Malaysian Insider.

Ahli akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini menambah, penjajahan membawa kesan-kesan yang berlainan di antara negeri-negeri Melayu, namun terdapat pemeliharaan sistem kerajaan Melayu, adat Melayu dan agama Islam melalui Durbar atau Mesyuarat Raja-raja meskipun Raja-raja Melayu hanya merupakan pemerintah pada nama dan tidak dinasihati mahupun dirundingi dalam hal-hal pentadbiran dan hubungan luar.

Menurut pegawai British R.O. Winstedt, jelas Zainal, kedaulatan raja Melayu masih berterusan dengan kuasa pengampunan di tangan mereka.

"Dalam keadaan inilah, maka British terpaksa memaksakan penghapusan kedaulatan raja itu walaupun sekadar 'legal fiction' tatkala menubuhkan Malayan Union," kata beliau lagi.

Zainal seterusnya menjelaskan bahawa penjajahan yang semakin menular dan mendalam di tangan pentadbiran British selepas penubuhan Negeri-negeri Bersekutu pada 1896 maka raja-raja Melayu yang tidak setuju berbuat demikian dan kekal sebagai Negeri-negeri Tidak Bersekutu.

"Namun, Raja-raja Melayu sedar akan kehilangan kuasa itu dan menuntut dikembalikan kuasa kerajaan Melayu pada dekad 1920-an melalui proses terkenal sebagai pemencaran yang cuba memujuk Negeri-negeri Tidak Bersekutu masuk ke dalam Persekutuan Negeri-negeri Melayu.

"Proses itu gagal dengan penentangan pegawai British dan para pedagang British dan China," katanya.

Jelas Zainal, selepas Perang Dunia II, British berusaha menjadikan seluruh Tanah Melayu sebagai "koloni" melalui rancangan Malayan Union 1946 atas alasan kecekapan pengurusan, kuasa pemerintahan langsung Malayan Union ialah oleh seorang gabenor.

Rancangan itu ditentang hebat sepenuhnya oleh seluruh orang Melayu kerana menghapuskan kedaulatan Melayu dan menyamaratakan status kerakyatan semua penduduk Tanah Melayu.

Rancangan itu telah gagal dan kemudian Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948 yang menyatukan semua negeri kecuali Singapura.

"Sejak awal kurun ke-20 orang Melayu telah amat sedar akan kesan buruk penjajahan terutama dengan imigrasi melimpah pendatang asing yang menjadi kaya-raya di Tanah Melayu.

"Dengan demikian muncul nasionalisme Melayu yang kemudian para pejuangnya berusaha menuntut kemerdekaan melalui Indonesia Raya sebelum Perang Dunia II," tambah beliau.

Zainal juga berkata, pada zaman penentangan Malayan Union, pelbagai pertubuhan nasionalis Melayu bersatu di bawah Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Pekembar yang kemudian menjadi Umno tetapi mereka berpecah kembali kerana perbezaan matlamat perjuangan itu.

"Selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1948, yang tidak disetujui oleh bukan Melayu dan segolongan kecil Melayu, maka telah muncul pula ancaman baru terhadap kerajaan oleh PKM terdiri daripada orang China komunis yang menggunakan taktik keganasan dan penindasan orang awam serta pemusnahan harta-benda dan telah disertai oleh segolongan nasionalis Melayu dalam Rejimen Ke-10 untuk menentang atas nama MNLA (Malayan National Liberation Army), sayap ketenteraan PKM.

"Maka perjuangan kemerdekaan yang berlaku pada masa itu tergendala oleh perisytiharan darurat British yang tidak disokong oleh sebahagian besar penduduk China kerana konskripsi sehingga ada yang pulang ke negeri China.

"Namun ancaman militan komunis yang ingin menubuhkan republik komunis di Tanah Melayu itu juga menjadi pendorong untuk British menerima tuntutan Umno (bekerjasama dengan MCA dan MIC sebagai parti Perikatan) bagi membentuk kerajaan sendiri selepas pilihan raya persekutuan pada 1955," katanya lagi.

Beliau seterusnya berkata, dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Ketua Menteri, maka tuntutan kemerdekaan sepenuhnya oleh rakyat Tanah Melayu berlangsung melalui rundingan di London.

"Pada 1957, British menandatangani perjanjian dengan Majlis Raja-raja Melayu selaras dengan perjanjian asal kedudukan mereka di Tanah Melayu dan kemerdekaan sepenuhnya terlaksana melalui demokrasi dengan perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.



Undi PAKATAN RAKYAT Jika Mahu Selamatkan Kampung Baru

Posted: 10 Oct 2011 09:36 PM PDT

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 11 Okt — Sambil menyifatkan pengkhianatan kepada orang Melayu, Pakatan Rakyat berjanji Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011, yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lalu di sebalik siri protes sejak tahun lalu, akan dibatal jika perikatan itu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

"Pilihan raya umum akan datang, insya-Allah kalau Pakatan Rakyat menang kita akan batalkan rang undang-undang ini," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) pada Majlis Penerangan "Selamatkan Kampung Baru" di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Ketua Pembangkang itu berkata hanya itu sahaja pilihan yang ada pada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru untuk menyelamatkan kawasan penempatan eksklusif orang Melayu daripada menjadi "mangsa" pembangunan.

"Siapa (Senator Datuk) Raja Nong Chik (Raja Zainal Abidin)? Raja Kampung Barukah? Orang Melayu di Kampung Baru tidak boleh dihina seperti ini... patut beri mesej dan ajar Raja Nong Chik (agar) hormat budaya orang Melayu.

"Apa kepentingan kita di sini? PAS dan PKR, kita tiada kepentingan... ini sahaja kampung kawasan orang Melayu, biarlah ia dipertahankan. DAP pun tiada kata mahukan kawasan Kampung Baru, orang Cina pun tak mahu yang Melayu haprak ini nak mengapa? Kita Little India (di Brickfields), Little Cina (di Jalan Petaling) kita tak kacau tapi mengapa Little Melayu (Kampung Baru) ini jadi masalah? Kalau betul nak tolong bangunkan, beri pinjaman... tidak perlu nak buat perbadanan," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana gagal untuk menyekat pentadbiran Najib daripada meluluskan rang undang-undang itu.

"Sekali lagi menyaksikan dengan kekuatan majoriti Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen rang undang-undang ini telah diluluskan pada 5 Oktober lalu, di mana kami bagi pihak Pakatan Rakyat telah mencuba dengan bersungguh-sungguh dan telah habis segala ikhtiar kami sebagai manusia biasa untuk halang ia daripada diluluskan.

"Hasilnya selepas ini Dewan Negara yang akan bersidang pertengahan Disember dan ia akan diluluskan dan rang undang-undang akan digazetkan dan pemilik, pewaris dan tanah akan tertakluk masa depan dengan rang undang-undang," katanya.

Bagaimanapun tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, nasib dan masa depan Kampung Baru boleh diselamatkan sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.

"Kalau nak rang undang-undang ini ditarik balik jatuhkan BN pada pilihan raya umum ke-13 kerana dari segi amalan dan usaha kita dengan cara itu rang undang-undang ini boleh ditarik balik jika wakil rakyat mendapat mandat yang besar dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara," katanya.

Jelas Salahuddin, pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang kepentingan ke atas petempatan berusia 111 tahun itu dan segala bentuk pembangunan harus diputuskan pemilik dan pewaris tanah kawasan itu.

"Apa pun yang kami bercakap sama ada di dalam atau luar Parlimen, kami tiada kepentingan apa-apa... kalau saya bercakap soal Kampung Baru, saya tiada apa-apa, kami tiada kepentingan, kami tiada saham dan kami tiada syarikat yang berkepentingan di Kampung Baru.

"Apa yang kami buat pada hari ini sekadar tanggungjawab kami untuk melindungi dan mempertahankan hak pewaris Kampung Baru, itu sahaja," katanya.

Beliau juga berharap rang undang-undang baru yang menggantikan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 tidak akan menggadai hak pemilik dan pewaris tanah.

"Rang undang-undang yang diluluskan ini boleh buat apa sahaja, saya hanya mampu berdoa dan berharap ia tidak jadi seperti pepatah orang tua-tua, kita menang sorak kampung tergadai," katanya.

Putrajaya menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 pada 3 Oktober lalu tetapi pada hari yang sama digantikan dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 sebelum diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dua hari kemudian.

Bacaan kali kedua rang undang-undang itu telah tertangguh beberapa kali selepas dibawa ke Parlimen 14 Disember lalu ekoran protes.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Tian Chua pula berkata, langkah Putrajaya meneruskan hasrat untuk membangunkan Kampung Baru tanpa mendapat izin pemilik dan pewaris tanah sebagai satu pengkhianatan kepada orang Melayu.

"Ini adalah satu pengkhianatan apabila pemilik dan pewaris tanah hanya diberi peranan sebagai Majlis Penasihat sedangkan menteri diberi kuasa mutlak.

"Kita perlu pastikan rang undang-undang ini tidak mengkhianati anak-anak dan generasi kita pada masa depan. Dalam pandangan menteri tanah ini akan bernilai jika ia dijual," katanya.

Lelaki Sanggup Potong Anu Kerana Putus Cinta!

Posted: 10 Oct 2011 08:38 PM PDT


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai putus cinta dan menghadapi tekanan perasaan nyaris maut apabila memotong alat sulitnya sendiri menggunakan sebilah pisau dalam kejadian berhampiran sebuah restoran di Danau Kota, Setapak, di sini, kelmarin.

Difahamkan, tindakan drastik lelaki terbabit mengakibatkan alat sulitnya itu hampir putus selain kehilangan banyak darah.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa bernasib baik apabila seorang lelaki berusia 26 tahun yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan menemuinya terbaring di bahu jalan dalam keadaan berlumuran darah selain meronta-ronta menahan kesakitan sambil meminta pertolongan.

Menurut sumber, lelaki yang menemuinya itu kemudian bergegas membuat laporan di Pondok Polis Danau Kota, di sini, sebelum sepasukan anggota polis dan ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian, lelaki terbabit dikatakan masih kesakitan sambil memegang kemaluannya.

"Mangsa dilaporkan pengsan dipercayai kehilangan banyak darah ketika usaha mengangkatnya masuk ke dalam ambulans untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), bagi mendapatkan rawatan," katanya.
Difahamkan, pihak berkuasa turut menemui sebilah pisau di lokasi kejadian dipercayai senjata digunakannya untuk memotong kemaluannya.

Menurut sumber, sebaik tiba di hospital, pembedahan segera dilakukan untuk menyambungkan alat sulit mangsa.

"Pembedahan yang memakan masa hampir dua jam itu dilapor membuahkan hasil apabila alat sulit lelaki terbabit berjaya disambung.

"Difahamkan, biarpun alat sulitnya itu berjaya disambungkan, kemungkinan kemaluannya pulih seperti sedia kala adalah tipis," katanya.

Mangsa yang kini ditahan di wad di hospital berkenaan untuk rawatan susulan dilaporkan stabil dan difahamkan, selepas kecederaannya pulih, dia akan dirujukkan ke unit psikiatri bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu pihaknya yakin tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

P/s: BINGAI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

[Al-Fatihah] Idola Ayah TM, Ahmad Jais Meninggal Dunia

Posted: 10 Oct 2011 08:15 PM PDT


Saya petik:
[Mstar] PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Ahmad Jais dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan di sini kira-kira pukul 9.30 pagi Selasa.

Jenazah di akan di bawa di Masjid Negeri Shah Alam dan akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sekseyen 21.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.

Allahyarham dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam Khamis lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC awal pagi Ahad kerana mempunyai rekod perubatan di situ.

Al-fatihah!

P/s: Saya teringat semasa zaman kanak-kanak ketika membantu ayah di kebun getah, beliau mendendangkan lagu Allahyarham diselangselikan dengan siulan merdu. Kebun getah yang sunyi sepi "meriah" sedikit dengan nyanyian beliau. Secara kebetulan, suaranya juga agak sama dengan suara Allahyarham.





Budak Didera dengan Seterika & Besi Panas Meninggal Dunia

Posted: 10 Oct 2011 07:51 PM PDT



Saya petik:

MANGSA BAPA TIRI...polis mengangkat mayat mangsa  untuk dibedah siasat, semalam.
MANGSA BAPA TIRI...polis mengangkat mayat mangsa untuk dibedah siasat, semalam.
[HM] ALOR GAJAH: Keji dan tidak berperikemanusiaan! Itulah perkataan layak dihamburkan kepada seorang bapa tiri yang dipercayai mendera anak tirinya menggunakan besi panas dan seterika sepanjang 10 hari ibu kanak-kanak itu dirawat di hospital selepas melahirkan anak.

Selain kedua-dua tapak kaki kanak-kanak itu berlubang, dipercayai terkena besi panas atau seterika, ada juga kesan lebam kehitaman pada seluruh tubuh mangsa.
Mohd Firdaus Mat Dan, 6, dikatakan sudah nyawa-nyawa ikan ketika dibawa suspek ke Hospital Alor Gajah (HAG), di sini, jam 4.30 petang semalam dan riak wajahnya ketika itu seolah-olah menahan kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Bapa tiri berusia 37 tahun itu menghantar kanak-kanak terbabit ke hospital selepas membawa isterinya berusia 41 tahun pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Sebang, dekat sini, sebaik wanita itu dibenarkan keluar dari hospital.

Menurut sumber, mangsa yang bertubuh kurus diberikan bantuan kecemasan hampir satu jam oleh pegawai perubatan sebaik dibawa ke HAG, tetapi kanak-kanak itu gagal diselamatkan...


P/s: Lahanat!

Ibu "Lalok" Jual Anak & Ajar Anak Melacur

Posted: 10 Oct 2011 05:45 PM PDT


Saya petik:
[HM] CHUKAI: Bukan saja tergamak 'menjual' empat daripada tujuh anaknya kepada keluarga lain untuk dijaga, seorang wanita yang terdesak mendapatkan sumber kewangan selepas berpisah dengan suaminya kira-kira empat tahun lalu, tergamak memperdagangkan tubuhnya bagi mendapatkan wang untuk menyara keluarganya.

Sumber berkata, lebih menyedihkan apabila ibu tunggal berusia 37 tahun terbabit yang turut menagih pelbagai jenis dadah bertindak keterlaluan apabila menurunkan ilmu dan pengalamannya menjual tubuh kepada anak gadisnya yang berusia 16 tahun.

"Selain mengajar anak perempuannya menjual tubuh, wanita terbabit menjadikan gadis itu yang berhenti sekolah ketika di tingkatan satu sebagai rakan penagih apabila mereka melepaskan gian dadah bersama ketika di rumah.

"Sebagai jalan mudah mendapatkan bekalan dadah, dua beranak terbabit menerima bahan terlarang itu sebagai menggantikan bayaran perkhidmatan seks ketika bersama pasangan masing-masing," kata sumber itu.

Kegiatan dua beranak terbabit terbongkar apabila rumah mereka diserbu sepasukan anggota polis yang menjalankan Ops Tapis di Kampung Dusun Nyior, dekat sini, hujung minggu lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah, berkata serbuan ke atas kediaman milik wanita itu di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Dusun Nyior dilakukan pada jam 2 petang...



Tiada ulasan: