Sabtu, 8 Oktober 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


GILA: Adik-beradik 7 dan 9 Tahun TIRU Aksi LESBIAN di Rumah

Posted: 08 Oct 2011 01:00 AM PDT

Gambar Sinar Harian. Beritanya di sini.

Saya petik:
[HM] JASIN: Gara-gara dipercayai meniru aksi pasangan lesbian dalam video lucah yang pernah ditonton, dua beradik dikesan melakukan aksi ghairah itu di rumah mereka di Asahan, di sini.

Bagaimanapun, dua beradik berusia sembilan dan tujuh tahun itu yang didakwa pernah melakukan perbuatan terbabit sejak setahun lalu tidak bernasib baik apabila perbuatan mereka dilihat ibunya Rabu minggu lalu.

Ketika ditemui ibu mereka, dua beradik itu asyik bergomol umpama pasangan sejenis tanpa seurat benang dalam sebuah bilik di rumahnya.

Nasib malang menimpa dua kanak-kanak itu apabila menerima pembalasan daripada bapa angkatnya yang berusia 28 tahun selepas dimaklumkan ibu kandungnya Sabtu lalu.

Bapa angkat kanak-kanak itu yang baru pulang daripada bekerja di Pahang pada Sabtu lalu merotan dua kanak-kanak berkenaan sebagai hukuman terhadap perbuatan melampau mereka sehingga didakwa lebam di tangan, kaki dan belakang.

Bagaimanapun, kesan lebam pada kanak-kanak berkenaan dilihat beberapa penduduk yang mengesyaki mereka didera lalu membuat aduan kepada Pusat Perkhidmatan BN (Pembela) supaya perkara itu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kemudian berkunjung ke rumah ibu tunggal berkenaan, malam kelmarin. Penolong Pengarah Warga Tua dan Keluarga JKM negeri, Zamzuri Mohamad, berkata siasatan awal mendapati ibu kanak-kanak itu menghubungi bapa angkat anak sulungnya itu yang bertugas di Pahang selepas terkejut melihat perbuatan lucah dua anaknya.

Katanya, lelaki terbabit merotan sehingga lebam di beberapa bahagian tubuh dua kanak-kanak berkenaan sebagai pengajaran. 

"Berdasarkan siasatan, dua beradik itu mendakwa pernah menonton video lucah yang ditayangkan sepupu mereka ketika mendiami rumahnya di Selangor.

"Mungkin disebabkan terpengaruh atau teringat apa yang pernah ditonton, pasangan kanak-kanak itu cuba aksi terbabit sebelum disedari ibu mereka," katanya, di sini, semalam.

Hadir sama dalam siasatan terhadap kes berkenaan Pengarah Pembela, Amir Hamzah Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) Asahan, Abdul Ghani Abdullah.

Menurut Zamzuri, anak sulung ibu tunggal itu diserahkan kepada satu pasangan untuk dijadikan anak angkat secara sah kepada lelaki berusia 28 tahun dan isterinya berusia 25 tahun itu sejak setahun lalu.

Katanya, ketika kejadian, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu pulang ke rumah ibu kandungnya selepas ibu angkatnya itu ke Pahang untuk menemui suaminya yang bertugas di negeri itu.

"Saya dimaklumkan, adik-beradik itu bukan pertama kali melakukan perkara sumbang itu dan keluarganya pernah melihat mereka berdua-duaan dengan keadaan mengghairahkan," katanya.

P/s: GILA!



Lelaki Lembik DIBELASAH kerana Curi Van

Posted: 07 Oct 2011 11:30 PM PDT


Saya petik:

CEDERA...seorang suspek curi  van cedera dibelasah orang awam.
CEDERA...seorang suspek curi van cedera dibelasah orang awam.
[HM] MARANG: Hasrat dua lelaki meraih keuntungan dengan menjual sebuah van dicuri tidak kesampaian apabila perbuatan mereka terdedah selepas seorang remaja lelaki mengenali pemilik sebenar kenderaan berkenaan.
Dua suspek terbabit yang berusia 30-an itu turut cedera akibat dibelasah orang ramai apabila kegiatan mereka itu didedahkan remaja lelaki berkenaan di Jalan Rhu Renggeh, Rusila, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, remaja berkenaan yang menaiki sebuah motosikal terserempak dengan dua suspek terbabit memandu van curi di Jalan Tok Adis, Kuala Terengganu, di sini.
Keadaan suspek yang mencurigakan selain dia mengenali pemilik sebenar van itu menyebabkan lelaki terbabit membuat keputusan mengekori kedua-dua suspek.

Bagaimanapun, suspek terbabit yang menyedari diekori cuba melarikan diri memecut van berkenaan selain beberapa kali menghimpit motosikal ditunggang lelaki terbabit bagi mengelaknya terus mengekori mereka.

Nasib malang menimpa kedua-dua suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk penyalahgunaan dadah apabila tayar kiri van dinaiki tiba-tiba pecah menyebabkan mereka gagal mengawal kenderaan terbabit sebelum terbabas di Jalan Rhu Renggeh, di sini.

Sebaik tersadai di tepi jalan, kedua-dua suspek terbabit dibelasah pengguna jalan raya lain sebaik diberitahu mereka mencuri van berkenaan selain berang dengan tindakan suspek cuba menghimpit dan melanggar lelaki yang mengekorinya itu serta memandu secara berbahaya termasuk merempuh dua lampu isyarat.

Pergelutan itu bagaimanapun berjaya dihentikan selepas polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian sebelum kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, van jenis Nissan Vanette dicuri dua suspek berkenaan adalah milik seorang buruh yang menetap di Kampung Binjai Manis, Manir, Kuala Terengganu.

Kenderaan itu dikatakan hilang sejak Selasa lalu selepas diletakkan di kawasan tempat letak kereta pusat peranginan Batu Buruk kira-kira jam 6 petang ketika mangsa melawat adik iparnya yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Mangsa membuat laporan kehilangan kenderaannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira jam 8 malam hari yang sama Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Marang, Asisten Superintendan Mohd Zohan Seman yang dihubungi di sini semalam, mengesahkan penahanan dua suspek berkenaan kira-kira jam 3.15 petang kelmarin.

Katanya, kedua-dua suspek yang cedera dibelasah dihantar ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor.

Isteri Beria-ria Mahu GUGUR Kandungan, Rupa-rupanya...

Posted: 07 Oct 2011 10:30 PM PDT


Saya petik:

[HM] JOHOR BAHRU: Curiga sang suami terhadap isterinya yang beria-ia mahu menggugurkan kandungan membongkar kecurangan wanita terbabit yang dikahwini sejak 12 tahun lalu.

Semuanya bermula apabila si suami yang juga pakar psikologi dan hanya mahu dikenali sebagai Shan, 40, mengetahui isterinya hamil anak ketiga, tetapi hairan selepas wanita terbabit beria-ia mahu menggugurkan kandungan dengan alasan tidak mahu anak lagi.

Menurut Shan yang bertugas di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, isterinya yang hanya dikenali sebagai Rupa, 31, rupa-rupanya mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan rakan sepejabat berusia 40-an.

"Semuanya bermula pada Ogos 2009 apabila isteri memaklumkan dia hamil dua bulan. Saya sangat gembira, tetapi sebaliknya dia bengang dengan perkara berkenaan.

"Saya mula hairan dan selepas membuat perkiraan, saya sudah beberapa minggu tidak bersamanya dan mustahil dia hamil dua bulan," katanya, semalam....


P/s: Macam-macam! Salah satu moralnya, jangan tinggalkan isteriu lama sangat, nanti dia hilang pertimbangan, lalu ehem-ehem dengan orang lain (bagi yang lemah imanlah)



GILA: Lelaki LIWAT Bayi Lelakinya Berusia 23 Hari

Posted: 07 Oct 2011 09:39 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

"Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera...
P/s: GILA LAHANAT!




Tiada ulasan: