Sabtu, 8 Oktober 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bajet 2011: Tiada Yang Menggembirakan Untuk Guru/ Kakitangan Awam.

Posted: 08 Oct 2011 07:35 AM PDT

Oleh: umnopenipu


Pembentangan Bajet 2011 (sepatutnya gunalah istilah belanjawan) pada 7hb Oktober 2010 oleh PM Datuk Seri Najib menerima komen (sebagaimana yang dijangka) yang amat manis dari para pengampu dan rakyat yang terbelenggu mindanya. Paling menjengkelkan ialah dari Majlis Profesor Negara yang sehingga kini menonjolkan kedunguan minda secara jelas sehingga memalukan institusi yang menganugerahkan ijazah kedoktoran kepada mereka, institusi tempat mereka bekerja, bangsa Melayu malah memalukan 'Satu Malaysia'. Sebagaimana biasa, pembohong-pembohong tegar ini telah menggunakan istilah yang mengelirukan sehingga ramai antara kita yang terpegun dan rasa senang hati.

Kita hanya ingin mengulas bahagian mengenai kakitangan awam sahaja. Antara intisari Bajet 2012 untuk kakitangan sektor awam ialah bonus setengah bulan gaji, kenaikan tahunan akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 sehingga 37.7 mengikut gred, memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM, menambah tanggamata gaji akhir dan memendekkan tempoh "time-based " guru dari 10 tahun kepada 8 tahun untuk kenaikan pangkat. Adapun profesion yang paling beruntung ialah doctor perubatan yang benar-benar mendapat kenaikan elaun 'on-call' , kecemasan, dan sebagainya.

Bonus sebulan gaji ( separuh semasa IdilFitri dalam bulan Ogos dan separuh lagi akan dibayar dalam gaji Disember 2010) adalah tidak setimpal dan tidak boleh dibanggakan dengan publisiti ekstrim regim BN yang kononnya berjaya mengurangkan deficit berbanding dengan tahun 2009. Bayaran bonus ini hanya melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion. Dengan hasil yang mereka perolehi melalui rompakan halal dan licik seperti menaikkan harga petrol beberapa kali dengan hanya menukar warna 'petrol pump nozzle' dari warna merah kepada kuning.

Sejak Najib menjadi PM 1Malaysia, beliau telah menaikkan harga petrol sebanyak lima kali. Bermula dari harga RM1.80 seliter sehingga harga sekarang RM2.80 dari RM2.90 setelah diturunkan RM0.10 pada 15hb Jun 2011. Polis dikerah untuk mengutip saman sehingga berjumlah RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik (dirompak dari rakyat) sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari 2011. Harga barangan seperti gula,beras dan banyak lagi yang naik yang memberi makna peningkatan kantong kerajaan pusat yang banyak. Tetapi mereka hanya beri bonus 1 bulan gaji sahaja.

Tidak ada kenaikan gaji dalam Bajet 2011 sebenarya. Yang dinaikkan ialah kenaikan tahunan mengikut gred. Kita belum maklum berapa peratus yang akan dinaikkan. Yang pasti gaji dan elaun adalah ditakuk lama. Kenaikan tahunan sekarang bagi para guru DG41 ialah RM91 sementara DG44 ialah RM150 dan TIDAK PERNAH naik sejak tahun 1991 iaitu selama 20 tahun??!!!... Inilah kezaliman regim BN. Mereka sepatutnya menaikkan gaji semua kakitangan awam sebanyak 50%.!!Baca seterusnya di sini

Rupa-rupanya, kita hanya bersangka buruk kepada PM Najib....

Posted: 07 Oct 2011 10:00 PM PDT

Kita, sebagaimana Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman perlu bersyukur kerana mempunyai seorang Perdana Menteri , Najib Tun Razak yang sangat perihatin dan bermurah hati dengan menyediakan Bajet 2012 bertemakan "Dasar Transformasi Nasional — Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara".

Selama ini, rupa-rupanya, kita hanya bersangka buruk terhadap Najib; bahawa Najib hanya mengutamakan isterinya si Rosmah yang boroi boros Gelang Tangan – RM1.65 juta, Koleksi Beg tangan - RM1juta, Cincin Kontraversi - RM24juta , Peruntukan RM111juta untuk Permata dalam Bajet 2010, RM4.5 juta anjur Persidangan Wanita Pertama Dunia, Bermalam di Hotel Atlantis Dubai RM100,000 satu malam!
MySpace
Betapa sebenarnya Najib adalah mendahulukan rakyat sebagaimana bajet semalam – "Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara".

Betapa untungnya Warga Emas seperti aku ini kerana mendapat simpati dan perhatian Najib yang memberikan secara percuma Kos Rawatan Pendaftaran Pesakit yang 100sen itu! Ha! ha!

Baguslah – sebagai rakyat Malaysia yang patut mengenang jasa 'Bapa Tranformer' ini, kita semua kena lupakan segala kesalahan-kesalahan Najib dan isterinya Rosmah.

Kita perlu lupakan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang tidak boleh menyelam, pembunuhan Altantuya tanpa motif, isu kos sewa dan selenggara kediaman yang mencecah RM50 juta setahun – sedangkan RM200juta digunakan bagi pembinaan kediaman tersebut (Seri Perdana).

Dan kita lupakanlah kes Pembunuhan 3 Remaja kes Pembunuhan adik Aminul Rashid , Pembunuhan Kugan , selain Kematian Teo Beng Keong dan Ahmad Sabaini, juga tuntutan 8 perkara oleh Bersih 2.0 pada 9 Jun lalu.

Tiada ulasan: