Isnin, 3 Oktober 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Fidofilia Mati dengan PERUT TERBURAI di Penjara

Posted: 03 Oct 2011 06:06 AM PDT



Seorang fidofilia (orang yang berahi akan kanak-kanak) mati selepas perutnya diburaikan oleh banduan lain  selepas dia didakwa berbangga terhadap jenayah jijik yang dilakukannya. 

Mitchell Harrison, 23, dibunuh di Penjara Frankland, salah sebuah penjara yang dikawal rapi di County Durham. Perogol/penyerang seksual bersiri itu diserang menggunakan senjata buatan sendiri, yang dipercayai pisau cukur yang dikepit dan diikat pada batang berus gigi.

Harrison dan rakan selnya dikatakan makan sarapan bersama sebelum terjadinya kejadian yang mengerikan itu Sabtu lalu, lapor DM.

Menurut maklumat pihak penjara, Harrison dikenakan hukuman penjara selama empat tahun selepas didapati bersalah merogol kanak-kanak berusia 13 tahun.

Sumber penjara melaporkan, "Darah terpercik di merata-rata di dalam sel tersebut."

"Kami percaya sesuatu yang mencetuskan serangan tersebut , namun kami masih belum mengetahui sebab sebenarnya." - DCM


P/s: Saya tidak bersimpati!

Drama Liwat II: Saksi Misteri MENDEBARKAN Konspirator Esok

Posted: 03 Oct 2011 05:36 AM PDT


Saya petik:

[MK] Seorang saksi misteri dijadual memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Peguambela Anwar enggan mendedahkan identiti individu berkenaan ketika ditanya oleh pihak pendakwaan dan mahkamah.

Peguam Sankara Nair hanya berkata individu itu akan memberi keterangan selepas ketua pengarah Jabatan Kimia Lim Kong Boon berbuat demikian.

Sankara yang ditemui wartawan di luar mahkamah berkata saksi berkenaan bukan saksi alibi dan tidak berada di senarai saksi pendakwaan.

"Saya tak boleh dedahkan nama orang itu atau beritahu siapa dia kerana bimbang dia mungkin ditekan daripada sekarang sehingga esok," katanya.

"Ini saksi kami. Apa yang saya boleh beritahu adalah saksi itu akan datang esok untuk memberi keterangan."

Peguam pembelaan sebelum ini pernah memberitahu sesi perbicaraan bahawa saksi tambahan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Mereka termasuk, pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland, yang melakukan pembedahan ke atas Anwar pada 2004.


P/s: Jeng..jeng...jeng!

Skandal Scorpene: Najib Akan DISEPINA ke Perancis, Masih Lenakah Tidur Najib Setiap Malam?

Posted: 03 Oct 2011 01:30 AM PDT

 
Saya petik:

[KD] LONDON: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan disepina di mahkamah Perancis bagi membantu perbicaraan rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Cytnhia berkata, ia berhubung urusniaga membabitkan pemberian komisen kapal selam berkenaan yang dilakukan pada 2002 ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

"Kita ada bukti cukup kuat untuk memulakan perbicaraan, individu terlibat akan disepina ke mahkamah," kata Cynthia.

Katanya, perbicaraan itu tetap akan berlangsung di Perancis walaupun terpaksa ditunda daripada tarikh asal iaitu September lalu.

"Kita jangkakan perbicaraan boleh bermula September, tetapi peguam memberitahu ada sedikit masalah di Perancis kerana ada pihak cuba halang kes ini daripada diteruskan.

"Kita tidak tahu samada pihak di Perancis atau pihak dari Malaysia, kita tunggu. Kes ini akan berlangsung," ujarnya ketika ditemui Suara Keadilan Jumaat lalu.

"Peranan saya sebagai panel, peguam akan beritahu mengenai kes, dan saya akan beritahu mengenai isu-isu rasuah yang melibatkan pembelian peralatan keselamatan dan pertahanan negara," tambah beliau.

Menurut Cynthia, selain menghadiri forum tersebut, beliau dijadualkan bertemu dengan peguam-peguam yang dilantik Suaram bagi mengetahui perjalanan kes.

Jumaat lalu, beliau berlepas ke London bagi menghadiri forum di Universiti Holborn, bagi memberi penerangan kes itu kepada hadirin di sana tentang perjalanan kes rasuah itu bersama peguam kedua yang dilantik Suaram, Joseph Breham.

Selaku ahli panel yang bertindak mewakili rakyat Malaysia, beliau turut mendedahkan rasuah lain yang turut melibatkan pembelian peralatan pertahanan negara.

Cynthia juga dijadual menghadiri mesyuarat dengan tiga peguam yang terlibat dalam kes ini pada hari ini dan esok.

"Kita akan bincangkan secara mendalam selain akan ditemuramah oleh media dari Perancis," katanya.

P/s: Najib mungkin dapat mengelak menghadiri mahkamah di Malaysia, bagaimana dengan sepina yang dikeluarkan oleh mahkamah di Perancis? Kah kah kah!



Anak Siapa Makan KEK dengan GUINNES???

Posted: 03 Oct 2011 12:16 AM PDT


P/s: Beranikah remaja ini meneguk Guinness jika hudud dilaksanakan? Beranikah Parpustout meneguk Guinness jika hudud dilaksanakan? Kah kah kah!



Tiada ulasan: