Ahad, 2 Oktober 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Bekas Banduan TINGGALKAN Wang Berjuta-juta untuk Kebajikan

Posted: 02 Oct 2011 08:34 AM PDT



Kematian seorang penghantar makanan yang sering menghulurkan derma kepada golongan yang memerlukan amat menyentuh masyarakat Korea Selatan. Orang yang mengenalinya berpusu-pusu menghadiri upacara pengkebumiannya. Mereka memuji kemurahan hatinya walaupun hidupnya juga miskin.
 
Kim Woo Su, 54, meninggal dunia Ahad lepas, dua hari selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan.

Walaupun Kim hanya bekerja sebagai penghantar makanan di sebuah restoran makanan China, namun dia tidak lokek menyerahkan sebahagian daripada gajinya kepada Dana Kanak-kanak Korea sejak tahun 2006. Kim memperoleh gaji sebanyak 700,000 won (RM1,914) sebulan.

Paling mengejutkan, Kim meninggalkan wang insurans nyawanya berjumlah  40 million won (RM108,460) untuk kebajikan Dia membeli polisi insurans berkaitan dengan kemalangan jalan raya kerana risiko kerja yang dihadapinya setiap hari.

Kim Woo Sun menjadi yatim piatu pada usia 7 tahun dan pernah menjalani hukuman penjara kerana terlibat dalam jenayah ringan. Dia mula membantu kanak-kanak yang menjalani kehidupan yang sukar  seperti yang pernah dialaminya enam bulan sebelum dibebaskan daripada penjara. Selain mengenangkan kisah lampaunya, dia berbuat demikian selepas membaca penderitaan kanak-kanak di negara itu.


P/s: Tidak banyak orang semurah hati Kim Woo Su!


Letupan Gas: Apa Punca Kebocoran dan Letupan Gas di Rumah?

Posted: 02 Oct 2011 04:00 AM PDT

Saya petik:

[Kosmo] Kuala Lumpur - Tong gas memasak yang biasanya seberat 14 kilogram (kg) yang boleh dilihat hampir di setiap dapur rumah serta restoran berupaya menyebabkan kemusnahan besar jika berlaku kebocoran gas dan meletup.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Gas, Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Zainal Zakaria berkata, disebabkan gas asli cecair itu lebih tumpat daripada udara, gas yang bocor itu tidak akan meresap keluar dengan mudah daripada kawasan tertutup seperti rumah dan premis perniagaan.

"Gas itu sebaliknya mudah tersebar ke seluruh ruang. Jika ada percikan api yang kecil sekalipun, ia dengan mudah boleh menyambar setiap kawasan yang mempunyai sisa-sisa gas berkenaan," katanya kepada Kosmo! Ahad.

Beliau diminta mengulas kejadian letupan yang memusnahkan tingkat bawah pusat beli-belah Empire Shopping Gallery di Subang Jaya Rabu lalu. Kejadian pada pukul 3.45 pagi itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas memasak di sebuah restoran di situ.

Malah dipercayai saluran gas memasak melingkari hampir sebahagian besar bahagian bawah kompleks beli-belah itu.


Menurut Zainal, insiden letupan gas memasak tidak boleh dipandang ringan kerana berjuta-juta rumah di Malaysia masih menggunakan bahan bakar itu setiap hari.

"Walaupun dapur elektrik atau dapur solar lebih selamat, kos untuk membeli sebuah tong gas adalah lebih murah," kata beliau.

Buat masa ini, harga setong gas memasak 14kg ialah RM27.

Zainal mendedahkan, punca kebocoran gas memasak di rumah selalunya disebabkan kepala gas dipasang dengan cara yang salah ataupun paip getah dapur gas bocor digigit haiwan perosak seperti tikus.

P/s: Sila ambil perhatian.  



Najib Sangkal Mahu Hapuskan Kouta Bumiputera: Najib Kelentong atau TMI Tipu?

Posted: 02 Oct 2011 02:40 AM PDT


Sebelum ini, TMI ada memetik kata Najib berkata bahawa kerajaan sedang mencari jalan untuk melupuskan sistem kuota dalam membina kapasiti bumiputera kerana pendekatan itu tidak mencapai tujuan polisi itu diperkenalkan semasa Forum Megatrends Khazanah 2011 di Kuala Lumpur.

Najib berkata, kuota ekuiti 30 peratus itu hanya menghalang usahawan bumiputera daripada mempertingkatkan kemampuan mereka.

"Kami mahu menghapuskan kuota tetapi kami akan menyokong ia (usahawan bumiputera) berkembang.

"Jika kita adakan kuota, mereka akan hanya berpuas hati dengan kejayaan itu dan tidak akan mendapatkan kepakaran bagi menguruskan perniagaan mereka," katanya.

Menjawab soalan daripada hadirin semasa sesi soal-jawab  Najib berkata penetapan kuota "tidak membawa apa-apa makna". Untuk baca laporan lanjut TMI, sila klik di sini.

Najib kemudiannnya menyangkal laporan TMI dan menafikan hasrat mahu menghapuskan kouta Bumiputera melalui berita UM, lidah UMCO yang saya petik di bawah ini:

[UM] KUALA LUMPUR 30 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyangkal dakwaan portal berita dan blog pro pembangkang bahawa beliau pernah menyebut untuk menghapuskan kuota bumiputera dalam perniagaan.

Sambil menyifatkan portal dan blog itu tidak jelas dengan kenyataan beliau, Perdana Menteri menegaskan, apa yang disebut adalah peringatan kepada peniaga bumiputera supaya lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain.

''Saya kata, jangan terlalu bersandarkan kepada kuota, peniaga bumiputera mesti lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain.

''Dalam kata lain, ia akan menjadikan masyarakat bumiputera khususnya peniaga akan lebih dihormati.

''Tapi, saya tidak sebut sama sekali kuota itu akan dimansuhkan," katanya kepada pemberita selepas mepengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini....

Persoalannya, Najib kelentong atau TMI menipu?
 
 
 P/s: Siapa ada video atau pautan video ketika berucap di forum Megatrends Khazanah 2011?
 
 
 

Tiada ulasan: