Ahad, 2 Oktober 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


3 Sebab Ketakutan HUDUD

Posted: 02 Oct 2011 07:53 AM PDT

Oleh PeriaPahit


Apabila isu hukum hudud diperhangatkan kembali oleh Mahathir, sekali lagi kita melihat pelbagai pihak memberi komen-komen yang hangat. Terdapat pelbagai pihak yang memberi komen secara membina da nada juga yang memberi komen secara membabi buta. Ada juga pihak yang kelihatan seperti membela hudud tetapi dalam masa yang sama menolak hudud. Bahkan ada juga penganut Islam yang menghurai hudud dari sudut pandangan orang Melayu.

Sebenarnya, isu hudud ini menunjukkan serta membuktikan kepada kita bahawa Tuan Guru Nik Aziz tida pernah putus harap untuk melaksanakan hukum ciptaan Allah Swt dimuka bumi ini. Isu ini juga membuktikan betapa DAP tetap dengan pendiriannya untuk menolak hokum ini dilaksanakan di bumi ini. Tidak ketinggalan MCA, Gerakan dan MIC juga menolak hokum ini.

UMNO yang kononnya parti orang melayu tetapi kini dianggotai oleh pelbagai etnik dan agama atas nama bumiputra juga menolak hokum ini atas dasar perlembagaan yang dicipta oleh kaum British yang menjadi penasihat (bukannya penjajah mengikut kamus UMNO) semasa memulangkan kuasa naungan mereka kepada UMNO setelah membunuh ratusan rakyat Tanah Melayu yang berketurunan Melayu dan beragama Islam seperti arwah Tok Janggut dan Dato Maharajalela.

Dalam masa yang sama juga, JAKIM yang kononnya sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan dala hal ehwal agama Islam di Malaysia juga menolak hokum hudud ini dengan alasan kononnya hokum hudud ini ciptaaan PAS dan sehingga kini mereka tidak pernah menunjukkan draf hukum hudud sebenar seperti yang mereka momokan.

Ada juga Mufti-mufti dan bekas mufti yang menyokong pelaksanaan hokum hudud ini tetapi dimasa yang sama juga ada mufti dan bekas mufti yang menolak pelaksanaan hukuman ini berasakan masyarakat atau keadaan semasa yang tidak mengizinkan.

Sebenarnya, isu hokum hudud ini adalah satu permasaalahan kalau diibaratkan dalam bahasa matematik, ianya amat mudah untuk diselesaikan. Dalam Matematik, kita disajikan dengan ketetapan bahawa angka ganjil terdiri dari angka 1, 3, 5, 7, 9, 11,…… dan angka genap adalah 2, 4, 6, 8, 10, 12,…….

Sebagai seorang yang beragama Islam, Allah SWT telah menetapkan AlQuran sebagai kita yang perlu diikuti dan sudah semestinya hokum hudud tertera didalam Al Quran. Untuk memudahkan umat Islam dalam memahami dan mempelajari agama Islam, maka terdapat hadis-hadis Nabi dan juga sunat-sunat nabi yang diterangkan didalam pelbagai kitab yang boleh diperolehi di Negara ini.

Sudah semestinya saya tidak hairan sekiranya DAP, MCA, Gerakan, MIC dan parti-parti politik lain menolak hokum hudud ini kerana bagi saya mereka mempunyai TIGA sebab utama untuk menolak hokum ini.

Sebab yang pertama ialah, puak-puak ini adalah merupakan parti yang berasakan perkauman dan ianya mewakili kaum Cina dan India di Malaysia. Walaupun terdapat beberapa orang Melayu yang menyertai DAP atau Gerakan dan beberapa India Muslim yang menyertai MIC, mereka ini adalah minoriti didalam parti masing-masing. Penolakan parti-parti ini adalah kerana mereka sendiri tidak memahami apa itu hudud dan sebagai parti yang mendukung dasar sekular, mereka akan menolak hokum ini seadanya.

Sebab yang kedua ialah ada diantara ahli-ahli didalam parti ini mempelajari atau membaca secara mendalam perihal hokum hudud ini dan mendapati ianya bakal memudaratkan agama mereka jika dibenarkan pelaksanaannya.

Bagi mereka hokum hudud ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ianya merupakan satu hokum yang paling adil dicipta oleh Allah untuk umatnya. Keadilan hokum ini boleh membuka minat kepada penganut agama lain untuk mendekati Islam dan mungkin satu anjakan pradigma kemasukkan ke agama Islam mungkin berlaku secara skala besar. Ini yang ditakuti oleh pihak-pihak yang mendalami hokum ini tetapi menganut agama lain.

Sebagai contoh, Lim Guan Eng sendiri terpikat dengan ketokohan dan corak pengurusan Khalifah Umar. Ketelusan Khalifah Umar dalam mentadbir urus Negara ketika itu menjadi idola Lim Guan Eng. Tidak mustahil jika Lim Guan Eng mendalami hokum hudud ini, minat beliau terhadap Islam akan bertambah.

Sebab ketiga kenapa hokum ini ditolak oleh parti-parti berasaskan kaum dan UMNO yang kononnya pembela Melayu dan Islam adalah kerana politik. Mereka takut sekiranya hokum ini didlaksanakan, PAS akan mendapat pujian dan lebih menakutkan mereka ialah sekiranya lebih ramai menyertai PAS setelah mengetahui betapa PAS bergerak diatas landasan Islam sebenar.

Pihak kerajaan pada masa kini amat takut untuk melaksanakan hokum hudud kerana jika ianya dilaksanakan pada masa ini, segala kebenaran akan terbongkar dengan mudah. Kes Liwat dan Video Seks Anwar Ibrahim akan diselesaikan dengan mudah kerana keadilan yang terdapat dalam hokum hudud. Ini amat menyusahkan kerajaan BN kerana cara asas BN untuk memburukkan parti lawan adalah dengan menggunakan hujah FITNAH seperti yang berlaku sekarang.

Kita ambil contoh dalam kes liwat DS Anwar Ibrahim dimana puak-puak BN mengecam DS Anwar kononnya memperlewatkan kes dengan penangguhan serta rayuan yang dibuat. Kini apabila kes ditangguhkan diatas permohonan Najib serta Rosmah untuk menolak sapina terhadap mereka kenapa tiada kecaman dibuat oleh puak-puak BN kepada Najib dan Rosmah. Sepatutnya, Bapa Sayfol harus keluar dalam TV 3 sekali lagi menyeru Najib dan Rosmah hadir kemahkamah untuk menyelesaikan kes anak beliau secepat mungkin supaya tidak teranaiya dengan penangguhan kes lagi. Dan sudah semestinya ianya tidak akan berlaku kerana yang terlibat adalahpuak BN.

Oleh itu saya merayu kepada semua rakyat yang berugama Islam supaya menyokong pelaksanaan hokum hudud dan kepada pimpinan negeri yang diketuai oleh orang Melayu beragama ISLAM supaya mula menerangkan apa itu hokum hudud kepada mereka yang berlainan agama. Kepada Mufti-mufti dan bekas-bekas mufti , segeralah bangun untuk bersama menyokong pelaksanaan hokum hudud di bumi ini. Ingatlah bahawa HUDUD bukan hokum ciptaan PAS atau mana-mana Ulamak tetapi ia merupakan ciptaan ALLAH SWT tuhan seluruh alam.

Nak menang pun janganlah hina hukum Allah...

Posted: 02 Oct 2011 07:42 AM PDT


Oleh Malaysia Harmonis


Pada waktu-waktu kebelakangan ini, satu demi satu isu dilonjakkan ke tengah masyarakat sehingga mencetuskan polemik, kegusaran serta semangat menyokong dan membangkang yang bermacam-macam.

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, penilaian semula sejarah kemerdekaan negara dan terbaharu, isu pelaksanaan hukuman hudud oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Ditelek dari sudut mana pun, warga Malaysia yang celik akan nampak bahawa semua isu panas yang ditimbulkan ini adalah gendang-gendang kecil plihan raya umum yang sedang dipalu. Ia adalah nada muzik yang sedang disusun menjadi gelombang besar yang akhirnya akan digunakan untuk menyapu pihak lawan. Inilah yang sedang dimainkan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Namun yang paling berapi antara isu-isu tersebut ketika ini adalah keberanian akhbar Utusan Malaysia pada 26 September 2011 (semalam) menyiarkan karikatur yang jelas menghina hukuman hudud, iaitu hukuman yang ditetapkan oleh Allah Rabbul Jalil untuk dilaksanakan orang-orang beriman.

Karikatur tersebut menunjukkan seorang yang berserban (difahami sebagai Tuan Guru Nik Abdul Aziz) sedang mendengar lagu lama sambil berbaring. Irama yang keluar dari corong pemain piring hitam itu pula digambarkan berbunyi lebih kurang "Jeng.. jeng... jeng... hu hu... hud... hud... du... du...huddu... huudd.. du.. dududu..."

Lelaki berserban itu pula kelihatan seronok 'melayan' lagu lama tersebut. Apa yang mungkin mudah difahami ramai adalah: Nik Aziz memutarkan kembali isu lama iaitu pelaksanaan hukuman hudud sebagai modal PAS untuk menghadapi pilihan raya.

Sedarkah pencipta karikatur (Miki) dan Utusan, atas alasan apa sekalipun, menyiarkan sesuatu yang kontroversi seperti itu terang-terangan menghina agama? Hudud bukan ciptaan PAS atau mana-mana manusia di dunia ini. Ia bukan juga ciptaan Nabi Muhammad. Ia adalah hukuman yang dianugerahkan Allah kepada manusia agar pelaksanaannya dapat menjamin kesejahteraan hidup di dunia, bahkan mengundang keberkatan Ilahi. Orang-orang yang beriman mesti yakin dengan hukuman yang terkandung dalam al-Quran ini.

Barangkali Utusan berhujah, "Mana ada disebut 'hudud' dalam karikatur? Cuba perhatikan betul-betul... tidak ada satu perkataan 'hudud' pun ditulis."

Ya, betul. Tapi kenapa butir-butir perkataan yang terpapar itu begitu mirip dengan 'hudud', dan kenapa watak lelaki berserban itu seakan-akan Nik Aziz? Kenapa ia disiarkan pada ketika orang membahaskan isu hudud ini? Adakah ia hanya kebetulan?

Adakah rakyat Malaysia yang terkenal berilmu tinggi ini begitu naif hingga tidak reti membaca apa yang tersirat di sebalik yang tersurat? Kenapa tidak memilih perkataan lain yang tidak akan dikaitkan dengan hudud?

Soalan besarnya ialah, kenapa siarkan karikatur begini lagi?

Pada 15 Jun lalu, Utusan telah pun menconteng arang ke muka sendiri apabila menyiarkan sebuah karikatur (karya Miki lagi!) berjudul 'Kekeliruan Kes Rogol'. Keadaan pertama menunjukkan seorang wanita mengaku kepada Tok Penghulu yang berserban bahawa beliau dirogol. Tok Penghulu bertanyakan sama ada wanita itu mempunyai empat orang saksi (dengan perkataan '4 orang saksi' dihitamkam). Apabila wanita itu menjawab dia hanya ada rakaman dalam telefon bimbit sahaja, Tok Penghulu tidak menerima aduannya kerana telefon hanya besi yang tidak ada mata dan telinga (tidak boleh menjadi saksi). Keadaan kedua pula menunjukkan wanita itu membuat aduan yang sama kepada seorang anggota polis dan aduannya diterima.

Karikatur ini turut menimbulkan bantahan ramai kerana dikatakan mempermain-mainkan hukuman syarak. Isu ini senyap seketika. Tiba-tiba, tiga bulan setengah kemudian, satu lagi karikatur kontroversi diterbitkan.

Kita sangat marah apabila karikatur dalam akhbar di Denmark mempersendakan Nabi Muhammad. Tetapi kenapa pula akhbar kita di sini yang dimiliki orang Melayu Islam menyiarkan karikatur yang mempersendakan hukuman Allah? Kalau begitu, jangan melenting sekiranya umat Islam di negara ini marah dan memboikot Utusan.

Sebagai akhbar yang dilihat selalu menyokong kerajaan BN, tidak salah kalau dikatakan tindakan Utusan ini bertujuan mengangkat BN dan menyerang PR dalam mengahadapi pilihan raya umum akan datang. Isu hudud yang ditimbulkan sekarang ini pun didakwa oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebagai strategi BN untuk melihat PR yang terdiri daripada PAS, DAP dan Keadilan bertelagah.

Pilihan raya, pilihan raya juga. Tetapi kita ada agama yang membataskan perlakuan agar tidak terjerumus ke dalam kemurkaan Allah. Kata orang, kalau nak menang pilihan raya pun, janganlah sampai memperlekeh Islam dan menghina hukum Allah dalam kempen kita. Jangan sampai Allah menguji kita semua di bumi bertuah ini denga sesuatu yang kita tidak sanggup memikulnya.

"Ya Allah, janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat seperti yang pernah Engkau berikan kepada umat-umat yang terdahulu..." http://malaysiaharmoni.com

Najib, Rosmah Masih Berdoa Untuk Tidak Hadir Ke Mahkamah Esok

Posted: 02 Oct 2011 07:37 AM PDT

MSO


BESOK Mahkamah akan menentukan sama ada Najib dan isterinya, Rosmah Mansor kena hadir atau tidak ke mahkamah bagi menjadi saksi kepada kes liat yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim. Dalam tempoh yang tinggal kira-kira 17 jam lagi Najib dan Rosmah dikhabarkan masih berdoa bagi memastikan dia tidak perlu hadir ke mahkamah.

Doa mereka laki bini tentulah meminta agar mahkamah berpihak kepadanya, tidak membenarkan permohonan Anwar. Najib dan Rosmah terpaksa memohon kepada mahkamah untuk mengenapikan sepena yang dibuat oleh Anwar.

Najib yang mulanya mengatakan dia tidak gentar untuk berhadapan dengan Anwar tiba-tiba merubah "keberanian" apabila enggan hadir ke mahkamah dengan memohon mengenepikan sepena untuk menjawab persoalan bakal ditimbul oleh para peguam Anwar.

Saya difahamkan waktu ini ada majlis solat hajat dan tahlil di kediaman rasmi Najib Razak di Putrajaya atau di Jalan Duta, Kuala Lumpur?

Dalam pada itu saya sudah dapat mengagak apa yang bakal diputuskan oleh mahkamah jam 2:30 petang esok. Sesuatu yang bakal mengejutkan orang ramai dijangka berlaku esok. Mungkin satu lagi sejarah perundangan akan tercatat di negara ini. Mungkin...?

Apa yang bakal berlaku esok semua pihak hendaklah menerimanya. Janganlah ada tunding menudnign jari kerana hendak mempertahankan benang basah. Baik Anwar maupun Najib tenanglah menerima keputusan mahkamah.

Apapun kita tunggu esok saya tidak terniat untuk berkongsi tentang apa yang serba sedikit saya tahu kerana bimbang ianya akan dianggap contemp of the court, tak fasal-fasal pula saya yang masuk penjara

UMNO Kalah Besar Jika PRU-13 Sekarang, Kena Balik Pada Pejuangan "Semangat 46" - TDM

Posted: 02 Oct 2011 07:34 AM PDT

KELAB GREENBOC

Orang UMNO perlu balik ke perjuangan asal untuk menang pilihan raya: Tun M


JITRA: Ahli UMNO perlu balik pada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi 'duri dalam daging' iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang UMNO akan terhapus.

"Dulu orang UMNO berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.

"Jika diadakan PRU waktu ini, UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar,"
katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 'Bicara Negarawan' pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di Dewan Wawasan di sini, hari ini.

Hampir 2,000 pengerusi dan setiausaha JKKKP dari seluruh negeri hadir mendengar bicara beliau yang berlangsung selama sejam. Hadir sama pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir serta jawatankuasa Perhubungan UMNO Kedah.

Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada PRU ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang UMNO ini terhapus.

Beliau yang ditanya adakah sesuai PRU diadakan sekarang, menjawab: "Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun UMNO belum cukup kuat."

"Dalam UMNO masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang UMNO seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain," katanya.

Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: "Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah."

"Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

"Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama.

"Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud," soal Dr Mahathir.

Beliau yang ditanya seorang wartawan akhbar Cina mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan Chin Peng yang dilaporkan sakit untuk balik ke Malaysia, Dr Mahathir berkata rakyat masih marah pada komunis.

"Dia pilih untuk mengkhianati negara.... kita kena ambil kira perasaan orang kerana ramai jadi mangsa komunis, kehilangan keluarga, putus kaki. Ramai orang tidak maafkan dia. Kita kena fikir perasaan mereka bukan Chin Peng," katanya.

Dr Mahathir menegaskan Chin Peng berjuang kerana hendak mendirikan kerajaan komunis bukan menuntut kemerdekaan, berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan. - BERNAMA

Ulasan GB

Pertama: Kembali kepada perjuangan "asal" UMNO.

Kata Mahathir: Ahli UMNO perlu balik pada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Apa ertinya balik pada perjuangan asal parti? Maksudnya ialah, kembali kepada semangat penubuhan UMNO yang ada pada tahun 1946, Semangat 46!

Tetapi sayang Semangat 46 sudah berkubur, tidak akan hidup balik. Maka yang ada kini ialah UMNO Baru yang Mahathir sendiri tubuhkan yang perjuangan UMNO sekarang, menurut Mahathir sendiri, mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu. Sudah tidak dapat hendak dihidupkan semangat 46 itu lagi sampai bila-bila.

Kedua: Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: "Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah."

"Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah.


Kita ingin bertanya kepada Mahathir, buktikan negara mana di atas dunia ini yang penduduknya 100% umat Islam. Negara Arab Saudi yang Islam diturunkan pun tidak mempunyai 100% penduduk Islam.

Ketiga: Hudud lagi

Kata Mahathir: "Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama.


Memang benar sebarang undang-undang atau hukum sepatutnya dikenakan "sama" untuk semua penduduk tak kira hukum Islam atau bukan.

Tetapi jika Mahathir & UMNO yang mengaku Islam sendiri menolak hudud, bagaimana hendak meyakinkan orang bukan-Islam terhadap hukum tersebut?

Itu sebab mengapa PAS hendak menjalankan hukum hudud kepada umat Islam terlebih dahulu. Untuk memperlihatkan keindahan dan keadilan undang-undang Islam. Kemudian apabila ianya diterima oleh semua, ada kemungkinan yang bukan Islam juga akan tertarik dan akan meminta hukum itu dilaksanakan kepada mereka.

Sama seperti perbankan Islam satu ketika. Pada awalnya masyarakat bukan Islam prejudis terhadapnya, tetapi apabila ia dilaksanakan, ramai pula yang bukan Islam turut menyertai sistem kewangan dan perbankan Islam yang tiada riba malah perbankan konvensyenal juga turut menyediakan produk-produk Islam.

Hujjah-hujjah kamu sudah kami patahkan. Berhijrahlah kepada perjuangan "Islam" kerana UMNO akan berkubur tidak berapa lama lagi dari sekarang.

Muslimat dan DUN sasaran bertanding sudah siap sedia

Posted: 02 Oct 2011 07:31 AM PDT



KUALA TERENGGANU - Dewan Muslimat PAS Pusat (DMP) telah menggerakkan sasaran meletakkan sekurang-kurangnya satu calon bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu calon peringkat Parlimen disetiap negeri dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata demikian ketika ditemui media selepas program Pantau Muslimat peringkat negeri Terengganu di Markaz Tarbiah PAS di Kuala Ibai, dekat sini pada Khamis 29 September.

"Kita diperingkat Dewan Muslimat Pusat memang menggerakkan (sasaran Muslimat bertanding) sekurang-kurangnya satu kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen, dan kita mengemukakan cadangan ini untuk diperbincangkan di peringkat negeri,

"(ini adalah) sebab kita melihat hampir keseluruhan negeri 50% dan di Terengganu hampir 52% adalah pengundi wanita,"jelasnya.

Menurutnya, cadangan tersebut diutarakan berdasarkan prestasi dan kemampuan wakil-wakil rakyat muslimat masakini di negeri-negeri Kelantan, Kedah dan Selangor.

Mengulas perkara yang sama, Timbalannya Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, DMP telah pun menyenaraikan nama-nama calon bagi Muslimat yang akan bertanding dan DUN-DUN sasaran.

Khusus bagi negeri Terengganu, Dr. Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja merayu kepada kepimpinan PAS negeri Terengganu supaya diperuntukkan satu kerusi untuk Muslimat.

"pihak pimpinan tertinggi (PAS Pusat) tidak ada masalah, tapi persoalan kerusi ini biasalah, ia bergantung kepada sikap-sikap pimpinan Kawsan, pimpinan perhubungan negeri,

"di negeri terengganu ini, kami minta dan kami memang merayu sesungguh-sungguhnya satu kerusi DUN diberi kepada muslimat,"katanya.

Apabila ditanya, adakan pihak DMP telah ada calon Muslimat dan DUN sasaran yang akan ditandingi di negeri Terengganu, kedua-dua pimpinan tertinggi muslimat berkata sudah ada.

"Ada dah (sasaran kerusi yang akan ditandingi) ada dah.....ada dah (calon yang akan bertanding) sudah ada senarai nama (calon) dan sudah ada senarai (DUN) semua negeri kami sudah ada senarai,"tegasnya.

YTL Diburu Hantu Bonceng?

Posted: 02 Oct 2011 07:28 AM PDT

Oleh : BIRISPUNYA BIRIS (sabahkini)

YONG TECK LEE (YTL) adalah bertanggung jawab terhadao akauntabiliti kejatuhan SAS. Ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana YTL gagal menjaga kesihatan saham supaya tidak jatuh sakit kerana beliau adalah Ketua Menteri Sabah pada ketika saham SAS dilahirkan ke dunia. Dalam erti kata lain, saham SAS adalah ANAK Yong Teck Lee yang tersayang.

Apbila saham SAS jatuh sakit kerana diserang penyakit semulajadi, saham SAS telah dibawa berjumpa doctor. Doktor telah memeriksa anak Yong Teck lee dan memberi ubat dan nasihat yang perlu dituruti supaya anaknya cepat sembuh.

Malangnya, Yong Teck Lee tidak menjalankan tugas yang diharapkan sebagai ibubapa seperti ibubapa lain yang sayang kepada anaknya. Yong Teck Lee didapati tidak memberi kasih sayang yang secukupnya walaupun berkemampuan berbuat demikian, justru itu anaknya tidak mati tapi tidak juga sembuh dengan memuaskan.

Hal ini telah disiarkan ke dalam akhbar tempatan dan seluruh rakyat sabah telah membacanya dan menuduh Yong Teck Lee ini ibubapa yang tidak bertanggungjawab, dan bukan ibubapa yang penyayang.

Yong Teck Lee telah cuba menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan cuba menyalahkan pihak lain, iaitu doktor katanya tidak pandai beri ubat sesuai dan tidak beri nasihat yang baik.

Bagaimanapun, akhirnya rakyat mengambil keputusan bahawa Yong Teck Lee dan doctor masing-masing telah didapati tidak menjalankan tugas dengan cemerlang. Dengan itu Yong Teck Lee telah dianggap sebagai seorang Ketua Menteri yang lemah dan rakyat SABAH hilang kepercayaan terhadapnya. Lebih menyakitkan hati rakyat ialah Yong Teck Lee tidak akun salah walau sedikit pun.

Sehingga habis tempoh Yong Teck Lee sebagai Ketua Menteri Sabah, kelemahan YTL berkaitan saham SAS tidak pernah dan tidak sempat diperbaiki atau ditebus. Sejak hari kejatuhan harga saham SAS sehingga ke hari ini, Hidup politik Yong Teck Lee menderita dalam tidurnya kerana telah diganggu oleh 'Hantu Bonceng' saham SAS.

Hairannya, sampai hari ini Yong teck Lee tidak pernah mengaku bahawa dia adalah bertanggungjawab ke atas kegagalan saham SAS atau tidur-politiknya setiap malam terganggu.

Barangkali Yong Teck Lee tidak mengerti apa maksud Akauntabiliti dan Biris bercadang Yong Teck Lee pergi berjumpa Lim Guan Eng meminta penjelasan apa maksud perkataan tersebut.

Lebih baik YTL akun salah dalam facebook kalau malu jumpa Daily Express dan menyertai pihak lain yang juga bersalah. Lepas itu minta ampun kepada rakyat terutamanya kepada semua pemegang saham SAS.

Kemudian terangkan usaha-usaha yang Yong Teck Lee telah ambil untuk cuba memperbaiki semula harga saham. Dengan demikian barulah rakyat boleh faham dan boleh menilai semula sama ada memberi Yong Teck Lee peluang sekali lagi menjadi Wakil rakyat atau tidak.

Rakyat biasa yang hanya penoreh getah (Biris), petani, nelayan, pemandu lori atu teksi, penjual sayur dan ikan kering di gerai koperasi dan di tamu-tamu, buruh bikin bangunan, mekanik, tukang servis penghawa dingin, tukang paip, broker jual tanah, peon, kerani, pelayan restoran dan Ah Long; tidak minat penjelasan SAPP yang dalam-dalam yang melibatkan nombor dan formula kerana rakyat melihat hati manusia kerana itu sahaja kami tahu buat secara penuh bijaksana.


Siapa Bunuh Kartini Borhan?

Posted: 02 Oct 2011 07:24 AM PDT

Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)

WALAUPUN Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Supritendan Polis (DSP) Zahari Mohamed mengklasifikasi wanita yang terbunuh di Kampung Banjar, Keningau, Kartini Borhan, 22, sebagai mangsa rompakan; namun waris mangsa yang menghubungi Sabahkini.net mencurigai motif polis yang disifatkan sebagai cuba menutup kes berkenaan.

Waris mangsa, Ahmad, ketika menghubungi Sabahkini.net menggesa agar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menubuhkan Jawatankuasa Khas menyiasat punca kematian mangsa yang dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya yang merupakan seorang Inspektor Polis yang bertugas di Balai Polis Keningau.

"Kita minta campurtangan mereka kerana Polis Sabah cuba menutup kes ini dengan mencipta pelbagai teori, sedangkan banyak kesan yang ditinggalkan menunjukkan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum di bawa ke rumah," kata Ahmad yang bimbang keluarganya tidak dapat menahan sabar dan mengambil tindakan membalas dendam kerana mereka kenal siapa Inspektor polis yang sering datang membawa Kartini.

Bagaimanapun, Ahmad enggan membuat sebarang spekulasi kerana bimbang akan menjadi sasaran polis yang cuba menutup kes berkenaan sebagaimana polis menutup kes lelaki Pakistan merogol remaja sedikit masa lalu.

"Kami memerlukan Polis melakukan Inkues bagi mencari punca kematian sebenar dan tidak melindungi pegawai polis (dari Malaya) yang melakukan jenayah termasuk membuat laporan palsu kematian dan menerima rasuah," kata Ahmad yang mengingatkan Polis Keningau tidak melakukan tindakan yang memalukan, termasuk memadam bukti kerana ada saksi yang nampak tetapi enggan memberikan kerjasama kerana bimbang dianiaya.

Inspektor polis ini kata Ahmad, seorang kasanova kerana sebelum ini telah meninggalkan teman wanitanya yang buta sebelah mata setelah terlibat dengan kemalangan dan kembali memikat Kartini yang merupakan bekas kekasih lamanya.

Sekalipun sudah mempunyai isteri, tetapi Inspektor berkenaan masih menjalinkan hubungan sulit dengan Kartini dan terlalu cemburu kerana dalam masa yang sama Kartini mempunyai teman lelaki berbangsa Tiong Hua.


MCA Sabah Jangan Jadi Penyebok?

Posted: 02 Oct 2011 07:22 AM PDT

Oleh: MEDIA PAS SABAH

PAS Negeri Sabah membidas Pengerusi MCA Sabah, Datuk Edward Khoo, yang terlalu celupar dan menjadi penyibuk dengan mencampuri hal ehwal umat Islam melalui kenyataan beliau yang tersiar dalam akhbar tempatan pada 29 September 2011; berhubung penentangan MCA Sabah ke atas perlaksanaan undang-undang hudud yang telah ditegaskan hanya melibatkan umat Islam di negeri Kelantan sahaja.

PAS Negeri Sabah juga mengambil maklum satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Pengerusi MCA Sabah, Chew Kok Wah, pada 21 September, yang bukan sahaja menghentam peribadi pemimpin tertinggi PAS Pusat, tetapi terbabas sehingga ke peringkat melemparkan tuduhan-tuduhan liar yang boleh menjejaskan integriti dan kredibiliti mereka.

Dalam memberikan reaksinya di atas keceluparan kedua-dua pemimpin MCA Sabah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah, menegaskan bahawa, dalam pada umat Islam memperakui kewujudan masyarakat majmuk berbilang agama dan kepercayaan dalam sebuah negara seperti Malaysia, memperakui juga hak setiap penganut pelbagai agama untuk bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 3, maka kenyataan yang dikeluarkan oleh MCA Sabah yang menentang kebebasan umat Islam untuk mengamalkan ajaran-ajaran Islam adalah bersifat menyanggah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 3.

Hj Hamzah selanjutnya berkata bahawa undang-undang hudud adalah khusus untuk umat Islam dan oleh sebab itu MCA tiada hak untuk mencampuri urusan umat Islam negara ini!

Undang-undang hudud ciptaan Allah adalah bermatlamat sebagai 'kawalan' dan 'pencegahan' yakni berfungsi mencegah orang ramai dari melakukan jenayah dan perlakuan-perlakuan yang diharam dan dicegah oleh Islam.

Ini bererti hanya mereka yang mempunyai perangai suka merompak, mencuri, merogol dan membunuh sahaja yang takut kepada undang-undang hudud. Rakyat yang cintakan kepada keamanan dan kerukunan hidup tanpa jenayah tidak akan bimbang terhadap perlaksanaan hukum hudud.

PAS Sabah menasihatkan MCA supaya menerima realiti bahawa semakin ramai rakyat Malaysia keturunan Cina yang telah memahami prinsip keadilan undang-undang hudud. Ini disebabkan mereka sering mendengar ceramah dan penjelasan daripada pemimpin-pemimpin PAS dan mereka berkawan dengan ahli-ahli PAS.

Oleh sebab itu, keahlian Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dianggotai oleh masyarakat non-Muslim semakin meningkat dari sehari ke sehari. Masalah dengan MCA Sabah ini ialah mereka berkawan dengan UMNO, yang tiada minat untuk menjelaskan matlamat perlaksanaan hudud.

Malah, kalau dilihat dari kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin UMNO dalam media arus perdana, UMNO turut menjuarai penentangan perlaksanaan undang-undang hudud. Pelbagai alasan direka-cipta oleh UMNO untuk menentang perlaksanaan hudud di Kelantan.

PAS Sabah menyeru semua pihak supaya memberi peluang undang-undang hudud terlaksana di Kelantan. Biar rakyat yang menilainya sama ada benar atau tidak bahawa undang-undang ciptaan Allah ini mampu mengurangkan jenayah yang peratusannya semakin meningkat saban tahun.


BN goyang fikir PRU-13?

Posted: 02 Oct 2011 06:46 AM PDT

SABAH DAILY

Hujung minggu yang lalu, Perdana Menteri Najib Razak berada di Pulau Pinang mengayuh basikal sekitar 7 kilometer tanpa sebarang masalah. Sebaliknya, Presiden Gerakan yang juga seorang menteri, Datuk Koh Tsu Koon telah terjatuh dan mendapat kecederaan di kepalanya.

Punca sebenar tidak diketahui tetapi itulah yang terjadi kepada Tsu Koon. Apakah mungkin beliau pening memikirkan Selangor dikala pilihanraya umum akan berlangsung?

Beliau sempat pula mengingatkan rakan-rakan parti untuk tidak membuang masa cuba memenangi kerusi di negeri itu, kerana mustahil mereka boleh!

"Saya meminta sesiapa yang tidak terpilih untuk bertanding tetap terbuka hati dan terus menyokong calon-calon yang terpilih," kata-kata keramat dari Tsu Koon.

Najib dikelilingi 'orang-orang'

Dengan cuaca politik yang tidak menentu sekarang, Najib mula mencari akal, apakah Pilihnraya Umum ke-13 sesuai dibulan November ataupun March/April tahun hadapan? Dan ini bukan angan-angan kosong.

Najib tidak marah kepada Tsu Koon atas 'kepetahan' beliau bercakap, kerana hakikatnya Najib sendiri berada didalam keadaan yang membingungkan, sukar dan terpaksa mengeluarkan kenyataan isu hudud.

Benar, UMNO sedang bergolak dan Majlis Tertingginya sedang memerhatikan beliau. Mereka nampaknya lebih bersetuju dengan jawapan Timbalannya, Muhyiddin Yassin , UMNO menyokong hudud tetapi sekarang bukanlah masa yang sesuai. Lebih baik dari apa Najib katakan, hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia!

Sementara itu di Pulau Pinang, Najib ceria tersenyum dan berkayuh menyembunyikan kerunsingan dihati. Beliau kemudiannya menceritakan pengalaman berbasikal dari rumahnya ke Tasik Perdana dan kemudiannya ke Hospital TangLing mendapatkan sebungkus nasi lemak sewaktu usianya kecil.

Tanpa menyanyikan lagu:

Saya mahu mengayuh basikal, saya mahu mengayuh basikal

Saya mahu mengayuh basikal, saya mahu mengayuh basikal kemana saja yang saya suka

Tetapi Najib merasakan perlu cerita-cerita seperti ini untuk memancing undi.

Basikal, nasi lemak dan bas

Apa yang Najib mahukan ialah kita melihat beliau sebagai orang biasa. Mengayuh basikal seperti orang biasa. Menikmati nasi lemak seperti anda juga. Namun, Najib terlupa yang orang-orang biasa ini tidak menetap di Tasik Perdana sewaktu membesar, terutamanya di dekad 50an dan 60an. Tidak juga ada orang biasa yang tinggal di situ sekarang.

Najib sebenarnya tidak perlu menceritakan dimana beliau pernah tinggal. Beliau kini telah memalukan diri sendiri dengan cuba menjadi orang biasa. Najib sebenarnya perlu waktu untuk belajar memenangi hati orang biasa.

Sejak kebelakangan ini, keletah Najib yang mahu dilihat 'cool' telah menjadi-jadi. Ini adalah untuk memenangi hati pengundi muda yang kalau menurut saya adalah kerja penyelidiknya. Memandangkan kita masih di dalam situasi itu, apa kata Najib menggunakan istilah 'dude' dalam banyak-banyak perkataan yang beliau gunakan?

Najib bukanlah seorang manusia biasa. Beliau dilahirkan di dalam keluarga orang berada dan tidak perlu risau untuk menyara hidup. Najib sebenarnya tidak 'cool' walau banyak manapun keletah-keletah yang difikirkan wajar oleh penasihat-penashitnya.

Beliau di Perak Sabtu lalu dan mengaku yang ini pertama kali dalam hidupnya menaiki bas. Bersama beliau ialah isterinya Rosmah Mansor yang terkenal dengan cincin bertatah berlian bernilai RM 24 juta dan Zambry Abdul Kadir serta isterinya.

Najib memulakan perjalanannya dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Changkat Tin untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. Tidak ramai yang tahu bahawa bas yang dinaiki itu telah diubahsuai menjadi kelihatan begitu eksklusif khas untuk beliau dan isteri. Sudah tentu media arus perdana tidak menyiarkan berita tentang bas ini.

"Saya seperti mahu menangis melihat gambar PM menaiki bas sebagai mengenang keperitan hidup rakyat biasa," ujar Abang Ahmad Kerdi, mantan calon PAS di Beting Maro, dengan nada sindiran.

Tak 'cool'

Betul kata PResiden PKR, Wan Azizah yang Perdana Menteri tak 'cool'.

Bukan mahu menghukum seteru dengan memalukannya untuk menaang pilihanraya dengan mudah. Tetapi ini adalah tindakan si penakut, tidak jujur dan tidak 'cool'. Tidak juga ianya demokratik.

Ianya tidak 'cool' sekiranya beliau mengelak untuk hadir ke mahkamah walaupun disapena untuk diambil keterangan. Tetapi itulah hakikat apa yang Najib cuba lakukan. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah beliau tidak mahu disoal-periksa di dalam mahkamah. Soal-periksa adalah cara untuk mendapatkan kebenaran. Apa yang masalahnya untuk Najib lakukan?

Ianya tidak 'cool' apabila gerombolan ahli PERKASA melakukan kekecohan di majlis ceramah PAS dan keesokkan harinya menagyuh basikal di Pulau Pinang tanpa merasa apa-apa. Taktik seperti ini telah digunapakai oleh regim Mubrak di Egypt yang menggunakan pengacau keamanan untuk menakut-nakutkan rakyat dan pura-pura tidak tahu menahu. Ingat, Mubarak tidak pernah 'cool'.

Najib akan dilihat 'cool' sekiranya beliau secara umum, jujur dan terbuka menjawab semua persoalan tentang kes Altantuya dan skandal kapal selam Scorpene tanpa rasa bersalah. Namun sehingga hari ini, beliau tetap menolak untuk melakukannya. Lagi lama beliau menangguhkannya, lebih banyak lagi isu-isu lain yang berkaiatan akan muncul.

Senarai tingkah laku Najib ini akan berterusan. Namun apa yang jelas Najib dan penasihat-penasihat beliau akan cuba menyelesaikan isu-isu ini dengan apa cara sekalipun termasuklah terus berbohong. Pakar perunding imej tidak mampu menyorokkan Najib yang semakin hari semakin pudar.- Malaysia Chronicle

Posted: 02 Oct 2011 06:42 AM PDT

Oleh al_madd

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

NONE"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.

Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.

Perdana menteri juga menyifatkan langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.

Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air.

"Saya nampak ini taktikal, sebab parti PAS sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran daripada kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu. Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan orang Melayu.

"Mereka sedar bahawa sokongan kepada mereka dah merosot dengan begitu ketara, jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mohamad Sabu itu akan tenggelam dan cuba muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu," katanya.

Najib berkata isu hudud ini turut memperlihatkan kemelut persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup lagi dan beliau yakin rakyat bijak menilai kelemahan mereka.

"Dalam soal undang-undang hudud ini, telah timbul satu keadaan di mana perbezaan ideologi mereka sudah tidak boleh ditutup lagi, tidak boleh diselindung di hadapan mata rakyat.

"Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat, kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan daripada segi prinsip dan ideologi.

"Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat, tetapi lambat laun ia akan timbul bukan sahaja daripada segi hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam "Kabinet Bayangan" mereka. Mereka belum berani merangka Kabinet mereka," katanya.

Di majlis itu, Najib yang ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sempat meluangkan masa memancing udang galah di sebuah kolam bersama-sama masyarakat sekitar Tanjung Tualang yang terkenal sebagai Pekan Udang Galah.

Dasar PAS Kekal, Rujuk Al Qur'an dan Sunnah - Harun Taib.

Posted: 02 Oct 2011 06:40 AM PDT

KLPOS.COM

Berikut adalah Perutusan Ketua Dewan Ulama' PAS, Ustaz Harun Taib bersempena Sambutan 60 Tahun PAS.

Bersempena dengan Sambutan 60 tahun PAS, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua para pendukung dan penyokong sejak dahulu hingga sekarang yang terus bersama dengan PAS memperjuangkan Islam agar tertegak di atas tanah air tercinta ini.

PAS adalah mata rantai perjuangan para Nabi dan Rasul bagi mengajak manusia agar kembali kepada Allah dan hukum hakam-Nya.

Prinsip PAS ini tidak pernah berubah walaupun strategi politik berbeza-beza untuk mencapai matlamat tersebut.

Ijtihad dalam politik tidak pernah menidakkan perkara yang thawabit dan tetap dalam PAS.

Strategi dan cabang agama terbuka kepada perubahan dan penyesuaian berdasarkan ijtihad.

Keanjalan inilah yang memungkinkan PAS terus relevan sehingga kini, mampu menyerap dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa.

Tahalluf siasi dengan parti yang mempunyai ideologi yang berbeza sebagai contoh, adalah strategi terbaik masa kini untuk mencapai kemenangan.

Ia tidak mengorbankan prinsip dan thawabit PAS sebagai gerakan Islam untuk melaksanakan Islam secara syumul termasuk hukum hudud.

Ulama telah memainkan peranannya yang sangat besar dalam menempuh badai perjuangan ini.

Ulama telah menjadi nadi kepada PAS dengan kedudukannya yang tinggi dalam organisasi.

Majlis Syura Ulamak menjadi pemandu kepada parti agar tidak menyeleweng daripada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi rujukan tertinggi dalam PAS.

Usia 60 tahun PAS seharusnya mematangkannya berhadapan dengan lawannya iaitu Umno.

Pelbagai rintangan dan mehnah telah dihadapi dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

Walaupun ada di kalangan pendokongnya terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan mehnah namun PAS masih mampu bertahan kerana keyakinan kepada janji kemenangan oleh Allah s.w.t.

Pilihan raya yang hampir tiba seharusnya dihadapi dengan penuh strategi dan bijaksana.

Tenaga para ulama dalam berhadapan dengan ujian besar ini adalah sangat dituntut.

Ulamak tidak harus hanya menjadi penonton di luar gelanggang tetapi harus masuk berpencak silat bersama demi untuk melaksanakan tuntutan ilmu yang dipelajari.

Inilah masanya untuk para ulama beramal dengan ilmunya agar menjadi pohon yang menghasilkan buah yang ranum dan sedap dimakan.

Buat akhirnya, sekali lagi saya mengucapkan selamat ulang tahun ke-60 PAS kepada seluruh pendokong dan penyokongnya. Agar anda terus thabat dan anjal di dalam menghadapi hari-hari muka yang semakin mencabar daripada pihak musuh yang semakin hilang panduan.

Semoga dengan itu kita terus mara kehadapan dengan penuh keyakinan tentang janji Allah untuk mendapat kejayaan dan kemenangan, dan penuh kesabaran dalam perjuangan dan dalam rintangan.

Filem Hantu: Majlis Fatwa Rancang Temui PM. Pemuda PAS Pula Hilang Prinsip?

Posted: 01 Oct 2011 10:54 PM PDT

KELAB GREENBOC

Kuala Lumpur: Majlis Fatwa Kebangsaan mahu bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu yang cukup popular sekarang kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Gambar: Menonton cerita begini tidak membawa kebaikan, tidak memberi keuntungan hanya perasaan takut, lemah semangat serta tidak baik kepada negara yang memerlukan rakyat yang berpengetahuan dan bijaksana. - Syaikh Ismail Muhamad, Imam Besar Masjid Negara

Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata majlis menggesa kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosi kepercayaan karut.

"Kami setuju perkara khurafat seperti ini patut dihapuskan. Kita kena bina pemikiran dan kerohanian masyarakat dengan perkara yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

"Perkara ini juga sudah dibawa kepada pihak berwajib. Namun, mereka tidak peka dan kami bercadang berbincang dengan Perdana Menteri untuk menyuarakan hasrat mufti ini," katanya kepada Berita Minggu ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohamad Shukri yang juga Mufti Kelantan mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung berlakunya lambakan cerita hantu di negara ini yang mempromosi kepercayaan karut serta tidak membantu masyarakat menjadi produktif.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhamad, berkata umat Islam yang terlalu taksub dan mempercayai hantu atau makhluk selain Allah SWT, boleh menjadi syirik.

"Mereka yang syirik adalah berdosa besar sehingga segala amalan baik yang dibuatnya sebelum ini akan terhapus begitu saja hinggalah mereka bertaubat.

"Menonton cerita begini tidak membawa kebaikan, tidak memberi keuntungan hanya perasaan takut, lemah semangat serta tidak baik kepada negara yang memerlukan rakyat yang berpengetahuan dan bijaksana," katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam, Datuk Dr Maamor Osman menggesa tapisan menyeluruh yang lebih ketat patut dilakukan ke atas penerbitan dalam dan luar negara yang menolak konsep ketuhanan dan berlawanan dengan akidah serta norma masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Production Sdn Bhd, David Teo pula berkata, penerbitan filem hantu berbentuk khayalan dan hiburan semata-mata sama seperti filem kartun atau fiksyen.

"Filem hantu untuk hiburan selain mendidik penonton. Ia bukan mempromosi kisah tahyul, sebaliknya pada masa sama nilai agama menerusi watak ustaz yang berperanan mendidik penonton secara tidak langsung.

"Sebelum ditayangkan, filem itu juga perlu melalui Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk menentukan sama ada sesuai untuk tontonan umum atau tidak. Jika unsur tahyul yang ditayangkan keterlaluan, babak terbabit akan dipotong dan tidak ditayangkan di pawagam," katanya. -BH

Ulasan GB

Yang lain ok, cuma di beberapa perenggan akhir dimana penulis berita ini menanya David Teo untuk bercakap mengenal hal syirik, tahyul dan seumpamanya.

Ada skrew yang tertanggal dari kepala penulis berita di atas bila seorang bukan Islam ditanya mengenai hal menyentuh aqidah dan keagamaan.

Mengenai lambakan cerita-cerita hantu berunsur syirik, khurafat dan tahyul ini telah lama GB ulas di SINI. Petikan:

Penyemarakan unsur syirik, khurafat dan tahyul di dalam filem-filem Melayu mutakhir ini sperti cendawan tumbuh yang tidak terkawal.

Kita menjadi hairan dengan sikap berdiam diri para mufti, JAKIM dan lain-lain yang berautoriti di dalam hal-hal keagamaan di dalam negara kita. Lebih malang lagi apabila Lembaga Penapis Filem seperti menggalakkan kehadiran filem-filem tempatan yang merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Kita boleh saja terima jika filem itu dari dalam atau luar negara yang dihasilkan oleh mereka yang bukan beragama Islam, namun apa yang mendukacitakan ialah filem-filem berkenaan dihasilkan dan dilakonkan oleh mereka yang beragama Islam.

Apa sebenarnya agenda Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan penerbitan dan penayangan filem berunsur syirik itu?


Menyentuh mengenai kontroversi filem Hantu Bonceng yang dihebohkan ada beberapa perkara yang memusykilkan. Lembaga Penapis Filem melalui Pengerusinya Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap mendakwa JAKIM telah meluluskannya. Mana buktinya? Siapa pegawai JAKIM itu? Bila masa dilakukan pertemuaan JAKIM dan Lembaga Penapis Filem? Mana kenyataan rasmi JAKIM?

Kedua, Dewan Pemuda PAS dikhabarkan telah bertemu Ahmad Idham untuk menyelesaikan kes berkenaan. Dewan Pemuda yang sebelumnya lantang mengkritik tetiba menjadi kendur. Apakah Ketua Dewan Pemuda jenis tidak berprinsip yang terubah pendirian hanya dengan satu pertemuan?

Buktinya:

Sebelum pertemuan:
Namun filem tersebut dikecam hebat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana dalam satu adegannya, Zizan jelas menghina Rasulullah saw dengan menyebut "Ashaduanna Muhammadar ... syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu ... syaitan".

Selain itu turut ditambah dengan adegan mempersendakan azan, memakai baju yang mempunyai tanda salib ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.

Dewan Pemuda PAS Malaysia ketika membuat teguran terhadap filem itu sejak 19 September lalu turut kesal yang teramat sangat dengan kelemahan ketara pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan.
-harakahdaily


Kemudian selepas pertemuan diadakan:

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah menyuarakan hasrat dan memberi penjelasan dari kedua belah pihak. Hasil dari pertemuan itu, pihak Dewan Pemuda PAS dengan Excellent Pictures telah mencapai kata sepakat dan berpuas hati dengan semua penjelasan malah sebulat suara menyelesaikan masalah berbangkit dalam suasana yang cukup mesra. ...

Dalam kesempatan ini juga, kedua- dua belah pihak memohon agar isu berkaitan ini tidak lagi diperbesarkan dan dipertikai oleh mana-mana pihak kerana isu terbabit telah diselesaikan dalam pertemuan ini. -pemudapas


Teruk punya statement! Tidak mahu diperbesarkan supaya Hantu Bonceng boleh terus ditonton oleh masyarakat dan pihak penerbit terus dapat mengaut keuntungan dengan penyiarannya? Dan Pemuda PAS tiada takut lagi untuk bersubahat dengan tayangan itu?

Diskaun kompaun MBSA hinggai 70 peratus mulai bulan depan

Posted: 01 Oct 2011 10:51 PM PDT

Oleh Naeem Raffi


SHAH ALAM : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan pengurangan kompaun kesalahan trafik sehingga 70 peratus kepada orang ramai yang mempunyai tunggakan kompoun di kawasan pentadbirannya mulai 1 oktober sehingga 30 November ini.


Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad menerusi kenyataan medianya hari ini menjelaskan kempen pengurangan kompun ini diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai yang mempunyai kesalahan trafik dan letak kenderaan melunaskan kompaun mereka sebelum tindakan tegas di ambil ke atas mereka.

"Kempen ini bertujuan mendidik masyarakat supaya bertanggungjawab dan tidak melenggah-lenggahkan masa untuk menjelaskan bayaran kompaun yang dikenakan ke atas mereka."

Berikut adalah peratus pengurangan kompaun yang diberikan (berbeza mengikut tempoh masa)

Tempoh Pengurangan
1 0ktober - 16 Oktober 70 Peratus
16 0ktober - 31 Oktober 60 Peratus
1 November - 30 November 50 Peratus

Mengulas lanjut, Shahrin menyeru orang ramai untuk mengambil peluang tempoh dua bulan ini untuk membuat semakan dan seterusnya menyelesaikan tunggakan kompaun masing-masing.

Selain itu pihak MBSA juga menyedia kemudahan pembayaran secara on-line bagi memudahkan orang ramai melunaskan tunggakan mereka menerusi FPX dan kad kredit dengan melayari laman sesawang MBSA www.mbsa.gov.my.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Hasil MBSA di talian 03-55105133 sambungan 203/521/522.

MB Lancar Seminar Usahawan Selangor

Posted: 01 Oct 2011 10:51 PM PDT

Oleh Afix Redzuan


SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid menyatakan pembangunan usahawan merupakan perkara yang perlu diberikan perhatian dalam usaha memperhebatkan taraf ekonomi negeri Selangor.

Katanya, usahawan yang berjaya bermula dengan sikap kepercayaan terhadap diri sendiri dan memperbaiki segala kelemahan demi memastikan kejayaan di masa hadapan.



"Saya merasakan ini sangat penting kepada negeri Selangor kerana pembangunan di negeri ini perlu diperhebatkan dengan adanya kumpulan-kumpulan usahawan yang sentiasa mencari jalan untuk berjaya.



"Jika ingin menjadi usahawan, konsepnya adalah melabur dalam diri sendiri, yakni memberikan kepercayaan kita boleh berjaya. Tapi untuk berjaya akan memakan masa yang panjang dan kita akan berhadapan dengan pelbagai perkara yang akan memberikan kita pengalaman.



"Kalau kita ingin menjadi usahawan yang berjaya, asasnya adalah diri kita. Diri sendiri yang akan menentukan kejayaan atau tidak," katanya.



Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Pembangunan Usahawan Bumiputera 2011 anjuran Selangor State Investment Centre (SSIC) Berhad dengan kerjasama Akhbar Sinar Harian bertempat di i-City, Shah Alam.



Jelasnya, menceburi bidang keusahawanan merupakan satu perkara yang mencabar dan berhadapan dengan kegagalan merupakan asam garam yang perlu ditempuh dengan pengalaman yang berharga.



"Dari segi pembangunan keusahawanan, semua perkara ini dirangkumkan sebagai pengalaman. Lebih banyak kita tidak berjaya, lebih banyak pengalaman," katanya.



Beliau menambah, para usahawan juga perlu mencari inisaitif sendiri dalam menyelesaikan pelbagai masalah selain meningkatkan kecekapan dalam aspek pengurusan dalam membangunkan perniagaan yang dirancangkan.

Seminar ini bertujuan memotivasikan anak-anak muda bagi mencontohi ketekunan dan kreativiti para usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya.



Para peserta juga berpeluang untuk berinteraksi secara terus dengan penceramah dan panelist sepanjang seminar ini berlangsung.

Setiap slot penceramah adalah berdasarkan pengalaman dan kejayaan mereka dalam bidang masing-masing di dalam membangunkan perniagaan di samping memberikan suntikan semangat kepada bakal usahawan dalam mencipta peluang perniagaan baru melalui usaha dan ketekunan yang cemerlang.



Antara usahawan bumiputera yang terkenal dan tersohor telah dijemput sebagai penceramah ialah Pengerusi Eksekutif DCL Group of Companies, Datuk Stapa Omar, Penerbit dan CEO Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, Pengarah DPZ Pacific Kuala Lumpur, Datuk Kamal Zaharin, Ketua Eksekutif 1901 Sdn Bhd, Tengku Rozidar Tengku Zainol Abidin, Ejen Hartanah Wanita, Junaidah Tarjo dan Pengasas dan Usahawan Kosmetik Syarikat Leesa Formula Sdn Bhd, Che Muna Din (Mona Din).



Sasaran peserta seminar terdiri daripada bakal-bakal usahawan, para pelajar IPT dan mereka yang menceburi bidang keusahawanan.

Seramai 400 orang peserta telah berdaftar untuk menyertai seminar ini dengan bayaran sebanyak RM100 bagi individu dan RM20 bagi pelajar IPT dan turut menerima sijil penyertaan dari kerajaan negeri Selangor. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Oi Hamidah! Usah desak orang lain, hang tu pun orang Islam jugak kan?

Posted: 01 Oct 2011 10:40 PM PDT

WarkahDaily


Asal la pelik sangat manusia zaman sekarang ni, mengaku Islam, nama pun nama Islam tapi tak mahu laksanakan perintah Allah.


Lepas tu duk sibuk desak orang lain pulak duk laksanakan perintah Allah tapi diri sendiri bagaimana? Kan bahlul namanya tu.

Dilaporkan, ketua Penerangan Wanita Umno pusat, YB Dato Hamidah Osman (gambar) dengan sinis menggesa agar MB Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melaksanakan hukum hudud bukan sahaja di negeri Kelantan malah di semua negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) termasuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor bagi menampakkan kesepakatan dalam PR.

"Sudah sampai masa rakyat mahu melihat perlaksanaan hukum Hudud disegerakan bukan hanya sekadar bercakap kosong.

"Jika terbukti Nik Aziz sudah bersedia, segeralah laksanakan bukan sahaja di negeri Kelantan malah disemua negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat," sinis Hamidah.

Eh..eh..kenapa hang sibuk dengan PR pulak Midah? PAS Kelantan sudah memperjuangkan pelaksanaan hukum Hudud ni dah 20 tahun dah, namun ianya disekat kerajaan Barisan Nasional (BN). Tapi hang pulak bagaimana, bila nak jadi orang Islam yang betul-betul taat dengan perintah Allah?

Kemudian, kenapa tak desak negeri-negeri yang diperintah Umno-BN pun melaksanakan hukum Allah tu? Rakyat bukan hanya mahu melihat ianya dilaksanakan di Kelantan atau negeri PR yang lain, bahkan di negeri Umno-BN pun mereka nak lihat pelaksanaan Hudud juga.

Jangan desak orang je, tapi diri sendiri masih lagi bersekongkol dengan manusia yang derhaka dengan Allah.

Diri sendiri bersekongkol dengan puak-puak yang tidak suka dengan hukum Allah (Hudud), kemudian duk desak orang lain untuk laksanakan Hudud. Jadi, apa tugas kamu, apa tanggungjawab kamu terhadap hukum Allah tu? Bukan ke kamu tu orang Islam jugak yang sepatutnya turut bersama-sama bertanggungjawab melaksanakan hukum Allah?

Desakan Hamidah yang juga Adun Sungai Rapat itu dibuat selepas mengulas kenyataan yang dibuat oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencabar Nik Aziz supaya melaksanakan hukum hudud dengan segera memandangkan beliau bukan lagi seorang Perdana Menteri selepas MB Kelantan itu dikatakan selalu menyalahkan Tun Mahathir yang dianggap sebagai penghalang kepada pelaksanaan Hudud di Kelantan.

Mahathir pun satu hal, bila dah tiada kuasa, mula la terhegeh-hegeh konon tak lagi mahu dilabel sebagai orang yang menyekat pelaksanaan hukum Allah. Dah la tu nak bermuka-muka. Kalau betul Mahathir ikhlas nak tengok Kelantan laksana Hudud dan betul-betul mahu menginsafi 'dosanya' sebelum ini yang menolak hukum Allah, sepatutnya dia bersungguh-sungguh dan tekad meminta Perdana Menteri sekarang (Datuk Seri Najib) untuk membenarkan Kelantan melaksanakan Hudud.

Tapi belum apa-apa lagi, nampaknya Najib pun seolah-olah menyambung 'tugas' Mahathir untuk menyekat Kelantan melaksanakan Hudud walaupun timbalannya, Tan Sri Muhyiddin nampak bermuka-muka, konon terima Hudud.

Buat Hamidah pula, jika beliau tu seorang hamba Allah yang taat, silakan desak ketuanya (Najib) untuk membenarkan pelaksanakan hukum Hudud di Kelantan, bahkan bukan Kelantan aje, atau negeri PR yang didesak oleh Hamidah aje, negeri-negeri yang diperintah Umno-BN pun, perlu melaksanakan hukum Allah itu.

Gara-gara takut ke mahkamah, permohonan Najib tolak sepina didengar esok

Posted: 01 Oct 2011 10:38 PM PDT


WarkahDaily


Inilah kejadian paling kelakar di dunia apabila seorang Perdana Menteri begitu takut untuk hadir ke Mahkamah untuk menjadi saksi sesuatu kes

Kelmarin dulu, peguam yang mewakili Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah telah membuat permohonan mahkamah untuk menolak perintah sepina yang dikenakan ke atas pasangan itu berkaitan kes fitnah liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Najib dan isteri dipanggil peguam Anwar sebagai saksi, namun kedua-duanya cuba mengelak dan gerun untuk hadir sebagai saksi kerana mungkin bimbang tembelang mereka akan pecah.

Padahal sebelum ini, Najib begitu 'galak' dan sombong bercakap di pentas sendiri berseorangan, mendakwa dia la pendekar, dia la hero konon dia sanggup bongkar apa sahaja berkaitan kes Anwar dan boleh menyebabkan Anwar boleh demam jika semua 'tembelang' Anwar dibongkarnya.

Tapi bila Anwar melalui peguamnya memanggil Najib untuk menjadi saksi supaya niatnya untuk 'mendemamkan' Anwar tercapai, tiba-tiba si Najib pulak jadi pengecut tak tentu pasal sehingga sebelum ini secara diam-diam meminta mahkamah tidak memanggilnya sebagai saksi.

Apa nak takut, orang dah bagi peluang untuk bongkar apa sahaja yang terbuku di hati agar Anwar 'demam', tapi secara tiba-tiba Najib 'terketar' lutut.

Dipetik dari Keadailandaily, permohonan Najib elak dari menghadiri ke mahkamah sebagai saksi akan didengar pada 3 Oktober (esok) selepas peguamnya, Ghazi Ishak telah membuat permohonan itu di mahkamah bagi pihak Najib dan Rosmah.

"Kami diberikan afidavit balasan (oleh pasukan Anwar) lewat petang semalam.

"Kami mohon mahkamah memberikan masa secukupnya untuk meneliti afidavit itu seterusnya memutuskan samada mahu memfailkan afidavit balasan," kata Ghazi Ishak sewaktu memulakan hujahnya pagi tadi.

Mahkamah sepatutnya bersidang pagi Isnin 3 Oktober namun peguam Karpal Singh memohon ia dilakukan pada waktu petang kerana sidang Parlimen juga akan bermula pada waktu yang sama Isnin depan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden mengesahkan yang pasukan pendakwa raya tidak akan memfailkan sebarang afidavit balasan.

Najib dan isterinya diwakili peguam Datuk Sallehuddin Saidin, M Athimullah, Teh Poh Teik, Ghazi Ishak dan Afiffuddin Ahmad Afifi.

Najib dikehendaki dalam kes Fitnah II kerana beliau pernah bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum saiful membuat laporan polis memfitnah Anwar meliwatnya.

Siapa yang takut tembelangnya terbongkar ni sebenarnya? Najib takut kantoi ke atau Anwar yang takut 'demam'?

Enchik: LLN, lampu minyak tanah dan rumah terbakar

Posted: 01 Oct 2011 10:35 PM PDT

Oleh Mazir Ibrahim


Bahagian Kedua

Sebuah kereta dan sebuah van menghampiri laman rumah Enchik. Di tepi van itu jelas tertera tulisan Lembaga Letrik Negara (LLN).

Dari dalam kereta keluar dua orang lelaki, seorang berpakaian kemas, gayanya seperti seorang pegawai dan seorang lagi berpakaian lusuh seperti orang kampung. Dari dalam van pula keluar dua orang lelaki, mereka terus duduk panggung di tepi sungai yang menghadap ke rumah Enchik.

Enchik turun ke beranda rumah setelah menjawab salam. Usop Labu dengan ramah memperkenalkan pegawai LLN yang ditemaninya tadi kepada Enchik. Sambil minum kopi susu yang dihidang, pegawai LLN itu meneruskan perbualan. Dia begitu ramah.

" Kenapa lama sangat? Kawan dah berunding dengan DO tahun lepas lagi," tanya Enchik.

" Maaf Enchik, kita baru mesyuarat dan dapat order tu bulan dulu, " jawab pegawai LLN itu.

" Dah, ya lah, awak buatlah apa yang patut. "

" Kita buat rumah Enchik dulu, kemudian terus kita sambung masuk kampung ya?"

Enchik menolak untuk rumahnya didahulukan. Dia mahu surau dan sekolah diberi keutamaan untuk 'masuk api'. Pegawai LLN itu hanya menurut saja.

Menurut Usop Labu yang ada sama pada hari itu, hampir tujuh bulan selepas kunjungan pegawai LLN itu, hanya tiang kayu sahaja yang tertegak. Kabel lektrik belum lagi dipasang lagi, begitulah sudahnya.

Maka begitu juga anggapa orang kerajaan terhadap orang kampung, termasuk di Johor. Asal mereka duduk diam, tidak bising, biarlah hidup tanpa elektrik, walau masalah itu berlaku sekitar tahun-tahun di mana Perdana Menteri pada masa itu datangnya dari Johor.

Enchik tidak pernah mengadu. Dia sabar dan pasrah. Rumah agamnya yang mesra insan menjadi keindahan walau tak segarang villa orang berada.

Rumah agam

Musim hujan telah sampai, hampir setiap hari air kolam di rumah Enchik melimpah. Tempayan besar yang dipanggil 'kalbet' dan semua tempayan yang ada di sekeliling rumahnya juga turut penuh dengan air hujan.

Tempayan-tempayan ini Enchik kumpul sejak dia mula menjadi penghulu lagi. Kesemua kolah-kolah ini diletakkan disekeliling rumah agam tradisionalnya. Di setiap sendi sambungan rumah, pada hujung atapnya diletakkan setiap satu, sebuah tempayan.

Tempayan-tempayan ini berjumlah tujuh buah, mengelilingi seluruh kawasan rumah Enchik. Ia digunakan untuk sumber air bagi menyiram pokok bunga atau apa saja.

Di tengah-tengah laman rumah Enchik, ada satu ruang tetapi kedudukannya terkedalam sedikit yang berbentuk U. Di sini, Enchik letakkan kalbet sebagai kolah besar untuk menadah air hujan. Kolah besar ini digunakan oleh tetamu yang datang untuk mencuci kaki dan mengambil wudhuk.

Kolam dan laman

Rumah Enchik memiliki dua buah kolam, paling besar terletak di belakang rumah, saiznya sekitar dua puluh meter persegi, kedalamannya tidak diketahui.

Di keliling kolam ini, merimbun pohon buluh yang berbatang kuning. Jika ada babi hutan yang mahu menyondol, pasti tidak akan dapat melepasinya.

Hanya Enchik seorang saja yang boleh menggunakan kolam ini. Dia tak pernah pula memberikan sebab-sebabnya, Atok bilang jangan dekat dengan kolam Enchik, itu saja.

Di penjuru depan rumah, sebuah lagi kolam yang lebih kecil saiznya. Ia digunakan untuk keluarga Enchik mandi dan mencuci pakaian.

Sebelah kiri rumah Enchik ada sebatang tali air yang menjadi pemisah antara tanah jiran sebelah dengan tanahnya. Ikan sepat dan puyu amat banyak bermain di tali air ini.

Sebelah kanan rumah agam ini, ada sedikit tanah untuk Enchik berkebun. Ada jambu air, jambu batu, ubi kayu, keledek, pokok asam, pokok belimbing, pokok pisang, rambai, maggis dan pokok kapas.

Halaman rumah Enchik bersaiz seluas padang bola. Rumputnya menghijau, pokok pinang dan pokok rambai memagari laman ini. Jauh di hujung laman, mengalir air sungai yang berwarna gelap kemerah-merahan. Rasanya amat kelat sekali. Tapi sungguh jernih.

Tanah di sini ada dua jenis, gambut dan laterit.

Antara jalan besar bertanah merah dengan laman rumah Enchik, dihubungkan dengan sebuah titi kayu dan buluh yang sederhana saiznya.

Antara titi itu dan beranda rumah Enchik, jaraknya sekita seratus lima puluh meter. Jalan kecil ini apabila bulan Syawal, akan dihiasi dengan pelita yang berbaris panjang. Jika berjalan di antaranya, seolah-olah sedang berjalan menuju ke istana hinggap.

Keluasan rumah Enchik ini pada zaman itu tidak pula kelihatan seperti rumah banglo, villa atau estet persendirian yang mewah dan garang rupanya.

Rumah agam itu hanya terhias dengan kekisi atap dan 'tunjuk langit' di bumbung. Ruang persekitarannya memang luas tetapi mampu mengundang keinginan dan keselesaan orang ramai mahu datang bertandang.

Semiskin mana pun anak-anak buah Enchik, mereka pasti tidak akan segan untuk singgah melepas peluh sambil bertemu Enchik.

Mengajar Quran dan Bahasa Inggeris

Pada waktu malam selepas senja, sekitar dua puluh hingga tiga puluh anak-anak orang kampung akan memenuhi bangsal rumah untuk mengaji Quran dan Muqaddam dengan Atok.

Namun sekali-sekala, Enchik akan melaung jauh dari bangsal jika dia terdengar kesalahan tajwid dari bacaan budak-budak.

Sebelum itu, budak suruhannya akan sibuk mengepam lampu-lampu gas. Ada yang mengisi minyak tanah, ada yang menukar bulp lampu gas dan yang lain sibuk menyusun kerusi dan meja.

Sesetengah anak-anak yang mengaji ini akan turut membawa kuih-muih untuk dimakan bersama yang lain ketika mengaji. Budak suruhan Enchik akan menyediakan minuman air mati (air kosong) dan kadang kala air sirap merah.

Ada yang berumur enam tahun, dua belas tahun hinggalah ke tujuh belas tahun. Riuh-rendah rumah agam ini pada setiap malam.

Hingga santak Isyak, kelas mengaji tamat dan kelas Bahasa Inggeris pun bermula. Enchik akan mengajar tatabahasa. Dari dua puluh, tiga puluh orang yang mengaji, hanya akan tinggal sekitar lima belas orang yang terus mengikuti kelas ini.

Enchik garang ketika mengajar. Cucu Enchik dan beberapa orang budak suruhannya akan membantu. Kerana, kadangkala Enchik akan semput ketika mengajar, jadi pembantunya perlu ada.

Semua kelas-kelas ini Enchik jalankan secara percuma. Memang tidak ada seorang pun dibenarkan membayar pada Enchik, jika ada yang degil ingin bermurah hati, akan dijerkahnya kembali.

Kerusi, meja, bangku, kapur tulis dan papan hijau Enchik beli dan sebahagiannya adalah pemberian pihak sekolah. Barangkali, ini sahaja barang yang Enchik terima sebagai satu pemberian.

Selepas habis kelas Bahasa Inggeris lebih kurang jam 11 malam. Dua tiga orang anak-anak muridnya akan membantu mengemas bangsal.

Jika pada hari Khamis, selepas kelas Bahasa Inggeris, budak-budak yang belajar ini hanya akan pulang setelah mendengar cerita larut malam dari Enchik.

Memang dia pandai bercerita dengan kisah-kisah Hikayat 1,001 malam, kisah penjajah British dan kisah-kisah raja dan sultan yang menjadi kegilaan budak-budak zaman itu. Maklumlah zaman 1960-an tak ramai orang kampung ada TV.

Rumah terbakar

Dapur rumah Enchik sangat besar, kedudukannya agak tinggi dan luas. Setakat untuk menanak nasi bagi kenduri-kendara, memang tidak perlu menanak di luar dengan tungku dapur yang baru. Yang ada sudah lebih memadai.

Ruang tamu adalah bahagian yang paling tinggi dan luas berbanding ruang-ruang yang lain. Almari dan perhiasan tembikar dan gangsa berjenis-jenis.

Berandanya lebih rendah sepertimana bahagian dapur. Di ruang ini, Enchek sediakan kerusi kayu dan rotan buat tetamu yang bertandang.

Bagi memenuhi keperluan ruang-ruang dalam rumah ini, Enchik menggunakan sekitar 12 biji lampu gas. Untuk ruang yang lebih kecil seperti bilik tidur, hanya menggunakan lampu cemeni dan lampu pelita.

Satu kejadian tak diingini berlaku pada tahun 1971. Rumah Enchik terbakar. Separuh dari rumah ini hangus. Ini semua gara-gara lampu pelita minyak tanah.

Enchik tahu, keadaan ini tidak dapat dielakkan. Rumahnya besar dan sentiasa dikunjungi orang siang dan malam. Dengan begitu banyak lampu gas dan pelita, keselamatan harta benda tidak begitu terjamin. Maka Enchik sekeluarga pasrah.

Sejak lebih dari empat puluh tahun rumah itu di diaminya, kebakaran yang pernah berlaku sudah masuk lapan kali.

Kali terakhir pada 1979, tujuh bulan selepas pegawai LLN datang melawat dengan janji untuk melaksanakan segera pemasangan elektrik ke kampung dan rumah Enchik, berlakulah satu lagi kebakaran. Kebakaran yang tak ada kena-mengena dengan bekalan elektrik yang tak sampai-sampai dinanti.

Kebakaran yang terakhir inilah yang menyebabkan kaki Enchik terbakar hangus dan menjadi tepok. Kakinya cacat kekal buat selama-lamanya. – Roketkini.com

Akan datang: Hancur pusaka buku dek banjir

Perkataan yang biasa dituturkan oleh orang Johor.

Kolah – bekas tadahan air yg besar.

'kalbet' – gelung simen untuk buat longkang yang biasanya diletakkan bawah jambatan, bersaiz besar. Digunakan sebagai tempayan besar untuk menadah air hujan.

Jangan emosi, isu sebenar adalah ekonomi…

Posted: 01 Oct 2011 10:24 PM PDT

Oleh Chung Hosanna


Kehidupan Johan, 30, tidak berubah sejak Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan bajet 'raksasa' 2011 yang antaranya melibatkan projek gergasi seperti Menara Warisan Merdeka.

Seperti ramai pekerja yang sebaya dengannya, Johan (bukan nama sebenar) tidak mampu membeli rumah. Johan dan teman wanitanya sedang merancang untuk berkahwin, mereka mengharapkan bantuan kedua-dua ibu bapa untuk memberi sedikit sumbangan kepada bayaran muka rumah pengantin baru. Jika tidak, mereka perlu terus menyewa.

Setahun sudah berlalu, sandiwara Najib yang bernilai RM212 billion masih gagal menaikkan taraf hidup rakyat jelata seperti Johan. Ekonomi pula masih tenat. Tanda-tanda menunjukkan bahawa sejarah akan diulangi apabila Najib mengumumkan Bajet 2012 pada 7 Oktober nanti.

Yang jelasnya, satu keajaiban diperlukan untuk mengangkat tahap ekonomi berjuta-juta rakyat jelata Malaysia. Menjelang pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat perlu mengambil langkah yang radikal dalam Bajet Alternatif yang bakal diumumkannya.

Bajet Alternatif 2012 menumpu kepada cara terbaik untuk memaksimakan ringgit kita.


Kerajaan boros menghabiskan duit rakyat

Rakyat biasa seperti Johan rata-rata mengalami kehidupan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sementara kerajaan terus berbelanja boros, mengakibatkan keadaan ekonomi negara semakin tenat.

Menurut pusat penyelidikan REFSA, 2011 merupakan tahun ke-13 berturut-turut di mana kerajaan terlebih belanja, istilah sebenar keadaan tersebut digelar "defisit".

Sebenarnya, sejak tahun 1969, kerajaan hanya pernah mengumumkan lima bajet lebihan (positif) – kesemua bajet yang lain merupakan bajet defisit. Dalam ertikata lain, Kerajaan BN selalu membelanjakan lebih daripada pendapatannya.

Jumlah keseluruhan wang yang terlebih belanja oleh kerajaan kini ditakrifkan sebagai lebih kurang RM290 billion, iaitu kira-kira RM10,000 untuk setiap rakyat Malaysia.

Walau bagaimana pun, apakah impak yang dirasai oleh rakyat jelata? Tidak seberapa. Ke manakah duit kita dibelanjakan?

Perbelanjaan berhemat untungkan rakyat

Pakatan Rakyat percaya bahawa tumpuan harus ditukar dari fokus "perbelanjaan" kepada tumpuan "nilai" setiap ringgit yang dibelanjakan. Bagi memaksimakan nilai ringgit kita, PR komited untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak patut, di samping mengelak pembaziran.

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita bahawa Kementerian Pelancongan sanggup membelanjakan RM1.8juta untuk sebuah laman web Facebook percuma. Laporan Audit Negara juga mendedahkan perbelanjaan boros RM42,320 untuk sebuah komputer riba – mungkin harga yang paling mahal dalam dunia!

Sebaliknya perbelanjaan di negeri-negeri yang diperintah oleh PR mementingkan ketelusan dan nilai setiap perbelanjaan harus berbaloi.

Majalah The Economist telah memuji pentadbiran Pulau Pinang yang merekodkan bajet berbaki lebihan sejak PR mengambil-alih tampuk kuasa pada 2008, menyebabkan penjimatan kos sebanyak RM20 juta setahun.

Pada 2011, kerajaan negeri Selangor telah meningkatkan rizab tunai negeri kepada RM1.1billion, rekod terbaik yang pernah dialami negeri tersebut. Kedah juga telah meningkatkan pendapatan negeri sejak 3 tahun pemerintahan PR.

40% rakyat Malaysia mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM1,500, tiga per-empat daripadanya terdiri daripada bumiputera.

Mementingkan rakyat, bukan projek

Teras utama Bajet Alternatif 2012 adalah untuk memperkasakan rakyat Malaysia dan memberi kesejahteraan kepada semua golongan.

Untuk memastikan perbelanjaan bajet menjanjikan nilai untuk setiap ringgit, bajet alternatif memberi tumpuan kepada projek yang memanfaatkan rakyat, bukan kroni.

Memandangkan kelembapan ekonomi, jumlah perbelanjaan akan dikekalkan pada tahan RM220 billion. Tetapi perbelanjaan berkesan (effective spending) akan ditingkatkan sebanyak 20%.

Justeru, polisi yang berani perlu diambil. Contohnya penjimatan boleh dibuat dengan membuang projek besar yang menguntungkan kroni. Manakala hasil penjimatan boleh disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Orang kaya perlu subsidi?

Polisi sedia ada tentang subsidi mempunyai banyak kekurangannya. Kerajaan membelanjakan kira-kira RM25 bilion setahun untuk membiayai kos subsidi. Iaitu lebih kurang RM2,000 sebulan untuk 1 juta isi rumah termiskin. Tetapi, mengapa rakyat masih dibelenggui kemiskinan?

Kebanyakan daripada RM25 bilion ini dihabiskan untuk subsidi sejagat, yang cenderung menyebelahi orang kaya daripada orang miskin.

Contohnya, pemandu kereta Porche lebih mendapat manfaat daripada subsidi minyak, berbanding dengan pemandu Proton Saga. Selain minyak, tepung, gula, dan barang-barang lain disubsidikan untuk semua rakyat tidak mengira tahap pendapatan.

Untuk memanfaatkan orang yang memerlukan, subsidi harus disalurkan terus kepada orang miskin. Menurut anggaran PR, jika susidi disalurkan dengan terus, 1 juta isi rumah termiskin bakal menerima RM25,000 setahun.

Sistem kebajikan yang lebih berkesan harus diamalkan. Selain daripada membekalkan pendidikan dan kemudahan kesihatan kepada rakyat, kerajaan harus menyediakan tahap kehidupan asas kepada semua rakyat –terutama dalam iklim ekonomi yang semakin memudaratkan.

Bajet alternatif berusaha memastikan bahawa setiap rakyat Malaysia layak menikmati tahap kesejahteraan, walau miskin atau kaya.

Duit anda, anda belanjakanlah!

Fokus Bajet Alternatif kali ini kemungkinan melibatkan dasar tender terbuka untuk meningkatkan produktiviti, memupuk kecemerlangan perkhidmatan awam dan mengurangkan karenah birokrasi, mengkaji semula konsesi yang berat sebelah untuk meningkatkan daya saing, cadangan untuk projek perumahan "bina, baru jual", serta desentralisasi fiskal.

Bajet Alternatif 2012 bakal menjadi dokumen polisi unik yang mempamerkan solidariti parti-parti Pakatan Rakyat. Ia juga melambangkan keyakinan parti-parti PR terhadap Dasar Bersama PR.

Kejayaan ini hasil kerjasama parti komponen yang masing-masing memegang pelbagai ideologi ekonomi untuk mencapai persetujuan tentang sebuah dokumen sepenting belanjawan negara.

Perpaduan PR semakin kukuh selepas perjuangan Bersih 2.0, mendorong PR kini mengembangkan idea-idea di dalam Buku Jingga dan mengambil langkah awal menggubal polisi seakan-akan ia menjadi kerajaan.

Menjelang pilihan raya, penyatuan menjadi sasaran utama gabungan PR. Rakyat perlu ketepikan isu remeh serta isu emosi yang tidak akan membantu kewangan keluarga dan masyarakat.

Sudah tentu para pengundi yang sedang memerhatikan Pakatan Rakyat amat mengalu-alukan pembaharuan ekonomi yang PR bawakan kerana Najib telah gagal melaksanakan apa yang dijanjikannya selama ini. – Roketkini.com

Anwar: Pakatan umum Bajet 2012 esok

Posted: 01 Oct 2011 10:23 PM PDT




KEPALA BATAS — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan membentangkan Bajet 2012 perikatan itu esok - lima hari sebelum Putrajaya mengumumkan belanjawan tahunannya.

Ia merupakan bajet alternatif perikatan tersebut sebelum Bajet 2012 diumumkan oleh kerajaan pusat di Parlimen. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 Jumaat ini.

Ketua Pembangkang berkata melalui pendekatan itu rakyat boleh menilai perbezaan ekonomi antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

"Jawatankuasa di kalangan pakar ekonomi PAS, DAP dan PKR mempersiapkan belanjawan kita sendiri, belanjawan kita... belanjawan Pakatan Rakyat dengan terperinci.

"...berapa jumlah pendapatan, berapa jumlah perbelanjaan, peruntukan kementerian berapa dan apa beza dasar Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Itu Alhamdulillah kita persiapkan dan pimpinan Pakatan Rakyat akan umumkan bersama belanjawan Pakatan Rakyat hari Isnin ini (esok)," katanya pada Rapat Umum Perdana sempena Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di sini malam tadi.

Anwar (gambar) yang juga Ketua Umum PKR berkata Bajet 2012 Pakatan Rakyat akan menjadi altenatif kepada Bajet 2012 dengan menekankan kepada agenda perubahan.

"Seminggu sebelum Menteri Kewangan Datuk Seri Najib umumkan Bajet 2012, beliau umum bajet kita umum belanjawan.

"Dan, saya yakin insya-Allah rakan-rakan dapat memanfaatkan waktu dengan sebaiknya mentelaah kerana kita bukan berbicara secara umum, kita bawa agenda perubahan... fahaman sejagat kita, konsep pembangunan kita, belanjawan kita, pemikiran yang bebas dan tidak sebagai pencacai alat penjajah selepas 54 tahun merdeka," katanya.

Guan Eng: DAP ditubuh untuk bela Perlembagaan, bukan lawan raja

Posted: 01 Oct 2011 10:22 PM PDT

THE MALAYSIN INSIDER



KEPALA BATAS — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan parti itu ditubuhkan untuk membela dan menjaga prinsip Perlembagaan Persekutuan bukannya untuk menentang Raja-raja Melayu sebagaimana didakwa musuh politik beliau.

Lim (gambar), yang dikecam sejak minggu lalu kerana didakwa memburukkan Johor berhubung kadar jenayah di negeri itu berkata, beliau tidak pernah menyentuh apa-apa tentang Johor atau mengenai kadar jenayah negeri itu sepertimana yang didakwa media pro-BN.

"Tentang isu di Johor, kalau tak sebut tak sedap. Saya dituduh mensabotaj Johor semasa ditemu ramah oleh stesen radio Australia, apabila keluar kenyataan itu saya terkejut sama ada saya ada sebut tentang Johor atau tidak dalam temu ramah itu.

"Saya semak kembali transkrip temu ramah itu, tidak ada satu ayat atau perkataan tentang Johor, Johor pun saya tidak sebut... bila terbukti saya tidak bersalah, saya pula dituduh memburukkan Johor semasa di Singapura," katanya pada Rapat Umum Perdana sempena Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di sini malam tadi.

Kenyataan Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang telah menyinggung perasaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat negeri itu.

Sebelum ini Lim telah menafikan laporan berhubung kenyataannya memburuk-burukkan Johor.

Kelmarin Lim memohon maaf kepada Sultan Johor kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan itu.

Lim berkata beliau memohon maaf sepenuhnya kepada baginda dan rakyat negeri Johor. Pun begitu kata Lim, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri lain.

Lim berkata beliau merasakan bahawa dirinya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh BN.

"Bila saya tahu tuanku (Sultan Johor)tersinggung saya dengan serta-merta memohon maaf kepada tuanku.

"Sepanjang perjuangan DAP yang ditubuhkan sejak 1965, DAP ditubuhkan untuk menjaga dan membela Perlembagaan Persekutuan, kita bukan ditubuhkan untuk melawan raja tapi lawan kerajaan BN. Kita perlu lawan BN bukan raja," kata Lim.

Lim dalam satu temu ramah sebuah stesen radio di Australia dilaporkan berkata, Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang.

Lim didakwa membuat kenyataan itu sebagai cubaan untuk mengalihkan pelaburan Australia di Johor ke Pulau Pinang.

Selain itu, Lim turut didakwa mengeluarkan kenyataan sama semasa lawatan kerja ke Singapura baru-baru ini.

Pelancong Saudi cedera dirempuh jet ski

Posted: 01 Oct 2011 10:21 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

GEORGE TOWN — Seorang pelancong lelaki warga Arab Saudi cedera di pinggang dan retak di pinggul kiri selepas dilanggar sebuah jet ski yang dinaiki dua rakyat India di Pantai Batu Feringghi di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, Ali Shamrani, 30, bersama isterinya juga sedang menaiki jet ski sebelum dirempuh sebuah lagi jet ski yang dinaiki rakyat India dari belakang menyebabkan Ali terjatuh ke laut.

Difahamkan Ali yang menunggang jet ski bersama isterinya sedang bercuti ke negeri ini sejak Jumaat lepas manakala rakyat India berkenaan, Nitish Kumar Gupta, 23, menaiki jet ski bersama rakan perempuannya yang hanya dikenali sebagai Swati, 20.

Laporan Bernama Online menyebut, kedua-dua mereka ke Malaysia bagi mengikuti rombongan lawatan sambil belajar yang disertai 49 penuntut serta dua pensyarah dari India dan berada di negeri ini selama sehari sebelum ke Langkawi hari ini.

Ali dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan dan kini dalam keadaan stabil manakala isterinya tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Hadi: Tanggungjawab PAS laksana hudud, DAP ada hak bantah

Posted: 01 Oct 2011 10:20 PM PDT




KEPALA BATAS— Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS serius dalam melaksanakan undang-undang hudud dan mengakui orang bukan Islam termasuk DAP mempunyai hak untuk bersuara menyatakan pendirian masing-masing dalam perkara itu.

Jelas Hadi (gambar), PAS telah melaksanakan kewajiban untuk melaksanakan undang-undang syariah Islam dengan menggubal Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 walaupun ia tidak dapat dikuatkuasakan.

"Kita telah tunaikan tanggungjawab kita di negeri, rakan-rakan bukan Islam tidak bersetuju, itu hak mereka... kita tak boleh halang.

"Orang Islam mempunyai tanggungjawab, jika ada masalah semua pihak perlu selesaikan masalah dan PAS sedia untuk selesaikan masalah ini," kata beliau pada Rapat Umum Perdana sempena Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di sini malam tadi.

Minggu lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

Kata Mursyidul Am PAS ini, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

Rabu lalu, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Walaupun agak sukar untuk dilaksanakan, namun Nik Aziz masih menaruh harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, undang-undang jenayah syariah perlu dilaksanakan kerana ia adalah tuntutan agama dan bukan kehendak PAS.

"Ini tanggungjawab Islam, bukan PAS... ini tanggungjawab orang Islam seluruhnya. Ini adalah undang-undang Allah.

"Jadi tanggungjawab PAS ialah kita bersedia untuk berbincang secara ilmiah dengan semua pihak bukan polemik Utusan Malaysia yang bebal," katanya.

Hadi turut melahirkan rasa kesal kerana ada pihak tertentu yang cuba mempermainkan ajaran Islam.

"Mereka permainkan hukum Allah, mempermainkan hukum Allah boleh jadi murtad. Orang Islam tidak boleh main-main dan PAS tidak akan bermain-main dalam hal ini.

"Kita telah tunaikan kewajiban dan tanggungjawab kita walaupun ada yang kata kita main-main, Islam tidak pisahkan politik dan agama kerana politik bukan main-main tapi sungguh-sungguh," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan pendirian parti itu untuk menolak hukum hudud.

"Pendirian DAP jelas, kita tidak setuju dengan hudud, Umno pun tidak bersetuju... DAP tidak setuju, Umno juga tidak setuju tapi itu tidak bermakna kami tidak bekerjasama.

"Hudud kita tidak setuju tapi kita banyak persamaan dengan PAS, kita menentang perkara yang kita tidak bersetuju tapi kita setuju banyak perkara lain," katanya.

Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria

Posted: 01 Oct 2011 10:19 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



KUALA LUMPUR— Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.

Beliau berkata lambakan cerita hantu yang berasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.

"Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali.

"Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya," kata Dr Mahathir (gambar) dipetik Berita Minggu hari ini.

"Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai 'peripheral vision'.

"Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria," kata beliau ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kesembilan Universiti Malaysia Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada usaha mencari kaedah lebih saintifik untuk menyelesaikan masalah.

"Untuk bergerak dan maju ke hadapan, kita perlu banyak menerapkan cara berfikir secara saintifik dalam menyelesaikan masalah, bukan bergantung pada bomoh.

"Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubati orang dengan kemenyan," katanya sambil menambah, "dulu kita tidak ada cara lain mungkin boleh guna cara itu."

"Dulu jika kita sakit jantung, pergi belah dada kita akan mati.

"Sekarang, jika kita sakit jantung, kita boleh belah (buat pembedahan) sebab sudah ada mesin jantung dan paru-paru. Itu saintifik," katanya lagi.

Dalam pada itu, Majlis Fatwa Kebangsaan mahu kerajaan membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Ahli jawatankuasa majlis itu, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pihaknya mahu kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosikan karut.

Tee Keat: MCA bukan saja tak relevan, tapi dibayangi sindrom nafi

Posted: 01 Oct 2011 10:17 PM PDT

TERKINI




KUALA LUMPUR — Ketika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyampaikan ucapan pada perhimpunan agung ke-58 parti itu pagi ini, bekas penyandang jawatan tersebut meneruskan serangan dengan menegaskan, ia bukan sahaja tidak relevan, malah berada dalam sindrom penafian.

Datuk Seri Ong Tee Keat (gambar) berkata Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong semalam menafikan dakwaan bahawa parti itu tidak relevan lagi.

"Tiong Lai dan Ka Siong menafikan MCA tidak relevan lagi. Kini (parti) dalam keadaan tidak relevan dan (dibayangi) sindrom penafian.

"Penafian Tiong Lai (mengenai kenyataan) MCA sudah tidak relevan lagi bukan sesuatu yang besar jika dibandingkan dengan penafian beliau berkaitan insiden (hospital) Tung Shin (pada 9 Julai lalu)," kata Ong dalam mesej dihantar menerusi Twitter ketika Dr Chua menyampaikan ucapannya.

Kedua-dua Liow dan Wee mengecam Ong semalam dengan menafikan parti komponen BN itu semalam tidak relevan.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider semalam, Ong yang merupakan bekas presiden MCA berkata, parti itu sedang berubah menjadi sebuah parti yang tidak relevan.

Ong memberitahu, gabungan BN itu tidak memperlihatkan pelaksanaan pembaharuan selepas ia hilang 25 daripada 40 kerusi Parlimen dan 59 daripada 80 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ia tandingi pada pilihan raya umum 2008.

Katanya, MCA masih meneruskan polemik lama daripada membawa dan mengadakan pembaharuan yang diharapkan oleh para pengundi.

"Jika MCA terus menggunakan laluan dan jiwa yang lama, maka sudah pasti ia menuju situasi tidak relevan. Sesetengah sudah pun dengan terus-terang mengatakan bahawa kami sudah pun tidak relevan," kata Ong yang ditewaskan oleh Dr Chua ketika krisis kepimpinan parti itu 18 bulan yang lalu.

Ong, Ahli Parlimen Pandan, memberikan contoh kenyataan-kenyataan kosong dibuat oleh penggantinya, mahu keluar BN jika Umno melaksanakan hukum hudud dan tidak menyertai Kabinet ataupun menerima jawatan kerajaan jika parti tidak memperbaiki kedudukan dalam pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun Liow dan Wee mengetepikan dakwaan Ong itu.

Hari ini, Ong juga mengecam Wee ekoran jumlah kehadiran tidak menggalakkan pada perhimpunan agung sayap itu semalam.

"Wow, MCA telah mendaftarkan 27,000 ahli baru, tetapi hanya 30 peratus perwakilan hadiri perhimpunan agung Pemuda Ka Siong. Masa bagi beliau untuk menangis dengan ikhlas," katanya lagi.

Wacana ‘Sejarah Yang Dihitamkan’ di KUIZM malam ini

Posted: 01 Oct 2011 10:14 PM PDT

Harakahdaily



KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) akan mengadakan program pencerahan minda anak muda dalam Wacana Ilmiah Rakyat yang bertajuk Merdeka, Sejarah Yang Dihitamkan.

Wacana ini akan diadakan pada malam ini, 2 Oktober bermula jam 8 malam dan dijangka tamat pada pukul 11 malam yang bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, Gombak, Selangor.

Beberapa ahli panel telah dijemput untuk mengupas beberapa isu berkaitan kemerdekaan.

Antaranya Dr Zuhdi Marzuki iaitu Pengarah Operasi Penyelidikan PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia), Ustaz Riduan Mohd Nor (penulis/pengkaji Sejarah ) dan Dr Muhaimin Sulam (pensyarah UPSI ).

Moderator pada malam ini ialah Ahmad Syazwan merangkap Presiden Gamis.

Orang ramai dijemput memeriahkan program pada malam ini.

Untuk keterangan lanjut, bolehlah melawat website Gamis di www.mygamis.net atau boleh menghubungi Saudara Ridhuan di talian 013-2229803 untuk pertanyaan.

Tiada ulasan: